Anda di halaman 1dari 13

KOLEJ VOKASIONAL GERIK

DIPLOMA TEKNOLOGI SISTEM PENGURUSAN


PANGKALAN DATA DAN APLIKASI WEB

UES3012
KEUSAHAWANAN

NAMA PELAJAR ANGKA GILIRAN NO K/P


1. Nur Athirah binti Mohamad Azali K151HKPD008 030102-10-1572
2. Syed Qahir Irfan bin Syed K151HKPD13 030704-14-0675
Mohamed Hamdan

Pensyarah : Pn. Farah Nasyirah Binti Othman


Isi Kandungan

Tajuk/perkara Muka surat

1. Pengenalan Etika
1

2. Isu Etika

- Skim Cepat kaya 2-3


- Produk tiruan 4-5
- Perniagaan tidak berlesen 5-6
- Salah guna logo halal 7-8
- Menjual maklumat pengguna/pelanggan
9-10
3. Rujukan

11
PENGENALAN ETIKA

Menurut kamus dewan bahasa pustaka edisi keempat, etika didefinisikan sebagai
ilmu bukan prinsip-prinsip akhlak atau moral dan prinsip moral(akhlak) atau nilai-nilai akhlak
yan menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Menurut Peter Singer
pula, etika dipanggil falsafah moral iaitu disiplin berkenaan dengan apa yang baik dan buruk
secara moral dan betul dan salah dari segi moral . Etika juga merupakan perkataan asal
Yunani “ethos” yang bermaksud cara hidup. Menurut sebuah laman sesawang Goverment
of Canada, Etika juga merupakan satu cabang besar dalam falsafah yang melambangkan
tingkah laku manusia. Dalam erti kata lain, etika penting dalam mencerminkan seseorang
manusia untuk berinteraksi dengan manusia lain serta penting dalam. Setiap bidang dalam
kehidupan mempunyai etika dan prinsip tersendiri yang harus diikuti dan setiap perbuatan
yang dilakukan seseorang oleh seseorang individu itu melambangkan personaliti dan imej
individu tersebut.

Menurut Pasukan CFI, etika dalam bidang perniagaan merupkan prinsinp moral yang
bertindak sebagai garis panduan cara perniagaan menjalankan dirinya dan urus niaganya.
Ukuran bagi mengkateorikan sesuatu tindakan atau perbuatan seseorang sama ada ianya
merupakan tindakan betul dan salah.Selain itu, membuat sesuatu keputusan yang ideal,
usahwan sering kali berhadapan dengan situasi yang kompleks dan memerlukan ianya
membuat keputusan tepat dan tidak menyalahi undang-undang. Selain itu, seorang
usahawan yang beretika pada kebiasaannya adalah seseorang individu yang
berjaya ,berperikemanusiaan, adil, saksama dan tidak prejudis dalam kelakuannya.

1
1. Skim Cepat Kaya

Sumber : Halaman Sinar harian oleh Nik Amirulmumin Nik Min. 26 Februari 2022.
https://www.sinarharian.com.my/article/189864/berita/semasa/lesap-rm343203-
angkara-skim-pelaburan-cepat-kaya

Ulasan / penerangan :

Menurut sebuah artikel Sinar Harian, seorang peniaga terpaksa membuat


laporan polis untuk membuat tuntutan kembali wang modal yang kira-kira RM343
000 akibat daripada skim pelaburan cepat kaya. Dalam era kemajuan kini, pelbagai
kaedah yang sanggup dilakukan masyarakat kini hanya untuk mendapatkan duit
hasil daripada pertambahan kos sara diri. Dilaporkan pada 2017, terdapat
peningkatan kes penipuan melibatkan nombor yang tidak dikenali daripada negara
Maldives. Ini merupakan sebuah kaedah dimana penipu(scammer) akan membuat
panggilan hanya dengan membuat satu nada dering sahaja. Selain itu, skim cepat
kaya juga merupakan sebuah kaedah yang terkenal bagi para penipu(scammer)
untuk memperdayakan orang ramai. Istilah skim pelaburan cepat kaya ini diguna
pakai untuk menggambarkan skim atau pelan yang lainnya diberikan oleh institusi

2
kewangan yang berlesen. Oleh itu, ramai orang telah terjerat dalam skim ini kerana
telah terpedaya dengan istilah “institusi kewangan yang berlesen”

Cadangan/penambahbaikan :

Bagi mengelakkan terkena penipuan skim cepat kaya ini, orang ramai boleh
membuat semakkan menerusi BNM yang menyediakan Senarai Amaran Pengguna
Kewangan yang memaparkan entiti dan skim yang tidak mendapat kelulusan BNM
atau merujuk portal ‘Semak Mule’ PDRM yang telah menyenaraikan nombor akaun
bank serta nombor telefon yang telah banyak dilaporkan kepada pihak polis.
Dinasihatkan juga untuk orang ramai menyebarkan tektik atau kaedah yang
digunakan oleh penipu(scammer) untuk melakukan penipuan mereka secara atas
talian kepada ahli keluarga, orang terdekat atau melalui sosial media masing-masing
agar orang ramai lebih peka untuk tidak mudah tertipu. Jika terdapat nombor atau
indivdu yang mencurigakan menghubungi, jangan menjawab apa-apa sama ada
berbentuk massage ataupun panggilan. Selain itu, individu juga hendaklah
mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak menyebarkan maklumat peribadi
mereka kepada mana-mana nombor, individu atau akun sosial media yang dicurigai.
Ini kerana, tektik ayng digunakan oleh penipu(scammer). Seterusnya jika individu
yang terlihat agak mencurigakan, hubungi talian khidmat pelanggan atau polis untuk
melaporkan nombor atau tektik yang mereka gunakan. Walau bagaimanupun,
sebagai ibu bapa hendaklah memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak
mereka untuk tidak melakukan pekerjaan seperti ini dengan memberikan
pendedahan agama sejak awal persekolahan.

3
2. Produk tiruan

Sumber : Halaman Berita Harian (BH) oleh Nurul Hidayah Bahaudin. 4 April 2022.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/04/942444/premis-menjual-barang-
tiruan-berjenama-diserbu
Ulasan/penerangan :
Menurut sebuah Sinar harian telah mencatatkan KPDHNEP telah menyita
lebih 20 000 barangan tiruan sempena hari raya. Sekaligus ini telah membuktikan
banyak premis sekarang menjual barangan tiruan. Terutamanya untuk jenama yang
terkenal seperti Nike, Adidas, Puma dan banyak lagi jenama besar diluar sana.
Berdasarkan artikel diatas, sebuah premis telah diserbu oleh KPDHNEP atas
kesalahan menjual barangan tiruan kepada orang ramai. Dengan perayaan Aidilfirtri
yang akan menjelang, banyak premis dan penjual yang mengambil peluang untuk
menjual produk tiruan dengan menawarkan harga yang murah dan menjanjikan
kualiti yang berpatutan. Kebanyakkan pembeli membeli produk tiruan ini walaupun
sudah mengetahui bahawa ianya adalah barangan tiruan. Namun, jika dibandingkan
dengan barangan yang asli, kosnya yang lebih murah menarik pembeli untuk
membeli barangan tersebut. Walaubagaimanupun, produk tiruan ini boleh
menjejaskan pembeli dari segi kos, kesihatan dan tenaga. Oleh sebab itu, produk
tiruan ini tidak wajar dibeli mahupun disebarkan.

4
Cadangan/penambahbaikan :

Sehingga kini, banyak premis atau individu yang menjual barangan tiruan ini.
Penjualan barangan tiuran ini sudah menjadi trend sama ada melalui atas talian atau
bersemuka. Jika dilihat pada aplikasi-aplikasi membeli-belah atas talian seperti
Shopee, Lazada, Ali Baba, Amazon dan lain-lain kebanyakkan harga barangan
jualan yang ditawarkan adalah sangat murah jika dibandingkan dengan harga produk
sebenar yang dijual di kedai. Hal ini sekaligus membuktikan bahawa barangan yang
dijual kemungkinan terpakai atau tiruan. Oleh itu, sebagai salah satu platfrom
aplikasi membeli-belah atas talian yang terkenal, hendaklah mengambil langkah
yang drastik dalam memastikan keaslian produk yang dijual oleh penjual lain. Seperti
Instagram dan Zalora, kedua-dua aplikasi ini amat mementingkat keaslian produk
yang dijual dengan mengehadkan atau menghalang produk tiruan atau
individu/organisasi yang menjual barangan tiruan daripada berjual beli melalui
aplikasi tersebut. Namun, individu/organisasi akan diberhentikan penjualannya hanya
jika pengguna/pelanggan melaporkan penjual tersebut kepada pihak mereka. Oleh
itu, seseorang individu/pembeli hendaklah bertanggungjawab dalam melaporkan jika
terdapat sebarang barangan atau produk tiruan yang dijumpai. Selain tiu, pihak
kerajaan juga perlu menaikkan kompaun yang dikenakan ke atas seseorang individu.

3. Perniagaan tidak berlesen

Sumber : Halaman Sinar Harian. 4 April 2022. 18 November 2021.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/04/942444/premis-menjual-barang-
tiruan-berjenama-diserbu

5
Ulasan/penerangan :

Menurut artikel diatas, 4 premis telah diserbu kerana menjalankan


perniagaan pajak gadai tanpa lesen. Akibat daripada itu, 11 individu telah ditahan
iaitu 3 di Selangor dan seorang di Johor. Isu diatas telah membuktikan bahawa
banyak lagi individu yang tidak bertanggungjawab menjalankan pernigaan haram
tanpa kebenaran. Sekurang-kurangnya 52 225 bilangan peniga tidak berdaftar telah
dicatatkan dan diambil tindakan oleh PBT bermula 2014 sehingga 2017. Peniaga
wajib berdaftar untuk menjamin kualiti dan keaslian produk. Produk yang dijual boleh
menjadi tiruan, harga yang dijual tidak berpatutan dan sebagainya. Jika pengguna
membeli barangan yang tidak berdaftar ianya mungkin akan menjejaskan kesihatan
pembeli. Walaupun telah pelbagai hukuman dan denda dijalankan kepada individu
yang ditangkap tidak berdaftar ini, namun masih ramai lagi yang ingkar dan masih
menjalankan perniagaan haram ini.

Cadangan/penambahbaikan :

Untuk mengurangkan jumlah perniagaan haram ini, banyak pihak perlulah


memainkan peranan dalam mencegah perniagaan jenis ini daripada terus
berkembang kerana ianya akan menjejaskan ekonomi negara dan masyarakat.
Sebagai masyarakat yang prihatin, kita mestilah memastikan premis itu berdaftar
dengan menghubungi pihak yang bertanggungjawab. Kebanyakkan peniaga yang
tidak berlesen menjalankan perniagaan mereka di tempat yang kecil dan tersorok.
Oleh itu, pihak berkuasa perlu melakukan pemeriksaan dengan meluas secara
berkala agar pihak berkuasa dapat membanteras peniaga-peniaga yang tidak
berlesen. Sesetengah peniaga yang tidak berlesen tidak tahu cara untuk mendaftar
premis. Pihak berkuasa haruslah menyebarkan cara untuk mendaftar premis agar
peniaga lebih mudah untuk mendaftarkan premis mereka

6
4. Salah guna logo halal

Sumber : Halaman Sinar Harian oleh Normawati Adnan. 3 Mac 2021


https://www.sinarharian.com.my/article/126721/berita/semasa/kilang-proses-
makanan-guna-logo-halal-palsu-diserbu

Ulasan/penerangan :

Sijil dan logo halal adalah penting bagi memberi jaminan kepada pembeli
untuk membeli, menggunakan atau menikmati produk atau makanan yang dijual.
Logo halal merupakan satu lambing pengesahan daripada pihak JAKIM untuk
mengesahkan pembeli bahawa produk atau makanan yang dijual tidak mengandungi
sebarang bahan terlarang seperti khinzir, alkohol dan sebagainya. Namun, sehingga
kini masih banyak premis/penjual/peniaga yang menyalah gunakan organisasi
JAKIM dengan melambangkan logo halal tersebut pada gerai, premis atau produk
mereka. Oleh itu, pembeli akan menganggap bahawa barangan yang dijual adalah
halal. Menurut artikel edaran Sinar Harian diatas, KPDHNEP dan JAKIM telah
menahan sebuah kilang memproses makanan di kawasan Ipoh atas kesalahan

7
menggunakan logo halal yang tidak sah. Kilang yang telah memproses produk
makanan yang bernilai sekurang-kuranya RM21 623 itu telah disita.

Cadangan/penambahbaikan :

Logo dan sijil halal adalah penting bagi menjamin produk yang dibeli adalah
halal dan tidak mengandungi apa-apa bahan terlarang untuk orang islam. Oleh itu,
pihak JAKIM sendiri hendaklah memberi serta menyebarkan banyak iklan atau
risalah tentang cara-cara untuk memohon HALAL JAKIM. Ini kerana, kemungkinan
beberapa peniaga masih lagi tidak tahu akan cara untuk memohon HALAL JAKIM
ini. Selain itu sebagai seorang pembeli dan orang islam, wajarlah untuk memastikan
bahan didalam produk tersebut tidak mengandungi sebarang bahan terlarang oleh
orang islam dengan meneliti senarai bahan yang tertulis pada produk makanan
tersebut. Kemudian, jika terdapat syak wasangka atau was-was, pengguna
bertanggungjawab untuk menghubungi pihak KPDHNEP atau JAKIM untuk
melaporkan syak wasangka tersebut. Seterusnya, individu boleh membuat carian
tentang produk/barangan halal di laman sesawan JAKIM untuk memastikan logo
yang dipaparkan adalah benar dan tidak palsu.

8
5. Menjual maklumat pengguna/pelanggan

Sumber : Halaman Utusan Malaysia oleh Norlizah Abas. 26 Januari 2022


https://www.utusan.com.my/terkini/2022/01/ahli-perniagaan-didakwa-beri-rasuah-
rm85000-dapatkan-maklumat-pelanggan/

Ulasan/penerangan :

Menurut artikel diatas, menunjukkan seorang ahli perniagaan syarikat penyediaan


perkhidmatan kandungan komunikasi telah didakwa atas kesalahan menerima
rasuah sebanyak RM 85 000 untuk mendapatkan maklumat pelanggan. Rasuah
merupakan satu jenayah yang amat dicegah dan besar di Malaysia kerana ianya
mampu mengancam keselamatan negara dan orang ramai. Terutamanya apabila
kes-kes rasuah ini melibatkan syarikat koperat yang besar. Kebiasaannya, para
peniaga akan membeli maklumat pelanggan untuk memasarkan produk mereka
serta menarik minat pelanggan. Dengan maklumat yang dibeli, para peniaga akan

9
mendapati maklumat pelanggan seperti minat, nama dan pelbagai lagi maklumat
yang mampu menarik minat pelanggan untuk membeli produk mereka. Kes-kes ini
dianggap berat kerana ianya boleh dianggap sebagai pecah amanah seterusnya
mencemarkan nama syarikat. Dengan hasil maklumat pelanggan yang dibeli,
peniaga boleh mengaut keuntungan yang masyuk dengan menggulingkan wang atau
akaun pengguna/pelanggan. Sebagai contoh, menurut sebuah artikel Harian metro
sejak 10 tahun, hampir 100 syarikat penyediaan kandungan dikesan melakukan
jenayah menyedut kredit prabayar milik pengguna/pelanggan. Akibatnya, ini telah
menyebabkan mangsa rugi hampir RM 100 juta. Ini menunjukkan kes-kes seperti ini
semakin berleluasa dan perlu dicegah. Jenayah ini juga boleh dikait rapat dengan
mereka yang berjawatan besar didalam sesebuah syarikat yang memberikan
maklumat pelanggan. Mereka yang tidak amanah dan terpedaya dengan hasil
suapan wang yang banyak, telah menjual maklumat pelanggan tanpa mengira akibat
yang ditanggungnya serta pelanggan. Hal ini selalunya berlaku pada syarikat-
syarikat koprat yang menyimpan serta mempunyai data pelanggan serta pekerja
yang banyak.

Cadangan/penambahbaikan :

Sebagai seorang peniaga, wajarlah memberi perhatian tinggi kepada kes


jenayah seperti ini. Syarikat-syarikat koprat juga hendaklah meneliti latar belakang
pekerja yang bekerja dibawah naugan syarikat sebelum mengambil mereka sebagai
pekerja. Selain itu, syarikat-syarikat juga hendaklah meningkatkan polisi mereka
dengan mengehadkan hanya beberapa individu yang boleh dipercayai untuk
mengakses data pengguna dan mengehadkan waktu individu untuk masuk ke dalam
bilik data. Kerajaan juga hendaklah memainkan peranan dalam meningkatkan tahap
kehakiman atau hukuman individu yang tidak bertanggungjawab jawab ini. Selain itu,
integriti diri dan moral hendaklah ditingkat sejak peringkat awal. Dengan pendedahan
tentang akibat rasuah sejak di peringkat sekolah perlu diambil perhatian oleh para
pendidik untuk memainkan peranan mereka dalam mendidik para pelajar dalm
menetukan mas hadapan mereka. Menurut Prof Dr Ahmad Matadha Mohamed, Jika
nilai moral dan integriti seseorang pekerja itu tinggi, maka dugaan rasuah boleh
diketepikan. Namun jika integriti dan niali moral seseorang itu rendah, maka mereka
sentiasa akan mencari peluang untuk melakukan amalan rasuah.

10
RUJUKAN

Artikel

Denin, M. J. (n.d.). my Metro. Retrieved from Makan duit haram hasil jual makanan pelanggan
prabayar: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/03/684761/makan-duit-haram-
hasil-jual-maklumat-pelanggan-prabayar

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA. (2017). DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA. Didapatkan dari Kamus
Bahasa Melayu: https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=etika

Goverment of Canada. (t.t). Goverment of Canada. Didapatkan dari What is ethics?:


https://www.canada.ca/en/treasury-board-secretariat/services/values-ethics/code/what-is-
ethics.html

Mohamed, P. D. (2021, April 12). BH ONLINE. Didapatkan dari Tingkat moral, integriti diri elak
terjebak amalan rasuah:
https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2021/04/806072/tingkat-moral-integriti-
diri-elak-terjebak-amalan-rasuah

Pasukan CFI. (2022, Mei 8). CFI. Didapatkan dari What are Business Ethics?:
https://corporatefinanceinstitute.com/resources/knowledge/other/business-ethics/

Singer, P. (1998, Julai 20). Britannica. Didapatkan dari ethics:


https://www.britannica.com/topic/ethics-philosophy

11

Anda mungkin juga menyukai