Anda di halaman 1dari 6

ISU SEMASA TMK

JENAYAH SIBER

 semakin maju teknologi maklumat (TMK) semakin meningkat jenayah siber yang
berlaku. Jenayah siber merupakan jenayah yang dilakukan melalui komputer dalam
internet. Jenayah siber menyebabkan mangsa menderita dan mengalami kerugian.
Penjenayah siber akan muat turun cara mencuri, menipu harta benda, pemalsuan,
peras ugut, mengubah data-data dan lain-lain melalui internet. Hal ini bertujuan untuk
mengakibatkan kerugian dan penderitaan mangsa-mangsa jenayah siber. Jenis
jenayah siber yang biasa kita dengar termasuklah penipuan, kerosakan atau
pengubah suaian ke atas program atau komputer, kecurian maklumat, capaian
secara tidak sah keatas sistem, pengintipan penyebaran virus dan banyak lagi.
Selaras dengan kepesatan teknologi kita mungkin akan berhadapan dengan
pelbagai bentuk jenayah baru

KERUNTUHAN AKHLAK

 Keruntuhan akhlak boleh dilihat dalam pelbagai sudut, seperti isu pornografi, buli
siber, ketagihan permainan video dan vandalisme. Isu ini bukan sahaja terkesan
kepada golongan muda, bahkan gologan tua dan kanak-kanak. Antara aktiviti
keruntuhan moral lain seperti isu hate speech, hate crime dan pembaziran masa
yang amat ketara dengan alatan (gadget). Implikasi lain seperti dalam isu
technostress dan technophobia. Technostress merupakan keadaan yang
menyebabkan seseorang berasa tidak selesa dengan perkembangan teknologi.
Manakala technophobia juga berkaitan dengan ketakutan yang tidak forrnal dengan
perubahan teknologi, sains dan perubahan secara umum.

WUJUD BUDAYA PLAGIARISM

 Plagiarism adalah perbuatan tidak sihat dalam dunia akademik. Hal ini kerana telah
mengambil hak cipta seseorang tanpa izin. Perkara ini telah menjejaskan amalan
kesantunan malah ini juga akan mengakibatkan individu yang terlibat tidak
melakukan sesuatu tugas dengan hasilnya sendiri.
PENYEBARAN BERITA PALSU

 kemajuan teknologi telefon pintar dan kepantasan internet hari ini telah mendorong
kepada tabiat baharu orang ramai iaitu menyebarkan maklumat salah dan berita
palsu sehingga mampu menjejaskan wang individu dan sumber kerajaan.
 Pada masa sekarang, media sosial merupakan medium perhubungan dan
penyebaran maklumat sekali gus menjadi satu ‘trend’ dalam kehidupan masyarakat
masa kini terutamanya golongan remaja.
 Media sosial yang popular dalam kalangan masyarakat pada hari ini
antaranya Facebook (FB), Instagram (IG), Whatsapp, Wechat, Twitter, TikTok dan Y
outube.
 Media-media sosial ini telah banyak disalahgunakan oleh segelintir masyarakat yang
tidak beretika untuk menyebarkan maklumat salah dan palsu sehingga
mendatangkan kesan negatif kepada individu, keluarga, masyarakat dan juga
negara.
 Maklumat dan berita palsu seringkali mengandungi unsur-unsur penipuan, mengapi-
apikan sentimen perkauman dan memfitnah seseorang untuk menjatuhkan maruah,
reputasi dan sebagainya.

MELAYARI LAMAN SESAWANG YANG TIDAK BERMORAL ATAU PORNOGRAFI

 generasi muda khususnya lebih terdedah dengan perkara-perkara negatif seperti


melayari laman sesawang tidak bermoral
 Kewujudan laman web lucah yang mudah diakses oleh sesiapa sahaja termasuk
anak-anak sekolah, remaja dan golongan dewasa memberi kesan negatif terhadap
perubahan nilai dan gaya hidup mereka. Larangan agama terhadap perlakuan yang
boleh menghampiri zina tidak mampu menyekat remaja dan golongan dewasa
daripada menghindari perbuatan tercela.
 Minat dan kesukaan melawati laman-laman web yang tidak bermoral dan tidak
berfaedah akan memberi kesan negatif dalam perkembangan minda dan fizikal
manusia. Ketagihan terhadap laman web negatif mencetuskan kerosakan maruah,
nilai keperibadian, dorongan terhadap jenayah seksualiti, masalah perundangan,
perhubungan interpersonal dan pembaziran wang serta masa.

CARA MENGATASI MASALAH ISU TMK

peranan pihak sekolah

 Pihak sekolah haruslah memainkan peranan dalam memantau pelajar mereka


daripada mencari informasi-informasi seperti informasi lucah dan gengsterism yang
boleh mencemarkan minda mereka. Selain itu, pihak sekolah haruslah menyekat
laman web yang tidak boleh dilayari.
 Pihak sekolah harus memberikan pengajaran nilai-nilai murni atau mata pelajaran
yang berkaitan dengan pengajaran moral seperti Pendidikan Moral dan Pendidikan
Islam.
menguatkuasakan undang-undang siber

 undang-undang yang berkaitan dengan jenayah siber harus sentiasa dikemaskini


agar ia berkesan dalam menangani isu ini. Kerajaan harus mengkaji dan
memperkenalkan undang-undang yang mampu menghalang jenayah siber dan
memastikan bahawa undang-undang tersebut memenuhi keperluan semasa.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) yang ditubuhkan pada 1998 perlu
diperkasakan agar keselamatan siber dalam negara dapat dijamin sekaligus
menggalakkan pertumbuhan ekonomi dalam negara dan menarik pelabur asing yang
berasa selamat untuk menggunakan infrastuktur yang berteknologi tinggi yang kita
tawarkan.
Kempen penggunaan teknologi secara positif

 Melalui kempen ini, para remaja diberi pendedehan tentang hukuman untuk
penyalahgunaan teknologi seperti akta jenayah computer 1997 dan akta multimedia
1998.
 Dengan ini, remaja boleh menghindarkan diri mereka daripada terlibat dalam jenayah
cyber.
 Selain itu, melalui kempen ini, remaja juga diberi pengetahuan tentang pelbagai
manfaat yang boleh mereka memiliki melalui komputer seperti mencari informasi
untuk kerja kursus dan sebagainya

PERANAN TMK

1)Pengurusan dan pentadbiran akan lebih sistematik dan teratur kerana teknologi maklumat
dan komunikasi merupakan salah satu penyumbang penting dalam menjaga keamanan dan
keselamatan negara. Kes jenayah yang semakin berleluasa di negara Malaysia dapat
diatasi dengan bantuan ICT. Televisyen atau kamera litar tertutup (CCTV) banyak
digunakan dan ditempatkan di kawasan-kawasan seperti bank, lapangan terbang,
pangkalan terbang, dan pasar-pasar raya.Di samping itu, kegiatan jenayah yang berlaku
dapat dikesan dan seterusnya memberkas penjenayah yang terbabit.Tugas anggota
keselamatan negara juga akan menjadi lebih mudah.

2)Hubungan antara negara dapat dipercepatkan melalui rangkaian teknologi dan komunikasi
ini.Contohnya,Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat, tepat serta dengan kesilapan
yang amat minimum. Umpamanya, dengan adanya e-mel, sesuatu maklumat dapat dihantar
dengan cepat melewati batas sempadan negara, masa dan ruang. Tanpa teknologi
maklumat, kita tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa. Produk kita akan dicap
sebagai ketinggalan zaman.Oleh itu, terbuktilah bahawa pembangunan teknologi maklumat
membolehkan Malaysia berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah dengan negara-negara
maju yang lain.

Contohnya,Kewujudan ICT dapat membantu dalam sistem pengajaran dan pembelajaran


(P&P). Sistem pendidikan di sekolah dapat dimajukan oleh ICT sekali gus mewujudkan
sekolah bestari. Pelajar mendapatkan maklumat dari seluruh dunia melalui Internet untuk
melakukan kerja atau projek-projek di sekolah. Pelajar akan belajar mengikut kemampuan
mereka serta melahirkan generasi yang celik komputer. Pendidikan di sekolah atau di
institusi lebih bercirikan pendidikan jarak jauh. Peluang pendidikan menjadi lebih luas, selain
menjimatkan kos.

KEPENTINGAN HUBUNGAN ANTARABANGSA1.
 
Menjamin kestabilan politik negara kita.
hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni jika politik di negara Malaysia adalah stabil.
Penubuhan negara ASEAN dapat menjamin kedaulatan negara-negara serantau.
Sebagai contoh,untuk memastikan kestabilan politik di negara kita,negara kita telah
menjadianggota ASEAN setelah negara mencapai kemerdekaan.
Malaysia telah mencadangkan supaya Menteri-menteri Luar
ASEAN mengisytiharkannegara-negara ASEAN sebagai zon aman,bebas,
dan berkecuali bagi mengekalkankeamanan dan kestabilan politik di Malaysia dan negara-
negara serantau.2.
 
Memakmurkan ekonomi negara.
penubuhan AFTA iaitu zon bebas cukai antara negara ASEAN mewujudkan pasaran
yangberpotensi besar kepada pengeksport Malaysia asalkan mereka meningkatkan
piawaianproduk dan khidmat
Penubuhan AFTA membolehkan barangan dari negara serantau bersaing secara
sihat .rakyat dari negara ASEAN dapat membeli barang yang berkualiti setelah AFTA
ditubuhkan3.
 
Rantau yang aman,selamat,dan berkecuali.
Sehubungan dengan itu, negara kita tidak berperang dengan negara lain atau melibatkandiri
dalam konflik antarabangsa dan serantau.
telah mengekalkan keamanan dan keharmonian di Asia Tenggara. Penubuhan NAM
telahberjaya mengelakkan campur tangan kuasa asing dalam hal ehwal sebuah negara
danmenyelesaikan pertelingkahan antara negara melalui rundingan dan persefahaman.
Malaysia mempunyai hubungan ketenteraan yang kekal dan baik dengan negara
serantauseperti negara Thailand dan Indonesia4.
 
Memudahkan bantuan .
menghulurkan bantuan kepada negara-negara yang menjalin hubungan yang baik
denganmereka .
Malaysia telah membantu negara serantau yang ditimpa bencana,misalnya rakyat
Malaysiamendermakan wang dan sebahagian daripada mereka telah menjadi sukarelawan
di negaraIndonesia apabila berlakunya gempa bumi di negara Indonesia.5. Meningkatkan
taraf pendidikan di negara kita.
menjadikan Universiti Malaya sebuah universiti yang tersohor,kerjasama akademik
telahdijalinkan antara Universiti Malaya dengan university-universiti yang lain
Universiti tempatan harus bekerjasama dengan universiti di negara serantau agar tarafpendi
dikan rakyat dapat ditingkatkan kerana bersekutu bertambah mutu.
Hal ini terbukti apabila akademik secara kajian terperinci,penyelidikan,penerbitan
dansebagainya dijalankan dalam kerjasama Universiti Malaya ,Timbalan Dekan
Fakulti Sasteradan Sains Sosial, serta Universitas Gadjah Muda .

HUBUNGAN MANUSIA DGN TMK

Meluaskan aktiviti perniagaan


Meluaskan aktiviti perniagaan juga merupakan salah satu kebaikan dalam teknologi
maklumat dan komunikasi terhadap golongan Belia. Hal ini demikian kerana ianya
akan menjimatkan lagi kos dan juga tenaga justeru mengurangkan lagi
pengeluaran modal terhadap sewa kedai dan sebagainya. Sekiranya peniaga menyewa
kedai semata-mata untuk melariskan penjualannya, ini akan menyebabkan input yang
diperoleh tidak mencapai tahap pendapatan yang sepatutnya kerana hendak membayar lagi
sewa kedai yang mahal. Kita tahu bahawa zaman sekarang, penyewaan terhadap
kedai telah meningkat. Ini menyebabkan peniaga meningkatkan lagi harga
barangan dan permintaan terhadap barangan akan berkurang justeru ini akan
merugikan para peniaga tersebut. Bukan itu sahaja, perniagaan dalam talian yang
diwujudkan ini juga akan memudahkan lagi pihak pembeli untuk membeli barangan yang
dikehendaki. Secara tidak langsung juga, ini akan meningkatkan lagi permintaan
terhadap sesuatu barangan yang di jual. Oleh itu, terbuktilah bahawa kemunculan teknologi
maklumat dan komunikasi ini akan memudahkan lagi aktiviti perniagaan dalam talian.
Menggalakkan komunikasi
Seterusnya, memudahkan dan menggalakkan lagi komunikasi antara satu sama lain tanpa
sempadan. Hal ini demikian kerana wujudnya laman sosial seperti Facebook,
Twitter, Blogger dan sebagainya yang secara tidak langsung akan menyebabkan
komunikasi antara manusia akan lebih berkembang bagi menyampaikan sesuatu
maklumat sama ada ianya adalah maklumat penting mahupun tidak. Melalui
laman sosial tersebut, ianya akan memudahkan orang ramai untuk berkomunikasi atas
talian terutama dengan rakan- rakan, ahli keluarga dan sebagainya. Oleh itu, tidak dapat
dinafikan bahawa komunikasi ini juga akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara
satu sama lain

Anda mungkin juga menyukai