Anda di halaman 1dari 20

UNIVERSITI KUALA LUMPUR MALAYSIAN INSTITUDE OF INDUSTRIAL

TECHNOLOGY
UNIKL MITEC

DIPLOMA IN INDUSTRIAL LOGISTICS

SUBJECT CODE : MPU2182

COURSE CODE : DIL23/1PE

TOPIK : TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI PENGGERAK


KESEPADUAN NASIONAL DI MALAYSIA

LECTURER : SITI NURUL IZAH BINTI MUSA

DUE DATE : 22 AUGUST 2023

NAME OF INDIVIDUALS :
NO NAME STUDENT ID
1 NURALIA AMYRA BINTI NORAZMI 57102323050
2 NUR HAZRIN BINTI HASAN 57102323123
3 SHARIFAH ALIA NAZUHA BINTI SYED AZIZ 57102323081
4 SHARIFAH NURDINA IZZATI BINTI SYED AZIZ 57102323054

1
ISI KANDUNGAN Muka Surat

1.0 Pengenalan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (Ict)…………... 3-5

2.0 Hubungan Manusia Dengan Ict …………………………………… 5-6


3.0 Kesan Ict Terhadap Perkembangan Masyarakat
3.1 Kebaikan Ict Terhadap Perkembangan Masyarakat ……….……….. 7
3.1.1 Penyebaran Maklumat Secara Berkesan …………………… 7-8
3.1.2 Menyatukan Masyarakat Berbilang Kaum …………………. 8-9
3.2. Keburukan Ict Terhadap Perkembangan Masyarakat ……................. 10
3.2.1 Pengaruh Budaya Barat …………………………………….. 10-11
3.2.2 Pencemaran Bahasa ………………………………………… 11-12
3.2.3 Fitnah Perkauman Tersebar Lebih Cepat …………………… 12-13
4.0 Isu Semasa Tentang Ict ……………………………………………... 13-16
5.0 Ict Sebagai Tapak Pengukuhan Kesepaduan Nasional ……………... 16-18
6.0 Kesimpulan …………………………………………………………. 18
7.0 Rujukan …………………………………………………………….. 19-20

2
1.0 PENGENALAN ICT SEBAGAI MEDIUM PEMANTAPAN ETIKA DAN
PERADABAN DI MALAYSIA

Pada masa kini, kemajuan teknologi internet adalah medium untuk berkomunikasi seperti
telefon pintar dan komputer telah berkembang di serata dunia. ICT ataupun dikenali sebagai
“Information Communication and Technology” yang membawa maksud informasi,
komunikasi dan teknologi merupakan elemen yang sangat penting pada era kemodenan ini. Ia
membolehkan segala maklumat disebarkan melalui komunikasi antara satu sama lain dengan
menggunakan teknologi yang telah diciptakan. Penggunaan media sosial adalah dominan bagi
masyarakat di seluruh dunia. Media sosial boleh didefinisikan sebagai aplikasi yang berasaskan
internet. Perubahan dunia juga telah sejajar dengan perkembangan teknologi komunikasi dalam
media sosial. Hal ini demikian kerana media sosial merupakan salah satu platform yang
digunakan oleh masyarakat pada masa kini secara atas talian dan digunakan untuk
berkomunikasi anatara satu sama lain. Antara media sosial yang digunakan oleh manusia secara
global ialah Instagram, Facebook, WhatsApp dan juga Twitter. Media sosial telah berkembang
dengan adanya aplikasi tersebut kerana membolehkan semua pengguna untuk berinteraksi
antara satu sama lain yang berada di tempat yang berbeza. Oleh itu, media sosial merupakan
peranan yang penting dalam penyebaran maklumat yang tepat, bernas dan berfaedah kepada
masyarakat seluruh dunia.

Seterusnya, maklumat yang disebarkan melalui media sosial perlulah mempunyai


kepentingan untuk mendidik dan juga membawa masyarakat kearah kebaikan dan menjauhi
perkara yang tidak sepatutnya. Media sosial juga memainkan peranan yang penting terutama
dalam proses komunikasi dalam agama Islam sebagai medium untuk menyampaikan idea,
dakwah, mesej dan juga maklumat. Selain itu, media sosial dan proses komunikasi saling
berkait rapat antara satu sama lain dalam menyampaikan sesuatu gambaran maklumat. Namun,
ia akan menjadi transformasi dan pertambahan peranan jika dijadikan sumber hiburan dan
penyebaran maklumat.

Terdapat sebuah kajian untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi penggunaan
media sosial yang berperanan mempengaruhi tahap penerimaan mesej dakwah melalui media
sosial. Data diperolehi daripada 99 responden yang berumur 18 hingga 27 tahun dan secara
aktif menggunakan media sosial. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang dilakukan
menerusi tinjauan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada responden yang terdiri

3
daripada pelajar jurusan Asasi, Diploma dan Sarjana Muda di Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor (KUIS). Dengan menggunakan analisa SPSS (Statistical Package for
Social Sciences), hasil kajian mendapati 83% responden telah menggunakan media sosial
melebihi tempoh 3 tahun dan majoriti 61% responden melayari media sosial Facebook sebagai
pilihan utama. Hasil ujian regresi pelbagai pula mendapati penerimaan mesej dakwah di media
sosial dalam kalangan mahasiswa banyak dipengaruhi oleh faktor ciri interaktif yang didapati
di media sosial sebagai penyumbang utama. Kajian ini menunjukkan bahawa ciri-ciri interaktif
yang diperoleh daripada media sosial telah mempengaruhi tahap penerimaan mesej dakwah
dalam kalangan mahasiswa.

Selain itu, media sosial sejak kebelakangan ini telah menjadi isu hangat yang
dibicarakan dalam kalangan masyarakat di dalam negara mahupun di seluruh pelosok dunia.
Hal ini demikian kerana wujud pihak yang menyalahgunakan media sosisl dengan sewenang-
wenangnya tanpa amalan etika. Media sosial menjadi saluran mudah yang membolehkan
mereka menyebarkan maklumat atau berita palsu, mengkhianati orang lain tanpa sumber yang
benar, melakukan penipuan, menggodam maklumat sulit peribadi, memplagiat idea orang lain,
menjalankan perniagaan secara haram dan mencetuskan kontroversi. Masyarakat kini semakin
meminggirkan bahkan juga melupakan amalan tataetika yang sepatutnya dalam aktiviti
kehidupan seharian terutamanya dalam era kemodenan ini.

Menurut berita dalam Astroawani yang menyatakan bahawa CyberSecurity Malaysia


mencatatkan rekod hampir lima ribu kes jenayah siber di negara ini sejak Januari lalu (Hasnan,
2020). Dengan ini, kes dilihat semakin bertambah pada April ekoran majoriti rakyat Malaysia
melakukan tugas mereka secara dalam talian sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) (Hasnan, 2020). Peratus yang tertinggi dalam penipuan yang sering berlaku
dan dihadapi dalam kalangan masyarakat Malaysia merupakan ancaman fraud (Hasnan, 2020).
Lebih-lebih lagi, The Global State, Hootsuite itu telah menjalankan kaji selidik yang
melibatkan dua ratus tiga puluh sembilan buah negara bagi mengetahui trend terkini pengguna
laman sosial di seluruh dunia pada tahun 2018 (Kemp, 2018). Menurut laporan tersebut,
pengguna sosial media di Malaysia telah meningkat sebanyak 9 peratus berbanding dengan
tahun yang lalu. Secara purata, warga Malaysia meluangkan masa sekurang- kurang 3 jam
seharian dalam media sosial sekali gus meletakkan negara ini antara sepuluh tertinggi di dunia
(Aula, 2018). Dengan kebiasaan penggunaan media sosial secara holistik, etika semasa
menggunakan media sosial dalam kalangan masyarakat wajiblah dipandang berat oleh semua

4
pihak. Polisi dan garis panduan daripada pelbagai agensi menjadi keutamaan dalam
mengelakkan jenayah siber berlaku. Undang-undang dan peraturan turut digubal dan dipinda
seiring dengan perubahan kecanggihan teknologi untuk mengawal tataetika masyarakat semasa
menggunakan media sosial.

2.0 Hubungan Ict Dengan Manusia

Secara amnya teknologi digital adalah satu sistem komunikasi yang berasaskan komputer
“computer-based communication system”. Dengan lahirnya teknologi digital ini maklumat
akan boleh disebarkan iaitu diterima atau dihantar diantara peralatan-peralatan yang
berteraskan teknologi tersebut dengan mudah, pantas dan pada bila-bila masa sahaja.
Interaksi manusia dengan alat ataupun teknologi terjalin sejak zaman purbakala lagi.
Kepintaran manusia dalam pencipataan teknologi telah mewujudkan perlbagai jenis alat
komunikasi hasil daripada inovasi dan dan pengubahsuaian alat teknologi sedia ada.
Perkhembangan era teknologi sampai ke menara gading bermula akhir abad ke-20 jika
dibandingkan dengan teknologi zaman sebelumnya kerana masa kini telah diserap jauh ke
dalam tatacara hidup dan budaya manusia sehingga manusia seolah-olah tidak mampu hidup
tanpa teknologi.

Menurut sebuah tesis yang dibuat oleh Plato mendapati bahawa kaitan manusia dan
terknologi mula dianalisis sejak zaman Green Purba lagi. Democritus menyatakan bahawa
kehidupan seharian asalnya menyerupai alam sekitar sebagai contoh pembinaan rumah
bermula dengan meniru burung yang membuat sarang diatas pokok, manakala perbuatan
mengait baju pula meniru kepada aktiviti labah-labah. Teknologi ini telah merubah kerangka
dan budaya berfikir (Weltanschauung) masyarakat. Perubahan Weltanschauung ini berlaku
pada semua jenis masyarakat. Sebagai contoh, segelintir ilmuan Eropah pada akhir abad ke-
19 dan awal abad ke-20 turut berubah semenjak idea dan konsep Mesin Turing diperkenalkan
oleh tokoh ilmiah dan Matematik Inggeris Alan Turing (1912-1954). Perubahan ketara
berlaku dari sudut kaedah mencari ilmu, punca ilmu dan matlamat ilmu hingga ke persepsi
terhadap asal usul manusia dan alam (Hairudin Haron, 1999). Mesin Turing yang menjadi
asas kepada ilmu ICT itu tadi bukan sahaja merubah Weltanschauung ilmuan barat, malah
turut merubah budaya fikir Inggeris. Sehinggakan tidak ada golongan orang yang terpelajar
dan cendekiawan semasa Inggeris yang tidak dipengaruhi sedikit sebanyak oleh tradisi
pemikiran tersebut pada waktu itu.

5
Selain itu, Hubungan Hermeneutik ataupun boleh dipanggail sebagai hubungan
tafsiran. Hubungan ini tidak memberikan manusia akses kepada dunia realiti dengan cara
penggabungan dengan sesuatu teknologi tetapi ia memerlukan tafsiran manusia untuk
memahami apa yang dimaksudkan oleh sesuatu teknologi. Hubungan ini juga telah menyatakan
walaupun manusia melihat sesuatu teknologi itu secara berhadapan dan spontan, yang dilihat
bukanlah teknologi itu senditi tetapi tafsiran terhadap dunia realiti. Contoh yang diberikan oleh
lhde mengenai hubungan ini adalah termometer. Dengan melihat temometer secara berhdapan
kita tidak akan dapat merasai atau mengetahui suhu sesuatu beda atau tempat secara spontan
melainkan kita perlu memeriksa dan memerhatikan bacaan pada termomer tersebut. Seterusnya
lhde juga turut menyebut tentang hubungan perubatan. Hubungan ini juga menyatakan bahawa
teknologi dilihat dan dianggap sebagai sesuatu yang bukan dirinya atau lebih difahami dengan
Bahasa lain iaitu “seakan-lain”. Hubungan perubatan ini juga disamakan seperti yang disebut
oleh Heidegger iaitu “berada-di-tangan”. Contohnya, seperti kita mengeluarkan tunai dari
mesin ATM yang mana kita akan menganggap mesin itu seperti pegawai bank yang memberi
perkhidmatan untuk mengeluarkan wang.

Tambahan pula, juga diterangkan tentang Hubungan Penjelmaan oleh Ihde yang mana
ianya adalah sama seperti konsep “Bersedia untuk digunakna”. Hubungan ini menyatakan
bahwa teknologi telah digabungkan Bersama manusia supaya dapat berhubungan dengan dunia
realiti melalui teknologi. Sebagai contoh, teropong adalah suatu alat yang dicipta untuk
manusia melihat dunia realiti dengan lebih jelas. Kegunaannya sebagai alat untuk memberikan
sesuatu bantuan penglihatan kepada manusia terhadap dunia realiti. Di samping itu, lhde ialah
teknologi yang menjadi pengataraan antara manusa dan dunia realiti dengan cara yang berbeza
atau dengan kata lain teknologi adalah sesuatu yang membolehkan manusia untuk melihat
dunia dengan pelbagai perspektif yang berbeza. Perubahan pandangan ini juga mempunyai
struktur kekuatan dan kekurangan tersendiri. Maksudnya, pengantaraan teknologi dan manusia
ini mengutamakan beberapa aspek dunia dan mengurangkan beberapa aspek yang lainnya.
Sebagai tamsilnya, apabila kita menggunakan kamera termagrafik, kita dapat melihat imej
dalam bentuk yang berbeza dari asalnya kerana kamera tersebut bergantung kepada suhu yang
mana ianya tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Oleh itu, kita juga tidak dapat melihat aspek
realiti dengan jelas menggunakan mata kasar seperti warna asal sesuatu objek.

6
3.0 KESAN ICT DALAM MENGUKUHKAN KESEPADUAN NASIONAL

3.1 KEBAIKAN TEKNOLOGI DAN MAKLUMAT TERHADAP ETIKA DAN


PERADABAN

3.1.1 Penyebaran maklumat secara berkesan

Sejajar dengan anjakan paradigma yang berlaku diseluruh dunia, isu teknologi moden dan
kesannya menjadi topik utama yang semakin hangat diperdebatkan. Sejak Ict diwujudkan,
setiap penemuan yang baharu telah membawa pelbagai faedah kepada perkembangan tamadun
manusia sejagat begitu juga dengan perpaduan kaum terbesar di Malaysia yang meliputi
Melayu, Cina, dan India. Peranan media seperti akhbar dan televisyen dalam menyemai
perpaduan kaum hendaklah diteruskan. Perkara ini sejajar dengan prinsip yang termaktub
dalam Rukun Negara. Hal ini demikian kerana pada era globasasi kini, majoriti individu
memiliki gajet yang sentiasa bersama seperti nyawa yang tidak lekang dari empunya badan.
Oleh itu, penghasilan filem berkongsepkan kenegaraan dan perpaduan tidak hanya tertumpu
pada elemen peperangan semata tetapi juga filem berunsurkan semangat perpaduan seperti
filem Adiwiraku, Ola Bola, Kolumpo dan sebagainya. Ict juga berfungsi sebagai medium
penyebaran keunikan setiap kaum bagi merapatkan jurang yang semakin jauh akibat daripada
perbezaan sosioekonimi, pendidikan dan gaya hidup sesetengah kaum.

Jika ditinjau dari aspek keunikan perkauman pula, lebih memberangsangkan apabila
terdapat individu yang berkebolehan untuk bertutur dalam pelbagai bahasa kaum lain dengan
fasih. Sebagai contoh, wujudnya aplikasi Google dan Youtube berpuluh tahun dahulu yang
boleh digunakan untuk mencari sumber-sumber berkaitan pengajaran bahasa mandarin, tamil,
iban dan lain-lain. Ict merupakan salah satu peluang besar kepada masyarakat untuk mengenal

7
lebih dekat tentang keunikan bahasa dan keagongan budaya yang belum diperluaskan kepada
masyarakat setempat. Sudah terang lagi bersuluh, penggunaan Ict secara tidak langsung dapat
mempromosikan keunikan bahasa, adat dan budaya kaum sejagat. Oleh itu boleh dikatakan
bahawa ilmu yang diperolehi dapat membantu dan memudahkan aktiviti seharian sebagai
contoh apabila kita terserempak dengan seseorang dari bangsa lain yang kurang fasih berbahasa
ibunda meminta tolong untuk menunjukkan arah jalan, maka kita dapat menolong tanpa
sebarang rasa ragu-ragu kerana kita dapat memahami antara satu sama lain. Hal yang demikian
boleh meringankan beban individu tersebuat sejurus dapat menimbulkan rasa kagum terhadap
kaum lain yang sedaya upaya menimba ilmu untuk boleh bertutur dalam bahasa mereka.

3.1.2 Menyatupadukan Masyarakat Berbilang Kaum

Melalui Ict masyarakat boleh mengakses bermacam jenis aplikasi yang bermanfaat bertujuan
untuk hiburan, perniagaan, perkongsian ilmu, pendidikan dan juga ekonomi negara serta
antarabangsa. Dalam masa yang sama Ict berguna untuk menghubungkan masyarakat sejagat
tidak kira status agama, bangsa dan budaya malah dapat menghubungkan masyarakat seluruh
dunia. Hal ini dapat membuktikan bahawa Ict adalah medan yang sangat efektif untuk
menyatupadukan masyarakat terutamanya di Malaysia. Sebagai contoh, aplikasi Tiktok,
Intagram dan Twitter yang merangkumkan pelbagai jenis video, maklumat dan isu semasa
terkini yang kadang mencetuskan fenomena mahupun kontroversi dalam perkauman. Menurut
sebuah perkongsian warganet yang memaparkan klip video berdurasi 2 minit yang
menceritakan tentang usaha yang dilakukan oleh segelintir masyarakat berrbangsa cina,
dimana mereka telah berusaha membantu seorang warga emas berbangsa melayu yang buta
untuk melintas jalan raya. Daripada paparaan video itu, kita dapat melihat budaya tolong
menolong dalam kalangan masyarakat. Video tersebut mendapat 1.7 Milion tontonan di Tiktok
dan menerima begitu banyak komen positif dari berbagai jenis bangsa dan etnik, malah ada
segelintir komen dari akaun antarabangsa memuji kesepaduan masyarakat yang diterapkan
tanpa mengira warna kulit, budaya, agama dan bangsa. Jelas sekali Ict adalah sebuah platform
yang berguna dalam memberi pengajaran kepada masyarakat sejagat tentang pentingnya
kesepaduan berbilang kaum bak kata pepatah “Bulat Air kerana pembentung, Bulat Manusia
Kerana Muafakat”.

Tidak juga dilupakan, dapat era globalisasi yang penuh dengan ranjau duri ini masih
terdapat sebahagian besar daripada masyarakat yang berada di kawasan pedalaman dimana

8
mereka tidak terdedah dengan penggunaan Ict. Perkara ini telah menghadkan mereka untuk
bermonukasi dengan penduduk luar contohnya di Beranang dan Tanjung sepat. Tanpa campur
tangan pihak luar khususnya kerajaan, golongan pinggir ini akan terus tenggelam dari arus
kemajuan teknologi dan pemberdayaan pengguna akan menemui kegagalan. Peka dengan
keadaan ini, pihak kerajaan bertindak dengan melaksanakan dasar pembangunan luar bandar
melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) bermula tahun 1991. Penggubalan
RRJP2 berasaskan Dasar Pembangunan Nasional dan ia adalah titik permulaan era baru ke arah
membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Melalui dasar
nasional ini, pembanggunan Kawasan luar bandar akan semakin berkembang di bawah Jabatan
Kementerian Pembanggunan Luar Bandar. Menurut Kementerian Komunikasi Dan
Multimedia Malaysia (2020) menyatakan bahawa Pusat Ict adalah kemudahan kepada
masyarakat untuk mengekses internet di luar bandar.

Oleh itu pihak kerajaan telah berganding bahu memperkenalkan Pusat Internet Desa
(DIP) di Kawasan liar pandar. Inesiatif ini adalah salah satu projek yang paling Berjaya di
negara membangun terutamanya kepada golongan miskin dan penduduk yang tinggal di
pedalaman. Dasar ini dilihat berupaya dijadikan sebagai satu penyuntik pembangunan
komuniti setempat di samping mampu meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran
penggunaan ICT dalam kalangan masyarakat. Daripada kemudahan yang diperkenalkan,
penduduk sekitar dapat mengekses internet dengan senang hati untuk berkomunikasi dengan
masyarakat luar dan mengetahui tentang isu semasa yang terjadi di Malaysia. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa keputusan yang diambil dapat mengertakan lagi perpaduan masyarakat
sejurus dapat memberi pendedahan baru kepada penduduk di kawasan pedalaman untuk
mengambil tahu tentang perpaduan di Malaysia.

9
3.2 KEBURUKAN TEKNOLOGI DAN MAKLUMAT TERHADAP ETIKA DAN
PERADABAN

3.2.1 Pengaruh Budaya Barat

Telah dijelaskan sebelumnya,pengaruh Ict yang meluas dalam kehidupan moden hari ini telah
merubah gaya hidup bahkan budaya masyarakat seperti racun yang mengalir, pelbagai aplikasi
yang terkandung di dalam Ict dapat mempengaruhi minda masyarakat termasuklah
sosiobudaya dan bahasa komukasi. Kesan penjajahan kuasa barat banyak merubah masyarakat
dari segi cara pemakaian, percakapan, makanan, minumam, tingkah laku malah cara hidup
seharian. Budaya barat juga dapat diklasifikasikan sebagai gerakan pembaratan dan penjajah
pemikiran yang mana perkara ini telah dilancarkan bertujuan untuk menundukkan sebuah
negara dari mengaplikasikan budaya tradisional kepada budaya barat dengan meleburkan nilai-
nilai agama. Penggunaan Ict pada mulanya mendatangkan seribu satu kebaikan dalam aspek
penyatupaduan masyarakat sejagat di Malaysia tapi malangnya telah bertukar menjadi tragedi
hitam apabila Ict lebih banyak digunakan dengan perkara yang melalaikan. Begitu banyak
kebaikan Ict dari bermacam aspek tetapi tidak boleh dinafikan bahawa remaja lebih banyak
menggunakan Ict untuk perkara yang tidak berfaedah. Penggunaan Ict secara berlebih memberi
kesan yang sangat mendalam kepada jiwa masyarakat dimana mereka mula taksub dengan
social media dan teknologi yang canggih dan mula menghabiskan masa terluang dengan
menonton k-drama, mendengar lagu, bermain game dan bersosial.

Pada mulanya, aktiviti harian seperti beriadah, bersukan, bersembang dengan jiran-
jiran di kawasan perumahan akhirnya bertukar kepada aktiviti yang lebih ringan iaitu melihat
skrin telefon akibat terpengaruh dengan budaya-budaya yang dibawa dari barat. Selain itu,
pakaian tradisional nenek moyang yang pada dahulunya menjadi kebanggaan negara kian
pupus dek zaman. Dapat kita perhatikan pakaian tradisional setiap kaum dan bangsa hanyalah
menjadi pakaian rasmi yang dipakai dalam acara atau perayaan, selebihnya masyarakat lebih
gemar untuk mengenakan t-shirt, kemeja, seluar jeans, skirt sebagai pakaian harian. Lebih teruk
apabila ada segelintir individu yang beragama Islam mula terpengaruh dan menyukai cara
pemakaian barat yang tidak senonoh seperti berpakaian ketat, seksi dan mengundang fitnah
malah menimbulkan rasa shahwat apabila dipandang. Dalam Islam telah digariskan panduan
pemakaian bagi seorang muslim untuk menjaga kesopanan dan maruah diri daripada dipanjang
oleh ajnabi. Pengaruh fesyen dari Ict yang keterlaluan akan merosakkan nama baik agama

10
apabila dilihat oleh kaum lain bak kata pepatah melayu “Kerana Nilar Setitik, Rosak Susu
Sebelanga”.

Selain itu, Makanan yang sering menjadi bualan mulut kerana keenakan dan keunikan
tersendiri semakin dilupakan oleh kerana kemunculan teknologi yang berkemampuan untuk
mengeksport makanan dari serata dunia misalnya makanan segera, dan western. Amatlah
menyedihkan apabila kanak-kanak malah ada segelintir remaja pada zaman kini tidak lagi
mengenali pencuci mulut tradisional setiap kaum seperti Wajik, Kuih Karas, Murukku, Idli,
Tosai dan Tang Yuan. Dek kerana kemajuan Ict yang berkembang, banyak tradisi nenek
moyang dilupakan. Sejawarnya ibu bapalah yang perlu menerapkan nilai-nilai persepaduan
bangsa tidak kira aspek kerana “Anak diibaratkan seperti kain putih dan ibubapa lah yang
mencorakkannya” dan “Kemana tumpah kuah kalau tidak ke nasi”.

3.2.2 Pencemaran Bahasa

Seperkara yang menarik dalam isu Ict iaitu kerosakkan Bahasa. Pepatah melayu ada menyebut
“Yang Kurik Itu Kendi, Yang Merah Itu Saga” “Yang elok itu budi, Yang Indah Itu Bahasa”.
Aplikasi dihujung jari banyak merubah cara permikiran dan percakapan anak muda bangsa
terutamanya Bahasa SMS dan Chatting. Pada dahulunya memberi salam itu adalah sesuatu
yang mulia tapi dapat kita lihat perkataan Assalamuaikum telah diringkaskan kepada Assalm,
Asm, Akum, Aslam dan sebagainya tanpa kita menyelusuri dan menyelidik maksud yang
tersirat disebalik perkataan yang diringkaskan itu. Yang lebih membimbangkan adalah
penggunaan bahasa rasmi di Malaysia semakin berkurang disebabkan penggunaan bahasa
Inggeris yang lebih meluas sedangkan bahasa rasmi di Malaysia adalah bahasa melayu.

Anak-anak yang dilahirkan didalam dulang emas yang ditatang seperti minyak yang
penuh lebih fasih berbahasa Inggeris daripada bahasa melayu kerana telah dididik dari lahir
untuk menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantaraan di rumah dan di sekolah.
Kesedaran Ibu bapa terhadap kepentingan bahasa melayu sudah tidak lagi diendahkan.
Merujuk kepada Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu tentang minat dan persepsi murid melayu
daripada keluarga sosioekonomi tinggi di sebuah sekolah antarabangsa terhadap Bahasa
melayu amatlah membimbangkan dimana Bahasa melayu menjadi Bahasa kedua. Jika
dibahaskan tentang golongan T20 mereka menggunakan Ict lebih banyak dalam kehidupan
seharian tetapi kesempatan itu tidak dipergunakan dengan sebaiknya untuk memperkenalkan

11
anak-anak dengan Bahasa melayu, malah Ict digunakan oleh anak-anak untuk menonton kartun
dan sebagainya.

3.2.3 Fitnah pekauman tersebar lebih cepat

Kemudahan yang ada dihujung jari ada kali seperti pokok yang bergoyang disapa angin apabila
menjadi salah satu media yang hangat diperkatakan apabila timbul isu-isu sensatif perkauman
dan agama. Rakyat Malaysia yang mempunyai kepelbaian diversiti dari segi agama Islam,
Hindu, Kristian, dan Buddha yang sepatutnya hidup tanpa perselisihan dan kesalahfahaman
untuk membentuk masyarakat harmoni. Padat kita ringkaskan daripada isu yang berlaku baru-
baru ini, Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Mohammad Agus Yusoff mendakwa terdapat pihak tertentu yang menggunakan isu
perkauman untuk menakutkan kaum Melayu yang merupakan kumpulan majoriti di negara ini.
Menurut artikel yang telah dimuat naik oleh Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam
(PEMBELA) bertajuk “empangan murtad bakal pecah”. Artikel ini bertujuan untuk
membangkitkan emosi perkauman supaya orang Melayu menolak kerajaan sekarang yang
didakwa tidak menjaga kepentingan Melayu dan Islam. Artikel tersebut mendapat banyak
komen yang berbau perkauman seperti “meminta kerajaan melindungi agama bukannya ikut
telunjuk kafir” dan ada juga yang mendakwa bahawa kerajaan sekarang dengki terhadap
kebangkitan Islam dan ini adalah Tindakan pengkhianatan negara. Fitnah yang ditaburkan di
medan Ict memberi impak yang besar kepada masyarakat dimana timbulakan isu-isu
perkauman yang boleh memecah belahkan perpaduan yang telah lama dipupuk.

Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan
pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acap kali
tersentak oleh pelbagai permasalahan perkauman yang beronal yang dicetuskan oleh rakyak

12
kita sendiri. Bertitik tolak dengan itu, sensitiviti setiap golongan perlulah dijaga dengan baik
agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini yang mana boleh menimbulkan
berbagai perskpektif negatif masyarakat terhadap agama, budaya dan bangsa tertentu. Kesan
daripada isu perkauman boleh membawa kepada rusuhan yang teruk antara kaum yang juga
boleh dikaitkan kepada kemusnahan nasional di Malaysia.

4.0 ISU SEMASA ICT DI MALAYSIA

Dalam peradaban dunia yang semakin canggih kini, kita tidak lupa juga tentang isu semasa
yang menggetar getirkan tapak mengukuhan bangsa di Malaysia. Etika dan peradaban dalam
penggunaan media sosial tidak diprektikkan dengan sebaiknya telah membawa kepada arus
kemodenan yang berbau negatif. Kita sedar kini penyalahgunaan teknologi dalam kehidupan
seharian banyak membawa kepada kesan negatif apabila teknologi yang dibekalkan disalah
guna untuk kepentingan diri sendiri tanpa menitikberatkan soal kesan buruknya kepada negara
dan bangsa.

Antara Isu Semasa yang sedang hangat diperdebatkan adalah soal Jenayah Siber yang
sedang menggila di kalangan remaja. Jenayah siber terbahagi kepada beberapa jenis jenayah
seperti pemindahan wang secara haram, penggodaman, pancingan data, buli siber dan cetak
rompak. Peningkatan isu jenayah siber dalam kalangan remaja terutamanya yang berkaitan
dengan gejala sosial amat merisaukan. Tambahan pula, kebanyakan golongan remaja
menggunakan internet untuk menjalinkan hubungan sosial atau mencari maklumat seperti
menerusi aplikasi Twitter, Facebook dan laman web bebas. Aplikasi tersebut juga menawarkan
pelbagai tawaran serta perkhidmatan yang menarik minat para remaja untuk menggunakannya.
Perkongsian maklumat peribadi di sosial media tanpa sedar dapat membuka ruang kepada para
penjenayah yang licik untuk menggodam kad bank, akaun media sosial dan data peribadi yang
penting dengan mudah seterusnya disebarkan kepada awam. Tidak dinafikan lagi, kemajuan
teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin maju mencipta peluang kepada jenayah
siber untuk semakin meluaskan pengaruhnya di Malaysia.

Pemindahan wang secara haram berlaku apabila wang dipindahkan oleh orang yang
tidak mempunyai kebenaran ke dalam akaun milik perseorangan mahupun individu lain. Selain
itu, pemindahan wang secara haram ini sering berlaku kepada pengguna sistem perbankan
elektronik apabila berlaku pencerobohan ke atas akaun-akaun bank. Selain itu, penggodaman

13
kebiasaannya dilakukan oleh individu atau kumpulan yang mempunyai kemahiran yang tinggi
berkaitan pengaturcaraan komputer yang membolehkan mereka mencari kelemahan sesebuah
perisian komputer. Penggodaman turut melibatkan pengalihan wang daripada sesebuah akaun
atau penipuan pembelian dalam talian. Penjenayah siber pada masa sekarang juga semakin
mengganas dengan menyasarkan golongan remaja serta warga tua yang kurang ilmu
pengetahuan berkaitan kegiatan penjenayah terbabit. Oleh itu, pihak berkuasa mestilah sentiasa
mengingatkan orang ramai supaya berjaga-jaga semasa melayari internet termasuk ketika
melakukan pembelian dalam talian. Hal ini, supaya masyarakat mendapat kesedaran tentang
kes jenayah siber yang semakin berleluasa.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mendedahkan
bahawa lapan warga Malaysia termasuk tujuh dari Sarawak telah menjadi mangsa sindiket
jenayah penipuan tawaran pekerjaan di wilayah Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Kesemua mangsa terbabit terpedaya dengan tawaran gaji lumayan AS$1,000 atau kira-kira
RM4,480 sebulan dan dipaksa bekerja untuk sindiket penipuan dalam talian di negara itu.
Jenayah terbabit yang turut melibatkan negara kaya seperti UAE adalah selaras dengan hakikat
bahawa penyalahgunaan medium siber bagi melakukan jenayah sekarang adalah umpama
cendawan tumbuh selepas hujan. Jenayah siber ini juga mampu menjangkau batasan dari
sesebuah negara ke negara yang lain dalam tempoh masa yang singkat.

Tambahan pula, sukar diingatkan kepada remaja zaman sekarang tentang budaya dan
adat yang perlu dijaga dan dibendung dimana jua mereka berada. Penggunaan ict yang
berlebihan boleh menjejaskan hubungan yang harmoni dalam kalangan masyarakat.
Kegairahan individu menggunakan alat komunikasi akan mejejaskan hubungan sesama
manusia. Adab dan etika yang diterapkan oleh ibu bapa wajiblah dibudayakan terutamanya

14
adab di meja makan, ketika meluangkan masa bersama keluarga, adab di dalam masjid dan
sebagainya. Namun kesibukan dengan gajet masing-masing telah menyuramkan keadaan yang
dulunya harmoni tanpa pengaruh ict. Kebanyakkan ibubapa menyedari kelainan yang terjadi
dalam keharmonian keluarga tapi lebih memilih untuk mengendahkannya kerana “ Bapa borek,
anak rintik”. Jauh bezanyanya jika dibandingkan dengan zaman kegemilangan nenek moyang
yang sangat mengutamakan suasana ceria dalam kekeluargaan kerana masa-masa itu sangatlah
berharga. Kebanyakkan masyarakat mula sedar akan kepentingannya apabila peluang yang
mereka ada ketika bersama keluarga telah hilang. Kesedaran yang dirasai pada ketika itu seperti
“Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tiada berguna”. Oleh itu, hargailah setiap masa yang
ada tidak kira bersama keluarga atau sesiapa pun kerana masa tidak boleh diundur kembali.
Jika dilihat dari sudut lain, Budaya Plagiarism (Plagiat) juga salah satu jenayah yang digemari
oleh masyarakat tanpa mengira faktor usia. Budaya Plagiarism membawa erti tindakan
mempersembah sebarang idea, tulisan, atau hasil karya individu lain sebagai hasil kerja sendiri.

Plagiarisme yang berasal daripada istilah lain "plagio" membawa maksud "to
steal/mencuri" bermakna seorang plagiaris melakukan ciplakan terhadap produk bukan
miliknya dalam keadaan sedar dan tanpa paksaan. Beberapa tahun kebelakangan ini dikejutkan
dengan isu dari dunia penulisan tanah air yang sering diledakkan polemic kurang enak
mengenai pengarang yang didedahkan memplagiat karya pengarang lain. Kekerapan
pendedahan ini barangkali berkait rapat dengan perkembangan teknologi dan pengaruh media
sosial yang membolehkan khalayak mendapat limpahan maklumat justeru dapat merujuk
silang dan membandingkan karya-karya yang tersiar dengan pantas. Lebih malang lagi apabila
kita menyedari plagiarisme ini dilakukan oleh individu yang dihormati dalam masyarakat,
pensyarah, orang kuat persatuan, bahkan panel juri sayembara penulisan. Tidak menjadi begitu
ralat walaupun tetap melelahkan apabila karya penulis mapan diplagiat penulis baharu yang
mengambil jalan pintas mencipta nama, contohnya karya Zaen Kasturi yang ditemui disalin
semula di dalam majalah sekolah dengan tajuk berbeza, ataupun novel yang sudah terbit
dicetak semula oleh penulis baharu seperti yang terjadi kepada novel Hello tulisan Anna Lee.
Peristiwa yang lebih menghairankan ialah apabila seorang sarjana bidang sastera menciplak
puisi Sasterawan Negara Datuk Seri A Samad Said, kemudiannya tersiar pula dalam majalah
sastera. Si plagiaris sehingga kini tidak pernah tampil memohon maaf dan masih aktif menjadi
panel dalam acara-acara sastera.

15
Kata masyhur T.S Eliot, "Penyair yang tidak matang meniru, penyair yang matang
mencuri". Berdasarkan pembacaan yang terbatas dapat ditemui kes-kes menarik yang boleh
dijadikan bahan kajian dan batu sempadan kefahaman. Novel Tenggelamnya Kapal Van Der
Wijk tulisan Hamka yang juga diadabtasi menjadi sebuah movie diminati masyarakat
dikatakan novel saduran dari novel Magdalena, begitu juga penyair T. Alias Taib dan Chairil
Anwar pernah didakwa menterjemah karya penulis inggeris dan menjadikan sajak itu miliknya,
T.S Eliot juga mengambil beberapa baris dari tulisan Shakespeare ke dalam karyanya. Jika
dibesarkan di bawah kanta pemikiran, benarlah istilah plagiarisme ini boleh menjadi semakin
ambigus dan mengabur garis sempadannya apabila kita ingin merangkumkan segala insiden
dunia penulisan. Semua perkara yang dinyatakan membuktikan budaya plagiarisme ditolak
keras dari sudut sosial, undang-undang dan agama.

5.0 PERANAN ICT DALAM MENGUKUHKAN PERPADUAN NASIONAL

Pembinaan kesepaduan nasional dan ‘peradaban majmuk’ Malaysia sangat dipengaruhi oleh
perkembangan teknologi. Bagaimanapun, ICT hanyalah suatu alat untuk membantu kita
berkomunikasi dengan manusia di dunia sebenar Pada masa kini, terdapat banyak persoalan
mengenai kesepaduan nasional dalam kalangan masyarakat. Seperti yang sedia maklum, zaman
teknologi yang semakin maju membolehkan masyarakat untuk saling bertanya khabar antara
satu sama lain. Pernahkah kita terfikir apakah sebenarnya fungsi dan peranan Ict yang
membawa kita kepada perpaduan nasional yang sebenarnya.

Murujuk kepada aspek politik, Ict merupakan sebuah medan sosial yang banyak
memberi kesan positif mahupun kesan negatif. Dapat kita perhatikan daripada isu yang berlaku
baru-baru ini iaitu berkaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang melibatkan 6 buah negeri
di Malaysia antaranya Terengganu, Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan dan
kedah. Pilihan raya ini bertujuan untuk menentukan parti bertanding yang manakah paling
layak untuk mentakbir negeri tertentu dengan kuasa undi rakyat. Melalui Pilihan raya ini kita
dapat perhatikan semua kaum dan bangsa bersatu untuk kebaikan dan keadilan rakyat. Medan
Ict digunakan sebagai platform yang menguhubungkan setiap negeri berkaitan kedudukan peti
undi, isu yang terjadi sepanjang pilihan raya berlangsung dan keputusan parlimen juga telah
diumukan melalui rangkaian Ict iaitu di kaca televisyen dan di intenet. Melalui perkara ini,
masyarakat akan saling berkomunikasi untuk mendapat maklumat yang sahih tentang parti
bertanding manakah yang telah dipilih untuk menjadi pemimpin negeri. Melalui Ict lah kita

16
dapat simpulkan bahawa setiap informasi yang disampaikan oleh pemimpin dapat dilihat dan
difahami dengan jelas dan tepat.

Pada masa kini, menjadi sesuatu yang meragukan apabila kita lihat di sebuah rumah
tidak mempunyai Ict walaupum sekecil-kecil alat kerana zaman yang telah berubah
membolehkan Ict diakses dimana-mana jua. Televisyen yang dijual dengan pelbagai peringkat
harga juga boleh dibeli oleh sesetengah keluarga yang kurang berkemampuan. Ict begitu
penting kepada masyarakat seperti televisyen walaupun teknologi yang canggih membolehkan
penyebaran berita berlaku di mana-mana platform tetapi bagi sebahagian besar gologan warga
emas lebih menggemari televisyen untuk mendapatkan informasi semasa kerana skrin yang
lebih besar dan jelas. Televisyen yang menontonkan berita TV3, TV9, Astro Awani, Bernama
Tv dan lain-lain sebagai platform digital yang berfungsi untuk menyebarkan maklumat yang
sahih tentang isu politik, masyarakat, pendidikan, pertanian, sukan dan juga luar negara. Begitu
juga dengan majlis sidang parlimen yang akan dibentangkan apabila timbul isu yang boleh
menggugat kesejahteraan negara lebih-lebih lagi apabila isu yang berkait rapat dengan etnik,
budaya, bangsa dan agama. Sepetimana yang kita tahu isu tersebut akan membawa kepada
salah faham dalam kalangan masyarakat dan boleh mencetuskan kontoversi menjurus kepada
pepecahan persepaduan di Malaysia.

Kehidupan yang serba moden kini banyak dipengaruhi oleh peranan sistem ekonomi
Malaysia yang efisien dimana ianya membolehkan masyarakat menikmati pembanggunan dan
kekayaan yang dijana. Dengan peranan Ict, sistem ekonomi turut mengalami perubahan di
mana peluang pekerjaan yang banyak dibuka dan secara tidak langsung dapat meningkatkan
taraf hidup masyarakat. Ict adalah salah satu cabang di dalam teknologi maklumat yang
bertindak sebagai pemangkin kepada sistem ekonomi yang berasaskan pengetahuan atau
dikenali sebagai K-Ekonomi. K-Ekonomi adalah satu sistem dimana penghasilan dan
pengekploitasian pengetahuan sebagai satu bahagian yang paling dominan bagi mejana
kekayaan.

Kewujudan sistem K-Ekonomi membolehkan penghasilan pekerja berkemahiran dalam


kalangan masyarakat contohnya ict digunakan dalam sistem pertanian untuk mendapatkan
pengetahuan tentang cara penghasilan biji benih tanaman yang bermutu tinggi dan pengunaan
bahan-bahan yang berkualiti. Apabila pengetahuan yang diperolehi dari ict digunakan secara
efisien maka ianya membawa kepada penghasilan baja dan benih yang membekalkan hasil

17
bumi yang bermutu tinggi. Perkara ini boleh memberi kesan positif apabila penjualan tersebut
mendapat sambutan yang tinggi daripada masyarakat. Perkara ini membuktikan keberkesanan
Ict dalam menjana ekonomi negara dari pelbagai aspek. Pembangunan Pertanian Komuniti atau
juga dikenali program pertanian bandar merupakan program yang membantu isi rumah
meringankan kos sara hidup melalui pengeluaran sendiri bahan makanan melalui bimbingan
Jabatan Pertanian. Program ini melibatkan penduduk, sekolah, institusi dan usahawan
pertanian bandar dengan kerjasama dan penglibatan pelbagai Jabatan dan Agensi yang
berkaitan di peringkat Negeri dan Persekutuan. Program Pembangunan Pertanian Komuniti
berperanan sebagai salah satu strategi untuk menggalakkan interaksi sosial antara penduduk
tempatan. Selain itu, pertanian komuniti membantu meningkatkan motivasi diri para peserta
program dengan kemampuan untuk membentuk komuniti sendiri dan bekerja secara
berpasukan untuk menghasilkan produk makanan sama ada untuk kegunaan sendiri atau untuk
dijual.

6.0 KESIMPULAN

Berdasarkan kajian dan perbincangan yang telah dilakukan oleh kumpulan kami, amat jelaslah
bahawa teknologi maklumat dan komunikasi memberikan kesan yang mendalam kepada
golongan belia sama ada dari sudut positif atau negatif. Walaubagaimanapun, perkara ini
adalah bergantung kepada sejauh mana kebijaksanaan golongan belia dalam menggunakan
medium itu sendiri. Hal ini kerana penggunaan teknologi tanpa had dalam kalangan belia untuk
kepentingan peribadi akan memberikan kesan yang buruk kepada mereka. Namun begitu,
perkara ini boleh dihadapi sekiranya belia menggunakan teknologi dengan baik seperti tempat
mencari maklumat, bahan dan sumber pengetahuan kerana ini akan mendatangkan kebaikan
kepada belia yang menggunakannya. Oleh itu, belia kini haruslah sudah mampu melengkapkan
diri mereka dengan pelbagai jenis pengetahuan dan kemahiran. Menyiapkan diri dengan
pelbagai jenis pengetahuan adalah perlu dalam kalangan belia masa kini supaya setanding
dengan belia dari luar negara.

18
7.0 RUJUKAN

Pengenalan Ict
https://www.studocu.com/my/document/universiti-teknologi-mara/values-and-
civilization-ii/ict-sebagai-medium-pemantapan-etika-dan-peradaban-di-
malaysia/14771002/

Anas Amir. Universiti Sains Malaysia.


https://www.studocu.com/my/document/universiti-teknologi-mara/hubungan-
etnik/hubungan-manusia-dan-teknologi/38352150//

Cik Puan Hanani. (2011) . Kesan dan Cabaran dunia siber dalam pembentukan akhlak
massyarakat
https://sitinorhanani.wordpress.com/2011/12/15/kesan-dan-cabaran-dunia-siber-
dalam-pembentukan-akhlak-masyarakat//

Arif Aminuddin. Gambaran Pengaruh Budaya Barat


https://www.scribd.com/document/64644273/Gambaran-Pengaruh-Budaya-Barat#

Faqihah Nazurah Mohd Nuri. (2023). Peranan Media Dalam Memupuk Perpaduan Kaum.
https://dewanmasyarakat.jendeladbp.my/2023/01/28/11973/

Isu Perkauman digunakan untuk menakutkan melayu


https://malaysiagazette.com/2023/04/05/isu-perkauman-diguna-untuk-menakutkan-
melayu-mohammad-agus//

Siti Anis Fatini Binti Mazlan, Nur Afifah Binti d Daud, Nur Anis Binti Hamdan, Amieza
Syazwani Binti Jafri. (2022). Isu-isu Semasa Ict Yang Menyentuh Hubungan Antara Kaum di
Malaysia.
https://www.coursehero.com/file/124384544/Laporan-pembentangan-ctu554pdf//
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/12/1040689/tujuh-daripada-lapan-
mangsa-sindiket-pekerjaan-di-dubai-rakyat//

19
Isu Plagiarisme yang berulang.
https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2021/11/891685/isu-plagiarisme-yang-
berulang//

Muhammad Adnan Pitchan, Sharifdah Nur Azita Syed Anuwa. (2021). Kesan Pelaksanaan
Pusat Internet Desa ke atas Penduduk Luar Bandar di Beranang dan Tanjung Sepat.
http://journalarticle.ukm.my/18709/1/47147-174373-1-PB.pdf

Ict Penggerak Kesepaduan Nasional Di Malaysia

https://anyflip.com/smvsc/dgrz/basic

20

Anda mungkin juga menyukai