Anda di halaman 1dari 1

jual barang terpakai

Proses menukarkan barang terpakai kepada Wang.

Proses ini dinamakan menjual. Semua orang tahu, tapi ramai yang tidak yakin untuk melakukannya. “At
the right price, anything can be sold”. Itu adalah prinsip yang harus kita percaya. Sedangkan botol
kicappun ada nilainya sekiranya kita menemui pembeli yang betul, begitulah juga dengan barangan lain.

Lebih menguntungkan apabila barangan dijual itu mempunyai jenama dan merupakan edisi terhad, yang
mana harganya boleh melambung tinggi. Lihat sahaja kasut, beg tangan dan baju berjenama yang masih
jadi buruan ramai.

Selain kelengkapan pakaian untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak, terdapat juga kelengkapan rumah
seperti perabot, langsir dan cadar.

Rata-rata barangan terpakai ini berkualiti tinggi kerana diimport khas dari luar negara terutamanya
Eropah, Jepun, Amerika Syarikat dan Hong Kong.

Tidak hanya kedai bundle, perniagaan ini turut berkembang di atas talian, malah ada platform khas yang
tersedia bagi mereka yang ingin menjual terus barangan terpakai.

Trend ini menunjukkan, barangan terpakai semakin mendapat sambutan serta mampu menjana
pendapatan kepada sesiapa sahaja!

Perabot terpakai masih bernilai

Anda mungkin juga menyukai