Anda di halaman 1dari 4

pengurusan rumah sewa

Bila sebut rumah sewa, perkara yang paling ditakuti adalah Cara Urus Rumah Sewa Dengan Penuh
Harmoni. Ye, sebab kita tak tahu macam mana sikap penyewa yang akan kita dapat.

Ada yang bertanya bagaimana kita nak tahu penyewa itu bagus atau tak bagus? Ada kaedah tapi ia
sebagai teknik permulaan sahaja, nanti saya akan ceritakan.

Urus rumah sewa sebenarnya boleh tampah pengetahuan dan pengalaman seperti cara tukar tombol
pintu, baiki salur paip, dekorasi rumah, cara tengok air muka penyewa dan sebagainya.

Cara Urus Rumah Sewa Supaya Tak Pening Kepala

Berdasarkan pengalaman urus rumah sewa (rumah sewa orang lain) ada beberapa pengalaman manis
dan pahit dihadapi. Pengalaman manis bila dapat ‘penyewa dari syurga’ dan pengalaman pahit bila
dapat ‘penyewa dari neraka’.

Kenalpasti market sewa rumah tersebut sama ada dengan perabot (fully furnished, semi furnished) atau
tanpa perabot (unfurnished)

Iklankan rumah sewa dengan maklumat terperinci terutama berkenaan dengan kadar sewa, tarikh
pembayaran, deposit dan tempoh kontrak.

Bila dapat call daripada prospek penyewa, tanya dengan terperinci lokasi kerja, kenderaan dan
sebagainya. Nyatakan juga kadar sewa, kelengkapan rumah, kontrak sewa dan tarikh pembayaran sewa

Semasa proses viewing (bawa penyewa tengok rumah) sekali lagi maklum berkenaan makluman di No 2
dan 3. Jangan lupa tanya tarikh kemasukan. Jika lambat masuk tanpa booking, utamakan orang lain yang
lebih awal. p/s Panduan buat penyewa semasa view rumah

Sebolehnya dapatkan maklumat pekerjaan seperti gaji, tempat kerja, tarikh masuk gaji. Bersesuaian
dengan kadar sewa yang diletakkan. Biasanya kadar sewa yang tinggi perlu sesuai dengan gaji penyewa.

Semasa kontrak, tegaskan berkenaan dengan kerosakan. Siapa yang akan tanggung kos kerosakan.
Sebab perkara ini biasanya menjadi kekeliruan antara penyewa.

Untuk sewaan rumah pastikan ada kontrak sewaan ‘Tenancy Agreement’ dan perlu distamping (stem
hasil). Saya biasa stamping di LHDN Jalan Reko Kajang. Stamping perlu untuk mengesahkan perjanjian
tersebut. Malah untuk membuat pinjaman (sebagai bukti side income) tenancy agreement yang dah di
stem hasil dikira.
Bagi nak elakkan pening kepala dalam urus rumah sewa, boleh gunakan khidmat PenungguRumah.
Boleh klik blog mybiliksewa

Saya akan sambung dalam part 2 pula dengan lebih details serta penambahan pada isu penyewa yang
buat hal seperti bawa masuk bukan mahram, penagih dadah, rumah yang rosak teruk dan sebagainya.

Cara #1: Naikkan harga sewa setiap 2 tahun

Nilai sewa rumah boleh dinaikkan setiap dua tahun atau sekiranya berlaku pertukaran penyewa rumah.

Sewa rumah sewajarnya naik sedikit setiap tahun bagi mengelakkan pendapatan bersih yang kita terima
berkurangan atas faktor inflasi dan kenaikan kadar faedah.

Bagi memberi nilai tambah kepada penyewa sedia ada supaya tidak terlalu ‘terasa’ dengan kenaikan
harga sewa rumah, lakukan temujanji untuk periksa dan baiki rumah.

Sekiranya terdapat lampu, plag atau pili air yang rosak atau kurang sempurna, maka kita sebagai tuan
rumah boleh baiki atau gantikan dengan yang baru.

Tindakan ini dapat membantu penyewa rasa berbaloi jika harga sewa rumah dinaikkan.

Cara #2: Naikkan harga sewa setiap kali tukar penyewa rumah

Antara perkara yang leceh adalah pertukaran penyewa rumah.

Biasanya, tuan rumah terpaksa membersih dan mengecat semula rumah. Jadi ia adalah perbuatan yang
wajar untuk menaikkan sewa rumah setiap kali berlakukan pertukaran penyewa.

Langkah yang sama juga perlu dilakukan seperti teknik pertama iaitu memeriksa dan membaiki mana-
mana kerosakan yang ada, sebelum menyewakannya kepada penyewa baru.
Cara #3: Tambah perabot dan lengkapkan rumah

Melengkapkan rumah kita dengan perabot dapat meningkatkan harga sewa rumah. Ia juga
meningkatkan ROA iaitu Return On Asset.

Sekiranya ada permintaan, kita boleh sewakan rumah lengkap (fully furnished) kepada penyewa.

Ada beberapa perkara penting yang kita perlu tahu tentang rumah lengkap:

1) Mempunyai kelengkapan asas rumah seperti peti sejuk, mesin basuh, katil, almari, dapur, sofa, meja
belajar dan meja makan.

2) Tak perlu gunakan wang sendiri untuk beli barang tersebut. Boleh guna wang deposit yang kita terima
daripada penyewa.

3) Rumah lengkap ini mempunyai permintaan yang tinggi dalam kawasan yang mempunyai pelajar dari
negara luar.

4) Terdapat risiko kerosakan barang-barang atau perabot yang kita berikan kepada mereka.

5) Kalau kita tak nak pening kepala uruskan barang-barang kelengkapan rumah, lebih baik sewa kosong
atau tanpa perabot.

Cara #4: Dua jenis peralatan elektrik yang boleh naikkan harga sewa rumah RM50 ke RM100.

Kita juga boleh naikkan harga sewa jika rumah kediaman mempunyai beberapa peralatan elektrik yang
diperlukan penyewa.

Contoh peralatan elektrik yang menjadi permintaan penyewa adalah:


1) Penyaman udara (aircond).

2) Pemanas air.

Berdasarkan pengalaman penulis, penyewa yang berasal dari negara Timur Tengah biasanya mahu dua
kelengkapan di atas.

Yang menariknya, dua kelengkapan ini biasanya tahan laman, sukar dicuri dan kita sebagai pembeli
mempunyai pilihan untuk mengambil tempoh pinjaman yang lebih lama.

Secara puratanya, peningkatan sewa sebulan bagi rumah yang mempunyai satu unit penyaman udara
adalah RM75 hingga RM100. Manakala bagi setiap pemanas air adalah RM20 hingga RM50.

Cara #5: Jangan sewa sebuah rumah. Tetapi sewa setiap bilik yang ada dalam rumah.

Sekiranya rumah kita berdekatan dengan kawasan pengangkutan awam, kolej atau universiti, maka kita
boleh gandakan keuntungan sewa menerusi sewaan secara bilik.

Jumlah sewa seperti ini jauh lebih tinggi.

Terdapat kelebihan dan kekurangan yang perlu dihadapi tuan rumah apabila menggunakan pendekatan
ini.

Anda mungkin juga menyukai