Anda di halaman 1dari 8

PERJANJIAN SEWAAN

SUATU PERJANJIAN SEWAAN adalah diperbuat pada tarikh seperti yang dinyatakan di
Seksyen 1 Jadual Pertama di antara pihak Tuan Tanah dan pihak Penyewa yang nama
serta alamatnya dinyatakan dalam Seksyen 2 dan Seksyen 3 Jadual Pertama.

DIMANA Tuan Tanah adalah pemilik berdaftar sebuah pangsapuri (selepas ini dirujuk
sebagai Premis tersebut)seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 4 Jadual Pertama.

DAN DIMANA Tuan Tanah berhasrat untuk menyewakan Premis tersebut dan Penyewa
telah bersetuju untuk menyewanya tertakluk kepada terma terma dan syarat syarat yang
terkandung didalam ini :-

BAHAWASANYA ADALAH DIPERSETUJUI seperti berikut :-

1. Tuan Tanah menyewakan dan Penyewa menyewa Premis tersebut untuk tempoh dan
masa seperti dinyatakan dalam Seksyen 5 Jadual Pertama.

2. Sewa bulanan Premis tersebut adalah pada kadar seperti yang dinyatakan dalam
Seksyen 6 Jadual Pertama, kena dibayar setiap bulan, dimana bayaran bulanan
pertama tersebut hendaklah dibuat semasa perlaksanaan atau tarikh permulaan
perjanjian ini, mana - mana tarikh yang terawal.

3. Semasa perlaksanaan atau tarikh permulaan Perjanjian ini, mana mana tarikh yang
terawal, pihak Penyewa akan membayar Deposit seperti yang dinyatakan dalam
Seksyen 7 Jadual Pertama iaitu bersamaan dengan dua (2) bulan bayaran sewa
berserta dengan bayaran sewa Premis tersebut bagi bulan pertama, dan dimana
Deposit tersebut akan dipulangkan setelah ditolak pengurangan pengurangan tertentu
yang mencukupi untuk menampung sebarang kerugian yang dikena dibayar secara sah
terma terma yang terkandung di sini di dalam tempoh Empat Belas (14) hari dari tarikh
tamat atau penamatan awal perjanjian ini atau penyambungannya.

4. Tuan Tanah dan juga Penyewa bersetuju bahawa jika Penyewa berpindah atau keluar
dari Premis tersebut sebelum tamat tempoh perjanjian ini, maka Deposit yang telah
dibayar tidak akan dipulangkan.

1
5. Penyewa dengan ini berjanji terhadap Tuan Tanah seperti berikut:-

5.1 Akan membayar sewa yang ditetapkan pada hari dan dengan cara yang ditentukan
di atas tanpa sebarang pengurangan melainkan sebagaimana yang ditetapkan oleh
perjanjian ini. Jika pembayaran sewa bulanan tidak dibuat dalam jangkamasa empat
belas (14) hari pertama setiap bulan, maka adalah perlu bagi Penyewa untuk
memberitahu kepada Tuan Tanah sebarang masalah berbangkit ataupun alasan
alasan tentang kelewatan pembayaran sewa tersebut.

5.2 Akan menuruti dan mematuhi semua undang undang dan peraturan peraturan
yang dikenakan ke atas Penyewa atau penghuni yang mendiami Premis tersebut
yang sekarang ini berkuatkuasa atau digubal kemudian.

5.3 Akan mejelaskan sebarang bayaran berkaitan bekalan air, gas,elektrik dan
perkhidmatan telefon terhadap Premis tersebut mengikut bacaan meter yang
berkenaan.

5.4 Akan menggunakan Premis tersebut untuk rumah kediaman sahaja dan TIDAK
melakukan atau mengizinkan untuk dilakukan atau menyebabkan berlakunya
sebarang perlakuan, perbuatan atau sebarang benda di atas Premis tersebut
didalam apa carapun mengganggu ketenteraman dan keselesaan penghuni
penghuni berhampiran dan premis premis berdekatan dan tidak akan
menggunakan Premis tersebut untuk sebarang tujuan yang tidak sah dan tidak
bermoral. Sekiranya Penyewa menggunakan premis tersebut selain dari tujuan
rumah kediaman seperti menjalankan aktiviti perniagaan penyewa sekarang ini,
adalah menjadi tanggungjawab penyewa untuk menanggung kesemua kos dan/atau
risiko, jika ada sebarang masalah yang berbangkit atau sebarang jenis denda,
kompaun atau saman yang akan/telah dikenakan oleh Pihak Berkuasa Negeri atau
sebarang tindakan undang undang oleh Mahkamah Negeri Malaysia.

5.5 Tidak akan membuat sebarang perubahan ke atas premis tersebut selain daripada
struktur yang terdapat sekarang tanpa mendapat keizinan Tuan Tanah terlebih
dahulu dimana keizinan tersebut tidak boleh dienggani secara tidak munasabah.
Sebarang kos perubahan yang dibuat dengan keizinan Tuan Tanah hendaklah
ditanggung oleh penyewa sendiri.

2
5.6 Akan membaiki dan mengekalkan struktur asal premis tersebut, dan jika sebarang
perubahan telah dibuat, pada tarikh tamat atau penamatan awal perjanjian ini.

5.7 Akan menjaga bahagian dalaman Premis tersebut di dalam keadaan yang baik
sepanjang tempoh perjanjian ini, melainkan luntur semulajadi, kerosakan akibat
kebakaran, ribut, taufan, act of god,kacau bilau dan kekacauan sivil.

5.8 Tertakluk sentiasa kepada hak Penyewa untuk meminta Tuan Tanah, wakilnya atau
pekerja hendaklah ditemani oleh wakil Penyewa, akan membenarkan Tuan Tanah
atau wakilnya atau pekerja untuk memasuki dan melihat Premis tersebut pada setiap
masa yang munasabah di siang hari dengan memberi Dua Puluh Empat (24) jam
notis kepada Penyewa untuk tujuan memeriksa keadaan Premis tersebut atau
menjalankan kerja kerja pembaikan ynag berkenaan.

5.9 Akan membenarkan Tuan Tanah atau wakilnya yang sah untuk membawa bakal
penyewa/pembeli untuk melihat premis tersebut Satu (1) bulan sebelum tamat
Perjanjian ini dengan syarat perihal tersebut dibuat melalui temujanji terlebih dahulu.

5.10 Pada tamat atau penamatan awal Perjanjian ini, akan menyerahkan Premis tersebut
kepada Tuan Tanah berserta dengan semua lekapan (melainkan lekapan Penyewa)
dan penambahan penambahan yang berkenaan di dalam keadaan yang baik
seperti menurut perjanjian perjanjian yang terkandung di dalam ini.

5.11 Tidak akan menyerahkan, menyewakan atau meninggalkan sebarang bahagian


Premis tersebut tanpa keizinan bertulis Tuan Tanah dan keizinan tersebut tidak boleh
dienggani secara tidak munasabah.

5.12 Penyewa akan bertanggung jawab laku oleh beliau sendiri dalam menyewa premis
tersebut. Penyewa akan membayar balik semua kerosakan dan akan menebus
segala kesalahan yang dikenakan terhadap Tuan Tanah oleh lain lain pihak
biarpun dari segi denda, penalti yang akan dan /atau telah dikenakan oleh pihak
bekuasa Negeri dan / atau tindakan undang undang dari Mahkamah Negeri
Malaysia.

3
6. Tuan Tanah dengan ini berjanji terhadap Penyewa seperti berikut:-

6.1 Melainkan setakat mana kena dibayar oleh Penyewa dibawah terma terma di
dalam ini, akan membayar dan mejelaskan cukai pintu dan sebarang cukai cukai,
taksiran taksiran serta bayaran bayaran yang dikenakan ke atas Premis tersebut
termasuk sinking fund atau lain-lain bayaran yang dikenakan oleh pihak
perbadanan yang menguruskan kawasan perumahan Premis tersebut.

6.2 Bahawa apabila Penyewa membayar sewa bulanan yang ditetapkan tepat pada
masanya dan menunaikan ketetapan ketetapan di pihak Penyewa yang
terkandung di dalam ini, Penyewa berhak dengan aman mendiami serta menikmati
Premis tersebut sepanjang tempoh sewaan tanpa sebarang gangguan oleh Tuan
Tanah atau mana mana pihak yang menuntut secara sah di bawah atau melalui
amanah untuk Tuan Tanah.

4.3 Akan mengekalkan, membaiki dan menjaga struktur utama dinding bumbung dan
lantai Premis tersebut di dalam keadaan yang baik.

6.4 Pada penamatan perjanjian ini, akan membenarkan Penyewa untuk mengalih serta
membawa barang barang kepunyaan Penyewa daripada premis tersebut.

4.4 Akan mengembalikan kepada Penyewa deposit bayaran yang telah dibuat oleh
Penyewa dalam tempoh Empat Belas (14) hari dari tarikh tamat atau penamatan
awal Perjanjian ini setelah ditolak sebarang pengurangan seperti yang terkandung di
dalam klausa 3 di atas.

7. Tertakluk kepada dan kedua-dua pihak dengan ini bersetuju seperti berikut:-

7.1 Penyewa boleh memasang sebarang lengkapan dan perabot di dalam Premis
tersebut dan boleh pada setiap masa sepanjang atau pada tamat perjanjian ini
mengalihkan mana-mana satu atau semua lengkapan dan perabot tersebut tanpa
gangguan (samada barang barang tersebut berada di dalam lekapan Tuan Tanah
atau tidak).

4
5.2 Bahawa sekurang kurangnya Empat Belas (14) hari sebelum tamat atau
penamatan awal Perjanjian ini, Tuan Tanah dan Penyewa akan membuat
pemeriksaan bersama keatas Premis tersebut untuk menentukan keadaan Premis
tersebut dan lekapan serta lengkapan yang berkenaan diserahkan pada tamat
tempoh sewaan. (Tuan Tanah akan memberi notis bertulis kepada Penyewa
berkaitan sebarang kecacatan dan mana mana pembaikan yang perlu akibat
daripada kelalaian atau pengingkaran Penyewa dan Penyewa hendaklah dalam
tempoh Tujuh (7) hari selepas notis tersebut membaiki dan menampung yang
berkenaan mengikut notis tersebut)

5.3 Jika pada sebarang masa sepanjang tempoh sewaan Premis tersebut atau mana-
mana bahagian daripadanya telah musnah atau rosak untuk menjadikannya tidak
layak untuk didiami sebagai rumah perlindungan akibat sebarang sebab apa juapun,
maka sewa yang telah ditetapkan atau pembahagian yang adil dan wajar
daripadanya mengikut keadaan dan tahap kemusnahan yang dialami hendaklah
digantung dan terhenti daripada kena dibayar sehingga premis tersebut diistiharkan
layak untuk didiami dan digunakan. Jika Tuan Tanah membuat keputusan untuk tidak
membina semula dan membaiki Premis tersebut maka sewa yang telah ditetapkan di
sini akan terhenti dan ditamatkan dari tarikh kejadian kemusnahan atau kerosakan
tersebut seperti yang dinyatakan dan Penyewa akan dengan aman menyerahkan
serta meninggalkan kepada Tuan Tanah pemilikan Premis tersebut.

5.4 Jika Penyewa berhasrat untuk memperbaharui sewaan ini untuk tempoh selanjutnya
selepas tamat tempoh Perjanjian ini Penyewa selanjutnya selepas tamat tempoh
perjanjian ini Penyewa hendaklah memberitahu secara bertulis kepada Tuan Tanah
satu (1) bulan sebelum tamat Perjanjian ini berkenaan hasrat tersebut dan Tuan
Tanah akan menyewakan Premis tersebut kepada Penyewa untuk tempoh
selanjutnya dari tahun ke tahun pada kadar sewa yang akan dipersetujui bersama
oleh kedua dua pihak disini dan tertakluk kepada ketetapan ketetapan yang akan
ditentukan kelak. Tuan Tanah dibenarkan untuk memperbaharui kadar sewa
mengikut nilai semasa. Walaubagaimanapun kenaikan yang dibuat pada satu satu
masa mestilah tidak melebihi Dua Puluh Peratus (20%) daripada kadar sewa asal.

5.5 Setiap pihak hendaklah menanggung kos guaman masing masing tetapi semua
duti setem, fee pendaftaran (jika ada hendaklah ditanggung oleh Penyewa).

5
5.6 Apa apa salah faham yang berlaku di sebabkan atau bersangkutan dengan
Perjanjian ini atau dengan yang terkandung di dalam mana mana klausa, akan
dibawa kehadapan seorang (1) Penimbang Tara (Arbitrator) yang dilantik oleh
kedua dua pihak berkenaan Undang Undang yang termaktub di dalam Akta
Penimbang Cara (Arbitrator) 1952 atau Enakmen yang berkaitan dengannya.

5.7 Masa yang ditetapkan di dalam Perjanjian ini adalah muktamad.

*************************************************************************

6
DI DALAM MENYAKSIKAN PERJANJIAN INI KEDUA DUA PIHAK DENGAN INI
menurunkan tandatangan masing masing pada tarikh dan tahun yang tercatat di atas.

DITANDATANGANI oleh )
Tuan Tanah )
Di hadapan:- ) CHOOI YUE WAI
(No. KP: 750403-14-5603)

DITANDATANGANI oleh )
Penyewa )
Dihadapan:- ) KHAIRUL ANWAR BIN ABDULLAH
(No. KP: 780805-12-5047)

7
JADUAL PERTAMA

SEKSYEN PERKARA BUTIR-BUTIR

1. Hari dan Tahun bagi Perjanjian


Sewaan ini

2. Nama, No. Kad Pengenalan dan CHOOI YUE WAI


alamat Tuan Tanah (No. KP: 750403-14-5603)
Block B-2-8, Pesona Villa,
Jalan Melati Indah 1,
Saujana Melawati Hulu Kelang,
53100 Kuala Lumpur.

3. Nama, No. Kad Pengenalan dan KHAIRUL ANWAR BIN ABDULLAH


alamat Penyewa (No. KP: 780805-12-5047)
Kampung Melayu Subang,
Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

4. Premis Block B-2-8, Pesona Villa,


Jalan Melati Indah 1,
Saujana Melawati Hulu Kelang,
53100 Kuala Lumpur.

5. Tempoh Sewaan Satu (1) tahun

6. Sewa Bulanan Ringgit Malaysia Enam Ratus (RM600-00) sahaja

7. Deposit (bersamaan dengan Dua Ringgit Malaysia Satu Ribu Dua Ratus (RM1,200-
(2) bulan Sewa Bulanan) 00) sahaja

Anda mungkin juga menyukai