Anda di halaman 1dari 12

PERJANJIAN SEWAAN

PERJANJIAN INI DIBUAT pada 28 Oktober 2022

Di antara

NOORHAFIZAH BINTI ASMAT


(TUAN PREMIS)

Dan

AMANI MALAYSIA GROUP


(PENYEWA PREMIS)

1
BAHAWASANYA :-
A. Tuan Tanah adalah tuan punya berdaftar/benifisial keseluruhan hartanah yang dengan
jelasnya diperihalkan di Item 4 Jadual 1 (selepas ini dipanggil sebagai "Premis Demis
tersebut").

B. Tuan Tanah berhasrat untuk menyewakan dan Penyewa berhasrat untuk menyewa Premis
Demis tersebut tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang ditetapkan di dalam
ini.

C. Penyewa telah memeriksa dan berpuas hati dengan keadaan Premis Demis tersebut dan
akan mengambil milikan kosong Premis Demis tersebut pada tarikh yang dipersetujui di
dalam ini.

MAKA ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI seperti berikut:

1. PERJANJIAN UNTUK MENYEWA


Tuan Tanah bersetuju untuk menyewakan dan Penyewa bersetuju menerima sewaan
Premis Demis tersebut untuk tempoh seperti yang dinyatakan di Item 5 Jadual 1 bermula
daripada tarikh yang dinyatakan di Item 6(a) Jadual 1 dan berakhir pada tarikh yang
dinyatakan di Item 6(b) Jadual 1 masing-masing dengan sewa bulanan seperti yang
dinyatakan di Item 7 Jadual 1 (selepas ini dipanggil sebagai "Sewa") dibayar terlebih
dahulu pada sebelum sepuluh (10) haribulan setiap bulan, di mana bayaran pertama
haruslah dibuat pada tarikh yang telah ditetapkan di Item 8 Jadual 1 (selepas ini dipanggil
sebagai "Tarikh Bayaran Sewa Pertama") tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat
yang terkandung di dalam Perjanjian ini.

2. WAAD PENYEWA
Penyewa bersetuju dengan Tuan Tanah untuk mematuhi perkara- perkara berikut:-

2.1 Membayar kepada Tuan Tanah pada atau sebelum penyempurnaan Perjanjian ini jumlah
yang dinyatakan di Item 9(a) Jadual 1 sebagai jaminan deposit ("Jaminan Deposit") dan
jumlah yang dinyatakan di Item 9(b) Jadual 1 sebagai deposit utiliti ("Deposit Utiliti") (yang
mana penerimaannya telah diakui terima oleh Tuan Tanah) sebagai deposit untuk
memastikan pematuhan terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian ini, yang mana jumlah
tersebut tidak akan dianggap sebagai bayaran kepada Sewa dan jumlah tersebut itu juga
tidak akan dipulangkan kepada Penyewa jika Perjanjian ini ditentukan atau ditamatkan
secara sah tanpa faedah tetapi ditolak dengan jumlah atau jumlah-jumlah yang mungkin
tertunggak kepada Tuan Tanah jika terdapat pelanggaran oleh Penyewa terhadap
pematuhan terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian ini.

2
2.2 Untuk membayar kepada Tuan Tanah sewa pada masa dan dengan cara yang dinyatakan
di atas tanpa sebarang tolakan. Sekiranya penyewa gagal membayar sewaan dalam
tempoh lima belas hari pada bulan sewaan tersebut tanpa sebarang alasan munasabah
diberikan kepada Tuan Tanah, penyewa dikira telah melanggar perjanjian dan Tuan Tanah
berhak membatalkan perjanjian ini serta-merta. Tuan Tanah perlu memberi notis
pengosongan bersyarat kepada Penyewa. Sekiranya bayaran sewa masih gagal dijelaskan
dalam masa tujuh hari, Penyewa perlu mengosongkan Premis Demis tersebut serta-merta.

2.3 Untuk membayar semua utiliti masa kini dan akan datang termasuk tetapi tidak terhad
kepada air, elektrik, syarikat pembentungan tempatan dan bil telefon terakru dan/atau akan
terakru oleh Penyewa semasa Tempoh Sewaan dan untuk menyerahkan salinan fotostat
resit-resit bil-bil tersebut kepada Tuan Tanah pada setiap suku tahun atau apabila diminta
oleh Tuan Tanah.

2.4 Untuk menginsuranskan barang-barang, artikel-artikel, kepunyaan, usaha-usaha, lekapan


dan kelengkapan yang dipasang dan/atau dibawa ke Premis Demis oleh Penyewa
bersama polisi atau polisi-polisi insurans terhadap sebarang kerosakan yang disebabkan
oleh api, air, lampu, dan bencana alam seperti banjir, angin kencang dan sebagainya

2.5 Pada setiap masa sepanjang Tempoh untuk memelihara Premis Demis tersebut dan
semua bahagian dalaman termasuk pintu-pintu, tingkap-tingkap, kunci-kunci kaca dan
ikatan-ikatan dan semua penambahan kepada dan pelengkapan Premis Demis tersebut
(kecacatan dan kerosakan akibat penggunaan adalah dikecualikan) dan keadaan dan
untuk memastikan Premis Demis tersebut dipulihkan kepada keadaan asal dan di dalam
keadaan baik dan pembaikan substantial kepada Tuan Tanah pada tarikh tamat atau
penentuan awal Tempoh.

2.6 Untuk membenarkan Tuan Tanah dan / atau orang-orang suruhan, ejen-ejen dengan atau
tanpa pekerja pada setiap masa yang munasabah setelah memberikan notis bertulis yang
munasabah terlebih dahulu untuk masuk dan memeriksa keadaan dan baik pulih Premis
Demis tersebut.

2.7 Tidak melakukan atau membenarkan atau membiarkan apa-apa dilakukan sebarang
pindaan atau penambahan pada Premis Demis tersebut sarna ada terhadap struktur atau
fizikal tanpa persetujuan bertulis terlebih dahulu dari Tuan Tanah dan Penyewa haruslah
menanggung segala kos dan perbelanjaan untuk mengembalikan Premis Demis tersebut
kepada keadaan asalnya (kecacatan dan kerosakan akibat penggunaan adalah
dikecualikan) pada penentuan tempoh, jika diperlukan oleh Tuan Tanah.

3
2.8 Untuk menggunakan Premis Demis tersebut untuk tujuan seperti yang dinyatakan di Item
10 Jadual 1 dan untuk tujuan ini, Penyewa tidak dibenarkan pada setiap masa membawa
dan/atau membenarkan Premis Demis tersebut dihuni oleh pekerja-pekerja dan/atau orang-
orang asing tanpa permit kerja yang sah dan/atau lesen untuk tinggal di Malaysia dan akan
menanggung kerugian Tuan Tanah atas sebarang kerosakan atau kerugian akibat daripada
perkara tersebut.

2.9 Tidak boleh memindah milik, menyerah hak, sewa semula atau pisah dengan pemilikan
sebenar Premis Demis tersebut atau mana-mana bahagian Premis Demis tersebut tanpa
kebenaran bertulis daripada Tuan Tanah terlebih dahulu.

2.10 Tidak melakukan atau membenarkan atau membiarkan apa-apa dilakukan yang boleh
menyebabkan polisi atau polisi-polisi insurans berkaitan Premis Demis tersebut atau
terhadap perabot lekapan dan kelengkapan atau terhadap bangunan di mana Premis
Demis tersebut berada menjadi tidak sah atau boleh batal.

2.11 Tidak melakukan atau membenarkan atau membiarkan apa-apa dilakukan terhadap Premis
Demis tersebut yang di dalam pandangan munasabah Tuan Tanah menyebabkan kacau
ganggu atau menyakitkan hati Tuan Tanah atau pemilik atau penghuni hartanah
bersebelahan atau berdekatan yang mana Tuan Tanah merasakan boleh dibantah.

2.12 Tidak memegang atau membenarkan atau membiarkan sebarang penjualan dengan cara
lelong semua atau sebahagian daripada Premis Demis tersebut.

2.13 Tidak membawa atau menyimpan atau membenarkan atau membiarkan pembawaan atau
penyimpanan di semua atau di bahagian-bahagian Premis Demis tersebut sebarang
barang-barang/artikel-artikel yang di dalam pandangan munasabah Tuan Tanah tidak sah
dan berbahaya atau mempunyai sifat berbahaya.

2.14 Tidak melakukan, membenarkan atau membiarkan sebarang perkara atau benda di atas
atau berkenaan dengan Premis Demis tersebut yang akan menyalahi peruntukan-
peruntukan sebarang undang-undang, undang-undang kecil, alam semula jadi, perintah-
perintah, peraturan-peraturan aturan-aturan sekarang atau sebarang autoriti yang
kompeten yang mempunyai kesan yang sarna.

2.15 Untuk membenarkan Penyewa yang dicadangkan dan yang lain-lain dengan kebenaran
bertulis daripada Tuan Tanah atau ejen-ejen atau orang-orang suruhannya pada setiap
masa yang munasabah pada hari tersebut dengan notis yang munasabah untuk memasuki
premis dan melihat Premis Demis tersebut di dalam tempoh satu (1) bulan sebelum
penamatan Perjanjian ini DENGAN SYARAT Tuan Tanah akan memastikan kesusahan

4
minimum akan disebabkan terhadap Penyewa semasa lawatan tersebut.

2.16 Tidak menggunakan Premis Demis tersebut untuk sebarang tujuan yang tidak sah atau
tidak bermoral yang mana Tuan Tanah akan membantah.

2.17 Untuk membayar balik mengindemniti dan menyebabkan Tuan Tanah sentiasa diindemniti
terhadap sebarang saman-saman, tindakan-tindakan, prosiding-prosiding, tuntutan-
tuntutan, kos-kos, ganti rugi-ganti rugi dan perbelanjaan-perbelanjaan yang akan
dikenakan, dibawa atau terhadap Tuan Tanah atau yang akan dialami atau akan berlaku
atas sebab tindakan atau ketinggalan atau penggunaan Premis Demis tersebut oleh
Penyewa, orang-orang suruhannya, ejen-ejen, pemegan-pemegang lesen atau tetamunya
sarna ada disebabkan secara langsung atau tidak langsung dan tidak mengambil kira
sarna ada tuntutan tersebut berdasarkan kecuaian atau tidak.

2.18 Apabila penamatan atau penamatan terawal Perjanjian ini:-

(i) Untuk mengalihkan semua lekapan dan kelengkapan yang dimiliki oleh Penyewa
dan untuk memulihkan Premis Demis tersebut kepada keadaan asal seperti yang
telah diserahkan kepada Penyewa pada tarikh Sewaan dalam masa tujuh (7) hari
daripada tarikh tamat Sewaan. Kegagalan Penyewa untuk berbuat demikian akan
membolehkan Tuan Tanah untuk mengalihkan lekapan-Iekapan dan usaha-usaha
dan pemulihan Premis Demis tersebut seperti yang telah dinyatakan. Kos-kos untuk
pengalihan dan pemulihan tersebut akan menjadi hutang terakru daripada Penyewa
kepada Tuan Tanah dan penyewa akan dianggap terus berada di dalam
penghunian Premis Demis tersebut sehingga penyudahan pengalihan dan
pemulihan dan akan harus membayar sewa untuk tempoh tersebut.

(ii) Untuk seterusnya menyediakan Premis Demis tersebut dengan lekapan dan
kelengkapan Tuan Tanah dan sebarang tambahan di dalam keadaan baik dan
pembaikan substantial dan keadaan selaras dengan waad-waad yang dinyatakan
sebelum ini.

5
3. WAAD TUAN TANAH

Tuan Tanah bersetuju dengan Penyewa untuk mematuhi perkara-perkara berikut:

3.1 Untuk membayar cukai pintu, bayaran-bayaran pengurusan bangunan, cukai-cukai,


taksiran, bayaran perkhidmatan dan segala pembayaran lain yang dikenakan atau akan
dikenakan terhadap Premis Demis tersebut.

3.2 Apabila Penyewa telah dengan tepatnya membayar Sewa yang ditentukan dan mematuhi
terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam Perjanjian ini, untuk
membenarkan Penyewa dan orang-orang suruhan, ejen-ejen dan pelawat-pelawat untuk
menikmati Premis Demis tersebut tanpa gangguan oleh Tuan Tanah atau sesiapa yang
menuntut secara sah di bawah Tuan Tanah.

3.3 Untuk memulangkan semula deposit-deposit yang dibayar di bawah fasal 2.1 dengan
segera jika Perjanjian ini ditamatkan secara sah ditolak dengan sebarang jumlah atau
jumlah-jumlah yang terakru dan terhutang oleh Penyewa yang timbul daripada obligasi
yang terkandung di dalam Perjanjian ini.

3.4 Untuk menyelenggara dan memelihara struktur utama dinding-dinding lantai bumbung
sistem paip dan longkang Premis Demis tersebut di dalam keadaan baik dan keadaan yang
boleh dihuni sepanjang Tempoh DENGAN SYARAT di mana pembaikan-pembaikan
adalah menjadi satu kemestian atas sebab kecuaian atau kesalahan Penyewa atau orang
suruhan Penyewa maka penyewa haruslah melakukan pembaikan dan kos serta
perbelanjaan tersebut akan menjadi tanggungannya.

6
4. WAAD BERSAMA
4.1 Jika Sewa atau sebahagian daripadanya tidak dijelaskan dalam masa tujuh (7) hari setelah
menjadi kena dibayar (sama ada dituntut secara formal atau tidak) atau jika sebarang waad
bagi pihak Penyewa yang terkandung di dalam ini tidak dilaksanakan atau dipatuhi atau jika
penyewa atau orang lain atau orang-orang di mana sepanjang masa tempoh yang
dinyatakan akan menjadi miliknya akan menjadi bankrap atau menyerah hak untuk
kebaikan pemiutang atau pemiutang-pemiutang mereka atau memasuki perancangan lain
(arrangement) atau membuat perancangan lain dengan pemiutang-pemiutangnya dengan
komposisi atau sebaliknya untuk menanggung distress atau proses pelaksanaan akan
dikenakan ke atas barang-barangnya atau mereka atau jika sebuah syarikat berhad akan
dilikuidasi sama ada secara sukarela atau wajib (kecuali untuk tujuan amalgamasi atau
penyusunan semula) seterusnya dan di dalam setiap kes ia akan menjadi sah untuk Tuan
Tanah menamatkan Perjanjian ini dengan segera dan selepas dari itu menentukan tetapi
tanpa prejudis kepada hak tindakan Tuan Tanah berkenaan dengan latar belakang
pelanggaran sebarang waad Penyewa yang terkandung di dalam Perjanjian ini.

4.2 Adalah dipersetujui dan disahkan bahawa tiada yang terkandung di dalam Perjanjian ini
akan memberi sebarang Pihak hak untuk menentukan Perjanjian ini sebelum berakhirnya
Tempoh kecuali yang telah dinyatakan di Fasal 4.1 atau fasal-fasal lain Perjanjian ini.
Bergantung kepada terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini, jika penamatan awal
berlaku di atas sebarang sebab oleh Penyewa, Tuan Tanah berhak secara mutlak untuk
tidak memulangkan Jaminan Deposit dan Utiliti Deposit yang telah dijelaskan. [dan untuk
menuntut bayaran untuk ganti rugi jumlah tertentu, iaitu jumlah sewa yang harus dibayar
untuk tempoh selebihnya oleh penyewa (opsional)]

5. OPSYEN UNTUK MEMBAHARUI


5.1 Jika Penyewa berhasrat untuk membaharui Perjanjian Sewaan ini untuk tempoh
selanjutnya seperti yang dinyatakan di Item 5 Jadual 1 setelah berakhirnya Sewaan yang
dibuat di sini, Penyewa harus memberi notis bertulis kepada Tuan Tanah tentang
hasratnya sekurang-kurangnya enam puluh (60) hari sebelum tamat tempoh Sewaan
dengan syarat Penyewa telah dengan tetapnya membayar Sewa yang ditetapkan dan
melaksanakan dan mematuhi terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini berkenaan
dengan bahagian Penyewa dan Tuan Tanah mungkin akan terus menyewakan Premis
Demis tersebut kepada Penyewa untuk tempoh selanjutnya seperti yang dinyatakan di atas
bermula satu (1) hari selepas tarikh yang dinyatakan di Item 5(b) Jadual 1 pada Sewa yang
akan dipersetujui dan bergantung kepada terma-terma dan syarat-syarat yang akan
dipersetujui bersama oleh pihak-pihak pad a masa pembaharuan tersebut.

7
6. PENAMATAN AWAL
6.1 Sekiranya Penyewa atau Tuan Tanah ingin menamatkan perjanjian lebih awal dari tarikh
yang ditetapkan di dalam Item 5(b) Jadual 1 atau apa-apa tarikh pembaharuan semula
seperti yang ditapkan mengikut Perkara 5.1, pihak yang ingin menamatkan awal hendaklah
memberi notis kepada pihak satu lagi secara bertulis melalui memo, surat, sms, catatan
atau secara lisan dalam tempoh seperti di dalam Item 11 Jadual 1.

6.2 Sekiranya Penyewa gagal mematuhi perkara 6.1, deposit sewaan seperti di Item 9(a) dan
9(b) Jadual 1 tidak akan dipulangkan.

6.3 Sekiranya Tuan Tanah gagal mematuhi perkara 6.1, deposit seperti di Item 9(a) akan
dipulangkan kepada penyewa seperti biasa.

6.4 Sekiranya Penyewa menamatkan penyewaan kurang dari tempoh 1 tahun sewaan, deposit
sewaan seperti di Item 9(a) dan 9(b) Jadual 1 tidak akan dipulangkan.

7. KEROSAKAN KEPADA PREMIS DEMIS

Sekiranya Premis Demis tersebut atau mana-mana bahagiannya rosak atau dimusnahkan
oleh kebakaran (kecuali jika kebakaran tersebut disebabkan atau di atas kecuaian
Penyewa) atau dengan apa juga keadaan didapati tidak sesuai untuk didiami untuk satu
tempoh masa yang melebihi tiga puluh (30) hari daripada tarikh kejadian kerosakan atau
kemusnahan. Tuan Tanah adalah tidak dipaksa untuk membina semula atau membaik
pulih yang sama. Sekiranya Tuan Tanah membuat keputusan untuk membina semula atau
membaik pulih Premis Demis tersebut kemudian dari itu, dengan syarat wang yang dibayar
di bawah polisi insurans yang diambil oleh Tuan Tanah tidak akan dibatalkan kerana
tindakan atau kegagalan Penyewa, Sewa yang diwaadkan di dalam ini juga harus dibayar
atau sebahagian yang adil bergantung kepada sifat dan takat kerosakan yang dialami akan
ditangguhkan sehingga Premis Demis tersebut boleh didiami semula. Tuan Tanah dan
Penyewa (kecuali di mana kerosakan tersebut telah disebabkan oleh kesalahan atau
kecuaian Penyewa) mungkin walau bagaimanapun sekiranya Premis Demis tersebut rosak
teruk atau musnah Perjanjian ini boleh ditentukan dengan memberi satu (1) bulan notis
bertulis dan seterusnya perkara yang sama dan waad-waad di dalam ini akan terhenti
bermula daripada tarikh kejadian kerosakan atau kemusnahan tersebut tetapi tanpa
prejudis kepada hak-hak dan remedi-remedi setiap pihak terhadap pihak yang lain
berkenaan dengan tuntutan latar belakang atau pelanggaran waad.

8
8. PENGABAIAN ARTIKEL
Sekiranya atau sebaliknya dengan jelas dinyatakan di dalam Perjanjian ini, adalah
dipersetujui oleh Pihak-Pihak bahawa sekiranya Perjanjian Sewaan ini ditamatkan atau
ditentukan atau tamat tempoh, artikel-artikel di dalam apa jua bentuk dan sifat (selepas ini
dirujuk secara kolektif sebagai 'Artikel tersebut') yang ditinggalkan atau diabaikan di Premis
Demis tersebut, Tuan Tanah boleh selepas tamat tempoh tujuh (7) hari daripada
penamatan atau penentuan atau tempoh tamat Sewaan ini, mengalihkan membuang atau
memusnahkan Artikel tersebut daripada Premis Demis tersebut tanpa rujukan kepada
Penyewa dan tidak akan dianggap bersalah untuk sebarang kerugian, kerosakan,
kehilangan, penerimaan atau keuntungan yang timbul daripada itu. Sebarang kos yang
timbul akibat daripada pemusnahan Artikel tersebut oleh Tuan Tanah harus dibayar
kembali oleh Penyewa atau ditolak daripada Jaminan Sekuriti menurut terma-terma dan
syarat-syarat yang terkandung di dalam ini.

9. MASA
Masa bila dirujuk adalah menjadi asas kepada Perjanjian ini.

10. NOTIS-NOTIS
Sebarang notis, permintaan atau tuntutan yang hendak disampaikan kepada mana-mana
pihak oleh pihak yang lain di bawah peruntukan-peruntukan Perjanjian ini mestilah bertulis
dan akan dianggap sebagai penyampaian yang cukup:
(a) jika ia diserahkan oleh satu Pihak atau peguam cara Pihak tersebut dengan
penghantaran pos berdaftar yang berbayar dahulu yang dialamatkan kepada Pihak
yang satu lagi atau peguam cara Pihak yang satu lagi atau di alamat Pihak yang
satu lagi atau alamat peguam cara Pihak yang satu lagi yang dinyatakan di sini atau
di alamat terakhir Pihak yang satu lagi atau peguam cara Pihak yang satu lagi dan
akan disifatkan sebagai telah diterima pada masa surat berdaftar tersebut
sepatutnya diterima di dalam cara kebiasaannya tidak mengambil kira jika surat
tersebut dipulangkan kembali atau tidak dapat diserahkan;

(b) jika ianya diberikan oleh satu Pihak atau peguam cara satu Pihak tersebut dan
dihantar secara kendiri atau secara kurier kepada satu Pihak yang lain atau
peguam cara satu Pihak yang lain akan dianggap diterima pad a masa penyerahan
tersebut.

11. SELURUH PERJANJIAN


Perjanjian ini membentuk satu dan keseluruhan perjanjian di antara Pihak-Pihak
berkenaan dengan perkara subjek dan mengatasi semua perjanjian-perjanjian dan

9
pemahaman-pemahaman sebelum ini sama ada secara oral atau bertulis, yang berkenaan
dengan perkara subjek tersebut dan ia adalah seterusnya diisytiharkan secara jelas
bahawa sebarang variasi adalah tidak efektif kecuali dibuat oleh Pihak-Pihak secara
bertulis.
12. SERAH HAK TIDAK DIBENARKAN
Kedua-dua pihak tidak dibenarkan menyerah hak-hak dan obligasi-obligasi masing-masing
di bawah Perjanjian ini tanpa persetujuan bertulis Pihak yang satu lagi.

13. KESAN MENGIKAT


Perjanjian ini hendaklah mengikat pemegang hak, wakil diri, benefisiari, atau pengganti
yang dibenarkan masing-masing.

14. KOS DAN PERBELANJAAN


Yuran peguam, kos-kos, dan perbelanjaan yang berhubung dengan Perjanjian ini dan duti
setem haruslah ditanggung dan dibayar oleh Penyewa.

15. BIDANG KUASA


Perjanjian ini adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia dan Pihak-Pihak bersetuju
untuk diikat oleh bidang kuasa mahkamah-mahkamah Malaysia di dalam semua perkara
yang timbul akibat atau berkaitan dengan Perjanjian ini.

16. TAFSIRAN
Dalam Perjanjian ini kecuali jika terdapat sesuatu di dalam subjek atau konteks yang
menyalahi pengertian atau kecuali yang dinyatakan sebaliknya:

(a) Ekspresi "Tuan Tanah" dan "Penyewa" akan turut merujuk kepada
pengganti dan di dalam keadaan di mana dua atau lebih daripada dua orang terlibat di
dalam ekspresi tersebut Perjanjian ini akan mengikat orang-orang tersebut secara
bersama dan berasingan;

(b) perkataan yang merujuk kepada satu nombor juga membawa maksud
banyak dan sebaliknya;

(c) perkataan-perkataan yang boleh diaplikasi kepada manusia akan turut


merujuk kepada badan korporat atau bukan korporat; dan

(d) sebarang sebutan permulaan, jadual, senarai, tambahan, gambaran pihak-pihak akan
membentuk sebahagian daripada Perjanjian ini.

10
PADA MENYAKSIKAN HAL-HAL DI ATAS semua pihak yang tersebut dalam Perjanjian ini telah
menurunkan tandatangan mereka pada haribulan dan tahun seperti yang tertulis di atas.

)
)................................................................
Ditandatangani oleh Tuan Rumah
Nama: NOORHAFIZAH BINTI ASMAT
No K/P: 820129125220

disaksikan oleh:-

...........................................
Nama:
No. K/P:

)
)................................................................
Ditandatangani oleh Penyewa Nama: MOHD AFIF BIN ANAN
(Pengarah Amani Malaysia Group)
No K/P: 880318125769

disaksikan oleh:-

...........................................
Nama:
No. K/P:

11
JADUAL 1

1 Tarikh Perjanjian ini 28 OKTOBER 2022

NOORHAFIZAH BINTI ASMAT


Nama dan Alamat Tuan
2 Lot 342, Lorong Persiaran, Taman Pasir Putih, 88721
Rumah
Putatan, Sabah

AMANI MALAYSIA GROUP,


3 Nama dan Alamat Penyewa Blok C-12, Taman Mat Salleh, Kampung Matambai,
Kepayan, 88111 Kota Kinabalu, Sabah

Ruang bawah premis (keluasan : 1000 kaki persegi)


4 Premis Demis yang beralamat Lot 342, Lorong Persiaran, Taman
Pasir Putih, 88721 Putatan, Sabah

Tiga (3) Tahun dengan kenaikan kadar sewaan


mengikut harga pasaran semasa atau kenaikan
5 Tempoh Sewaan
sebanyak 10% mana-mana yang terendah, semasa
pembaharuan kontrak sewaan

a) Tarikh Permulaan
6 28 Oktober 2022 – 27 Oktober 2025
b) Tarikh Tamat

7 Sewa RM1500 sebulan

28 Oktober 2022
Tarikh Bayaran Sewa
8 Bayaran sewa bulanan sebelum 10hb pada bulan
Pertama
penyewaan premis

9 (a) Jaminan Deposit RM3000 (bersamaan kadar sewa premis 2 bulan)


(b) Deposit Utuliti RM400 (kadar utiliti – air dan elektrik sahaja)

Penyewaan ruang pejabat / ruang pameran dan


10 Tujuan
penyimpanan peralatan kerja

Tempoh Notis Penamatan


11 60 hari sebelum penamatan kontrak perjanjian
Awal

Pembayaran ke akaun CIMB tuan tanah


12 Cara Pembayaran Sewa NOORHAFIZAH ASMAT
7019474115

12

Anda mungkin juga menyukai