Anda di halaman 1dari 40

D i k e l u a r k a n m e n u r u t s e k s ye n 9 0 , A k t a Sy a r i k a t , 1 9 6 5

SKIM RAJA KELI AZZ MARKETING BERHAD


PENAWARAN PENJUALAN UNIT SKIM KEPENTINGAN

Pemohon dikehendaki membaca dan memahami kandungan prospektus ini serta surat ikatan amanah dan skim sebelum menyertai manamana unit skim kepentingan (USK) yang dipasarkan oleh AZZ Marketing Berhad Setiap pemohon Pakej Ikan Keli diberi tempoh bertenang selama 10 hari daripada tarikh penerimaaan borang permohonan oleh syarikat. Pemohon boleh membatalkan pembelian unit dengan mengisi borang pembatalan semasa tempoh bertenang dan berhak mendapat pulangan wang pembelian tanpa sebarang caj atau penalti.

PROSPEKTUS INI BERTARIKH 6 MEI 2012 DAN AKAN LUPUT PADA 5 NOVEMBER 2012

AZZ MARKETING BERHAD (884774-V)


Senaskhah prospektus ini telah diserahsimpan dengan dan didaftarkan oleh Pendaftar Syarikat yang mana Pendaftar Syarikat tidak bertanggungjawab di atas kandungan prospektus ini.

AZZ MARKETING BERHAD No. Syarikat 884774-V


KANDUNGAN GLOSARI ISTILAH/ SINGKATAN 1. PENGENALAN 1.1 Skim Kepentingan 1.2 Pendaftaran Skim 1.3 Kenyataan Menolak Liabiliti 1.4 Taksiran Merit dan Risiko Pelaburan 1.5 Tempoh Sah Laku Prospektus RINGKASAN SKIM RAJA KELI MAKLUMAT SKIM 3.1 Skim Raja Keli 3.2 Pakej Ikan Keli 3.3 Bilangan Tawaran Pakej Ikan Keli 3.4 Tempoh Skim 3.5 Harga Pembelian Pakej Ikan Keli 3.6 Tempoh Sah Laku Pakej Raja Keli 3.7 Proses Pembelian Pakej Raja Keli 3.8 Keuntungan Ahli Skim 3.9 Struktur Pembayaran Kadar Hasil Bersih 3.10 Pembelian-balik Pakej Ikan Keli 3.11 Penamatan dan Penggulungan Skim Raja Keli 3.12 Akaun Amanah 3.13 Perunding Bebas 3.14 JuruAudit 3.15 Ketua Pegawai Eksekutif MAKLUMAT TAPAK PENTERNAKAN IKAN KELI 4.1 Tanah-tanah Skim 4.2 Tempat Penternakan Ikan Keli MAKLUMAT SYARIKAT PENGURUSAN 5.1 Maklumat Korporat 5.2 Latar Belakang 5.3 Pemegang-Pemegang Saham 5.4 Pengurusan Atasan 5.5 Pengalaman Dalam Penternakan Ikan Keli 5.6 Bidang Perniagaan 5.7 Tugas/ Tanggungjawab Syarikat Pengurusan 5.8 Persaraan, pemecatan dan penggantian Syarikat Pengurusan 5.9 Akujanji Syarikat Pengurusan PEMEGANG AMANAH 6.1 Pemegang Amanah Skim 6.2 Tugas dan tanggungjawab Pemegang Amanah 6.3 Ganjaran Pemegang Amanah 6.4 Persaraan, pemecatan dan penggantian Pemegang Amanah 6.5 Akujanji Pemegang Amanah MAKLUMAT TAMBAHAN 7.1 Suratikatan Amanah 7.2 Pihak-Pihak dalam Suratikatan Amanah 7.3 Hak-hak Ahli Skim 7.4 Mesyuarat Ahli-ahli Skim 7.5 Perihal Harta Yang Dipegang Pemegang Amanah 7.6 Skim Lain 7.7 Penilaian 7.8 Faktor Risiko LAPORAN JURUAUDIT LAPORAN PERUNDING BEBAS
1

MUKA SURAT 3

6 6 6 6 6 7 8 8 8 8 9 9 9 9 10 10 10 11 11 11 11 12 12 13 14 14 14 15 15 15 17 17 18 18 18 18 19 20 20 20 20 23 23 23 23 24 30

2. 3.

4.

5.

6.

7.

8. 9.

AZZ MARKETING BERHAD No. Syarikat 884774-V


10. 11. MAKLUMAT MAKLUMAT BERKANUN KEBENARAN DAN PERSETUJUAN JADUAL PERTAMA JADUAL KEDUA JADUAL KETIGA KENYATAAN TANGGUNGJAWAB PENGARAH-PENGARAH 34 35 36 37 38 39

AZZ MARKETING BERHAD No. Syarikat 884774-V GLOSARI ISTILAH/SINGKATAN


Dalam Prospektus ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, istilah dan terma yang digunakan berikut mempunyai makna seperti berikut: Ahli Skim : ertinya individu yang membeli Pakej Ikan Keli di dalam Skim Raja Keli di mana nama individu tersebut akan didaftarkan di Daftar Ahli Skim dan di mana Ahli-ahli Skim merujuk kepada dua (2) atau lebih Ahli Skim;

Akaun Amanah

ertinya akaun yang yang dibuka di atas nama Pemegang Amanah dengan bank yang bereputasi dan dipersetujui oleh Syarikat Pengurusan bagi menyimpan Dana Terikat;

Akta Syarikat

ertinya Akta Syarikat 1965 (Akta 125);

Borang Notis Pembelian-Balik Pakej Ikan Keli

ertinya borang yang telah disediakan oleh Syarikat Pengurusan untuk diisi oleh Ahli Skim yang berhasrat untuk menamatkan penyertaan.

Borang Permohonan

ertinya borang yang telah disediakan oleh Syarikat Pengurusan untuk diisi oleh Pemohon dalam permohonan untuk menyertai Skim ini;

Daftar Ahli Skim

ertinya daftar Ahli Skim yang menyimpan segala rekod Ahli-ahli Skim yang berdaftar sebagai mematuhi Seksyen 92 Akta Syarikat;

Harga Beli-Balik

ertinya harga pembelian balik Pakej Ikan Keli oleh Syarikat Pengurusan daripada Ahli Skim yang berhasrat untuk menamatkan penyertaan;

Harga Pembelian

ertinya harga penjualan Pakej Ikan Keli oleh Syarikat Pengurusan dan harga pembelian Pakej Ikan Keli oleh Ahli Skim;

Harga Lantai

ertinya Ringgit Malaysia Dua (RM2.00) bagi satu kilogram ikan keli;

Kadar Hasil Bersih

ertinya perolehan yang berhak diterima oleh Ahli Skim bagi satu (1) Pakej Ikan Keli pada akhir setiap Pusingan;

Harga Semasa Pasaran Borong

ertinya harga semasa pembelian ikan keli matang bagi satu (1) kilogram di pasaran borong atau Harga Lantai, yang mana lebih tinggi;

Pakej Ikan Keli

ertinya satu (1) unit kepentingan di dalam Skim Raja Keli di mana Ahli Skim mempunyai kepentingan di dalam Skim Raja Keli tertakluk dan selaras dengan terma-terma, syarat-syarat dan waad-waad yang terkandung di dalam Suratikatan Amanah dan di mana Pakej-pakej Ikan Keli merujuk kepada dua (2) atau lebih Pakej Ikan Keli.
3

AZZ MARKETING BERHAD No. Syarikat 884774-V

Pendaftar

ertinya Pendaftar Syarikat seperti yang telah ditetapkan di bawah Akta Syarikat;

Pihak Berkuasa

ertinya termasuk mana-mana agensi-agensi kerajaan yang relevan yang mempunyai bidang kuasa ke atas perkara tersebut;

Pusingan

ertinya tempoh tiga (3) bulan sepanjang Tempoh Sah Laku Pakej Ikan Keli bermula daripada Tarikh Pembelian Disahkan di mana tiga (3) bulan pertama dikenali sebagai Pusingan 1, tiga (3) bulan kemudiannya sebagai Pusingan 2, tiga (3) bulan selepas itu sebagai Pusingan 3 dan seterusnya sehingga 3 bulan terakhir Tempoh Sah Laku Pakej Ikan Keli dikenali sebagai Pusingan 8;

Pemegang Amanah

ertinya MyPremier Trustee (Malaysia) Berhad (No. Syarikat: 719395-T) sebuah syarikat berhad yang diperbadankan dan berdaftar di Malaysia ;

Pemohon

ertinya individu yang telah mengemukakan Borang Permohonan kepada Syarikat Pengurusan untuk memohon membeli Pakej Ikan Keli di dalam Skim ini;

Prospektus

ertinya penyata bertulis yang mematuhi Seksyen 90 Akta Syarikat dan mana-mana peraturannya;

Sijil Ahli Skim

ertinya sijil yang akan diterima oleh Ahli Skim sebagai bukti pemilikan Pakej Ikan Keli;

Skim

ertinya Skim Raja Keli AZZ Marketing Berhad;

Syarikat Pengurusan

ertinya AZZ Marketing Berhad (884774-V), sebuah syarikat berhad yang diperbadankan di Malaysia termasuk pengganti hakmiliknya;

Suratikatan Amanah

ertinya Suratikatan Amanah yang bertarikh 27 April 2011 di antara Syarikat Pengurusan, Pemegang Amanah, Tuan-Tuan Tanah dan Ahli-ahli Skim termasuk apa-apa pindaan, modifikasi dan perubahan yang dibuat kepadanya dari masa ke semasa;

Suratikatan Penamatan Skim

ertinya suratikatan amanah yang menyatakan persetujuan Syarikat Pengurusan dan Pemegang Amanah bagi penamatan Skim lebih awal daripada tempoh keseluruhan Skim lima (5) tahun;

Tanah-tanah Skim

etinya tanah-tanah yang dinyatakan di Jadual Pertama;

Tapak-tapak Penternakan

ertinya tapak-tapak penternakan yang diuruskan oleh Syarikat Pengurusan di atas Tanah-tanah Skim;
4

AZZ MARKETING BERHAD No. Syarikat 884774-V

Tarikh Pelancaran

ertinya tarikh Prospektus pertama yang bertarikh 6 Mei 2011;

Tempoh Bertenang

ertinya sepuluh (10) hari dari tarikh Borang Permohonan;

Tarikh Pembelian Disahkan

ertinya tarikh pembayaran Harga Pembelian Pakej Ikan Keli dijelaskan sepenuhnya dan disahkan terima oleh Syarikat Pengurusan;

Tempoh Sah Laku Pakej Ikan Keli

ertinya selama dua (2) tahun daripada Tarikh Pembelian Disahkan;

Tuan-tuan Tanah

ertinya pihak-pihak yang mana nama dan butir-butir dinyatakan di Jadual Pertama Prospektus ini yang merupakan tuanpunya-tuanpunya berdaftar dan mempunyai kepentingan ke atas tanah-tanah yang mana butir-butir tanah dinyatakan di Jadual Pertama tersebut.

(Halaman ini sengaja dibiarkan kosong)

AZZ MARKETING BERHAD No. Syarikat 884774-V 1.


1.1

PENGENALAN
Skim Kepentingan Pelaburan yang ditawarkan melalui Prospektus ini merupakan skim kongsi tani di bawah Divisyen 5 Bahagian IV Akta Syarikat 1965.

1.2

Pendaftaran Skim Pendaftar telah meluluskan penawaran bagi pembelian, atau menerbitkan suatu pelawaan untuk membeli unit-unit kepentingan dengan pendaftaran Suratikatan Amanah dan suatu salinan Prospektus ini yang bertarikh 6 Mei 2012 telah diserahsimpan dan didaftarkan dengan Pendaftar.

1.3

Kenyataan Menolak Liabiliti Pendaftar tidak menerima tanggungjawab bagi ketepatan mana-mana kenyataan yang dibuat atau pendapat atau laporan yang dinyatakan di dalam Prospektus ini.

1.4

Taksiran Merit dan Risiko Pelaburan Para pelabur dinasihatkan menggunakan penilaian mereka sendiri untuk menaksir merit dan risiko sesuatu pelaburan. Di dalam menimbangkan pelaburan, para pelabur yang masih di dalam keraguan tentang tindakan yang boleh diambil, hendaklah terus mendapatkan pandangan daripada penasihat profesional.

1.5

Tempoh Sah Laku Prospektus Prospektus bertarikh 6 Mei 2012 ini adalah sah untuk enam (6) bulan daripada tarikh tersebut di mana tiada Pakej Ikan Keli yang akan dijual menggunakan Prospektus ini selepas tempoh enam (6) bulan dari tarikh Prospektus ini dan satu Prospektus baru akan di daftarkan oleh Syarikat Pengurusan, dengan kebenaran Pendaftar, bagi membolehkan Pakej Ikan Keli boleh dijual oleh Syarikat Pengurusan selepas tarikh sah laku Prospektus ini. (Halaman ini sengaja dibiarkan kosong)

AZZ MARKETING BERHAD No. Syarikat 884774-V 2.


2.1

RINGKASAN SKIM RAJA KELI


Bab ini cuma merupakan ringkasan kepada maklumat-maklumat yang telah diekstrak daripada keseluruhan teks Prospektus ini. Pelabur dinasihatkan membaca dan memahami perenggan ini dan keseluruhan Prospektus ini sebelum memutuskan untuk melabur dalam Skim ini. Nama Skim Kategori Skim : : Skim Raja Keli Skim kongsitani sebagaimana yang termaktub di bawah Divisyen 5 Bahagian IV Akta Syarikat 1965 Pasir Mas, Kelantan Lebih kurang 10 ekar 10,000 unit 7,000 unit 3,000 unit

Lokasi Penternakan Ikan Keli Saiz Tapak Penternakan Jumlah Pakej Ikan Keli yang diwujudkan pada Tarikh Pelancaran Jumlah Pakej Ikan Keli yang ditawarkan pada Tarikh Pelancaran Jumlah Pakej Ikan Keli yang disimpan oleh Syarikat Pengurusan sebagai pakej simpanan. Jumlah Pakej Ikan Keli yang telah dijual setakat 25 April 2012 Jumlah Pakej Ikan Keli yang ditawarkan di dalam Prospektus ini Harga Belian Pakej Ikan Keli Jangkamasa Pakej Ikan Keli Tempoh Satu Pusingan Tempoh Keseluruhan Skim Syarikat Pengurusan Pemegang Amanah Perunding Bebas Peguamcara

: : : : :

: : : : : : : : : :

2,997 unit 4,003 unit RM1,600.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Enam Ratus Sahaja) bagi satu (1) unit Pakej Ikan Keli Selama dua (2) tahun bersamaan dengan lapan (8) Pusingan Tiga (3) bulan Lima (5) Tahun AZZ Marketing Berhad (884774-V) MyPremier Trustee (Malaysia) Berhad (719395-T) Kris Ocean Aquatic Sdn Bhd (561217-M) Tetuan Masleena, Yee & Partners

(Halaman ini sengaja dibiarkan kosong)

AZZ MARKETING BERHAD No. Syarikat 884774-V 3.


3.1

MAKLUMAT SKIM
Skim Raja Keli Syarikat Pengurusan menjalankan satu skim kongsi tani yang menawarkan kepada orang awam untuk melibatkan diri di dalam bidang penternakan ikan keli. Skim ini didaftarkan sebagaimana yang ditetapkan dalam Divisyen 5 Bahagian IV Akta Syarikat 1965.

3.2 3.2.1 3.2.2

Pakej Ikan Keli Di bawah Skim ini, Syarikat Pengurusan mewujudkan sebanyak Sepuluh Ribu (10,000) unit Pakej Ikan Keli. Jumlah tawaran adalah berdasarkan jumlah keseluruhan keluasan tapak penternakan seluas lebih kurang 10 ekar, di mana setiap 1 ekar tanah boleh menampung 100 sangkar ikan keli bersaiz 20 X 20 kaki yang boleh diisi dengan 800,000 ekor ikan keli separa matang dan fasiliti-fasiliti yang diperlukan bagi penternakan ikan keli. Setiap unit kepentingan mempunyai pegangan kepentingan ke atas 800 ekor ikan keli. Bilangan Tawaran Pakej Ikan Keli Sebanyak Tujuh Ribu (7,000) unit Pakej Ikan Keli telah ditawarkan kepada orang awam pada Tarikh Pelancaran manakala Tiga Ribu (3,000) unit Pakej Ikan Keli dipegang oleh Syarikat Pengurusan dan disifatkan sebagai pakej-pakej simpanan bagi tujuan risiko kematian ikan dan lain-lain perkara yang berkaitan dan hanya boleh ditawarkan kepada orang ramai dengan kebenaran bertulis daripada Pendaftar. Namun begitu, Syarikat Pengurusan akan memegang sekurang-kurangnya Lima Ratus (500) unit Pakej Ikan Keli sepanjang Tempoh Skim. Syarikat Pengurusan hendaklah memastikan bahawa Ahli-Ahli Skim yang berwarganegara asing memiliki tidak lebih daripada lima puluh peratus (50%) daripada jumlah keseluruhan Pakej Ikan Keli yang dijual. Walau bagaimanapun, sekiranya tidak ada warganegara Malaysia yang membeli Pakej Ikan Keli selepas 12 bulan Pakej Ikan Keli ditawarkan, Syarikat Pengurusan boleh menjual Pakej Ikan Keli tersebut kepada warganegara asing tanpa had bilangan milikan, namun tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang boleh dikenakan oleh Pihak Berkuasa. Syarikat Pengurusan boleh menambahkan bilangan Pakej Ikan Keli dari masa ke semasa dengan menambahkan bilangan sangkar dan/atau Tapak-tapak Penternakan dan/atau tanah-tanah baru ke dalam Skim Raja Keli. Walau bagaimanapun, penawaran tambahan Pakej Ikan Keli kepada orang ramai hanya boleh dilakukan dengan kebenaran terdahulu daripada Pendaftar. Setakat 25 April 2012 sebanyak Dua Ribu Sembilan Ratus Sembilan Puluh Tujuh (2,997) unit Pakej Ikan Keli telah dijual kepada orang awam seperti yang dipaparkan di dalam jadual berikut: Jumlah Pakej Ikan Keli yang diwujudkan 10,000 unit Jumlah Pakej Ikan Keli dalam simpanan (30%) 3,000 unit Jumlah tawaran pada Tarikh Pelancaran (70%) 7,000 unit Bilangan terjual setakat 25 April 2012 2,997 unit Bilangan yang ditawarkan dalam Prospektus ini 4,003 unit

3.3 3.3.1

3.3.2 3.3.3

3.3.4

3.3.5

3.3.6 3.4 3.4.1 3.4.2

Di dalam Prospektus ini, Syarikat Pengurusan akan menawarkan kepada orang awam baki Pakej Ikan Keli yang belum dijual sebanyak Empat Ribu Tiga (4,003) unit Pakej Ikan Keli. Tempoh Skim Tempoh Skim adalah selama lima (5) tahun bermula dari Tarikh Pelancaran. Walau bagaimanapun, Tempoh Skim boleh dilanjutkan dari masa ke semasa bagi satu tempoh yang dipersetujui oleh Syarikat Pengurusan dan Pemegang Amanah dan apabila
8

AZZ MARKETING BERHAD No. Syarikat 884774-V


memperolehi kebenaran terdahulu daripada Pendaftar dan pendaftaran suatu suratikatan amanah tambahan. 3.5 3.5.1 Harga Pembelian Pakej Ikan Keli Harga Pembelian Pakej Ikan Keli pada tarikh Prospektus ini adalah sebanyak Ringgit Malaysia Seribu Enam Ratus (RM1,600) satu unit. Harga pembelian selepas dari tarikh Prospektus ini akan ditentukan oleh Syarikat Pengurusan berdasarkan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan termasuk daya pasaran semasa. Tempoh Sah Laku Pakej Ikan Keli Tempoh Sah Laku setiap Pakej Ikan Keli adalah dua (2) tahun daripada Tarikh Pembelian Disahkan. Terdapat lapan (8) pusingan penternakan ikan keli sepanjang Tempoh Sah Laku Pakej Ikan Keli. Ini kerana Syarikat Pengurusan menggunakan ikan keli yang sudah separa matang yang hanya memerlukan penternakan selama lebih kurang tiga (3) bulan bagi mencapai saiz matang untuk dijual ke pasaran. Proses Pembelian Pakej Ikan Keli Pemohon mestilah mengisi Borang Permohonan dan mengemukakan Borang Permohonan yang lengkap bersama-sama sesalinan kad pengenalan Pemohon kepada Syarikat Pengurusan kepada alamat yang ditentukan atau tempat-tempat yang akan ditentukan oleh Syarikat Pengurusan di dalam Borang Permohonan. Tidak ada sebarang pembayaran wang pembelian Pakej Ikan Keli yang akan diterima semasa Tempoh Bertenang. Pemohon hendaklah membuat pembayaran Harga Pembelian dalam masa tiga puluh (30) hari daripada tamat Tempoh Bertenang kepada Syarikat Pengurusan melalui salah-satu cara pembayaran yang ditentukan di dalam Borang Permohonan. Sekiranya Pemohon gagal membuat pembayaran Harga Pembelian dalam masa tiga puluh (30) hari daripada tamat Tempoh Bertenang kepada Syarikat Pengurusan, permohonan Pemohon akan dianggap terbatal dan disifatkan telah ditarik-balik oleh Pemohon. Syarikat Pengurusan mempunyai hak untuk menukar cara pembayaran Harga Pembelian dan menetapkan cara pembayaran Harga Pembelian yang baru dengan kebenaran Pemegang Amanah. Pembelian Pakej Ikan Keli hanya akan disahkan oleh Syarikat Pengurusan apabila Pemohon telah mengemukakan Borang Permohonan yang lengkap dan membayar Harga Pembelian sepenuhnya dalam masa tiga puluh (30) hari daripada tamat Tempoh Bertenang di mana tarikh ini dirujuk sebagai Tarikh Pembelian Disahkan. Dalam tempoh empat belas (14) hari selepas Tarikh Pembelian Disahkan, Syarikat Pengurusan akan memasukkan nama Pemohon ke dalam Daftar Ahli Skim sebagai Ahli Skim. Sijil Ahli Skim akan dikeluarkan kepada Ahli Skim dalam masa enam puluh (60) hari daripada Tarikh Pembelian Disahkan. Keuntungan Ahli Skim Tuaian bagi ikan keli akan dibuat setiap tiga (3) bulan pada akhir setiap Pusingan. Hasil tuaian tersebut akan dibeli oleh Syarikat Pengurusan pada Harga Pasaran Borong Semasa. Pada amnya, berat ikan matang yang sesuai untuk dituai adalah 1 kilogram bagi setiap 4 ekor ikan keli. Bagi Pusingan 1-7, hasil tuaian tersebut akan ditolak dengan kos penternakan ikan keli sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus Lapan Puluh (RM280.00) untuk digunakan sebagai modal pusingan untuk pusingan ternakan berikutnya. Bagi Pusingan ke-8, kadar hasil tuaian tersebut kemudiannya akan ditolak dengan kos upah penternakan bagi 2 tahun tersebut, juga sebanyak RM280.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Lapan Puluh Sahaja).
9

3.6 3.6.1 3.6.2

3.7 3.7.1

3.7.2 3.7.3

3.7.4

3.7.5 3.7.6 3.8 3.8.1 3.8.2

3.8.3

3.8.4

AZZ MARKETING BERHAD No. Syarikat 884774-V


3.8.5 Lebihan dari hasil tuaian selepas ditolak kos-kos tersebut merupakan Kadar Hasil Bersih yang akan diterima Ahli Skim. Contoh cara pengiraan Kadar Hasil Bersih berdasarkan Harga Borong semasa untuk setiap Pusingan boleh dirujuk di Jadual Kedua dalam Prospektus ini. Struktur Pembayaran Kadar Hasil Bersih Bermula dari Tarikh Pembelian Disahkan sehingga Tarikh Tamat Keahlian, Ahli Skim adalah berhak ke atas Kadar Hasil Bersih pada akhir setiap Pusingan di mana pembayaran Kadar Hasil Bersih adalah di dalam bentuk tunai dan akan dibayar melalui akaun bank Ahli Skim yang tertera di Borang Permohonan. Syarikat Pengurusan akan menyemak nama-nama dan Tarikh Pembelian Disahkan pada hari pertama setiap bulan dan menghantar senarai nama-nama Ahli Skim yang berhak mendapat Kadar Hasil Bersih pada 15 haribulan dan 30 haribulan bulan tersebut kepada Pemegang Amanah. Pembayaran Kadar Hasil Bersih akan dibuat kepada Ahli Skim pada: (a) sekiranya Tarikh Pembelian Disahkan adalah sebelum dan pada 15 haribulan sesuatu bulan, Ahli Skim akan menerima pembayaran Kadar Hasil Bersih tidak lebih tujuh (7) hari daripada tarikh 15 haribulan bagi bulan ketiga (ke-3) berikutnya dan setiap tiga (3) bulan selanjutnya sehingga tamat Tempoh Sah Laku Pakej Ikan Keli; dan/atau sekiranya Tarikh Pembelian Disahkan adalah selepas 15 haribulan sesuatu bulan, Ahli Skim akan menerima pembayaran Kadar Hasil Bersih tidak lebih daripada tujuh (7) hari daripada 30 haribulan bagi bulan ketiga (ke-3) berikutnya dan setiap tiga (3) bulan selanjutnya sehingga tamat Tempoh Sah Laku Pakej Ikan Keli.

3.9 3.9.1

3.9.2

3.9.3

(b)

3.10 3.10.1

Pembelian-balik Pakej Ikan Keli Ahli Skim berhak untuk menamatkan Tempoh Sah Laku Pakej Ikan Keli sebelum Tarikh Tamat Keahlian dengan cara menjual-balik Pakej Ikan Keli kepada Syarikat Pengurusan sebelum Tarikh Tamat Keahlian. Ahli Skim tersebut boleh menjual-balik unit Pakej Ikan Keli kepada Syarikat Pengurusan dengan syarat-syarat berikut: (a) (b) Ahli Skim perlu mengisi Borang Notis Pembelian-balik Pakej Ikan Keli sebagai notis permintaan pembelian-balik unit Pakej kepada Syarikat Pengurusan; Borang Notis Pembelian-balik Pakej Ikan Keli yang lengkap bersama-sama Sijil Ahli Skim hendaklah dikemukakan kepada Syarikat Pengurusan di alamat yang ditentukan atau tempat-tempat yang akan ditentukan oleh Syarikat Pengurusan di dalam borang tersebut; Syarikat Pengurusan akan membeli-balik Pakej Ikan Keli berdasarkan pengiraan harga yang telah ditetapkan di Jadual Ketiga Prospektus ini; dan Syarikat Pengurusan akan membayar kepada Ahli Skim harga pembelian balik dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh penerimaan Borang Notis Pembelian-balik Pakej Ikan Keli yang lengkap bersama-sama Sijil Ahli Skim.

3.10.2

(c) (d)

3.10.3 3.11 3.11.1

Ahli Skim tidak mempunyai hak untuk menjual unit Pakej Ikan Keli tersebut kepada pihak ketiga pada bila-bila masa. Penamatan dan Penggulungan Skim Raja Keli Syarikat Pengurusan berhak untuk menamatkan tempoh Skim lebih awal daripada Tempoh Skim sekiranya majoriti Ahli-ahli Skim yang memegang 75% daripada nilai keseluruhan skim membuat keputusan supaya Skim ini ditutup. Tertakluk kepada persetujuan Pemegang Amanah, Syarikat Pengurusan akan menamatkan Skim ini melalui Suratikatan Penamatan Skim dan sebagai pampasan, dana yang ada di
10

3.11.2

AZZ MARKETING BERHAD No. Syarikat 884774-V


dalam Akaun Amanah akan diagihkan kepada Ahli-ahli Skim mengikut peratusan pemilikan bilangan Pakej Ikan Keli berbanding jumlah keseluruhan dana di dalam Akaun Amanah. 3.12 3.12.1 3.12.2 3.12.3 3.13 3.13.1 Akaun Amanah Pemegang Amanah akan membuka satu (1) Akaun Amanah bagi tujuan penyimpanan Dana Terikat. Dana terikat akan digunakan bagi menampung kos-kos yang bukannya kos harian penternakan ikan keli tertakluk kepada persetujuan Pemegang Amanah. Apabila menerima wang pembayaran pembelian Pakej Ikan Keli, Syarikat Pengurusan akan memasukkan sepuluh peratus (10%) daripada Harga Pembelian Pakej ke dalam Dana Terikat. Perunding Bebas Syarikat Kris Ocean Aquatic Sdn Bhd (561217-M) yang beralamat di No. 61 A Kg. Ong Ching Chong, 32500 Changkat Kuring, Perak Darul Ridzuan telah dilantik sebagai Penasihat Bebas bagi Skim ini. Antara tugas-tugas Perunding Bebas adalah untuk seperti berikut: (a) melawat tapak-tapak penternakan Skim Raja Keli mengikut jadual lawatan bulanan; (b) memantau perkembangan dan produktiviti ikan keli; dan (c) memastikan kolam sentiasa sesuai dan selamat untuk pemeliharaan ikan keli. JuruAudit Syarikat Pengurusan telah melantik Tetuan Salihin (AF 1426) sebagai Juruaudit kepada Skim Raja Keli ini. Tetuan Salihin merupakan syarikat juruaudit yang diluluskan dan dipersetujui oleh Pemegang Amanah Persaraan, pemecatan dan penggantian Juruaudit boleh dilakukan seperti berikut: (a) Juruaudit bersara secara sukarelanya dengan memberi tiga (3) bulan notis bertulis kepada Pemegang Amanah dan Syarikat Pengurusan; atau (b) dipecat oleh Syarikat Pengurusan dan/atau Pemegang Amanah di mana Syarikat Pengurusan mestilah melantik juruaudit yang lain untuk jawatan tersebut. Ketua Pegawai Eksekutif Encik Abdul Khairil Ridzuan Firdaus Bin Abdul Rahim telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kepada Skim ini. Beliau bertanggungjawab untuk menguruskan Skim Raja Keli tertakluk kepada terma-terma yang dipersetujui di antara Syarikat Pengurusan dan Ketua Pegawai Eksekutif termasuk menyiasat dan menyelesaikan sebarang aduan yang diterima daripada Ahli-ahli Skim berkenaan dengan Skim ini. Perlantikan Encik Abdul Khairil telah diluluskan oleh Pendaftar. (Halaman ini sengaja dibiarkan kosong)

3.13.2

3.14 3.14.1

3.14.2

3.15

11

AZZ MARKETING BERHAD No. Syarikat 884774-V 4.


4.1 4.1.1

MAKLUMAT TAPAK PENTERNAKAN IKAN KELI


Tanah-tanah Skim Syarikat Pengurusan telah diberi kebenaran dan pajakan oleh Tuan-tuan Tanah untuk menjalankan penternakan ikan keli ke atas Tanah-tanah Skim yang terletak di Jajahan Pasir Mas, Negeri Kelantan. Jumlah keluasan Tanah-tanah Skim adalah 10.69 ekar di mana Tanah-tanah Skim telah dibahagikan kepada dua (2) tapak yang mana Tapak 1 mempunyai keluasan 4.97 ekar manakala Tapak 2 pula berkeluasan 5.72 ekar. Syarikat Pengurusan telah mendapat kelulusan dan kebenaran bagi penternakan ikan keli di atas Tanah-Tanah Skim dari Pihak Berkuasa dan kelulusan dan kebenaran tersebut adalah sah dan terpakai pada tarikh Prospektus ini. Tempat Penternakan Ikan Keli Syarikat Pengurusan menggunakan penternakan ikan di dalam sangkar. Sangkar yang digunakan adalah sebesar 20 X 20 yang boleh mengisi 8,000 ekor ikan keli matang. Syarikat Pengurusan akan memastikan keselamatan tapak-tapak penternakan terjamin dengan menyediakan pengawal-pengawal untuk mengawal persekitaran tapak-tapak tersebut 24 jam, 7 kali seminggu. (Halaman ini sengaja dibiarkan kosong)

4.1.2

4.1.3

4.2 4.2.1 4.2.2

12

AZZ MARKETING BERHAD No. Syarikat 884774-V 5.


5.1

MAKLUMAT SYARIKAT PENGURUSAN


Maklumat korporat (a) (b) Syarikat Pengurusan AZZ Marketing Berhad (No. Syarikat 884774-V) Pengarah-Pengarah Nama Abdul Khairil Ridzuan Firdaus Bin Abdul Rahim Alamat Kediaman D2, Quarters Guru, Sekolah Menengah Teknik Jalan Tendong, Bunut Susu, 17020 Pasir Mas, Kelantan D2, Quarters Guru, Sekolah Menengah Teknik, Jalan Tendong, Bunut Susu, 17020 Pasir Mas, Kelantan No. 7 Jalan AU1C/2E, Taman Keramat Permai, 54200 Kuala Lumpur Desa Kiara Kondo, Jalan Damansara, 60000 Kuala Lumpur D2, Quarters Guru, Sekolah Menengah Teknik, Jalan Tendong, Bunut Susu, 17020 Pasir Mas, Kelantan D2, Quarters Guru, Sekolah Menengah Teknik, Jalan Tendong, Bunut Susu, 17020 Pasir Mas, Kelantan Lot 748, Taman Sari Jalan Hospital 15300 Kota Bharu Kelantan Jawatan Pengarah Urusan

Abdul Khairul Hisham Firdaus Bin Abdul Rahim

Pengarah Syarikat

Habibullah Bin AB Rahim @ Md Yusoff

Pengarah Bebas Pengarah Bebas

Wan Nor Azlina Binti Wan Muhamad Rashad (c) Pengurusan Abdul Khairil Ridzuan Firdaus Bin Abdul Rahim

Pengarah Syarikat/Ketua Pegawai Eksekutif Pengarah Syarikat

Ab Khairul Hisham Firdaus Bin Abdul Rahim

Mohd Johari Mohd Razali

Ketua Pegawai Operasi

(d)

Alamat Pejabat Berdaftar dan Perniagaan Tingkat 1, Bangunan Sapura, Lot 181 & 195, Jalan Sultanah Zainab, 15000 Kota Bharu, Kelantan Setiausaha Syarikat Nama Nor Safinas Binti Abu Bakar (MACS01520) Alamat Kediaman No. 22, Jalan Gombak Ria 3, Taman Gombak Ria, 68100 Batu Caves, Selangor Jawatan Setiausaha Syarikat

(e)

(f)

Pemegang Amanah MyPremier Trustee (Malaysia) Berhad (719395-T) B710,Block B, Pusat Dagangan Phileo Damansara 1 Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 46350 Petaling Jaya, Selangor
13

AZZ MARKETING BERHAD No. Syarikat 884774-V


(h) Juruaudit Salihin (AF1426) 555 Jalan Jalan Samudra Utara 1 Taman Samudra, Batu Caves 68100 Selangor Peguambela & Peguamcara Tetuan Masleena, Yee & Partners Peguambela & Peguamcara Suite 319, Lobby 5, Block A, Damansara Intan e-Business Park No. 1, Jalan SS20/27, 47400 Petaling Jaya Selangor Buku Daftar Ahli Skim akan disimpan di: Tingkat 1, Bangunan Sapura, Lot 181 & 195, Jalan Sultanah Zainab, 15000 Kota Bharu, Kelantan Boleh didapati pada waktu pejabat: Selasa Ahad 8.30 pagi hingga 5.30 petang 5.2 Latar Belakang Syarikat Pengurusan telah diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat pada 5 Januari 2010, dibawah nama AZZ Marketing Berhad dengan modal dibenarkan dan modal berbayar sebanyak RM1,000,000.00. Penubuhan AZZ Marketing Berhad adalah bagi tujuan menjalankan satu skim kongsitani yang menawarkan orang ramai peluang untuk melibatkan diri di dalam penternakan ikan keli. 5.3 Pemegang-Pemegang Saham Pemegang-pemegang saham AZZ Marketing Berhad adalah AZZ Marketing Berhad yang terdiri daripada: (a) Abdul Khairil Ridzuan Firdaus Bin Abdul Rahim (90%) (b) Abdul Khairul Hisham Firdaus Bin Abdul Rahim (10%) 5.4 5.4.1 5.4.2 Pengurusan Atasan Kedua-dua pemegang saham AZZ Marketing Berhad adalah juga pengarah-pengarah bagi syarikat tersebut. Encik Abdul Khairil bertindak sebagai Pengarah Urusan AZZ Marketing Berhad & Ketua Pegawai Eksekutif Skim Raja Keli. Encik Abdul Khairil mempunyai kelulusan diploma di dalam pengurusan hartanah, lepasan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Sejak berkecimpung di dalam bidang penternakan ikan keli, beliau telah menghadiri beberapa kursus ternakan ikan keli yang dianjurkan oleh badan kerajaan mahupun pihak swasta. Manakala Encik Abdul Khairul pula bertindak sebagai Pengarah yang bertanggungjawab ke atas pengurusan harian pejabat AZZ Marketing Berhad. Tugas Encik Abdul Khairul termasuk menguruskan hal-ehwal kakitangan dan pengurusan kerja-kerja kontrak pembinaan kolam dan struktur penyediaan tempat penternakan ikan keli. Ketua Pegawai Operasi AZZ Marketing Berhad adalah Encik Mohd Johari Bin Mohd Razali. Beliau adalah lepasan diploma dalam bidang pemasaran daripada Politeknik Kota Bharu. Beliau bertanggungjawab ke atas hal ehwal kewangan AZZ Marketing Berhad dan persediaan akaun dalaman syarikat. Cik Nor Safinas Abu Bakar daripada NuSigma Management adalah setiausaha syarikat yang juga bertindak sebagai penasihat penyimpanan rekod kewangan AZZ Marketing Berhad. Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Kewangan daripada University of East London, United Kingdom. Cik Nor Safinas adalah pemegang lesen setiausaha syarikat semenjak tahun 2002 (MACS01520).
14

(i)

(j)

5.4.3

5.4.4

5.4.5

AZZ MARKETING BERHAD No. Syarikat 884774-V


5.5 5.5.1 Pengalaman Dalam Penternakan Ikan Keli Encik Abdul Khairil memulakan penternakan ikan keli sejak tahun 2007 secara kecil-kecilan dan kemudiannya mula menternak secara komersial pada tahun 2008 di bawah perniagaan AZZ Marketing Enterprise di mana: (a) (b) (c) AZZ Marketing Enterprise adalah anak angkat Jabatan Perikanan Kelantan; pejabat AZZ Marketing Enterprise adalah juga tempat dan latihan amali/nurseri bagi pelajar-pelajar universiti dan politeknik yang mengambil kursus akuakultur; AZZ Marketing Enterprise juga bekerjasama dengan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dalam pemeliharaan dan pemasaran ikan keli untuk Projek Ternakan Ikan Berkelompok dibawah Program Rakyat Termiskin Negeri Kelantan.

5.6 5.6.1

Bidang Perniagaan Syarikat Pengurusan menjalankan beberapa perniagaan dalam bidang perikanan termasuk: (a) (b) (c) Penternakan ikan keli secara komersial; Pembelian ikan keli separa matang dan penjualan ikan keli matang secara borong; dan Pemprosesan produk ikan keli seperti ikan yang siap diproses, keropok ikan keli, popia ikan keli dan serunding ikan keli.

5.7 5.7.1

Tugas/Tanggungjawab Syarikat Pengurusan Syarikat Pengurusan hendaklah menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirasakan perlu dalam menjalankan operasi dan pengurusan Skim ini. Antara tugas-tugas dan tanggungjawab-tanggungjawab Syarikat Pengurusan adalah: (a) memastikan bahawa Skim ini diuruskan dalam cara yang wajar dan efisien dan memastikan ia dijalankan dengan mematuhi sepanjang masa waad-waad yang terkandung dalam Suratikatan Amanah, peraturan-peraturan Akta Syarikat 1965 dan Garis Panduan dan Polisi yang dikeluarkan oleh Pendaftar dari masa ke semasa; menggunakan usaha terbaik untuk menjalankan dan melakukan perniagaannya dengan cara yang betul dan cekap dan menentukan bahawa Skim Raja Keli dijalankan dan dilakukan dengan cara yang betul dan cekap; menyalurkan sepuluh peratus (10%) daripada Harga Pembelian kepada Pemegang Amanah melalui Akaun Amanah sebagai Dana Terikat dalam masa tiga puluh (30) hari daripada tarikh penerimaan; Syarikat Pengurusan tidak akan, tanpa kelulusan Pemegang Amanah, menerbitkan atau menyebabkan diterbitkan apa-apa iklan, pekeliling atau dokumen-dokumen lain yang mengandungi kenyataan berkaitan dengan Harga Pembelian atau keuntungan yang berkaitan dengannya atau mengandungi apa-apa pelawaan untuk membeli Pakej Ikan Keli; memastikan bahawa sebarang terbitan apa-apa iklan, pekeliling atau dokumen-dokumen lain yang mengandungi kenyataan mengenai Skim Raja Keli tidak mengandungi kepalsuan atau kenyataan palsu yang boleh menyebabkan penyalah tafsiran atau maksud kepada orang awam; Syarikat Pengurusan akan menunaikan segala janji-janji yang telah dibuat kepada Ahli-ahli Skim termasuk apa-apa janji di dalam sebarang terbitan apa-apa iklan, pekeliling atau dokumen-dokumen lain yang menawarkan Pakej Ikan Keli kepada orang ramai; membenarkan Pemegang Amanah untuk memeriksa seluruh buku-buku Syarikat Pengurusan yang berkaitan dengan Skim ini sama ada ianya disimpan di pejabat berdaftar atau di tempat lain;
15

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

(g)

AZZ MARKETING BERHAD No. Syarikat 884774-V


(h) memberi segala maklumat yang diperlukan kepada Pemegang Amanah sama ada dalam bentuk lisan atau bertulis berkenaan dengan operasi dan pengurusan Skim ini atau apa-apa sahaja urusan yang berkenaan dengan Skim; Syarikat Pengurusan tidak akan menjual Pakej Ikan Keli kecuali pada harga yang dikira selaras dengan Suratikatan Amanah dan Prospektus; Syarikat Pengurusan akan memperbaharui Prospektus Skim Raja Keli tidak lewat daripada enam (6) bulan selepas tarikh Prospektus sebelumnya sepanjang Tempoh Skim; sekiranya harga pasaran borong ikan keli matang adalah di bawah Harga Lantai bagi satu kilogram pada akhir mana-mana Pusingan, Syarikat Pengurusan akan menanggung jumlah perbezaan di antara harga semasa pasaran borong tersebut dan Harga Lantai dalam pengiraan Kadar Hasil Bersih; Syarikat Pengurusan akan menyebabkan laporan Perunding Bebas dikemukakan kepada Pemegang Amanah tiga puluh (30) hari daripada tarikh laporan tersebut; Syarikat Pengurusan akan memastikan bahawa sebarang terbitan apa-apa iklan, pekeliling atau dokumen-dokumen lain yang mengandungi kenyataan mengenai Skim Raja Keli adalah mematuhi Akta Syarikat dan sebarang Garis Panduan dan Polisi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia dari masa ke semasa; Syarikat Pengurusan akan memastikan bahawa penggunaan Tanah-tanah Skim tidak bercanggah dengan mana-mana terma atau syarat dalam perjanjian pajakan; Syarikat Pengurusan akan mengemukakan laporan kepada Pemegang Amanah setiap suku tahunan berkenaan status pendaftaran Tanah-tanah Skim dan apa-apa bebanan ke atasnya; Syarikat Pengurusan akan mendapatkan kebenaran daripada Pemegang Amanah dan memaklumkan kepada Ahli-ahli Skim berkenaan sebarang penambahan lebih daripada 5% terhadap sebarang bayaran yang perlu dibayar oleh Ahli-ahli Skim; Syarikat Pengurusan akan memastikan apabila diminta oleh Ahli-ahli Skim, ia akan memberi sesalinan sah Prospektus dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh permintaan dengan menerima bayaran tidak lebih RM20.00; Syarikat Pengurusan akan memberikan sesalinan sijil yang memperakui dan menyatakan bahawa tiada sebarang tindakan undang-undang sedia wujud atau sedang dipertimbangkan berkenaan Skim Raja Keli atau Syarikat Pengurusan apabila diminta oleh Ahli-ahli Skim, dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh permintaan dengan menerima bayaran tidak lebih daripada RM5.00; Syarikat Pengurusan akan mengemukakan laporan yang mengandungi perkara-perkara berikut kepada Pendaftar setiap tiga (3) bulan, di mana laporan tersebut mestilah disahkan oleh Pemegang Amanah: (i) jumlah Pakej Ikan Keli yang dijual pada tarikh laporan; (ii) jumlah Pakej Ikan Keli yang belum dijual pada tarikh laporan; (iii) jadual kesemua pembayaran Kadar Hasil Bersih yang telah dibuat kepada Ahli Skim pada tarikh laporan; (iv) jadual pembayaran Kadar Hasil Bersih yang perlu dibuat kepada Ahli Skim bagi tiga (3) bulan berikutnya, selepas tarikh laporan; dan (v) apa-apa maklumat lain yang diarahkan oleh Pendaftar berkenaan Skim ini; Syarikat Pengurusan tidak akan menjual Pakej Ikan Keli yang akan dijual selepas tempoh enam (6) bulan dari tarikh Prospektus. Syarikat Pengurusan akan mengeluarkan Sijil Ahli Skim tidak lebih daripada dua (2) bulan selepas Tarikh Pembelian Disahkan kepada Pemohon yang membeli Pakej Ikan Keli menurut Prospektus ini.

(i) (j)

(k)

(l) (m)

(n) (o)

(p)

(q)

(r)

(s)

(t) (u)

16

AZZ MARKETING BERHAD No. Syarikat 884774-V


5.8 Persaraan, pemecatan dan penggantian Syarikat Pengurusan Syarikat Pengurusan tidak boleh dipecat atau diganti oleh Pemegang Amanah dan/atau Pemegang Unit. 5.9 Akujanji Syarikat Pengurusan AZZ Marketing Berhad dengan ini berjanji untuk mematuhi kesemua peraturan dan kehendak yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa yang sedia ada atau yang akan dikeluarkan dari masa ke semasa, melainkan perubahan dibenarkan atau diperkecualikan daripada peraturan dan kehendak tersebut. (Halaman ini sengaja dibiarkan kosong)

17

AZZ MARKETING BERHAD No. Syarikat 884774-V 6.


6.1

PEMEGANG AMANAH
Pemegang Amanah Skim Syarikat amanah yang dilantik sebagai Pemegang Amanah bagi Skim ini adalah MyPremier Trustee (Malaysia) Berhad (719395-T) yang telah ditubuhkan pada 28 Disember 2005 dan adalah sebuah syarikat yang berdaftar mengikut Akta Syarikat Amanah 1949. Alamat berdaftar dan perniagaan MyPremier Trustee (Malaysia) Berhad adalah di B710,Block B, Pusat Dagangan Phileo Damansara 1, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 46350 Petaling Jaya, Selangor.

6.2

Tugas dan tanggungjawab Pemegang Amanah Tugas dan tanggungjawab Pemegang Amanah dalam Skim ini adalah termasuk: (a) (b) (c) (d) bertindak sebagai pemegang amanah Skim Raja Keli; menjalankan semua fungsi dan tugas dalam memantau, mengawasi dan melindungi hak-hak dan kepentingan Ahli-ahli Skim; menyimpan, mengemaskini dan memastikan audit tahunan dilakukan ke atas Akaun Amanah; memegang kesemua pelaburan dan aset di dalam Akaun Amanah dan memastikan pelaburan dan pengagihan dibuat selaras dengan terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam Suratikatan Amanah; menghantar melalui pos penyata Akaun Amanah bersama laporan daripada juruaudit pada penghujung tahun kewangan kepada setiap Ahli Skim; memastikan bahawa Daftar Ahli Skim dan bilangan Pakej direkodkan dan disenggarakan oleh Syarikat Pengurusan; Raja Keli yang dijual

(e) (f) (g)

mengadakan mesyuarat dengan Perunding Bebas sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun, bagi mendapatkan maklum balas mengenai operasi dan pengendalian Tapak-tapak Penternakan; menyelidik dan menyiasat aduan yang dibuat oleh mana-mana Ahli-ahli Skim; membuat lawatan ke Tapak-tapak Penternakan bagi membuat pemeriksaan ke atas keadaan Tapak-tapak Penternakan; dan melaporkan ke Pendaftar berkenaan status pendaftaran pajakan Tanah-tanah Skim, laporan Perunding Bebas dan sebarang perlanggaran mana-mana waad Suratikatan Amanah oleh Syarikat Pengurusan.

(h) (i) (j)

6.3 6.3.1

Ganjaran Pemegang Amanah Syarikat Pengurusan bertanggungjawab membayar kepada Pemegang Amanah ganjaran bagi khidmat yang diberikan sebagai pemegang amanah Skim Raja Keli dalam bentuk Ganjaran Tahunan. Persaraan, Pemecatan dan Penggantian Pemegang Amanah Pemegang Amanah boleh bersara dengan memberi tiga (3) bulan notis bertulis kepada Syarikat Pengurusan. Syarikat Pengurusan boleh memecat atau menyebabkan Pemegang Amanah dipecat dan melantik pemegang amanah lain yang diluluskan oleh Menteri sekiranya adalah di dalam pengetahuan Syarikat Pengurusan bahawa Pemegang Amanah (a) (b) telah tidak mampu untuk beroperasi; telah tidak layak untuk dilantik atau bertindak sebagai Pemegang Amanah mengikut Akta Syarikat;
18

6.4 6.4.1 6.4.2

AZZ MARKETING BERHAD No. Syarikat 884774-V


(c) (d) (e) telah gagal atau tidak mahu bertindak sebagai Pemegang Amanah mengikut peruntukan Suratikatan Amanah atau peruntukan Akta Syarikat; disiasat di atas perilaku yang bercanggah dengan Akta Syarikat Amanah 1949, Akta Pemegang Amanah 1949, Akta Syarikat dan peraturan-peraturannya; atau apabila penerima telah dilantik ke atas keseluruhan atau sebahagian besar aset atau perniagaan Pemegang Amanah sedia ada dan tidak lagi berhenti bertindak di bawah perlantikan itu, atau petisyen telah difailkan untuk penggulungan Pemegang Amanah sedia ada (selain daripada untuk tujuan penggabungan dan pembentukan semula, melainkan semasa atau sebaik sahaja selepas pembentukan semula, Pemegang Amanah sedia ada menjadi atau diisytiharkan muflis).

6.4.3

Pemegang Amanah boleh dipecat dan digantikan dengan pemegang amanah yang lain sekiranya Ahli-ahli Skim yang memegang tujuh puluh lima peratus (75%) daripada jumlah bilangan Pakej Ikan Keli yang ditawarkan di bawah Skim Raja Keli menyatakan sedemikian secara bertulis ataupun melalui satu resolusi luar biasa, di mesyuarat Ahli-ahli Skim, yang telah diluluskan melalui undi majoriti tidak kurang daripada tujuh puluh lima peratus (75%) daripada undi yang diterima semasa persidangan mesyuarat tersebut di mana notis mesyuarat telah diberikan kepada Pemegang Amanah dan Syarikat Pengurusan. Pemegang Amanah yang telah bersara atau dipecat tidak boleh melengahkan pemberian persetujuan perletakan jawatan, penyerahan Akaun Amanah, buku-buku, dokumen-dokumen yang berkaitan berkenaan Akaun Amanah kepada pemegang amanah yang lain dan perlu melaksanakan satu suratikatan dalam bentuk yang diperlukan untuk mengesahkan pelepasan tugas sebagai pemegang amanah Skim Raja Keli dan menanggung-rugi Pemegang Amanah bagi sebarang tuntutan yang timbul ketika menjadi pemegang amanah Skim Raja Keli kecuali sekiranya tuntutan tersebut adalah akibat perbuatan penipuan dan ketidakjujuran Pemegang Amanah atau sebarang kecuaian, pengabaian, pecah amanah, perlanggaran kewajiban sama ada yang sedia ada mahupun sebelumnya yang ditetapkan oleh undang-undang. Pesaraan atau pemecatan Pemegang Amanah sebagai pemegang amanah Skim Raja Keli tidak melepaskan Pemegang Amanah daripada sebarang liabiliti turutan yang terakru sebelum persaraan, pemecatan dan penggantian tersebut. Akujanji Pemegang Amanah MyPremier Trustee (Malaysia) Berhad bersetuju dan sanggup untuk menyandang jawatan ini bagi kepentingan Ahli-ahli Skim mengikut Suratikatan, semua undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan. (Halaman ini sengaja dibiarkan kosong)

6.4.4

6.5

19

AZZ MARKETING BERHAD No. Syarikat 884774-V 7.


7.1

MAKLUMAT TAMBAHAN
Suratikatan Amanah Sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Seksyen 91(1) Akta Syarikat, tawaran unit kepentingan di dalam Prospektus ini memerlukan Suratikatan Amanah. Sesalinan Suratikatan Amanah boleh didapati untuk rujukan Ahli-ahli Skim di pejabat perniagaan Syarikat Pengurusan.

7.2.

Pihak-pihak dalam Suratikatan Amanah Pihak-pihak dalam Suratikatan Amanah yang bertarikh 27 April 2011 adalah: (a) (b) (c) (d) AZZ Marketing Berhad (884774-V); Tuan-Tuan Tanah yang butir-butirnya dinyatakan di Jadual Pertama; MyPremier Trustee (Malaysia) Berhad (No. Syarikat: 719395-T); dan Ahli-ahli Skim.

7.3 7.3.1 7.3.2

Hak-hak Ahli Skim Ahli-ahli Skim berhak untuk menerima agihan Kadar Hasil Bersih serta lain-lain hak dan keistimewaan seperti yang diperuntukkan dalam Suratikatan Amanah. Ahli-ahli Skim yang membuat pembelian Pakej Ikan Keli pada kali pertama adalah berhak kepada Tempoh Bertenang. Ahli-ahli Skim berhak untuk menarik balik pembelian Pakej tersebut semasa Tempoh Bertenang seperti yang diperuntukkan di dalam Borang Permohonan dan Suratikatan Amanah Skim ini. Mesyuarat Ahli-ahli Skim Mesyuarat Ahli-ahli Skim boleh diadakan oleh Pemegang Amanah atau Syarikat Pengurusan untuk tujuan-tujuan berikut:(a) (b) (c) pemecatan Pemegang Amanah yang diperuntukan di bawah klausa 5.4 yang terkandung di dalam Prospektus ini; sebarang pindaan atau modifikasi kepada Suratikatan Amanah; dan/atau untuk penggulungan Skim Raja Keli selaras dengan Seksyen 95 Akta Syarikat apabila keadaan seperti berikut berlaku: (i) Syarikat Pengurusan di dalam pembubaran; (ii) Syarikat Pengurusan telah berhenti daripada menjalankan perniagaan; atau (iii) Syarikat Pengurusan telah pada prasangka Ahli-ahli Skim gagal mematuhi peruntukan didalam Suratikatan Amanah.

7.4. 7.4.1

7.4.2

Notis tidak kurang dari empat belas (14) hari bagi persidangan Mesyuarat Ahli-ahli Skim mesti diberi di mana notis tersebut mesti menyatakan tujuan mesyuarat. Syarikat Pengurusan adalah berhak untuk menerima Notis untuk menghadiri Mesyuarat Ahli-ahli Skim tetapi, Syarikat Pengurusan tidak boleh mengundi atau dikira sebagai sebahagian korum bagi mesyuarat tersebut. Pemegang Amanah berserta peguamnya dan mana-mana pengarah dan setiausaha serta peguam Syarikat Pengurusan dan mana-mana pihak lain yang dibenarkan oleh Syarikat Pengurusan boleh hadir dan bercakap di mesyuarat tersebut. Korum untuk Mesyuarat Ahli-ahli Skim adalah seperti berikut: (a) di mana Skim Raja Keli mempunyai lebih daripada 5,000 Ahli-ahli Skim, korum adalah 10% daripada jumlah Ahli-ahli Skim yang didaftarkan dalam Buku Daftar Ahli-ahli Skim pada tarikh mesyuarat, hadir secara sendiri atau melalui proksi atau lima puluh (50) Ahli-ahli Skim, yang mana lebih kurang; atau di mana Skim Raja Keli mempunyai kurang daripada 5,000 Ahli-ahli Skim, korum adalah 10% daripada jumlah Ahli-ahli Skim yang didaftarkan dalam Buku Daftar Ahli-ahli Skim pada tarikh mesyuarat, hadir secara sendiri atau melalui proksi atau dua puluh (20) Ahli-ahli Skim, yang mana lebih kurang, di mana tiada urusniaga boleh dijalankan pada masa mesyuarat melainkan terdapat korum pada masa pemulaan urusniaga.

7.4.3

(b)

7.4.4

Jika dalam masa sejam dari masa yang dipilih untuk mesyuarat, korum tidak mencukupi,
20

AZZ MARKETING BERHAD No. Syarikat 884774-V


mesyuarat yang diadakan atas permintaan Ahli-ahli Skim, hendaklah dibubarkan. Dalam mana-mana kes lain, ia hendaklah ditangguhkan kepada hari dan masa tidak kurang daripada lima belas (15) hari dari masa mesyuarat dan ke tempat yang dipilih oleh Syarikat Pengurusan dan Pemegang Amanah dan Ahli-ahli Skim yang hadir sendiri atau melalui proksi di mesyuarat yang ditangguhkan tersebut adalah cukup sebagai korum untuk urusniaga transaksi termasuk meluluskan mana-mana Resolusi Luar Biasa. Notis sekurang-kurangnya tujuh (7) hari perlu diberi bagi mesyuarat Ahli-ahli Skim yang ditangguhkan dan diberi dalam cara yang sama seperti mesyuarat yang asal dan notis tersebut perlu menyatakan jumlah Ahli-ahli Skim yang hadir pada mesyuarat yang ditangguhkan dan jumlah Pakej Ikan Keli yang dimiliki oleh mereka di mana jumlah tersebut yang dijadikan korum. 7.4.5 Pengerusi mesyuarat, boleh dengan persetujuan korum yang hadir dan jika diarahkan, dikehendaki menangguhkan mesyuarat tersebut dari masa ke semasa untuk tempoh tidak melebihi satu (1) tahun kalendar dan dari tempat ke setempat tetapi tiada urusniaga boleh dijalankan dalam mesyuarat yang ditangguhkan selain daripada urusniaga yang telah dijalankan secara sah di mesyuarat yang telah ditangguhkan. Tempoh pegangan jawatan pengerusi akan tamat selepas tempoh masa satu (1) tahun. Mesyuarat yang dipanggil hendaklah dipengerusikan oleh seorang pengerusi yang dilantik oleh Ahli-ahli Skim yang hadir di mesyuarat tersebut atau di mana tiada pelantikan sedemikian, di pengerusikan oleh seorang nomini Pemegang Amanah atau wakil yang diluluskan oleh Pendaftar dan mesyuarat tersebut mesti dijalankan mengikut Suratikatan ini atau seperti yang diarahkan oleh Pengerusi Mesyuarat. Dalam kes suatu persamaan undian, pengerusi mempunyai undi pemutus. Sekiranya wakil Syarikat Pengurusan dilantik sebagai pengerusi mesyuarat oleh Ahli-ahli Skim, pengerusi mesyuarat tersebut tidak mempunyai hak undi pemutus. Setiap persoalan yang ditimbulkan di dalam mana-mana mesyuarat dikehendaki diputuskan dengan mengangkat tangan melainkan pengundian dalam bentuk pungutan suara diminta atau sekiranya persoalan yang mana di bawah Suratikatan ini memerlukan suatu Resolusi Luar Biasa, pengundian dalam bentuk pungutan suara adalah dikehendaki. Pada pengisytiharan keputusan mengangkat tangan, setiap Ahli Skim yang hadir sendiri atau melalui proksi mempunyai satu undi. Pengundian dalam bentuk pungutan suara boleh diminta sebelum atau sejurus selepas sebarang persoalan diputuskan dengan mengangkat tangan. Pengundian dalam bentuk pungutan suara boleh diminta oleh pengerusi mesyuarat, Pemegang Amanah, Syarikat Pengurusan atau Ahli-ahli Skim yang memegang (atau diwakili oleh proksi) tidak kurang dari satu persepuluh (1/10) daripada jumlah Pakej Ikan Keli yang dikeluarkan oleh Syarikat Pengurusan pada ketika itu. Melainkan pungutan suara dituntut, suatu pengisytiharan daripada Pengerusi bahawa resolusi telah dilakukan sebulat suara atau melalui majoriti yang tertentu, adalah bukti muktamad tanpa memerlukan bukti jumlah atau pembahagian pengundian yang telah direkodkan menyokong atau menentang resolusi tersebut. Sekiranya pengundian dalam bentuk pungutan suara dituntut, ia hendaklah dibuat dengan cara yang telah diarahkan oleh pengerusi mesyuarat dan keputusan pungutan suara tersebut adalah disifatkan sebagai satu resolusi mesyuarat. Tuntutan pengundian dalam bentuk pungutan suara bagi pemilihan pengerusi mesyuarat atau di atas persoalan penangguhan mesyuarat mestilahlah dibuat dengan serta merta. Pengundian dalam bentuk pungutan suara yang dituntut bagi persoalan lain boleh dibuat sama ada dengan serta merta atau pada masa dan tempat seperti yang diarahkan oleh pengerusi. Tiada notis perlu diberi untuk pengundian dalam bentuk pungutan suara yang tidak dibuat dengan serta merta. Permintaan untuk pengundian dalam bentuk pungutan suara boleh ditarikbalik pada bila-bila masa. Tertakluk kepada terma-terma di atas, permintaan untuk pengundian dalam bentuk pungutan suara tidak akan menghalang perjalanan mesyuarat selain daripada persoalan atas mana pengundian dalam bentuk pungutan suara telah diminta. Bagi pengundian dalam bentuk pungutan suara, setiap Ahli Skim yang hadir atau hadir melalui proksi adalah berhak kepada satu undi bagi setiap Pakej Ikan Keli yang dimilikinya.
21

7.4.6

7.4.7

7.4.8 7.4.9

7.4.10

7.4.11

7.4.12

7.4.13

AZZ MARKETING BERHAD No. Syarikat 884774-V


7.4.14 7.4.15 Setiap Ahli Skim boleh mengundi sendiri atau melalui proksi. Proksi yang dilantik mestilah juga seorang Ahli Skim. Dalam kes Ahli Skim korporat, nomini pertama Ahli Skim korporat yang didaftarkan adalah berhak untuk mengundi sendiri atau melalui proksi dan setiap Ahli Skim Korporat adalah berhak kepada satu undi sahaja tidak kira jumlah nomini atau pengganti (jika ada). Setiap instrumen pelantikan proksi sama ada untuk suatu mesyuarat yang spesifik atau sebaliknya, hendaklah di dalam bentuk berikut atau bentuk yang hampir-hampir dengannya yang boleh diterima sebagaimana keadaan membenarkan atau dalam bentuk lain yang dipersetujui oleh Pemegang Amanah dan Syarikat Pengurusan:
Saya/Kami . seorang Ahli Skim (Skim Raja Keli Sijil No. ) beralamat di .. dengan ini melantik (Skim Raja Keli Sijil No. .......) beralamat di . atau jika dia gagal, Pengerusi mesyuarat, saya/proksi saya untuk mengundi bagi pihak saya/pihak kami di mesyuarat Ahli-ahli Skim yang akan diadakan pada ... haribulan ........., 20..... dan pada mana penangguhan penangguhan dari itu.

7.4.16

DITANGANTANGANI oleh Pada haribulan , 20 . Dalam kehadiran:-

.................................................... (Tandatangan Saksi)

.................................................... (Tandatangan Ahli Skim)

7.4.17

Instrumen pelantikan proksi hendaklah disetemkan dengan sempurna (jika diperlukan) dan diserahkan ke pejabat Syarikat Pengurusan tidak kurang daripada empat puluh (48) jam sebelum mesyuarat diadakan atau ditangguhkan, mana-mana yang terpakai. Pengundian yang dijalankan menurut syarat-syarat seperti yang ternyata di dalam instrumen proksi hendaklah menjadi sah meskipun kematian atau ketidaksiuman fikiran prinsipal atau pembatalan proksi atau kuasa pewakilan atau kuasa lain di mana proksi telah menandatangani atau berkenaan dengan penjualan Pakej Ikan Keli di mana proksi telah diberi, dengan syarat tidak terdapat pemberitahuan secara bertulis bahawa kematian, ketidaksiuman, pembatalan atau jualan tersebut telah diterima di tempat yang dipilih untuk penyimpanan proksi-proksi atau jika tiada tempat dipilih, di pejabat berdaftar Syarikat Pengurusan sebelum pemulaan atau penangguhan mesyuarat dalam mana proksi digunakan. Syarikat Pengurusan dengan ini berwaad kepada Pemegang Amanah dan Ahli-ahli Skim bahawa Syarikat Pengurusan akan di dalam tempoh dua puluh satu (21) hari selepas permohonan dikemukakan kepada Syarikat Pengurusan di pejabat berdaftarnya, iaitu permohonan yang tidak kurang dari lima puluh (50) atau satu per sepuluh (1/10) dalam bilangan, yang mana kurang, dari Ahli-ahli Skim di mana Suratikatan ini bersangkutan (a) (b) dengan menghantar notis melalui pos mengenai mesyuarat yang dicadangkan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum mesyuarat yang dicadangkan kepada setiap Ahli Skim tersebut di alamat terakhir yang diketahui; dan dengan menerbitkan sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum mesyuarat yang dicadangkan satu iklan yang memberi notis mesyuarat tersebut di dalam suratkhabar yang diedarkan umumnya ke seluruh Malaysia,

7.4.18

7.4.19

memanggil mesyuarat Ahli-ahli Skim untuk tujuan mengemukakan kepada mesyuarat akaun dan kunci kira-kira yang mana telah dibentangkan di Mesyuarat Agung tahunan Syarikat Pengurusan yang terdahulu atau penyata akaun Pemegang Amanah yang diaudit yang terkemudian, dan untuk tujuan memberi apa-apa arahan kepada Pemegang Amanah yang difikirkan betul oleh mesyuarat. 7.4.20 Mesyuarat yang dipanggil hendaklah diadakan pada masa dan tempat seperti yang ditetapkan di dalam notis dan iklan, iaitu pada masa yang tidak lewat dari dua (2) bulan selepas notis diberi, yang dipengerusikan oleh: (a) mana-mana orang yang dilantik untuk tujuan itu oleh Ahli-ahli Skim yang hadir di
22

AZZ MARKETING BERHAD No. Syarikat 884774-V


(b) mesyuarat tersebut; atau bila tidak ada apa-apa perlantikan dibuat, penerima namaan Pemegang Amanah atau wakil yang diluluskan oleh Pendaftar;

dan hendaklan dijalankan mengikut Suratikatan atau setakat mana Suratikatan tidak membuat apa-apa peruntukan, seperti yang diarahkan oleh pengerusi mesyuarat. 7.4.21 Di mana arahan diberikan kepada Pemegang Amanah di mesyuarat yang dipanggil selaras dengan klausa 15.2 dan klausa 10.1(b) yang terkandung di dalam Suratikatan Amanah, Pemegang Amanah: (a) (b) 7.4.22 hendaklah mematuhi arahan tersebut melainkan ia bertentangan dengan Suratikatan atau Akta Syarikat; dan tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang perbuatan atau tertinggal untuk dilakukan olehnya disebabkan oleh hanya mengikut arahan tersebut.

Di mana Pemegang Amanah berpendapat bahawa apa-apa arahan yang diberikan adalah bertentangan dengan Suratikatan Amanah atau Akta Syarikat atau adalah sebaliknya dibantah, Pemegang Amanah boleh memohon kepada mahkamah untuk perintah mengesahkan, mengenepikan atau meminta arahan tersebut dan Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkan sesuai. Perihal Harta Yang Dipegang Pemegang Amanah Selain daripada Harga Pembelian dan Dana Terikat yang dipegang oleh Pemegang Amanah di dalam Akaun Amanah, tiada tanah, harta atau kepentingan lain yang akan dipegang oleh Pemegang Amanah. Skim Lain Syarikat Pengurusan tidak terlibat dengan sebarang akujanji, skim, perusahaan atau kontrak yang lain yang melibatkan penerbitan faedah kepada orang awam dari tarikh diperbadankan sehingga tarikh Prospektus ini, melainkan apa yang telah dinyatakan di dalam Prospektus ini. Penilaian Tiada penilaian yang diperlukan untuk Pakej Ikan Keli. Faktor Risiko Sebelum melanggan dan membeli sebarang Pakej Ikan Keli, Pemohon diminta memberi perhatian bahawa Skim ini bergantung kepada penguatkuasaan undang-undang dan persekitaran perniagaan di Malaysia. Terdapat beberapa faktor risiko didalam bidang penternakan ikan keli ini yang berada di luar kawalan Syarikat Pengurusan. Sebelum membuat keputusan untuk menyertai Skim ini, pelabur dinasihatkan agar menimbang kesemua risiko-risiko yang dinyatakan dibawah. Namun kemungkinan ada untuk sebarang risiko tambahan pada masa hadapan, sama ada yang diketahui atau tidak diketahui, yang mungkin memberi kesan buruk kepada Syarikat Pengurusan atau kepada Skim ini. Skim Raja Keli ini terdedah kepada beberapa faktor risiko seperti berikut: (a) (b) (c) (d) (e) Permintaan untuk ikan keli turun secara mendadak; Harga Pasaran Borong yang turun-naik; Kematian ternakan akibat wabak atau pencemaran akuakultur; Bencana alam seperti banjir; dan Perubahan dalam ekonomi, perniagaan dan penguatkuasaan undang-undang Malaysia.

7.5. 7.5.1

7.6 7.6.1

7.7 7.7.1 7.8 7.8.1

7.8.2

7.8.3

Syarikat Pengurusan mempunyai keupayaan untuk menyekat risiko-risiko ini melalui amalan pengurusan risiko yang berkesan. Namun begitu, Syarikat Pengurusan tidak menjamin bahawa sebarang perubahan buruk didalam persekitaran perniagaan tidak akan memberi kesan kepada Skim ini. (Halaman ini sengaja dibiarkan kosong)

23

AZZ MARKETING BERHAD No. Syarikat 884774-V


8.

LAPORAN JURUAUDIT

Tarikh: 04 Mei 2012 Ahli Lembaga Pengarah AZZ Marketing Berhad Tingkat 1, Bangunan Sapura Lot 181 & 195 Jalan Sultanah Zainab 15000 Kota Bharu Kelantan Darul Naim Tuan, PER: LAPORAN AKAUNTAN

Kami dengan sukacita menyerahkan laporan ini untuk disertakan bersama Prospektus yang dibuat berdasarkan Seksyen 90, Akta Syarikat 1965 berhubung dengan 10,000 Pakej Ikan Keli di bawah Skim Raja Keli oleh AZZ Marketing Berhad, yang merupakan Syarikat Pengurusan kepada Skim tersebut. Pada Tarikh Pelancaran Skim ini, Syarikat Pengurusan telah menawarkan jualan sebanyak 7,000 Pakej Ikan Keli kepada umum yang mana setakat tarikh laporan ini, sebanyak 2,997 Pakej Ikan Keli telah pun terjual kepada umum dan baki sebanyak 4,003 Pakej Ikan Keli akan ditawarkan semula kepada umum melalui Prospektus ini. Dalam laporan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, istilah dan terma yang digunakan berikut mempunyai makna yang sama seperti di dalam Prospektus: 1. MAKLUMAT UMUM Syarikat Pengurusan telah diperbadankan di Malaysia pada 5 Januari 2010 sebagai sebuah syarikat liabiliti terhad awam yang bertempat di Malaysia. Alamat berdaftar syarikat terletak di Tingkat 1, Bangunan Sapura, Lot 181 & 195, Jalan Sultanah Zainab, 15000, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. Syarikat Pengurusan tidak disenaraikan di bursa saham.

Aktiviti utama Syarikat Pengurusan adalah penternakan ikan keli dan mengeluarkan produk-produk berasaskan ikan keli. Syarikat Pengurusan berhasrat untuk mengurus dan mengendalikan Skim ini. 2. SKIM RAJA KELI Syarikat Pengurusan berhasrat untuk melaksanakan skim kongsitani berasaskan penternakan ikan keli dan menawarkan penjualan kepada umum beberapa unit kepentingan dalam skim penternakan ini. Skim penternakan ini akan dikenali sebagai SKIM RAJA KELI. Skim ini melibatkan kewujudan unit-unit kepentingan dalam bentuk Pakej Ikan Keli oleh pihak Syarikat Pengurusan yang akan ditawarkan kepada kepada umum. Pada Tarikh Pelancaran Skim ini, Syarikat Pengurusan telah mewujudkan Sepuluh Ribu (10,000) unit Pakej Ikan Keli. Syarikat Pengurusan telah menawarkan sebanyak Tujuh Ribu (7,000) unit Pakej Ikan Keli kepada umum manakala Tiga Ribu (3,000) unit Pakej Ikan Keli disimpan oleh Syarikat Pengurusan dan hanya boleh ditawarkan kepada umum dengan kebenaran bertulis Pendaftar Syarikat. Setakat tarikh laporan ini, sebanyak Empat Ribu Tiga (4,003) unit Pakej Ikan Keli belum dijual kepada umum.

AZZ MARKETING BERHAD No. Syarikat 884774-V


Harga Pembelian Pakej Ikan Keli yang ditawarkan untuk dijual pada tarikh Prospektus 6 Mei 2012 adalah sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ribu Enam Ratus (RM1,600.00) untuk setiap satu unit Pakej Ikan Keli. Harga pembelian selepas dari tarikh Prospektus tersebut akan ditentukan oleh Syarikat Pengurusan berdasarkan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan termasuk daya pasaran semasa. Harga Pembelian Pakej Ikan Keli tersebut adalah sebagai kos bagi penggunaan tempat penternakan ikan keli selama dua (2) tahun, pembelian ikan keli separa matang, pembelian makanan ikan untuk setiap Pusingan tuaian serta kos upah penternakan. Pelabur di dalam Skim ini adalah berhak ke atas Kadar Hasil Bersih daripada hasil tuaian untuk setiap Pusingan. Maklumat terperinci mengenai Kadar Hasil Bersih adalah seperti yang ditetapkan di dalam Prospektus. Penuaian hasil ternakan akan dibuat bermula dari tahun pertama pelaburan dengan kadar tiga (3) bulan sekali bersamaan dengan lapan (8) kali Pusingan dalam tempoh masa dua (2) tahun Tempoh Sah Laku untuk setiap Pakej Ikan Keli. Pembayaran dari Kadar Hasil Bersih itu, akan dibayar dalam bentuk tunai dan dimasukkan ke dalam akaun Ahli Skim. Dalam hal ini, Ahli Skim dikehendaki untuk memberi maklumat perbankan di dalam Borang Permohonan Skim Raja Keli. 3. JANGKA MASA SKIM Jangka masa keseluruhan Skim ini adalah selama lima (5) tahun bermula dari Tarikh Pelancaran. 4. PEMBELIAN-BALIK PAKEJ IKAN KELI Tertakluk kepada peruntukan di dalam Suratikatan Amanah, Ahli Skim yang ingin keluar daripada Skim ini sebelum tamat Tempoh Sah Laku Pakej Ikan Keli tidak mempunyai hak untuk menjual unit Pakej Ikan Keli tersebut kepada pihak ketiga. Sebaliknya Ahli Skim boleh menjual-balik Pakej Ikan Keli tersebut kepada Syarikat Pengurusan. Maklumat terperinci mengenai kadar pembelian-balik unit Pakej Ikan Keli adalah seperti yang ditetapkan di dalam Prospektus. 5. LAIN-LAIN SKIM Syarikat Pengurusan tidak pernah memasuki atau menandatangani kontrak, skim atau pelaburan dengan mana-mana skim lain yang menawarkan penawaran umum dari tarikh penubuhan dengan tarikh laporan ini, melainkan apa yang dinyatakan dalam laporan ini. 6. PEMEGANG AMANAH My Premier Trustee (M) Berhad telah dilantik sebagai pemegang amanah bagi Skim ini dan bertanggungjawab menjalankan semua fungsi dan tugas dalam memantau, mengawasi dan melindungi hak-hak dan kepentingan Ahli Skim serta memastikan kepatuhan Syarikat Pengurusan terhadap kehendak yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa berkaitan yang mungkin diterbitkan dari masa ke semasa serta peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam Suratikatan Amanah. 7. JURUAUDIT DAN PENYATA KEWANGAN Kami telah dilantik sebagai juruaudit AZZ Marketing Berhad pada 18 Disember 2010. Penyata kewangan yang telah diaudit untuk tempoh berakhir 31 Disember 2010 tidak dikenakan sebarang kelayakan dan tidak meliputi sebarang komen di bawah Seksyen 174 (3), Akta Syarikat 1965. Sehingga tarikh laporan ini, laporan audit untuk tahun kewangan 31 Desember 2011 masih belum dapat dikeluarkan memandangkan pihak syarikat pengurusan masih dalam proses menyiapkan akaun.

8.

MODAL SAHAM Pada tarikh laporan ini, modal saham yang diluluskan untuk AZZ Marketing Berhad adalah sebanyak RM1,000,000 meliputi 1,000,000 saham biasa baru berharga RM1.00 setiap satu. Maklumat lengkap tentang modal saham terbitan dan berbayar yang dibenarkan oleh AZZ Marketing Berhad adalah seperti berikut :25

AZZ MARKETING BERHAD No. Syarikat 884774-V


Bilangan Saham Biasa pada harga RM1 setiap satu 2010 Dibenarkan: Pada tarikh penubuhan Dicipta dalam tahun Baki pada 31 December Dikeluarkan dan berbayar: Pada tarikh penubuhan Dikeluarkan dalam tahun Baki pada 31 December Jumlah RM 2010

1,000,000 1,000,000

1,000,000 1,000,000

10,000 490,000 500,000

10,000 490,000 500,000

Dalam tahun kewangan ini, Syarikat telah menambah modal saham seperti berikut:i.

Modal saham terbitan dan berbayar telah meningkat sebanyak daripada RM 10,000 kepada RM 490,000 oleh terbitan berikut:(a) 490,000 saham biasa baru berharga RM1.00 setiap satu dalam bentuk tunai disediakan untuk menambah modal kerja.

Maklumat tambahan berkaitan saham: Pada 28 Januari 2011, modal berbayar Syarikat Pengurusan telah dinaikkan kepada RM1,000,000 dengan penerbitan saham biasa baru sebanyak 500,000 dengan harga RM1.00 setiap satu. 9. RUMUSAN PENYATA KEWANGAN
Seperti diaudit 31.12.2010 RM 1,943 1,943 (33,378) (31,435) (31,435)

Nota

Pendapatan Pendapatan lain Jumlah pendapatan Belanja pentadbiran Untung bersih sebelum cukai Cukai Untung bersih selepas cukai Nota:

9.1

Tiada sebarang peruntukan cukai dibuat memandangkan syarikat mengalami kerugian dalam tahun semasa.

9.1

26

AZZ MARKETING BERHAD No. Syarikat 884774-V


10. RUMUSAN KUNCI KIRA-KIRA
Seperti diaudit 31.12.2010 RM

Nota

ASET SEMASA Jumlah terhutang daripada pengarah Baki tunai di tangan dan bank

11.3

467,900 1,890 469,790

LIABILITI SEMASA Pemiutang lain dan akruan

11.4

1,225 1,225

NILAI ASET SEMASA BERSIH Dibiayai oleh: Modal saham Kerugian terkumpul 11.5

468,565

500,000 (31,435) 468,565

11.

NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN 11.1 MAKLUMAT KORPORAT

Syarikat Pengurusan telah di perbadankan di Malaysia pada 5 Januari 2010 sebagai sebuah syarikat liabiliti terhad awam yang bertempat di Malaysia. Alamat berdaftar dan tempat utama perniagaan syarikat terletak di Tingkat 1, Bangunan Sapura, Lot 181 & 195, Jalan Sultanah Zainab, 15000, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. Syarikat Pengurusan tidak disenaraikan di bursa saham. Pada tarikh kunci kira-kira, jumlah pekerja (termasuk pengarah-pengarah) di syarikat adalah seramai 2 orang. Syarikat tidak menjalankan apa-apa aktiviti perniagaan dalam tempoh kewangan sejak ditubuhkan pada 5 Januari 2010. 11.2 DASAR PERAKAUNAN PENTING (a) Asas penyediaan akaun Penyata kewangan Syarikat telah disediakan di bawah konvensyen kos sejarah kecuali dinyatakan selain daripada polisi perakaunan di bawah dan mematuhi Standard Laporan Kewangan Entiti Persendirian (PERS) di Malaysia dan peruntukan Akta Syarikat, 1965 di Malaysia. Penyata kewangan dinyatakan dalam Ringgit Malaysia. (b) Peruntukan liabiliti Peruntukan untuk liabiliti diiktiraf apabila Syarikat mempunyai obligasi semasa hasil peristiwa lalu dan mungkin aliran keluar sumber yang mengandungi faedah ekonomi akan diperlukan untuk menyelesaikan obligasi ini, dan anggaran yang pasti bagi amaun ini boleh dibuat. Peruntukan dikaji semula pada setiap tarikh kunci kira-kira dan diselaraskan untuk mencerminkan anggaran terbaik semasa. Cukai pendapatan Cukai pendapatan ke atas keuntungan atau kerugian bagi tahun kewangan merangkumi cukai semasa dan tertunda. Cukai semasa ialah jumlah cukai
27

(c)

AZZ MARKETING BERHAD No. Syarikat 884774-V


pendapatan perlu dibayar dijangka berhubung dengan keuntungan boleh dicukai bagi tahun tersebut dan diukur menggunakan kadar cukai yang telah digubal pada tarikh kunci kira-kira. Cukai tertunda diperuntukkan menggunakan kaedah liabiliti, bagi perbezaan sementara pada tarikh kunci kira-kira di antara asas cukai aset dan liabiliti serta amaun yang dibawanya dalam penyata kewangan. Secara dasarnya, liabiliti cukai tertunda diiktiraf bagi semua perbezaan sementara boleh dicukai dan aset cukai tertunda diiktiraf bagi semua perbezaan sementara, kerugian cukai belum digunakan dan kredit cukai belum digunakan yang boleh dipotong sehingga setakat di mana terdapat kemungkinan bahawa keuntungan boleh dicukai akan diperolehi untuk memanfaatkan kerugian cukai belum digunakan dan kredit cukai belum digunakan. Cukai tertunda diukur pada kadar cukai yang dijangka akan dikenakan dalam tempoh di mana aset direalisasi atau liabiliti diselesaikan, berdasarkan kadar cukai yang telah digubal atau digubal secara hakiki pada tarikh kunci kira-kira. Cukai tertunda diiktiraf dalam penyata pendapatan/akaun hasil, kecuali jika ia timbul dari urus niaga yang diiktiraf terus dalam ekuiti, di mana dalam keadaan ini cukai tertunda tersebut turut dicaj atau dikreditkan terus dalam ekuiti, atau bila ianya wujud daripada gabungan perniagaan di mana cukai tertunda boleh wujud daripada muhibah atau muhibah negatif. Keuntungan cukai pendapatan pada masa hadapan daripada kerugian cukai atau apa-apa perbezaan tidak akan diambil kira kecuali jika terdapat nilai bersih kredit daripada baki cukai tertunda dan terdapat kemungkinan dimana keuntungan cukai pendapatan ini akan dinilai semula pada masa hadapan. (d) Tunai dan kesetaraan tunai Untuk tujuan penyata aliran tunai, tunai dan kesetaraan tunai merangkumi tunai di tangan dan di bank, deposit-deposit, overdraft bank dan simpanan jangka pendek yang boleh ditukar kepada tunai dan mempunyai risiko-risiko perubahan dalam nilai. Untuk tujuan Penyata aliran tunai, tunai dan kesetaraan tunai disediakan pada nilai bersih overdraft bank dan simpanan deposit-deposit. Syer biasa diklasifikasikan sebagai ekuiti. Dividen atas syer biasa diiktiraf dan dinyatakan dalam penyata perubahan ekuiti dalam tempoh ia diisytiharkan. 11.3 JUMLAH TERHUTANG DARIPADA PENGARAH Jumlah terhutang daripada pengarah tidak dikenakan sebarang caj dan tidak dikenakan syarat untuk pembayaran semula. 11.4 PEMIUTANG LAIN DAN AKRUAN

2010 RM Akruan 1,225

28

AZZ MARKETING BERHAD No. Syarikat 884774-V 10.


10.1

MAKLUMAT-MAKLUMAT BERKANUN
Tiada Individu-individu atau Syarikatsyarikat lain yang terlibat Selain daripada Borang Permohonan, Pemohon tidak dikehendaki untuk menandatangani mana-mana kontrak lain, sama ada pajakan atau sebaliknya berkaitan dengan keahlian.

10.2

Litigasi Material Syarikat ini tidak terlibat dalam sebarang tindakan litigasi dan tidak ada dalam pengetahuan Pengarah-pengarah Syarikat bahawa terdapat sebarang prosiding yang tertunggak atau diancam atau sebarang fakta yang membolehkan mana-mana prosiding dimulakan yang mungkin secara material atau menyebabkan kedudukan atau perniagaan Syarikat Pengurusan terjejas.

10.3

Kontrak Material Melainkan apa yang didedahkan seperti di bawah, tiada kontrak adalah atau mungkin secara material (bukan merupakan kontrak-kontrak yang dipersetujui dalam urusan biasa perniagaan) telah dipersetujui oleh Syarikat Pengurusan dalam tempoh dua (2) tahun sejurus sebelum Tarikh Prospektus ini. (a) Perjanjian Pajakan di antara Syarikat Pengurusan dan Tuan-Tuan Tanah untuk pajakan Tanah-tanah Skim yang terletak di Jajahan Pasir Mas, Negeri Kelantan seperti yang dinyatakan dalam Jadual Pertama Prospektus ini.

34

AZZ MARKETING BERHAD No. Syarikat 884774-V 11.


11.1

KEBENARAN DAN PERSETUJUAN


Kebenaran dan persetujuan daripada Pemegang Amanah dan Tetuan Masleena, Yee & Partners untuk memasukkan nama mereka dalam bentuk dan konteks yang tertera di dalam Prospektus ini telah diberikan sebelum penerbitan Prospektus ini dan ia tidak ditarik balik kemudiannya. Kebenaran dan persetujuan daripada Juruaudit, Tetuan Salihin dan Perunding Bebas, Kris Ocean Aquatic Sdn. Bhd. untuk memasukkan nama mereka dan Laporan Juruaudit beserta Laporan Perunding Bebas dalam bentuk dan konteks yang tertera didalam Prospektus ini telah diberikan sebelum penerbitan Prospektus ini dan ia tidak ditarik balik kemudiannya. Dokumen-Dokumen Tersedia Untuk Pemeriksaan Salinan dokumen-dokumen boleh disemak di pejabat berdaftar Syarikat Pengurusan semasa waktu urusan perniagaan dari hari Selasa hingga Ahad:(a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) Memorandum and Artikel Persatuan bagi Syarikat Pengurusan; Perjanjian Pajakan; Surat Ikatan Amanah; Laporan Juruaudit; Surat Kebenaran; Borang Permohonan; dan Daftar Ahli Skim.

11.2

11.3.

35

AZZ MARKETING BERHAD No. Syarikat 884774-V


JADUAL PERTAMA BUTIR-BUTIR TANAH-TANAH SKIM Bahagian 1 Tuan-tuan Tanah Mat Yusoff B. Samah (460609-03-5295) Mohd Rasdi B. Saamah (580711-03-5087) Abdullah B. Isa (470207-03-5187) Haran B. Hasan (520219-03-5291) Mariam Bt Mat Zain (610202-03-5446) Rohana Bt Mat Zian (661019-03-5616) Mek Leha Bt Yusoff (520422-03-5342) Bahagian 2 Tanah-tanah Skim GM1033 Lot 95, Kg. Pok Sek, Mukim Lubok Aching, Jajahan Pasir Mas, Kelantan yang berkeluasan 1.0057 Hektar GM772, Lot 1355, Kg Baggol Seraya, Jajahan Pasir Mas, Kelantan yang berkeluasan 1.378 Hektar GM 67, Lot 1350, Kg Banggol Seraya, Mukim Lubok Aching Jajahan Pasir Mas, Kelantan yang berkeluasan 0.9369 Hektar GM 1387, Lot 103, Kg. Pak Sek, Mukim Lubuk Aching, Jajahan Pasir Mas, Kelantan yang berkeluasan 1.0057 Hektar Bahagian 3 Tempoh Pajakan 10 Tahun

20 Tahun

20 Tahun

10 Tahun

36

AZZ MARKETING BERHAD No. Syarikat 884774-V


JADUAL KEDUA PENGIRAAN KADAR HASIL BERSIH 4 ekor Ikan Keli Matang = 1 kilogram Kadar Hasil Bersih = 800 ekor ikan keli matang X Harga pasaran Borong RM280.00* 4 *kos 800 ikan keli separa matang san makanan ikan keli bagi Pusingan 2 Pusingan 8 dan kos upah penternakan ikan keli Tempoh Sah Laku Pakej Ikan Keli Contoh pengiraan Kadar Hasil Bersih Pusingan 1 2 3 4 5 6 7 8 Modal (RM) 1600 *Harga Pasaran Hasil (tolak) Kos (tolak) Kos Borong (RM Tuaian(RM) Pusingan (RM) Upah (RM) 3.00 600.00 280.00 3.10 620.00 280.00 1.80 400.00 280.00 2.90 580.00 280.00 2.00 400.00 280.00 2.40 480.00 280.00 3.30 660.00 280.00 3.20 640.00 280.00 Jumlah Kadar Hasil Bersih bagi Tempoh Sah Laku Pakej Ikan Keli *Contoh harga dan bukan berdasarkan harga borong semasa Kadar Hasil Bersih (RM) 320.00 340.00 120.00 300.00 120.00 200.00 380.00 360.00 2140.00

37

AZZ MARKETING BERHAD No. Syarikat 884774-V


JADUAL KETIGA HARGA PEMBELIAN-BALIK PAKEJ IKAN KELI Tarikh > 10 hari 3 bulan > 3 bulan 6 bulan > 6 bulan 9 bulan > 9 bulan 12 bulan > 12 bulan 15 bulan > 15 bulan 18 bulan > 18 bulan 21 bulan > 21 bulan >24 bulan 24 bulan Haga beli-balik RM1,280.00 RM1,120.00 RM960.00 RM800.00 RM640.00 RM485.00 RM320.00 RM160.00 -

*Tarikh Borang Notis Permohonan Balik diterima oleh Syarikat Pengurusan

38

Anda mungkin juga menyukai