Anda di halaman 1dari 26

BAB C1 : PENGENALAN TAKAFUL KELUARGA

PENGENALAN
 Skim yang menyediakan perlindungan & simpanan jangka panjang

 Sumbangan diperuntukkan untuk


o Perlindungan (di bawah Akaun Khas Peserta Khas, AKP – konsep tabarru’)
o Simpanan & pelaburan (Akuan Peserta, AP)

 Bahagian AKP digunakan penuhi kewajipan bantuan bersama, musibah menimpa peserta seperti
kematian /hilang upaya kekal

 Pelaburan dalam AP akan dikongsi keuntungannya bersama dengan pengendali takaful

CIRI-CIRI PELAN TAKAFUL KELUARGA

1. Pelan Jangka Panjang Dengan Bayaran Sumbangan Paras


Faktor-faktor yang menentukan kadar sumbangan:-
 mortaliti
 perbelanjaan
 kadar pulangan pelaburan
 cukai

2. Kedua-dua Pihak Mesti Mematuhi Prinsip Penuh Percaya Mutlak


 Kepercayaan antara satu sama lain (ejen & peserta)
 Semua representasi dan perisytiharan yang dibuat adalah benar seperti tiada penipuan, mengelirukan
atau menyembunyikan maklumat
 Penyembunyian merupakan kegagalan dengan niat untuk tidak mendedahkan suatu fakta matan /
material sebelum kontrak dimuktamadkan.
 Contoh : gagal untuk mendedahkan penyakit sedia ada kepada pengunderait

3. Kontrak Aleatori
 Satu pihak sediakan sesuatu yang bernilai kepada pihak satu lagi sebagai tukaran untuk janji pihak
tersebut melaksanakan tindakan tertentu jika berlaku peristiwa yang ditetapkan.
 Peserta berpeluang untuk menerima jumlah bayaran yang lebih besar daripada jumlah keseluruhan
sumbangan yang dibayar sekiranya timbul tuntutan pada masa akan datang.
 Bayaran tuntutan Takaful Keluarga ditentukan ketika permulaan kontrak.

4. Kepentingan Boleh Lindung


 Seseorang yang akan menanggung kerugian kewangan apabila berlaku kematian ke atas orang yang
dilindungi
 Pihak yang ada kepentingan boleh lindung:
o Suami dengan isteri
o Ibu / bapa dengan hayat anaknya yang di bawah umur majoriti
o Pemberi hutang dengan penghutang
o Majikan dengan kakitangan utamanya seperti pengarah urusan atau pengurus (keyman)
o Rakan kongsi niaga dengan rakan kongsi lain
 Kontrak tersebut tidak akan batal jika kepentingan boleh lindung tidak wujud semasa membuat
tuntutan.

5. Bayaran Tuntutan Akan Menamatkan Kontrak Perlindungan


 Penyelesaian tuntutan akan menamatkan kontrak perlindungan dengan serta merta.

6.Risiko Yang Dilindungi akan Meningkat Mengikut Masa


 Risiko yang dilindungi akan meningkat mengikut tempoh kontrak.
 Semakin panjang tempoh kontrak, semakin tinggi risiko kemortalan kerana ia meningkat mengikut
pertambahan usia peserta.
 Semakin meningkat usia peserta, semakin tinggi kemungkinan peserta ditimpa sakit atau menghidap
sesuatu penyakit.

7. Kontrak Unilateral / Sebelah Pihak


 Takaful keluarga adalah kontrak unilateral.
 Bermaksud saling bertukar janji untuk melaksanakan suatu tindakan tertentu
 Tanggungjawab peserta ialah membayar sumbangan semasa kontrak masih berkuatkuasa.
 Selaras dengan prinsip ini, selagi peserta masih terus membayar sumbangan dan tidak melanggar
peruntukan Seksyen 28 Akta Takaful 1984 iaitu menyembunyikan fakta-fakta penting, pengendali
takaful tidak mempunyai hak untuk membatalkan kontrak.

8. Kontrak Kesertaan (Contract of Adhesion)


 Kontrak yang mengikat di mana pihak pertama (pengendali) keluarkan kontrak & pihak kedua
(peserta) tidak berhak untuk mengubah kontrak.
 Peserta hanya boleh menerima atau menolak kontrak berkenaan.
 Jika ada kesamaran di dalam kontrak ia akan dibawa ke mahkamah untuk penyelesaian

PRINSIP-PRINSIP ASAS KONTRAK YANG DIGUNAKAN


Prinsip-prinsip asas dalam Takaful Keluarga :-
 Kepentingan Boleh Lindung
 Penuh Percaya Mutlak
 Indemniti
 Subrogasi
 Perkongsian Sama Rata
 Sebab Terhampir
 Tabarru’
 Waranti

RISIKO YANG DILINDUNGI TAKAFUL KELUARGA


Kematian Pra-matang
 Setiap individu adalah tertakluk kepada risiko kematian pra-matang
 Kesan kewangan akan mengakibatkan keluarga yang ditinggalkan akan menanggung beban
kewangan disebabkan pencari nafkah telah meninggal dunia
 Dana simpanan yang mencukupi diperlukan oleh mereka sebagai menggantikan aliran pendapatan
yang telah terhenti.
Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh
 Ketidakupayaan sepenuhnya pada masa itu dan masa akan datang, melibatkan diri dalam apa-apa
perniagaan/pekerjaan atau melakukan kerja untuk dapatkan upah/keuntungan.
 Disebabkan penyakit atau kecederaan kemalangan.
 Pastikan jaminan pendapatan hilang upaya atau bayaran sekali gus sekiranya berlaku hilang upaya
dan ini mampu melegakan orang yang hilang upaya dari beban pembayaran sumbangan seterusnya.
Usia Lanjut
 Kepentingan wang persaraan di usia lanjut – sara diri dan keluarga
 Masalah kesihatan, kewangan atau keluarga boleh menyebabkan pelan persaraan menuju ke arah
yang jauh berbeza dari apa yang dirancang.
BAB C2 : PELAN TAKAFUL KELUARGA

JENIS-JENIS PERLINDUNGAN TAKAFUL


Perlindungan Takaful Keluarga boleh dibahagikan kepada :-
 Takaful Keluarga Individu
 Takaful Keluarga Berkumpulan
 Pelan Tambahan (Rider) Takaful Keluarga

PELAN TAKAFUL KELUARGA INDIVIDU

 Meliputi perlindungan pendidikan, pelan berkaitan pelaburan, anuiti, gadai janji, kesihatan dan pelan
tambahan (rider)
 Menyediakan manfaat kewangan sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya, simpanan
(pelaburan) jangka panjang, keuntungan pelaburan yang dibayar semasa tuntutan, tuntutan sijil
matang atau serahan

1. Pelan Perlindungan Individu

Pelan Takaful Simpanan


 Gabungan elemen tabungan dan pulangan ke atas pelaburan berserta perlindungan individu
 Keuntungan akan diagihkan semula kepada para peserta
 Optimumkan pulangan pelaburan para peserta

Perlindungan Takaful Simpanan


 Gabungan 2 elemen penting bagi memenuhi obligasi di bawah Takaful Simpanan:- Perlindungan
Bertempoh Paras; dan Akaun Pelaburan
 Bentuk perlindungan
 Sediakan pampasan kewangan jika berlaku kematian/hilang upaya sebelum tempoh matang sijil.
 Jumlah perlindungan & amaun terkumpul dalam Akaun Peserta (AP) dibayar kepada peserta,
benefisiari/ waris peserta.
 Sijil matang: peserta menerima bayaran amaun terkumpul dalam Akaun Peserta & layak untuk
berkongsi surplus bersih dari Akaun Khas Peserta (AKP) jika ada
 Bayaran tambah nilai dibenarkan bermula dari tarikh kuatkuasa sijil.
 Amaun tersebut tertakluk kepada keperluan minimum mengikut polisi pengendali takaful.
 Disalurkan sepenuhnya ke Akaun Peserta, bertujuan memperoleh keuntungan

2. Pelan Takaful Pendidikan Kanak-Kanak

 Pelan perlindungan & simpanan jangka panjang untuk membiayai perbelanjaan pendidikan kanak-
kanak. Peserta terima jumlah terkumpul di dalam Akaun Peserta (AP) & kongsi surplus bersih dari
dana Akaun Khas Peserta (AKP)
 Pembayar meninggal dunia/hilang upaya dan sijil masih tidak matang : perlindungan percuma
sehingga tarikh matang sijil & apabila sijil matang kanak-kanak tersebut berhak untuk menerima
amaun yang terkumpul di AP, surplus dari AKP & kongsi keuntungan pelaburan
 Pelepasan cukai : RM3, 000 setiap tahun melalui gabungan pelan perubatan dan pendidikan.
 Boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan:-
a) Takaful Pendidikan Kanak-kanak Biasa
 Manfaat kewangan jika berlaku kematian/hilang upaya kekal & manfaat simpanan jangka
panjang (dana pendidikan) & keuntungan pelaburan yang diagihkan semasa bayaran tuntutan,
sijil matang/penyerahan awal.

b) Takaful Pendidikan Kanak-Kanak Berkait Pelaburan


 Sebahagian daripada sumbangan digunakan untuk membeli unit-unit pelaburan seperti unit
dalam ekuiti atau sekuriti pendapatan tetap.
 Manfaat kematian dan hilang upaya kekal
 Unit pelaburan dijual apabila berlaku tuntutan, sijil matang/penyerahan awal.
c) Pelan Tambahan Takaful Keluarga
 Perlindungan kemalangan diri dan hilang upaya, faedah rawatan hospital, perbelanjaan
pengebumian dan penyakit-penyakit kritikal.

3. Pelan Takaful Gadai Janji (Mortgage Reducing Term Takaful)

 Melindungi peserta berdasarkan jumlah pembiayaan yang diterima dari institusi kewangan
 Apabila berlaku Kematian atau Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh:-
 Sediakan manfaat takaful dari Dana Risiko.
 Amaun yang dibayar dijangka dapat melangsaikan baki pinjaman perumahan.
 Bentuk perlindungan
 Melangsaikan baki pinjaman gadai janji berdasarkan jadual jumlah perlindungan menyusut,
ditambah dengan manfaat sampingan akan dibayar apabila berlaku kematian atau hilang upaya
(di dalam lingkungan terma yang dinyatakan).
 Jumlah perlindungan yang menyusut akan dibayar kepada penerima yang sah (mortgagee).

PELAN TAKAFUL KELUARGA BERKUMPULAN

 Meliputi perlindungan pendidikan berkumpulan, perubatan berkumpulan & perlindungan persaraan


dengan jumlah minimum peserta untuk membentuk satu kumpulan.
 Perlindungan manfaat kewangan sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya.
 Contoh produk di bawah kategori ini ialah:
a. Takaful Gadai janji Takaful Kredit Berkumpulan
b. Takaful Manfaat Pekerja
i. Takaful Bertempoh Berkumpulan
ii. Takaful Kematian Berkumpulan
iii. Takaful Penghospitalan & Pembedahan Berkumpulan
iv. Takaful Manfaat Bukan-Pekerja
v. Skim Takaful Komprehensif Berkumpulan

1. Takaful Kredit Berkumpulan

 Perlindungan bayaran pembiayaan kemudahan pembiayaan / hutang dari mana-mana institusi


kewangan, sekiranya peserta meninggal dunia (peserta sebagai pemohon / peminjam) atau jika
peserta mengalami hilang upaya kekal dan menyeluruh.
 Bentuk perlindungan
(bergantung kepada kaedah yang digunakan untuk mengira baki amaun perlindungan)
i. Perlindungan Paras
ii. Perlindungan Menyusut Kadar Rata
iii. Perlindungan Menyusut Kadar Majmuk (Compounded)
iv. Peraturan 78 atau Perangkaan

2. Takaful Manfaat Pekerja

 Pelan pembaharuan tahunan yang ditawarkan kepada kumpulan individu di bawah satu sijil induk:-
 Kumpulan Majikan
 Kumpulan Persatuan
 Kumpulan-kumpulan lain yang ditubuhkan bagi tujuan selain dari untuk menyertai skim takaful

 Kelebihan menyertai pelan takaful kepada majikan dan persatuan:-


 Mencerminkan imej majikan/persatuan yang prihatin dan menghargai pekerja / ahlinya.
 Meningkatkan moral dan produktiviti pekerja / ahli.
 Menarik minat dan mengekalkan kesetiaan pekerja / ahli.
 Menikmati kemudahan potongan cukai.
 Memenuhi keperluan rundingan hal ehwal buruh.
 Bentuk perlindungan
 Manfaat Kematian –peserta meninggal, jumlah perlindungan ditambah dengan baki di dalam Akaun
Peserta akan dibayar sekali gus kepada Pemegang Sijil (majikan, persatuan atau kumpulan
berkaitan)
 Manfaat hilang upaya kekal dan menyeluruh – peserta hilang upaya kekal dan menyeluruh, jumlah
perlindungan ditambah dengan baki di dalam Akaun Peserta akan dibayar sekali gus kepada
penerima yang berhak (grantee).
 Perbelanjaan Pengebumian – dibayar kepada waris peserta, tertakluk kepada bukti kematian yang
disahkan.
 Kelayakan
 Had minimum penyertaan : tertakluk kepada polisi pengendali takaful;biasanya bilangan minimum
adalah 10 orang.
 Amaun perlindungan yang melebihi syarat ‘had tanpa perubatan’ (free cover limit) memerlukan
bukti kebolehlindungan (insurability) sebelum perlindungan boleh dikuatkuasakan.
 Pengendali takaful berhak untuk meminda syarat-syarat dan mengubah had berkenaan, tertakluk
kepada umur maksimum yang ditetapkan polisi pengendali takaful, sekiranya perlu.
 Umur tamat perlindungan tertakluk kepada polisi pengendali takaful.
 Pengendali takaful boleh memberi kelonggaran syarat mengikut merit kes, tertakluk kepada had
keperluan pengunderaitan dan takaful semula.
 Antara maklumat yang diperlukan ialah:-
 nama syarikat
 jenis perniagaan
 nama dan no pengenalan kakitangan
 tarikh lahir
 jantina
 gaji (sekiranya jumlah perlindungan berdasarkan gandaan jumlah gaji).
 jumlah perlindungan (ditetapkan atau mengikut gandaan jumlah gaji).
 pengalaman tuntutan tiga tahun lepas.
 perlindungan sedia ada (jika berkenaan).

3. Takaful Perbelanjaan Kematian

 Skop Perlindungan:
 Majikan, organisasi atau persatuan adalah Pemegang Kontrak Induk.
 Tahap Perlindungan: Perlindungan selama setahun kepada sekumpulan peserta yang berlainan
jenis dan reka bentuk pelan biasanya mempunyai:
a. Pelan jumlah perlindungan sama rata, umpamanya RM1,000 untuk semua peserta.
b. Jumlah perlindungan berdasarkan kategori yang ditetapkan oleh majikan, umpamanya:
- Pengurus Kanan RM2,500
- Pengurus RM2,000
- Eksekutif RM1,000
c. Perlindungan berdasarkan kategori keahlian, umpamanya:
- Ahli Prinsipal RM2,500
- Pasangan (isteri/suami) RM2,000
- Anak-Anak di bawah tanggungan RM1,000
 Kematian akibat kemalangan atau sakit: Jumlah perlindungan ditambah dengan baki di dalam
Akaun Peserta akan dibayar sekali gus kepada pemegang sijil induk atau benefisiari atau waris
peserta
4. Takaful Kumpulan Komprehensif

 Minimumkan pemilihan risiko & sediakan asas takaful yang sama untuk melindungi kumpulan pekerja
(peserta) dengan elemen simpanan untuk tujuan persaraan.
 Dipasarkan berdasarkan unit dengan nilai yang ditetapkan oleh pengendali takaful.
 Bentuk perlindungan
 Kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh : jumlah perlindungan ditambah dengan baki di
dalam Akaun Peserta akan dibayar kepada penama atau waris peserta.

PELAN TAMBAHAN (RIDER)

Menyediakan manfaat tambahan perlindungan dari kemalangan diri individu & hilang upaya, perubatan
dan kesihatan

Pelan tambahan yang ditawar ialah :-


i. Pelan Tambahan Takaful Manfaat Penyakit Kritikal
ii. Pelan Tambahan Takaful Manfaat Kematian dan Hilang Upaya Akibat Kemalangan
iii. Pelan Tambahan Takaful Manfaat Pengecualian Bayaran Sumbangan Individu
iv. Pelan Tambahan Takaful Manfaat Pembayar
v. Pelan Tambahan Takaful Bertempoh
vi. Pelan Tambahan Takaful Manfaat Penghospitalan
vii. Pelan Tambahan Takaful Pendapatan Keluarga

1. Pelan Tambahan Takaful Penyakit Kritikal

 Perlindungan dari sebarang penyakit kritikal yang dinyatakan dalam sijil dan berlaku dalam tempoh
perlindungan pelan.
 Bayaran sekali gus jumlah perlindungan Penyakit Kritikal yang didiagnosa dan disahkan
menghidap penyakit kritikal

a. Pelan yang Dipercepatkan (Accelerated)


Bayaran pendahuluan dari jumlah perlindungan asas apabila didiagnosa dan disahkan. Tuntutan akan
mengurangkan Jumlah Perlindungan pelan asas.
b. Pelan Tambahan
Pembayaran tuntutan tidak akan mengurangkan Jumlah Perlindungan Asas,
Lebih mahal berbanding dengan pelan sebelumnya.

2. Pelan Tambahan Takaful Kematian Disebabkan Kemalangan

 Menyediakan pampasan kewangan sekiranya berlaku kematian, hilang upaya kekal dan
menyeluruh (Total Permanent Disablement) atau hilang upaya kekal sebahagian (Permanent
Partial Disablement) akibat kemalangan dalam lingkungan definisi terma sijil.
 Manfaat Kematian Disebabkan Kemalangan - jumlah perlindungan ditambah dengan baki di dalam
Akaun Khas Peserta (AKP) akan dibayar.
 Manfaat hilang upaya kekal dan menyeluruh Disebabkan Kemalangan - jumlah perlindungan
ditambah dengan baki di dalam Akaun Khas Peserta (AKP) akan dibayar kepada peserta.
 Manfaat hilang upaya kekal sebahagian Disebabkan Kemalangan - jumlah perlindungan ditambah
dengan baki di dalam Akaun Khas Peserta (AKP) akan dibayar kepada benefisiari atau waris
peserta.

3. Pelan Tambahan Pengecualian Bayaran Sumbangan Penyakit Kritikal

 Semua bayaran sumbangan untuk masa akan datang (termasuk pelan tambahan lain yang disertakan,
kecuali pelan tambahan penyakit kritikal) dikecualikan, apabila peserta didiagnosa menghidap /
mengalami mana-mana penyakit kritikal seperti yang ditakrifkan dalam kontrak.
 Selepas didiagnosa, manfaat yang dibayar adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
 Hilang upaya kekal dan menyeluruh adalah berdasarkan kepada definisi pekerjaan atau profesion
yang ditetapkan di dalam sijil.
 Faedah hilang upaya akan dibayar selepas memenuhi tempoh kelayakan (tempoh menunggu) di
mana hilang upaya tersebut mesti berlaku untuk tempoh berterusan tidak kurang enam (6) bulan.
 Keadaan sedia ada adalah dikecualikan dari manfaat ini.

4. Pelan Tambahan Manfaat Pembayar

 Mengecualikan semua bayaran sumbangan masa depan (bukan tunggakan sumbangan) termasuk
pelan tambahan yang disertakan; sekiranya pembayar meninggal dunia, hilang upaya kekal dan
menyeluruh dan / atau didiagnosa penyakit kritikal sebelum sijil mencapai tempoh matang.

5. Pelan Tambahan Takaful Bertempoh

 Peserta boleh memilih amaun perlindungan sehingga ke tahap perlindungan asas atau maksimum
beberapa kali ganda amaun perlindungan asas tertakluk kepada polisi pengendali takaful
 Jumlah perlindungan rider bertempoh ditambah dengan baki di dalam Akaun Khas Peserta (AKP)
akan dibayar sekali gus kepada benefisiari peserta sekiranya :-
 peserta meninggal dunia
 peserta mengalami hilang upaya kekal dan menyeluruh

6. Pelan Tambahan Takaful Manfaat Penghospitalan

 Manfaat tunai harian serendah RM10 sehari sekiranya peserta dimasukkan ke hospital akibat
kemalangan atau penyakit, tertakluk kepada terma dan syarat pelan tambahan
 Dimasukkan ke hospital akibat kemalangan atau penyakit untuk tempoh minimum yang ditetapkan
oleh pengendali takaful, amaun manfaat hospital akan dikira dari hari pertama dimasukkan ke hospital.
 Jumlah maksimum hari yang ia layak : tertakluk kepada pelan takaful yang disertai (berbeza mengikut
pelan dan pengendali takaful

7. Pelan Tambahan Takaful Perbelanjaan Kematian

 Bantuan kewangan dengan serta-merta kepada waris terdekat sekiranya peserta meninggal dunia.
 Kelulusan segera tanpa sebarang kerumitan

8. Pelan Tambahan Pendapatan Keluarga

 Memberikan peserta dan keluarga suatu jaminan ketenangan sekiranya peserta mengalami hilang
upaya kekal dan menyeluruh atau didiagnosa menghidap penyakit kritikal – bayaran kepada
pewaris/benefisiari
 Menyediakan peruntukan pendapatan pelaburan dan surplus yang lebih kerap untuk dimasukkan ke
akaun pelaburan peserta.

BAB C3 : AMALAN TAKAFUL KELUARGA : TERMA-TERMA DAN SYARAT SIJIL

KETERANGAN SIJIL TAKAFUL KELUARGA

“Sijil” = alat atau perantaraan (mungkin dalam bentuk kertas atau sebagainya) di mana perjanjian ditulis
di atasnya

“Kontrak” = perjanjian perundangan yang mengikat pihak-pihak berkenaan

Akta Takaful 1984 mendefinisikan “sijil Takaful”


“apa-apa kontrak takaful bagi perniagaan perpaduan keluarga atau perniagaan am sama ada atau tidak
terkandung dalam atau diterangkan oleh suatu surat cara dalam bentuk sijil, dan sebutan mengenai
pengeluaran sijil hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.Sebutan mengenai sesuatu sijil pengendali
takaful termasuklah apa-apa sijil yang berkenaan dengannya pengendali adalah di bawah apa-apa
liabiliti, sama ada sijil itu telah dikeluarkan oleh pengendali atau liabiliti itu telah berpindah kepada
pengendali daripada seorang pengendali lain”

TRANSAKSI SIJIL

Transaksi sijil boleh dibahagikan kepada:-


i. Sijil pendua
ii. Penyerahan hak sijil Takaful Keluarga

1. Sijil Pendua

 Pengeluaran sijil gantian apabila dokumen sijil hilang / salah letak


 Pengendali takaful memerlukan dokumen-dokumen berikut untuk mengeluarkan sijil gantian:-
i. surat permohonan
ii. persetujuan untuk membayar ganti rugi kepada pengendali takaful sekiranya timbul sebarang
kerugian disebabkan pengeluaran sijil pendua berkenaan.
 Dicop dengan perkataan “Sijil Pendua”, dan menjadi dokumen perundangan yang sah.

2. Penyerahan Hak Sijil Takaful Keluarga

“Peserta” sebagai orang yang diberi perlindungan, di mana setelah sijil diserah hak kepada pemegang
serah hak pada masa itu, dan pemegang serah hak berhak mendapat manfaat sijil dari pengendali takaful
kerana ia adalah wakil diri peserta yang telah meninggal dunia.

Suatu pemindahan hak dan liabiliti oleh seseorang kepada seseorang yang lain.

Pemegang serah hak, orang yang mengambil alih hak-hak yang diberikan, akan mempunyai hak yang
sama seperti yang dinikmati oleh penyerah hak.

Penyerahan hak mutlak tidak meninggalkan apa-apa hak untuk penyerah hak, kecuali pembayaran
sumbangan sekiranya peserta memilih untuk membayar.
Penyerah hak bersyarat akan memberi hak kepada penyerah hak untuk membatalkan penyerahan hak
sekiranya pemegang serah hak meninggal dunia sebelum manfaat takaful dibayar atau jika peserta masih
hidup sehingga tarikh matang sijil takaful

TRANSAKSI SIJIL

Proses penyerahan hak boleh dilakukan melalui prosedur berikut:

1. Penyerahan hak hendaklah dibuat secara bertulis. Tanpa notis bertulis, pengendali takaful tidak boleh
dipertanggungjawabkan keatas bayaran yang dibuat kepada individu lain, selain dari pemegang serah
hak;

2. Penyerahan hak boleh dikuatkuasakan melalui endorsemen atau surat ikatan yang berasingan;

3. Notis bertulis mengenai penyerahan hak hendaklah dihantar ke ibu pejabat pengendali takaful;

4. Apabila menerima notis penyerahan hak, pengendali Takaful hendaklah mendaftarkan notis mengikut
keutamaan, penyerahan hak yang lebih awal tarikhnya perlu didahulukan berbanding dengan
penyerahan hak yang didaftarkan selepas tarikh tersebut.

Penyerahan Hak Amaun Tuntutan

Terdapat penyerahan hak prosid sijil apabila peserta mengarahkan pengendali takaful untuk membayar
prosid atau manfaat sijil yang peserta mempunyai hak ke atasnya untuk diserahkan kepada pihak ketiga

Pemilik sijil / peserta menamakan benefisiari untuk menerima manfaat kematian di bawah sijil berkenaan.

Peserta masih kekal sebagai satu pihak kepada kontrak takaful dan terus bertanggungjawab terhadap
liabiliti yang timbul di bawah sijil.

Seksyen 6, Akta Takaful 1984, mereka yang telah mencapai umur lapan belas (18) tahun dan ke atas
sahaja yang boleh terlibat dalam kontrak takaful.

Peserta boleh melantik seseorang untuk menerima manfaat sijil sekiranya beliau meninggal dunia,
dengan memberitahu pengendali takaful secara bertulis mengenai butir-butir penama berikut:
i. Nama dan tarikh lahir
ii.No kad pengenalan atau no sijil kelahiran
iii.Alamat.

Penamaan disaksikan oleh seseorang yang berfikiran waras, berumur 18 tahun dan yang bukan
merupakan penama yang dinamakan.

ENDORSEMEN / PINDAAN KE ATAS SIJIL


Kontrak Takaful keluarga secara umumnya adalah kontrak jangka panjang dengan tempoh perlindungan
berlanjutan sehingga lebih dari 20 tahun.
Dalam tempoh yang panjang ini, beberapa bentuk pindaan boleh dilakukan terhadap sijil takaful.
Dokumen sijil yang standard sering dipinda sebagai pengesahan terhadap perubahan dan perbezaan
keadaan serta keperluan seseorang.
Endorsemen boleh dilakukan:
i. ketika sijil dikeluarkan, atau
ii. selepas sijil dikeluarkan.

Endorsemen Ketika Sijil Dikeluarkan


Tiga syarat-syarat khusus :-
1. Perubahan yang memberi kesan kepada amaun sumbangan atau kekerapan bayaran
- jika pindaan melibatkan bayaran ansuran sumbangan, maka suatu syarat yang bersesuaian perlu
dikenakan iaitu dengan mengadakan peruntukan bagi potongan apa-apa tunggakan yang belum
dibayar, dilangsaikan semasa membuat tuntutan kematian;

2. Pindaan yang melibatkan perubahan jumlah perlindungan atau mod bayaran


- sekiranya pilihan penyelesaian ialah menggunakan prosid sijil sebagai deposit atas arahan
pengendali, maka syarat-syarat khas perlu diperuntukkan semasa membuat endorsemen;

3. Pindaan yang menyertakan manfaat tertentu


- pilihan untuk menukar kontrak sedia ada kepada jenis kontrak yang berbeza; perlu menyertakan had
atau pembatasan tertentu.

Endorsemen Selepas Sijil Dikeluarkan


Perubahan dalam :-
i. Mod bayaran sumbangan
ii. Perubahan bentuk kontrak
iii. Mengenakan atau mengecualikan sumbangan tambahan.

Pindaan-pindaan di atas secara amnya boleh dibahagikan kepada kategori perubahan berikut :-
i. Nama atau umur peserta
ii. Sumbangan yang perlu dibayar – mod bayaran dan tarikh bayaran
iii. Jumlah perlindungan dan amaun sumbangan
iv. Pelan takaful

Pindaan Sijil

Bentuk pindaan yang biasa dilakukan :-

1. Pertukaran alamat
2. Pertukaran nama (pemohon / peserta adalah individu yang sama)
3. Perubahan kekerapan bayaran sumbangan
4. Perubahan jumlah perlindungan
5. Penukaran benefisiari
6. Perubahan tempoh perlindungan, contohnya dari 10 tahun kepada 5 tahun
7. Pindaan kontrak kepada sijil jelas dibayar
8. Perubahan pelan takaful
9. Penepian sumbangan tambahan apabila peserta tidak lagi terdedah kepada risiko tambahan, seperti
hobi, aktiviti masa lapang dan/atau pekerjaan yang merbahaya

KEISTIMEWAAN DAN SYARAT-SYARAT

Tiga kumpulan syarat-syarat sijil :-


1. Syarat yang Menambah Manfaat Perlindungan –
Dikenali sebagai kemudahan

2. Syarat yang Menghadkan Skop Perlindungan


Dikenali sebagai syarat pembatasan dan secara umumnya melibatkan risiko yang tidak diambilkira dalam
pengiraan kadar sumbangan

3. Syarat yang Menerangkan Ciri-ciri Kontrak

Tempoh Tenggang Sumbangan (Grace Period)

 30 hari (atau satu bulan kalendar) - tempoh tenggang bagi pembayaran sumbangan secara tahunan,
setengah-tahunan, suku-tahunan dan bulanan.
 Perlindungan dengan amaun penuh jumlah perlindungan terus berkuatkuasa semasa tempoh
pertangguhan
 Penamatan perlindungan sijil : sekiranya sumbangan masih tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut

Nilai Serahan

 Nilai yang terdapat dalam sijil Takaful Keluarga selepas sumbangan dibayar untuk tempoh minimum
beberapa tahun.
 Dibayar sekiranya peserta menamatkan penyertaan sijil : sijil capai tempoh matang atau penyerahan
 Bayaran nilai serahan : semua baki terkumpul dalam Akaun Peserta, tetapi tiada amaun bayaran dari
Akaun Khas Peserta (dana tabarru’) kerana sumbangan untuk akaun ini telah dianggap sebagai
derma

Pengeluaran Sebahagian (Partial Withdrawal)

 Peserta dibenarkan mengeluarkan simpanan untuk digunakan, biasanya tidak melebihi 50% daripada
baki dalam Akaun Peserta
 Tiada faedah dikenakan kecuali caj minimum untuk menguruskan transaksi berkenaan.
 Peserta boleh memilih untuk membayar balik atau sebaliknya atas pengeluaran yang telah dibuat,
tetapi harus diingat bahawa pulangan pelaburan Akaun Peserta adalah bergantung kepada amaun
yang terdapat dalam akaun berkenaan.

Syarat-Syarat Tanpa Bayaran

 Keistimewaan apabila peserta menghadapi masalah untuk membuat bayaran sumbangan atau buat
sementara waktu tidak dapat memenuhi tanggungjawabnya.
 Nilai tunai yang terkumpul di dalam Akaun Peserta digunakan untuk membiayai manfaat / kemudahan
tanpa-bayaran.

Pendahuluan Automatik dari Akaun Peserta

 Menggunakan pendahuluan automatik dari Akuan Peserta untuk membayar sumbangan apabila tidak
mampu membayar sumbangan buat sementara waktu, setelah tamat tempoh tenggang
 Sumbangan akan terus berbayar sehingga nilai tunai habis digunakan
 Melindungi kepentingan peserta : penepian bayaran sumbangan dan manfaat kematian akibat
kemalangan dapat diteruskan.
 Peserta pada bila-bila masa berhak untuk mengembalikan status asal sijil dengan membayar amaun
yang tertunggak

Takaful Berbayar (Paid Up Term)


 Penukaran amaun bersih nilai tunai kepada sijil takaful berbayar dari jenis yang sama seperti sijil asal
tetapi amaun muka yang berkurangan.
 Sumbangan selanjutnya tidak perlu dibayar; semua rider & manfaat tambahan seperti hilang upaya
dan kematian akibat kemalangan akan dimansuhkan.
 Sesuai untuk peserta yang akan mencapai umur persaraan, di mana pendapatan mereka akan
berkurangan.

Takaful Bertempoh Yang Dilanjutkan

 Membenarkan menukar nilai tunai diperolehi kepada perlindungan takaful bertempoh berbayar dengan
amaun penuh jumlah perlindungan tetapi tempoh perlindungan dipendekkan.
 Tempoh perlindungan adalah bergantung kepada amaun nilai tunai terkumpul yang ada dan boleh
digunakan sebagai bayaran sumbangan tunggal bersih pada tarikh penukaran.
 Lebih sesuai ketika perlindungan takaful masih diperlukan tetapi kemampuan kewangan untuk
membayar sumbangan telah terjejas.
 Untuk sijil yang mempunyai nilai tunai (endowmen), perlindungan bertempoh yang disediakan
biasanya tidak melebihi tarikh matang sijil asal.

Syarat-Syarat Pengembalian Semula (Reinstatement Condition)

 Membolehkan seseorang memohon menguatkuasakan semula kontrak setelah tempoh tangguh dan
tempoh tanpa-bayaran telah berakhir.
 Penyambungan perlindungan sijil adalah dengan amaun penuh jumlah perlindungan asal (membayar
semua tunggakan sumbangan)
 Bukti kesihatan dan bukti-bukti lain diperlukan untuk memastikan kesihatan yang memuaskan dan
pengendali takaful berhak mengenakan termanya sendiri untuk mempertimbangkan permohonan
pengembalian semula sijil.
 Pengembalian semula sijil biasanya tidak dibenarkan dalam keadaan berikut:-
 Sijil yang telah luput untuk tempoh tertentu
 Peserta adalah seorang wanita yang mengandung 8 bulan atau lebih
 Peserta yang telah mencapai umur maksimum
 Bagi setiap sijil yang dikuatkuasakan semula, tarikh kuatkuasa untuk:
 i. fasal tidak boleh tanding dan fasal bunuh diri yang terkandung dalam Syarat-Syarat dan
Kemudahan sijil
 ii. tempoh menunggu yang dinyatakan dalam sijil atau rider, adalah bermula dari tarikh sijil
dikembalikan semula.

Syarat-syarat Pembatasan Klausa Bunuh Diri


 Peserta membunuh diri dalam tempoh yang dinyatakan dalam sijil, sijil akan batal dan tiada bayaran
tuntutan, kecuali mengembalikan semula sumbangan yang diterima melalui Akaun Peserta (tertakluk
kepada terma dan syarat pengendali takaful).

Perjalanan dan Menetap Di Luar Negara


 Kebanyakan sijil tidak menghadkan peserta untuk melakukan perjalanan atau menetap di luar negara;
tertakluk kepada terma dan syarat pengendali..

Pekerjaan dan Hobi yang Merbahaya


 Sumbangan tambahan mungkin dikenakan untuk pekerjaan atau aktiviti berisiko tinggi, contohnya
lumba kereta, luncur udara, pekerja kuari, pekerja pelantar minyak, polis dan sebagainya.
Salahnyata Umur dan Fasal Tanpa Tanding
 Tiada sijil Takaful keluarga yang boleh dipersoalkan oleh pengendali Takaful atas alasan salah nyata
umur peserta.
 Sekiranya kenyataan dalam borang cadangan / laporan perubatan / mana-mana dokumen
menyebabkan sijil takaful yang dikeluarkan tidak tepat atau palsu atau mengelirukan, ia tidak boleh
dipertikaikan kecuali pengendali takaful boleh membuktikan bahawa kenyataan yang dibuat atau tidak
diberitahu dilakukan dengan niat untuk menipu.

Penggantian Sijil Takaful Keluarga


 Merugikan kepentingan peserta dan sekiranya perkara ini dibiarkan berterusan, akan meninggalkan
kesan buruk terhadap prestasi kewangan jangka panjang pengendali takaful serta imej industri takaful
keseluruhannya.
 BNM, No Ruj: JPI/03/2005/TO bertarikh 30 Mac 2005, mentakrifkan Penggantian Sijil sebagai
“sebarang transaksi yang melibatkan penyertaan sijil Takaful Keluarga sekiranya dalam tempoh 12
bulan sebelum atau selepas sijil baru dikuatkuasakan, sijil Takaful Keluarga yang sedia ada telah:-

1. dibatalkan atau diserahkan;


2. ditukar atau diubah menjadi sijil Takaful Berbayar, diteruskan sebagai Takaful Bertempoh yang
dilanjutkan atau pendahuluan automatik dari akaun peserta atau dalam bentuk lain peruntukan tanpa-
bayaran atau dikurangkan nilai perlindungan dengan menggunakan peruntukan tanpa-bayaran, atau
peruntukan dividen terkumpul dalam dana tertentu seperti Akaun Peserta
3. ditukar atau diubah sehingga menjadikan amaun sumbangan menjadi lebih rendah disebabkan
pengurangan jumlah perlindungan dan / atau rider atau membuang rider dari sijil asas, atau dalam
tempoh masa tertentu sijil Takaful Keluarga sedia ada akan terus berkuatkuasa”.

 Kaedah Mengenalpasti Penggantian Sijil


Pengendali takaful dikehendaki mengambil langkah-langkah berikut:

1. Melaksanakan mekanisma kawalan yang berkesan, terutamanya perlaksanaan sistem automasi


bagi mengesan kegiatan penggantian sijil di mana sijil sedia ada dan sijil baru dikeluarkan oleh
pengendali takaful yang sama

2. Memasukkan soalan di dalam borang cadangan, bertanyakan samada cadangan baru ini dibuat
untuk menggantikan atau berhasrat untuk menggantikan mana-mana sijil sedia ada yang
dikeluarkan oleh pengendali takaful semasa atau pengendali takaful lain

3. Membuat tindakan susulan dan memberi nasihat secara bertulis kepada pemilik sijil tentang
keburukan menggantikan sijil takaful serta memberitahu alternatif lain yang ada, dalam tempoh 7
hari dari tarikh penggantian sijil dikesan

4. Menunjukkan jumlah nilai tunai terkumpul di bawah sijil sedia ada dan tempoh (tahun) yang
diperlukan untuk mengumpulkan jumlah nilai tunai yang serupa di bawah sijil baru, dan juga
kerugian bersih yang akan ditanggung oleh pemilik sijil akibat dari penggantian sijil berkenaan.

PENGECUALIAN

Secara amnya, sijil Takaful Keluarga tidak melindungi:

1. Kematian, hilang upaya atau perbelanjaan perubatan disebabkan oleh :-


a. peperangan, operasi persiapan berperang, mogok, rusuhan, kegemparan umum
b. tidak siuman, bunuh diri atau cubaan membunuh diri
c. penyakit kelamin, jangkitan atau parasit
d. mabuk disebabkan alkohol atau dadah
e. bersalin, keguguran atau kehamilan.

2. Kematian, hilang upaya atau perbelanjaan perubatan ditanggung oleh peserta :-


a. semasa dalam perjalanan di dalam pesawat sebagai anak kapal
b. semasa melibatkan diri dalam sukan bermotor, berbasikal, memburu, mendaki gunung, bermain polo,
lumba kuda, melompat-ski air, aktiviti dalam air, atau mana-mana sukan ekstrem yang lain
c. semasa melakukan atau cuba melakukan apa-apa perbuatan yang menyalahi undang-undang.
BAB C4 : AMALAN TAKAFUL KELUARGA : PERNIAGAAN BARU - PENGKADARAN

PENGURUSAN RISIKO
 Kontrak Takaful Keluarga – kontrak jangka panjang & kadar sumbangan ditetapkan dari peringkat
awal dan tidak boleh dipinda ketika dalam tempoh berkuatkuasa

 Proses pengurusan risiko dibahagikan kepada :-


 Kenalpasti faktor-faktor risiko
 Pemilihan penyertaan
 Menilai risiko
 Penentuan biaya risiko
 Pemantauan dana takaful

10 FAKTOR RISIKO : MORTALITI (Kematian)

Umur Pekerjaan
Kadar mortaliti meningkat seiring dengan peningkatan usia Tahap bahaya kerja berbeza mengikut pekerjaan. Makin bahaya
kerja, makin tinggi kadar sumbangan

Jantina
Kadar mortaliti wanita lebih rendah daripada lelaki – kadar
Status Sosial
sumbangan wanita rendah dlm pelan takaful keluarga
Ditentukan melalui pekerjaan & pendapatan diperolehi
Kadar morbiliti (mudah dapat penyakit) wanita tinggi daripada
(rendah, sederhana, kaya)
lelaki – kadar sumbangan wanita tinggi

Tabiat Peribadi & Sejarah Keluarga Etnik


Dipengaruhi oleh tabiat seperti merokok, pengambilan alkoloh Dipengaruhi oleh warisan budaya, tabiat pemakanan, sikat dan
dan jenis penyakit keturunan seperti kencing manis sebagainya. Contoh ramai orang Melayu menghidap diabetes
drpd kaum lain

Hobi Lokasi Geografi


Kadar mortaliti tinggi apabila terlibat dalam aktiviti/hobi Perbezaan antara kawasan bandar & luar bandar
merbahaya seperti lumba kereta Bandar – punyai akses kemudahan rawatan perubatan
berbanding dgn luar bandar

Menetap di Luar Negara Status Perkahwinan


Sistem ketahanan badan mungkin tidak boleh terima perubahan Kadar mortaliti lelaki bujang lebih tinggi berbanding lelaki
persekitaran yang lain berkahwin; mungkin lelaki bujang tiada tanggungan, suka cabaran
dan sebagainya

PEMILIHAN PENYERTAAN
 Pemilihan cadangan penyertaan melalui proses pengunderaitan untuk mengelakkan anti-pemilihan.
 2 Pertimbangan proses pengunderaitan :-
i. Pengunderaitan Kewangan
 Proses kenalpasti kewujudan bahaya moral
 Borang cadangan diteliti perkara berikut :-
o kewujudan kepentingan boleh lindung
o amaun perlindungan sepadan dengan risiko
o samada peserta kekalkan polisi dengan pengendali lain
o samada pengendali lain menolak permohonan perlindungan
ii. Pengunderaitan Perubatan
 Proses menilai tahap bahaya fizikal & hubungannya dengan risiko yang dicadangkan sekiranya
perlindungan diberikan
 Dilakukan jika pengunderaitan kewangan tidak menunjukkan ciri ganjil dalam permohonan,
dinilai dari soalan ketinggian, berat, gaya hidup, sejarah kesihatan & sebagainya
 Kaedah hadapi risiko sub-standard dan contoh :-
o kenakan amaun sumbangan tambahan
o kenakan had / ‘lien’ (kurangkan bayaran kematian)
o tawar bentuk kontrak berlainan (perlindungan kematian tanpa HUK)
o tolak / tanggung permohonan (sijil kuatkuasa setelah bersalin)

PROSES PENGUNDERAITAN

Pengunderaitan Tanpa-Perubatan
 Pengeluaran sijil takaful di mana bukti perubatan tidak diperlukan
 Diberi hanya kepada bentuk perlindungan tetap : perlindungan bertempoh & takaful pelaburan /
simpanan
 Peserta perlu mengisi borang cadangan dan menjawab soalan yang berkenaan. Jika perlihatkan
tanda-tanda ganjil, peserta perlu menjalani pemeriksaan perubatan
 Jadual Had-Pengunderaitan Tanpa-Perubatan untuk Takaful Keluarga seperti berikut :-

 Peranan ejen dalam proses pengunderaitan takaful tanpa-perubatan


 Tujuan utama pemilhan : untuk menentukan samada risiko untuk dilindungi itu adalah :-
• Dalam had normal dan boleh diterima (standard, kelas pertama, diterima)
• Di bawah purata tetapi masih boleh diterima, tertakluk kepada beberapa sekatan untuk
lindungi risiko tambahan (risiko sub-standard)
• Di bawah purata sehingga ke tahap tidak diterima (permohonan ditangguh)
• Di bawah purata sehinggake tahap tidak boleh diterima dengan apa syarat (ditolak)
Risiko (ii) & (iii) perlu maklumat peribadi tambahan seperti ketinggian, berat, sejarah peribadi
& keluarga dll sebelum penilaian akhir

Kaedah Menerima Risiko Sub-Standard


 Tiga kumpulan risiko tambahan :-
• Kadar Mortaliti Tambahan Yang Semakin Meningkat
Contoh : berat badan berlebihan wujudkan sakit jantung
• Kadar Mortaliti Tambahan Paras
Contoh : jenis risiko tambahan yang kekal dari tahun ke tahun – pekerjaan berbahaya
• Kadar Mortaliti Tambahan Menurun
Jenis risiko yang wujud di usia remaja & berkurangan semasa dewasa – batuk kering
 Risiko tambahan mungkin dibenarkan berdasarkan kategori mortaliti tambahan :-
• Meningkatkan Amaun Sumbangan
Kadar sumbangan standand ditingkatkan peratusannya berdasarkan peningkatan kadar mortaliti
• Mengurangkan Manfat Kematian
Jumlah perlindungan dikurangkan kepada beberapa peratus lebih rendah dari yang sepatutnya
 Penyelarasan Pulangan Keuntungan –
Kaedah yang jarang digunakan
• Pelan Sijil Alternatif
Perlindungan berbeza disediakan sebagai jalan penyelesaian dengan menghadkan tempoh
kontrak
 Pengecualian Bahaya Tertentu
Menghadkan liabiliti pengendali akibat gangguan/penyertaan dalam bentuk aktiviti tertentu
PENERIMAAN RISIKO

 Pengendali takaful akan menanggung risiko dengan serta-merta akibat kemalangan apabila menerima
ansuran sumbangan pertama selepas pengeluaran surat penerimaan
 Tempoh bertenang dalam 15 hari dari tarikh penerimaan
 Surat Sumbangan Tambahan (counter offer)
– jika peserta bersetuju dengan syarat yang dikenakan, peserta perlu menandatangani dan
memulangkan salinan surat tawaran balas
 Meletakkan Tarik Kuatkuasa Ke Belakang (backdating)
– tarikh kuatkuasa sijil dibelakangkan kepada tarikh yang lebih awal dari tarikh bayaran sumbangan,
maksimum 6 bulan

TAKAFUL KELUARGA & CUKAI PENDAPATAN


 Sumbangan yang layak mendapat pelepasan cukai adalah ke atas :-
 Hayat peserta
 Hayat pasangan hidup
 Hayat bersama, peserta & pasangan hidup
 Sijil Takaful & Skim Persaraan : had maksimum pelepasan RM6,000
 Takaful Pendidikan : had maksimum pelepasan RM3,000
 Sijil Takaful di mana majikan membayar sumbangan (sijil berkumpulan) : pelepasan cukai terhadap
majikan / syarikat dibenarkan dengan kelulusan LHDN

MENILAI RISIKO
Penggemblengan Risiko yang Sama
 Sejumlah besar risiko yang sama digembleng / dikumpulkan menjadi satu kumpulan – dapat
kurangkan amaun kerugian

Peratusan Bilangan Jumlah Besar (Law of Large Number)


 Statistik kemortalan individu digunakan sebagai panduan untuk membuat carta pola kemortalan
mortaliti untuk masa depan

PENENTUAN BIAYA RISIKO

Mortaliti
 Jadual Mortaliti Standard – diperolehi dari gabungan pengalaman mortaliti sekumpulan pengendali
dalam satu kawasan tertentu bagi tujuan pengiraan sumbangan
 Teknik statistik digunakan untuk memperolehi kadar mortaliti bermula dengan setiap umur dengan
menggunakan angka rambang

Pulangan Pelaburan
 Baki sumbangan selepas ditolak perbelanjaan, cukai, tuntutan dan sebagainya dilaburkan dalam
pelaburan pendapatan dan modal yang mematuhi Syariah
 Pulangan pelaburan tertakluk kepada pelbagai faktor seperti ekonomi, politik dan sosial

Perbelanjaan
 Kategori perbelanjaan :-
i. Perbelanjaan Awal – pada tahun pertama amat tinggi
Contoh : - Kos pengiklanan
- Komisen tahun pertama
- Perbelanjaan pemeriksaan kesihatan
- Perbelanjaan pengeluarkan sijil
ii. Perbelanjaan Pembaharuan – ditanggung setiap tahun
Contoh : - Komisen pembaharuan
- Perbelanjaan mengutip sumbangan
- Perbelanjaan perkhidmatan sijil
iii. Perbelanjaan Penamatan – ditanggung setelah polisi dikeluarkan
Contoh : - Bayaran tuntutan

Cukai
 Pengendali perlu menanggung cukai syarikat

Faktor-faktor Lain
 Selain faktor mortaliti, pulangan pelaburan, perbelanjaan & cukai, faktor lain dalam menentukan kadar
sumbangan :-
 Kos pembiayaan
 Kos takaful semula
 Kos menyediakan opsyen & jamian
 Kos mengekalkan rezab statutori & margin kesolvenan

 Sumbangan Tulen Satu Tahun @ Pengiraan Sumbangan Risiko Satu tahun


Melalui prinsip Kadar Kemortalan ia membolehkan pengendali takaful menentukan perlindungan
kepada seseorang untuk tempoh setahun

 Sumbangan Risiko Meningkat Mengikut Umur


Sumbangan risiko meningkat seiring dengan peningkatan umur peserta dan begitu juga sumbangan
yang meningkat

 Keburukan Sijil Takaful Keluarga yang Diperbaharui Setiap Tahun


Menafikan hak peserta untuk mendapat manfaat perlindungan apabila pengendali tidak
memperbaharui kontrak

 Sumbangan Tulen Paras @ Sumbangan Risiko Paras


- Kebanyakan sijil takaful individu memperuntukkan bayaran sumbangan paras sepanjang tempoh
perlindungan sijil
- Biasanya kontrak bertempoh jangka panjang tetapi bayaran sumbangan tetap sama

 Sijil yang Menyediakan Manfaat Pemandirian (survival)


Manfaat pemandirian sebagai tambahan kepada manfaat kematian
Bayaran berkala dengan syarat peserta masih hidup
Memerlukan sumbangan tambahan

 Sumbangan Kasar
Sumbangan Bersih + Bebanan Perbelanjaan + Bebanan Keuntungan & Kontigensi

 Faktor Kadar Pulangan Pelaburan Diteliti Semula


Lebihan awal dikumpul untuk menampung kekurangan di masa hadapan
Sumbangan bersih – tiada elemen perbelanjaan
BAB C5 : AMALAN TAKAFUL KELUARGA : MENGAWASI DANA TAKAFUL

MENGAWASI DANA TAKAFUL


 Pemeriksaan berkala terhadap kedudukan kewangan operasi perniagaan pengendali takaful meliputi
aspek pengambilan stok adalah ciri-ciri utama penilaian aktuari terhadap aset dan liabiliti
 Aktuari membandingkan nilai semasa pendapatan dan keuntungan modal yang dihasilkan oleh aset-
aset dalam dana takaful dengan nilai semasa liabiliti bagi semua sijil yang berkuatkuasa semasa tarikh
penilaian
 Pengendali takaful dikatakan dalam keadaan solven jika nilai semasa pendapatan dan keuntungan
lebih besar dari nilai semasa liabiliti

RANGKA KERJA MODAL BERASASKAN RISIKO


 Rangka Kerja Modal Berasaskan Risiko (Risk Based Capital)
 Rangkakerja yang memastikan kecukupan modal untuk semua insurer yang dilesenkan di bawah
Akta Insurans 1996
 Setiap insurer perlu mengekalkan tahap modal yang mencukupi supaya seimbang dengan profil
risiko yang ditanggung
 Wajib bagi penanggung insurans konvensional berkuatkuasa Januari 2009, belum lagi untuk
pengendali takaful
 Nisbah Kecukupan Modal (Capital Adequacy Ratio)
- Memastikan peruntukan modal yg mencukupi dalam dana insurans dan dana pemegang saham
bagi menampung Jumlah Modal yang Diperlukan(Total Capital Requirement)
- Sebagai petunjuk utama kekukuhan kedudukan kewangan insurer
- Digunakan oleh BNM bagi menentukan bentuk penyeliaan yang bersuaian terhadap insurer

PENILAIAN ASAS LIABILITI


 Penilaian aktuari ke atas insurer perlu dilaksanakan atas beberapa sebab, antaranya :-
o Menentukan samada insurer berada dalam keadaan solven
o Menentukan amaun surplus, jika ada, diagihkan kepada pemegang saham dalam bentuk bonus
atau dividen
o Menguji samada skala premium yang digunakan mencukupi
o Menentukan samada operasi kendalian perniagaan insurer perlu diubahsuai
o Mematuhi keperluan undang-undang

 Liabiliti pengendali takaful keluarga adalah tanggungjawab berkontrak kepada peserta


Contoh, membayar amaun tuntutan jika berlaku kematian atau pada penghujung tempoh 10 tahun
sebagai balasan kepada bayaran sumbangan berkala oleh peserta

PENILAIAN ASAS ASET


Aset pengendali takaful meliputi :-
• Wang tunai di tangan dan di bank
• Pelaburan dalam sekuriti kerajaan dan separuh kerajaan
• Saham di syarikat korporat
• Pinjaman dan debentur badan korporat
• Harta, tanah dan bangunan
• Pinjaman kepada peserta
• Perabut dan peralatan kelengkapan, kenderaan dan lain-lain peralatan pejabat

Kaedah penilaian aset –


 Harga Kos
 Nilai Buku - Nilai sesuatu aset pada tarikh penilaian dibuat, nilai mungkin susut atau meningkat
 Nilai Pasaran
LEBIHAN/SURPLUS DAN KEUNTUNGAN
 Perbezaan antara nilai yang ditetapkan untuk aset dengan nilai liabiliti
 Dari pengalaman sebenar kemortalan, faedah perbelanjaan dan nilai aset yang lebih baik daripada
apa yang dianggarkan ketika penilaian dibuat

Sumber Surplus
Faedah - Lebihan faedah yang diperolehi dari dana insurans hayat
Kemortalan - Surplus disebabkan perbezaan pengalaman kemortalan sebenar berbanding dengan
anggaran kemortalan
Perbelanjaan - Lebihan dari peruntukan untuk perbelanjaan berbanding perbelanjaan sebenar
Pelbagai - Sumber dari nilai serahan, polisi luput, perniagaan baru, pindaan polisi, margin kadar premium
dan peningkatan nilai aset

PENGAGIHAN SURPLUS
 Pengendali boleh gunakan sebahagian surplus untuk memperkukuhkan asas penilaian beberapa
aspek tertentu
 Pengendali mungkin menggunakan surplus untuk :-
 Dipindahkan ke rizab kontigensi
 Dibawa ke tahun hadapan untuk sebarang tujuan
 Amaun surplus akan dikreditkan ke dalam dana Akaun Peserta dan Akaun Peserta Khas
BAB C6 : AMALAN TAKAFUL KELUARGA : DOKUMEN SIJIL

SUMBER MAKLUMAT UNTUK PENILAIAN RISIKO


 Seksyen 27 Akta Takaful 1984 – Peruntukan bagi dokumen berkaitan untuk dilaporkan ke BNM bagi
tujuan kawalan pelbagai borang seperti borang cadangan, sijil & risalah
 Tidak patuhi – pengendali boleh didenda sehingga RM4,000 bagi setiap kesalahan
 Sumber maklumat :-
 Borang Cadangan
 Kenyataan doktor yang merawat
 Laporan perubatan
 Laporan terdahulu
 Laporan ejen
 Borang carian fakta

BORANG CADANGAN
 Peserta mengisi borang cadangan dengan jujur & benar. Jika gagal berbuat demikian, sijil yang
dikeluarkan menjadi tidak sah
 Kandungan maklumat borang :-
 Maklumat Peribadi : nama, alamat, tarikh lahir dll
 Maklumat Perlindungan Dipohon : pelan, tempoh, jumlah perlindungan
 Pekerjaan, Hobi, Aktiviti Merbahaya
 Sejarah Perubatan & Kesihatan Peribadi & Keluarga
 Perisytiharan & Memberi Kuasa : Isytihar kenyataan adalah benar dan lengkap; beri
kebenaran untuk dapat maklumat dari doktor yg merawat

PROSES PENGUNDERAITAN
 Proses penilaian dan pemilihan risiko, tentukan kadar sumbangan, terma & syarat
 Sumbangan semua peserta dikumpul untuk membayar tuntutan
 Bagi pastikan dana mencukupi membayar tuntutan, pengendali perlu :-
 Berhati-hati terhadap anti-pemilihan
 Kenakan kadar sumbangan yg sepadan dgn risiko
 Anti-pemilihan – lebih banyak risiko sub-standard diterima menyebabkan keputusan pengunderaitan
tidak menguntungkan
 3 kategori keputusan pengunderaitan :-
i. Standard
 Permohonan dipersetujui mengikut apa yang dipohon
 Risiko rendah/normal
 Kadar sumbangan standard tanpa pengecualian / pengurangan manfaat
ii. Sub-Standard (diubahsuai)
 Permohonan dipersetujui bersertakan syarat
 Risiko standard : contoh hidap darah tinggi
 Kadar sumbangan tinggi dengan pengecualian rider/pengurangan manfaat /tambahan kadar
sumbangan
iii. Ditolak
 Permohonan tidak diterima
 Risiko paling tinggi:contoh penghidap penyakit merbahaya/ aktiviti hobi bahaya
STRUKTUR SIJIL
 Bukti kewujudan kontrak takaful
 2 jenis bentuk sijil :-
 Jenis Naratif : pernah diguna & kini telah usang
 Jenis Jadual : lebih ringkas, mudah difahami & mudah diubahsuai
 Seksyen utama sijil :-
 Pengenalan
 Fasal Perisytiharaan
 Fasal Operasi/Kuatkuasa
 Proviso
 Jadual
 Fasal Penyaksian
 Syarat-Syarat & Kemudahan

ENDORSEMEN
 Endorsemen / memorandum dikepilkan pada sijil sekiranya timbul pindaan terma dan syarat sijil
 Dibuat samada :-
 Ketika pengeluaran sijil
• 4 syarat khas :-
– Libatkan amaun sumbangan / kekerapan pembayaran sumbangan
– Libatkan jumlah perlindungan / cara pembayaran
– Masukkan manfaat khas (contoh pilihan tukar jenis kontrak)
– Berkaitan dokumen yang perlu dihantar ( contoh : kesilapan dlm no kad pengenalan)
 Selepas pengeluaran sijil
• Libatkan pindaan :-
– Mod / cara pembayaran sumbangan
– Pindaan bentuk kontrak
– Tambah/keluarkan sumbangan tambahan
– Tambah/kurangkan jumlah perlindungan
 Perkara di atas dibahagikan secara luas kepada kumpulan berikut mengikut penukaran pada :-
 Nama / umur peserta
 Sumbangan yang perlu dibayar – cara & tarikh bayaran
 Jumlah perlindungan & sumbangan
 Jenis -jenis takaful
BAB C7 : AMALAN TAKAFUL KELUARGA : TUNTUTAN & PENGELUARAN SEBAHAGIAN

PENGENALAN
 Penamatan kontrak/sijil Takaful Keluarga apabila bayaran penyelesaian tuntutan dibuat
 Tuntutan timbul disebabkan oleh :-
 Kematian peserta
 Sijil takaful matang
 Tuntutan perubatan / hilang upaya
 Tuntutan di bawah kontrak tambahan
 Reputasi pengendali takaful bergantung kepada kecekapan dalam menyelesaikan tuntutan, maka ejen
perlu menyesuaikan diri dengan prosedur & dokumen tuntutan

PEMBERITAHUAN TUNTUTAN
 Apabila berlaku kematian atau kejadian yang berkenaan, peserta/waris perlu memberitahu pengendali
takaful dengan maklumat berikut :-
 Nama & No Kad Pengenalan peserta
 No Sijil & Alamat peserta
 Tarikh & Sebab-Sebab kematian / kejadian mana-mana yang berkenaan
 Tuntutan kematian – prosid/perolehan dari sijil takaful diagih kepada waris yang berhak mengikut
fara’id
 Penamaan (Wasi)
– bertindak sebagai pemegang amanah menerima prosid sijil untuk dibahagikan kepada waris-waris
 Hibah
– perbuatan pemberi kepada bukan waris & dilaksana ketika peserta masih hidup, di mana prosid
bukan harta pusaka & tidak tertakluk kepada hukum fara’id

TUNTUTAN KEMATIAN
 Penuntut perlu kemukakan dokumen sebagai bukti kematian tanpa sangsi. Antara dokumen :-
 Sijil kematian
 Laporan bedah siasat
 Perintah isytihar kematian secara andaian statutori (orang hilang lebih 6 tahun)
 Sijil mengesahkan kematian berlaku di laut
 Sijil perubatan dari doktor terakhir yang merawat

 Seksyen 65 Akta Takaful 1984 (semakan semula) pengendali takaful perlu membuat pembayaran
interim sehingga had maksimum RM100,000 & baki bayaran dibuat selepas penuntut mengemukakan
surat probet @ surat pentadbiran

TUNTUTAN HILANG UPAYA KEKAL & MENYELURUH

 2 jenis tuntutan :-

1. Tuntutan Hilang Upaya akibat Sakit/Penyakit


Dokumen yg diperlukan :- Laporan pengesahan perubatan dari doktor yang merawat
Salinan kad pengenalan yang akui sah
Borang tuntutan yang lengkap diisi

2. Tuntutan Hilang Upaya akibat Kemalangan


Dokumen yg diperlukan :- Laporan pengesahan perubatan dari doktor yang merawat
Salinan kad pengenalan yang diakui sah
Borang tuntutan yang lengkap diisi
Salinan laporan polis yang diakui sah
TUNTUTAN KEMATANGAN
 Pengendali takaful akan memaklumkan kepada pemegang sijil apabila sijil telah matang & meminta
memenuhi prosedur tuntutan dengan menghantar orang pengenalan, borang kemandirian (survival)
dan baucar pelepasan untuk diisi
Peserta adalah hayat yang dilindungi Peserta bukan hayat yang dilindungi
Dokumen yg diperlukan :- Dokumen yg diperlukan :-
> Bukti umur > surat ikatan penyerahan hak
> Bukti kemandirian > satu kenyataan ringkas; menyatakan bahawa hayat
> Baucar pelepasan yang dilindungi masih hidup dan tidak dapat/bersedia
> Dokumen sjil asal menandatangani sijil kemandirian

LAIN-LAIN TUNTUTAN
 Tanggungjawab membuktikan tuntutan terletak di tangan peserta, di mana perlu memenuhi keperluan
pengendali takaful & mematuhi syarat kontrak

 Sijil perlindungan kemalangan diri – prinsip “sebab hampir” adalah penting kerana mungkin terdapat
lebih dari 1 sebab yang membawa kepada tuntutan

 Tuntutan disebabkan peril yang dikecualikan – pengendali keluarkan pelbagai borang & soalan bagi
mendapatkan semua maklumat tentang kemalangan. Jika berpuas hati, manfaat akan dibayar. Jika
ada keraguan, pengendali berhak menyiasat dengan lebih lanjut

DAFTAR TUNTUTAN
 Akta Takaful 1984 – keperluan perundangan bagi pengendali takaful menyimpan daftar terkini bagi
semua tuntutan takaful sebaik diberitahu mengenainya

 Tidak boleh keluarkan notis tuntutan daripada daftar selagi pengendali masih bertanggungjawab ke
atasnya

 Dianggap rekod rasmi & disimpan dalam bentuk kad / helaian ledger / cetakan computer

PENGELUARAN SEBAHAGIAN
 Bayaran sumbangan dibahagikan kepada 2 dana – Akaun Peserta & Akaun Khas Peserta

 Pengeluaran sebahagian pada Akaun Peserta sahaja, tertakluk kepada terma & syarat dan tidak
melebihi 50% amaun dalam akaun ini.

 Pilihan membayar balik atau sebaliknya tapi pengiraan pulangan pelaburan ke atas Akaun Peserta
ditolak amaun pengeluaran

 Serahan sijil takaful – pengendali bayar semua amaun yang terkumpul di Akaun Peserta sahaja
(Akaun Khas Peserta adalah amaun yang didermakan oleh peserta)

 Tidak dikenakan faedah terhadap pengeluaran itu

PENGIRAAN NILAI SERAHAN


 Sijil takaful diserta dengan jadual kadar nilai tertentu bagi mudahkan proses pengiraan nilai serahan
 Dikira setelah ketahui tempoh serahan sijil dibuat
 Nilai serahan tidak ditetapkan terlebih dahulu – pengiraan perlu pertimbangan aktuari
BAB C8 : PENGIRAAN SUMBANGAN TAKAFUL KELUARGA

PENGIRAAN UMUR
 Umur peserta – penentu kadar sumbangan, di mana menggunakan asas-asas pengiraan yang
berlainan
 Kaedah yang biasa digunakan :-
 Umur harijadi yang telah lepas
 Umur harijadi akan datang
 Umur harijadi terhampir
 Amaun sumbangan berbeza-beza bergantung kepada faktor berikut :-
 Umur & jantina
 Keadaan kesihatan
 Jenis sijil takaful yang dikehendaki
 Jumlah perlindungan
 Tempoh perlindungan
 Mod/cara bayaran sumbangan

Contoh pengiraan umur berdasarkan tarikh lahir (Tarikh


(Tarikh lahir peserta : 21 Mac 1965)

Contoh 1 : Umur harijadi yang telah lepas

Contoh 2 : Umur harijadi akan datang

Contoh 3 : Umur harijadi terhampir

PENGIRAAN SUMBANGAN MENGGUNAKAN BUKU PENGKADARAN


 Sumbangan diringkaskan dalam bentuk jadual buku pengkadaran (rate book)

 Hanya untuk risiko biasa (kesihatan yang baik mengikut proses pengunderaitan). Sumbangan hayat
yang terjejas / sub-standard tertakluk kepada sumbangan tambahan (diketahui selepas proses
pengunderaitan)

 Pembayaran Sumbangan Lebih Kerap – jika sumbangan perlu dibayar lebih kerap daripada setahun,
pelarasan selanjutnya akan dibuat sebelum tiba pada jumlah sumbangan sebenar yang perlu dibayar
Jadual 1: taburan sumbangan sijil endowmen 25 tahun, untuk peserta lelaki, bagi setiap RM1,000
jumlah perlindungan

Jadual 2: keadaan di mana sekiranya pengendali menyediakan diskaun untuk jumlah perlindungan
yang besar

Anda mungkin juga menyukai