Anda di halaman 1dari 2

No.

Rujukan:
Tarikh:
Kepada,

Tuan/Puan

TAKLIMAT “FARAID DAN URUS PUSAKA “ UNTUK PROGRAM PENERAPAN


NILAI-NILAI MURNI

Sehubungan dengan itu, perkara di atas adalah dirujuk.

Pusaka KUDS Sdn Bhd. merupakan sebuah firma perundingan pusaka yang berpangkalan di Bandar Sri
Sendayan, Seremban Negeri Sembilan.

Antara skop perkhidmatan kami adalah menyebarkan kefahaman yang tepat tentang isu Pusaka kepada
masyarakat.

Dari apa yang kami lihat, ramai di kalangan masyarakat di Malaysia baik yang beragama Islam atau yang
bukan islam, masih kurang jelas tentang Perancangan Harta dan Pengurusan Pusaka.

Untuk membantu menambahkan kefahaman masyarakat tentang isu Pusaka, kami telah pun melancarkan
portal www.mypusaka.info yang mana ianya mengandungi perkara-perkara dan ilmu berkenaan Pusaka
yang mudah difahami.

Selain dari itu, kami juga memberi taklimat tentang Pusaka kepada syarikat korporat, badan-badan
Kerajaan, kooperasi, persatuan, kejiranan, dan sekolah.

Topik yang akan disentuh semasa taklimat tersebut adalah:

1. Apakah itu Pusaka


2. Perbezaan kaedah urus pusaka orang Islam dan bukan Islam
3. Apakah itu Faraid dan apakah itu Akta Pembahagian 1958 (Akta 300)
4. Apakah itu Wasiat
5. Perbezaan fungsi wasiat orang Islam dan bukan Islam
6. Apakah itu Penama
7. Perbezaan Penama orang Islam dan bukan Islam
8. Apakah itu Hibah
9. Bagaimanakah proses urus pusaka
10. Sesi soal jawab
Berikut adalah contoh agenda bagi taklimat yang akan diadakan,

Masa Agenda
9.00am Taklimat ” Faraid dan Urus Pusaka ”
10.30am Sesi soal jawab umum
11.00am Tamat

Selepas taklimat, kami juga menyediakan sessi Kaunseling Pusaka Peribadi PERCUMA kepada peserta
taklimat yang mempunyai isu berkenaan Pusaka yang perlu penjelasan dan khidmat runding.

Sesi Kaunseling ini boleh diadakan dihari berikutnya melalui temujanji, dimana kakitangan dibenarkan
untuk bertemu dengan perunding kami di tempat yang disediakan oleh pihak tuan.

Untuk mereka yang memerlukan khidmat nasihat berkaitan dengan harta dan pusaka boleh datang ke
pejabat kami untuk berjumpa pakar-pakar kami atau hubungi Hotline MyPusaka untuk mendapatkan tele-
kaunseling secara PERCUMA.

Dalam masa yang sama, pihak kami juga berusaha untuk membudayakan beberapa sikap yang perlu ada
untuk mempastikan isu pusaka tidak menjadi masalah besar dan beban kepada masyarakat di Malaysia.

Budaya yang ingin kami terapkan adalah:

1. Rasa tangungjawab untuk mewariskan harta dengan baik dan teratur.


2. Kesediaan untuk membuat perancang yang teratur tentang harta yang dimiliki.
3. Menzahirkan hasrat pewarisan harta dengan cara BERTULIS, BERTARIKH, DAN BERSAKSI, dan
bukan secara lisan sahaja.
4. Membuat peruntukan sedekah sebagai saham akhirat, dari sebahagian Pusaka yang ditinggalkan.
5. Mendapatkan khidmat pakar untuk membuat perancangan supaya ianya dibuat dengan baik dan
berkesan.
6. Mendapatkan khidmat pakar untuk menguruskan Pusaka supaya ianya dapat dibuat dengan segera
dan selesai dengan baik.

Sila hubungi Penyelaras Program kami Siti Aishah No HP 010 513 7053 untuk penetapan tarikh yang
bersesuaian. Semua bahan cetakan untuk taklimat ini akan disediakan oleh pihak kami.

Taklimat FARAID DAN URUS PUSAKA disediakan secara PERCUMA untuk sessi selama satu jam.

Sekian, Terima Kasih.

Yang benar,

PUSAKA KUDS SDN. BHD.

Kamarul Azman bin Mustapha Kamal


Penasihat Kanan
011 1121 3165
kamarulazman@mypusaka.info

Anda mungkin juga menyukai