Anda di halaman 1dari 10

Pengenalan Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong secara yang sistematik berasaskan prinsip psikologi.

Ia dijadikan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh penemuan adalah secara suka rela dan berterus. Dalam kaunselor mempunyai khidmat keistimewaan dalam membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:689), mendefinisikan kaunselor sebagai orang yang (layak) menjadi pembimbing dan penasihat kepada orang lain yang menghadapi masalah, orang yang berkemampuan memberi khidmat nasihat atau kaunseling. Menurut Krumboltz (George dan Kristianni,1990), menyatakan bahawa kaunseling harus menrangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunseling dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkah laku yang akan menghasilkan penyelesaian kepada klien. Dimana kaunseling ini juga sebagai satu proses perhubungan menolong secara profesional berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor mengikut kod etika kaunselor. Seseorang kaunselor itu harus bertanggungjawab menghormati integriti dan kebajikan klien, sama ada klien dibantu secara individu atau berkelompok. Dimana dalam kod etika kaunselor, seseorang kaunselor itu mesti mengerahsiakan maklumat yang diperoleh daripada klien, melainkan jika keadaan klien menunjukkan tanda-tanda yang merbahayakan dirinya atau orang-orang lain, dimana kaunselor harus mengambil tindakan secara langsung atau memaklumkan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab. Maka, seseorang kaunselor itu harus mematuhi peraturan dan kod yang ditetapkan didalam etika kaunselor serta menjaga nama baik golongan profesional ini. Secara umumnya, sejarah kaunselor ini telah bermula dengan penubuhan suatu persatuan iaitu Pesatuan Kaunselor Malaysia (PERKAMA) pada tahun 1979 di Institusi Teknologi MARA, Shah Alam. Terdapat juga beberapa pertubuhan yang lain ditubuhkan di Malaysia yang turut menjalankan khidmat kaunseling seperti BeFrienders dan Woman Aids. Galakan mengenai kaunseling kini semakin menonjol dimana beberapa buah institusi pengajian tinggi turut membekalkan para kaunselor. Pada hari ini, Akta 580 atau Akta Kaunselor 1998 telah membuktikan perkhidmatan bimbingan dan kaunselor di Malaysia. Bilangan kaunselor berdaftar dan perakuan amalan telah mencapai 1746 orang (Lembaga Kaunselor Malaysia,2010). Pihak kementerian pelajaran malaysia juga telah menetapkan nisbah 1 kaunselor untuk 500 orang pelajar di setiap sekolah. Jawatan pegawai kaunseling psikologi yang setaraf dengan pegawai psikologi klinikal dan pegawai psikologi juga telah diwujudkan di institusi kerajaan (Othman Mohammed, 2008). Melalui kenyataan diatas, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling semakin mengambil tempat di negara kita, tetapi tanpa kompenen latihan kaunselor yang efektif, adalah mustahil bahawa kerjaya ini boleh terus berkembang maju di negara kita.

KAUNSELOR SEBAGAI PROFESION. Cottle (1973) menjelaskan kaunselor adalah individu dimana latar belakang profesional dalam bidang sains tingkah laku telah menyediakan dirinya untuk membantu klien dalam membuat pemilhan mengenai perkembangan kerjaya dan kehidupan peribadi yang diperlukan untuk tingkah laku yang efektif dalam masyarakat sekarang. Profesion sebagai seorang kaunselor adalah untuk membimbing seseorang individu untuk proses teraputik semasa sesi kaunseling diadakan tetapi bukanlah menjadi tugas kaunselor untuk membuat perubahan yang berlaku. Kaunselor juga percaya kepada kebolehan kepada seseorang untuk melakukan perubahan terhadap diri berdasarkan nasihat yang telah diberikan semasa sesi kaunseling diadakan. Profesion sebagai seorang kaunselor juga merujuk kepada individu yang mendengar masaalah klien dalam bentuk dua hala, berinteraksi dengan baik dan memberi layanan kepada klien. Hubungan kaunseling pula lebih kepada sekadar membantu klien mengenali persoalan dan permasalahan diri klien sahaja dan kaunselor terlibat dalam memberikan jawapan langsung kepada klien. Sekiranya individu tersebut mempunyai sifat prihatin kerjaya sebagai seorang kaunselor adalah lebih sesuai. Bagi menjadi seorang kaunselor mereka perlu membuat beberapa persediaan yang utama iaitu sebagai memenuhi kriteria sebagai seorang profesional. Antaranya ialah mempunyai kepakaran dan pengetahuan khusus, mendapat latihan intensif dan berterusan, memberi perkhidmatan kepada masyarakat, diwakili badan profesional dan adanya pensijilan. Salah satu kriteria yang perlu ada untuk menjadi seorang profesional ialah mempunyai kepakaran dan pengetahuan khusus dalam bidang kerjaya yang diceburi oleh seseorang individu. Sepertimana kerjaya lain sebagai seorang kaunselor mereka juga perlu mempunyai kepakaran dan pengetahuan khusus. Ini adalah disebabkan dengan adanya pengetahuan mengenai psikologi, perkembangan personaliti, sosiologi, pendidikan dalam kaunselor, perkembangan kerjaya dan kemahiran penilaian adalah perlu untuk diguna dan diaplikasikan dalam usaha membantu klien. Sebagai contoh, sebagai seorang kaunselor mereka perlu membantu klien untuk mengenal pasti, menyusun serta membincangkan bahan-bahan yang berkaitan pemilihan klien. Dengan adanya ilmu dan pengetahuan yang khusus kerjaya sebagai seorang kaunselor mereka mampu untuk mengendalikan klien daripada pelbagai etnik, agama dan kumpulan budaya. Segala hasil perbincangan bersama klien juga dibuat dengan cara yang lebih profesional apabila memiliki ilmu dan pengetahuan yang khusus berkaitan kerjaya sebagai kaunselor. Kaunselor yang profesional juga mampu membina perhubungan yang fasilitatif, membantu kliennya melihat perbezaan diantara motivasi dalam proses memberikan bantuan. Selain itu, Profesion atau kerjaya sebagai kaunselor juga perlu mendapat latihan intensif dan berterusan. Bagi kerjaya kaunselor, antara kriteria yang perlu ada untuk menjadi seorang profesional ialah mendapat latihan yang khusus. Program bimbingan dan kaunseling adalah salah satu contoh latihan khusus untuk menjadikan seseorang kaunselor. Oleh sebab itulah apabila menjadi kaunselor mereka perlu memahami falsafah bimbingan dan kaunseling adalah satu keperluan. Ini adalah bertujuan untuk memberikan latihan dan pendedahan kepada kaunselor juga membantu memudahkan lagi mereka memahami konsep, prinsip, falsafah kaunseling, kepentingan perkhidmatan dan ciri-ciri yang perlu ada untuk melahirkan kaunselor yang baik. Apabila mendapat latihan yang intensif dan berterusan kaunselor juga mampu untuk mengaplikasikan teori-teori kaunseling yang telah dipelajari. Latihan yang intensif dan berterusan juga dapat membantu para kaunselor dalam pengembangan kerjaya agar lebih efektif dalam pengendalian kaunseling. Melalui latihan intensif dan berterusan juga akan membuat seseorang kaunselor tersebut lebih cekap dalam kerjaya yang diceburi. Sebagai contoh, apabila diberikan latihan intensif secara berterusan maka kemahiran dalam mengendalikan sesi kaunseling adalah lebih berkesan. Okun (1992) 2

telah mengemukakan beberapa tahap menjalankan kaunseling yang disertai dengan kemahiran yang khusus. Sekiranya para kaunselor tidak mendapat latihan intensif secara berterusan, ini akan menyebabkan mereka menghadapi masalah untuk mengaplikasikan teori dan menggunakan tenik-teknik kaunseling dalam proses membantu klien. Oleh sebab itulah, mendapat latihan intensif dan berterusan adalah sangat penting profesion sebagai kaunselor agar mereka dapat mengamalkan segala ilmu berkaitan kaunseling semasa proses latihan tersebut. Institut latihan kaunseling di Malaysia wujud di instituisi pengajian tinggi, organisasi kerajaan dan juga badan-badan bukan kerajaan. Setiap instituisi yang menyediakan latihan kaunseling mempunyai kaedah atau model tersendiri. Universitiuniversiti yang menawarkan program latihan kaunseling seperti Universiti Malaya, Universiti kebangsaan Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Malaysia Sabah. Seterusnya, memberi perkhidmatan kepada masyarakat. Dalam melaksanakan perkhidmatan kaunseling yang berkesan terhadap komuniti terdapat beberapa pendekatan yang sesuai digunakan. Sama ada pendekatan yang melibatkan komuniti atau sistem klien yang lebih luas di tidak kiralah di peringkat instituisi keluarga, Jabatan Kerajaan atau swasta. Perkhidmatan yang diberikan oleh kaunselor lebih kepada khidmat kaunseling. Rasionalnya perkhidmatan kaunseling ini diberikan ialah, untuk memberikan maklumat dan kefahaman berkenaan dimensi prinsip perkhidmatan bimbingan kaunseling diadakan. Selain itu, perkhidmatan ini juga bertujuan untuk mendedahkan kepada kaunselor dan klien secara menyeluruh berkenaan prinsip perkhidmatan seterusnya dapat menjadi panduan kepada kaunselor khususnya dalam menjalankan perkhidmatan terhadap masyarakat. Kerjaya sebagai kaunselor juga diwakili badan profesional. Bagi profesion sebagai seorang kaunselor mereka adalah diwakili oleh badan profesional Persatuan Kaunseling Malaysia. Pada tahun 1980 sekumpulan kaunselor dan mereka yang prihatin akan perkembangan kaunseling dan bimbingan di Malaysia telah bersidang di ITM (kini UiTM) untuk mewujudkan satu Jawatankuasa Pro-tem yang berusaha menubuhkan sebuah Persatuan Kaunselor Malaysia. Pada 19 Januari 1982 Persatuan Kaunselor Malaysia telah didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan pada tahun 1989 namanya ditukar kepada Persatuan Kaunseling Malaysia. Tujuan utama Persatuan ini ialah to provide a common professional base for Malaysian Counsellors and professionals in related areas from the points of view of both professional orientation and fellowship mereka telah mengadakan satu asas profesional sepunya untuk kaunselor dan ahli profesional berkaitan di Malaysia, dari segi orientasi profesional dan semangat setia kawan.Tujuan-tujuan profesional PERKAMA ialah memajukan amalan kaunseling secara profesional, menggalak dan membantu penyelidikan dalam kaunseling, menggalak pertumbuhan ilmu pengetahuan, kefahaman dan penerimaan kaunseling dalam konteks pelbagai budaya di Malaysia, memajukan perkembangan profesional ahli-ahlinya dan memperteguhkan identiti, harmoni, dan kerjasama di kalangan ahli-ahli yang terdiri dari pelbagai displin melalui perkongsian maklumat dan pengalaman. Selain itu, Perkembangan pesat negara kita ke arah masyarakat perindustrian dan perdagangan sudah pasti akan memerlukan perkhidmatan khusus seperti perkhidmatan kaunseling dan perkhidmatan lain untuk menangani masalah sosial dan individu. Keperihatinan pihak kerajaan tentang keperluan kaunseling dan pengiktirafan yang wajar dalam masyarakat terbukti apabila AKTA KAUNSELOR 1998 diluluskan oleh kerajaan dan diwartakan pada 1 Disember 1998. Para kaunselor yang ingin berkhimat untuk awam, kini perlu mendaftar dengan Lembaga Kaunselor. Ini bermakna profesion kaunselor telah diiktiraf setanding dengan profesion lain seperti doktor, arkitek, jurutera dan peguam. Cabaran yang lebih besar akan dihadapi oleh profesion ini pada masa-masa akan datang. PERKAMA akan menjadi sebuah persatuan profesional untuk memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan lagi perkhidmatan kaunseling di negara ini. 3

Akhir sekali, adanya pensijilan dan penyertaan. Kriteria ini juga perlu ada pada seorang kaunselor yang bergelar profesional. Pensjilan dan penyertaan ini lebih merujuk kepada pengiktirafan dan yang diberikan kepada para kaunselor. Sesuai dengan perkembangan pesat yang berlaku dalam masyarakat Malaysia, profesion kaunseling memerlukan suatu pengawalan yang diiktiraf dengan akta yang tersendiri. Akta 1998 (Akta 580) memberikan kuasa secara sah ke atas pengawal seliaan perkhidmatan kaunselor serta semua aktiviti kaunseling di Malaysia. Akta Kaunselor ini telah diwartakan pada bulan Mac 1998. Semenjak tarikh tersebut Lembaga Kaunselor telah ditubuhkan mengikut peraturan undang-undang Malaysia. Ini adalah bertujuan bagi memastikan perlaksanaan Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) Lembaga Kaunselor mengandungi seorang presiden yang dilantik dari kalangan kaunselor berdaftar dan 13 orang ahli lain dari kalangan kaunselor berdaftar dan organisasi kerajaan Malaysia. Profesion sebagai seorang kaunselor juga wajib berdaftar. Setiap individu dan mana-mana pertubuhan yang menjalankan khidmat kaunseling di Malaysia wajib berdaftar dengan Lembaga Kaunselor. Peraturan ini dikecualikan bagi perkhidmatan yang dijalankan oleh profesional kesihatan seperti ditakrifkan dalam Akta Kaunselor 1998. Terdapat juga undang-undang pendaftaran profesion kaunselor. Peraturan ini terkandung di dalam Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) seperti berikut, Pendaftaran Kaunselor dan dan Perakuan Amalan jelas dihuraikan di dalam Bahagian IV seksyen 22 (1) (a),(b),(c) dan (2); seksyen 23(1) dan (2) bagi orang perseorangan dan Bahagian V seksyen 33.(1) (a) (b) dan 2(2); Seksyen 34.(a)(b)(c) bagi pertubuhan Pertubuhan Perbadanan yang menjalankan amalan sebagai kaunselor. Nombor 22. (1) Tiada seorang pun boleh mengamalkan atau menjalankan atau mengendalikan atau mengemukakan dirinya sebagai mengamalkan atau menjalankan atau mengendalikan, amalan sebagai kaunselor atau bekerja sebagai kaunselor, menggunakan gelaran Kaunselor Berdaftar atau apa-apa gelaran dalam apa-apa bahasa yang mungkin semunasabahnya ditafsirkan sebagai menunjukkan bahawa dia seorang kaunselor berdaftar, atau menggunakan atau mempamerkan apa-apa tanda, papan, kad atau reka bentuk lain yang menggambarkan atau menunjukkan bahawa dia seorang Kaunselor Berdaftar, melainkan jika dia didaftarkan di bawah Akta ini. Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

KAJIAN KES UNTUK ETIKA SEBAGAI KERJAYA KAUNSELOR Isu kerahsiaan ini sering menjadi perdebatan dalam kerjaya sebagai kaunselor. Kerjaya ini sering dipertikaikan kerana ianya telah menjadi perbualan dan menyebabkan kefungsian dan keberkesasan ini dipersoalkan dalam masyarakat untuk mempercayai kaunselor dalam membantu mereka dalam menghadapi masalah dan kebolehpercayaan untuk meletakkan suatu rahsia yang boleh dipegang oleh kaunselor. Mengikut perspektif islam pula, agama Islam amat mementingkan kerahsiaan ini dan aspek kerahsiaan dianggap sebagai satu tanggungjawab dan amanah yang perlu di pegang dan dijaga bersungguh-sungguh oleh umat Islam sepertimana sabda Nabi Muhammad (s.a.w) yang diriwayatkan oleh Muslim bermaksud barang siapa menutup aib (rahsia) orang lain atau saudaranya maka sesungguhnya Allah akan menutup keaibannya (rahsia) didunia dan akhirat KAJIAN KES 1 Timbul dua kisah tragik yang melibatkan pelajar iaitu terjun bangunan dan cubaan untuk terjun bangunan kebanyakan ramai membuat spekulasi dan andaian terhadap kes berkenaan. Banyak perkara yang boleh disoal dan menjadi tanda soal berhubung dengan keduadua kes yang berlaku menyebabkan orang ramai membuat pelbagai andaian. Khalayak masyarakat memberi pandangan dan juga pendapat berhubung peristiwa berkenaan. ANALISIS ETIKA SEBAGAI KAUNSELOR. Kerahsiaan yang merupakan perkara yang terkandung di dalam etika kaunseling perlu memahami etika dan tingkah laku terhadap penjawat awam Sekiranya, kita gagal mengerti skop tugas rakan. akan timbul pelbagai tafsiran terhadap ruang lingkup bidang tugasan dan tanggungjawab rakan sejawatan. Kegagalan, kita dalam menterjemah fungsi, bidang, pendekatan dan kaedah.peramal pemikiran, ilmu dan corak personaliti akhirnya membawa pespektif negatif terhadap rakan kita juga. Justeru itu, kita harus sentiasa bersikap terbuka permikiran rasional dalam konteks kita mengurus ruang tanggungjawab semasa kita. Oleh itu, kerahsiaan amat penting kerana ini menyangkut paut dengan profession sebagai kaunselor. kerahsiaan dalam proses kaunseling termasuklah semua maklumat yang diperoleh atau didapati haruslah dirahsiakan selaras dengan tanggungjawab kaunselor sebagai seorang yang profesional. (AmericanPersonnel and Guidence Association Ethical Standard 1981). Hal ini kerana, kepentingan kepada etika kerahsiaan begitu di tekankan sehingga menjadi ukuran bagi menentukan keberkesanan seseorang kaunselor. Walaubagaimanapun, etika kerahsiaan ini bukanlah pegangan yang mutlak dan ianya mempunyai batasan atau had yang tersendiri kerana etika ini juga mengikut kepada etika professional dalam kerjaya. Setiap kaunselor hendaklah menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperolehi semasa kaunseling melainkan jikalau maklumat itu akan membahayakan klien atau orang-orang dipersekitarannya. 5

TEORI YANG BERKAITAN Berdasarkan kes yang dikaji, teori yang berkaitan dengan etika professional ialah obligation theory. Menurut teori ini, ianya, melibatkan perlakuan terhadap perkara yang penting termasuklah, adil dan jujur dalam melaksanakan tugas yang diberikan. Mengenai isu kerahsiaan ini, kaunselor telah melanggar kod etika kerahsiaan dimana rahsia yang telah diketahui oleh kaunselor dimana mereka telah membongkar rahsia klien terhadap orang lain sehingga klien berasa maruah dirinya tercabar kerana rahsia yang ada bersama tidak dijaga dengan baik. Malah, mereka telah menguar-uarkan kerahsiaan tersebut. Menurut teori deontologi, tanggungjawab seseorang kaunselor itu penting dalam melaksanakan tugasnya dan menjaga segala privasi klien tanpa membongkarkan sesuatu isu terhadap orang lain atau hebahan secara besar-besaran. Sesungguhnya, tanggungjawab itu memainkan peranan agar privasi klien tidak menimbulkan kesan yang boleh mencabar hak klien sebagai pelanggan terhadap perkhidmatan kaunseling yang dijalankan.Oleh itu, ini dapat meningkatkan lagi keyakinan terhadap klien untuk mendapatkan khidmat kaunseling sekiranya diperlukan. KAJIAN KES 2 : Jabatan Kesihatan menahan seorang kaunselor Preston Carbery yang memiliki license of Mental Health (CLH 00006880) di atas kesalahan melakukan hubungan seksual semasa mengendalikan kaunseling. Carbery disabitkan kesalahan pada 7 September 2005 di Steven County Supervisor Court dengan melakukan 3 kali perkosaan ke atas kliennya. Carbery didapati tidak dapat menjadi seorang kaunselor yang baik, dan beliau yang masih mempunyai kontrak dengan Jabatan Perkhidmatan Sosial dan Kesihatan yang menyediakan perkhidmatan kaunseling kesihatan kepada kliennya. Tuduhan ini menyatakan Carbery terlibat dengan hubungan seksual dengan dua orang klien perempuan semasa mengadakan perkhidmatan kaunseling. Carbery juga didapati bersalah kerana cuba menakutkan kliennya dengan mengugut sekiranya kejadian tersebut dilaporkan kepada Jabatan Perkhidmatan Sosial, Carbery akan mengancam anakanak kliennya. Carbery mempunyai 20 hari untuk memberikan maklum balas di atas tuduhan tersebut. ANALISIS KAJIAN YANG TERDAPAT DALAM KES Berdasarkan kes yang dinyatakan, terdapat kesalahan yang wujud akibat perbuatan kaunselor dalam menjalankan tugasnya. Namun, tindakan yang dilakukan tersebut telah melanggar kod etika sebagai kaunselor. Daripada kes tersebut, didapati kaunselor telah menyalahi etikanya sebagai seorang kaunselor yang bertauliah kerana merujuk kepada Kod Etika Kaunselor 2005, batasan seksual, bukan sahaja bersifat fizikal tetapi juga melibatkan pertuturan. Contohnya, kaunselor dilarang menggunakan ayat-ayat yang berbaur lucah. Justeru itu, gangguan seksual akan menyebabkan ahli-ahli kelompok tidak selamat dan kebolehpercayaannya terhadap kaunselor tergugat.

Antara kod etika yang telah dilanggar oleh kaunselor tersebut ialah, melakukan hubungan seksual dengan klien. Ini adalah tingkah laku yang tidak beretika. Berdasarkan kes tersebut, kaunselor tersebut juga melakukan ancaman, pertuturan yang berbaur dengan kata-kata lucah terhada klien yang menjadi mangsa. Bukan itu sahaja, kaunselor itu juga telah melanggar piagam etika dimana setiap piagam yang telah ditetapkan oleh sesuatu pertubuhan telah dilanggar. Disebabkan oleh kejadian ini telah memberi kesan kepada kerjaya sebagai kaunselor dari aspek imej, prinsip etika dan kod etika untuk orang lain dan masyarakat meletakkan kepercayaan kepada pakar kaunselor sekiranya mereka mempunyai masalah dan memerlukan orang untuk meluahkan segala permasalahan yang berlaku ke atas dirinya. Disamping itu, akibat daripada perbuatan yang dilakukan telah oleh kaunselor terbabit telah memberikan impak kepada masyarakat kerana takut untuk berhadapan dengan para kaunselor, dan bimbang atas sebab masyarakat telah meletakkan satu persepsi yang buruk kepada para kaunselor kerana kes gangguan seksual telah berlaku semasa menjalankan sesi kaunseling. Seharusnya, kod etika sebagai kaunselor perlulah digunakan dengan sebaik mungkin iaitu untuk mempertahankan maruah kaunselor sebagai suatu kerjaya yang diperlukan oleh bakal klien. TEORI YANG BERKAITAN. Antara teori yang berkait rapat dengan teori of right (teori tentang hak asasi). Teori ini membincangkan hak yang menjadi kepentingan kepada klien dan pihak kaunselor dalam menjalankan tugas. Berdasarkan kajian kes kedua ini, pihak kaunselor yang telah didapati bersalah kerana melakukan kesalahan iaitu melakukan gangguan seksual kepada klien. Hal ini telah mengabaikan hak sebagai seorang klien dari aspek hak moral kerana kaunselor tersebut tidak menghormati hak klien.Sepatutnya, kaunselor tersebut perlu menjalankan tugasnya sebagai kaunselor dengan membantu klien yang menghadapi masalah supaya klien lebih jelas dengan maslah yang mereka hadapi. Tindakan yang telah dilakukan oleh kaunselor tersebut telah melanggar hak asasi seorang klien. Disamping itu, teori of right dalam kes tersebut juga telah melanggar teori etika ulititarian iaitu tindakan yang telah dilakukan telah memberi kesan yang negatif kepada masyarakat untuk mempercayai tentang hak mereka untuk dihormati sebagai klien yang berjumpa dengan kaunselor hanya melibatkan hubungan diantara atas urusan kerja sematamata. KAJIAN KES 3 : Jabatan Kesihatan Negeri Washington telah menahan James F. Durham seorang kaunselor yang juga mempunyai banyak kepakaran professional dalam mengendalikan bahan kimia. Beliau ditahan diatas tuduhan penyalahgunaan kuasa dan penyalahgunaan dadah. Tindakan disiplin dikenali sebagai pergantungan tanpa perbincanganbermaksud Durham yang mempunyai sijil CP 828 dan berdaftar sebagai RC11842, didapati tidak dibenarkan bekerja sebagai seorang kaunselor dan juga pakar mengendalikan bahan kimia sehinggalah kes beliau dibicarakan semula.

Durham mempunyai 20 hari untuk memberikan respond diatas tuduhan tersebut. Durham ditahan di atas berurusan dengan kumpulan kecil untuk tujuan yang tidak bermoral pada 3 June 2001.Perbicaraan beliau dijadualkan pada 18 Oktober 2001. sebelum ini Durham didapati banyak melakukan perbuatan tidak bermoral dan masih berhubungan dengan pesalah-pesalah juvana untuk urusan peribadi. Penyiasat yang ditugaskan daripada Jabatan Kesihatan mendapati Durham gagal menunjukkan kesalahan jenayah di kawasan Yakima dan King. semasa permohananya sebagai pakar penggunaan bahan kimia . Rekod jenayah Durham sebelum ini mengandungi rompakan berbahaya pada tahun 1978 dan kejadian jenayah kredibilitinya pada Mac 2000. ANALISIS KAJIAN YANG TERDAPAT DALAM KES Berdasarkan kes tersebut, kaunselor yang mempunyai professionalisme yang pelbagai telah menyalahgunakan kepakarannya di mana telah membuat pengendalian bahan kimia. Hal ini telah menyebabkan kaunselor telah didapati bersalah kerana ditahan diatas tuduhan penyalahgunaan kuasa dan penyalahgunaan dadah. Sudah jelas ini membuktikan bahawa tingkah laku kaunselor itu telah menyebabkan masyarakat untuk sukar mempercayai mereka apatah lagi dalam perkongsian masalah yang dihadapi oleh klien.Kaunselor yang tertuduh banyak melakukan kesalahan dimana walaupun sudah jelas menyatakan bahawa dia adalah bersalah namun, wajahnya hanya menunjukkan rasa bersalah sahaja dan kepelbagaian perkara yang telah dilakukan telah menambahkan lagi semakin menjadi kesalahan yang disabitkan bersalah. Merujuk kepada kes ini pula, kaunselor tersebut didapati telah melanggar etika serta menghilangkan kepercayaan kelompok terhadap kewibawaan sebagai kaunselor. Oleh itu. dengan tertubuhnya, Akta Kaunselor 580 pada tahun 1998, dengan ini mengesahkan bahawa sebarang salahlaku, maka secara automatiknya, jawatan kaunselor akan digantung sehinggalah kes tersebut dibicarakan. TEORI YANG BERKAITAN Antara teori yang mempunyai kaitan dengan kes ini ialah, noble personality theory. Teori ini menjelaskan bahawa perwatakan peribadi itu penting supaya dapat menilai mana satu yang baik atau buruk sejajar dengan tindakan yang dibuatkan. Peribadi yang baik akan membuatkan seseorang itu untuk melakukan sesuatu tindakan berdasarkan apa yang pada pemikiran adalah baik. Seharusnya, kaunselor tersebut tidak melakukan perkara sedemikian yang boleh mejatuhkan maruah diri sebagai kaunselor. Sekiranya, kaunselor tersebut mempunyai tahap pemikiran yang baik dalam membuat keputusan yang lebih rasional pastinya akan memberi kesan positif kepada kaunselor dank lien itu jua sendiri. Tingkah laku yang baik sekiranya diamalkan dengan baik dimana kepakaran yang pelbagai kepada dirinya sepatutnya dapat digunakan dengan pendekatan yang sesuai dan perwatakan kaunselor juga dapat dinilai melalui tingkah laku yang positif. Mengikut teori etika virtue theory yang bermakna penilaian karakter atau perwatakan dimana mesti dijaga dengan baik supaya tingkah laku peribadi seseorang tidak terganggu dan tidak menyimpang daripada tingkah laku normalnya.Maknanya, penilaian 8

kaunselor itu penting sekiranya tindakan tersebut dapat difikirkan dan diaplikasikan kearah yang lebih baik. Kesannya, kaunselor boleh mengelakkan daripada kejadian mengendalikan bahan kimia diatas tuduhan penyalahgunaan kuasa dan penyalahgunaan dadah. KESIMPULAN Dalam etika golongan profesional khususnya golongan profesional kaunselor juga harus mempunyai kriteria bagi menampilkan dan mengambarkan mereka sebagai seorang profesional dalam negara kita seperti mempunyai kepakaran dan pengetahuan khusus, mendapat latihan intensif dan berterusan, memberi perkhidmatan kepada masyarakat, diwakili badan profesional dan adanya pensijilan. Mereka juga mempunyai kod undangundang jika mereka menlanggar prinsip-prinsip yang ada dalam kerjaya sebagai seorang kaunselor. Antaranya, Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) seperti berikut, Pendaftaran Kaunselor dan dan Perakuan Amalan jelas dihuraikan di dalam Bahagian IV seksyen 22 (1) (a),(b),(c) dan (2); seksyen 23(1) dan (2) bagi orang perseorangan dan Bahagian V seksyen 33.(1) (a) (b) dan 2(2); Seksyen 34.(a)(b)(c) bagi pertubuhan Pertubuhan Perbadanan yang menjalankan amalan sebagai kaunselor. Oleh itu, kerjaya sebagai seorang kaunselor bukan sahaja memberi khidmat nasihat kepada klien tetapi juga mereka harus menjalankan perkhidmatan mereka dengan jujur dan amanah. Jika golongan profesional kaunselor didapati bersalah melanggar kod etika sebagai seorang kaunselor, maka pihak yang berwajib akan mengambil tindakan terhadap mereka. misalnya, kajian kes 1 (satu), kajian kes 2 (dua) dan kajian kes 3 (tiga) dimana mereka dikenakan hukuman berkaitan dengan apa yang mereka laku terhadap seseorang klien khususnya pemerkosaan, pencabulan dan ketiadak amanahan dalam menyimpan maklumat klien. Pelbagai kajian kes yang telah kami lakukan bagi mengenal pasti seseorang kaunselor itu. Dimana seseorang kaunselor harus mempunyai kriteria yang telah ditetapkan bagi mengelakkan pelbagai kes melibatkan seseorang kaunselor di negara kita. Seseorang kaunselor memang berhasrat melihat perubahan pada diri kliennya. Hanya daripada perubahan yang diberikan oleh klien sahaja barulah kita tahu bantuan yang diberikan oleh kaunselor itu berjaya atau sebaliknya pula. Oleh itu, jika klien dapat mengenal pasti masalahnya dengan jelas, seorang klien juga dapat memilih cara yang paling sesuai bagi dirinya. Apabila berlaku situasi ini, proses kaunseling akan berlaku antara kedua belah pihak. Oleh hal yang demikian, seseorang kaunselor mempunyai peranan dalam menyelesaikan masalah dan konflik yang dihadapi oleh klien mereka, memberi dorongan kepada klien dan mereka berperanan sebagai pembuat keputusan dalam pemilihan keputusan yang dibuat oleh klien. Oleh itu, Kaunseling menjadi semakin signifikan dalam mata dunia kini kerana bidang ini banyak dapat membantu menyelesaikan pelbagai konflik. Di malaysia pun terdapat banyak kes-kes kaunseling yang boleh dibawa menjadi pengajaran kepada kita semua.

Rujukan Badan Profesional Mewakili Kaunselor. (atas talian), http://perkumum.blogspot.com/2010/12/ketahui-sejarah-perkama.html Diakses pada 1.Mac.2012, Khamis, 3.30 PM. Latihan Kaunseling. (atas talian) http://www.scribd.com/doc/46553221/Latihan-Kaunseling-Di-Malaysia-Satu-Ulasan-DanCadangan. Diakses pada 23.Mac.2012, Jumaat, 12.33 AM.

Nordin Kardi & Mohamad Fadzil Che Din. (2003). Falsafah, Prinsip & Etika Kaunseling: UPM. Selangor. Othman Mohamad. (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. UPM: Serdang. Selangor. Prinsip Perkhidmatan Bimbingan Kaunseling. (atas talian), http://www.scribd.com/doc/44975885/PRINSIP-PERKHIDMATAN-BIMBINGAN-DANKAUNSELING-Oleh-Noor-Hamizah-Abdul-Jalil Diakses pada 15.Mac.2012, Khamis, 09.30 AM. Pengiktirafan Kaunselor. (atas talian), http://qifamfeo.tripod.com/majlisgurukaunselingkebangsaan/id5.html Diakses pada 15.Mac.2012, Khamis, 09.30

10

Anda mungkin juga menyukai