Anda di halaman 1dari 28

ISU DALAM TEORI,

AMALAN DAN
PENYELIDIKAN
SSKC 5303 : COUNSELING ETHICS AND COUNSELOR ACT

Disediakan untuk : PN SABASIAH HUSIN


Disediakan oleh :
Nor Asheekin binti Ali (816932)
Mohd Sofee bin Ismail (816931)
Farhanis binti Akashah (816928)
Mohamad Hapisol bin Che Pi (816929)
Siti NurulHida binti Abdul Rahman (816818)

ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

INDEKS
Bil

Perkara

m/s

Isu dalam Teori Kaunseling

Isu dalam Amalan Kaunseling

Isu dalam Penyelidikan Kaunseling

19

Kesimpulan

26

Rujukan

27

ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

ISU DALAM TEORI KAUNSELING


i.

PENGENALAN
Penggunaan teori dalam amalan kaunseling merupakan satu isu yang penting dan perlu

diberi perhatian oleh kaunselor. Teori yang asas membolehkan kaunselor itu berupaya meneliti
sesuatu pengalaman kaunseling dengan lebih terperinci. Di samping itu, teori dapat mengawal
pemikiran kaunselor dengan lebih teratur dan dapat membantunya membuat penerokaan dan
penilaian proses kaunselingnya. Menurut Brammer dan Shostrom (1982), penggunaan teori ini
akan dapat membantu kaunselor merancang matlamat kaunseling bagi kliennya.
Pengukuhan dalam teori kaunseling dapat memberi peluang kepada kaunselor untuk
memilih, membuat sintesis dan menggunakan konsep teori yang berbeza serta teknik kaunseling
yang berkaitan dengan teori tersebut. Barith dan Huber 1985, berpendapat bahawa tidak ada satu
pendekatan yang sesuai untuk semua klien dalam setiap suasana kesulitan yang dialami oleh oleh
klien tersebut. Ini bermakna kaunselor perlulah menyesuaikan teknik tertentu daripada teori yang
berbeza kepada satu pendekatan teori kaunseling yang spesifik.
Pengetahuan teori kaunseling penting kerana ia menunjukkan bagaimana kaunselor
mengkonsepsikan masalah klien berdasarkan tingkah laku yang lalu, sekarang dan akan datang
berfungsi tanpa landasan teori bermakna mempraktikkan tanpa urutan peristiwa dan tidak
bersandarkan kerangka kerja yang logik. Keadaan ini akan menghasilkan intervensi yang tidak
teratur dan subjektif. Kaunselor memerlukan teori sebagai kerangka rujukan. Teori bertindak
sebagai pemandu arah dalam proses kaunseling. Pengamalan teori dapat mengurangkan
kerumitan situasi teraputik serta memberikan jalan untuk memahami dan mencari penyelesaian
kepada tindak balas emosi dalam hubungan kaunselor dan klien (Lovinger 1992). Selain itu, teori
dapat menjelaskan kemungkinan penyebab kepada mengapa klien bertingkah laku, berperasaan
dan berfikir sebegitu. Intervensi dapat dibuat berdasarkan andaian-andaian sepereti itu.
Ringkasnya, kaunselor harus mempunyai pengetahuan teori yang mencukupi dalam membantu
mengurangkan penderitaan manusia.

ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

ii.

KOD ETIKA DAN AKTA YANG BERKAITAN

Dalam Kod Etika Kaunselor, Bahagian C tercatat,


C.2.a. Sempadan kompetensi
Kaunselor hendaklah menjalankan kerja profesional mereka hanya dalam lingkungan
sempadan kompetensi berdasarkan kepada pendidikan, latihan, pengalaman diselia,
pentauliahan profesional serta pengalaman profesional yang bersesuaian. Kaunselor
hendaklah memperoleh ilmu pengetahuan, kesedaran peribadi, sensitiviti dan kemahiran,
yang berkaitan dengan perkhidmatannya melalui pelbagai klien.
Teori merupakan alat untuk membantu melaksanakan kaunseling, di mana teori membolehkan
kaunselor mengawal pemikirannya dengan lebih teratur serta dapat membantu mereka meneroka
dan menilai proses kaunseling. Namun begitu, latihan kaunseling di Malaysia kurang
menekankan aspek teori boleh menyebabkan lemahnya pengetahuan teori di kalangan kaunselor
(Laporan Kajian Pendidikan dan Latihan Kaunselor IPTA di Malaysia, Lembaga Kaunselor
Malaysia, 2000). Di dalam kurikulum universiti awam yang menawarkan Kursus Sarjanan Muda
dan Sarjana, didapati hanya 3 jam kredit diperuntukkan bagi subjek teori kaunseling. Berbanding
dengan latihan kaunselor di universiti di Amerika Syarikat, subjek teori kaunseling
diperuntukkan 4 jam kredit dan dijalankan secara menyeluruh, intensif dan ditawarkan
pengkhususan bagi teori.
Kaunselor sebagai pengamal kaunseling profesional, mereka perlu mendaftar dengan
Lembaga Kaunselor Malaysia, badan yang tertakluk di bawah Akta Kaunselor 1998 atau
Undang-undang Malaysia Akta 580. Ini bagi memudahkan Lembaga Kaunselor Malaysia
menyelia khidmat kaunseling yang mereka laksanakan di sekolah selain menyelia latihan serta
menentukan kelayakan seorang guru kaunseling. Statistik Lembaga Kaunselor Malaysia
menunjukkan hanya 2,540 guru sahaja mendaftar dengan lembaga yang diletakkan di bawah
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Sekiranya guru kaunseling tidak
berdaftar dan tidak mendapat sijil amalan daripada Lembaga Kaunselor Malaysia, tahap
profesionalisme dan ketepatan kaedah kaunseling yang diberi di sekolah tidak dapat
dipantau.

ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

Menurut Lembaga Kaunselor Malaysia, untuk mendapat K.B, P.A, sesebuah IPTA atau
pun IPTS perlu menawarkan sekurang-kurangnya 42 jam kredit dalam pengajian kaunseling.
Sekiranya pelatih tidak memenuhi syarat yang ditetapkan oleh LKM ini, sudah tentu mereka
tidak layak untuk mendapat sijil tersebut. Standard yang diberikan oleh LKM adalah bagi
menjamin pelatih menguasai teori kaunseling untuk digunakan selepas mereka memasuki alam
kerjaya sebagai kaunselor.

iii.

CONTOH KES
Selain dari itu, dengan pengetahuan melalui teori kaunseling, kaunselor dapat

menjelaskan sesuatu kejadian yang berlaku setelah membuat beberapa pemerhatian. Sebagai
contoh, dalam satu kes masalah tingkah laku pelajar yang mempunyai sikap yang suka membuli
di sekolah. Setelah kaunselor membuat pemerhatian mengenai latar belakang pelajar tersebut di
dapati bahawa kedua ibu bapa pelajar tersebut sering menggunakan kaedah hukuman kepadanya
jika melakukan kesalahan. Justeru, melalui teori kaunseling behaviorisme yang dipelajari,
kaunselor dapat menjelaskan bahawa tingkah laku tersebut merupakan salah satu impak negatif
kepada tingkah laku murid tersebut hasil daripada pelaziman operan yang diamalkan oleh kedua
ibu bapanya.
Teori kaunseling juga dapat membantu kaunselor untuk menguasai sesuatu keadaan
tertentu. Sebagai contoh, bagi mengatasi klien yang tidak mahu bekerjasama kaunselor boleh
menggunakan teori pelaziman operan di mana kaunselor memberikan peneguhan positif kepada
klien jika mengeluarkan sesuatu pendapat bagi merangsang klien supaya dapat bekerjasama
untuk meneruskan sesi kaunseling.

ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

iv.

KESIMPULAN

Di Malaysia pendekatan kaunseling adalah berasaskan amalan kaunseling dari Amerika Syarikat
yang didapati kurang sesuai terhadap klien yang beragama islam. Menurut Hassan Langgulung
(1990), kaunseling barat tidak sesuai diamalkan di Malaysia kerana didapati banyak amalan
yang bercanggah dengan nilai dan budaya tempatan yang melibatkan soal akidah , sosial,
hukum-hukum dan pendidikan di kalangan masyarakat islam. Tambah beliau lagi, semua
mazhab psikologi barat sebenarnya tidak mengkaji jiwa tetapi tingkah laku. Ini disokong oleh
Halim Othman (1986), yang mendakwa aspek kerohanian dalam teori Freud adalah suatu yang
tidak dianggap penting.
Namun begitu, Elias (1997), mengutarakan proses teraputik kaunseling yang dikenali
sebagai Iman Centered Therapy ( ICT) sebagai alternatif. Beliau menyarankan kaunselor
mempraktikkan enam langkah ini dalam sesi yang dijalankan. Kaunselor perlu mewujudkan
hubungan, meneroka nilai yang ditetapkan oleh klien, menilai compatibility nilai, menilai
compatibility nilai islam, membuat keputusan dan melaksanakan tindakan dan yang akhir adalah
menilai semula dan penamatan.
Selain itu, Othman Mohamed (2000), memperkenalkan Teori Psikologi ad Din sebagai
suatu usaha memenuhi unsur spirituality dalam dimensi pendekatan teori kaunseling. Beliau
mengungkapkan teori ini bertujuan melahirkan kesedaran baru dengan menggunakan tekad dan
akal klien bagi menjana perubahan.

ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

ISU DALAM AMALAN KAUNSELING


v.

PENGENALAN
Secara umunya etika adalah merupakan satu garis panduan yang digunakan bagi

membantu seseorang ahli profesional menjalankan tugasnya mengikut peraturan yang telah
ditetapkan.Pada dasarnya istilah etika berasal daripada istilah Yunani iaitu ethos yang
bermaksud hukum, adat resam, budi pekerti dan kebiasaan.Secara umumnya terdapat tiga ciri
utama etika iaitu bertindak sebagai peraturan, manual kerja atau prosedur kerja, dan nilai-nilai
murni yang perlu dipatuhi (Professional Counseling, 2010).Etika memainkan peranan penting
dalam menjalankan tugas dan peranan dalam pekerjaan, matlamat utama etika digubal adalah
untuk membimbing ke arah tahap profesional yang lebih tinggi (Francis, 2009).Etika dalam
kaunseling adalah merupakan salah satu contoh etika yang ditekankan dalam bidang
perkhidmatan kaunseling yang perlu dipatuhi oleh kaunselor bagi mengukuhkan lagi tahap
profesional mereka.
Dalam perkhidmatan kaunseling terdapat beberapa kod etika yang boleh dijadikan
sebagai panduan dan rujukan, antaranya ialah seperti kod etika yang digariskan oleh Persatuan
Kaunseling Amerika (ACA). Lazimnya setiap negara mempunyai kod etika dalam amalan
kaunseling yang dijalankan dalam negara tersebut, sebagai contohnya di malaysia badan yang
bertanggungjawab mengeluarkan kod etika dan prinsip-prinsip kaunseling dijalankan oleh
Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA). Secara amnya kesemua kod etika yang digariskan
oleh persatuan-persatuan kaunseling tersebut mempunyai persamaan iaitu menitikberatkan
amalan profesionalisme kaunselor dan hal ehwal kebajikan klien.Matlamat utama etika ini
digubal adalah untuk menjamin perkhidmatan kaunseling agar menjadi lebih cekap, telus,
amanah, serta menjamin keselamatan dan kerahsiaan klien.
Terdapat pelbagai etika yang ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling, secara
ringkasnya etika profesional yang ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling dapat dibahagikan
kepada empat prinsip etika yang utama iaitu yang pertama ialah autonomi, merujuk kepada
syarat yang membenarkan klien untuk bebas membuat pilihan.Prinsip kedua ialah bukan
berbentuk kejahatan (nonmaleficence), iaitu merujuk kepada tindakan kaunselor untuk mengelak

ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

daripada perkara-perkara yang membawa mudarat kepada klien.Prinsip ketiga ialah kepatuhan
yang merujuk kepada persetujuan limitasi perhubungan di antara kaunselor dengan
klien.Seterusnya prinsip yang keempat ialah kebajikan yang merujuk kepada tindakan kaunselor
untuk memberikan hasil yang positif kepada klien (Pack-Brown & Williams, 2003). Huraian
dalam perbincangan kertas kerja ini akan memfokuskan kepada rasional penekanan etika
profesional dalam perkhidmatan kaunseling.

Penekanan etika profesional dalam perkhidmatan kaunseling


Dalam profesion menolong, etika adalah merupakan panduan yang dapat memastikan
tugas kaunselor dapat dijalankan dengan lebih cekap selari dengan matlamat kaunseling yang
ingin dicapai.Antara tujuan utama etika profesional sangat ditekankan dalam perkhidmatan
kaunseling adalah untuk menjadikan kaunselor menjadi lebih cekap dimana sebarang kesilapan
yang dilakukan oleh kaunselor dapat diminimakan. Selain itu, etika yang ditekankan akan dapat
meningkatkan keberkesanan perkhidmatan kaunseling yang dijalankan (Sapora Sipon, Ahmad
Jazimin Jusoh & Hapsah Md. Yusof, 2002).
Dari segi rasionalnya, etika profesional ini dapat membantu seseorang kaunselor dapat
menjalankan tugas dan peranan mereka dengan lebih baik. Dari sudut pandangan masyarakat,
kaunselor dilihat sebagai seorang model sosial yang baik kerana mereka terlibat dengan
profesion menolong, oleh itu jika berlaku perkara-perkara seperti ketidakcekapan yang dilakukan
oleh kaunselor maka tanggapan masyarakat mungkin akan berubah terhadap kaunselor dan ahliahli profesional yang lainnya. Dalam hal ini, ketidakcekapan seorang kaunselor lazimnya akan
digeneralisasikan secara keseluruhannya oleh segelintir individu terhadap profesion kaunseling.
Sebagai contohnya disini segilintir individu dalam masyarakat tentu akan memandang serong
terhadap profesion seorang kaunselor apabila mereka mendengar kes-kes dimana kaunselor yang
melanggar etika seperti melakukan aktiviti seksual dengan klien mereka atau cubaan mencabul
kehormatan klien mereka. Kesannya masyarakat akan sentiasa memberi kritikan sehingga
membentuk stereotaip secara keseluruhannya ke atas mereka yang berada dalam bidang
profesion kaunseling. Oleh sebab itulah mengapa etika profesional dalam perkhidmatan
kaunseling sangat ditekankan untuk mengelak kaunselor bertindak di luar daripada etika yang

ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

digariskan, jika etika profesional dipatuhi oleh kaunselor maka perkhidmatan kaunseling akan
dapat dijalankan dengan cekap dan baik.
Satu lagi faktor yang menyebabkan etika sangat ditekankan dalam perkhidmatan
kaunseling ialah menggalakkan kaunselor mengarah ke arah tahap profesional. Dalam profesion
kaunseling, profesionalisme membantu membawa kepada nama baik (good will) kepada mereka
yang yang mengamalkan kod etika dengan baik (Francis, 2009). Secara rasionalnya apabila
seseorang kaunselor mempunyai nama baik maka ini tentu akan mengekalkan reputasi baik
mereka dan boleh membawa manfaat yang lain kepada mereka. Sebagai contohnya bagi
kaunselor profesional yang mempunyai reputasi yang baik, hal ini akan menyebabkan mereka
mudah mendapatkan klien untuk menerima perkhidmatan kaunseling daripada mereka kerana
klien biasanya akan lebih yakin dengan kaunselor-kaunselor yang mempunyai nama baik dan
rekod reputasi yang baik dalam menjalankan perkhidmatan kaunseling mereka.

Penekanan prinsip etika di dalam persetujuan termaklum (informed consent)


Salah satu etika profesional utama yang ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling ialah
persetujuan termaklum. Menurut Fisher (2003), persetujuan termaklum adalah merupakan
perjanjian utama bagi melindungi hak-hak privasi klien yang dilakukan pada awal sebelum
perkhidmatan kaunseling dijalankan. Prinsip etika ini menekankan kepada keperluan seseorang
kaunselor untuk memberikan penerangan yang secukupnya kepada klien tentang perkara-perkara
berkaitan matlamat kaunseling, teknik dan prosedur dalam perkhidmatan kaunseling, kerahsiaan,
limitasi dan risiko tertentu serta hal-hal penting lain yang melibatkan kaunselor dan juga klien.
Dalam hal ini kaunselor juga seharusnya menjelaskan dengan lebih mendalam kepada klien
terhadap perkara-perkara seperti implikasi daripada proses kaunseling, penarikan diri daripada
terus menerima perkhidmatan, pengunaan ujian dan laporan serta jumlah bayaran bagi khidmat
kaunseling yang dijalankan tersebut.
Secara rasionalnya dengan adanya etika ini, klien dapat mengetahui dengan lebih
mendalam dan dapat memberi gambaran secara kasar tentang proses-proses yang akan berlaku
pada keseluruhan khidmat kaunseling yang diterima oleh mereka. Klien juga akan dapat menilai
sejauhmana keberkesanan daripada khidmat kaunseling yang bakal dijalankan di samping

ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

mempunyai kebebasan untuk menarik diri jika syarat-syarat yang dijelaskan seperti mana yang
dijelaskan oleh kaunselor tidak dipatuhi. Selain itu, melalui makluman dan penjelasan yang
diberikan juga membantu klien untuk mengelak daripada sebarang penipuan dalam aspek-aspek
tertentu seperti bayaran bagi khidmat kaunseling yang dijalankan, klien juga dapat mengetahui
hak-hak mereka dalam undang-undang.Bagi kaunselor pula, perkara-perkara yang dijelaskan
dalam etika persetujuan termaklum ini berperanan sebagai panduan kepada mereka untuk
menjalankan perkhidmatan kaunseling secara cekap dan telus sesuai dengan prinsip profesional
yang dipegang oleh mereka. Dengan erti kata lainnya kaunselor akan melaksanakan tugas
berdasarkan kepada apa yang telah dijelaskan dan dimaklumkan kepada klien.

Penekanan prinsip etika dalam aspek kerahsiaan.


Seterusnya etika profesional yang sangat ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling
ialah prinsip kerahsiaan.Berdasarkan etika yang digariskan, seseorang kaunselor tidak boleh
mendedahkan maklumat sulit tanpa persetujuan daripada klien.Kaunselor juga harus memastikan
bahawa setiap rekod maklumat berkaitan klien seperti laporan, rakaman kaset dan video
disimpan di tempat yang selamat dan hanya pihak yang mempunyai kuasa tertentu sahaja boleh
mendapatkan rekod maklumat tersebut (ACA, 2005).Prinsip kerahsiaan dalam etika kaunseling
ini sangat penting dan perlu diterangkan kepada klien pada setiap sesi kaunseling yang
dijalankan.
Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan prinsip etika ini sangat rasional
ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling. Salah satu di antaranya ialah untuk mengelakkan
klien daripada menerima keaiban daripada orang lain, sebagai contohnya klien tersebut mungkin
terlibat dengan isu-isu sensitif atau peristiwa trauma yang berlaku dalam dirinya seperti
penderaan, menjadi mangsa rogol, masalah seksual, terlibat dengan penyalahgunaan dadah,
mempunyai keinginan untuk membunuh diri, menyertai kumpulan haram dan sebagainya. Setiap
klien yang menerima perkhidmatan kaunseling tidak akan dapat mengelak daripada meluahkan
pengalaman tidak kira pahit atau pun manis terhadap kaunselor. Oleh itu prinsip kerahsiaan
dalam bidang kaunseling ini sangat rasional ditekankan agar menjadikan klien lebih yakin,
percaya dan berasa selamat dengan maklumat yang mereka dedahkan.klien juga dapat
meluahkan masalah yang dihadapinya dengan rasa bebas tanpa wujud perasaan ragu-ragu.

10

ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

Kesannya hal ini akan menyebabkan kaunselor mudah mengenalpasti masalah yang dihadapi
oleh klien. Dengan adanya prinsip kerahsiaan ini, kaunselor akan dapat menonjolkan diri sebagai
individu yang boleh dipercayai, amanah dan bertanggungjawab untuk menjaga hak dan
kepentingan privasi klien.
Penekanan prinsip etika dalam aspek keadilan
Satu lagi prinsip utama dalam etika profesional perkhidmatan kaunseling ialah keadilan.
Prinsip etika ini menekankan kaunselor bersikap adil secara sama rata terhadap klien yang
datang mendapatkan bantuan kaunseling. Mengikut etika ini, kaunselor tidak boleh
mengamalkan atau melakukan diskriminasi terhadap perbezaan manusia dari segi aspek-aspek
seperti budaya, umur, gender, bangsa, etnik, agama, kepercayaan, ketidakupayaan fizikal dan
mental, orientasi seksual, bahasa yang digunakan, status perkahwinan, status sosioekonomi dan
apa-apa sahaja yang membezakan di antara klien dengan kaunselor (NCDA, 2007). Kaunselor
seharusnya perlu mengambil kira isu-isu sensitif yang dimiliki oleh klien.Kaunselor haruslah
mempunyai kemampuan mengubah perasaan negatif mereka terhadap sesetengah klien suapaya
klien merasa diri mereka dihormati (Sapora Sipon, Ahmad Jazimin Jusoh & Hapsah Md. Yusof,
2002).
Dalam hal ini, terdapat rasionalnya mengapa etika keadilan ini sangat ditekankan, perkara
ini dapat membantu klien berasa selesa semasa menerima khidmat kaunseling. Bayangkan jika
seseorang kaunselor itu menekan klien dengan isu-isu sensitif yang tidak disukainya, keadaan ini
akan membawa kepada kesan negatif kepada klien tersebut. Keadilan dalam perkhidmatan
kaunseling ini bukan sahaja terhad kepada isu-isu yang sensitif tetapi juga kepada pengalamanpengalaman lepas yang dilalui oleh klien. Sebagai contohnya kaunselor tidak sepatutnya cuba
menghakimi klien tentang pengalaman lepas klien yang pernah terlibat dengan masalah mendera
anak-anaknya dengan teruk. Akibatnya apabila berlaku perkara-perkara seperti ini, persepsi
negatif akan wujud di antara kaunselor dan juga klien, contohnya dalam situasi tadi kaunselor
akan cenderung menilai klien sebagai seorang yang jahat kesannya klien mula hilang
kepercayaan kepada kaunselor dan beranggapan bahawa tidak ada sesiapa lagi di dunia ini yang
sudi memaafkan kesalahan lampaunya. Situasi-situasi seperti ini akan menjejaskan perjalanan
kaunseling, kesannya matlamat kaunseling yang dibina tidak tercapai. Perkara ini membuktikan
kepada kita bahawa etika keadilan dalam perkhidmatan kaunseling sangat penting, ia juga

11

ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

menjadi garis panduan kepada kaunselor agar tidak bersikap prejudis kepada klien dan melayan
klien secara sama rata tanpa mengimbilkira perbezaan yang ada pada manusia.
Penekanan prinsip etika dalam aspek kesejahteraan (wellness)
Kod etika profesional juga mengariskan bahawa dalam perkhidmatan kaunseling,
kaunselor seharusnya menjaga kesejahteraan klien yang datang mendapatkan khidmat
kaunseling. Etika ini menekankan seseorang kaunselor perlu menggalakkan pertumbuhan dan
perkembangan klien dengan cara memelihara minat dan kesejahteraan klien (Pack-Brown &
Williams, 2003). Kesejahteraan klien tersebut termasuklah memberi perlindungan kepada klien
dari segi fizikal, emosi dan juga trauma psikologikal.Selain itu, etika ini juga menggariskan
bahawa klien tidak boleh diperalatkan untuk kepentingan diri kaunselor bagi tujuan kewangan,
emosi, seksual dan sebagainya. Seseorang kaunselor tidak boleh menyalahgunakan hasil
penilaian dan intrepretasi dalam kaunseling dan mereka juga bertanggungjawab untuk
menghalang orang lain daripada menggunakan maklumat tersebut. Bagi menjaga perasaan klien,
kaunselor juga perlu menghormati hak klien yang mana klien berhak untuk mengetahui
keputusan sesi yang dijalankan, intrepretasi, kesimpulan dan cadangan-cadangan yang dibuat
oleh kaunselor (ACA, 2005).
Secara rasionalnya etika ini ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling adalah agar
memastikan bahawa kebajikan dan kepentingan klien dapat dijaga sepanjang mereka menerima
khidmat kaunseling. Bayangkanlah jika terjadi perkara-perkara yang tidak diingini dalam sesi
kaunseling sehingga menyebabkan emosi dan mental klien terganggu disebabkan oleh kaunselor,
maka perkara ini boleh menyebabkan matlamat kaunseling yang dibina di antara klien dan
kaunselor tidak akan dapat tercapai. Matlamat utama perkhidmatan kaunseling adalah untuk
membimbing klien dalam mencari penyelesaian masalah dan bukannya untuk lebih
memudaratkan lagi keadaan klien dengan menyebabkan emosi dan mental mereka
terganggu.Oleh yang demikian, etika untuk menjaga kesejahteraan klien ini sangat ditekankan
dalam perkhidmatan kaunseling bagi mengelak kaunselor bertindak yang tidak sepatutnya
dilakukan. Etika ini juga membantu ke arah proses menolong secara profesional dimana dengan
adanya sikap untuk melindungi klien dan menjaga kesejahteraan mereka dari aspek fizikal,
emosi dan juga psikologikal maka perkhidmatan kaunseling yang dijalankan akan dapat
dilaksanakan dengan baik dan lebih berkesan.

12

ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

Penekanan prinsip etika perhubungan kaunselor dan klien dalam kaunseling


Satu lagi aspek yang ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling adalah etika berkaitan
dengan perhubungan kaunselor dengan klien dan juga ahli profesional yang lain. Etika
profesional ini menggariskan bahawa seseorang kaunselor tidak boleh menjalankan
perkhidmatan kaunseling dengan klien yang mempunyai pertalian atau hubungan tertentu dengan
kaunselor, jika perkara itu berlaku kaunselor hendaklah merujuk klien tersebut kepada ahli
profesional yang lain. selain itu, kaunselor juga harus mengelak hubungan hubungan dua hala
(dual relationship) dengan klien yang boleh mempengaruhi penilaian profesional ataupun apaapa yang boleh menyebabkan risiko kemudaratan kepada klien (Pack-Brown & Williams, 2003).
Sebagai contohnya disini kaunselor terlibat dengan perhubungan intimasi dan seksual dengan
klien. Dalam etika profesional seseorang kaunselor tidak boleh mengadakan sebarang interaksi
dan hubungan peribadi dengan klien ataupun mana-mana ahli keluarga klien dalam jangka masa
selama lima tahun selepas perkhidmatan kaunseling terakhir dilakukan. Selain itu terdapat juga
etika lain yang melibatkan perhubungan di antara kaunselor dengan klien, antaranya ialah
kaunselor tidak boleh terlibat dengan aktiviti yang memberi kepentingan kepada mereka seperti
terlibat dengan perniagaan atau aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh klien.
Dalam hal ini terdapat rasional mengapa etika ini ditekankan oleh kaunselor dalam
perkhidmatan kaunseling. Salah satu perkara yang menyebabkan etika ini rasional ditekankan
ialah jika klien yang datang mendapatkan perkhidmatan kaunseling tersebut adalah merupakan
ahli keluarga, saudara mara dan orang-orang yang dikenali seperti sahabat handai maka hal ini
sudah tentu akan mempengaruhi pertimbangan kaunselor secara profesional ketika melakukan
sesi kaunseling. Begitu juga halnya pertimbangan wajar sebagai seorang kaunselor juga akan
terganggu jika mereka terlibat dengan sebarang perhubungan emosi (percintaan) dan seksual
dengan klien, apabila keadaan seperti ini berlaku sesi kaunseling yang dijalankan cenderung
akan berubah kepada suasana romantik yang mana ia boleh mempengaruhi pemikiran dan emosi
kaunselor. Keadaan seperti ini boleh lari daripada prinsip profesionalisme yang dipegang oleh
seseorang kaunselor, sebagai akibatnya perkara-perkara seperti ini boleh menjejaskan matlamat
proses kaunseling.

13

ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

vi.

KOD ETIKA DAN AKTA YANG BERKAITAN


PERATURAN-PERATURAN KAUNSELOR
( KELAKUAN DAN TATATERTIB ) 1999
BAHAGIAN II
KELAKUAN

3. Tatakelakuan.
( 1 ) Seseorang kaunselor berdaftar hendaklah mematuhi Akta Kaunselor 1998 dan
melaksanakan tugasnya dengan sewajarnya.
( 2 ) Dalam mempertahankan dan mengekalkan maruah, taraf dan reputasi seseorang kaunselor,
seseorang kaunselor berdaftar hendaklah
(a) sentiasa mengutamakan kepentingan kliennya dan tidak memperalatkan klien untuk
kepentingan dirinya sendiri;
(b) menghormati hak peribadi klien dan menyifatkan segala maklumat yang diperolehi
semasa kaunseling sebagai rahsia melainkan, jira mengikut budi bicara kaunselor
maklumat yang diperolehi boleh atau dianggap membahayakan klien atau orang lain di
persekitarannya;
(c) memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi kliennya;
(d) memberitahu klien tentang tanggungjawab klien dalam pembentukan diri dan tingkah
lakunya dan kaunselor berdaftar hendaklah menghormati apa-apa keputusan yang dibuat
oleh klien kemudiannya;
(e) menjelaskan kepada klien tentang keperluan, proses dan implikasi perkhidmatan
kaunseling yang diberikan; dan
(f) merujukkan kliennya kepada pakar yang relevan sekiranya kaunselor berdaftar itu
mendapati klien tersebut memerlukan perkhidmatan pakar di luar bidang kepakaran
kaunselor berdaftar itu.

14

ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

KOD ETIKA KAUNSELOR


BAHAGIAN A
PERHUBUNGAN MENOLONG
A.1. Kebajikan mereka yang diberi perkhidmatan oleh kaunselor
A.1.a Tanggungjawab utama
Tanggungjawab utama kaunselor ialah menghormati maruah dan memupuk kebajikan klien.

A.2. Persetujuan termaklum di dalam perhubungan kaunseling


A.2.a. Persetujuan termaklum
Klien mempunyai kebebasan memilih untuk memasuki atau terus berada di dalam sesuatu
perhubungan kaunseling. Klien memerlukan maklumat yang cukup mengenai proses kaunseling
dan kaunselor. Kaunselor mempunyai obligasi untuk menjelaskan secara bertulis dan lisan
kepada kliennya menganai hak-hak dan tanggungjawab kaunselor dan klien. Persetujuan
termaklum merupakan sesuatu yang berlaku terus menerus di dalam proses kaunseling, dan
kaunselor hendaklah mendokumenkan persetujuan termaklum, sepanjang perhubungan
kaunseling dengan cara yang sesuai.
A.5. Peranan dan hubungan dengan klien
A.5.a. Klien semasa
Interaksi atau hubungan seksual atau romantik diantara kaunselor dengan klien semasa, pasangan
romantik klien atau ahli keluarga klien adalah dilarang.

BAHAGIAN B
KERAHSIAAN, KOMUNIKASI PRIVILEJ, DAN PRIVASI
B.1. Menghormati hak-hak klien
B.1.a. Pertimbangan multibudaya dan kepelbagaian
Kaunselor perlu sedar dan peka terhadap makna kerahsiaan dan privasi mengikut budaza.
Kaunselor hendaklah menghormati pandangan yang berbeza mengenai pendedahan maklumat.
Kaunselor juga perlu mengadakan perbincangan terus menerus dengan klien mengenai
bagaimana, bila, dan dengan siapa maklumat ini dikongsi.
B.1.b. Menghormati privasi
Kaunselor perlu menghormati hak klien untuk mendapat privasi klien. Kaunselor mendapatkan
maklumat sulit daripada klien hanya apabila ianya berfaedah lepada proses kaunseling.

15

ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

B.1.c. Menghormati kerahsiaan


Kaunselor tidak boleh berkongsi maklumat rahsia tanpa persetujuan klien atau tanpa justifikasi
etika atau undang-undang yang mantap.
B.1.d. Penjelasan menganai batasan
Di peringkat awal dan sepanjang proses kaunseling, kaunselor perlu memberitahu klien
mengenai batasan kerahsiaan dan mengenal pasti situasi tertentu yang diduga di mana kerahsiaan
mesti didedahkan.

BAHAGIAN C
TANGGUNGJAWAB PROFESIONAL
C.5 Kaunselor dilarang terlibat di dalam atau membenarkan apa-apa bentuk diskriminasi
berdasarkan umur, budaya, ketidakupayaan, etnik, ras, agama/kepercayaan, jantina, status
perkahwinan/ pasangan, bahasa pilihan, status sosioekonomi atau sebarang asas yang ditetapkan
oleh undang-undang. Mereka juga dilarang mengamalkan diskriminasi terhadap klien, pelajar,
pekerja, pekerja,individu yang diselia atau peserta yang terlibat dalam penyelidikan dengan cara
yang memberikan impak negatif kepada individu itu.

16

ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

vii.

CONTOH KES

Kes 1 :
Olympia-Jabatan Kesihatan menahan seorang kaunselor Preston Carbery yang memiliki
license of Mental Health(CLH 00006880) di atas kesalahan melakukan hubungan seksual
semasa mengendalikan kaunseling. Carbery disabitkan kesalahan pada 7 September 2005 di
Steven County Supervisor Court dengan melakukan 3 kali perkosaan ke atas kliennya. Carbery
didapati tidak dapat menjadi seorang kaunselor yang baik, dan beliau yang masih mempunyai
kontrak dengan Jabatan Perkhidmatan Sosial dan Kesihatan yang menyediakan perkhidmatan
kaunseling kesihatan kepada kliennya.
Tuduhan ini menyatakan Carbery terlibat dengan hubungan seksual dengan dua orang
klien perempuan semasa mengadakan perkihmatan kaunseling. Carbery juga didapati bersalah
kerana cuba menakutkan kliennya dengan mengugut sekiranya kejadian tersebut dilaporkan
kepada Jabatan Perkhidmatan Sosial, Carbery akan mengancam anak-anak kliennya. Carbery
mempunyai 20 hari untuk memberikan maklum balas di atas tuduhan tersebut.
Daripada kes tersebut, didapati kaunselor telah menyalahi etikanya sebagai seorang
kaunselor yang bertauliah kerana merujuk kepada Kod Etika Kaunselor 2005, batasan seksual ,
bukan sahaja bersifat fizikal tetapi juga melibatkan pertuturan. Contohnya, kaunselor dilarang
menggunakan ayat-ayat yang berbaur lucah. Justeru itu, gangguan seksual akan menyebabkan
ahli-ahli kelompok tidak selamat dan kebolehpercayaannya terhadap kaunselor tergugat.

Kes 2 :
Seorang kaunselor pembimbing didapati bersalah kerana mengadakan seks dengan
kliennya yang berusia 16 tahun. Jenniffer Villacrusis disabitkan kesalahan minggu lepas, kerana
menyalahgunakan kuasanya sebagai kaunselor dan secara tidak langsung melanggar etika
seorang kaunselor. Menurut laporan polis, beliau dan pelajar melakukan kesalahan tersebut di
pejabatnya,Hugesville Junior High School dan di rumah kediamannya. East Lycony School
Superintendent Dave Price, mengesahkan Villacrusis telah digantung bekerja pada hari Selasa,
dan kes ini akan didengar pada 22 Januari di bilik mesyuarat. Ahli mesyuarat akan membuat

17

ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

keputusan sama ada beliau akan terus atau berhenti daripada kerjaya sebagai seorang kaunselor.
Polis turut mengesahkan satu penyiasatan terhadap remaja tersebut terpaksa ditangguhkan kerana
Villacrusis tidak memberikan kerjasama. Penyiasatan ini bermula minggu lepas selepas
Villacrusis mendapatkan perkhidmatan hospital dan memberitahu kepada seorang jururawat
bahawa dia telah dirogol dan tidak mahu membuat laporan polis.

viii.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya dapatlah dijelaskan bahawa penekanan etika profesional dalam


perkhidmatan kaunseling boleh membawa kepada manfaat penting kepada pihak-pihak yang
terlibat dalam proses kaunseling iaitu kaunselor, klien mahupun kepada ahli-ahli profesional lain
yang berada dalam bidang profesion kaunseling. Etika yang digariskan dalam kaunseling secara
amnya bertujuan untuk memastikan perkhidmatan kaunseling dapat dilaksanakan dengan baik
seperti mana matlamat kaunseling yang sepatutnya yang ingin dicapai. Selain itu, etika
profesional yang ditekankan juga adalah bertujuan untuk mengurangkan kesilapan-kesilapan
biasa yang dilakukan oleh kaunselor yang mana ianya boleh menggangu proses perjalanan dalam
memberikan perkhidmatan yang dilakukan secara profesional. Oleh sebab itulah terdapat
rasionalnya mengapa etika-etika profesional ini perlu diberi perhatian oleh pihak-pihak yang
terlibat dalam perkhidmatan kaunseling.

18

ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

ISU DALAM PENYELIDIKAN KAUNSELING


i.

PENGENALAN

Bidang penyelidikan merupakan satu bidang yang semakin diperlukan pada masa
sekarang. Hal ini kerana pada masa sekarang keperluan ini sangat diperlukan bagi
mempertingkatkan lagi profesionalisme kaunselor dalam perkhidmatan bidang kaunseling.Pada
zaman yang semakin mencabar segala perkara atau pendekatan terapi yang ingin dilaksanakan
perlulah mempunyai bukti yang sah dan dapat diperjelaskan secara empirikal.Sebagai
contoh,dalam perkhidmatan menyediakan kesihatan mental yang baik terhadap masyarakat
perlulah mempunyai maklumat yang spesifik mengenai rawatan yang disediakan dan bukan
hanya mengeluarkan data yang menunjukan bahawa sesuatu rawatan tersebut sangat
berkesan.Oleh itu,mereka yang bekerja dalam bidang pendidikan dan agensi yang terlibat dengan
komuniti masyarakat bertanggungjawab bagi menghasilkan kajian-kajian yang dapat dijadikan
sebagai panduan kepada pengkaji-pengkaji yang lain.Selain itu,melalui penyelidikan juga secara
tidak langsung kaunselor akan dapat mempelajari sesuatu ilmu dalam perspektif yang lebih
meluas,tanggunjawab kaunselor untuk memastikan bahawa segala teknik atau pendekatan yang
dibawa terhadap klien tidak disalahgunakan oleh kaunselor ,membangunkan idea dan pendekatan
yang baru, penggunaan kaunseling dalam bidang yang baru contohnya seperti kes yang
melibatkan bencana alam dan trauma dan juga berupaya untuk meningkatkan pembangunan
professional kaunselor.
Menurut McLeod,1994,penyelidikan adalah satu proses yang sistematik dan memerlukan
siasatan yang rapi seterusnya membawa kepada cadangan atau kesimpulan yang sah untuk
disampaikan kepada orang lain yang berminat.
Terdapat beberapa isu-isu yang sering berlaku dalam penyelidikan iaitu berkaitan dengan
persetujuan termaklum, penipuan dalam penyelidikan yang melibatkan psikologikal, using
placebos, withholding treatment, research with training dan personal- growth group, and
cultural diversity in research.

19

ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

ii.

KOD ETIKA DAN AKTA YANG BERKAITAN

Bahagian G : Penyelidikan dan penerbitan


G.2. Hak-hak peserta penyelidikan
G.2.a. Persetujuan termaklum dalam penyelidikan
a) Individu berhak memberi persetujuan untuk menjadi peserta penyelidikan. Dalam mendapatkan
persetujuan itu kaunselor hendaklah mengguna bahasa yang:
b) Menerangkan tujuan dan prosedur yang perlu diikuti dengan tepat;
c) Mengenal pasti sebarang prosedur yang berbentuk eksperimen atau yang belum dicuba dengan
meluas;
d) Menghuraikan apa-apa ketidakselesaan dan risiko yang terlibat;
e) Menghuraikan apa-apa faedah atau perubahan pada diri individu atau organisasi yang
dijangkakan;
f) Mendedahkan prosedur alternatif yang sesuai yang akan memberi kebaikan kepada peserta;
g) Sedia menjawab apa-apa pertanyaan berkaitan dengan prosedur;
h) Menjelaskan apa-apa batasan tentang kerahsiaan;
i)

Menjelaskan format penerbitan dapatan penyelidikan dan bakal pembaca yang disasarkan; dan

j)

Memaklumkan peserta yang mereka bebas untuk menarik balik persetujuan dan tidak meneruskan
penyertaan mereka di dalam projek pada bila-bila masa tanpa penalti.

G.2.e. Kerahsiaan maklumat


Maklumat yang diperoleh mengenai peserta penyelidikan sewaktu menjalankan kajian adalah rahsia.
Sekiranya wujud kemungkinan orang lain mempunyai akses kepada maklumat tersebut, amalan etika
penyelidikan memerlukan kemungkinan tersebut serta rancangan untuk melindungi kerahsiaan dijelaskan
kepada peserta sebagai sebahagian daripada prosedur untuk mendapatkan persetujuan termaklum.

Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) seksyen 49, Bahagian II (7) : Ujian Kaunseling dan
Psikologi
(2) Seseorang kaunselor berdaftar yang memberikan khidmat ujian hendaklah memberi
penerangan yang lengkap kepada klien mengenai ujian yang akan dijalankan ke atasnya supaya
keputusan ujian itu dapat difahami dan diterima oleh klien dalam perspektif yang betul.

20

ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

iii.

CONTOH KES

Kes 1
Kes yang berkaitan dengan Hannah: Isu Persetujuan Termaklum
(Informed Consent)

Hannah telah merekabentuk satu prosedur kajian untuk menilai hasil dan proses rawatan
daripada programnya.Beliau sangat yakin bahawa bagi memastikan bahawa data yang
diperolehi adalah sah,beliau tidak melakukan prosedur yang berkaitan dengan
pemberitahuan persetujuan klien.Hal ini kerana Hannah tidak mahu mempengaruhi
kliennya

atau menyebabkan kajian yang dijalankan akan menjadi bias. Hannah

merasakan bahawa apa yang dilakukannya adalah suatu perkara yang sah kerana ianya
tidak melibatkan kesan yang negatif terhadap klien atau subjek kajiannya.

Komen berdasarkan kepada kes Hannah:


1) Tidak membuat pemberitahuan persetujuan bersama kliennya dan menyebabkan kliennya
tidak mengetahui bahawa Hannah sedang menjalankan aktiviti penyelidikan yang
menggunakan pendekatan teraputik dalam kajiannya.
2) Hannah perlu membuat pemberitahuan persetujuan kerana kajian yang dijalankan oleh
Hannah adalah melibatkan emosi klien yang mana kliennya mempunyai hak untuk
mengetahui prosedur yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan oleh Hannah dan
kesan-kesan yang akan diterima oleh mereka.
3) Subjek kajian Hannah juga mempunyai hak iaitu sama ada bersetuju atau menolak untuk
menjadi subjek kajian dalam penyelidikan yang dijalankan oleh Hannah.

21

ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

Kes 2
Kes yang berkaitan dengan Hope : Isu yang melibatkan Withholding Treatment

Hope bekerja dengan kumpulan individu yang telah didiagnoskan mengalami depressive
psychotic di sebuah hospital.Hope mempunyai minat yang mendalam untuk melakukan
satu pencegahan yang teraputik terhadap klien yang mengalami kemurungan.Dalam
kajian yang dilakukannya beliau telah membuat kombinasi antara terapi dan juga
prosedur penyelidikan. Secara spesifiknya, Hope menggunakan pendekatan tingkahlaku
dan kognitif.Beliau mempunyai rekabentuk kajian yang spesifik terhadap teknik rawatan
yang bersesuaian berdasarkan kepada kelompok pesakit yang tertentu, dan beliau juga
sangat berhati-hati dalam pengawasan untuk melihat perkembangan program rawatan
tersebut. Hope percaya nilai melalui pendekatan tingkahlaku kognitif terhadap pesakit
kemurungan dan beliau juga sangat menjaga mengenai professional dan tanggungjawab
etika untuk mengukur kesahan dan kebolehpercayaan strategi dalam rawatannya. Bagi
membolehkan beliau mengetahui prosedur rawatan berupaya membawa perubahan dalam
tingkahlaku pesakit, beliau perlu mempunyai kumpulan pesakit yang tidak menerima
rawatan untuk membuat perbandingan. Apabila beliau dicabar mengenai etika dalam
bentuk rawatan yang dilakukannya beliau menyatakan bahawa apa yang dilakukan
olehnya mengikut prosedur dalam penyelidikan.

Kes yang telah diubahsuai : Placebo Controls.


Melalui rawatan yang menggunakan kaedah placebo controls, kumpulan ini tidak
menerima rawatan, namun diyakinkan oleh pengkaji bahawa mereka adalah kumpulan
yang menerima rawatan.Melalui kaedah ini hasil yang diperolehi lebih cepat dan
memberi manfaat kepada klien.

22

ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

Komen berdasarkan kepada kes Hope:


Pertimbangan istimewa Kaunseling berkaitan Etika dan penyelidikan rawatan.
1) Rekabentuk eksperimental iaitu Withholding treatment dan placebo controls:

Rawatan eksperimen adalah sesuatu yang tidak beretika namun begitu ianya
memberi manfaat kepada pesakit. Walaupun kaedah rawatan ini tidak dapat
dijamin keberkesanannya namun ianya boleh membantu dalam penghasilan
sesuatu keadah baru untuk pencegahan.

2) Kesan terhadap rawatan tersebut:

Pengkaji hendaklah menjelaskan kepada peserta mengenai kesan rawatan


tersebut. Hal ini bagi memastikan bahawa tidak berlaku sesuatu yang boleh
memudaratkan kepada peserta yang mengambil bahagian dalam penyelidikan
ini.Bagi mereka yang mengambil bahagian dalam penyelidikan ini hendaklah
dijelaskan dengan terang dan nyata berkaitan dengan persetujuan termaklum.

3) Menjamin kerahsiaan maklumat klien dan melindungi hak dan privasi serta maruah
klien.Pengkaji hendaklah memastikan bahawa segala maklumat atau data yang diperolehi
semasa melakukan kajian disimpan dengan rapi dan tidak mudah untuk diperolehi oleh
orang lain yang tidak berkenaan.

23

ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

iv.

IMPLICATION IN PRACTICES PERANAN KAUNSELOR

Bagi memastikan bahawa kaunselor dapat melaksanakan penyelidikan yang mematuhi Etika
Kaunselor dan Juga Akta Kaunselor (580),maka langkah-langkah atau strategi bagi menangani
isu-isu tersebut haruslah dipatuhi.Antara strategi yang boleh diambil oleh kaunselor adalah:

1) Merekabentuk penyelidikan yang bersesuaian.


Hal ini bermaksud kaunselor perlulah memastikan bahawa apakah rekebantuk kajian yang paling
sesuai dilaksanakan bagi membolehkan pengkaji atau penyelidik memperolehi maklumat atau
data yang tepat mengenai sesuatu permasalahan yang wujud.Kaunselor juga perlu mengetahui
adakah kajian yang ingin dilaksanakan itu dalam bentuk kualitatif ataupun kuantitatif.Hal ini
bagi memastikan bahawa penyelidikan yang dilakukan oleh kaunselor atau ahli terapis tidak akan
memberikan kemudharatan kepada klien atau peserta kajian.

2) Persetujuan Termaklum
Dalam strategi yang kedua ini adalah sangat penting kepada kaunselor untuk membuat
persetujuan termaklum bersama dengan peserta kajian.Menurut Lindsey,1984 Although
informed consent is a powerful tool that researchers can employ in coping with a wide array of
ethical problem, the concept of informed consent is itself by no mean straightforward.Hal ini
bermaksud bahawa dalam persetujuan termaklum kaunselor haruslah memberitahu 3 kriteria ini
iaitu: berkelayakan,menyediakan maklumat yang mencukupi dan penyertaan secara sukarela.

3) Menjamin kerahsiaan
Kaunselor hendaklah memastikan kerahsiaan yang melibatkan maklumat peribadi klien tidak
dapat diperolehi oleh mana-mana pihak yang tidak mempunyai perkaitan di dalam penyelidikan
yang dijalankan.Antara perkara yang sangat dititiberatkan dalam kerahsiaan adalah berkaitan
dengan identiti klien atau peserta kajian seperti nama,alamat dan juga pekerjaan. Hal ini bagi
melindungi maruah dan privasi klien terpelihara.

24

ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

v.

KESIMPULAN
Kesimpulannya,terdapat 4 persoalan yang perlu di pertimbangkan oleh individu atau

pengkaji yang terlibat dalam penyelidikan kaunseling bagi memastikan pengkaji berupaya
menangani isu etika yang mungkin akan timbul iaitu:
1) Apakah perkara yang boleh memudharatkan kepada peserta kajian dan sesiapa yang
terlibat dalam aktiviti kajian tersebut?
2) Apakah prosedur

yang perlu dipatuhi oleh pengkaji bagi mengurangkan

kemudharatan dan tindakbalas yang sesuai terhadap emosi yang dihadapi oleh peserta
dalam kajian tersebut.
3) Bagaimana kerahsiaan dan maklumat yang diperolehi semasa kajian adalah selamat
dan tidak diperlakukan dengan sewenang-wenangnya.
4) Apakah implikasi moral secara umumnya terhadap kajian tersebut,terutamanya yang
berkaitan dengan cara maklumat yang diperolehi digunakan?
Semua persoalan yang disebutkan diatas adalah sangat penting dan telah disebutkann di
dalam Etika Kaunselor 1998 dalam bahagian penyelidikan.Oleh itu,bagi individu atau agensi
yang terlibat dalam bidang penyelidikan yang terikat dengan Akta Kaunselor 1998 (580) dan
tertakluk kepada Kod Etika Kaunselor Lembaga Kauselor (Malaysia) haruslah memastikan
bahawa perkara-perkara tersebut diperhalusi dengan sebaik mungkin semasa menjalankan
aktiviti penyelidikan.

25

ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

RUMUSAN
Perbincangan dalam tugasan ini telah memberi kefahaman menyeluruh tentang aspek
terminology dalam perkhidmatan kaunseling professional. Meskipun ringkas, kupasan sejarah
profesion kaunseling di Malaysia yang merangkumi aspek dasar dan polisi kerajaan,
perkhidmatan dan pengamalan serta pendidikan dan latihan kaunselor telah menyedarkan kita
betapa perlunya usaha-usaha berterusan dalam membangunkan profesion kaunseling di Malaysia
agar sejajar dengan taraf dan standard di persada antarabangsa. Justeru, semua pihak iaitu
pembuat polisi dasar kerajaan, ahli akademik, pengamal, penyelidik dan pelajar kaunseling perlu
berganding bahu dan bekerjasama dalam membangunkan profesion kaunseling di Malaysia.

26

ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

RUJUKAN

American Counseling Association (ACA).(2005). ACA Code of Ethics. Diterima pada


Februari 2011, daripada http://www.counseling.org.pdf
Corey. G. Corey.M.S.,and Callanan,P. (2003).Issue & Ethics in the Helping Profession, 6th
Edition Monterey: California.Brooks/Cole Publishing Company.
Fisher, C. B. (2003). Decoding Ethics Code. Utd. States: Sage Publications, Inc.
Francis, R. D. (2009). Ethics for Psychologists. (2nd ed). United Kingdom: BPS Blackwell.
McLeod,J,McLeod, (1994).Doing Counselling Research, 1th Edition: SAGE Publications Ltd.
National Career Development Association (NCDA).(2007). Code of Ethics. Diterima pada
Februari 2011, daripada http://www.ncda.org/pdf/EthicalStandards.pdf
Pack-Brown, S. P., & Williams, C. B. (2003).Ethics in a Multicultural Context.Utd. States: Sage
Publications, Inc
Professional Counselling. (2010). Etika Kaunseling: Kepentingan dan Pengunaannya. Diterima
pada Februari 2011, daripada http://www.i-counsellor.com/assets/docs.pdf
Sapora Sipon, Ahmad Jazimin Jusoh & Hapsah Md. Yusof.(2002). Kaunseling Individu. Petaling
Jaya: Prentice Hall.
Welfel,E.Reynolds,. (2002) Ethics in Counseling and Psychotherapy,2 th Edition: Wadsworth
Group.Brooks/Cole Thomson Learning

27

ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

28