Anda di halaman 1dari 3

Kertas Cadangan

Program Gilap Permata SPM 2012

PROGRAM GILAP PERMATA SPM 2012


SMK GUNUNG SEMANGGOL,PERAK.
1.0

PENGENALAN
Murid merupakan aset Negara Bangsa yang paling penting. Mereka bakal
menjadi penerus generasi kita pada masa depan. Hakikatnya bukan semua insan
dilahirkan dengan ciri-ciri sebagai insan yang seimbang. Namun demikian ciri-ciri
dan potensi keseimbangan perlu dibina, dibentuk, dilatih dan ditonjolkan melalui
bimbingan dan program yang bersesuaian.
Murid-murid di sekolah sesungguhnya amat memerlukan bimbingan untuk
berjaya. Mereka perlu disedarkan bahawa kejayaan dalam pendidikan di sekolah
mampu dikecapi oleh semua, yang penting mereka sentiasa bermotivasi dan
memiliki keinginan serta kemahiran bijak belajar yang tinggi. Kebanyakan murid
yang cemerlang memang seorang yang smart learner.
Justeru itu, Program Gilap Permata SPM ini adalah dirancang khas untuk
calon SPM 2012 yang terpilih, yang dijangka akan mencapai kejayaan cemerlang
nanti. Program gilap permata SPM 2012 ini merupakan program untuk
meningkatkan motivasi murid agar berkobar-kobar untuk mengecapi kejayaan
dan yang paling penting ialah yakin diri.
Program ini akan menekankan aspek emosi,kerohanian dan pengisian jiwa
bagi memantapkan jati diri pelajar seterusnya pelajar akan dapat mengetahui
aspek kekuatan dalam diri.
2.0

RASIONAL
Setiap murid adalah permata yang perlu digilap agar lebih berkilauan.
Untuk berjaya dalam SPM murid yang memang cemerlang dan sederhana
cemerlang selama ini perlu dimotivasikan lagi agar mereka merasakan bahawa
mereka tidak berseorangan merintis jalan menuju ke gerbang kejayaan.
Keinginan mereka untuk berjaya sepatutnya tidak seperti Chips more, tetapi
berterusan malah semakin meningkat dari hari ke hari.
3.0

MATLAMAT
Meningkatkan kualiti keputusan SPM 2012 sekaligus menaikkan ranking
kedudukan sekolah di kalangan sekolah menengah di negeri Perak.
4.0

OBJEKTIF
Daripada program ini, para peserta akan dapat:
4.1Meningkatkan motivasi diri dan belajar kemahiran kemahiran bijak
belajar serta mengenal kekuatan dan kelemahan diri sebagai seorang
calon SPM.
4.2Mempelajari ciri-ciri sebagai pelajar yang cemerlang dari segi
akademik, nilai kemanusiaan, tanggungjawab, proaktif, berprinsip,
berfikiran matang, bijak urus diri dan berperibadian mulia.
4.3Mempelajari cara-cara mengurus diri dari segi ketepatan masa,
membina disiplin diri dan daya tahan yang mantap bagi menghadapi
cabaran sebagai pelajar cemerlang.
1

Kertas Cadangan
Program Gilap Permata SPM 2012

5.0

KUMPULAN SASARAN
5.1Calon SPM 2012.

6.0

KAEDAH PERLAKSANAAN
6.1Pelajar akan dikumpulkan berdasarkan kelas dan dalam kumpulan yang
kecil.Hal ini bagi membolehkan program yang akan dilaksanakan dapat
memberi kesan yang maksimum.

7.0

TEMPAT
7.1 Bilik Gerakan SMK Gunung Semanggol

8.0

JAWATANKUASA PENGELOLA
Pengerusi

: Hajah Rashidah binti Abdul Manan


Pengetua SMK Gunung Semanggol

Timbalan Pengerusi
Setiausaha

: En. Mohd Fodzi Bin Osman


Penolong Kanan 1

: Cik Siti NurulHida Abdul Rahman


Guru Bimbingan & Kaunseling

Penolong Setiausaha
JK Penilaian/ Laporan
9.0

: Puan Jamilah bt din


Guru Bimbingan & Kaunseling
: Siti Nurulhida

PENDEKATAN
9.1Tayangan video
9.2Sentuhan Hati

10.0 PENGISIAN PROGRAM


Rujuk Jadual Waktu program.
11.0 PENILAIAN
Melalui soal selidik secara bertulis, maklum balas secara lisan daripada
para peserta dan pemerhatian daripada guru.
TERIMA KASIH.
Disediakan oleh,

Disahkan oleh

_______________________
( SITI NURULHIDA ABD RAHMAN)
MANAN)
Guru Bimbingan dan Kaunseling

____________________
( HAJAH RASHIDAH BT ABDUL
Pengetua
2

Kertas Cadangan
Program Gilap Permata SPM 2012

SMK Gunung Semanggol,Perak


Semanggol,Perak

SMK Gunung

Tarikh : __________________

Tarikh : _______________

Anda mungkin juga menyukai