Anda di halaman 1dari 48

KURSUS KEPIMPINAN

PENGAWAS SEKOLAH,
PENGAWAS PSS DAN PRS
TARIKH: 18 DAN 19 FEBRUARI 2012
HARI: SABTU DAN AHAD
PENDAHULUAN

Cabaran dalam organisasi pendidikan hari ini


memerlukan daya kepimpinan yang berkualiti
dan berwawasan ke arah menentukan hala tuju
yang ingin dicapai. Bakat kepimpinan pelajar
khususnya pengawas, pengawas pusat sumber
dan tunas pembimbing rakan sebaya amat
diperlukan dalam sesebuah sekolah. Kebolehan
dan kemampuan memimpin ini dapat membantu
pihak pengurusan sekolah meningkatkan kualiti
disiplin dan ketrampilan warga sekolah.
Pengawas dan pengawas pusat sumber
merupakan satu badan penting di sekolah dalam
membantu mewujudkan iklim yang baik. Oleh itu,
mereka seharusnya diberi latihan dan input
kepimpinan selaras dengan tugas- tugas
mereka. Kewajipan melahirkan pemimpin amat
dituntutsebagai ibadah dan memerlukan
pengorbanan semua pihak.

MATLAMAT

• Membantu mempercepatkan usaha


intergrasi nasional
• Memupuk semangat cinta dan sayang akan
negara dan membina sikap patrotisme, positif,
progresif dan mengamalkan nilai-nilai murni
• Melahirkan pemimpin yang mengamalkan
nilai-nilai murni
• Melahirkan pemimpim yang mengamalkan
ciri – ciri kepimpinan yang baik dan berwawasan.

OBJEKTIF

Pada akhir program diharap murid akan :


• Membina individu yang berkeyakinan dan
berketrampilan dalam potensi diri pelajar
• Menjadi murid yang mempunyai sahsiah
yang tingggi serta berguna pada agama, bangsa
dan negara.
• Membina dan meningkatkan kemahiran
memimpin yang berkualiti dan berkesan
• Meningkatkan kemahiran berkomunikasi
berkesan
• Menanam sikap yang bertanggungjawab dan
suka terhadap persekitaran dan dapat
melaksanakan tugas dengan jujur dan dedikasi
• Melahirkan pemimpim yang dapat menjadi “
Role Model” kepada pelajar-pelajar lain
• Memahami dan mengetahui bidang tugas,
peranan dan fungsi serta tanggungjawab
masing-masing.
PENDAHULUAN

Cabaran dalam sesebuah organisasi hari ini


memerlukan daya kepimpinan yang berkualiti
dan berwawasan ke arah menentukan wadah
dan hala tuju yang ingin dicapai. Bakat
kepimpinan amat diperlukan dalam sesebuah
organisasi.

Kebolehan memimpin dapat membantu pihak


pengurusan sesebuah organisasi meningkatkan
mutu disiplin dan ketrampilan warga organisasi.

Pemimpin merupakan unsur terpenting di


sesebuah organisasi dalam mewujudkan iklim
disiplin yang baik. Oleh yang demikian,
pemimpin seharusnya diberi latihan dan input
kepimpinan selaras dengan peranan dan tugas
mereka. Kewajipan melahirkan pemimpin amat
dituntut sebagai ibadah danmemerlukan pengo
rbanan semua pihak.

Melahirkan dan membina bakal pemimpin masa


hadapan yang akan mewarisi kepimpinan
Negara memerlukan satu usaha yang tersusun
dan sistematik. Seawal peringkat sekolah
rendah lagi, setiap anak-anak perlu dibina dan
tanamkan ciri-ciri pemimpin cemerlang.

Kriteria berikut perlu ditanamkan dan


diterapkan dalam diri setiap murid @ pelajar
agar mereka bersedia untuk menjadi seorang
pemimpin :

1. KEYAKINAN DIRI (SELF-CONFIDENCE )


Keyakinan diri yang tinggi merupakan ciri utama
seorang pemimpin cemerlang. Keyakinan diri
tidak boleh diajar. Ianya dibina melalui
peluang-peluang yang diberikan kepada murid-
murid @ pelajar-pelajar untuk melibatkan diri
mereka dalam pelbagai aktiviti-aktiviti
pesatuan dan kemasyarakatan.

2. BERANI MEMBUAT KEPUTUSAN ( DECISION


MAKING )
Setiap murid @ pelajar perlu dididik dan diberi
peluang membuat keputusan . Berikan mereka
kebebasan untuk membuat keputusan untuk diri
sendiri bermula dari keputusan yang kecil.
Contoh : memberi mereka peluang untuk
memilih jenis dan jenama pakaian mereka
sendiri.

3. PENYELESAIAN MASALAH ( PROBLEM


SOLVING )
Penyelesaian masalah merupakan antara
kemahiran yang penting sebagai seorang
pemimpin. Murid @ pelajar perlu diberi peluang
untuk menyelesaikan masalah mereka dengan
bimbingan ibubapa dan guru.
4. SEMANGAT BERPASUKAN ( TEAMWORK )
Semangat berpasukan yang dibina memberi
peluang kepada setiap murid @ pelajar untuk
berkerjasama dalam satu pasukan. Secara tidak
langsung mereka belajar menghormati antara
satu sama lain dan bersedia berkompromi dalam
apa juga berpezaan pendapat antara mereka.

5. PENGURUSAN KEWANGAN ( FINANCIAL


MANAGEMENT )
Disiplin pengurusan kewangan adalah aspek
penting yang jarang sekali dititik beratkan
dikalangan murid @ pelajar. Kegagalan
mengrurskan kewangan akan menggagalkan
proses melahirkan pemimpin yang berwibawa.

Oleh itu setiap murid @ pelajar sewajarnya


diberi peluang untuk menghadiri PROGRAM KEM
KEPIMPINAN agar nilai-nilai di atas
dapat diterapkan seterusnya murid @
pelajar mampu menyerlahkan bakat kepimpinan
mereka seawal dari sekolah rendah lagi.

OBJEKTIF
• Membina daya kepimpinan yang berkualiti
dan berkesan.
• Membina individu yang berkeyakinan dan
berketrampilan dalam potensi diri.
• Menerapkan rasa tanggungjawab, suka
terhadap persekitaran dan dapat melaksanakan
tugas dengan jujur, amanah dan dedikasi.
• Meningkatkan kemahiran kepimpinan dan
komunikasi yang berkesan.
• Melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan
`role model` oleh orang lain.
• Membentuk semangat bekerjasama di dalam
sesuatu organisasi bagi merealisasikan misi dan
visi organisasi.

KUMPULAN SASARAN
• Pengawas Displin Sekolah
• Pengawas Pusat Sumber Sekolah
• Ketua Darjah @ Ketua Kelas
• Unit Badan Beruniform Sekolah Rendah @
Menengah
• Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS )
• Badan beruniform

KANDUNGAN KURSUS
• Apa erti pemimpin dan kepimpinan ?
• Ciri-ciri seorang pemimpin ?
• Komitmen dan tanggungjawab pemimpin
• Personaliti Pemimpin Unggul
• Konsep Kendiri Pemimpin
• Komunikasi Efektif
• Team-building
• Public Speaking

RINGKASAN MODUL KEM KEPIMPINAN

Untuk menyambut cabaran melahirkan


pemimpin pelapis dan menepati citarasa
wawasan negara, diharapkan modul ini dapat
menepati objektif sebagai wadah pemangkin
mengikut kehendak dan visi sekolah.

MODUL 1 - KOMITMEN DAN


TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN
Modul ini dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu:
a. Konsep dan pengertian kepimpinan
b. Identiti pemimpin- ciri-ciri pemimpin
c. Gaya kepimpinan
d. Tanggungjawab pemimpin
e. Ciri-ciri pemimpin berjaya dan ciri-ciri
pemimpin lemah.

MODUL 2 - PERSONALITI PEMIMPIN


Modul ini memerlukan peserta melalui proses
kendiri iaitu :
a. Peserta diminta untuk membuat ujian
personaliti dengan pernyataan menggunakan
inventori yang standard untuk melihat elemen-
elemen dalam diri untuk menjadi
seorang pemimpin.
b. Setiap elemen tersebut akan dibuat tafsiran
berdasarkan personaliti peserta.

MODUL 3 - KONSEP KENDIRI PEMIMPIN


Modul ini dimulakan dengan ujian untuk
mengukur konsep kendiri pesert
dan seterusnya akandihuraikan mengenai:
a. Konsep kendiri positif dan negatif sebagai
pemimpin
b. Konsep Kendiri Afektif, Kognitif dan
Psikomotor

MODUL 4 - KOMUNIKASI EFEKTIF


Modul ini akan menghuraikan:
a. Elemen dalam proses komunikasi.
b. Tujuan komunikasi.
c. Komunikasi yang berkesan.
d. Etika komunikasi.
e. Bentuk komunikasi.
f. Teknik berkesan komunikasi tanpa lisan.
g. Elemen-elemen dalam komunikasi mesra.
MODUL 5 - TEAM BUILDING
Modul ini adalah bertujuan:
a. Mewujudkan kemesraan di antara ahli
kumpulan.
b. Mewujudkan semangat berkerjasama didalam
kumpulan.
c. Melahirkan bakat kepimpinan dalam kumpulan.
d. Mewujudkan kemahiran berfikir secara kritis
dan kreatif.
e. Melahirkan bakat kepimpinan dalam kumpulan.
f. Meningkatkan keyakinan diri untuk
memperkatakan sesuatu topik.

MODUL 6 - PUBLIC SPEAKING


Modul ini bertujuan :
a. Meningkatkan keyakinan dalam diri.
b. Meningkatkan ketrampilan diri.
c. Memecahkan tembok perasaan malu.
d. Para peserta akan diberi latihan pernafasan,
latihan keselarasan gaya, bahasa dan
mimik muka serta mereka akan dilatih untuk
berucap di khalayak.

MODUL 7 - BRAIN GENIUS EXERCISE

MAKLUMAT KEM KEPIMPINAN

Tarikh : Akan dibincangkan


Tempat : Akan dibincangkan
Jangka Masa : 3 Hari 2 Malam @ Mengikut
Kesesuaian
Kos : Akan dibincangkan

PENUTUP

Adalah diharapkan Program KEM KEPIMPINAN ini


akan dapat melahirkan pemimpin yang
berwibawa sesuai dengan agenda kerajaan
untuk melahirkan pemimpin yang cemerlang,
gemilang dan terbilang

Anda mungkin juga menyukai