Anda di halaman 1dari 14

KERTAS KERJA

PENGURUSAN DAN PERKHIDMATAN DALAM BIMBINGAN DAN


KAUNSELING
(KKP 4013)
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

1.0 TAJUK/ TEMA


PELAJAR YANG BERKETRAMPILAN, PEMANGKIN DAYA KEPIMPINAN
BERKESAN

2.0 PENGENALAN
2.1 Seperti yang kita sedia maklum, daya kepimpinan dari peringkat akar umbi
amat diperlukan untuk melahirkan seseorang pemimpin yang akan mewarisi
tampuk pemerintahan pada masa akan datang. Atas kesedaran ini, kami
mewujudkan satu program yang berbentuk kem kepimpinan khususnya kepada
para pelajar untuk mencungkil bakat dan menerapkan nilai-nilai positif yang
perlu ada pada seorang pemimpin. Kami juga percaya bahawa program seperti
ini, merupakan saluran terbaik kepada para pelajar untuk menyalurkan bakat
dan kebolehan yang dimiliki.

2.2 Justeru itu, pendedahan awal tentang nilai-nilai kepimpinan yang cemerlang
adalah amat penting bagi memupuk dan membina jati diri untuk meningkatkan
keyakinan diri, keberanian, ketegasan, disipln, kerjasama dan toleransi para
pelajar apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Di samping itu,
pelaksanaan program ini dapat membantu para pelajar untuk menjadi seorang
insan yang berketrampilan, berdisiplin, cemerlang,memupuk personaliti, sikap
dan jati diri positif di kalangan mereka.

2.3 Selain daripada itu, program ini juga berfungsi dalam membantu mengurangkan
masalah sosial yang makin berleluasa di kalangan pelajar sekolah. Para peserta
yang mengikuti program ini diharapkan dapat mengaplikasikan input yang telah
diperolehi sepanjang program ini dijalankan.

3.0 RASIONAL MENGADAKAN PROGRAM


Kem kepimpinan pelajar ini diadakan adalah bagi membolehkan pelajar belajar
bagaimana untuk menjadi seorang pemimpin yang berkesan dan dihormati. Hal ini
selaras dengan masalah yang sering berlaku di mana pelajar pada zaman kini tidak
mampu untuk membimbing diri sendiri. Sekiranya hal ini terus berlanjutan tidak mustahil
suatu masa nanti para pelajar yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan Negara kita akan
hilang malah dikuasai oleh golongan penjajah. Sudah tentu kita tidak mahu anak-anak
kita hidup di bawah penguasaan bangsa asing. Oleh itu, dengan adanya kem sebegini
diharapkan pelajar-pelajar ini belajar untuk memimpin diri sendiri dan orang lain.
Selain itu, kem ini adalah untuk memberi kesedaran kpada para pelajar tentang
pentingnya sifat dan ciri-ciri kepimpinan dalam diri setiap pelajar supaya mereka dapat
memimpin orang ke arah jalan yang baik. Hal ini kerana, seorang pemimpin akan
menjadi contoh dan teladan kepada para pengikutnya. Secara tidak langsung, para
pengikut yang akan meniru setiap pergerakan dan tingkah laku pemimpin. Sekiranya
pemimpin melakukan perbuatan yang tidak baik, secara tidak langsung juga para
pengikut akan melakukan perkara yang sama atau mungkin jauh lebih buruk daripada
pemimpin tersebut.
Melalui kem ini juga para pelajar dapat dilatih untuk bekerjasama dalam
menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul dalam setiap kumpulan. Sifat kerjasama
antara ahli kumpulan adalah sangat penting kerana ianya akan menentukan kejayaan bagi
setiap kumpulan. Setiap ahli perlu menjana idea dan tenaga bagi menyelesaikan
permasalahan yang terdapat dalam kumpulan. Melalui aktiviti inilah, ciri-ciri dan sifat
kepimpinan pelajar dapat dikenalpasti dan dicungkil.
Sehubungan dengan ini, kami melihat bahawa ramai pelajar yang mempunyai
bakat kepimpinan yang tinggi, namun bakat tersebut hanya dipendamkan kerana bakat
dan kebolehan mereka tidak diasah atau dicungkil. Oleh itu, melalui program seperti ini,
kami mengharapkan agar bakat dan kebolehan yang dimiliki oleh para pelajar tersebut
dapat disalurkan dan ditonjolkan ke arah yang betul.

4.0 OBJEKTIF PROGRAM


4.1 Memberi kesedaran kepada pelajar tentang tanggungjawab mereka sebagai
pelajar, anak dan warganegara Malaysia.
4.2 Memberi pengetahuan kepada pelajar bagaimana menjadi seorang pemimpin
yang berjaya, adil dan cemerlang.
4.3 Memberi pendedahan kepada pelajar cara untuk menjadi seorang pemimpin
yang berkesan dan dihormati oleh pengikutnya.
4.4 Mendedahkan kepada pelajar tentang pentingnya sifat kepimpinan dalam
menempuhi cabaran dan dugaan hidup.
4.5 Mewujudkan kerjasama dan menerapkan nilai saling bertoleransi antara ahli
dalam kumpulan.

5.0 SASARAN PROGRAM

Pelajar yang memegang jawatan sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sekolah di
Sekolah Menengah Kebangsaan Syeikh Abdul Ghani, Bidor.

6.0 KREATIVITI cara penyampaian

Program ini mengambil masa selama 3 hari 2 malam, dan dijalankan di sekolah
Menengah Kebangsaan Syeikh Abdul Ghani, Bidor. Bagi mewujudkan program yang
sistematik dan berkesan kami menggunakan pendekatan aktiviti yang berbentuk individu
dan berkumpulan. Pada mulanya program ini dimulakan dengan pendaftaran peserta dan
pembahagian kumpulan atau Ice breaking. Kemudiannya, para pelajar dikehendaki
bekerjasama untuk menyiapkan penempatan peserta selama program ini berlangsung.

SENAMROBIK : Sehati Berdansa


Aktiviti ini akan diadakan pada setiap pagi sepanjang program ini dijalankan. Tujuan
aktiviti ini adalah sebagai salah satu bentuk persediaan fizikal para peserta bagi
menempuhi aktiviti yang seterusnya. Selain itu ia juga bertujuan untuk mengeratkan
hubungan antara para peserta. Disebabkan hal ini maka ia dinamakan sebagai Sehati
Berdansa.

LDK 1 : Mencipta Trademark Bagi Setiap Kumpulan.

Aktiviti pada sebelah malam bermula pada jam 9 malam. Memandangkan malam tersebut
merupakan malam pertama program, latihan dalam kumpulan pertama (LDK 1) bercorak
suai kenal antara ahli kumpulan dengan fasilitator. Kemudian para peserta akan
berkumpul dalam kumpulan masing-masing dan dikehendaki melantik seorang ketua
kumpulan yang akan memimpin mereka sepanjang program ini berlangsung. Bagi setiap
kumpulan, mereka perlu mencipta trademark masing-masing mengikut kreativiti ahli
kumpulan. Sebelum mencipta trademark, fasilitator akan menyediakan beberapa tema
yang telah ditetapkan, manakala setiap ketua kumpulan perlu membuat cabutan undi bagi
memastikan tema yang bakal diterima. Hasil daripada tema yang diperolehi ketua
kumpulan akan bekerjasama dengan ahli kumpulan untuk mencipta trademark bagi
kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan mesti mempersembahkan trademark masing-
masing di hadapan peserta yang lain. Trademark ini akan digunakan sebagai pengenalan
kepada kumpulan masing-masing dan perlu dipersembahkan pada setiap aktiviti yang
dijalankan.

Objektif :

i. Mengeratkan perhubungan antara ahli dalam kumpulan.


ii. Menggalakkan pemikiran yang kreatif dan inovatif.
iii. Mewujudkan kerjasama antara ahli dalam kumpulan.
iv. Membentuk sikap kepimpinan yang adil dan toleransi

LDK 2 : Fish Bowl


Latihan dalam kumpulan yang kedua (LDK 2) belangsung pada keesokan harinya.
Aktiviti dalam LDK 2 ini adalah untuk mengenali personaliti pemimpin dan ahli ahli
dalam organisasinya. Menerusi aktiviti ini kelompok akan dipecahkan dalam 2 kumpulan.
Satu kumpulan akan membuat bulatan di tengah tengah dan satu lagi akan memerhati
dari luar. Fasilitator akan mengarahkan peserta bulatan dalam membincangkan isu yang
akan dikemukakan sementara peserta bulatan luar memerhati penglibatan dan tingkah
laku pasangan yang diperhatikan tanpa mengambil bahagian dalam perbincangan itu.
Fasilitator akan menceritakan satu masalah yang mesti diselesaikan oleh kumpulan di
dalam. Kes itu adalah berdasarkan kisah kes 1 Accident untuk pusingan pertama dan
diikuti dengan kes Roket untuk pusingan kedua yang dibacakan oleh fasilitator.
Fasilitator meminta peserta di luar memberi ulasan mengenai rakan mereka di dalam
bulatan yang mmbincangkan kes berkenaan. Fasi boleh membimbing peserta dengan
memberi komen ke atas perkara perkara seperti pegangan / pendirian, ketegasan sikap
pasif dalam perbincangan, tidak mahu menerima pandangan orang lain, daya kepimpinan,
sikap sebagai pengacau dan sikap mengikut sahaja tanpa ketegasan peserta yang
membincangkan kes berkenaan. Kumpulan yang berada di luar bertukar kedudukan
dengan peserta di dalam bulatan untuk membincangkan kes 2 yang dibacakan oleh fasi.

Objektif :

i. Membantu pemimpin mengenal watak dan personaliti mereka dan ahli ahli
dalam organisasinya.
ii. Membantu pemimpin mengubah persoaliti negatif.
iii. Membantu pemimpin memupuk sifat positif dalam diri masing masing.
iv. Membantu ahli ahli dalam organisasi memahami setiap personaliti mereka dan
sentiasa bekerjasama untuk meningkatkan daya kepimpinan mereka.
v. Menggalakkan pemimpin bersikap terbuka

Modul Teens Explorace


Tema : My Team is Tough

Format pengiraan markah tentang Teens Explorace


- 3 kumpulan yang sampai awal = 10 markah
- 3 kumpulan seterusnya = 8 markah
- 4 kumpulan seterusnya = 5 markah

Barang amanah :
- Telur = 10 markah
- Gula-gula 10 biji = 10 markah
- Belon = 8 markah
- Soalan uji minda di Check-Point 1 = 5 markah

Halangan yang akan ditempuhi bagi setiap kumpulan (5 check-point)


Satu check-point yang berjaya dilalui dengan sempurna = 20 markah
Pemberian markah bergantung kepada fasilitator yang menjaga check-point
tersebut.

TEENS EXPLORACE

TEENS EXPLORACE : ARAHAN DARIPADA FASILITATOR


- Setiap kumpulan diberi penerangan bagi menjalankan aktiviti Teens Explorace ini
- Fasilitator memberikan penerangan berkenaan peraturan yang perlu diikuti oleh
setiap ahli dalam kumpulan sebagai tanda disiplin yang kuat.

TEENS EXPLORACE : CHECK-POINT 1


- Kumpulan diarahkan untuk menjawab soalan uji minda yang dikemukakan oleh
fasilitator

TEENS EXPLORACE : CHECK-POINT 2


- Kumpulan dikehendaki membaling belon yang berisi belon ke dalam baldi.
- Bagi belon yang berjaya dimasukkan ke dalam baldi, perlu di bawa sebagai
barang amanah sehingga ke penghujung permainan.

TEENS EXPLORACE : CHECK-POINT 3


- Kumpulan di minta untuk mencari gula-gula di dalam tepung sebanyak 10 biji
dan di bawa sebagai barang amanah.

TEENS EXPLORACE : CHECK-POINT 4


- Setiap ahli di minta untuk melakonkan gaya seorang pemimpin yang di minati

TEENS EXPLORACE : CHECK-POINT 5


- Kumpulan di minta untuk membaling telur secara berpasangan
- Telur yang baik dan tidak pecah dibawa sebagai barang amanah.

Objektif :
i. Memupuk semangat bekerjasama antara ahli dalam kumpulan.
ii. Melihat ciri-ciri kepimpinan dalam setiap ahli dalam menyelesaikan masalah yang
menimpa kumpulan masing-masing.
iii. Membina keyakinan dalam setiap ahli dalam menghadapi sebarang cabaran yang
tidak di duga pada masa hadapan.
iv. Menyiapkan para pelajar yang berkeyakinan tinggi dan stabil dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelektual.
Malam Si Buta

Aktiviti ini dijalankan pada awal pagi malam kedua iaitu kira-kira jam 3 pagi. Fasilitator
akan meniup wisel untuk mengejutkan para peserta bagi melihat tahap disiplin di
kalangan para peserta. Para peserta diminta untuk berkumpul dalam kumpulan masing-
masing dan diminta untuk membawa kain penutup mata. Ketua kumpulan memainkan
peranan untuk memastikan bilangan ahli dalam kumpulannya cukup. Sekiranya, ahli
kumpulan tidak mencukupi semua ahli kumpulan akan dikenakan hukuman.

Kemudian, fasilitator akan memberi arahan kepada para peserta. Para peserta akan
diminta untuk berada dalam satu barisan lurus dan menutup mata masing-masing dengan
kain penutup mata kecuali ketua kumpulan. Setiap ahli kumpulan akan diberikan satu tali
panjang dan setiap ahli akan memegang tali tersebut dalam satu jarak yang telah
ditetapkan. Para peserta diminta untuk mengenali suara ketua masing-masing kerana
setiap ahli perlu peka dengan setiap arahan yang diberikan oleh ketua masing-masing.
Fasilitator akan memainkan peranan untuk menghuru-harakan kumpulan-kumpulan
tersebut dengan memisahkan ahli kumpulan daripada kumpulan masing-masing. Setelah
selesai, para peserta di minta untuk membuka kain penutup mata masing-masing.

Objektif :

i. Membentuk disiplin dan jatidiri yang utuh dalam diri setiap peserta.
ii. Melatih para peserta menjadi seorang pemimpin yang dihormati damn berkesan.
iii. Memupuk sifat kerjasama antara ahli kumpulan.
iv. Membentuk sikap peka terhadap arahan yang diberikan oleh ketua kumpulan.
LDK 3 : Aku Seorang Pelajar Satria

Para peserta diminta untuk memejamkan mata dan menundukkan kepala masing-masing.
Fasilitator akan membaca satu teks yang telah disediakan dengan penuh intonasi dan
diiringi oleh muzik. Para peserta diminta untuk menghayati teks yang dibacakan oleh
fasilitator. Selepas itu, fasilitator akan cuba mendapatkan maklumbalas daripada para
peserta.

Objektif :

i. Membantu untuk menaikkan semangat para peserta untuk menjadi seorang yang
lebih cemerlang, berketerampilan dan kreatif.
ii. Membolehkan para peserta memahami fungsi dan ciri-ciri kepimpinan yang
berkesan.
iii. Membantu membentuk sifat positif dalam diri setiap para peserta.
7.0 TEMPAT DAN MASA

Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Syeikh Abdul Ghani,

Jln Sungkai, 35500, Bidor, Perak Darul Ridzuan.

Tarikh : 29 Februari 1 & 2 Mac 2008

8.0 BAJET / BELANJAWAN

BELANJAWAN

8.1 Anggaran pendapatan dan perbelanjaan

Pendapatan Perbelanjaan
Yuran peserta RM50 x 10 orang = RM500 Penginapan (Ditanggung)
Makanan (Ditanggung)
Peralatan RM 200
Lain-lain RM 300

Jumlah RM 500 Jumlah RM 500

8.2 Butir perbelanjaan

1.0 Penginapan (Ditanggung)


Jumlah -
2.0 Makanan (Ditanggung)
Jumlah -
3.0 Peralatan
3.1 Bahan Modul RM 200
Jumlah RM 200
4.0 Lain- lain
4.1 Tag nama RM 3.00 x 10 RM 30
4.2 Pengangkutan RM 270
Jumlah RM 270
Jumlah perbelanjaaan RM 500

Sumber kewangan

Yuran Peserta RM50 x 10 : RM 500


Jumlah : RM 500
9.0 SENARAI AHLI JAWATAN KUASA
Penyelaras :
Encik Mohd Noor bin Idris
Pensyarah
Pengurusan dan Perkhidmatan Dalam Bimbingan dan Kaunseling

Jawatankuasa Perlaksana

Penasihat Program : En. Mohd Noor bin Idris

Pengarah Program : Mariati binti Razali

Timbalan Pengarah : Maizira binti Makhtar

Setiausaha : Serinau Anak Ngelambai

Bendahari : Hanim binti Mohammad

Biro Protokol :
Siti Aishah Binti Abdul Talip

Biro Publisiti dan Dokumentasi :


Wan Nuruhidayah Binti Wan Ahmad

Biro Pengangkutan dan Keselamatan :


Sriraj a/l Durailimgam

Biro Cenderahati :
Nor Hazwani binti Hussin @ Mat Hussin

Biro Makanan :
Noraini binti Nasir

Biro Logistik/peralatan :
Wong Sie Yew

10.0 AKTIVITI
Tentatif Program

Jumaat, 29 Februari 2008

02.00 petang : Pendaftaran peserta

02.30 petang : Pembahagian kumpulan ( ice breaking )

03.00 petang : Pembinaan khemah oleh peserta

05.30 petang : Rehat/solat

06.30 petang : Makan petang/solat

09.00 malam : LDK 1

11.00 malam : Bersurai

Sabtu, 01 Mac 2008

06.00 pagi : Solat Subuh berjemaah dan Kuliah Subuh

06.45 pagi : Senamrobik (Sehati Berdansa)

07.30 pagi : Minum pagi

08.00 pagi : Ceramah 1

10.00 pagi : Kudapan

10.30 pagi : LDK 2

12.30 tengah hari : Makan/solat


02.00 petang : Teens Explorace

04.30 petang : Persiapan untuk malam kebudayaan

06.00 petang : Solat/Makan petang

07.30 petang : Bacaan Yassin dan solat

09.00 petang : Malam kebudayaan ( Malam Seribu Bintang )

12.00 malam : Rehat

03.00 pagi : Malam Si Buta

04.30 pagi : Bersurai

Ahad, 02 Mac 2008

06.00 pagi : Solat Subuh dan Kuliah Subuh

06.45 pagi : Senamrobik ( Sehati Berdansa )

07.30 pagi : Minum pagi

08.00 pagi : LDK 3 ( Luahan Hati )

10.00 pagi : Kudapan

11.00 pagi : Perasmian Penutup

Anda mungkin juga menyukai