Anda di halaman 1dari 8

LAPORAN AKTIVITI EXPERIENTIAL

KKD2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH

Nama : Mohammad Ameer Ashwad Bin Marda’im


No Matrik : D20161074478
No IC : 960720-13-5543
Kumpulan : F(A161)
Nama Pensyarah : Dr. Pau Kee
Pengenalan

Program expriental ini adalah salah satu aktiviti wajib yang perlu disertai oleh para
mahasiswa dan mahasiswi yang telah dianjurkan di bawah subjek Pembangunan Sahsiah
(KKD2063) untuk menerapkan nilai-nilai sahsiah yang berkualiti kepada para mahasiswa
yang bakal bergelar seorang guru.

Oleh yang demikian, pihak penganjur telah mengadakan beberapa slot yang sedikit
sebnayak memberi gambaran para peserta tentang sahsiah diri yang perlu ada melalui aktiviti
seperti ceramah motivasi, permainan minda dan sebagainya.

Melalui beberapa siri aktiviti yang dijalankan, ia banyak memberi ilmu yang
bermanfaat kepada para peserta dalam menangani isu yang melibatkan emosi atau sahsiah
belia terutamanya apabila seorang guru itu berhadapan dengan pelajar yang mempunyai
masalah pada suatu hari kelak. Para peserta juga disediakan dengan program yang menguji
akal pemikiran para peserta dalam menyelesaikan sesuatu masalah dengan tindakan yang
sewajarnya.

Selain itu, program ini juga bertujuan memberi sedikit pengalaman kepada pelajar
bagaimana suasana yang akan dirasakan para peserta kelak semasa menjadi guru apabila
berhadapan dengan risiko yang tidak diduga daripada pelajar bahkan melibatkan hubungan
dengan masyarakat luar yang memandang tinggi profesion guru yang menjadi nadi kepada
pendidikan Malaysia.

Perjalanan Program

Program ini telah diadakan pada pukul 8.00 malam, hari Jumaat (14 Oktober 2016)
sehingga keesokan harinya sampai pukul 4.00 petang, hari Sabtu (15 Oktober 2016) yang
bertempat di Dewan Seri Tanjung dan program ini melibatkan peserta yang berjumlah
seramai 200 orang. Pada permulaannya, para peserta mendaftarkan diri masing-masing
sebelum berhimpun masuk ke dewan untuk mendengar sedikit penerangan berkenaan
program yang dijalankan oleh Encik Ab. Aziz Bin Mohd Yatim. Program ini telah
dikendalikan oleh Encik Azizi Yatim bersama dengan Dr. Pau Kee serta dibantu oleh 3 orang
fasilitator program tersebut.

Sejurus sahaja pengendali program tersebut menghabiskan taklimat beliau, para


peserta telah diarah untuk mencari dan berkumpul mengikut beberapa kategori yang
ditetapkan iaitu berkumpul mengikut tarikh bulan kelahiran, asal kenegerian, saiz kaki
masing-masing dan juga berkumpul mengikut bilangan adik-beradik. Setelah tamat sesi
pemanasan tersebut, kami diarahkan semula untuk mencari dan membentuk satu pasukan
yang terdiri daripada 10 orang peserta tetapi mesti berlainan bangsa, bidang pengajian dan
juga berbeza kategori seperti yang dilakukan sebelumnya.

Selepas itu, kami telah menerima arahan untuk menentukan jawatankuasa setiap ahli
yang melibatkan ketua, penolong ketua, setiausaha, bendahari dan lain-lain lagi.
Keistimewaan program ini adalah mata merit dan demerit ditentukan dengan jumlah wang
klon yang diterima oleh setiap kumpulan. Peningkatan dan pengurangan wang setiap

1
kumpulan bergantung kepada hasil dan prestasi yang ditunjukkan para peserta. Oleh itu, para
peserta telah disajikan beberapa permainan yang menarik yang bertujuan untuk melihat
sejauh mana kesungguhan para peserta itu cuba untuk memenangi hati pengendali program
dan dilihat juga aspek keaktifan setiap ahli dalam kumpulan masing-masing ketika
melaksanakan arahan yang diberikan. Antara permainan yang telah disediakan adalah
melibatkan peserta mana yang boleh memberi respon yang baik ketika berhadapan dengan
orang ramai dan juga pasukan mana yang mempunyai ahli yang paling tinggi, besar dan juga
kecil. Kemudian, slot pada malam itu disudahi dengan rumusan dan respon wakil setiap
kumpulan mengenai hikmah permainan diadakan sepanjang slot program tersebut dan para
peserta dihidangkan makanan dan minum sebelum bersurai.

Pada pukul 8.00 pagi, hari Sabtu, seperti biasa para peserta dikehendaki mendaftarkan
diri terlebih dahulu sebelum mengadakan senaman pagi yang diketuai oleh Encik Aziz Yatim
sendiri. Setiap peserta diarahkan terus berkumpul mengikut kumpulan masing-masing untuk
segmen sterusnya. Kami telah diberi satu helaian kertas kepada setiap ahli kumpulan dan
diberi arahan untuk menampalkannya ke bahagian belakang badan masing-masing. Para
peserta diminta untuk menulis tanggapan masing-masing terhadap peserta lain ketika melihat
personaliti mereka. Setelah selesai aktiviti tersebut, kami terus diberikan helaian kertas yang
lain untuk tujuan soal selidik mengenai personaliti diri masing-masing dan memilih warna
kegemaran. Slot ini bertujuan untuk mengenal peribadi dan perwatakan masing-masing
dengan lebih terperinci melalui kaedah tersebut.

Kami juga diperkenalkan kaedah ini untuk melihat sejauh mana peribadi diri tersebut
dapat menggambarkan personaliti dan sikap individu itu sebelum menjadi guru yang
berkualtiti dan bersahsiah tinggi. Sesudah selesai slot tersebut, kami diberikan sampul yang
mempunyai 5 tugasan berbeza dan bahasa yang berbeza pada setiap tugasan tersebut. Antara
5 bahasa yang perlu kami tafsir adalah bahasa Hindi, Siam, Arab, Jawa dan Bangladesh.
Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk melihat bagaimana setiap kumpulan berinteraksi
masyarakat luar untuk membantu memberi maksud bagi setiap tugasan tersebut. Di samping
itu, kami dapat belajar bagaimana setiap ahli dapat membahagi tugas masing secara berpecah
supaya lebih mudah menyelesaikannya dan kami mulai sedar betapa pentingnya komunikasi
yang baik itu dapat memudahkan seorang guru melaksanakan sesuatu kerja yang memerlukan
pertanyaan melibatkan orang asing. Di situ juga diterapkan nilai kesopanan dan tutur kata
apabila berinteraksi dengan orang luar.

Kemudiannya, kami berkumpul semula ke dalam kawan untuk melaksanakan satu


tugasan yang nampak mudah tetapi memerlukan logik akal dan pemikiran di luar kotak ketika
disuruh menyusun “puzzle” berbentuk huruf T dengan tempoh masa yang ditetapkan. Slot
terakhir pula, Encik Aziz memperkenalkan satu akronim atau kompenen berkenaan P,A dan
C yang mewakili “Parent”, “Adult” dan “Child”. Menurut kaedah beliau, P.A.C ini adalah
satu elemen yang ada pada dalam diri setiap individu dan dalam slot ini kami diterangkan
kaedah mana yang lebih sesuai digunakan ketika melakukan interaksi dengan pelajar atau
masyarakat. Berdasarkan pemerhatian, kaedah P dan C selalunya melibatkan watak seorang
ayah yang tegas terhadap seorang anak yang tunduk terhadap arahan seorang bapanya.
Kaedah ini ada kebaikan dan keburukan yang tersendiri kerana kekerapan mengambil elemen

2
P dan C ketika berinteraksi boleh mengundang ketakutan terhadap si anak untuk bergaul
dengan ayahnya. Manakala elemen P dan A boleh juga digunakan tetapi akibatnya sangant
tinggi kerana si anak yang mengambil kaedah komunikasi secara A boleh mendatangkan
marah kerana dianggap kurang ajr oleh si ayah apabila kaedah digunakan. Kaedah C lebih
mudah digunakan kerana ia lebih bersifat lembut dan penuh kasih sayang atau manja seperti
kanak-kanak kecil tetapi kekerapan menggunakannya terutama seorang guru yang mengambil
kaedah interaksi seperti ini boleh menyebabkan pelajar tersebut akan mula mengambil
kesempatan dengan kebaikan guru yang kurang tegas atau mereka akan merasa bosan dengan
benda yang sama dilakukan ketika seorang guru menggunakan kaedah C ini.

Justeru itu, setiap peserta menjadi lebih faham dengan kaedah atau formula untuk
lebih mengetahui langkah yang bersesuaian digunakan semasa berhadapan dengan para
pelajar dan masyarakat secara amnya. Program ini disudahkan dengan respon daripada
sebilangan peserta tentang kesan program ini terhadap mereka dan program ini mendapat
sambutan yang menggalakkan dalam mencari garis panduan yang lebih baik untuk
meningkatkan kualiti sahsiah sebelum menjadi guru di masa depan kelak.

Refleksi Diri

Sebelum program ini diadakan, terdapat beberapa kelemahan yang ada pada diri saya.
Antaranya ialah saya seorang yang tidak aktif dalam program sebegini dan sikap ini
sememangnya telah dibawa sejak saya di sekolah menengah kerana saya jenis individu yang
suka menyendirikan diri dengan aktiviti tersendiri. Selain itu, saya lebih cenderung
mengasingkan diri dengan orang yang belum dikenali atau belum rapat dengan seseorang
kerana saya lebih suka sekiranya pihak tersebut yang mempelawa untuk berkenalan terlebih
dahulu. Saya juga bukanlah seorang pelajar yang dapat berdiri dan bercakap secara
berseorangan dikhalayak ramai kerana kurang keyakinan diri dalam aspek terebut.

Manakala kekuatan diri yang semakin meningkat dalam diri saya setelah mengikuti
program ini ialah saya sekarang lebih mudah bergaul dengan setiap orang walaupun tempoh
perkenalan itu adalah singkat dan saya semakin senang berkenalan dengan setiap peserta
yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bidang yang diambil. Di samping itu juga, saya
mendapati saya semakin gemar untuk memberi perhatian dan menunjukkan kesungguhan
ketika melaksanakan aktiviti dan arahan yang diberikan. Saya juga dapat memberi sedikit
pandangan kepada ahli kumpulan berkenaan aktiviti program dan bekerjasama dalam
menyelesaikan masalah dan permainan yang dianjurkan oleh pihak program.

Kini, saya lebih bersemangat dalam mengejar ilmu pengetahuan dan mencari
pengalaman yang berguna untuk diri sendiri untuk menjadi guru yang bersahsiah dan
berkualiti kepada pelajar dan masyarakat suatu hari kelak. Program ini juga memberi nafas
baru dan tanggapan yang berbeza kepada saya bahawa menjadi guru bukanlah semata-mata
kerana wang dan pangkat tetapi yang lebih penting untuk menghasilkan anak-anak muda
kelak menjadi modal insan yang berguna kepada generasi kelak serta membantu rakan-rakan
lain dalam bekerjasama mengangkat martabat guru sebagai insan yang mulia yang sentiasa
ikhlas dan telus dalam melaksanakan amanah yang diberikan oleh masyarakat dan negara.

3
Tindakan Selepas Program.

Program ini sememangnya banyak menekankan dalam aspek sahsiah pelajar yang
bakal bergelar guru dan diberikan juga kaedah mengendalikan sesuatu situasi ketika bersama
pelajar dan juga masyarakat. Program ini memberi gambaran yang lebih jelas bahawa tugas
seorang guru bukanlah hanya mendidik dan memberi ilmu semata-mata kepada pelajar tetapi
berperanan penting dalam menangani keadaan pelajar yang berlatarkan daripada pelbagai
ragam dan masalah yang tersendiri. Oleh itu, tindakan yang saya ambil untuk meningkatkan
sahsiah diri ialah sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan berkenaan kaedah untuk mencuri
perhatian pelajar agar mereka tidak berasa asing dan tidak membunyikan masalah yang
dihadapi. Selain itu juga, saya akan belajar daripada pengalaman yang saya perolehi melalui
program ini dan juga ketika berhadapan situasi sukar dalam golongan masyarakat yang lebih
mencabar untuk diterapkan nilai-ilai positif tersebut semasa berhadapan dengan pelajar tidak
kira di dalam kelas mahupun di luar kelas. Saya juga akan meningkatkan lagi kualiti dalam
aspek akhlak diri sendiri sebagai persiapan diri seblum menjadi menceburi profesion guru
kerana pandangan masyarakat terhadap guru sangat mulia dan perlulah diambil berat perkara
ini untuk mengelakkan tanggapan yang negative terhadap kewibawaan guru sebagai nadi atau
penjana pendidikan negara sejak dahulu lagi.

Rumusan

Pekerjaan sebagai guru ini tidaklah sehebat manapun kalau nak dibandingkan dengan
pekerjaan lain yang lebih lumayan gajinya dan juga pangkat yang lebih tinggi dalam
golongan masyarakat. Tetapi, darjat kemuliaan guru sebenarnya dilihat pada tahap
kewibawaan dan ilmunya yang luas kerana sesuatu ilmu itu tidak mudah difahami tanpa
berkat dan keikhlasan seorang guru itu memberi ilmu kepada pelajarnya dan guru juga adalah
agen penyatuan antara pelajar kerana tanpa guru tidak akan wujud keharmonian antara pelajar
yang berbilang kaum dan agama. Martabat guru sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi
sebagai profesion yang mulia kerana daripada seorang gurulah terhasilnya pelbagai golongan
Berjaya seperti doktor, pegawai kerajaan, jurutera dan sebagainya. Maka, jelaslah bahawa
guru perlu bersiap sedia dalam meningkatkan sahsiah dirinya supaya terus menjadi sandaran
dan contoh dari segenap pihak terutamanya para pelajar. Saya berharap guru akan sentiasa
dipandang mulia oleh setiap golongan dan dijadikan tauladan dalam membina keharmonian
dan kesatuan antara semua orang supaya tidak berlaku perkara negatif yang boleh mencemar
imej seorang pendidik.

4
Lampiran

Antara aktiviti indoor yang dilakukan oleh setiap peserta

Suasana ketika pelajar sedang giat dan aktif dalam menyelesaikan arahan yang diberi

5
Salah satu tugasan yang perlu ditafsirkan untuk memudahkan arahan yang diberi dapat
dilaksanakan dengan mudah

Antara tugasan yang perlu dilakukan oleh setiap ahli pasukan yang melibatkan aktiviti
outdoor

6
Gambar kenangan bersama setiap ahli pasukan sebelum bersurai

Anda mungkin juga menyukai