Anda di halaman 1dari 8

Lampiran 1

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA


LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP
NAMA PELAJAR : NURUL SYUHADA BINTI MAT SAT
PROGRAM

: PISMP PENDIDIKAN KHAS 3

AMBILAN : JANUARI 2009

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN ABU BAKAR (1), MUAR


JOHOR
NAMA PROJEK/AKTIVITI : KEM MOTIVASI DIRI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN
TEMPOH PELAKSANAAN : 17 & 18 JULAI 2012
OBJEKTIF
1.1

:
Mendidik murid Pendidikan Khas yang terlibat agar bijak menguruskan
masa.

1.2

Mendidik murid-murid berdikari dan bersosial dengan rakan-rakan .

1.3

Memberi kesedaran kepada murid-murid ini tentang potensi diri yang


standing dengan pelajar normal

1.4

Memberi peluang murid-murid berseronok dan berekreasi dalam suasana


semulajadi yang kondusif.

1.5

Membimbing murid-murid menghayati dan mengamalkan rukun-rukun


beragama dan kehidupan bermoral.

Lampiran 1

STRATEGI PELAKSANAAN:
Dalam konteks kem motivasi yang dijalankan ini, aktiviti-aktiviti yang dirancang
akan memberi peluang kepada para peserta memperkembangkan potensi diri
masing-masing khususnya dari segi kepimpinan dan kreativiti disamping
memperkukuhkan disiplin kendiri, semangat kejasama dan kesediaan berdikari
serta menguruskan kehidupan.
Untuk membantu merealisasikan matlamat utama di atas, maka
pelaksanaan kem motivasi ini adalah juga bertujuan untuk melahirkan individu
berkeperluan khas yang berdisiplin, mampu berdikari dan berkeyakinan diri.
Melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah dihasratkan agar dapat
mengcungkil

bakat,

membimbing

dan

mengembangkan

potensi

murid

Pendidikan Khas yang terlibat. Disamping itu juga, program ini dijalankan
bertujuan untuk melihat sejauh mana murid-murid Pendidikan Khas Integrasi
Bermasalah Pembelajaran dapat menjalani aktiviti sosial dan bergaul dalam
kalangan mereka. Pada awalnya, pemilihan tempat yang dipilih adalah di Ladang
Rempah Ratus & Herba Nasuha. Setelah berurusan dengan pihak mereka, saya
mendapat respon yang baik dalam pemilihan tempat mereka sebagai tempat
menjalankan aktiviti yang telah dirangkakan. Pihak Ladang Rempah & Ratus
Nasuha meminta saya untuk menyediakan tentatif program yang ingin dijalankan
sepanjang program diadakan. Setelah siap merangka tentatif program, saya
segera mengfakskan tentatif tersebut kepada pihak mereka. Setelah melihat
senarai tentatif program, pihak Ladang Rempah & Ratus Nasuha telah memberi
sebut harga bagi pakej keseluruhan program. Walaubagaimapun, kami terpaksa
menolak pemilihan tempat Ladang Rempah & Ratus Nasuha berikutan
peruntukan kewangan untuk menjalankan program ini tidak mencukupi bagi
mengadakan aktiviti di tempat mereka. Saya telah berbincang dengan
penyelaras Program Pendidikan Integrasi Bermasalah Pembelajaran mengenai
tempat lain yang boleh memberikan harga pakej keseluruhan program yang lebih
rendah sesuai dengan peruntukan yang telah disediakan. Oleh itu, pemilihan
tempat program yang dicadangkan adalah DImpian Resort & Training Centre.
Setelah menghubungi dan berbincang dengan pihak pengurusan, Pn. Zawiyah,

Lampiran 1

mereka dapat memberikan harga bagi keseluruhan program bersesuaian dengan


peruntukan kewangan yang telah disediakan.
Mesyuarat ahli jawatankuasa diadakan bagi melihat sejauh mana
perjalanan program dan peranan setiap ahli jawatankuasa. Mensyuarat ini
dipengerusikan oleh Pn,. Halina binti Alwee sebagai Penyelaras Program dimana
beliau menegaskan kepada semua ahli jawatankuasa bertindak dalam
menjalanakan setiap tugas telah diberikan.

Seterusnya, surat-surat telah

diedarkan kepada ibu bapa berkenaan dengan perjalanan program yang akan
diadakan dan surat kebenaran program yang dijalankan. Kami juga menjemput
YB Datuk Hj. Ismail bin Hj. Mohd Shah , Pegawai Khas Menteri Besar, Dun
Maharani bagi merasmikan Majlis Penutupan Program pada 18 Julai 2012 iaitu
pada hari rabu. Untuk itu, ahli jawatankuasa jemputan memainkan peranan untuk
menghubungi pembantu peribadi Datuk bagi menjemput bagi merasmikan majlis
ini. segala surat menyurat diuruskan sebelum tiba hari program yang dijalankan.
Program yang dijalankan ini selama 2 hari 1 malam dimana setiap murid
perlu bermalam di DImpian Resort & Training Centre. Mereka juga perlu
membawa kelengkapan diri seperti pakaian, peralatan mandi dan sebagainya.
Jadi untuk itu, saya perlu memastikan setiap murid mendengar dengan teliti
taklimat keselamatan sebelum program ini dijalankan. Taklimat keselamatan
penting kerana dalam taklimat ini murid perlu mendengar dengan teliti perkara
yang bakal mereka lalui danperkara-perkara yang boleh mereka lakukan dan
perkara-perkata yang tidak boleh mereka lakukan. Guru juga membekalkan
kepada murid senarai peralatan yang perlu dibawa bagi membolehkan ibu bapa
murid membaca dan meneliti sekali lagi senarai barang yang perlu dibawa oleh
anak mereka.
Dalam program yang dirangkakan ini juga saya perlu melihat apakah
pengisian yang ingin dilakukan sepanjang program dijalankan. Pengisian
program penting untuk mencapai objektif sepanjang program ini diadakan sama
ada tercapai mahupun tidak. Strategi yang dirangka mestilah yang dapat
meningkatkan motivasi murid sekaligus dapat membina jati diri dan identiti
mereka walaupun dalam kelompok Golongan Kelainan Upaya.

Lampiran 1

Peserta Kem Motivasi Diri Program Pendidikan Khas Integrasi Bermaslah Pembelajaran

Aktiviti yang dijalankan adalah Ice Breaking dimana dijalankan secara


berkumpulan dan setiap peserta perlu memperkenalkan diri kepada rakan-rakan
dengan menyebut nama sendiri dan nama dua orang rakan di kiri dan kanan.
Aktiviti ini juga membina keyakinan murid untuk berkomunikasi dalam kumpulan
mereka sendiri. Murid juga perlu mencipta nama kumpulan, mencipta nama
kumpulan, logo kumpulan dan juga sorak semangat kumpulan. Melalui aktiviti ini
murid dilihat berpotensi untuk membina keyakinan diri untuk berdiri dalam
kalangan mereka. Oleh itu, murid yang dapat menonjolkan diri sudah pasti dapat
membina keyakinan diri mereka untuk berada dalam kelompok masyarakat yang
ramai. Selain itu, aktiviti Laluan Berhalangan juga dapat menguji tahap
kecergasan dan ketahanan mental dan fizikal murid apabila melakukan aktiviti
lasak. Seterusnya adalah aktviti Telematch dimana terdapat empat permainan
iaitu Belon Beracun, Makan Pantas, Isi Air dalam Botol dan Body Wash.
Permainan ini secara tidak langsung dapat memupuk semangat berkumpulan
dan kerjasama dalam kalangan mereka untuk mencapai kemenangan. Sesi
kuliah maghrib pula telah dikendalikan oleh Ustaz Fadhil bin Mohd Amin dan
seterusnya mengendalikan terus Slot Terapi Minda dimana ibu bapa murid juga
turut hadir.

Lampiran 1

REFLEKSI:
1)

Kekuatan Projek/Aktiviti

Secara keseluruhannya, saya dapat melihat kekuatan program yang


dijalankan dari aspek kerjasama, pengurusan dan sikap bertolak ansur
antara peserta dan juga ahli jawatankuasa motivasi diri program pendidikan
khas integrasi bermasalah pembelajaran. Melihat dari sudut pengurusan
pula, setiap daripada ahli jawatankuasa dapat memainkan peranan mereka
masing-masing agar setiap tugas dapat dijalankan dengan sempurna dan
baik. Saya selaku setiausaha program dapat mempelajari selok belok dalam
menguruskan sesuatu program motivasi sebegini yang bukannya boleh
diambil mudah sahaja. Ini kerana saya mendapati bahawa apabila saya
sendiri merasai pengalaman pertama menguruskan program sekolah ini
memberi seribu satu pengetahuan yang baharu kepada diri saya dalam
mempersiapkan diri untuk bergelar guru kelak.
Saya juga melihat kekuatan menerusi semangat kerjasama dan
berpasukan dalam sesuatu organisasi itu penting bagi meningkatkan kualiti
program agar menjadi lebih tersusun dan dan dapat berjalan dengan lancar.
Menerusi program yang dilakukan ini juga, saya melihat peranan ketua
dalam satu organisasi penting bagi menggerakkan program supaya dapat
berjalan dengan baik selain dapat memberikan arahan dalam menyelesaikan
setiap tugas dengan baik. Saya juga dapat mempelajari mengelolakan
sesuatu aktiviti atau program dengan berpeluang berurusan dengan pihak
luar seperti Yang Di-pertuan PIBG dan YB Tn.Hj. Ismail bin Hj. Mohd Shah,
Pegawai Khas Menteri Besar. Sebenarnya bukan mudah bagi seseorang
yang tidak luas pengalaman dalam bidang ini untuk menjemput orang
kenamaan untuk hadir ke majlis penutupan program. Namun demikian,
penyelaras program Pn. Halina binti Alwee yang lebih berpengalaman dapat
membantu berurusan dengan menjemput orang-orang kenamaan yang hadir.
Selain itu, saya melihat kekuatan yang ada dalam diri saya iaitu dapat
mengendalikan murid-murid Pendidikan Khas ini dalam program motivasi
yang kebiasaannya didedahkan kepada murid arus perdana sahaja. Namun

Lampiran 1

begitu, melalui program motivasi ini, saya melihat murid ini dapat melihat
sendiri potensi diri mereka untuk terus maju kehadapan standing dengan
murid normal yang lain.
2)

Kelemahan Projek/Aktiviti :
Kelemahan program yang dilihat adalah tempat kekangan masa iaitu
program yang dijalankan hanyalah 2 hari 1 malam yang singkat menjadikan
setiap aktiviti sangat padat untuk dijalankan. Ini kerana, apabila suatu
program dapat dijalankan dalam tempoh masa 3 hari 2 malam mungkin
pelbagai aktiviti yang menarik dapat dijalankan. Program yang singkat
mungkin belum sepenuhnya dapat memotivasikan murid dengan lebih baik.
Selain itu, pada awalnya setelah tiba di DImpian Resort & Training Centre ini
berlaku sedikit salah faham antara pihak pengurusan dengan pihak kami
apabila tempat tinggal bagi guru telah digunakan oleh pengunjung lain
kerana pihak mereka berpendapat bahawa kami akan bersama-sama
dengan murid untuk tidur di dalam dorm yang telah disediakan. Namun
begitu, hanya sebilangan antara guru ini sahaja yang tinggal bersama murid
dan sebilangan lagi akan tinggal di rumah yang disediakan seperti yang telah
mereka janjikan sebelum ini. walaubagaimanapun, pihak pengurusan
DImpian telah memohon maaf dan memberi sebanyal 4 buah bilik kepada
guru di Zaba Resort yang terletak tidak jauh dari kawasan ini. hal ini dapat
diselesaikan dan berharap agar tidak berlaku di lain masa.

Lampiran 1

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :
Cadangan bagi program atau projek seterusnya adalah setiap daripada
masalah dapat diselesaikan dan mungkin kejadian seperti salah faham yang
berlaku tersebut tidak disengajakan. Walaubagaimanapun, isu tersebut
tidaklah dipandang ringan dan berharap agar tidak berulang lagi. Cadangan
lain adalah pengalaman untuk program perkhemahan mungkin boleh
dilaksanakan di lain masa bagi mendedahkan murid pendidikan khas
mengenai pengalaman bermalam di dalam khemah dan aktiviti lain yang
boleh dilakukan mungkin yang lebih lasak tetapi tidak terlalu berbahaya bagi
murid-murid ini.
KESIMPULAN :
Sesuai dengan Falsafah Pendidikan Khas yang berteraskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai
sebahagian daripada usaha berterusan untuk melahirkan insan yang
berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang
dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai individu
dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif.
Segala perancangan dan aktiviti yang akan dijalankan adalah bagi
menerapkan dan melahirkan murid-murid yang mempunyai jati diri yang
mantap dan disiplin yang kuat. Program ini juga berperanan untuk memupuk
semangat setia kawan dan saling tolong-menolong dan bantu-membantu
serta mengekalkan hubungan silaturrahim antara murid-murid supaya ia
disemai dan dipupuk sejak mereka kecil dan menjadi sebati bila mereka
meningkat remaja dan dewasa kelak.
Kejayaan kem motivasi ini amat bergantung kepada kerjasama
semua pihak. Demikian juga sokongan dan bantuan ehsan dari semua pihak
akan secara langsung turut menyumbang kepada kejayaan itu. Sokongan
dan bantuan dari semua pihak yang terbabit secara langsung dan tidak
langsung dalam menjayakan program ini adalah diucapkan ribuan terima
kasih.

Lampiran 1

Peserta program bersama dengan para fasilitator

Anda mungkin juga menyukai