Anda di halaman 1dari 55

1

BIODATA


2










1. NAMA: MUHAMMAD HAFEEZ BIN ZULKIFFLI

2. I/C: 930214-03-5673

3. ANGKA GILIRAN: A0611/798

4. PROGRAM: PISMP BAHASA ARAB PR (SK) AMBILAN JAN 2013

5. ALAMAT: LOT 214,JALAN PARIT KUBU,KG. KUTAN HILIR,16250 WAKAF BHARU, KELANTAN

6. NO. TELEFON: 014-5347738

7. E-MAIL: hafeez930214@yahoo.com



3



PENGHARGAAN


4
Pertama sekali saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran atas kurniaan Allah
S.W.T. kerana mengizinkan saya menyiapkan tugasan folio untuk laporan program
Bina Insan Guru (BIG) bagi Semester 3/2014. Saya rasa bersyukur kerana diberi
kelapangan untuk melaksanakan tugasan dengan sebaiknya. Saya amat bersyukur
kerana perjalanan menyiapkan tugasan ini berjalan lancar walaupun terdapat sedikit
kesulitan yang dihadapi namun semuanya dapat diatasi.
Sekalung penghargaan kepada pensyarah-pensyarah, penceramah dan
mentor kerana sudi membantu kami dalam menjalani program Bina Insan Guru ini.
Bimbingan dan panduan yang diberikan oleh mereka memudahkan saya
menyiapkan tugasan. Segala tunjuk ajar dan nasihat mereka amat membantu saya.
Jutaan terima kasih juga dihadiahkan buat ibu bapa yang memberi sokongan
dari segi mental serta wang ringgit untuk menyiapkan tugasan ini. Mereka banyak
memberi saya sokongan dan dorongan sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.
Sokongan dan dorongan menjadikan saya tabah dalam menyiapkan setiap tugasan
yang diberikan.
Seterusnya terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan yang sudi
membantu dan berkongsi maklumat serta bahan rujukan. Saya sangat menghargai
pengorbanan mereka yang sudi meluangkan masa menerangkan kepada saya
tentang tugasan. Tanpa mereka pastinya sukar untuk saya mendapatkan maklumat.
Akhir sekali, terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu
sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang saya menyiapkan
tugasan ini. Bantuan dan sokongan dari kalian amat saya hargai. Saya berharap
agar semua pihak sudi membantu saya pada masa akan datang.



5

Program Bina
Insan
Guru (Bengkel)
Semester
3/2014


6
PENGENALAN
Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dirangka khas
bagi memenuhi keperluan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) untuk
memenuhi syarat mendapat Ijazah Sarjana Muda Perguruan Malaysia. Program ini
diletakkan di bawah komponen Asas Dinamika Guru (ADG) bagi kumpulan PISMP
Semester 2. Melalui penyertaan dan penglibatan guru-guru pelatih, matlamat
program dalam menerapkan nilai-nilai hidup bermoral dan beragama sebagai fokus
utama dalam proses pembinaan insan guru dapat dipenuhi. Segala pengisian
program tersebut juga selaras dengan asas pembinaan insan guru yang berpaksikan
kepada pegangan Prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
sekaligus menjadi asas pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka kepada
pembentukan negara bangsa.
Proses pembinaan insan guru terbina berlandaskan kepada aspek kesedaran
bahawa profession perguruan adalah mulia. Insan guru dilihat sebagai golongan
yang dapat membina generasi yang cemerlang di samping menjadi role-model
kepada masyarakat. Justeru, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri
mereka dari semua aspek sama ada jasmani, emosi, rohani atau intelek. Sebagai
insan yang bergelar guru juga adalah suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi
dan jati diri yang baik di samping meningkatkan kualiti dan ketrampilan diri. Oleh itu,
pengisian-pengisian positif, penerapan nilai-nilai murni dan pengamalannya juga
perlu dalam diri guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik
khususnya dan masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran pada era
globalisasi.
Program Bina Insan Guru Fasa 2 untuk pelajar PISMP Semester 2 akan
dijalankan pada 12 September 2013 di Dewan Zaba IPG Kampus Darulaman.
Program yang akan dijalankan adalah ceramah. Antara tema ceramah Program Bina
Insan Guru (BIG) adalah terdiri daripada Pembinaan Insan Guru Yang Seimbang,
Guru Dan Hubungan Komuniti serta Guru Dan Akauntabiliti. Pembinaan Insan
Guru Yang Seimbang dipilih sebagai tema ceramah. Ceramah mengenai tema
Pembinaan Insan Guru Yang Seimbang adalah bertujuan untuk membina insan
guru yang mulia, menjamin kualiti peribadi dan professionalisme guru serta


7
pembelajaran berterusan seluas hayat dalam kalangan pelajar PISMP Semester 2.
Program ini diharap dapat melahirkan guru yang berkualiti serta mempunyai ciri-ciri
guru yang dapat memimpin anak bangsa kelak.



8
RASIONAL
Rasional ceramah ini dijalankan untuk memberi pengetahuan kepada guru
pelatih tentang mendedahkan pelajar dengan kriteria yang diperlukan dalam
membentuk seorang guru yang cemerlang serta mampu memberi sumbangan yang
baik kepada negara. Selain itu, ceramah ini juga memberi penekanan terhadap guru
sebagai seorang insan yang mulia, kualiti peribadi serta professionalisme seorang
guru dan pembelajaran yang berterusan dan seluas hayat.

MATLAMAT
Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat membina insan guru yang
mempunyai kerohanian dan akhlak keguruan. Menerusi program ini guru-guru
pelatih dapat memahami domain pembangunan diri yang seimbang di samping
memahami konsep nilai dan etika keguruan. Guru-guru pelatih juga dapat
memahami citra diri insan guru dan membina pemikiran positif serta motivasi kendiri
terhadap kerjaya keguruan.
Di samping, program ini dapat melahirkan bakal guru yang berilmu, beramal
dan berbakti iaitu memahami konsep nilai dan etika keguruan supaya boleh
mengamalkan semangat berpasukan, kerjasama dan bertanggungjawab. Pada
masa yang sama, program ini dapat membina insan guru yang berakuantabiliti dan
amanah. Selain memahami konsep akauntabiliti keguruan seta membina komitmen
dalam pelaksanaan guru sebagai pendidik pembimbing dan pembina akhlak.
Pemikiran proaktif seorang guru amat penting supaya dapat membina kesedaran
sosial. Oleh itu, guru pelatih harus memahami konsep dan kepentingan pengurusan
hubungan dengan komuniti pendidikan.



9
OBJEKTIF
Objektif ceramah ini membolehkan pelajar-pelajar dapat:
i. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan
situasi kompleks untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan
masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan
penambahbaikan secara berterusan
ii. Menunjukkan kecakapan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada
komuniti.
iii. Boleh bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan
persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi
dalam kepelbagaian budaya.
iv. Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak
keguruan.
v. Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil
peranan secara aktif dalam kumpulan.
vi. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani
dan sosial.



10
LAPORAN SEBELUM PROGRAM BINA
INSAN GURU (BENGKEL)







PERJUMPAAN
PERTAMA









11

LAPORAN PERJUMPAAN BINA INSAN GURU FASA 3
Tarikh : 20 Februari 2014
Tempat : Bilik Messyuarat Gerko, IPDA
Masa : 2.30 Petang 4.00 Petang
Kehadiran : KK/PKK/Wakil setiap kelas PISMP Semester 3 Ambilan Jan 2013
Perjumpaan kali ini adalah menjurus kepada pelantikan AJK kursus Bina
Insan Guru (BIG) Fasa III. Walaubagaimanapun, kehadiran dilihat sangat
memuaskan kerana setiap kelas menghantar seorang wakil bagi menghadiri
mesyuarat ini.
Pelantikan AJK ini telah dibuat oleh Tuan Mohd. Nashri Bin Yaakub. Para
peserta diminta mencalonkan peserta yang boleh menjadi ahli jawatankuasa.
Daripada pelantikan ini, berikut merupakan ahli jawatankuasa bertindak dalam
kursus BIG Fasa III:
JAWATAKUASA PELAKSANA BIG FASA 3 2014
Pengarah Projek : Fakrullah Amri Bin Amsani
Timbalan Pengarah Projek : Nurathirah Binti Shamsuddin Samya
Setiausaha : Faaiza Binti Sharif
Timbalan Setiausaha : Muhamad Ridhuan Bin Wahab
Bendahari : Farah Adibah Binti Azme
Timbalan Bendahari : Fatin Fakhira Binti Md Zain

Senarai Exco Program BIG
AJK Persiapan Tempat : Lau Yi Yu
AJK Protokol dan Sambutan : Muhamad Syazwan Bin Abdul Hamid
AJK Dokumentasi & Broshur : Wan Muhammad Izzudin Bin Dolah


12
AJK Makanan : Daniel Tan
AJK Pendaftaran : Muhammad Afiq Bin Azli

Selepas pelantikan ajk bertindak, setiap ketua AJK terus memilih anak buah
untuk menolong mereka melaksanakan tugas.
Seterusnya, perjumpaan diteruskan dengan taklimat mengenai tugastugas
yang digalas oleh setiap ajk.
Perjumpaan tamat dalam sekitar jam 4.00 petang.


















13



PERJUMPAAN
KEDUA









14

LAPORAN PERJUMPAAN BINA INSAN GURU 3
Tarikh : 3 Mac 2014
Tempat : Kafe Asrama
Masa : 4.00 5.00 petang
Kehadiran : AJK Induk dan AJK setiap Fasa PISMP Semester 3 Ambilan Jan
2013
Perjumpaan kali ini bertujuan untuk memberitahu progres aktiviti dan
pelaksanaan Bina Insan Guru setiap Fasa dengan penyelaras BIG Fasa 3, Puan
Sumaiyah. Kehadiran peserta agak memuaskan.
Puan Sumaiyah mengingatkan bahawa Bina Insan Guru adalah satu aktiviti
wajib dan merupakan elemen penting yang diberi penilaian bagi seorang pelatih
sebelum menjadi guru. Beliau juga mengingatkan supaya para peserta sentiasa
peka dan mengambil perhatian serius terhadap perjumpaan mahupun sesi taklimat
seperti ini. Selain itu, beliau menekankan agar para pelatih meningkatkan
penyertaan dan penglibatan semasa dalam aktiviti BIG. Akhir sekali, beliau memberi
peringatan kepada AJK BIG Khidmat Masyarakat supaya selepas kertas kerja
diluluskan, mestilah mengambil salinan sebut harga, pendaftaran syarikat dan
salinan akaun bank untuk memohon LO.
Perjumpaan tamat dalam sekitar jam 5.00 petang.






15
LAPORAN SEMASA PROGRAM BINA
INSAN GURU (BENGKEL)








Pendaftaran bermula pada pukul 7.45 pagi hingga 8.00 pagi pada hari Selasa
(01 April 2014). Penceramah yang dijemput khas dari Jabatan Pengajian Melayu
iaitu En Bukhari bin Shafie tiba pada pukul 8.15 pagi. Program dimulakan sejurus
penceramah tiba dan mengambil tempat di kerusi yang disediakan di hadapan
pentas Dewan Ibnu Khaldun dengan nyanyian lagu Negaraku dan Negeri Kedah
serta lagu IPDA. Pengacara majlis pada hari tersebut ialah Haini Syafikah (kelas
Sejarah) bersama Zulqarnain (kelas Pendidikan Khas 2).

Pengacara majlis memberi arahan untuk berdiri dan menyanyi serta mengalu-
alukan kedatangan penceramah.
TARIKH: 12 SEPTEMBER 2013
(AHAD)
TEMPAT: DEWAN IBNU
KHALDUN
MASA: 8.00 PAGI 12.00
TENGAH HARI


16

Penceramah dan pengerusi BIG berdiri untuk nyanyian lagu.
Pengacara majlis menyerahkan majlis kepada penceramah selepas nyanyian
lagu untuk menyampaikan ceramah dan bengkel berkenaan Kesantunan Bahasa
dan Pengucapan Awam yang berlangsung pada sesi pertama di mana sesi kedua
adalah bengkel.

Penceramah pada hari tersebut : En Bukhari bin Shafie
Antara isi kandungan ceramah yang disampaikan ialah mengenai komunikasi
yang terdiri daripada dua bentuk komunikasi iaitu interpersonal dan intrapersonal.
Sebagai manusia, kita tidak boleh hidup jika tiada komunikasi. Penceramah juga
membawa kita memikirkan sebentar tentang insan lain yang dilahirkan tanpa
penglihatan, pendengaran dan kebolehan untuk bersuara. Dalam komunikasi mulut
dan telinga adalah penting dan kita boleh menyampaikannya sama ada dalam
bentuk lisan atau bertulis.
Kita sebagai pendidik sangat memerlukan kemahiran berkomunikasi yang
baik agar apa yang ingin disampaikan boleh difahami oleh pelajar kita dan kita akan
terlibat dengan komuniti daripada peringkat atasan hingga kepada rakan sejawat.


17
Penceramah juga ada menekankan bahawa jika kita bercakap dengan bahasa yang
santun, maka kita akan dapat maklum balas yang santun dan sebaliknya. Cara kita
berkomunikasi juga mestilah bersesuaian dengan tahap dan umur masing-masing.
Contohnya, perbualan remaja dengan perbualan orang tua pastinya berbeza dan
topik perbincangannya juga adalah berbeza.
Penceramah juga telah menunjukkan Video Ken Lee yang menyanyi melalui
hafalan tetapi tidak memahami akhirnya menyanyikan sesuatu yang tidak difahami
tetapi dikatakan bahasa Inggeris dan Video Mr Bean bermain drum tanpa
mengeliarkan suara tapi mampu membuat orang ketawa.

Video Mr Bean yang membuat persembahan tanpa mengeluarkan suara.
Penceramah menerangkan bahawa apa yang dilakukan oleh Mr Bean itu
adalah satu bentuk komunikasi walaupun tidak bersuara (non verbal). Encik juga
menerangkan bahawa kebiasaannya apabila kita berkomunikasi perlakuan kita 35
peratus verbal dan 65 peratus non verbal iaitu bahasa mata atau bahasa badan.
Encik juga mengatakan bahawa apabila orang berkomunikasi bercakap sambil
berpeluk tubuh bermaksud melindungi diri dia dan jika meletakkan tangan dalam
poket membawa maksud ada yang ingin disembunyikan.
Ceramah diteruskan mengenai etiket/pergaulan sosial yang bermaksud
tingkah laku dan sopan santun untuk berinteraksi antara individu dengan individu
yang lain dalam masyarakat. Kita perlulah sentiasa menjaga percakapan kerana ada
pepatah mengatakan lidah ibarat mata pedang. Kita mertilah berbudi bahasa,
beradab dan sopan serta menggunakan perkataan yang tidak menyinggung perasan


18
orang lain. Fokus pada penggunaan bahasa di mana dalam konteks formal mestilah
guna bahasa formal.
Pengucapan awam pula ialah memberi ucapan di hadapan khalayak ramai dan
boleh dilatih jika rasa gemuruh dengan mencari seorang idola yang sentiasa
kehadapan seperti ustaz Azhar Idrus atau Tun Dr Mahathir Mohamad. Bagaimana
kita ingin berucap ialah dengan mahir dengan apa yang disampaikan dan mahir
dalam penyampaian juga serta merangkumi pelbagai topik. Apabila kita
menyampaikan ucapan, kita akan dinilai oleh audien dan apa yang disampaikan
boleh diperkukuhkan dengn pengalaman.
Ciri-ciri keperibadian yang baik perlu ada seperti ikhlas, amanah iaitu apabila
mendapat mikrofon hendaklah jalankan amanah dengan baik contohnya menepati
masa, bertanggungjawab dengan membuat persediaan terlebih dahulu (buat kajian
lapangan) melalui pemerhatian serta cari maklumat lain untuk menyokong hujah.
Selain itu, peramah dan berkeyakinan juga penting ada dalam diri untuk berucap di
hadapan. Keyakinan boleh ada apabila kita mahir dan menguasai tentang apa yang
ingin disampaikan. Rajin berusaha, berpandangan jauh, perjuangan yang jelas,
berdikari, mempunyai cita-cita tinggi dan tidak mudah putus asa juga perlu ada
dalam diri penyampai.
Apabila kita ingin menyampaikan ceramah, kita perlu tahu fokus ceramah
berkenaan khlayak, siapa audien kita, berapa ramai dan tujuan hadir ke ceramah,
isu semasa yang sesuai dengan khalayak, elakkan maklumat palsu kerana perkara
tersebut akan dipanjangkan dan elakkan provokasi, pengaruhi pendengar, ajak
mereka berfikir serta berikan contoh yang sahih. Maklumat yang disebarkan itu
mestilah jelas dan ada kaitan dengan isu. Bahasa yang digunakan juga perlu santun
dan boleh ada unsur kecindan tetapi tidak keterlaluan.
Encik Bukhari turut mengatakan tentang model kesantunan yang terdiri
daripada kesantunan berkendala, strategi kesantunan dan jenis kesantunan.
Kesantunan berkendala berkaitan dengan siapa yang bercakap, apa yang
dicakapkan, di mana pecakapan berlaku dan mengapa percakapan berlaku serta
bagaimana percakapan disampaikan. Bagi strategi kesantunan pula diukur
berdasarkan kepatuhan pengguna bahasa dan jenis kesantunan yang melibatkan
verbal dan non verbal.


19
Sesi yang kedua pula berkaitan bengkel kesantunan bahasa di mana bermula
selepas waktu rehat pada pukul 10.45 pagi. Kami harus mempersembahkan lakonan
dalam masa lima minit untuk menunjukkan apa itu kesantunan bahasa. Pada pukul
11.00 pagi persembahan dimulakan dengan kelas Bimbingan Kaunseling 1 dan
lapan kelas yang lain.

BNK 1 sedang membuat persembahan.

Kelas BNK 2 yang berkaitan dengan cara ketua kampung berkomunikasi dengan
anak buahnya.



20
Kelas Pendidikan Khas 1 berkenaan suasana guru dan murid-murid dalam kelas.

Kelas PK 2 berkaitan situasi rakan menghadiri jamuan di rumah rakannya.

Kumpulan Arab berkenaan situasi peminangan.

Kelas Sejarah berkenaan pelayan kedai makan mengambil pesanan.


21

Kelas TESL berkenaan situasi di hotel dan pelanggannya.

Kumpulan Pemulihan 1 berkenaan situasi di dalam bas.

Kelas Pemulihan 2 berkenaan perlanggaran kereta.
Selesai semua persembahan, Encik Bukhari memberi sedikit kesimpulan dan
menutup ceramahnya kerana jam sudah menunjukkan hampir pukul 12 tengah hari.
Majlis diteruskan dengan sesi penyampaian cenderahati kerana sudi memberi
ceramah pada hari tersebut.


22

Puan Sumaiyah Abdul Rahman menyampaikan cenderahati kepada En Bukhari.
Selesai sesi penyampaian cenderahati, pengacara majlis meneruskan
dengan nyanyian lagu Kami Guru Malaysia dan perarakan keluar dewan
penceramah diiringi pengerusi BIG, Fakrullah Amri serta majlis bersurai.



23
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
(BENGKEL)
Program ini boleh dikatakan berjalan dengan lancar kerana hanya ada sedikit
masalah yang timbul ketika program berlangsung dan menepati proforma BIG
Semester 3. Walaupun masa yang diberikan selama empat jam iaitu bermula pada
pukul 8.00 pagi hingga pukul 12.00 tengah hari tetapi masa seolah-olah tidak
mencukupi kerana jika dilihat, pembentangan kumpulan terpaksa disingkatkan
masanya kerana penceramah khuatir mengambil masa yang lama dan akan
melebihi masa yang ditetapkan.
Pada awal majlis, En Bukhari telah membuat sedikit peneguran yang boleh
dibaiki pada majlis akan datang. Semasa nyanyian lagu Negaraku, video dan
nyanyian audien tidak selari kerana ada masalah teknikal. Oleh itu, En Bukhari
mengatakan sepatutnya pengacara majlis meminta semua audien untuk berhenti
menyanyi dan meminta maaf kerana terdapat kesilapan sebegitu. Hal ini kerana,
pengacara majlis sangat penting dalam sesebuah majlis untuk memastikan
kelancaran, jadi tidak ada salahnya jika pengacara majlis meminta audien
memberhentikan nyanyian.
En Bukhari juga ada menegur tentang masa yang perlu ditetapkan untuk
mendaftar bagi pelajar jika penceramah dijemput pada waktu yang ditetapkan dalam
kata lainnya, pelajar perlu sampai lebih awal berbanding penceramah dan bukan
bersama dengan penceramah. Jika penceramah dijemput pada pukul 8.15 pagi,
waktu pendaftaran mestilah pada pukul 7.45 pagi sehingga pukul 8.00 pagi di mana
apabila penceramah hadir, semua audien telah bersedia di tempat duduk masing-
masing.
Kesimpulannya, masalah yang timbul dapat diselesaikan dan teguran yang
diberikan boleh digunakan untuk majlis yang akan datang. Ceramah dapat
dijalankan seperti biasa dan semua pelajar kelihatan seronok dan semoga mendapat
input yang disampaikan dan menggunakannya pada masa hadapan.



24
REFLEKSI (BENGKEL)
Saya berasa sungguh gembira sepanjang ceramah berlangsung kerana saya
tidak berasa mengantuk dan pada pendapat saya En Bukhari menyampaikan
ceramah dengan berkesan dengan bantuan video-video yang berkaitan dengan
komunikasi, kesantunan bahasa dan pengucapan awam. Saya mendapat banyak
input dan melalui ceramah beliau, saya berasa bersyukur kerana mempunyai
pendengaran, penglihatan serta ada suara untuk berkomunikasi.
Saya mengetahui kepentingan menggunakan bahasa yang sopan apabila
berkomunikasi lebih-lebih lagi kerjaya keguruan yang memang memerlukan
kemahiran berkomunikasi yang baik. Saya juga tahu apa yang perlu ada untuk
menjadi seorang penceramah yang baik dan melalui ceramah ini saya dapat
meningkatkan keyakinan diri untuk berkomunikasi di hadapan khalayak.
Melalui video yang ditunjukkan juga, saya dapat melihat nilai-nilai positif dan
negatif yang perlu saya ikut dan jauhi apabila saya berkomunikasi di mana
komunikasi boleh berlaku secara non verbal iaitu melalui perlakuan dan verbal
secara lisan. Apabila kita berkomunikasi, kita tidak boleh hanya menghafal sahaja
sebaliknya mesti memahami juga agar kita tidak akan mengatakan sesuatu yang
memalukan diri sendiri. Oleh itu, sebagai guru, saya mesti mahir dan faham tentang
isi pengajaran yang ingin saya sampaikan pada murid agar komunikasi dua hala
dapat dibina.
Tanggungjawab menjadi seorang guru sangat berat dan mencabar serta
merupakan amanah yang perlu saya pegang kerana saya bakal mendidik anak
bangsa dan merealisasikan harapan ibu bapa mereka yang ingin melihat anak
mereka menjadi seorang yang berjaya dan boleh berbakti kepada keluarga,
masyarakat, negara dan agama. Jadi, saya memerlukan keyakinan dan kemahiran
dalam bidang saya agar dapat menyampaikan ilmu dengan berkesan apabila saya
sudah mengetahui kemahiran berkomunikasi yang betul di samping menjaga
kesantunan bahasa.


25



Program Bina Insan
Guru
(Kemasyarakatan)
Semester 2/2013


26
PENGENALAN
Program Bina Insan Guru merupakan satu program yang dirangka khas bagi
memenuhi keperluan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) untuk
memenuhi syarat mendapat Ijazah Perguruan Malaysia. Program ini berada di
bawah komponen Asas Dinamika Guru (ADG) bagi kumpulan PISMP. Melalui
penyertaan dan penglibatan guru-guru pelatih, matlamat program dalam
menerapkan nilai-nilai hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam
proses pembinaan insan guru dapat dipenuhi.
Segala pengisian program tersebut juga selaras dengan asas pembinaan
insan guru yang berpaksikan kepada pegangan Prinsip Rukun Negara dan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan sekaligus menjadi asas pembentukan masyarakat dan
menjadi kerangka kepada pembentukan negara bangsa.
Proses pembinaan insan guru terbina berlandaskan kepada aspek kesedaran
bahawa profesion perguruan adalah mulia. Insan guru dilihat sebagai golongan yang
dapat membina generasi yang cemerlang di samping menjadi role model kepada
masyarakat.
Justeru, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri mereka dari
semua aspek sama ada jasmani, emosi, rohani atau intelek. Sebagai insan yang
bergelar guru juga adalah suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri
yang baik di samping meningkatkan kualiti dan keterampilan diri. Oleh itu, pengisian-
pengisian positif, penerapan nilai-nilai murni dan pengamalannya juga perlu dalam
diri guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya dan
masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran pada era globalisasi.



27
RASIONAL
Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat membina insan guru yang
mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta cemerlang dalam semua aspek,
sesuai dengan cabaran profesion perguruan masa kini. Dengan adanya program ini,
diharapkan guru-guru pelatih PISMP semester 2 dapat membina semangat juang
yang tinggi dan sentiasa bersedia menyumbangkan masa dan tenaga sepenuhnya
kepada diri, keluarga, masyarakat dan bangsa.
Di samping itu, guru-guru pelatih PISMP semester 2 diharapkan dapat
membina keyakinan diri dalam menghadapi cabaran semasa, menimbulkan
kesedaran dan keinsafan dalam membentuk jati diri sebagai seorang guru. Ini
bertujuan untuk mencapai citi-cita murni membentuk peribadi seorang insan yang
berwawasan seterusnya membantu merealisasikan wawasan negara selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MATLAMAT
Antara matlamat Program Bina Insan Guru (BIG) untuk semester ini ialah:
3.1 Peserta-peserta kursus akan dapat menimba pengetahuan dan pengalaman
praktikal asas mengenai persediaan dan pelaksanaan aktiviti
kemasyarakatan.
3.2 Peserta-peserta kursus akan mendapat pengetahuan, pengalaman, dan
kemahiran aktiviti-aktiviti utama dan sampingan dalam masyarakat.
3.3 Peserta-peserta kursus dapat mengamati, menghayati dan menghargai
kemahiran bersosial dan berkomuniti.
3.4 Peserta-peserta kursus dapat mengukuhkan sikap nilai-nilai murni melalui
interaksi antara satu sama lain dan bersama komuniti.



28
OBJEKTIF
Selepas mengikuti program Bina Insan Guru, para guru pelatih PISMP diharapkan
dapat:
4.1 Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada
komuniti serta mendekatkan diri dengan masyarakat.
4.2 Menampilkan dan menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak
keguruan.
4.3 Meningkatkan kemahiran berfikir pada aras yang tinggi dalam menganalisis
masalah untuk membuat keputusan yang jitu bagi penambahbaikan secara
berterusan.
4.4 Memupuk gerak balas secara positif tidak kira dalam apa jua keadaan
sekalipun.
4.5 Meningkatkan kemahiran berkomunikasi mengikut persekitaran dan
kepelbagaian budaya dalam sesuatu komuniti.
4.6 Meningkatkan sifat kepimpinan dengan kemahiran mengurus dan
mengorganisasi sesuatu program dengan baik.
4.7 Meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan individu dari aspek fizikal,
mental, emosi, rohani dan sosial.



29
LAPORAN SEBELUM PROGRAM BINA
INSAN GURU (KEMASYARAKATAN)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

MINIT MESYUARAT PENUBUHAN AHLI JAWATANKUASA INDUK
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Siri 3-Khidmat Masyarakat

Tarikh : 5 Mac 2014
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bangunan Gerko
Kehadiran : ( Rujuk Lampiran 1)
Agenda :

1.0 Pelantikan Ahli JawatanKuasa Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Siri 3-
Khidmat Masyarakat
Perbincangan telah dimulakan dengan bacaan doa. Pelantikan Ahli JawatanKuasa
BIG telah ditetapkan seperti berikut:

Pengerusi : Muhammad Amirudin bin Abd Hamid

N. Pengerusi : Feffah binti Kuilin

Setiausaha : Sofiyuddin bin Ab Manaf

N. setiausaha : Suganthi A/P Kasinathan

Bendahari : Muhammad Fahdly bin. Anuar

N. bendahari : Nurul Huda binti .Che Hamat




30



Ahli Jawatankuasa ;

Disiplin & etika : Mohamad Arif bin Abdul Rashid


Peralatan : Muhammad Farhan bin Mohd Salleh


Makanan & minuman : Fatin Nor Farahin binti Madhi


Aktiviti : Mohd Hapipi Azhar bin Sapiling


Buku Program : Nur Syazana Diyana binti Ramli


Aturcara Majlis : Shafil bin Salam


Sambutan : Ngu kian Teck


Pengangkutan : Muhammad Aizuddin bin Abdul Hamid


Dokumentasi : Muhamad Azimin bin Zulkifli


Perhubungan : Nurizzati binti Fadzil


Tugas-Tugas Khas : Jevitha A/P Balakrishnan







2.0 Ucapan Pengerusi Program


31

Pengerusi telah memberi pencerahan mengenai tugas-tugas bagi setiap AJK.
Pengerusi telah meminta mohon bekerjasama untuk menjayakan program ini tanpa
mengira masa dan tenaga.

3.0 Pemilihan Tempat Pelaksanaan Khidmat Masyarakat
3.1 Pensyarah Unit Gerko telah memberi cadangan untuk membuat undian pilihan
tempat bagi melaksanakan Khidmat Masyarakat tersebut.
3.2 Siri 3 telah mendapat Rumah Seri Kenangan, Jejawi,Perlis iaitu Rumah Warga
Emas. Siri 3 dijelaskan aktiviit-aktiviti yang perlu dilakukan di sana seperti gotong-
royong dan sebagainya.

4.0 Penangguhan Mesyuarat
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menerima amanah yang
telah diberikan kepada setiap AJK dan meminta bukan sahaja AJK malah semua
ahli perlu bekerjasama untuk menjayakan program ini bagi Semester 3 ini.
Mesyuarat ditangguh pada jam 10.00 pagi.

Disediakan oleh
.
Setiausaha,
Bina Insan Guru,
Fasa III Siri
BIL. NAMA PELATIH
NO.KAD
PENGENALAN
NO.TELEFON


32
PISMP BAHASA ARAB (Lampiran 1)
PISMP PENDIDIKAN KHAS 2
BIL. NAMA
NO. KAD
PENGENALAN
NO. TELEFON
1
AL NAZIRUL HAKIM BIN MOHAMAD
AZAN
920612-03-6023

014-5171266
1 AHMAD FIKRUL AMIN BIN SHANUSI 930314-03-5005 014-5116352
2 AHMAD MUSTAFID BIN MAT SHARIF 920802-03-6323 014-5074770
3 FARAH IZYANI BINTI BACHO 930721-12-6836 014-5637785
4 MOHAMMAD SHAZWAN BIN ABDUL
HAMID
931008-02-5241 013-4424365
5 MUHAMAD AMIRUDIN B. ABD HAMID 931004-02-5981 013-4197050
6 MUHAMAD ATIF SIDQI BIN SANUSI 921009-03-5899 013-3214080
7 MUHAMMAD AIZUDDIN BIN ABDUL
HAMID
930802-02-5017 013-5937857
8 MUHAMMAD FARHAN BIN MOHD
SALLEH
931121-02-5171 019-4064209
9 MUHAMMAD HAFEEZ BIN ZULKIFFLI 930214-03-5673 014-5347738
10 MUHAMMAD MUZAINI BIN ABDUL
MUTALIB
930808-08-5395 013-5944522
11 NABILAH BT.ISMAIL 930926-07-5366 013-5918649
12 NOR AMALINA BT.SHAFIE 930831-02-5606 013-5858907
13 NUR ASIHANA BT.JASMI 931005-08-6540 019-5662604
14 NUR DALILAH BT.CHE HARUN 930110-11-5388 019-9790457
15 NUR FATIN LIYANA OMAR 930507-06-5964 019-4504502
16 NUR HIDAYU BT.KHIRUL HISYAM 931210-08-6152 017-5610648
17 NURIZZATI BT.FADZIL 920912-02-5406 013-4594867
18 NURSUHAIDA BT.CHE HUSSIN 940101-11-5924 014-5161783
19 NURUL HUDA BT.CHE HAMAT 930331-11-5306 014-5319309
20 SOFIYUDDIN B. AB MANAF 930627-02-5991 013-5340824
21 WAN NUR SYUKRIAH BT. WAN
ZULKIFLI
931130-03-5160 013-9099642
22 ZULAIKHA BT.UZALI 930906-01-6780 017-7340947


33

2
FARHAN FIDA'IY BIN NASRUDDIN

930619-06-5037

014-5266739
3
JEVITHA A/P BALAKRISHNAN

930608-04-5372 017-6309860
4
MOHAMAD ARIF BIN ABDUL
RASHID

930621-08-5483 019-4306354
5
MOHD ZULQARNAIN BIN ABDOL
RAHMAN

931114-04-5123 017-3176946
6
MOHD HAPIPI AZHAR BIN SAPILING

930119-12-6729 019-4236542
7
MUHAMAD ASYRAF BIN MUHAMAD
KAMAL

930305-03-5433 014-5481636
8
MUHAMMAD AFIQ BIN AZLI

930107-02-5541 012-4226098
9
MUHAMMAD FAHDLY BIN ANUAR

930816-08-6291 017-3409693
10
MUHD AIDIL FIRDAUS BIN MOHD
ABDULLAH

930529-03-5731 014-5177022
11
NORHISYAM BIN ABDOLLAH

930514-13-5887 014-8862379
12
SHARANYA A/P MURUGESU

931111-10-5290

016-9159440
13
SUGANTHI A/P KASINATHAN

921012-04-5430 016-6548337





PISMP PEMULIHAN 1


34


BIL. NAMA
NO. KAD
PENGENALAN
NO.TELEFON
1. AILIN WONG 921113-13-6024 0194994919
2. AUNI FARHANA BINTI AZMAN 930209-10-6262 0133197363
3. CHAN BAO YAO 930917-13-5996 0165772218
4. FAKRULLAH AMRI BIN AMSANI 931116-01-5075 0177859802
5. FATIN NOR FARAHIN BINTI MADHI 930608-13-6688 0138310459
6. FEFFAH BINTI KUILIN 930731-12-5212 0198427753
7. FLOYID BIN JANAIN 930731-12-6389 01116557121
8. HO LI PHIN 930516-13-5194 0165258816
9. KIING LIN 930421-13-6020 0149957383
10. KWEH CI YIN 930310-02-5504 0175297874
11. MARILYAN MARCELLIUS 930309-12-5516 0135563436
12. MOHAMAD ZABIDI BIN MOHAMAD ALI 930629-13-6257 0135610518
13. MONICA ANAK MANGOH 930105-13-6280 0138442736
14. MUHAMAD AZIMIN BIN ZULKIFLI 931002-11-5123 0134157626
15. NGU KIAN TECK 930524-13-5979 0164847366
16. NUR ANIS FARHANA BINTI MOHD NOR 921121-02-5092 0134993321
17. NUR IZZAH BINTI SAUTI 931207-11-5450 0199944012
18. NUR SYAZANA DIYANA BINTI RAMLI 930922-11-5084 0194487071
19. PIONG SIY SIEW 930317-13-5378 0128589156
20. SALWAH BINTI SAIRUN 931004-12-5472 0145568097
21. SHAFIL BIN SALAM 930729-12-5715 0138709794
22. STELLA TING WEN GING 920103-13-6106 0198882466
23. TIE XIAO XIAN 930530-13-5940 0143910017
24. WONG CHIEW YIEN 930521-13-5834 0165725528
25. YOU XIN PING 911003-02-6028 0125559500
26. ZAIM ZULKIFLI 920405-11-5597 0145291382


35
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

MINIT MESYUARAT PENUBUHAN AHLI JAWATANKUASA INDUK
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Siri 3-Khidmat Masyarakat

Tarikh : 26 Februari 2014
Masa : 5.15 petang
Tempat : Caf Asrama
Kehadiran : ( Rujuk Lampiran 1)
Agenda :

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi

Pengerusi telah mengetuai mesyuarat dengan bacaan doa. Pengerusi telah
mengucapkan terima kasih kepada ahli yang berjaya menghadirkan diri mereka.
Pengerusi telah memperincikan tugas-tugas setiap AJK supaya pergeraknnya lancar
dan betul.

2.0 Perincian Mengenai Tugas AJK

2.1 Pengerusi telah meminta Setiausaha untuk menyiapkan Kertas Kerja BIG
Khidmat masyarakat Fasa3 Siri3 secepat mungkin untuk dihantar ke Unit
Pentadbiran.

2.2 Setelah berbincang dan dipersetujui bayaran yang dikenakan bagi setiap
orang adalah sebanyak RM5.
2.2.1Bayaran adalah untuk cenderahati kepada tetamu kehormat di Rumah
Kenangan , Banner, Tag Peserta dan lain-lain lagi.

2.3 AJK makanan


36
2.2.3 AJK makanan diminta untuk menguruskan tempahan makanan bagi
61 orang peserta dan mentor setiap kelas yang akan menghadiri
pada hari aktiviti tersebut.
2.4 AJK tugas-tugas khas
2.2.4 AJK tugas-tugas khas diminta menyediakan baner.
2.5 AJK Peralatan
2.5.1 AJK Peralatan diminta menyediakan peralatan yang diperlukan bagi
gotong-royong.
2.6 AJK Publisiti
2.6.1 AJK diminta Publisiti menyediakan broser untuk diedarkan bagi
perserta dan penyarah pebimbing.
3.0 Penangguhan Mesyuarat
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menerima amanah yang
telah diberikan kepada setiap AJK dan meminta bukan sahaja AJK malah semua
ahli perlu bekerjasama untuk menjayakan program ini bagi Semester 3 ini.
Mesyuarat ditangguh pada jam 6.30petang.

Disediakan oleh,
.
Setiausaha,
Bina Insan Guru,
Fasa III Siri 3.



37
LAPORAN PROGRAM BINA INSAN
GURU (KEMASYARAKATAN)








Pada 08 April 2014 iaitu pada hari Selasa, pelajar PISMP semester 3 dari IPG
Kampus Darulaman telah melaksanakan salah satu program Bina Insan Guru (BIG)
fasa 3. Program Bina Insan Guru (BIG) fasa 3 ini melibatkan aktiviti masyarakat.
Seramai 61 orang pelajar terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan BIG Fasa 3 Siri 3
ini yang merangkumi 3 buah kelas iaitu Bahasa Arab, Pendidikan Khas 2 dan
Pemulihan 1 PISMP Semester 3 Ambilan Januari 2013. Kumpulan BIG Fasa 3 bagi
Siri 3 ini terpilih untuk menjalankan aktiviti di Rumah Orang Tua. Setelah
perbincangan dijalankan, kami sepakat untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan
ini bertempat di Rumah Seri Kenangan, Kangar Perlis.
Pada jam 7.00 pagi, semua peserta berkumpul di hadapan Jabatan Gerko.
Sesi taklimat telah diadakan oleh Pengerusi BIG Fasa 3 Siri 3 iaitu saudara
Muhamad Amirudin bin Abd Hamid. Peserta lelaki telah ditugaskan untuk
mengangkat peralatan seperti cangkul dan penyodok sampah ke dalam bas.
Seterusnya, taklimat dan sedikit nasihat turut disampaikan oleh Encik Mernan bin
Taling, pensyarah daripada Jabatan Kaunseling, merangkap mentor bagi kelas
Pendidikan Khas 2. Beliau banyak kali berpesan kami dan mengingatkan agar
sentiasa menjaga tutur kata, tingkah laku dan maruah sepanjang berada di Rumah
Seri Kenangan agar dapat menjaga hati penghuni Rumah Seri Kenangan tersebut.
TARIKH: 8 APRIL 2014
(SELASA)
TEMPAT: Rumah Seri
Kenangan (RSK)
MASA: 7.30 PAGI 4.00
PETANG



38
Sarapan pagi juga telah diagihkan sebelum bertolak ke Rumah Seri Kenangan.
Sebelum perjalanan dimulakan, bacaan doa telah diadakan yang diketuai oleh
saudara Muhd Aizuddin daripada kelas Bahasa Arab.
Tepat jam 7.30 pagi, dua buah bas yang membawa rombongan peserta BIG
Fasa 3 Siri 3 memulakan perjalanan. Perjalanan yang mengambil masa hampir
selama 1 jam 30 minit ini memberi peluang kepada peserta untuk menjamah
sarapan pagi semasa di dalam bas. Pada jam 8.50 pagi, kesemua peserta selamat
sampai di Rumah Seri Kenangan dan kami dibawa oleh pegawai bertugas ke Dewan
Seri Kenangan. Pada jam 9.00 pagi, sesi taklimat ringkas telah disampaikan oleh
pegawai bertugas. Beliau telah menceritakan serba sedikit sejarah penubuhan
Rumah Seri Kenangan (RSK). Beliau juga turut menyatakan bilangan penghuni yang
tinggal di RSK tersebut. Cukup mengecewakan apabila beliau menyatakan 70%
daripada penghuni di sini merupakan kaum Melayu. Beliau juga turut menyatakan
pihak RSK berbesar hati menerima kunjungan daripada kami.
Selesai berucap, beliau mula mengagihkan kawasan gotongroyong yang
dibahagikan kepada 4 kawasan. Berlaku sedikit rombakan di sini kerana mengikut
perancangan awal, kami telah pun dibahagikan kepada 3 kumpulan yang
memerlukan kami bergotong-royong di tanah perkuburan, reban ayam dan taman
bunga. Menurut AJK Aktiviti, saudara Muhd Farhan, hal ini berlaku kerana pegawai
bertugas yang lain telah membuat agihan tugasan semasa perbincangan awal yang
lalu. Walau begitu, aktiviti gotong-royong masih tetap diteruskan dengan merombak
semula kumpulan. 4 kumpulan ini ditugaskan untuk bergotong royong di surau,
taman bunga, dewan makan dan memagari kawasan pokok pelam. Saya
ditempatkan di kumpulan taman bunga. Kami ditugaskan untuk membuat aktiviti
merumput.
Pada jam 10.00 pagi, masa rehat diberikan dan semua peserta di jemput ke
dewan makan untuk menjamu jamuan ringan. Kesempatan ini digunakan untuk sesi
beramah mesra dengan warga RSK. Jam 10.30 pagi, keempat-empat kumpulan
kembali meneruskan kerja-kerja bergotong-royong. Pada jam 11.00 tengah hari,
aktiviti bergotong-royong tamat dan semua peserta diminta berkumpul kembali di
dalam dewan. Aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti forum Transformasi Melangkah
ke Tahun 2014. Mengikut perancangan awal, aktiviti ceramah dan motivasi akan


39
berlangsung yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Hafedz bin Mohd Salleh. Namun
begitu, terdapat kekangan daripada pihak beliau menjadikan aktiviti ceramah dan
motivasi ini ditukar menjadi aktiviti forum pada saat akhir.
Saya dipertanggungjawabkan menjadi Pengerusi Majlis bagi aktiviti forum ini.
Moderator bagi forum ini ialah Mohd Zulqarnain bin Abdol Rahman dari kelas
Pendidikan Khas 2 bersama tiga orang panel. Tiga orang panel tersebut ialah Encik
Mernan bin Taling selaku pensyarah dari Jabatan Kaunseling, Muhamad Amirudin
bin Abd Hamid selaku Pengerusi BIG Fasa 3 Siri 3 dan Ahmad Mustafid bin Mat
Sharif selaku Yang Di-Pertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Darul
Aman. Forum ini berlangsung dengan jayanya dan mampu menarik perhatian semua
peserta untuk mendengarnya. Forum diakhiri tepat pada jam 12.30 tengah hari. AJK
Aktiviti saudara Muhd Farhan memberi sedikit taklimat berkenaan aktiviti seterusnya
dan AJK Makanan, Fatin Nor Farahin Madhi menyatakan makanan tengah hari telah
pun disediakan.
Jam 12.45 tengah hari, semua peserta dijamu dengan makan tengah hari.
Selepas itu, peserta yang beragama Islam dijemput ke surau untuk solat zohor
berjemaah bersama penghuni RSK. Bagi peserta yang bukan beragama Islam pula
mendapat kesempatan untuk beramah mesra bersama penghuni RSK. Usai solat
Zohor secara berjemaah, saudara Muhamad Muzaini bin Abd Mutalib dari kelas
Bahasa Arab ditugaskan untuk menyampaikan kuliah zohor. Kuliah Zohor tamat
pada jam 2.00 petang. Semua peserta seterusnya diminta berkumpul di Dewan Seri
Kenangan pada jam 2.10 petang.
Tepat jam 2.10 petang, semua peserta berada di Dewan Seri Kenangan.
Peserta-peserta dibahagikan kepada 7 kumpulan. Kumpulan saya terdiri daripada
Salwah Sairun, Ngu Kianteck, Sughanti, Muzaini, Sofiyuddin, Stella Ting dan Wong
Siew Siey. Setiap kumpulan diberikan sepucuk sampul surat yang terkandung di
dalam berkenaan biodata salah seorang penghuni di sini. Kami dikehendaki untuk
mencari penghuni tersebut dan berkenalan bersama penghuni tersebut.
Alhamdulillah, kumpulan kami dapat mengenal pasti penghuni tersebut dan pelbagai
cerita diceritakan oleh penghuni tersebut. Kami diberi masa selama setengah jam
untuk berbual-bual dan berkenalan bersama penghuni tersebut.


40
Tepat jam 3. 40 petang, semua peserta diminta berkumpul semula di dalam
dewan. Selepas itu, 4 orang ahli dari setiap kumpulan diminta hadir ke hadapan.
Berlaku pertukaran ahli antara kumpulan. Hal ini demikian kerana, kami diminta
untuk menceritakan kepada ahli kumpulan baharu tersebut berkenaan penghuni
yang telah ditemu bual. Selepas itu, ahli kumpulan baharu tersebut diminta
membentangkan maklumat yang telah diterima di hadapan dewan. Pelbagai ragam
dan kerenah dapat dilihat sewaktu sesi pembentangan dijalankan. Selesai sahaja
sesi pembentangan diadakan, Pengerusi Majlis menjemput beberapa orang peserta
secara sukarela untuk memberi ucapan berbentuk refleksi sepanjang berada di
Rumah Seri Kenangan pada hari tersebut. Pelbagai luahan perasaan dapat
didengar, malah lebih mengejutkan ada di antara peserta yang tidak dapat menahan
perasaan dan menangis sewaktu menyampaikan ucapan mereka. Ternyata, aktiviti
kemasyarakatan ini mampu memberi seribu satu kenangan dan pengajaran kepada
peserta-pesertanya.
Pada jam 4.30 petang, majlis penutup telah diadakan. Majlis penutup ini telah
dihadiri oleh Encik Manab Bin Mehat selaku Penguasa Rumah Seri Kenangan
Kangar. Beliau banyak menceritakan insiden-insiden yang pernah berlaku di RSK ini
banyak menasihati kami agar sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa. Majlis penutup
berakhir pada jam 5.00 petang. Seterusnya, sesi bergambar diadakan. Kemudian,
semua peserta yang beragama Islam hadir ke surau untuk solat Asar berjemaah
sebelum bertolak pulang ke IPG Kampus Darul Aman. Sesungguhnya, aktiviti
kemasyarakatan ini meninggalkan banyak kenangan dan pengajaran kepada saya
dan berharap agar saya berkesempatan lagi untuk menjalani program
kemasayarakatan seperti ini.



41
GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI KEMASYARAKATAN


Pelajar berkumpul di hadapan Jabatan Gerko dan sesi taklimat diadakan



Bacaan doa





42


Tiba di Rumah Seri Kenangan, Kangar, Perlis




Sesi taklimat diadakan oleh pegawai bertugas






43


Peserta sedang bergotong-royong



Peserta sedang bergotong-royong





44

Beramah-mesra bersama penghuni RSK



Beramah-mesra bersama penghuni RSK


45


Forum Transformasi Diri Melangkah Ke Tahun 2014










46


Solat Zuhur berjemaah




Kuliah Zohor






47


Aktiviti berkumpulan mencari dan berkenalan dengan penghuni RSK



Salah seorang peserta yang tidak dapat menahan perasaan sewaktu
pembentangan


48

Majlis penutup



Sesi bergambar



49
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
(KEMASYARAKATAN)
Secara keseluruhannya, program BIG ini telah banyak mendidik saya untuk
sentiasa menjaga peradaban dan kesantunan dalam komunikasi, menghargai orang
tua serta pelbagai lagi. Namun, di sebalik semua aktiviti yang telah dijalankan, saya
berasa beberapa penambahbaikan dapat dilakukan untuk aktiviti ceramah dan
aktiviti gotong-royong ini.
Bagi aktiviti ceramah, saya merasakan perlunya diadakan aktiviti ini di Dewan
Zaaba berbanding di Dewan Khaldun. Hal ini demikian kerana, keluasan yang besar
pada Dewan Khaldun menjadikan peserta-peserta tidak dapat menumpukan
perhatian sewaktu aktiviti ceramah sedang berlangsung.
Bagi aktiviti kemasyaratan pula, saya mengharapkan agar lebih banyak
aktiviti yang dapat dijalankan bersama penghuni-penghuni Rumah Seri Kenangan
tersebut. Hal ini demikian kerana, saya merasakan lebih banyak aktiviti yang
diadakan sesama ahli peserta berbanding meluangkan masa bersama penghuni
RSK. Walaupun begitu, saya tetap seronok dan mendapat pengalaman berguna
sepanjang program ini berlangsung.



50
REFLEKSI (KEMASYARAKATAN)
Sukatan Pelajaran Pendidikan Bina Insan Guru, BIG adalah suatu program
khas yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Guru dan diwajibkan ke atas semua
pelajar-pelajar Institusi Pendidikan Guru Malaysia. Program ini adalah bertujuan
memberi pendedahan awal dan pengalaman yang bermakna kepada para pelajar
sebelum mereka bergelar salah seorang warga pendidik. Hal ini kerana, setiap
aktiviti yang dilaksanakan di dalam program ini adalah menekankan kepada unsur-
unsur hidup bermoral dan beragama bersesuaian untuk melatih individu menyelami
jiwa seorang warga pendidik di samping melahirkan individu yang mempunyai
kemantapan akhlak dan nilai kerohanian yang tinggi serta semangat juang yang kuat
dan kental dalam mengharungi liku-liku kehidupan sebagai seorang warga pendidik
selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Falsafah Pendidikan Guru.
Pada 01 April 2014 dan 08 April 2014 yang lalu, Institut Perguruan Kampus
Darulaman telah menganjurkan Program Bina Insan Guru Fasa 3 bagi pelajar
PISMP Semester 3. Terdapat 2 aktiviti yang dijalankan untuk Program BIG ini iaitu
aktiviti ceramah dan aktiviti kemasyarakatan.
Aktiviti ceramah kali ini sangat berbeza berbanding ceramah-ceramah yang
pernah saya ikuti sebelum ini. Penceramah pandai bermain dengan emosi para
pelajar dan suka menyelitkan video-video yang berunsur jenaka yang menyebabkan
para pendengar tidak kering gusi sepanjang sesi ceramah dilangsungkan. Hal ini
menjadikan para pelajar tertarik dengan ceramah yang diberikan. Sejujurnya, ini
adalah kali pertama saya dan rakan-rakan selaku mentee kepada penceramah
berpeluang untuk hadir ke kuliah mentor kami. Hal ini demikian kerana penceramah
belum pernah mengajar kami sebelum ini. Pelbagai ilmu baru berkenaan cara
berkomunikasi dengan baik dapat saya peroleh. Hal ini secara tidak langsung, saya
dapat mempraktikkan teknik-teknik berkomunikasi dengan baik bukan sahaja apabila
saya bergelar guru kelak, malah perbualan harian saya.
Melalui ceramah sebegini sememangnya dapat membentuk insan guru yang
diharapkan. Namun segala ilmu yang diperoleh daripada program ini jika hanya
dibiarkan di dalam buku catatan, ia kan menjadi sia-sia seperti pohon yang tidak


51
berbuah, dilontar dengan batu dibalas juga dengan batu. Namun, jika ilmu itu
diaplikasikan ianya akan seperti pohon yang berbuah, dilontar dengan batu dibalas
dengan buah. Mudah-mudahan segala ilmu dan pengalaman yang saya peroleh
daripada aktiviti ceramah ini akan dapat saya aplikasikan di dalam kehidupan saya
pada masa akan datang sebagai seorang guru.
Seterusnya, aktiviti ceramah ini juga mengajar saya erti kerjasama khususnya
antara rakan-rakan sekelas sewaktu aktiviti perbincangan untuk menghasilkan
situasi yang bertemakan kesantunan bahasa. Setiap ahli kelas mencuba
memberikan idea terbaik dan secara sukarela untuk menjadi pelakon sewaktu sesi
persembahan. Tambahan juga, aktiviti yang melibatkan kerjasama ini juga dapat
mengeratkan hubungan kami antara rakan-rakan sekelas. Selain itu, saya juga
berpeluang melihat gaya pembentangan dan kerenah rakan-rakan dari kelas lain
memandangkan kami jarang mengadakan pembentangan yang melibatkan kelas-
kelas lain.
Aktiviti kemasyarakatan pula merupakan satu pengalaman baru buat saya.
Sejujurnya, sejak dulu lagi saya bercita-cita untuk menjadi sukarelawan di rumah-
rumah kebajikan seperti rumah anak yatim dan rumah orang tua. Alhamdulillah,
dengan adanya Program Bina Insan Guru bagi Fasa 3 ini, memberi peluang kepada
saya untuk mengecapi, merasai sendiri dan menghargai pengalaman dan kenangan
yang tercipta sepanjang program ini berlangsung. Semasa aktiviti gotong-royong,
hati saya agak sedih melihat wajah-wajah penghuni di sini. Pada sudut pandangan
saya, wajah-wajah ini jelas menunjukkan kesepian mereka. Malah, ada di antara
mereka mengalami masalah kurang upaya seperti tangan dan kaki yang kudung dan
ada juga yang memakai kerusi roda
Semasa sesi rehat, kami sempat beramah mesra dan berkenalan dengan
salah seorang penghuni Rumah Seri Kenangan yang lebih mesra disapa sebagai
Tok Kalthom. Pelbagai cerita yang disampaikan oleh beliau. Paling memilukan hati
saya apabila Tok Kalthom mula membuka cerita perihal keluarganya. Menurut
beliau, sejak kematian suaminya, anak-anaknya mula berubah sikap menjadi orang
yang gilakan harta. Kerana sikap gila harta mereka, mereka tergamak membuang
dan meletakkan Tok Kalthom di Rumah Seri Kenangan. Hati saya cukup tersentak
apabila Tok Kalthom menyatakan seandainya beliau meninggal dunia suatu hari,


52
beliau tidak mahu seorang pun penjaga dan petugas di sini mengkhabarkan berita
kematiannya kepada anak-anaknya. Tambah beliau lagi, hatinya cukup bengkak
dengan perangai anak-anaknya. Ternyata, semestinya hati Tok Kalthom cukup
terluka dengan tindakan anak-anaknya. Saya agak terkejut dengan cerita Tok
Kalthom ini kerana saya biasa mendengar cerita anak yang gilakan harta sehingga
mengabaikan perasaan orang tua ini hanyalah dalam drama-drama tempatan. Tidak
sangka, hari ini saya berkesempatan mendengar sendiri kisah ini yang berlaku
dalam kehidupan realiti. Tok Kalthom juga sempat menitipkan pesanan kepada saya
dan rakan-rakan agar berbuat kepada ibu bapa kami. Malah, Tok Kalthom juga
sempat mengusap tangan saya.
Alhamdulillah, pengalaman mengadakan lawatan di Rumah Seri Kenangan ini
cukup memberi pengajaran kepada saya untuk lebih menghargai dan berbakti
kepada ibu bapa dan nenek saya sendiri. Kita sebagai anak-anak tidak perlulah
untuk menghantar kedua ibu bapa ke rumah kebajikan warga tua, kerana bagi
mereka pastinya berbeza apabila berada di sisi anak-anak atau orang yang asing
bagi mereka. Jagalah kedua ibu bapa selagi mana hayatnya dikandung badan.
Pengorbanan mereka melahirkan, menjaga dan membesarkan kita mana mungkin
kita sanggup untuk kita menghantar mereka ke rumah kebajikan. Hargailah mereka
sementara mereka masih ada. Ibu bapa adalah segalanya. Tanpa ibu bapa siapalah
kita.



53




Penutup


54
Program Bina Insan Guru merupakan satu program yang memberi banyak
pengalaman, input dan pengajaran kepada saya. Saya berasa sangat bertuah
kerana mendapat peluang untuk mengikuti program ini dan pada masa yang rasa
bersyukur kerana berjaya menjalani program ini tanpa sebarang halangan dan
rintangan. Saya berharap apa yang saya pelajari dalam program ini akan sentiasa
berada dalam ingatan saya dan dapat saya manfaatkannya apabila menjadi seorang
guru pada masa akan datang.
Secara keseluruhannya, program BIG ini telah banyak mendidik saya untuk
berfikiran positif, berani menghadapi cabaran, tidak mudah menyerah kalah dan
menghargai pengorbanan ibu bapa. Sepanjang menjalani aktiviti-aktiviti ini, saya
berpeluang untuk menilai diri saya sendiri dan sentiasa berusaha untuk mengatasi
segala kelemahan diri di samping menjadi seorang bakal pendidik yang berkualiti.



55




Lampiran

Anda mungkin juga menyukai