Anda di halaman 1dari 10

IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL, 21030 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP) AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 6 (2013)

REFLEKSI PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) (SEMESTER 2-6)

NAMA PELAJAR NOMBOR K/P TARIKH SERAHAN

: NURUL HUSNA BINTI AHMAD YUSOFF : 910224-08-6054 : 13 OKTOBER 2012

NAMA PENSYARAH : PUAN ROZLINA BINTI ABD. AZIZ

PENGENALAN

Pelaksanaan

Bina

Insan

Guru

(BIG) adalah

berasaskan kepada

kesedaran

bahawaprofesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikandiri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insanguru secara berterusan.

Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memilikikemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia disamping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Program Bina Insan Guru (BIG) berfokus kepada memberi kefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang, hubungan guru atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti pendidikan serta guru dan akauntabiliti profesional. Di samping itu, guru pelatih juga akan didedahkan dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinansekolah yang berkesan.

REFLEKSI BINA INSAN GURU (BIG) FASA 2 (SEM2)

Program BIG Fasa 2 telah diadakan bersama Persatuan Penduduk Kampung Panji Alam, Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Aktiviti yang dijalankan ialah gotong-royong membersihkan surau di kampung tersebut. Sesungguhnya, program Bina Insan Guru(BIG) Siri 2 ini telah meninggalkan banyak kesan terhadap diri saya.

Sepertimana yang kita sedia maklum, program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan bagi melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu,berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam program BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara.

Sesungguhnya

BIG seharusnya menjadi elemen yang berkesan untuk

menjadikan warga bakal pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada nusa, bangsa dan juga negara. Selain itu, program Bina Insan Guru Insan ini dapat membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal mental ,rohani dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat, dan negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.

Melalui program ini, semangat setiakawan, toleransi, kerjasama dan tolong menolong antara guru pelatih telah berjaya dipupuk. Contonya, kami telah membersihkan kawasan surau secara bersama-sama. Secara tidak langsung,

hubungan kami dengan warga penduduk kampung tersebut makin bertambah rapat. Disamping itu, saya juga dapat menghayati kepentingan menjaga kebersihan seperti yang dituntut oleh agama Islam. Tambahan pula, program ini telah dilaksanakan pada bulan ramadhan, jadi saya dan rakan-rakan berpeluang untuk menyediakan juadah berbuka puasa di surau tersebut bersama penduduk kampung. Alhamdulillah, mereka amat mesra dan menghargai kedatangan kami.

Secara keseluruhannya, program BIG ini berjalan dengan jayanya dan telahmencapai objektif yang dihasratkan. Program ini seharusnya diteruskan untuk generasiyang akan datang agar insan guru yang cemerlang dari semua aspek dapat dibentuk.

REFLEKSI BINA INSAN GURU (BIG) FASA 3 (SEM 3) Pada semester ini, kami dikehendaki membuat satu lawatan penanda aras atau Benchmarking ke sebuah sekolah yang merupakan tugasan yang wajib dilalui olehguru pelatih PISMP Semester 3 di bawah Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5. Oleh itu, kami telah memilih Sekolah Kebangsaan Saujana, yang terletak di Setiu.. Tambahan pula, sekolah tersebut merupakan antara sekolah terbaik dari segi pencapaian akademiknya khususnya dalam mencapai keputusan peperiksaan UPSR pada tahun lepas.

Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 berfokus kepada memberi kefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang, hubungan guru atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti pendidikan serta guru dan akauntabiliti profesional.

Di samping itu, saya telah didedahkan dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan.Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan oleh guru-guru pelatih kerana mampu memberi motivasi dan semangat kepada saya untuk bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin sebelum bergelar guru agar saya lebih bersedia untuk membangunkan dan meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang.

Selain itu, lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada dalam kemuncak kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru besar sekolah-sekolah ini kerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawa sekolah masingmasing supaya terus cemerlan

REFLEKSI BINA INSAN GURU FASA 4 (SEM 4)

Program Bina Insan (BIG) Fasa 4 ini telah dilaksanakan di Kampung Panchur Merah, Setiu , Terengganu yang berteraskan kepada program keluarga angkat. Banyak perkara yang saya telah peroleh daripada program ini.

Pertama, saya telah belajar dan menghayati watak seorang pemimpin. Sebagaimana yang telah sedia maklum, saya merupakan ahli jawatankuasa program pada kali ini. Sebagai seorang pemimpin, banyak perkara yang telah saya lakukan sebelum, semasa dan selepas program ini berlangsung. Sebelum program ini bermula, saya telah menghadiri mesyuarat peringkat kelas bagi membincangkan tempat program yang ingin dilaksanakan, aktiviti yang perlu dilaksanakan, pengagihan ahli

jawatankuasa dan sebagainya.

Dalam hal ini, saya telah belajar dan mendapat pengalaman berhadapan dengan orang yang berjawatan lebih tinggi. Saya telah dapat membina keyakinan diri untuk berhadapan dalam situasi ini. Sepanjang program berlangsung, saya telah mendapat pengalaman bermesra dengan masyarakat kampung yang terdiri daripada kanakkanak, belia dan orang tua melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti sukaneka, perlawanan futsal, program motivasi di sekolah dan aktiviti pada malam kebudayaan. Ini sedikit sebanyak telah meningkatkan kemahiran interpersonal saya.

Program ini secara keseluruhannya telah mencapai objektif yang disasarkan. Antaranya, kami telah mendapat pengalaman hidup dalam suasana masyarakat luar bandar dan memahami murid-murid di luar bandar. Selain itu, kami telah didedahkan dengan aktiviti kemasyarakatan seperti mengutip sampah sarap di kawasan kampung.

REFLEKSI BINA INSAN GURU FASA 5 (SEM 5) Pada semester ini, kami dikehendaki membuat satu lawatan penanda aras atauBenchmarking ke sebuah sekolah yang merupakan tugasan yang wajib dilalui olehguru pelatih PISMP Semester 6 di bawah Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5. Oleh itu, kami telah memilih Sekolah Kebangsaan Tapu, yang terletak di Kuala Berang. Tambahan pula, sekolah tersebut merupakan antara sekolah terbaik dari segi pencapaian akademiknya khususnya dalam mencapai keputusan peperiksaan UPSR pada tahun lepas.

Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5 berfokus kepada memberi kefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang, hubungan guru atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti pendidikan serta guru dan akauntabiliti profesional.

Di samping itu, saya telah didedahkan dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan.Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan oleh guru-guru pelatih kerana mampu memberi motivasi dan semangat kepada saya untuk bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin sebelum bergelar guru agar saya lebih bersedia untuk membangunkan dan meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang.

Selain itu, lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada dalam kemuncak kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru besar sekolah-sekolah ini kerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawa sekolah masingmasing supaya terus cemerlang.

REFLEKSI BINA INSAN GURU FASA 6 (SEM 6)

Pada semester ini, kami dikehendaki membuat satu lawatan penanda aras bagi Guru Cemerlang di sekolah. Oleh itu, kami telah memilih ke sebuah sekolah yang terletak berhampiran dengan institut, iaitu Sekolah Kebangsaan Tanjung Gelam, Kuala Terengganu. Ia merupakan tugasan yang wajib dilalui oleh guru pelatih PISMP Semester 6 di bawah Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6.

Alhamdulillah, program BIG kali ini dapat dilancarkan dengan lancar dan dipermudahkan. Antara kekuatan yang dapat dilihat ialah saya dapat memupuk sifat kepimpinan dalam diri sebagai salah seorang penggerak terhadap program ini. Seperti yang sedia maklum, saya merupakan AJK peralatan bagi program BIG kali ini, jadi saya banyak mempelajari selok-belok pengurusan program bermula dari pengendalian mesyuarat sehinggalah kepada perlaksanaan post-mortem sesuatu program.

Alhamdulillah, kemahiran ini akan saya sematkan untuk panduan pada masa hadapan sebagai seorang guru, kelak.

Selain itu, saya dapat menimba pelbagai ilmu dan kemahiran melalui slot-slot yang dilaksanakan sepanjang program ini. Program BIG kali ini menekankan aspek kecemerlangan Guru Pendidikan Islam. Justeru, pelbagai perkongsian yang telah dikongsi bersama oleh salah seorang guru cemerlang SK Tanjung Gelam, iaitu Ustaz Roslan bin Omar. Perkongsian-perkongsian tersebut adalah sebagai bekalan dan rujukan kepada kami sebagai bakal guru untuk mencontohi sikap dan peribadi beliau sebagai guru yang berdedikasi, berkomitmen, aktif dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, terdapat kelemahan yang telah dikenalpasti. Antaranya ialah pengurusan masa yang tidak cekap dan sistematik. Program ini dirancang hanya selama 4 hari. Hal ini menyebabkan kami sebagai ahli jawatankuasa dan sebagai penggerak program harus bekerja keras untuk menguruskannya dengan sebaikbaiknya. Hal ini adalah kerana, kami baru sahaja menamatkan praktikum fasa 2 selama 2 bulan, dan usai praktikum tersebut, kami dikehendaki mengendalikan program BIG fasa 6 . Justeru, ia sedikit sebanyak memberikan sedikit tekanan terhadap kami. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah, kami dapat menghadapinya dengan tenang dan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Akhir sekali, sekali lagi saya ini mengatakan bahawa saya sangat bersyukur kerana dapat mengikuti program ini kerana program ini sangat membantu saya sebagai bakal guru yang tidak lama lagi akan menjalani situasi sebenar di sekolah. Segala pengetahuan dan pengalaman yang saya dapat daripada program ini akansaya jadikan sebagai panduan apabila menjadi seorang guru sebenar nanti.

PENUTUP. Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan bagi melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam program BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakalbakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara. Sesungguhnya BIG seharusnya menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan warga bakal pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada nusa,bangsa dan juga negara. Selain itu, program Bina Insan Guru Insan ini dapat membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal mental ,rohani dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat, dan negara selaras dengannilai-nilai keguruan. Program ini juga dapat membina daya kepimpinan dan memupuk sikap bertanggungjawab, berfikiran kritis dan kreatif serta menghayati misi dan visi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Anda mungkin juga menyukai