Anda di halaman 1dari 11

1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR,


SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.

KERTAS KERJA:
BINA INSAN GURU (FASA 5)
LAWATAN PENANDA ARAS KE SEKOLAH RENDAH

TARIKH:
20 FEBRUARI 2013 (RABU)

TEMPAT:
SEKOLAH KEBANGSAAN SELIAU, 71200 RANTAU,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

ANJURAN:
JABATAN SAINS IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

DENGAN KERJASAMA:
PELAJAR PISMP SAINS SEMESTER 5/2013
AMBILAN JANUARI 2011
2

1.0 PENGENALAN
Program Bina Insan Guru (BIG) mula dilaksanakan pada tahun 2001
untuk memenuhi keperluan Latihan Perguruan Pra-perkhidmatan. Pembinaan
Insan Guru adalah adalah asas pembentukan masyarakat dan menjadi
kerangka kepada pembentukan Negara Bangsa. Program Bina Insan Guru
(BIG) adalah salah satu kursus yang diwajibkan untuk guru pelatih Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Aktiviti projek bagi BIG fasa 5 ini
ialah Penanda aras ke sekolah Cemerlang atau sekolah harapan Negara atau
Sekolah Inovasi. Penanda aras merupakan salah satu aspek pendidikan yang
wajib dijalankan oleh para guru pelatih sebagai penambahan serta
pengukuhan dari segi pengetahuan mahupun kemahiran pengurusan dan
pentadbiran sekolah pada masa kelak.

Lawatan Penanda aras untuk kali ini akan melawat ke Sekolah
Kebangsaan Seliau, Rantau. Tujuan kami memilih Sekolah ini adalah kerana,
pada 19 Januari 2012 sekolah ini pernah dianugerah sebagai Sekolah Kluster
Kecemerlangan kohort yang ke 6. Pada tahun 2010, sekolah ini telah
mencatat kejayaan yang amat cemerlang. Dengan GPS 1.46 dan kelulusan
100% serta 6 daripada 21 murid mendapat 5A, sekolah ini telah berada di
satu tahap yang amat tinggi. Tempat kelima di Negeri Sembilan dan 35 di
Malaysia telah membolehkan sekolah ini menerima Anugerah Bai'ah,
pencalonan Sekolah Kluster Kecemerlangan dan pencalonan Sekolah
Berprestasi Tinggi.

Berdasarkan Projek Penanda aras, ia berkonsep agar para guru
pelatih berupaya menuntut pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
perlu diterokai dari pelbagai dimensi seperti kepimpinan dari segi pengurusan
dan pentadbiran. Oleh itu, inisiatif mengadakan projek ini secara kolaboratif
dalam suasana yang kondusif, berupaya mengilhamkan serta mencambah
idea dan gagasan yang mantap demi peningkatan profesional guru-guru
pelatih dan seterusnya mengaplikasikannya di sekolah setelah tamat
pengajian kelak.

3

Pada semester ini, projek lawatan penanda aras ini diadakan pada 20
Februari 2013 iaitu, hari Rabu. Seramai 18 orang guru pelatih PISMP Sains
Ambilan Januari 2011 (Semester 5) akan menyertai lawatan tersebut dan
diiringi oleh 2 orang pensyarah tutor. Selain itu, lawatan penanda aras ini
akan mengambil masa 7 jam untuk melengkapkan projek amali BIG tersebut.
Pendek kata, guru-guru pelatih diharapkan dapat memperkayakan
pengalaman diri secara menyeluruh untuk dijadikan panduan pada masa
akan datang.


2.0 RASIONAL
Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan dalam Model Konseptual
Pendidikan Guru, elemen-elemen intelek, jasmani, rohani dan emosi diberi
penekanan dalan proses pembentukan insan guru yang menyeluruh dan
seimbang. Atas kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan
insan guru adalah pembina generasi cemerlang, pembentuk jati diri dan
menjadi role model kepada masyarakat, guru harus mampu menangani
cabaran era globalisasi.
Berdasarkan rasional di atas, maka program BIG dilaksanakan di semua
Institut Pendidikan Guru di Malaysia. Semua guru pelatih (guru pra-
perkhidmatan) wajib mengikuti kursus dan lulus kursus dengan jayanya.
Kursus BIG mengandungi tiga tema utama iaitu Konsep dan Ciri-Ciri Dalam
Pembinaan Insan Guru, Pembinaan Insan Guru, serta Peranan dan
Tanggungjawab Insan Guru. Ketiga-tiga tema ini direalisasikan melalui satu
lawatan benchmarking yang bakal dilaksanakan.

3.0 MATLAMAT
Pelajar-pelajar dapat meningkatkan tahap kefahaman dengan pendedahan
ciri-ciri kepimpinan sekolah cemerlang, sistem pengurusan serta insfrastruktur
dan budaya sekolah. Melaluinya, para guru pelatih akan lebih jelas
bagaimana nak mewujudkan satu suasana sekolah yang bukan sahaja
cemerlang dari segi akademik tetapi juga seimbang dari segi aspek jasmani,
emosi, rohani dan intelek.
4

4.0 OBJEKTIF
Program ini dijalankan untuk memenuhi aktiviti penggayaan dan mengeratkan
perhubungan antara pensyarah, pelajar dan juga guru guru sekolah.
Walaubagaimanapun objektif utama lawatan penanda aras ini ialah :
I. Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat dengan
komuniti pendidikan.
II. Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan
kepada komuniti.
III. Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan
persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran
berkomuniti dalam kepelbagaian budaya.
IV. Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan
akhlak keguruan.
V. Merancang, melaksanakan, memimpin program, berkerjasama dan
mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan.
VI. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi,
rohani dan sosial.

5.0 TARIKH
20 Februari 2013 (Rabu)

6.0 MASA
08.00 pagi 01.00 petang

7.0 TENTANTIF PROGRAM
Sila rujuk pada Lampiran D

8.0 TEMPAT
Sk Seliau, 71200 Rantau, Negeri Sembilan Darul Khusus

9.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran adalah guru pelatih PISMP Sains Ambilan Januari 2011
seramai 18 orang ( Sila Rujuk Lampiran A)
5

10.0 ANJURAN
Jabatan Sains IPG Kampus Raja Melewar dengan kerjasama Unit PISMP
Sains (Semester 5 Ambilan Januari 2011)

11.0 PENSYARAH PENGIRING / TUTOR

BIL. NAMA PENSYARAH JABATAN
1. En. Abdul Manan B Kasdi Jab. Teknologi Pendidikan
2. Pn. Hjh Asmah Binti Samin Jab. Sains


12.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANAN
Sila rujuk Lampiran B

13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Sila rujuk Lampiran C

14.0 PENUTUP
Kami berharap melalui program Bina Insan Guru Fasa 5 ini akan dapat
mengeratkan kerjasama antara guru pelatih dan pensyarah. Pelajar juga
harap mempelajari sebanyak mungkin sumber sumber ilmu yang ditemui
sepanjang program samada berbentuk ilmiah atau riadah. Pihak
jawatankuasa juga memohon kerjasama dan tindakan dari pihak pengurusan
Institut supaya mempertimbangkan permohonan Program Bina Insan Guru
kami ini. Kami dahului dengan jutaan terima kasih. Sekian, wassalam.

Kesimpulannya, semua faedah yang dinyatakan di atas tadi berupaya
membentuk satu rumpun guru pelatih yang berwibawa dalam mengemudi
sistem pendidikan di negara ini. Kemampuan untuk mengalami sesuatu
pengalaman itu menjadi satu perkara yang penting dalam kehidupan pelajar
kerana itulah proses kehidupan yang sebenarnya. Kalau semua pelajar kita
menyertai aktiviti yang positif ini, sudah pasti negara kita tidak akan
6

mengalami pelbagai gejala sosial yang sering kita dengar di dada-dada
akhbar ini. Peribahasa masa itu emas boleh digunakan oleh pelajar kita
untuk merenung kehidupan mereka dengan sebaik mungkin.


Disediakan Oleh:

...............................................................
(ANANTHAN A/L T.NADARAJAN)
Setiausaha
Program Bina Insan Guru Fasa 5
IPG Kampus Raja Melewar


Disemak Oleh:

....................................................
(HJH ASMAH BINTI SAMIN)
Pensyarah Mentor
Jabatan Sains
IPG Kampus Raja Melewar













7

Lampiran A

SENARAI NAMA PERSERTA PENANDA ARAS
(UNIT PISMP SAINS AMBILAN JAN 2011)

BIL NAMA PELAJAR NO K/P
1 AHMAD ZUHAIRI BIN ASLI 911129-11-5069
2 AIMI NAJWA BINTI GHAZALI 910406-02-5770
3 AININ SOFIA BINTI AHMAD SUKRI 910720-11-5774
4 AMRI BIN ZAKARIA 910728-06-5679
5 ANANTHAN A/L T.NADARAJAN 890805-04-5319
6 FATIN AZIMAH BINTI NOOR AZAMAN 900831-05-5592
7 KARIMAH BINTI OTHMAN 911216-11-5382
8 MOHAMMAD FITRI BIN MOHAMMAD 900401-07-5227
9 MUHAMAD AFIF FARHAN BIN MUHAMMAD FADZIL 910928-14-5243
10 MUHAMMAD DZULFIKAR BIN MOHD LAILI 911217-03-5333
11 MUHAMMAD RAHEIMY BIN ABD. RAHMAN 900530-04-5235
12 NOR AFFANDI BIN KHIRUDDIN 910222-04-5355
13 NURADILAH BINTI SHARIFUDIN 910720-04-5366
14 NURUL AIN ZAFIRAH BINTI NOR AIZI 890110-59-5226
15 NURUL NADIAH BINTI CHE ADNAN 910513-11-5886
16 PUNNITHANN A/L SUBRAMANIAM 910330-05-5227
17 SITI SARAH BINTI SEKERI 910124-11-5540
18 WAN NUR FADHLIN SAKINA BINTI WAN RAZULI 910603-03-5230






8

Lampiran B
AHLI JAWATANKUASA PENGENDALIAN PROGRAM

Pengarah IPG Kampus Raja Melewar
Tn Hj Musa Bin Abdullah

Timbalan Pengarah IPG Kampus Raja Melewar
Dr. Mehander Singh A/L Nahar Singh

Ketua Jabatan Sains
Dr. Zainol Badli B Budiman

Mentor:
Pensyarah Jabatan Sains
Pn Hjh Asmah Binti Samin

Pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan
En. Abdul Manan B Kasdi

Pengerusi
Nor Affandi Bin Khiruddin

Naib Pengerusi
Karimah Binti othman

Setiausaha
Ananthan A/L T Nadarajan

Naib Setiausaha
Wan Nur Fadhlin Sakina Binti Wan Razuli

Bendahari
Ahmad Zuhairi Bin Asli

9

JAWATANKUASA PELAKSANA

JK PENGANGKUTAN
Nurul Nadiah Binti Che Adnan

JK MAKANAN
Siti Sarah Binti Sekeri
Aimi Najwa Binti Ghazali

JK HUBUNGAN LUAR
Nurul Ain Zafirah Binti Nor Aizi
Mohammad Fitri Bin Mohammad

JK DOKUMENTASI
Punnithann A/L Subramaniam
Muhamad Afif Farhan Bin Muhammad Fadzil
Amri Bin Zakaria

JK LAPORAN
Muhammad Dzulfikar Bin Mohd Laili
Ainin Sofia Binti Ahmad Sukri

JK CENDERAMATA
Muhammad Raheimy Bin Abd. Rahman
Fatin Azimah Binti Noor Azaman
Nuradilah Binti Sharifudin


10

Lampiran C
ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA JUMLAH
1. Makanan
Sarapan Pagi
RM 3.00 X 20 orang
Makan Tengahari
RM 5.00 X 20 orang



RM 60.00

RM 100.00

2. Cenderamata ( Plak Penghargaan ) RM 40.00
Jumlah Keseluruhan RM 200.00


PERMOHONAN DARIPADA STOR PUSAT IPGKRM
Bil. KEPERLUAN KUANTITI
1. Sijil penghargaan
Sijil penyertaan
5 helai
20 helai
2. Beg dan Cenderamata 5 buah
3. Air Mineral (Kecil) 2 Kotak










11

Lampiran D
TENTATIF PROGRAM

TARIKH MASA AKTIVITI



20.02.2013
Rabu
07.30 a.m Guru pelatih dan pensyarah berkumpul di garaj
bas.
07.45 a.m Bertolak dari Institut Pendidikan Guru Kampus
Raja Melewar.
08.45 a.m Tiba di SK Seliau, Rantau.
09.00 a.m Sesi diskusi dan dialog
Penerangan dan taklimat tentang sejarah
penubuhan dan maklumat sekolah.
Taklimat tentang corak kepimpinan dan
sistem pengurusan sekolah.
Sarapan pagi bersama pihak sekolah.
10.00 a.m Sesi lawatan sekitar kawasan sekolah
Makmal Sains
Taman Sains / Herba
Perpustakaan
Bilik komputer
Bilik-bilik khas matapelajaran
Kios Jualan
11.30 a.m Sesi ramah mesra
Murid tahun 6 dan pengawas sekolah
12.00 p.m Sesi Penutup
Ucapan Penghargaan wakil IPGKRM
Pemberian cenderamata dan sijil
penghargaan kepada pihak sekolah
Makan tengahari bersama pihak sekolah
01.00 p.m Bertolak pulang ke IPG Kampus Raja Melewar

Anda mungkin juga menyukai