Anda di halaman 1dari 10

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) FASA 6 PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JANUARI

2011 Nama Opsyen No. Kad Pengenalan No. Matrik Tarikh BIG Tempat PENGENALAN : BERNARD LING MING : PISMP BI TESL (SR) SEMESTER 6 : 910112-13-6029 : IPGKG/PISMP/BI/2011/01/002 :15 September 2013 : SK.PEKAN PUTATAN GAMBAR

Program Bina Insan Guru (BIG) mula dilaksanakan pada tahun 2001 untuk memenuhi keperluan Latihan Perguruan Pra Perkhidmatan. Sukatan pelajaran yang disediakan ini menekan kepada unsur-unsur hidup bermoral dan beragama sebagai focus utama dalam proses pembinaan insane guru yang berpaksikan kepada prinsip Rukun Negara. Pembinaan insane guru adalah asas pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka kepada pembentukan Negara Bangsa. Seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan dalam Model Konseptual Pendidikan Guru, elemen-elemen intelek, jasmani, rohani dan emosi diberikan penekanan dalam proses pembentukan insan guru yang menyeluruh dan seimbang. Atas kesedaran bahawa profesion perguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi cemerlang, pembentuk jati diri dan menjadi role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Berdasarkan kepada rasional di atas, maka semua pelajar praperkhidmatan wajib mengikuti Program Bina Insan Guru sebagai satu syarat bagi melayakkan mereka ditauliahkan denganDiploma atau Ijazah Perguruan Malaysia. Program ini mengandungi 3 tema utama:1. Konsep dan ciri-ciri dalam Pembinaan Insan Guru. 2. Pembangunan Insan guru 3. Peranan dan tanggungjawab Insan Guru. 1

Ketiga-tiga tema utama ini direalisasikan melalui pakej menyeluruah Progaram Bina Insan Guru (BIG) bermula fasa 1 hinggalah fasa 6. MATLAMAT Program ini merupakan satu usaha pencetus terhadap peningkatan profesionalisme kendiri guru secara berterusan, pembinaan insan guru yang berahlak mulia, bersemangat juang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental, bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta Negara selaras dengan nilai-nilai keguruan. OBJEKTIF Melalui Program Bina Insan Guru ini pelajar dapat:1. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi komplek untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan 2. Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti. 3. Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya. 4. Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan. 5. Merancang, melaksana, memimpin program, berkerjasama dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan. 6. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial. STRATEGI PERLAKSANAAN Melalui perbincangan dengan rakan-rakan saya yang akan menjalani praktikum fasa 2 di SK.Pekan Putatan serta persetujuan daripada pensyarah, kami telah memilih SK.Pekan Putatan. Sekolah ini telah menjadi pilihan kami kerana ia telah sesuai dengan kami yang akan menjalani praktikum selama dua bulan di sana. Selain itu, faktor jarak juga diambil kira dimana jarak IPG kampus Gaya terletak berhampiran dengan sekolah tersebut. Hal ini diambil kira kerana pada ketika kertas kerja bagi Program Bina Insan Guru ke-6 ini diusulkan kepada pihak pentadbiran, kami digalakkan untuk mengamalkan dasar penjimatan dimana ia meliputi kos perbelanjaan minyak kenderaan sendiri dan sebagainya. Selain faktor yang telah dinyatakan di atas, sekolah tersebut kami pilih kerana ia merupakan sebuah sekolah yang terbilang. Ia cemerlang dari segi akademik dan kokurikulum yang mana membuatkan kami tertarik dan berfikir faktor-faktor yang menyumbang kepada kecemerlangan sekolah tersebut. 2

REFLEKSI INDIVIDU

SEBELUM BIG: Program Bina Insan Guru merupakan salah satu daripada perancangan bagi membina dan menerapkan nilai-nilai murni dan hidup berlandaskan kepercayaan dan agama sebagai proses membentuk guru-guru yang serba boleh serta dapat menyesuaikan diri dalam apa jua persekitaran masyarakat. Segala pengisian aktiviti yang dirancangkan di dalam program ini adalah berteraskan kepada Prinsip Negara yang didukung oleh semua rakyat yang sekaligus menjadi asas pembentukan rakyat dan menjadi tonggak pembinaan sesebuah negara bangsa. Program Bina Insan Guru kali ini seperti yang dinyatakan didalam proforma kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) adalah membuat suatu interaksi profesional dengan guru cemerlang di sekolah yang saya menjalani praktikum untuk fasa kedua ini ataupun dikenali sebagai lawatan Benchmarking. Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi memberikan pendedahan kepada guru-guru pelatih tentang perkara-perkara seperti inovasi guru cemerlang, amalan pengajaran dan pembelajaran guru cemerlang dan juga ciri-ciri profesionalisme dan komitmen guru cemerlang di sekolah berkenaan untuk dijadikan panduan semasa mengajar di sekolah kemudian hari. Bagi menjayakan program ini, saya telah dilantik sebagai setiausaha program. Sebagai setiausaha, saya telah menyiapkan kertas kerja bersama naib setiausaha iaitu Aisyah Arifah di mana ia dipersetujui dan diluluskan oleh para pensyarah. Dalam pada itu, saya dan naib setiausaha telah menyiapkan surat ke guru besar SK.Pekan Putatan dan surat permohonan kebenaran untuk melaksanakan BIG kepada tuan pengarah. Selain itu, sebelum kami melaksanakan Program Lawatan Penanda Aras, saya bersama-sama pengerusi program turut melakukan perbincangan dengan guru besar sekolah bagi menyatakan hasrat kami untuk melaksanakan program Bina Insan Guru disekolahnya selain menentukan tarikh yang sesuai. Melalui tugasan kali ini, kerja-kerja dan tanggungjawab sebagai setiausaha saya akui amat berat, namun ia banyak mendedahkan saya dengan tugasan yang melibatkan pengurusan serta perancangan dimana perkaraperkara seperti ini sendiri amat ditekankan dalam program Bina Insan Guru kali ke-6.

SEMASA BIG: Oleh itu, BIG kami telah diadakan pada 15 September 2013 dan kami telah merancangkan satu sesi sepanjang perjalanan BIG di sekolah tersebut. Program Bina Insan Guru pada kali ini adalah bertemakan benchmarking atau penanda aras satu sekolah pilihan di mana kami dikehendaki untuk membuat peninjauan guru cemerlang di sekolah tersebut daripada aspek-aspek inovasi guru cemerlang, amalan pengajaran dan pembelajaran guru cemerlang dan juga ciri-ciri profesionalisme dan komitmen guru cemerlang di sekolah berkenaan. Jadi, kami telah bertindak menemu ramah seorang guru cemerlang di sekolah yang kami menjalani praktikum fasa 2 iaitu SK.Pekan Putatan. Guru cemerlang tersebut merupakan Cikgu Nurul Ain. Beliau berbangsa dusun dan beragama Islam. Tempat lahir beliau adalah di Kota kinabalu, Sabah dan beliau sudah berkahwin. Kelulusan akademik tertinggi beliau adalah Sarjana Muda Teknologi(HONS) dan gred jawatan beliau pada masa kini adalah DG41. Seterusnya, beliau mempunyai pengalaman mengajar sepanjang 7 tahun dan antara anugerah yang diterima oleh beliau adalah APC pada tahun 2012 serta guru inovatif peringkat daerah pada tahun 2011. Seterusnya, kami telah menanya beliau beberapa soalan iaitu mengenai inovasi guru cemerlang, amalan pengajaran dan pembelajaran guru cemerlang dan juga ciri-ciri profesionalisme dan komitmen guru cemerlang di sekolah berkenaan. Antara contoh inovasi P&P yang digunakan oleh beliau dalam proses P&P di dalam bilik darjah adalah sistem CCS(Centralized Creative Solutions) di mana sistem ini merupakan suatu sistem perkongsian sumber pembelajaran yang dimuat naik dan turun melalui dropbox. Ia mempunyai 4 tahap iaitu bahan bercetak, audio visual, school made clips dan juga interactive software(belum dibangunkan). Untuk contoh amalan P&P yang dilaksanakan oleh beliau dalam proses P&P di dalam bilik darjah pula, beliau akan sentiasa memastikan murid menguasai kemahiran asas sebelum beralih kepada kemahiran seterusnya yang juga dikenali sebagai masteri. Selain itu, beliau akan sentiasa menggunakan cara drilling iaitu latih tubi sentiasa dijalankan di dalam kelas dan juga berusaha untuk memastikan agar dapat mendekati/ memantau secara personal setiap murid dalam masa P&P. Contohnya, beliau akan sentiasa berada di sebelah murid.

Seterusnya, untuk pandangan beliau mengenai ciri profesionalisme keguruan pula, beliau berasa bahawa ciri yang paling penting ialah minat yang mendalam terhadap kerjaya ini dan bersedia untuk melakukan perubahan yang bertujuan untuk membantu anak didik. Selain itu, beliau berpendapat bahawa sifat ingin membantu dalam kumpulan adalah di kalangan rakan kerja beliau yang berguna untuk melancarkan dan memudahkan perlaksanaan tugas dalam sesebuat organisasi.

SELEPAS BIG: Sepanjang sesi interaksi kami di SK.Pekan Putatan, banyak yang telah kami pelajari, antaranya membahagikan tugasan kepada setiap peserta program Bina Insan Guru kali ke-6 ini. Saya bersama-sama pengerusi program telah menemuramah guru cemerlangnya dan dalam sesi temuramah tersebut kami telah memfokuskan topik perbincangan kepada tiga aspek penting iaitu inovasi guru cemerlang, amalan pengajaran dan pembelajaran guru cemerlang dan juga ciri-ciri profesionalisme dan komitmen guru cemerlang di sekolah berkenaan. Melalui temuramah yang dijalankan, banyak ilmu-ilmu baru mengenai amalan pengajaran dan pembelajaran yang telah saya pelajari. Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6 berfokus kepada memberi kefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang, hubungan guru atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti pendidikan serta guru dan akauntabiliti profesional. Di samping itu, saya telah didedahkan dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan. Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan oleh guruguru pelatih kerana mampu memberi motivasi dan semangat kepada saya untuk bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin sebelum bergelar guru agar saya lebih bersedia untuk membangunkan dan meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang. Selain itu, lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada dalam kemuncak kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru besar sekolah-sekolah ini kerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawa sekolah masing-masing supaya terus cemerlang.

LAMPIRAN

Kertas soalan yang mengandungi soalan mengenai BIG fasa 6.

Program BIG fasa 6 berjaya dilaksanakan dengan berjaya.

PENUTUP Kesimpulannya, pendedahan pada program Bina Insan Guru kali ke-6 ini banyak memberikan maklumat yang berguna dan akan saya jadikan panduan apabila mengajar di sekolah kelak dan menjadi seorang pendidik yang berjaya. Melalui lawatan penanda aras seperti ini, para guru pelatih akan mendapat peluang untuk menimba ilmu terutamanya dari aspek inovasi guru cemerlang, amalan pengajaran dan pembelajaran guru cemerlang dan juga ciri-ciri profesionalisme dan komitmen guru cemerlang. Profesion perguruan yang semakin mencabar akan saya harungi demi mendidik anak-anak bangsa.

Disediakan oleh (BERNARD LING MING) Pelajar PISMP Ambilan Januari 2011

Disemak oleh ( )

10

Anda mungkin juga menyukai