Anda di halaman 1dari 27

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PPG

Tajuk 4
4.0 SINOPSIS

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA

Tajuk ini menjelaskan masalah bahasa dan komunikasi dalam kalangan murid-murid pemulihan khas. Bahasa merupakan alat komunikasi yang sangat penting dalam konteks perhubungan sesama manusia. Melalui bahasa manusia dapat melahirkan idea, perasaan dan berhubung antara satu dengan lain. Kanak- kanak pemulihan khas mengalami masalah dalam kemahiran berbahasa. Oleh itu mereka mengalami masalah untuk mengikuti pelajaran dan juga komunikasi dengan rakan sebaya mereka. Guru perlu memahami masalah yang dihadapi muridnya agar dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

4.1 HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini anda dapat: i. Mengetahui masalah-masalah dalam penguasaan bahasa ii. Mengesan murid yang mengalami masalah bahasa iii. Mengenal pasti kaedah mengatasi masalah bahasa iv. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bahasa dengan lebih bekesan.

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PPG

4.2 KERANGKA TAJUK

Kaedah Pengajaran Bahasa

Masalah Penguasaan Bahasa

Mengingat kembali perkataan memahami perkataan pelbagai makna Menyatakan sesuatu yang abstrak Menggunakan ayat yang betul dan lengkap - memberi penjelasan - mempelbagaikan gaya berkomunikasi - menghasilkan mesej yang kompleks
- memaklumkan sesuatu maklumat Kemahiran Lisan - Simptom - Cara mengesan - Kaedah mengatasi masalah lisan

Kemahiran Mengeja - Cara mengenal pasti murid - Kaedah mengani masalah ejaan

Kemahiran membaca - Masalah dalam bacaan - Kaedah pemulihan bacaan

Kemahiran Menulis - Masalah dalam menulis - kaedah menulis (pratulis, tulisan mekanis dan penulisan kreatif)

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PPG

4.4

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA Guru perlu mengetahui kekuatan dan kelemahan muridnya sebelum

merancang sesuatu pengajaran. Kelemahan dan kekuatan perlu dianalisis untuk membuat perancangan yang sistematik agar apa yang diajar menepati keperluan sebenar murid yang diajarnya. Begitu juga dengan masalah bahasa yang dihadapi oleh murid disleksia yang perlu diatasi dengan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran. Terdapat banyak kaedah pengajaran bahasa, salah satu adalah Kaedah Multisensori ( VAKT ). V A K T VISUAL ( LIHAT ) AUDITORI ( BUNYI / SEBUT ) KINESTETIK ( GERAK BADAN ) TAKTIL ( RASA / SENTUHAN)

Dengan menggunakan kaedah ini, pengajaran dilakukan dengan mengguna meransang semua saluran dalam otak (visual/auditory, kinesthetictactile) untuk meningkatkan ingatan dan pembelajaran. Contohnya, untuk belajar huruf melalui VAKT, pelajar hendaklah lihat huruf (V) dengar guru sebut huruf (A) menyebut huruf (A) dengar huruf yang disebut (A) rasa pergerakan otot semasa membuat tracing huruf (K) rasa permukaan huruf dgn hujung jari (T) lihat pergerakan tangan semasa tracing (V) dengar sendiri huruf yang disebut semasa membuat tracing (A)

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PPG

Kaedah-kaedah pengajaran lain termasuklah Kaedah Fonik, Kaedah Seluruh / Terus, Kaedah peta minta dan lain-lain.

Latihan

Dengan membuat rujukan dari pelbagai sumber, anda perlu mendapatkan maklumat mengenai kaedah-kaedah pengajaran bahasa yang sesuai untuk mengajar murid-murid disleksia. Buat perbincangan dengan rakan anda untuk mengenalpastikan keberkesanan kaedah-kaedah tersebut.

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PPG

4.5

MASALAH PENGUASAAN BAHASA Berikut adalah beberapa petunjuk masalah bahasa yang sering dialami oleh murid

bermasalah pembelajaran. Anda perlu memahami dengan jelas permasalahan tersebut dan mengaitkannya dengan permasalahan bahasa yang dihadapi oleh murid disleksia. Mengingat kembali perkataan Memahami perkataan pelbagai makna Menyatakan sesuatu yang abstrak Menggunakan ayat yang betul dan lengkap Memberi penjelasan Mempelbagaikan gaya berkomunikasi Menghasilkan mesej yang kompleks Memaklumkan sesuatu maklumat

Latihan

Dengan membuat rujukan dari pelbagai sumber, anda perlu mendapatkan maklumat mengenai masalah bahasa yang dihadapi oleh murid disleksia. Buat perbincangan dengan rakan anda untuk menyenaraikan masalah tersebut.

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PPG

4.6

KEMAHIRAN LISAN

Pengenalan Lisan merupakan satu daripada kemahiran yang penting dalam menjadi asas dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Jika ditinjau dengan teliti, dalam lisan terdapat dua aspek kemahiran kecil iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kanak-kanak mula menguasai bahasa dari apa yang didengar dan dialaminya. Mereka akan cuba meniru serta menuturkannya berulang-ulang.

4.6.1 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS DALAM LISAN 4.6.1.1 Kemahiran Mendengar Apabila seseorang itu mendengar, dia seharusnya dapat mengecam, mengenal dan mengamatinya; Iaitu mengenal dan mendiskriminasi bunyi-bunyi bahasa yang berlainan. Kemahiran mengenal dan mendiskriminasikan bunyi-bunyi ini bergantung kepada faktor-faktor fisiologi serta neurologi pendengaran setakat mana kadar pendengarannya dan pengamatan pendengarannya. Secara ringkasnya seseorang itu boleh dikatakan mempunyai kemahiran mendengar jika dia boleh: Mendiskriminasi bunyi-bunyi bukan bahasa. Mendiskriminasikan unit-unit bunyi bahasa. Memahami perkataan, konsep dan kemahiran mendengar perkataan. Memahami ayat serta lain-lain elemen linguistik bahasa. Mendengar secara kritikal. auding Mengikut arahan. Memahami urutan . Mengingat kembali. Menentukan idea utama / terpenting.

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PPG

Membuat inferensi dan penyeluruhan atau kesimpulan.

Latihan 4.2

Cuba buat penelitian terhadap permasalahan aspek lisan murid disleksia. Fokus kepada aspek bahasa reseptif. Buat perbincangan dengan rakan anda untuk menyenaraikan masalah tersebut.

4.6.1.2 Kemahiran Bertutur Satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara ), jeda serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan suprapenggalan ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah-setengah bahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna. Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Latihan 4.2.3

Cuba buat penelitian terhadap permasalahan aspek lisan murid disleksia dengan menumpukan kepada aspek bahasa ekprestif. Buat perbincangan dengan rakan anda untuk menyenaraikan masalah tersebut.

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PPG

4.6.2 PENGESANAN DAERAH KELEMAHAN LISAN Guru boleh mengesan kelemahan murid dengan mengamati setiap sebutan dan intonasi pertuturan mereka ketika menjalankan gerakerja / aktiviti lisan. Guru boleh membuat pengesanan khusus dengan merangka, membina serta melaksanakan ujian lisan yang antara lain akan menguji keupayaan murid untuk: Mengamati bunyi-bunyi bukan bahasa. Mengamati bunyi-bunyi bahasa dan lain-lain elemen linguistik bahasa. Memahami konsep dan maksud perkataan / ayat. Melakukan auding yang pendengaran. Mendengar secara kritikal. merangkumi aspek-aspek pengamatan

Guru boleh mengesan atau menguji kemahiran lisan murid dengan menganalisa rakaman-rakaman yang dibuat berdasarkan kepada sebutan-sebutan atau pengujaran murid-murid. Guru juga boleh menguji kefahaman murid mengenai perkara-perkara yang didengarnya dengan menyediakan item-item soalan yang khusus berkaitan auding.

4.6.3 KAEDAH MENGATASI MASALAH LISAN Pelbagai teknik boleh digunakan untuk mengatasi masalah bahasa lisan yang dialami murid. Guru boleh mengimplementasikan teknik-teknik berikut bergantung kepada kesesuaian dan keperluan. Guru sendiri menjadi model sebagai penutur yang baik untuk ditiru oleh muridmurid. Guru mempergiatkan lagi gerakerja / aktiviti lisan untuk murid.

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PPG

Guru memperbanyakkan latih tubi sebutan dan intonasi terutama kelemahan khusus murid-murid. Guru mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran.. Guru menjalankan peneguhan serta pengukuhan serta merta. Guru menggabungjalinkan lisan dengan kemahiran bacaan dan tulisan dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru mewujudkan situasi yang menggalakkan murid berinteraksi melalui pengubahsuaian persekitaran, pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang melibatkan peglibatan semua murid, dan sebagainya.

Latihan 4.2.4

Berdasarkan pembacaan anda, jelaskan kaedah atau teknik yang digunakan untuk mengatasi masalah lisan yang dialami murid disleksia.

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PPG

4.7

MENGEJA

4.7.1 Definisi Mengeja adalah proses memilih serta mengadunkan lambang-lambang bunyi (huruf) untuk melahirkan perkataan secara lisan dan bertulis. Sebahagian daripada kanakkanak mahir mengeja tanpa bantuan guru. Ini adalah kerana kemahiran itu boleh diperolehi melalui kemahiran membaca. Tetapi ada juga kanak-kanak yang boleh membaca tetapi lemah dalam ejaan. 4.3.2 Punca Kanak-Kanak Lemah Dalam Mengeja Lemah dalam ingatan penglihatan. Tidak dapat mengingat atau membayangkan bentuk sebenar sesuatu perkataan. Masalah penglihatan seperti rabun dan juling.

Lemah dari segi Analisis Pendengaran. Tidak dapat menentukan lambang yang mewakili bunyi. Tidak boleh mengecam (mendengar) bunyi-bunyi yang terlibat di dalam perkataan. Tidak dapat memilih lambang-lambang secara rawak. Kemungkinan lemah dalam bacaan.

4.3.3 Aktiviti-aktiviti Kemahiran Mengeja Membina perkataan berima sama (di pangkal, tengah atau hujung ) Contoh: la bu , la ku , la yu , la ki , dll.

Mendiskriminasi perkataan. Melengkapkan atau menambah perkataan.

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PPG

Membina perkataan di dalam perkataan. Membina perkataan dari huruf-huruf dalam perkataan. Mengkelaskan perkataan mengikut jenis atau keluarga. Mencari perkataan berlawan, berganda dan jantina. Permainan teka teki. Permainan silang kata.

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PPG

Latihan

Pilih satu aktiviti mengeja yang disenaraikan di atas. Rancangkan dan jelaskan dengan terperinci langkah-langkah pelaksanaanya.

4.8

KEMAHIRAN MEMBACA

4.8.1 Definisi Membaca bukanlah bermakna memindahkan tulisan kepada suara sahaja bahkan menangkap makna dan memahami apa yang dibaca. Seseorang murid yang boleh memindahkan tulisan kepada suara, jika tidak memahami apa yang disuarakan maka murid itu tidak dikira pandai membaca. Pumfrey (1977) Satu proses pemikiran yang membina Zulkefli Hamid (1994) Ketika seseorang itu membaca ia sebenarnya sedang berkomunikasi secara langsung dan sedar dengan bahan bacaannya. Deboer dan Dallman Membaca melibatkan pemahaman dan interpretasi idea yang dilambangkan melalui penulisan. Juriah Long (1990) Pembaca yang cekap hanya memberi perhatian pada perkataan-perkataan yang penting sahaja. Ia juga memberi tumpuan kepada kebolehan memproses bagi mendapatkan makna dengan menggunakan strategi anlisis dan sintesis dalam bacaan. KPM (1998)

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PPG

Para pelajar harus cekap membaca dan memahami pelbagai bahan dengan kritis dan analitis. (KPM 1998)

Membaca ialah membunyikan suatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan mengetahui sebutan perkataan mengikut penyukuan kata. (Kamus Dewan)

4.8.2 Kesimpulan Satu proses kompleks yang perlu seseorang menguasai sub-kemahiran yang berkaitan dengan asas-asas bacaan Sebelum pelajar menguasai kemahiran membaca, mereka perlu menguasai, mengenal huruf-huruf yang menjadi lambang kepada bunyi, mengenal sistem ejaan dan mengetahui sebutan perkataan mengikut penyukuan kata. 4.8.3 Masalah Menguasai Kemahiran Membaca Kelemahan dalam memahami apa yang dibaca. Pelajar yang lemah, terutamanya yang tidak mengenal huruf, akan mengalami kesukaran untuk membaca dengan lancar, Kekeliruan dalam membezakan bunyi bacaan. Murid seharusnya mempunyai kemahiran dalam menentukan huruf yang dibaca.kekeliruan dalam membezakan huruf akan menyebabkan pelajar tidak dapat memahami makna perkataan yang sebenar tentang apa yang dibaca. Tidak cekap dalam memproses maklumat. Pembaca yang aktif mempunyai reaksi terhadap apa yang mereka baca. Maklumat yang dibaca akan diproses dan disimpan untuk digunakan kembali. Gaya bacaan juga mempengaruhi kemahiran membaca.

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PPG

Latihan

Berdasarkan masalah penguasaan kemahiran membaca yang dialami oleh murid disleksia, bincangkan punca berlakunya permasalah tersebut. Pastikan anda mengetahui terlebih dahulu masalah bacaan murid disleksia. 4.8.4 Proses Membaca Membaca ialah suatu proses yang kompleks yang memerlukan beberapa kemahiran tertentu dan merupakan interpretasi simbol grafik. Membaca memerlukan seseorang mengenalpasti simbol dan hubungannya dengan makna tertentu. Membaca juga adalah aspek bahasa dan komunikasi. Proses meletakkan pembaca untuk berhubung atau berkomunikasi dengan sesuatu idea. Membaca memerlukan penyampaian atau komunikasi mesej dan sistem bahasa membolehkan mesej itu disampaikan. Dalam proses membaca, sistem isyarat ialah simbol grafik. Membaca adalah proses pancaindera. Pembaca mesti dapat bertindakbalas untuk membezakan bentuk melalui penglihatan terhadap simbol grafik. Membaca juga ialah proses mengenalpasti perkataan. 4.8.5 Masalah-masalah Dalam Bacaan Bentuk Huruf Huruf kecil yang seakan-akan bentuknya. Huruf terbalik. Bunyi huruf yang seakan-akan sama. Keliru nama-nama huruf yang seakan-akan sama bentuknya. Menyebut huruf-huruf mengikut telor bahasa ibunda. Keliru menamakan huruf besar dan huruf kecil kerana bentuknya berubah. (sistem isyarat) untuk

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PPG

Peringkat Suku Kata Tidak boleh mengadun / membatang suku kata terbuka / tertutup. Keliru membunyikan suku kata yang melibatkan e taling dan e pepet. Tidak boleh membunyikan dengan betul setelah mengeja / membatang suku kata. Tidak boleh membunyikan dengan betul suku kata VK di awal perkataan. Salah memecah / membatang suku kata. Tidak boleh membatang perkataan yang mengandungi banyak suku kata. Keliru membatang perkataan yang mengandungi diftong / vokal Berganding. Tidak boleh membunyikan perkataan yang mengandungi diagraf di awal. Tidak boleh membatang suku kata yang melibatkan imbuhan.

Kesukaran Dalam Pengamatan Boleh mengeja tetapi tidak boleh membunyikan. Mengeja sebelum membaca. Boleh membatang suku kata tetapi gagal menyebut. Menggantikan bunyi suku kata dalam perkataan Menggugurkan bunyi-bunyi suku kata dalam perkataan. Salah menyebut perkataan yang seakan-akan rupanya. Keliru ejaan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Salah menyebut / membunyikan perkataan yang seakan-akan sama. Menyebut perkataan mengikut loghat.

Kesukaran Membaca Peringkat Ayat Menggantikan perkataan dengan perkataan lain. Tertinggal perkataan.

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PPG

Pembalikan perkataan. Mengulang. Merangkak-rangkak. Membaca mengikut loghat.

4.8.6 Strategi Membantu Kanak-kanak ke Arah Membaca Mengenal pasti kanak-kanak. Mengenal pasti masalah kanak-kanak tersebut. Susun strategi pemulihan. Pelaksanaan. Penilaian .

4.8.7 Kaedah Pemulihan Bacaan Aktiviti Peringkat Prabacaan Menyesuaikan bentuk-bentuk yang sama Memilih bentuk yang sama dan berbeza dari segi warna, bentuk dan saiz. Mengecam dan membiasakan diri dengan bentuk huruf. Mengelaskan benda atau bentuk gambar mengikut kumpulan. Menyusun benda atau gambar mengikut urutan.

Aktiviti Peringkat Bacaan Mekanis Membunyikan huruf-huruf dalam perkataan. Membaca perkataan bergambar. Menyusun semula huruf yang diberi untuk membina perkataan bepandukan gambar. Membunyikan suku kata yang ditunjukkan.

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PPG

Mengeja perkataan dan membaca ayat Membatangkan suku kata terbuka dan suku kata tertutup dalam perkataan.

Aktiviti Peringkat Membaca dan Memahami Menyusun dan memadankan gambar-gambar dengan perkataanperkataan yang diberi. Menyesuaikan ayat dengan gambar yang diberi. Membaca senyap sesuatu cerita untuk dibincangkan. Menggambarkan isi bacaan yang dibaca dalam bentuk gambar rajah. Menggambarkan bahan yang dibaca dengan memberi penerangan. Menggambarkan cerita yang dibaca dalam bentuk lisan.

Contoh cara-cara membantu kanak-kanak disleksia mengatasi masalah membaca: Ciri-ciri Kesukaran Penyelesaian Urutan huruf/perkataan terbalik semasa Guna jari untuk menunjuk perkataan membaca secara lisan. semasa membaca. (contoh : dan --- nad, kepada---kedapa). Adalah lebih mudah jika menyatakan sesuatu idea daripada membacanya. Membenarkan kanak-kanak memperolehi informatsi melalui pebincangan, audio atau tayangan video. Membahagikan tugasan membaca memjadi beberapa bahagian, berhenti sebentar selepas setiap bahagian dibaca habis. Membesarkan bahan cetakan, bertanya sebelum murid mula membaca untuk memberi gambaran terhadap bahan bacaan. Membesarkan bahan cetakan, dan

Kelajuan membaca lahan.

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PPG

warnakan perkataan-perkataan tertentu/ guna kertas berwarna.

Semasa membaca secara lisan, terdapat Mengguna kad index letak di atas barisan banyak perkataan dibaca berulangan. ayat dan dengan berlahan-lahannya tolak ke barisan bawah.

Lemah dalam membaca secara senyap.

Mengajar membaca secara visual dan mengguna bercakap sendiri: adakah saya nampak gambar tersebut? apa yang saya fikirkan semasa membaca? Mengajar kanak-kanak membaca bahagian yang rumit dengan suara kuat.

Kurang memaham jika membaca secara Berhenti membaca selepas satu lisan. perenggan pendek dan membina peta minda. Membaca secara visual.

Mengabaikan kata kunci semasa membaca petikan. Kanak-kanak tidak dapat ingat kembali huruf.

Highlight semua kata kunci supaya mudah dinampak. Mengajar huruf secara visual.

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PPG

Latihan

Rancangkan dan jelaskan dengan terperinci langkah-langkah pelaksanaan strategi menangani masalah bacaan dalam kalangan murid disleksia. Pastikan anda telah jelas peringkat-peringkat kemahiran membaca.

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PPG

4.9

KEMAHIRAN MENULIS

4.9.1 Pengenalan

Bahasa yang bertulis dengan lambang-Iambang bunyi. Seseorang akan dapat membaca hasil fikiran dan perasaan orang lain melalui butiran-butiran tulisannya. Mementingkan teknik dan akal kerana membaca tidak mungkin ada kalau tidak ada tulisan.

4.9.2 Definisi kemahiran menulis :Menulis merupakan proses penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan-perkataan dan seterusnya menjadi ayat. Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997)

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas. Pusat Perkembangan Kurikulum Menulis adalah proses memberi respons yang bertujuan memberikan reaksi pada suatu perkara, hal dengan menggunakan perantaraan bahasa.

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PPG

Menulis adalah proses memberi respons yang bertujuan memberikan reaksi pada suatu perkara, hal dengan menggunakan perantaraan bahasa.

Kemahiran menulis adalah penyaluran ilmu, idea atau maklumat secara bersistem dan ia mengambil kira aspek tujuan penulis, penggunaan bahasa, khalayak dan gaya penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan alam dan kehidupan secara lebih menyeluruh. Yahya Othman Menulis memerlukan usaha mental secara sedar. Ini kerana semasa menulis, proses mengekodkan berlaku dalam fikiran penulis iaitu menterjemahkan kandungan pemikiran ke dalam bahasa yang dapat di fahami. Don Byrne Menulis merupakan satu aspek yang penting.Sebahagian besar kegiatan belajar memerlukan kecekapan merakamkan pengetahuan secara bertulis.Penulisan merupakan kemahiran melahirkan idea dalam bentuk tulisan secara tersusun dan logik. Koh Boh Boon Beliau berpendapat, penulisan berkaitan keupayaan intelek dan mental penulis dalam menggarap idea. Kemahiran pertama yang diperlukan bagi menulis ialah kemahiran penulisan secara mekanis. Ishak Haron

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PPG

Latihan

Dari pelbagai definisi kemahiran menulis di atas, jelaskan kefahaman anda tentang kemahiran menulis.

4.9.3 MASALAH TULISAN Senarai di bawah merupakan masalah-masalah tulisan yang sering dialami oleh murid terutamanya murid berkeperluan khas. Teliti dan imbas kembali masalah tulisan yang dihadapi oleh murid disleksia. Adakah mereka mengalami masalah yang serupa? Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain. Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong. Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara perkataan dengan perkataan Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul.

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PPG

Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan, Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil. Masalah pembalikan huruf atau perkataan. Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang sepatutnya. Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan. Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan. Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara bertindih. Mengulang garis-garis huruf yang ditulis. Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri. Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah. Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul.

Latihan

Sejauh manakah anda bersetuju bahawa murid disleksia juga mengalami masalah dari segi tulisan mentalis. Buktikan hujah anda.

4.9.4 Kaedah Menulis Kemahiran menulis peringkat pratulisan

Melibatkan latihan pergerakan tangan, otot, jari dan sebagainya Penting dikuasai pada peringkat awal supaya murid dapat menulis dengan kemas. Tunjukkan pergerakan tangan menulis di awangan, di pasir, di papan tulis dan sebagainya.

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PPG

Menulis Secara Mekanis Melatih menulis unsur-unsur huruf perkataan dan gambar. Pelajar diperkenalkan huruf, tanda bacaan dan lain-lain. Mengawasi tulisan murid tentang bentuk, saiz, tegak atau condong dan lainlain. Melatih murid menulis cepat, senang dan kemas.

Penulisan Kreatif / Pelahiran Mental Biasanya dikuasai selepas pelajar menguasai kemahiran mekanis Contohnya membuat karangan melibatkan pernyataan pendapat atau lain-lain.

4.9.5 KAEDAH MENULIS Pratulisan Melatih otot-otot tangan dan jari serta kordinasi tangan dan mata kepada murid-murid. Aktiviti boleh dilakukan dengan pelbagai cara

Tulisan Mekanis (Peringkat mendirikan asas) Dijalankan serentak dengan pengajaran bacaan. Semasa menulis, murid digalakkan menyebut sambil menulis.

Peringkat Pelahiran Mengajar murid menulis dengan bersih dan kemas dengan

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PPG

kepantasan yang sesuai. Membolehkan murid-murid menulis dengan jarak yang sesuai antara perkataan dalam ayat.

Contoh aktiviti pramenulis Aktiviti membuat corak :

Aktiviti mewarnakan corak :

Aktiviti melukis secara menyerong atau menegak :

Latihan melukis bentuk geometri dan mewarnakannya

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PPG

Contoh aktiviti peringkat (mekanis) : Latihan membentuk

mendirikan asas bulatan dan garis lurus

dalam keadaan terkawal. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu atau dua Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul Menulis huruf mengikut urutan yang tetap Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan. Menyalin perkataan dan ayat-ayat yang mudah.

Kesalahan biasa dalam tulisan : Bentuk huruf tidak sama saiz. Jarak antara huruf tidak sama. Tulisan menjadi kotor. Kecondongan tulisan tidak sama.

Proses kemahiran menulis Pembelajaran tiga peringkat menulis Mengajar tentang kedudukan badan,kertas dan pensel semasa menulis. Mengajar teknik dan prinsip asas menulis huruf Kenalpasti kesalahan murid.

Menyediakan pelbagai alat pembelajaran. Jenis-jenis penulisan : Karangan terkawal

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PPG

Separuh terkawal Karangan bebas Karangan berpandu

Kaedah pengajaran penulisan kreatif : Motivasi Persediaan Persembahan Perlaksanaan

Contoh Aktiviti Kemahiran Penulisan Kreatif Mengisi silang kata. Mengisi tempat kosong dalam ayat Melengkapkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai Menuliskan ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberi Memanjangkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai Membentuk ayat-ayat bagi menyudahkan cerita Menulis ayat-ayat berdasarkan gambar yang disediakan dan lain-lain.

Latihan

Rancangkan dan jelaskan dengan terperinci langkah-langkah pelaksanaan strategi menangani masalah tulisan dalam kalangan murid disleksia. Pastikan anda telah jelas peringkat-peringkat kemahiran tulisan.

Anda mungkin juga menyukai