Anda di halaman 1dari 40

Kemahiran Membaca

Pengenalan Kepada Membaca


- Definisi bacaan
- Proses membaca
- Peringkat kemahiran membaca
- Fungsi bacaan dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran
Kesediaan Dalam Membaca
- Visual
- Motor
- Visual-motor
- Metalinguistik
- Sikap
- Budaya
Masalah Dalam Membaca
- Tidak kenal huruf
- Salah sebutan
- Teragak-agak
KEMAHIRAN MEMBACA
Bagi seseorang pelajar, membaca merupakan kunci kejayaan akademiknya, sumber
kepada penambahan ilmu pengetahuan, dan kunci kepada keupayaan menikmati hasil
penulisan untuk mengisi masa lapangnya. Pengajaran kemahiran membaca kepada
kanak-kanak memerlukan kaedah dan teknik tertentu supaya mereka dapat menguasai
kemahiran membaca dengan baik sama ada membaca secara nyaring atau membaca
secara senyap
Secara asasnya, membaca mengandungi dua proses asas, iaitu nyah
kod (decode) dan pemahaman.
Proses nyah kod melibatkan pemahaman tentang hubungan antara
huruf-huruf dan menterjemahkan perkataan tulisan kepada bentuk
yang sama dengan bahasa lisan. Oleh itu, kemahiran nyah kod
membolehkan seseorang menyebut perkataan yang ditulis dengan
betul.
Manakala poroses pemahaman pula membolehkan seseorang
memahami makna sesuatu perkataan atau makna perkataan mengikut
konteks.
DEFINISI MEMBACA
Harris dan Sipay (1980) menyifatkan proses membaca sebagai
proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang
lambang-lambang bercetak atau bertulis.
Kenedy (1981) pula mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan
seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang
grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan
bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui, dan
seterusnya berasaskan pengalaman lalu, memahami dan
mentafsirkan maksudnya
Atan Long (1976): Membaca adalah proses kembalikan daripada
proses menulis kepada proses mentafsirkan kembali lambang-
lambang bertulis dan mendapatkan makna atau buah fikiran
daripada bahan bertulis itu.
Melalui definisi yang diberikan di atas sudah cukup untuk
menjelaskan bahawa kemahiran membaca adalah satu proses
yang kompleks.
Marohaini Yusoff (1989)
telah merumuskan proses membaca seperti berikut:
Perlakuan membaca adalah perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Cuma dua
komponen kemahiran utama yang dipersetujui wujud dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran
mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca.
Sesuatu perlakuan membaca mesti dapat menghasilkan pemahaman selain pengecaman dan
penyebutan perkataan-perkataan. Maksudnya, untuk menjadi pembaca yang berkesan, seseorang
itu tidak perlu dapat menyebut perkataan dengan betul dan lancar asalkan dia tahu makna
perkataan-perkataan yang dibacanya.
Semasa membaca, seseorang itu perlu berfikir, merasai, dan membayangkan apa yang dibaca.
Seseorang murid itu mempunyai tujuan, jangkaan, pengetahuan, dan pengalaman lalu yang akan
mempengaruhi apa yang akan dibacanya.
Dalam sesuatu proses bacaan, terdapat susun atur tugasan seperti berikut:
mengecam atau mengenal lambang atau perkataan yang dilihat..
mengaitkan lambang atau perkataan dengan bunyi atau makna.
menterjemahkan makna perkataan itu dengan mengaitkannya dengan apa yang sedia ada di
kepala.
mengumpul dan mencantumkan idea, perkataan,dan ayat sehingga menjadi sebuah idea yang
kengkap.
mencuba menghuraikan idea kepada orang lain.
Melihat kepada susun tugas dalam proses membaca, dapatlah dikatakan bahawa membaca adalah
satu proses yang memerlukan pemikiran yang aktif.
Rumusan, membaca adalah kemahiran yang kompleks yang melibatkan beberapa
kemahiran lain
Konsep Membaca
Melibatkan dua unsur/elemen

1. Menterjemahkan simbol dan


melafazkan simbol (kemahiran mekanis/
bacaan mekanis), dan

2. Memahami simbol (kemahiran mental/


bacaan mentalis)
Proses Membaca
Pengamatan
Pengecaman Baccan mekanis
Pendiskriminasian

Pemahaman
Penilaian Bacaan mentalis
Kesediaan Membaca
Definisi Kesediaan Membaca :
situasi yang wujud dalam diri seseorang individu yang memungkinkannya untuk belajar
atau mungkin melibatkan ciri-ciri yang menghalang pembelajarannya.

Konsep Kesediaan Membaca


Kemampuan seseorang untuk menerima pengajran dari segi mental, emosi dan fizikal.
Bruner (1966), kesediaan belajar merujuk kepada apa jua perkara yang dapat
disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak mengikut peringkat perkembangan.
Piaget (1966) mengaitkan kesediaan belajar dengan peringkat pembelajaran mengikut
perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu peringkat deria motor (0-2 tahun), peringkat
pra-operasi (2-6 tahun), peringkat operasi konkrit (7-12 tahun) dan peringkat operasi
formal (selepas 12 tahun).
Secara meluas, kesediaan membaca melibatkan sebarang aktiviti sebelum sesuatu
peringkat bacaan dimulakan, sama ada di peringkat mendirikan asas, mengukuhkan
asas mahupun peringkat-peringkat lain yang lebih tinggi.
Secara khusus, iaitu untuk kanak-kanak yang belum didedahkan dengan sebarang
aktiviti bacaan, kesediaan membaca merangkumi kebolehan fizikal, emosi dan
mentalnya untuk menerima pengajaran bacaan asas.
Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kesediaaan Membaca
K e mat an ga n
Kematangan ialah salah satu daripada faktor kesediaan pembelajaran. Kematangan boleh
merupakan kematangan fizikal, kematangan intelek, kematangan sosial dan kematangan emosi.
Kesemua sifat-sifat ini memang sedia ada di dalam diri setiap pelajar. Ia merupakan faktor-faktor
asas yang mempengaruhi proses pembelajarannya.
Pengalaman
Kesediaan murid untuk belajar di sekolah bukan sahaja bergantung kepada kematangan, tetapi
juga jenis pengalaman pendidikan. Pengalaman yang disusun rapi dapat menolong kanak-kanak
mempunyai kesediaan yang teratur dalam mata-pelajaran tertentu.
Persekitaran
Persekitaran yang intelektual yang memberi pengalaman-pengalaman bermakna akan
dapat merangsang otak dan menimbulkan minat membaca. Sebagai contoh, kanak-
kanak yang terdedah dengan pelbagai jenis bahan bacaan sejak lahir, sentiasa melihat orang di
sekeliling membaca dan ada pula orang yang membacakan buku cerita untuknya akan lebih cepat
bersedia membaca berbanding dengan kanak-kanak sebayanya yang tidak mendapat peluang yang
sama.
Keadaan fizikal
Keadaan fizikal merujuk kepada keadaan mata, telinga, dan organ pertuturan yang
sempurna.
Emosi, motivasi, dan sahsiah
Keadaan rumah tangga dan cara asuhan akan mempengaruhi perkembangan
emosi, motivasi, dan sahsiah kanak-kanak. Dorongan yang diberikan oleh ibu
bapa boleh mempengaruhi sikap membaca kanak-kanak.
Kecerdasan
Kecerdasan dan perkembangan kognitif kanak-kanak sangat mempengaruhi
kemahiran membaca kanak-kanak. Kanak-kanak yang cerdas akan dapat
menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat berbanding dengan kanak-
kanak lain yang sebaya dengannya.
P e ng a ma ta n
Kemahiran membaca memerlukan keupayaan pengamatan yang kuat, iaitu
daya diskriminasi penglihatan dan pendengaran. Semasa membaca, kanak-
kanak perlu mendiskriminasi huruf dan juga mendiskriminasi bunyi-bunyi
huruf.
Penguasaan Bahasa
Kanak-kanak yang menguasai bahasa dengan baik akan dapat belajar
kemahiran membaca dengan cepat dan dapat membaca dengan baik kerana
bahasa adalah alat manusia melahirkan fikiran, perasaan, kehendak, dan
sebagainya semasa berkomunikasi.
Faktor-faktor yang Menghalang Kesediaan
Membaca
Konsep kematangan mental
Gangguan kepada mental akan mengakibatkan masalah kepada
kebolehan membaca
Aspek Kemahiran Kesediaan Membaca
Bagi kanak-kanak yang belum didedahkan dengan dengan aktiviti
bacaan, kesediaan membaca.
Kebolehan fizikal
Keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang akan
diajarkan.
Kebolehan emosi
Minatnya terhadap bahan-bahan bacaan terutama buku cerita dan
akan mendengarnya.
Kebolehan mental
Keupayaannya mengingat apa-apa yang akan diberitahu
Faktor-faktor yang mempengaruhi Kemahiran Membaca

Kognitif
Kecerdasan dan perkembangan kognitif kanak-kanak sangat
mempengaruhi kemahiran
membaca kanak-kanak. Kanak-kanak yang cerdas akan dapat
menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat berbanding
dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.
Kemahiran membaca memerlukan keupayaan pengamatan yang kuat,
iaitu daya diskriminasi penglihatan dan diskriminasi pendengaran.
Semasa membaca kanak-kanak perlumendiskriminasi huruf dan juga
mendiskriminasi bunyi-bunyi huruf. Oleh itu, kanak-kanak yang lebih
mahir dalam bahasa dapat mempengaruhi kemahiran membacanya.
Kanak-kanak yang menguasai bahasa dengan baik akan dapat belajar
kemahiran membaca dengan cepat dan dapat membaca dengan baik
kerana bahasa adalah alat manusia melahirkan fikiran, perasaan,
kehendak ,dan sebagainya semasa berkomunikasi.
PERSEKITARAN
Persekitaran yang intelektual yang memberi pengalaman-pengalaman bermakna
akan dapat merangsang otak dan menimbulkan minat membaca serta meningkatkan
kemahiran membaca mereka. Misalnya mendengar cerita, lawatan ke perpustakaan
atau ke kedai buku, ibu bapa yang kerap berbual dengan anak mereka, dan
sebagainya.
Keadaan rumah tangga yang dan cara asuhan akan mempengaruhi perkembangan
emosi, motivasi, dan sahsiah kanak-kanak. Dorongan yang diberikan oleh ibu bapa
boleh mempengaruhi sikap membaca kanak-kanak. Dengan ini, secara tidak
langsungnya mempengaruhi kemahiran membaca kanak-kanak.
Persekitaran rumah banyak memainkan peranan dalam menguasai kemahiran
membaca. Ini termasuklah tahap pendidikan ibu bapa, kegiatan sosio budaya,
pendapatan, kestabilan sosio- ekonomi, corak interaksi dan komunikasi ke atas
pembelajaran.
Ahli keluarga khususnya ibu bapa dan adik-beradik yang lebih tua merupakan role
model dalam membina tingkah laku, tabiat dan sikap suka membaca dalam kalangan
kanak-kanak. Oleh itu, rumah yang diisi dengan majalah, surat khabar dan buku
mempunyai dorongan untuk meningkatkan kemahiran membaca anak-anak.
Persekitaran sekolah juga boleh mempengaruhi kebolehan membaca
kanak-kanak. Sekolahyang menyediakan persekitaran yang sesuai bagi
membaca boleh memberikan kesan psikologi kepada pelajar supaya
gemar membaca dan meningkatkan kemahiran membaca.
Peranan guru dalam mengendalikan bilik darjah banyak
mempengaruhi kemahiran membaca murid, termasuklah :
a. Pemilihan bahan
b. Jenis soalan yang ditanya
c. Jenis maklum balas yang diberi
d. Suasana pembelajaran
e. Dorongan
f. Pengukuhan yang digunakan.
Apabila bahan bacaan yang dibaca oleh pelajar menarik minatnya, ini
memberikan respon yang positif dan mudah baginya memberikan
tindak balas. Dengan ini, mereka dapat menguasai kemahiran
membaca.
BUDAYA
Budaya dikaitkan dengan tingkah laku dan
kebudayaan yang dihasilkan oleh kumpulan budaya
itu seperti seni, bahasa, muzik, makanan, aktiviti
membaca dan sebagainya.
Pihak sekolah yang menitikberatkan budaya membaca
dapat mempengaruhi kemahiran membaca murid-
murid. Budaya ini diamalkan pada setiap guru dan
murid agar peningkatan berlaku.
Misalnya, setiap hari pada waktu 10 minit sebelum
kelas bermula, guru mengalakkan murid membaca
bahan bacaan dan semakin lama budaya ini boleh
mempengaruhi kemahiran membaca murid.
SOSIOEKONOMI
Sosioekonomi lebih ditujukan kepada tanggungjawab ibu bapa.
Pendapatan / kesediaan ibu bapa berkait rapat dengan
pembelajaran kanak-kanak termasuklah kemahiran membaca
mereka.
keluarga yang lebih berpendapatan boleh menyediakan
kemudahan yang mencukupi untuk meningkatkan kemahiran
membaca anak mereka. Misalnya, memberi tuition, membeli
buku rujukan, membeli alat elektronik yang mengajar
pembacaan, prasarana dan suasana yang selesa untuk membaca
dan lain-lain lagi. Semua ini dapat meningkatkan kemahiran
membaca anak-anak.
Ibu bapa yang bersedia untuk membimbing dan membantu
anaknya dalam mengajar membaca dengan kaedah, strategi dan
teknik yang betul dapat meningkatkan keupayaan murid.
Masalah dalam Membaca
PENGENALAN
Masalah membaca di kalangan murid sekolah bukanlah perkara
luar biasa lagi walaupun mereka telah mengikuti pembelajaran
bacaan
Kelemahan kemahiran membaca merentas semua mata pealajaran
menyebabkan pencapaian rendah dalam pelajaran di sekolah .
Menjadi tugas guru mengesan kelemahan membaca muridnya
dan seterusnya menjalankan pengajaran pemulihan bacaan
dengan segera.
Berbagai-bagai kaedah dan teknik mengajar bacaan boleh
digunakan oleh guru untuk mengajar bacaan. Kaedah dan
teknik mengajar bacaan yang digunakan oleh guru hendaklah
sesuai dengan kebolehan membaca murid.
Bagi mengajar kanak-kanak berkeperluan khas, guru hanya perlu
sesuaikan kaedah-kaedah ini dengan keupayaan murid-
murid.
Masalah Bacaan
Masalah bacaan di kalangan pelajar sekolah sekarang mendapat perhatian umum.
Kerisauan tentang masalah ini bukan hanya pada ibu bapa dan guru-guru sahaja malah
sudah hingga ke peringkat pemimpin tertinggi negara . Berbagai-bagai usaha telah
dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, negeri, dan peringkat nasional. Satu usaha
terbesar yang dilaksanakan adalah KBSR yang bermatlamatkan kecemerlangan
pendidikan sekolah rendah, dan diikuti dengan KBSM di sekolah menengah.

Namun selepas fasa pertama KBSM,didapati ramai pelajar kita yang masih gagal
menguasai 3M. Hakikat ini diakui dalam seminar Kebangsaan KBSR pada 1989 yang
merumuskan;
Pelaksanaan Program Pemulihan dan Pengayaan dalam kelasKBSR tidak
mencapai tahap yang dijangkakan menyebabkan terdapat sebilangan kanak-
kanak tidak dapat menguasai kemahiran asas 3M hingga ke peringkat tahap II
persekolahan rendah dan di peringkat persekolahan menengah.

Keadaan ini amat menakutkan apabila semakin ramai pelajar kita yang gagal membaca
walaupun sudah memasuki sekolah menengah. Sebagai usaha untuk memulihkan
masalah bacaan murid di sekolah randah, Kementerian Pelajaran telah
memperkenalkan pprogran Kelas Intervensi Membaca dan Menulis atau KIA2M.
Jenis Masalah Bacaan
Masalah bacaan yang dihadapi
oleh kanak-kanak dapat dilihat
melalui aktiviti bacaan nyaring,
Aktiviti bacaan senyap hanya
dapat dilihat melalui aspek
bacaan kefahaman.
Berikan contoh bagi setiap masalah di atas
Antara masalah bacaan yang dihadapi oleh
kanak-kanak adalah seperti berikut:
a) membuang/meninggalkan (omission)
- Bunyi huruf, perkataan, dan imbuhan
ditinggalkan ketika membaca, misalnya
buahdisebut uah, kering disebut kerin.
- Perkataan dalam ayat juga kerap ditinggalkan
semasa membaca, seperti;
Buku itu sangat tebal. dibaca sebagai Buku itu
tebal.
- Meninggalkan imbuhan adalah seperti
mengandungi disebut mengandung dan
sebagainya.
b) Ulangan (repetition)
Mengulang-ulang perkataan atau suku kata
semasa membaca dan perbuatan mengulang ini
bukan disebabkan oleh masalah gagap.

c) Gantian (substitute)
Menggantikan huruf atau perkataan dalam ayat
yang dibaca, misalnya ladang disebut lalang.
Manakala terdapat perkataan yang digantikan
dengan perkataan lain sehingga boleh
mengubah maksud ayat.
d) Tambahan (insertion)
Bunyi huruf atau perkataan ditambah semasa membaca, misalnya
buah disebut buwah.
Manakala penambahan perkataan berlaku seperti berikut;
Saya suka makan rojak. dibaca sebagai Saya sangat suka makan
rojak.

Pembalikan (reversals)
Huruf, perkataan, atau frasa dibaca secara terbalik atau songsang.
Contoh ;
Bala disebut laba, manakala pembalikan perkataan dalam ayat
berlaku apabila perkataan
diubah kedudukannya, contoh: Dia makan nasi dibaca sebagai
Dia nasi makan, dan begitu
juga dengan pembalikan frasa.
f) Tidak kenal huruf
Masalah tidak kenal huruf merupakan punca utama kebanyakan
kanak-kanak gagal membaca dengan baik. Keadaan ini
menyebabkan kanak-kanak akan menyebut sesuatu huruf sesuka
hati atau dengan meneka sahaja dan menjadikan perkataan itu
tidak bermakna atau berlainan makna.

g) Salah sebutan
Salah sebutan terjadi akibat kanak-kanak tidak mengenal huruf
atau tidak tahu membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu
perkataan tidak bermakna lagi dalam konteks ayat berkenaan.

Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna


perkataan atau ayat yang dibaca dan perlu diberi perhatian oleh
guru untuk mengatasinya. Selain itu, guru juga perlu memerhati
tingkah laku yang ditunjukkan semasa murid membaca yang
boleh menunjukkan murid itu bermasalah dalam bacaan
.Antara tingkah laku yang kerap ditunjukkan adalah seperti
berikut:
a) membatang suku kata terlebih dahulu sebelum dapat menyebut
seluruh perkataan,
b) bacaan tersekat-sekat iaitu perkataan demi perkataan dan tidak
lancar,
c) teragak-agak (hesitation) - teragak-agak bermaksud berhenti
sejenak sebelum menyebut
sesuatu perkataan ketika membaca disebabkan kanak-kanak
tidak pasti akan bacaannya,
d) membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan
tanda bacaan,
e) membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak,
f) menunjuk perkataan dengan jari ketika membaca,
g) tingkah laku yang tidak selesa seperti mengejip-ngejip mata,
mengerut dahi, menggeleng kepala, dan sebagainya,
h) Suara terlalu perlahan dan tidak jelas atau
blurring,
i) kedudukan mata terlalu dekat dengan bahan
bacaan,
j) cuba mengelak daripada aktiviti membaca, dan
k) tidak boleh membaca langsung.

Salah sebutan - salah menyebut perkataan-


perkataan yang dibacanya berikutan mereka
tidak mengenal huruf atau tidak tahu
membunyikan sesuatu huruf. Contohnya 'lidi'
disebut 'lili', perkataan 'mari' disebut 'mali' atau
perkataan 'lari' disebut 'lali'.
Lemah daya ingatan
Ingatan di otak kadang kala mendatangkan masalah seperti sel-sel di otak
tidak dapat
berhubung antara satu sama lain. Ia mungkin juga disebabkan oleh kecederaan
yang pernah dialami oleh pesakit samaada kemalangan mahupun kecederaan
terhantuk benda yang keras.
Simptom:
1. Semakin lemah daya ingatan/ lupa
2. gagal mengenalpasti objek
3. Masalah emosi seperti kemuringan dan depresi
4. Rasa janggal di tempat yang biasa dilawati
5. Hilang kemampuan jasmani
6. Tidak mengendahkan kebersihan diri
7. Tidak berminat dengan pelajaran/ pekerjaan

Faktor-faktor penyebab:
1. kecederaan kepala
2. Penyakit sawan
3. Trauma
4.Genetik
5. Pemakanan
Tingkah laku yang kerap ditunjukkan
a) membatang suku kata terlebih dahulu sebelum dapat
menyebut seluruh perkataan.
b) bacaan tersekat-sekat iaitu perkataan demi perkataan dan
tidak lancar,
c) teragak-agak (hesitation) - teragak-agak bermaksud
berhenti sejenak sebelum menyebut sesuatu perkataan
ketika membaca disebabkan kanak-kanak tidak pasti akan
bacaannya,
d) membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa
menghiraukan tanda bacaan,
e) membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak,
f) menunjuk perkataan dengan jari ketika membaca,
g) tingkah laku yang tidak selesa seperti mengejip-ngejip
mata, mengerut, menggeleng kepada, dan sebagainya,
sambungan
h) Suara terlalu perlahan dan tidak jelas atau
blurring,
i) kedudukan mata terlalu dekat dengan bahan
bacaan,
j) cuba mengelak daripada aktiviti membaca, dan
k) tidak boleh membaca langsung.
Kaedah Mengajar Bacaan
Kaedah Abjad/Huruf
Contoh:
Memperkenalkan huruf - az
Memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u
Menggabungkan huruf konsonan dan vokal - ba, be,
bi, bo, bu
Membentuk perkataan daripada suku kata - ba + tu
batu
Seterusnya membentuk rangkai kata dan ayat mudah
yang telah dipelajari. (Sering dilakukan dengan
mengeja terlebih dahulu)
Fikirkan baik dan lemahnya kaedah ini.
Kaedah Abjad
baik lemah
Abjad yang mengelirukan,
Logik, bila kenal huru akan kenal bunyi dan bentuk (d,b)
suku kata, perkataan dan dapat Mementingkan ejaan
baca ayat akibatnya hilang minat murid
Membina asas yang kukuh dalam Mementingkan bunyi dan
mengeja dan memudahkan ejaan bukannya kefahaman
kanak-kanak membaca atau makna
perkataan
Membaca dengan berlagu,
Orientasi dari kiri ke kanan tidak mempedulikan tanda
bacaan
Mengelirukan di antara huru
abjad, namanya tidak
menepati bunyi (c,g,h,w dan
y)
Kaedah Pandang dan sebut/Kaedah
Seluruh Perkataan
Pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa
(sight words) diguna seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan
kita seperti saya, makan, lari, main, emak, bapa dan sebagainya.

Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan diulang-ulang


menyebutnya. Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan
adalah diandaikan yang murid belajar secara pandang (visual). Kaedah ini
tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali.

Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu, guru digalak


menggunakan fonik atau bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu huruf
dengan satu bunyi untuk membantu pelajar menyebut perkataan tersebut.
Misalnya bagi perkataan rumah, guru boleh membantu murid dengan
menyebut bunyi huruf r iaitu [ r ] dan kalau perlu membunyikan suku
kata [ ru ].
Langkah-langkah Pandang Sebut
L1 Diperkenalkan perkataan bergambar
Gambar buku buku

L2 Murid diperkenalkan dengan perkataan:


- Ini buku, Buku Ali Buku merah

L3 Murid dilatih membaca ayat-ayat pendek dan


mudah yang melibatkan perkataan yang telah
didengar serta satu atau dua perkataan baru
cth:
Ini buku, Ini buku merah, Ini buku Ali, Buku ini
merah, Ali ada buku merah.
Kaedah Pandang Sebut
baik lemah
Pentingkan fahaman, dari awal Terhad keada perkataan / ayat
lagi yang diajar shj
Menarik minat sebab bahan yang Murid tidak kenal huruf secara
disampaikan murid faham formal (kenal huruf tidak
terhadap makna dititikberatkan)
Sesuai dengan perkembangan Murid sukar mengetahui
dari umum kepada khusus perkataan baru kerana kurang
Dapat latih murid mengikut mempunyai asas yang kukuh
sebutan dan rentak yang betul untuk membaca
dari awal. Lambat mencapai kemahiran,
kerana menunggu dan
bergantung pada arahan guru.
Kaedah Fonik/bunyi
Menekankan kepada hubungan bunyi-bunyi dengan
huruf-hurufnya
hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu
dan diikuti dengan membunyikan suku kata dan
seterusnya membunyikan perkataan.
Dalam bidang fonetik, huruf tidak dieja tetapi terus
dibunyikan sebagai [ a ], dan begitulah bagi huruf-
huruf dan suku kata yang lain.
Sebagai contoh, ba + ta terus disebut sebagai [ ba ] +
[ ta ] dan seterusnya disebut sebagai [ bata ].
[ b ] + [ a ] = [ ba ]
[ t ] + [ a ] = [ ta ]
[ ba ] + [ta ] = [ bata ]
Kaedah gabungan bunyi kata
( Dari nama huruf dan bunyi kepada perkataan )
Kaedah ini diperkenalkan oleh Profesor Isahak Haron, dan
dalam kaedah ini murid diajar langkah demi langkah,
dimulai dengan bunyi huruf digabungkan dengan nama
huruf (abjad) dan bentuk huruf. Selepas itu membina
suku kata dan seterusnya perkataan. Latih tubi mengeja
adalah perlu berdasarkan pendekatan pelbagai deria
(multisensory).
Guru tunjukkan huruf pada kad imbasan dengan
gambar di sebelah belakang. Murid menyebut nama
huruf tersebut.
Guru menyebut perkataan dan bunyi huruf.
Murid mengulangi menyebut perkataan dan bunyi
huruf.
Guru menyebut bunyi huruf dan kemudian menyebut nama
huruf.
Murid mengulang bunyi dan menyebut nama huruf, menulis huruf
sambil menyebutnya (terjemahkan bunyi yang didengar kepada
tulisan) dan seterusnya murid menulis huruf-huruf.

Murid membaca apa yg telah ditulisnya, iaitu membunyikan huruf


(terjemahkan huruf yang ditulis kepada bunyi yang boleh
didengar).

Murid menulis huruf dengan mata tertutup untuk dapat


merasakan huruf itu
Setelah murid sudah biasa dengan nama, bunyi, dan
bentuk huruf, guru boleh teruskan dengan latih/tubi
berikut;

Murid melihat semula kad imbasan dan membunyikan


huruf dengan kuat (proses bacaan).

Guru membunyikan huruf-huruf tertentu secara rawak.


Murid menyebut nama huruf dan kemudiannya menulis
(proses mengeja).
Kaedah Khas Pemulihan Bacaan
kaedah VAK, kaedah VAKT, kaedah Fernald,
dan kaedah Gillingham, dan semua kaedah
ini digolongkan sebagai pendekatan
kinestetik.(Margaret, Lynne, Janet, 1989).
Kaedah VAK
Kaedah VAK menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran
dengan tulisan (kinestetik atau pergerakan). Dalam kaedah ini murid
melihat dan menyebut perkataan sambil menulis perkataan itu
berdasarkan ingatannya.
Kaedah VAK menggunakan prosedur pengajaran seperti berikut, iaitu
pelajar :

memerhati perkataan yang hendak dipelajari


menyebut perkataan itu
cuba menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya, dan
membandingkan hasil tulisan dengan perkataan asal

Prosedur VAK ini diulang-ulang sehingga perkatan dapat ditulis dengan


betul.
Kaedah Membaca Pelbagai Deria - VAKT
(Multisensory Reading Method)
Kaedah ini dikenali sebagai kaedah VAKT yang
bermaksud;
V - visual (penglihatan)
A audio (pendengaran)
K - kinesthetic ( pergerakan )
T - tactile ( sentuhan)

Kaedah ini berpegang kepada prinsip rangsangan dalam


pembelajaran dan berdiri atas Premis bahawa
rangsangan ke atas beberapa deria yang sensitif akan
mengukuhkan pembelajaran . Langkah-langkah
pengajaran adalah sepeerti berikut:
Langkah-langkah pengajaran adalah seperti berikut:
Langkah-langkah pengajaran adalah sepeerti berikut:
kaedah ini menggunakan surihan (tracing) untuk mengajar bacaan
guru menulis huruf cetak yang besar di atas kertas 4 x 10 ( menggunakan krayon )
Murid membuat surihan huruf dengan jari di atas kertas itu
Untuk mendapatkan kesan sentuhan semasa membuat surihan, huruf dibuat daripada
kertas pasir, menggunakan talam berpasir/lumpur, mewarna dengan jari, huruf timbul
yang besar dan lain-lain.
Untuk belajar huruf melalui kaedah VAKT, murid hendaklah ;
lihat huruf (V)
dengar guru sebut huruf (A)
menyebut huruf (A)
dengar huruf yang disebut (A)
rasa pergerakan otot semasa membuat surihan huruf (K)
rasa permukaan huruf dgn hujung jari (T)
lihat pergerakan tangan semasa tracing (V)
dengar sendiri huruf yang disebut semasa membuat surihan (A)
Kaedah VAKT dijadikan asas kepada model-model pengajaran bacaan yang lebih
perinci oleh tokoh-tokoh seperti Fernald, Gillingham, dan lain-lain.

Anda mungkin juga menyukai