Anda di halaman 1dari 2

ULASAN BUKU (BOOK REVIEW SESSION)

Book Review Session atau Sesi Ulasan Buku telah diadakan pada 6 November
2019. Sesi ini dimulakan pada pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Sesi ini
dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi siswa pendidik IPGK Perlis dan sesi pensyarah
IPG. Objektif sesi ini bertujuan untuk menggalakkan budaya membaca dalam
kalangan warga IPG dan meningkatkan keyakinan dalam membentangkan sesuatu
dapatan bacaan. Kedua-dua sesi telah dijalankan di bilik BKPS 1 pusat sumber.
Seramai 8 orang siswa pendidik IPG dan 5 orang pensyarah IPG telah melibatkan
diri dalam sesi perkongsian ini.

Sesi perkongsian siswa pendidik telah bermula pada pukul 8.30 pagi. Para
siswa pendidik telah diberi taklimat tentang perkara-perkara penting semasa sesi
dijalanlan. Seterusnya, para siswa pendidik telah mencabut undi untuk mendapatkan
nombor giliran bagi menyampaikan perkongsian masing-masing. Para siswa
pendidik telah menyampaikan perkongsian dengan amat kreatif dan menarik. Antara
buku yang telah dikongsikan seperti . Sesi ini telah dihentikan pada pukul 12.00 pm
dan diberi masa rehat 2 jam.

Sesi perkongsian pensyarah IPG telah bermula pada pukul 2.00 pm. Antara
pensyarah yang telah memberi perkongsian ilmu ialah . Sesi ini telah ditamatkan
pada pukul 5.00 petang. Secara umum, sesi ini telah berjaya dijalankan dengan
lancar. Setiap perkongsian telah memberi impak secara dalaman terhadap setiap
siswa pendidik.

Anda mungkin juga menyukai