Anda di halaman 1dari 7

GKB1053 KEMAHIRAN BELAJAR

TOPIK DAN SUBTOPIK

1. Pengenalan Kemahiran Belajar

1.1 Konsep Kemahiran Belajar


1.2 Persekitaran Pembelajaran di IPG
1.3 Pembelajaran Regulasi Kendiri

2. Pengurusan Pembelajaran

2.1 Penetapan matlamat diri dan akademik


2.2 Pengurusan masa
2.3 Mengenali Gaya Pembelajaran Kendiri
2.4 Strategi Meningkatkan Ingatan
2.5 Perancangan Jadual Belajar

3. Kemahiran Perolehan dan Pengurusan Maklumat

3.1 Pencarian Sumber maklumat


3.2 Pengurusan maklumat
3.3 Pencarian di perpustakaan
3.4 Pelayaran Internet
3.5 Sumber Primer dan Sumber Sekunder

4. Teknik Membaca
4.1 Pembacaan cepat
4.2 Pembacaan perlahan

5. Kemahiran Mengambil dan Membuat Nota

5.1 Cara-cara membuat nota

● Annotation
● Outline notes
● Column notes
● Nota rumusan

.5.2 Alat-Alat Berfikir dalam Membuat Nota

● Pengurusan Grafik
● Peta Minda
● Pemetaan i-Think
● Teknik Menyoal Aras Tinggi
● Penyoalan Sokratik
● Soalan bertumpu dan mencapah
● Lingkaran soalan
1
5.3 Alat-alat CoRT 1
5.4 Alat-alat CoRT IV (Pemikiran Kreatif)

6. Kemahiran Memproses Maklumat dan Penyediaan Bahan Bertulis

6.1 Menganalisis maklumat yang dikumpul


6.2 Mentafsir dan membuat kesimpulan
6.3 Menilai maklumat
6.4 Mensintesis maklumat untuk menghasilkan bahan bertulis

7. Aplikasi Penggunaan Perisian Komputer

7.1 Perisian Utiliti


7.2 Perisian Pemprosesan Perkataan
7.3 Perisian Hamparan Kerja
7.4 Perisian Persembahan Elektronik
7.5 Perisian Pangkalan Data
7.6 Blog

8. Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System)

8.1 Ciri-ciri Sistem Pengurusan Pembelajaran


8.2 Kegunaan Sistem Pengurusan Pembelajaran
8.3 Kepentingan Sistem Pengurusan Pembelajaran

9. Sikap Terhadap Pentaksiran

9.1 Jenis-jenis pentaksiran

9.2 Persediaan untuk Pentaksiran

● Tugasan individu
● Tugasan berkumpulan
● Integriti Pelajar

10. Penyesuaian Sosial

10.1 Kemahiran interpersonal


10.2 Kemahiran intrapersonal
10.3 Pelajar sebagai Ahli Komuniti
Pembelajaran
10.4 Isu-Isu Perkongsian Maklumat
10.5 Isu Gender dalam Kecemerlangan Akademik

2
1. Terangkan konsep dan kepentingan kemahiran belajar.

Kemahiran belajar merupakan keupayaan, kecekapan atau kebolehan seseorang mendapatkan


pengetahuan untuk membolehkannya mengumpul, memproses dan merumus maklumat secara
kendiri dan seterusnya menuju ke arah pembelajaran seumur hidup. Kemahiran ini diperlukan dalam
setiap fasa pembelajaran. Persekitaran pembelajaran yang berbeza dan agak mencabar di IPG
memerlukan siswa pendidik menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran kendiri yang
berbeza dengan persekiitaran pembelajaran di sekolah. Kandungan kursus atau subjek Kemahiran
Belajar banyak menyentuh tentang persediaan siswa penddiik dan kemahiran yang perlu untuk
menghadapi suasana pembelaharan berkenaan.
Pelajar perlu menguasai metakognitif, iaitu kemampuan untuk berfikir cara berfikir untuk
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Penguasaan kemahiran belajar akan
memudahkan pelajar mendapatkan ilmu secara sistematik dan bermakna. Kemahiran belajar juga
memupuk minat dan amalan suka belajar serta sentiasa meningkatkan pengetahuan dan daya
intelek sepanjang hayat serta meningkatkan daya ingatan pelajar.
Melalui penguasaan kemahiran pelajar, pelajar didedahkan kaedah membuat rujukan dari pelbagai
sumber (seperti buku, majalah, jurnal, tesis, prosiding) serta cara mengguna dan menganalisis
sumber berdasarkan meperluan penulisan akademik. Selain itu, pelajar perlu menguasai kemahiran
membaca cepat agar dapat memilih maklumat yang tepat dengan pantas. Kemahiran belajar juga
melatih pelajar memproses maklumatsecara berkesan. Pelajar juga perlu memiliki kemahiran
interpersonal dan intrapersonal yang tingg.

2. Bincangkan ciri-ciri pembelajaran regulasi kendiri.

- Pelajar menentukan sendiri matlamat pembelajaran.


- Pelajar memilih bahan pembelajaran mereka sendiri.
- Pelajar mengkaji dan mneilai pendekatan pembelajaran dna hasil usaha mmereka untuk
mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang sesuatu.

3. Huraikan bagaimana pengetahuan maklumat yang diperoleh membantu dalam pembelajaran.


Maklumat merupakan hasil daripada pengumpulan, pemprosesan dan penganalisisan data yang
boleh digunakan untuk membuat sesuatu keputusan. Maklumat yang dihasilkan ini lebih bermakna
dan lebih mudah difahami. Contoih maklumat ialah bilangan pelajar di dalam kelas yang memiliki
twitter. Pengurusan maklumat merupakan proses mengenal pasti, mengelaskan, memilih, menyaring
dan menilai sesuatu maklumat. Pelajar yang cekap menguruskan maklumat mempunyai strategi
pencarian maklumat, bagaimana maklumat disusun dan bagaimana maklumat digunakan untuk
memberi kefahaman kepada orang lain dan dapat menyelesaikan masalah. Maklumat yang
diperoleh dan diurus harus merupakan maklumat yang sahih.
Untuk pengurusan maklumat yang efektif, pelajar perlu berkeupayaan mencari dan menggunakan
maklumat. Dalam hal ini pelajar yang celik maklumat berkebolehan dalam mencari, mentafsir dan
mencipta idea-idea baharu. Pengurusan maklumat dapat membantu memperbaiki keberkesanan
dan kecekapan, memperbaiki komunikasi antara individu dan menjadikan pembelajaran menjadi
lebih berkesan dan cekap.
Pengurusan maklumat dapat meningkatkan daya saing seperti pengetahuan yang dikongsi dapat
menjana idea yang kreatif dan dapat menambah nilai kendiri.

3
4. Bincangkan Pengurusan grafik dan peta pemikiran sebagai alat berfikir.
Pengurusan Grafik (PG) ialah suatu bentuk ilustrasi atau lakaran yang digunakan untuk tujuan
merancang, mengurus, meneliti, menganalisis atau menghasilkan sesuatu idea pemiukiran yang
lebih sistematik, jelas dan berkesan, serta dapat membantu dan menguruskan cara berfikir secara
tersusun. Secara kasarnya PG dapat memberi gambaran secara lebih mudah dan jelas dengan
tujuan memantapkan pemikiran.
PG berbentuk seperti jaringan yang perlu diisi dengan maklumat yang berkaitan dnegan topik atau
kemahiran yang sedang dipelajari. Melalui PG, sesuatu idea yang hendka disampaikan akan
menjadi lebih jelas dan mudah difahami. PG membolehkan seseorang itu merancang dan menyusun
idea-idea dan mnerangkan perkara-perkara yang kompleks dengan lebih mudah dan jelas
berdasarkan visual. Selain itu, PG dapat menterjamah pemikiran yang tersirat kepada bentuk
tersurat dan dapat menghubungkan semua maklumat dalam bentuk yang lebih mudah difahami.
Grafik dalam pembelajaran boleh dipersembahkan dalam bentuk imej atau paparan visual tidak
bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan sebagainya secara tidak
langsung nota yang dihasilkan lebih menarik.
Contoh PG: Lukis sendiri.
Dari aspek teknologi, PG juga merupakan elemen multimedia yang digunakan begitu meluas bagi
memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat terutama ketika aktiviti
pembentangan hasil tugasan dan tutorial. Oleh itu, bentuk pengurusan grafik yang berstruktur
mengikut aturan tertentu dapat memaparkan proses demi proses mendorong pelajar untuk berfikir,
membuat analisis, konsep dan idea yang mana sukar diterangkan melalui teks dan ucapan. Apabila
keadaan ini berlaku, secara tidak langsung pelajar yang suka mmebuat analisis dapat berfikir dan
memproses secara aktif. Dengan penghasilan nota menggunakan grafik akan menjadikan
pembelajaran lebih berkesan kerana adanya penglibatan pelajar secara aktif dan juga dapat
meningkatkan pengekalan maklumat dalam ingatan seseorang.
Kelebihan lain:
Peta Pemikiran menggabungkan proses kognitif dalam pembelajaran dengan maklumat dalam
bentuk visual. Peta ini yang dikemukakan oleh Tony Buzan bermula dari tengah halaman
berdasarkan tajuk atau idea. Beberapa kelompok atau kategori kata atau penerangan tentang tajuk
diwujudkan. Garisan dikembangkan untuk menghasilkan corak tertentu. Kata kunci, simbol atau
gambar digunakan. Kata penghubung ditulis di atas garisan. Gunakan gambar, warna dan corak
untuk menunjukkan perkaitan. Gunakan kreativiti untuk menjadikan peta pemikiran yang dihasilkan
lebih menarik dan asli.
Contoh peta pemikiran:
Kelebihan:

5. Apakah Kegunaan LMS di IPG?


Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) biasanya menggunakan internet melalui e-pembelajaran
yang diperoleh di laman web institut. LMS membantu memudahkan pengurusan dilakukan ke atas
pelajar. Digunakan untuk tujuan pendaftaran pelajar, pendaftaran atau pengguguran kursus
Pelajar boleh mengakses maklumat dan kandungan pembelajaran kursus yang dikendalikan oleh
pensyarah. LMS juga menggalakkan pembelajaran kendiri dalam kalangan pelajar. Selain itu, LMS
juga membantu pensyarah dan pelajar menguruskan kursus dan mengelola pembelajaran
sepanjang semester. LMS menjadi satu platform untuk mengadakan perbincangan berkumpulan
antara pelajar dan pensyarah. Sistem ini berguna untuk mengurus, mengesan, melapor dan
menyampaikan pembelajaran untuk semua kursus dan program latihan yang ditawarkan. LMS juga
digunakan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan, membuat penilaian dan pentaksiran
pembelajaran serta mengenal pasti kemajuan pembelajaran dalam kalangan pelajar.

4
6. “Pengurusan maklumat dapat membantu meningkatkan penguasaan pembelajaran”.
Bincangkan.
[Soalan yang meminta membincangkan suatu pernyataan memerlukan kita menentukan sama
ada pernyataan itu benar atau tidak. ]

Pernyataan tersebut adalah benar, misalnya untuk pelajar di IPG.


Antara hujah yang boleh dikemukakan adalah seperti soalan 3. Contoh:
1)Memudahkan seseorang pelajar untuk mendapatkan ilmu secara sistematik dan bermakna.
2)Memupuk minat dan amalan suka belajar dan sentiasa meningkatkan pengetahuan dan daya
intelek sepanjang hayat.
3)Mengaplikasikan kemahiran belajar yang dikuasai dalam pelbagai situasi.

Pengurusan maklumat membantu individu merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan


dan kemahiran untuk meningkatkan kerjaya mereka. Alam kerjaya adalah berbeza daripada alam
universiti. Banyak kemahiran dan pengetahuan yang baharu perlu dipelajari oleh setiap manusia.
Justeru, kemahiran pengurusan maklumat amatlah penting untuk menguasai pelbagai kemahiran
terkini. Pada peringkat organisasi, pengurusan pengetahuan juga dapat membantu organisasi dalam
memperbaiki keberkesanan dan kecekapan, memperbaiki kedudukan pasaran, memperbaiki
komunikasi antara pekerja, meningkatkan sinergi antara pekerja dan membolehkan pembelajaran
menjadi lebih berkesan dan cekap.
Pada abad ke-21 ini, perkembangan teknologi dan pelbagai perkara yang berkait rapat dengan
kehidupan kita berlaku dengan amat pesat. Kita perlu sentiasa mengikuti perkembangan isu semasa
bagi menghasilkan keputusan yang betul mengenai isu-isu yang penting sama ada berkaitan
kerjaya, keluarga, masyarakat, atau Negara. Jadi, kemahiran pengurusan maklumat dan
pembelajran sepanjang hayat amat relevan dalam aspek ini.

7. Bagaimana anda mentaksir maklumat dalam bentuk grafik dan teks.

(i) Grafik sangat penting kerana paparan visual grafik mampu menyampaikan sesuatu
maklumat dengan lebih berkesan. Grafik seperti lukisan, gambarfoto atau carta misalnya
amat membantu di dalam menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan
efektif. Visualisasi merupakan antara proses yang amat penting dalam komunikasi
maklumat dan grafik boleh digunakan untuk tujuan ini bagi meningkatkan penekanan
terhadap sesuatu maklumat. Ia juga berperanan bagi menarik perhatian pengguna,
mengilustrasikan sesebuah konsep dan juga bertindak sebagai latar belakang bagi
sesuatu konsep. Penggunaan grafik di dalam kebanyakan halaman web mampu
menjadikan sesebuah halaman internet itu menjadi lebih ceria, menarik dan menyegarkan
mata memandang serta menghidupkan lagi suasana pencarian maklumat di sesebuah
laman web.

Contoh maklumat dalam grafik ialah graf carta palang, carta pai, piktograf dan lengkung
kekerapan. Contoh graf:

Misalnya, dalam graf ini, bilangan murid yang paling ramai ialah pada Ogos, ….
[lukis graf]

(ii) Teks memainkan peranan untuk membentuk sesuatu perkataan dan perenggan bagi
tujuan berkomunikasi, menyampaikan ide dan fakta dalam apa jua tujuan. Dalam
penghasilan produk multimedia, teks memainkan peranan amat penting untuk

5
menerangkan bagaimanakah aplikasi yang dihasilkan berfungsi, panduan kepada
pengguna untuk melayari aplikasi tersebut, dan menghantar maklumat pada aplikasi yang
telah direkabentuk. Teknologi teks pada asasnya banyak dgunakan dalam sistem
multimedia. Bagaimanakah teks tersebut dibangunkan dan dikemaskini, bagaimana ia
disimpan dan bagaimana ia digunakan untuk pembangunan. Pada tajuk ini akan
menerangkan ciri-ciri teks, dan bagaimana ia disimpan dalam produk multimedia.

- Menganalisis dan mentafsir bahan yang dibaca. Tema boleh diperoleh daripada teks melalui
analisis dokumen.
- Mentafsir: memberi penerangan tentang pola atau hubungan berdasarkan maklumat yang
dibaca dan dikumpul dengan menghuraikan makna maklumat secara tersurat dan tersirat.
- Terdapat empat langkah untuk mentafsir maklumat dalam teks: (i) mengasingkan data kepada
bahagian kecil dan mengenal pasti tema yang dibincangkan. (ii) Meneliti semua data untuk
mencari perkaitan antara tema. (iii) Bezakan fakta dengan andaian/hipotesis yang belum
disahkan. (iv) Bezakan atau menentukan hubungan antara idea utama dengan idea
sampingtan.

8 Bagamana teknik skimming membantu pembelajaran pelajar?

Apa itu teknik skimming – huraikan.


1)Mampu mencari suatu informasi khusus yang diperlukan dari sebuah teks bacaan atau buku
secara cepat dan efisien.
2)Mampu membaca banyak halaman buku dalam waktu yang singkat.
3) mendapatkan maklumat yang ringkas tetapi menyeluruh.
4) jimat masa – berfaedah kepada pelajar yang kesuntukan masa untuk mencari maklumat.
5) untuk melihat sama ada sesuatu bahan tersebut memenuhi keperluan peljaar atau berkaitan
dengan maklumat yang ingin dicari.

9. Apakah impak kemahiran pemprosesan maklumat dalam tugasan bertulis?


1)Memudahkan urusan pemprosesan maklumat.
2)Memudahkan para pelajar memahami sesuatu tajuk dengan berkesan.
3) membolehkan pelajar menghasilkan tugasan yangf berkualiti dengan adanya kemahiran
mengumpul, mengkategori, menganalis, mentafsir dna menilai maklumat.

10. Bagaimana teknik SQ3R membantu anda memahami maklumat yang dibaca?

Terangkan apa itu teknik SQ3R:


S=
Q=
3R =

1)Mendapat gambaran umum tentang sesuatu bahan bacaaan


2)Memperoleh pemahaman yang mendalam tentang sesuatu tajuk selepas melaksanakan teknik ini

11. Bagaimana strategi SMART membantu pelajar dalam pengajian mereka?

SMART membantu pelajar menetapkan dan mencapai matlamat.

6
S – specific (spesifik)
Matlamat yang terperinci adalah lebih bermakna daripada matlamat umum.

M – Measurable – boleh diukur


Matlamat yang boleh diukur bererti mampu mmebezakan ciri-ciri kerja yang diingini.

A – Attainable – Boleh dicapai


Mempunyai pengetahuan bagaimana kebanyakan orang yang dicari oleh majikan dan bandingkan
dengan kelayakan diri.

R – Realistic – realistik
Kaji matlamat itu supaya ia menpati ciri-ciri boleh dicapai dan munasabah.

T – Time-bound – Mempunyai had masa


Perlu ada ‘tarikh tutup’ kerana tanpanya seseorang individu itu akan berlengah dan tidak akan
berusaha.

Huraikan bagaimana setianya membantu dalam pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai