Anda di halaman 1dari 12

SEMBILAN STRATEGI P&P PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

ISI KANDUNGAN
STRATEGI

1. Belajar Cara Belajar

2. Kemahiran Berfikir

3. Pembelajaran Secara
Kontekstual

ISI KANDUNGAN
-

Pengertian

Kemahiran Belajar

Kemahiran Maklumat

Strategi Metakognitif

Pengurusan Masa

Gaya Pembelajaran

Persediaan Peperiksaan
Pengertian KB

Kemahiran Berfikir Kritis

Kemahiran Berfikir Kreatif

Alat Berfikir
Pengertian

Teori Pembelajaran Kontekstual

Faedah Pembelajaran Kontekstual

Bentuk Pembelajaran Kontekstual

Proses Pembelajarn Kontekstual

P&P
Pengertian

dalam

Prinsip-Prinsip KMD

4. Pengajaran Berasaskan Kajian

Objektif Pengajaran

Masa Depan

Komponen KMD

Matriks Pengajaran KMD

Perancangan Guru Untuk P & P KMD

5. Pembelajaran Secara

Strategi KMD Di Bilik Darjah


Pengertian

konstruktivisme

Implikasi Daripada Pengetahuan


Konstruktivisme

Ciri-Ciri Pembelajaran Secara


Konstruktivisme

Kelebihan Pembelajaran Secara


Konstruktivisme

Peranan Murid Dalam Kelas

STRATEGI

ISI KANDUNGAN
Konstruktivisme

6. Pembelajaran Masteri

7. Teknologi Maklumat
Dan Komunikasi

8. Teori Kecerdasan Pelbagai

9. Pembelajaran Akses Kendiri

Peranan Guru Dalam Kelas

Konstruktivisme
Pengertian

Prinsip Pembelajaran Masteri

Ciri-Ciri Pembelajaran Masteri

Langkah-Langkah Pembelajaran Masteri

Penentuan Hasil Pembelajaran Masteri

Proses P& P

Penilaian

Tindakan Susulan Dalam

Masteri
Pengenalan

Tutorial

Penerokaan

Aplikasi

Komunikasi
Definisi Asas Teori Kecerdasan Pelbagai

Lapan Kecerdasan Pelbagai

Konsep PAK

Program PAK di sekolah

Pembelajaran

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


PERTAMA : BELAJAR CARA BELAJAR

Kemahiran belajar merupakan kemahiran seumur hidup yang perlu dikembang kepada
semua murid supaya mereka peka dengan teknik-teknik pembelajaran yang berkesan. Dengan
kemahiran ini juga, murid dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam proses belajar
mereka seterusnya mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memperbaiki sesuatu
kelemahan. Justeru, pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah perlu mengambil kira
kebolehan dan minat murid yang pelbagai dan guru harus memberikan penekanan pada teknik
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan murid mereka.

Pengertian Belajar Cara Belajar


Belajar cara belajar merupakan proses memperoleh teknik pembelajaran yang
boleh diaplikasikan oleh murid sama ada bersama guru atau tidak atau semasa belajar di
kelas atau di luar waktu sekolah.
Teknik pembelajaran BCB meliputi cara kemahiran belajar yang efektif, mengumpul
maklumat daripada pelbagai sumber, strategi metakognitif, pengurusan masa, mengetahui
gaya pembelajaran sendiri dan persediaan peperiksaan.

Rasional Belajar Cara Belajar


Belajar cara belajar diperkenalkan kerana beberapa sebab :
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Masa di bilik darjah terhad


Pengetahuan dan maklumat yang diterima
Murid perlu bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka
Murid perlu belajar untuk memperoleh maklumat tambahan di luar waktu persekolahan
Murid perlu meningkatkan keupayaan mereka untuk mempelajari sesuatu
Kemahiran ini sejajar dengan matlamat pendidikan untuk menyemai kemahiran belajar
seumur hidup di kalangan murid

Objektif Belajar Cara Belajar

1. Menyediakan murid yang berupaya belajar sendiri tanpa guru


2. Membolehkan murid menggunakan pengetahuan sedia ada, rakan dan bahan lain
sebagai sumber pembelajaran
3. Membolehkan murid membuat refleksi dan menilai tahap pembelajaran sendiri
4. Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ke situasi lain, sama
ada dalam mata pelajaran lain dan pergaulan
Peranan Guru dan Murid dalam Belajar Cara Belajar
Peranan Guru

Peranan Murid

1. Menentukan objektif

1. Mengenalpasti kecenderungan gaya

pembelajaran
2. Menyesuaikan gaya pengajaran

pembelajaran
2. Menilai keupayaan diri untuk belajar dan

guru dengan gaya pembelajaran


murid
3. Menyediakan pelbagai teknik dan
aktiviti untuk menjalankan
pengajaran dan pembelajaran
4. Memilih bahan pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai
5. Berbincang dengan murid
6. Menilai secara formatif dan
sumatif dan merekod pencapaian
murid
7. Mengambil tindakan susulan
yang sewajarnya

mengambil tindakan seterusnya


3. Menetapkan matlamat dan diharapkan
dapat menjayakannya
4. Berbincang dengan guru sama ada
matlamat yang ditetapkan mampu dicapai
atau tidak
5. Merancang pembelajaran secara
terperinci
6. Melaksanakan perancangan
7. Melaporkan kemajuan pencapaian
8. Berbincang dengan rakan sebaya dan
guru tentang tugasan, kerja projek,
penguasaan kosa kata
9. Membuat refleksi dan menilai pencapaian
10. Memberikan ganjaran atas kejayaan diri

Kemahiran Belajar

Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap murid untuk menambah ilmu pengetahuan serta
meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan.

Kemahiran belajar melibatkan

beberapa kemahiran seperti :-

a. Mendengar dengan berkesan


Kemahiran mendengar ialah sebahagian daripada proses komunikasi antara manusia.
Mendengar ialah aktiviti aktif dari segi mental kerana kemahiran ini melibatkan
kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengar
b. Kemahiran membaca
Kemahiran membaca penting untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan dan fakta
mengenai sesuatu perkara. Membaca ialah proses kompleks yang melibatkan proses
komunikasi antara pembaca dengan menulis melalui tulisan yang dibaca. Terdapat 4
gaya bacaan iaitu :i.
ii.
iii.
iv.

Luncuran (Skimming)
Imbasan (Scanning)
Intensif
Laju

c. Kemahiran Mencatat nota


Mencatat nota ialah aktiviti merekod fakta, maklumat dan isi penting daripada bahan
yang dibaca, dilihat atau didengar. Mencatat nota berlaku dalam semua situasi belajar
seperti semasa kuliah, ceramah, penerangan, temuduga, membaca buku atau bahan
lain. Kemahiran ini sangat perlu untuk mencatat isi utama penting sebagai rujukan dan
boleh dikembangkan kepada fakta asas.

d. Kemahiran Menulis
i. Laporan
ii. Cepat
- Kemahiran menulis cepat ditafsirkan sebagai kemahiran menulis
dengan kepantasan yang tinggi dan tulisannya boleh dibaca oleh
orang lain. Menulis cepat memerlukan unsur kelajuan menulis,
tulisan yang boleh dibaca dan kandungannya difahami
e. Kemahiran Mengingat
Mengingat ialah proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan
penggunaan deria dengar dan deria lihat yang baik. Mengingat juga satu kemahiran
untuk mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan kejadian yang telah
berlaku selepas beberapa lama.

Kemahiran Maklumat
Keupayaan mengumpul maklumat secara berkesan iaitu suatu aspek kemahiran belajar
cara belajar yang penting. Ia boleh didefinisikan sebagai keupayaan seseorang mengenal pasti
keperluan maklumat, mencari dan mengumpulkan, mengurus dan mengolah maklumat dan
membekalkan maklumat bagi memenuhi keperluan tertentu. Kemahiran-kemahiran mengumpul
maklumat ini ialah :1. Mengenal pasti sumber pembelajaran
2. Jenis sumber dan bahan
3. Mengenal pasti masalah dan maklumat yang diperlukan
4. Menilai dan mengumpulkan maklumat
5. Kemahiran menemu ramah
6. Kemahiran membuat rujukan
7. Mengenal maklumat bahagian dalam buku
8. Kemahiran merujuk Ensiklopedia
9. Kemahiran merujuk kamus
10. Kemahiran mencari maklumat melalui internet

Strategi Metakognitif
Metakognitif ialah kesedaran tentang apa yang diketahui daripada yang tidak diketahui.
Strategi Metakognitif merujuk kepada cara untu meningkatkan kesedaran mengenai proses
berfikir dan pembelajaran yang berlaku.

Apabila kesedaran ini wujud, seseorang dapat

mengawal fikirannya dengan merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajari. Murid
boleh menggunakan strategi metakognitif dan mengawal pembelajarannya melalui proses yang
berikut :1. Merancang apa yang hendak dipelajari
2. Memantau kemajuan pembelajaran diri
3. Menilai apa yang dipelajari

Metakognitif tidak perlu diajar sebagai satu mata pelajaran atau strategi secara
berasingan. Ia sepatutnya diajar secara infusi iaitu dengan menyerapkan metakognitif dalam
kaedah-kaedah mengajar, perkembangan staf dan proses penyeliaan. Dengan penerapan ini,
amalan menerapkan Metakogntif dalam setiap tahap pembelajaran secara spontan dan tanpa
disedari dapat dipupuk. Murid diajarkan menggunakan strategi Metakognitif untuk membantu
menyelesaikan masalah secara bersendirian atau berbincang dengan rakan.

Strategi Untuk Meningkatkan Metakognitif


1. Perancangan sebelum, semasa dan selepas aktiviti pembelajaran
2. Menyoal pada semua peringkat
3. Memilih secara sedar
4. Menilai berdasarkan pelbagai kriteria
5. Mengambil kredit
6. Mengelak daripada menyatakan Saya tidak boleh
7. Menggalakkan idea daripada murid
8. Memberikan label bagi sesuatu tindakan
9. Menjelaskan maksud perkataan tertentu kepada murid
10. Main peranan dan simulasi
11. Menyimpan jurnal
12. Memberikan teladan
Pengurusan Masa
Pelajar yang berjaya biasanya mempunyai jadual waktu dan perancangan yang
tersusun dan sistematik. Jadual waktu ialah pembahagian masa hari ke hari yang terperinci
merangkumi sesi pembelajaran dan aktiviti-aktiviti lain dalam sehari. Perancangan pula ialah
pandangan menyeluruh tentang sesi pembelajaran dan aktiviti-aktiviti lain.
Selain belajar, masa juga harus diperuntukkan untuk berehat, membuat kerja rumah,
bersukan, membantu ibu bapa, melakukan aktiviti-aktiviti yang diminati atau menghadiri kelas
tambahan.
Kelebihan mempunyai jadual waktu ialah dapat mengurangkan pembaziran waktu,
lebih fokus kepada pelajaran, pengurusan masa lebih teratur, mengambil kira semua mata
pelajaran, memberi keutamaan kepada mata pelajaran yang sukar dan melatih diri supaya tidak
menangguhkan kerja.

Gaya Pembelajaran
Murid harus mengenal pasti gaya pembelajaran yang disukai agar dapat memberikan
fokus yang lebih terhadap apa yang dipelajari.
Gaya pembelajaran ialah cara mempelajari sesuatu mengikut kecenderungan individu.
Pada asasnya terdapat dua model gaya pembelajaran yang dibincangkan di sini :-

1. Gaya VAK (Visual, Auditori, Kinestetik)


a. Gaya pembelajaran Visual
- Belajar dan lebih mengingati dan memahami arahan dan
penerangan menerusi teks berbentuk perkataan dalam buku,
papan hitam atau paparan komputer
b. Gaya pembelajaran Auditori
- Belajar dengan mendengar perkataan yang disebut melalui
bacaan kuat atau menggerakkan bibir ketika membaca,

dapat

mengukuhkan ingatan dengan mendengar semula rakaman pita


audia, mengajar murid lain atau berbincang dengan guru.
c. Gaya pembelajaran Kinestetik
- Murid belajar dengan baik melalui pengalaman dan mengambil
bahagian secara fizikal dan hands-on dalam aktiviti bilik darjah.

2. Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn - Mengandungi beberapa aspek penting :STIMULUS

UNSUR
Bunyi
Cahaya

Alam Sekitar

Suhu

Pola

Motivasi
Ketabahan
Emosi

Tanggungjawab

Struktur
Sosiologi

Sendiri
Pasangan
Rakan sebaya

CIRI
Suka belajar tanpa bising atau dengan bunyi latar
belakang seperti muzik
Suka belajar di tempat yang cerah atau di tempat yang
kurang cahaya
Suka belajar di tempat yang nyaman atau di tempat yang
panas
Suka belajar di tempat formal yang ada kerusi dan meja
atau di tempat tidak formal seperti berbaring atau duduk
di lantai
Boleh merangsang

diri

untuk

belajar

atau

perlu

dirangsang oleh guru


Boleh belajar dalam masa yang panjang atau boleh
belajar dalam masa yang pendek
Bertanggungjawab untuk belajar atau perlu bimbingan
guru
Suka belajar mengikut jadual waktu atau suka belajar
sekiranya diberikan lebih masa untuk sesuatu mata
pelajaran atau perkara
Suka belajar sendiri
Suka belajar secara berpasangan
Suka belajar dengan rakan sebaya

Pasukan
Guru
Pelbagai cara
Persepsi
Fizikal

Makan
Waktu
Gerakan
Global atau
analitik

Suka belajar dalam kumpulan


Suka belajar dengan guru di sebelahnya
Suka belajar dengan kombinasi beberapa cara di atas
Suka belajar dengan benda atau pengalaman maujud
atau perkara abstrak
Suka atau tidak suka makan dan minum semasa belajar
Suka belajar pada waktu yang sesuai atau pada bila-bila
masa sahaja
Suka atau tidak suka bergerak semasa belajar
Murid global suka belajar secara menyeluruh, murid
analitik suka belajar mengikut urutan dan membuat
analisis
Murid ini lebih cenderung memproses maklumat di otak
kiri, suka belajar sesuatu bahagian demi bahagian,

Psikologi

Otak kiri atau


kanan

meminati bahasa dan membuat pengiraan dan analisis,


murid yang lebih cenderung memproses maklumat di
otak sebelah kanan suka belajar secara keselluruhan,
membuat

Impulsif atau
Reflektif

sintesis,

melukis,

membuat

geraan

dan

mencipta sesuatu
Murid yang impulsif bertindak secara spontan manakala
murid yang reflektif berfikir sebelum bertindak

Penerangan Tentang Gaya Pembelajaran Utama


Gaya Pembelajaran Utama

Penerangan
Pelajar belajar dengan lebih baik dengan
melihat perkataan dalam buku dan papan tulis,
tidak memerlukan penerangan lisan yang

1. Visual

2. Auditori

banyak, dapat belajar bersendirian dengan


membaca

buku

dan

penerangan

atau

disampaikan

sekiranya

perlu

arahan

sesuatu maklumat
Pelajar belajar daripada

ingin

mencatat

lisan

yang

mengingati

perkataan

yang

diujarkan, dapat mengingat maklumat dengan


membaca kuat atau dengan menggerak-

gerakkan

bibir

ketika

membaca,

serta

mendapat manfaat daripada mendengar pita


audio, syarahan dan perbincangan kelas
Pelajar belajar dengan lebih baik melalui

3. Kinestetik

pengalaman, dan terlibat secara aktif dalam


aktiviti, lawatan dan main peranan. Kombinasi
rangsangan seperti aktiviti dan pita audio
memudahkan pelajar memahami perkara baru
Pelajar belajar dengan lebih berkesan apabila
berpeluang membuat aktiviti hands-on dengan

4. Kecekatan Tangan

bahan

seperti

melakukan

eksperimen

di

makmal, membina model dan menyentuh dan


menggunakan bahan.

Pergerakan fizikal

dalam kelas membantu pelajar memahami


maklumat baru
Pelajar belajar dengan lebih mudah sekiranya
berteman, dapat menyiapkan sesuatu tugasan

5. Berkumpulan

dengan bekerjasama dengan orang lain,


mengingati maklumat apabila bekerja dengan
rakan pelajar yang lain dan stimulasi daripada
rakan membantu anda memahami perkara
baru
Pelajar belajar, berfikir serta memahami dan

6. Bersendirian

mengingat maklumat baru dengan lebih baik


apabila bekerja atau melakukan sesuatu
bersendirian.

Persediaan Menghadapi Peperiksaan

10

1. Sebelum peperiksaan
GURU BOLEH

Memotivasikan

tekun belajar
Membantu
murid

MURID PERLU

murid

agar

Sentiasa bersedia dan membuat ulang kaji

untuk

untuk mengekalkan ingatan jangka panjang


Tidur secukupnya pada malam sebelum hari

peperiksaan
Hadapi peperiksaan dengan perasaan yakin

diri
Elakkan menduduki peperiksaan dengan

memberikan tumpuan pada

pelajaran
Menggalakkan
sentiasa

murid

berminat

agar

dengan

kerja sekolah
Mengajar murid teknik belajar

yang betul
Mengajar
mengulang

perut yang kosong. Makan makanan yang

berzat dan seimbang


Datang awal dengan

peralatan

yang

peralatan

yang

murid

cara

secukupnya.

kaji

dan

diperlukan seperti pen, pensel, pemadam,

mengambil nota yang betul

Bawalah

jam tangan, pembaris dan lain-lain.


Berdoa dan tenangkan diri sebentar sebelum
memulakan

peperiksaan.

Ingatkan

diri

bahawa anda telah bersiap sedia untuk

menghadapi peperiksaan dengan baik.


Jangan sesekali cuba membuat ulang kaji
pada saat-saat akhir

2. Semasa peperiksaan

Jangan panik dan gementar


Ubah sedikit posisi duduk supaya anda berasa selesa
Membaca arahan dan soalan terlebih dahulu
o Luangkan sedikit masa untuk membaca soalan-soalan secara mendalam
o Putuskan tempoh masa diperlukan untuk menjawab setiap soalan
o Jawab soalan yang mudah dahulu
o Ketika membaca soalan, tandakan kata-kata kunci
o Catatkan idea-idea yang timbul yang boleh digunakan sebagai jawapan

Strategi menjawab soalan


o Jawab soalan mudah yang anda ketahui jawapannya dan diikuti dengan soalan
yang susah

11

Jika ada pilihan, hindari soalan susah yang anda tidak pasti jawapannya serti
diperuntukkan jumlah markah yang sedikit.

Ketika menjawab soalan aneka pilihan :


o Abaikan jawapan yang anda tahu salah
o Buat pilihan kepada baki jawapan sedia ada

Ketika menjawab soalan berbentuk karangan, fikirkan dahulu jawapannya sebelum anda
menulis
o Buat kerangka jawapan, catatkan idea
o Gunakan perenggan pertama sebagai gambaran keseluruhan
o Gunakan perenggan berikutnya untuk membincangkan isi-isi penting secara
o
o

mendalam
Perlihatkan pertautan antara perenggan
Berikan contoh tertentu

Sisihkan 10 peratus masa yang diperuntukkan untuk memeriksa jawapan anda


o Periksan semula jawapan anda
o Hindari perasaan ingin segera meninggalkan dewan atau kelas setelah anda
menjawab semua soalan peperiksaan atau ujian
3. Selepas peperiksaan
o Kenal pasti kelemahan dan baiki cara pembelajaran.

Ini dapat menajamkan

minda anda dan mendapat ilmu pengetahuan yang baru

12

Anda mungkin juga menyukai