Anda di halaman 1dari 13

BELAJARCARABELAJAR(BCB)

BELAJAR CARA BELAJAR (BCB)


Kemahiran belajar merupakan kemahiran seumur hidup.
Kemahiran ini perlu dikembangkan kepada semua murid supaya
mereka peka dengan teknik-teknik pembelajaran yang berkesan.
Dengan kemahiran ini juga, murid dapat mengenalpasti kekuatan
dan kelemahan dalam proses belajar mereka dan seterusnya
mereka boleh mengambil langkah-langkah yang sewajarnya
untuk memperbaiki sesuatu kelemahan. Justeru, pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah perlu mengambil kira kebolehan
dan minat murid yang pelbagai dan guru harus memberikan
penekanan pada teknik pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai dengan murid mereka.
Belajar cara belajar di sini akan cuba memberikan berberaapa
cadangan dan idea untuk menjalankan teknik-teknik pengajaran
dan pembelajaran di bilik darjah yang menyerapkan belajar cara
belajar. Untuk mencapai matlamat ini, beberap objektif seperti:
Menjelaskan konsep belajar cara belajar kepada guru.
Memahami faktor yang mempengaruhi pembelajaran murid
Membimbing guru mengenal pasti startegi pembelajaran yang
sesuai untuk murid.
Membantu guru mengaplikasikan kemahiran belajar cara
belajar dalam pengajaran dan pembelajaran.

Menyediakan contoh rancangan pengajaran-pembelajaran


untuk guru.

RASIONAL BELAJAR CARA BELAJAR


Belajar cara belajar yang diperkenalkan dalam pendidikan adalah
berdasarkan kepada beberapa sebab:
Proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru di dalam kelas
adalah terhad.
Pengetahuan dan maklumat yang diterima oleh murid di dalam
kelas juga terhad.
Sika tanggungjawab murid perlu ada terhadap pembelajaran
mereka.
Murid perlu belajar untuk memperolihi maklumat tambahan di
luar waktu persekolahan.
Murid perlu meningkatkan keupayaan mereka untuk
mempelajari sesuatu.
Kemahiran belajar cara belajar sejajar dalam matlamat
pendidikan untuk menyemai kemahiran belajar seumur hidup di
kalangan murid..
OBJEKTIF BELAJAR CARA BELAJAR
Objektif Belajar Cara Belajar adalah seperti berikut:
Menyediakan murid yang berupaaya belajar sendiri tanpa guru.

Membolehkan murid menggunakan pengetahuan sedia ada,


rakan dan bahan lain sebagai sumber pembelajaran.
Membolehkan murid membuat refleksi dan menilai tahap
pembelajaran sendiri.
Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran ke situasi lain, sama ada dalam mata pelajaran lain
dan pergaulan.

APAKAH BELAJAR CARA BELAJAR?


Pengertian Belajar Cara Belajar
Belajar cara belajar ialah proses untuk memperolehi teknik belajar
sama ada bersama guru ( formal ) atau tanpa guru ( non-formal ).
KEMAHIRAN BELAJAR
Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap murid untuk
menambah ilmu pengetahuan serta meraih kecemerlangan dalam
peperiksaan dan kehidupan. Kemahiran belajar melibatkan
beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap murid.
Kemahiran itu termasukla:
Kemahiran mendengar dengan berkesan.
Kemahiran membaca.
Kemahiran mencatat nota.
Kemahiran menulis.

Kemahiran mengingat.
a. Kemahiran Mendengar dengan Berkesan.
Kemahiran mendengar ialah sebahagian daripada proses
komunikasi antara manusia. Mendengar ialah aktiviti aktif dari
segi mental kerana kemahiran ini melibatkan kefahaman dan
pemprosesan maklumat yang didengar. Kemahiran mendengar
melibatkan beberapa proses.
1. Apa yang didengar.
1.1 Terdapat pelbagai bahan yang kita dengar seperti teks puisi,
muzik, ucapan, arahan, lakonan, lagu, berita, pengumuman,
syarahan dan pelbagai lagi.
2. Mengapa perlu mendengar.
2.1 Mendengar untuk mendapatkan maklumat, fakta,data dan
pengetahuan dari apa yang didengar.
2.2 Perlunya mendengar juga adalah untuk menghayati
keindahan bahasa dan muzik.
2.3 Untuk mengetahui perkembangan semasa.
2.4 Untuk mendengar penjelasan guru tentang sesuatu.
3. Siapa yang didengar.
3.1Sesiapa sahaja yang dapat memberikan maklumat,
memberikan penjelasan, membuat pertanyaan dan mereka yang
memberikan pendapat.
4. Bagaimana mendengar dengan berkesan.

4.1 Seseorang yang mendengar dengan teliti dan penuh


perhatian terhadap apa yang disampaikan.
4.2 pendengaran dengan berkesan adalah dalam suasana yang
tenang dan selesa.
5. Bagaimana meningkatkan kemahiran mendengar.
5.1 kemahiran mendengar dapat ditingkatkan dengan cara
memotivasikan diri untuk memberikan sepenuhnya tumpuan dan
perhatian kepada pembelajaran hari itu.
5.2 mendengar dan memandang kearah guru atau penyampai.
5.3 Menumpukan perhatian kepada apa yang diperkatakan,
ditunjukkan dan ditulis.
b. Kemahiran Membaca.
Kemahiran membaca ialah penting untuk mendapatkan
maklumat, pengetahuan, dan fakta mengenai sesuatu perkara.
Membaca ialah proses kompleks yang melibatkan proses
komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan yang
dibaca. Biasanya terdapat empat gaya bacaan, iaitu:
1. Skimming / Luncuran.
Skiming ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat
ringkas dan pantas mengenai sesuatu bahan atau maklumat. Ia
bertujuan untuk mendapatkan maklumat ringkas tetapi
menyeluruh mengenai sesuatu bahan atau dokumen. Dalam
proses bacaan ini juga ialah bertujuan untuk membuat

pandangan umum mengenai dokumen dengan segera.


Bacaan skimming boleh dilakukan dengan cara membaca tajuk,
pendahuluan dan rumusan sesuatu bahan atau dokumen, begitu
juga dengan membaca menggunakan pergerakan mata yang
cepat dan memberikan tumpuan sepenuhnya pada bahan yang
dibaca.
2. Scanning / Imbasan.
Imbasan ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan
maklumat yang lebih mendalam daripada skimming. Antara
tujuannya ialah untuk mendapatkan maklumat tertentu sebagai
jawaban kepada sesuatu persoalan.
Membaca secara imbasan adala membaca pendahuluan dan
rumusan teks secara mendalam, membaca kandungan bab
dengan pantas sambil mencatatkan kata kunci dan konsep yang
dinyatakan.
3. Bacaan intensif
Bacaan intensif ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan
maklumat terperinci. Bacaan intensif memerlukan penumpuaan
yang teliti terhadap bahan atau dokumen yang dibaca. Ketekunan
dalam pembacaan juga mesti tinggi dan selalunya bacaan secara
intensif ini mengambil masa yang lebih panjang untuk
mendapatkan makna apa yang dibaca.
Tujuan bacaan secara intensif adalau sematapmata untuk

mendapatkan semua maklumat dengan mendalam dan catatan


perlu dibuat untuk mengumpulkan maklumat tersebut.
4. Bacaan Laju.
Bacaan laju ialah teknik bacaan yang memerlukan kebolehan
seseorang membaca dengan laju dan mampu memahami dengan
serentak apa yang dibaca. Membaca laju menumpukan perhatian
pada pemikiran atau idea utama. Ini boleh dibuat dengan
membaca cepat seluruh buku, membaca cepat senarai bab,
membaca cepat semua bahagian dan membaca cepat semua
perenggan.
Tujuan bacaan laju adalah untuk menggunakan masa terhad
dengan lebih produktif, dapat menjimatkan masa, dan untuk
memperolihi maklumat tambahan pada kadar yang cepat.
c. Kemahiran Mencatat Nota.
Mencatat nota ialah aktiviti merekod fakta, maklumat dan isi
penting daripada bahan yang dibaca, dilihat atau didengar.
Mencatat nota berlaku dalam semua situasi belajar seperti kuliah,
ceramah, penerangan, temuduga, membaca buku atau bahan
lain.
Perlunya mencatat nota adalah untuk mendapatkan isi-isi penting
sebagai bahan rujukan. Daripada isi-isi penting ini dapatlah ia
dikembangkan kepada fakta asas. Catatan nota yang telah
dikumpul akan dapat membantu sebagai bahan rujukan

tambahan pada masa hadapan.


d. Kemahiran Menulis
Menulis Laporan
Pada umumnya untuk menyediakan laporan adalahseperti yang
berikut:
Memilih topic sekiranya tidak diberikan.
Mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber.
Meneliti dan memilih maklumat yang relevan dengan topic.
Membuat nota .
Menyerdiakan kerangka laporan.
Menulis draf pertama dan mengenal pasti sumber yang dipetik.
Melengkapkan laporan dengan jadual, graf, dan bahan grafik
yang lain yang sesuai.
Menyemak draf.
Membuat pemurnian dan menulis draf kedua.
Menerbitkan laporan.
Kemahiran Menulis Cepat
Menulis cepat ditafsirkan sebagai kemahiran menulis dengan
kepantasan yang tinggi dan tulisannya boleh dibaca oleh orang
lain. Oleh itu , memerlukan kreteria seperti berikut:
Kelajuan menulis.
Tulisan yang boleh dibaca.
Kandungannya difahami.

Seseorang yang boleh menulis dengan cepat dapat menulis lebih


banyak maklumat. Dalam peperiksaan dengan jangka masa yang
terhad tetapi memerlukan banyak isi jawapan yang boleh ditulis.
Kebolehan menulis cepat juga dapat menjimatkan masa.
Syarat pra-menulis cepat bagi ia akan dapat membantu untuk
menyampaikan banyak maklumat atau fakta dalam ingatan
semasa menjawab soalan peperiksaan. Murid juga boleh
mengingat kembali fakta atau maklumat dengan cepat.
Penyediaan alat tulis yang baik juga penting dalam penulisan
cepat seperti pensel yang tajam atau pen yang sempurna.
e. Kemahiran Mengingat
mengigat ialah proses pembelajaran yang berkaitan dengan
kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria lihat yang
baik. Mengingat juga ialah satu kemahiran untuk mengingat
kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan kejadian yang
telah berlaku selepas beberapa lama.
Jenis ingatan adalah ingatan jangka pendek dimana maklumat
yang diterima akan hanya diingat dan tersimpan dalam jangka
masa yang singkat sahaja manakala ingatan jangka panjang
adalah maklumat yang disimpan dan kekal dalam ingatan.
Proses ingatan dapat dibahagikan kepada tiga langkah iaitu:
Mendaftar maklumat hingga boleh dikekalkan dalam ingatan.
Menyimpan maklumat

Mengingat kembali maklumat.


KEMAHIRAN MAKLUMAT
Keupayaan mengumpul maklumat secara berkesan ialah satu
aspek kemahiran belajar cara belajar yang pentinh. Mengenal
pasti sumber pembelajaran , cara mendapatkan maklumat dari
temu ramah, membuat rujukan , mengenal maklumat dalam buku,
dan cara merujuk kamus, direktori dan ensiklopedia ialah
sebahagian daripada kemahiran maklumat yang perlu dikuasi
oleh murid.
Maklumat ialah pengetahuan, data, butiran, fakta, keterangan,
maklumat atau cerita tentang sesuatu perkara atau seseorang.
Manakala kemahiran maklumat ialah keupayaan seseorang
mengenalpasti keperluan maklumat mencari dan mengumpulkan,
mengurus dan mengolah maklumat dan membekalkan maklumat
bagi memenuhi keperluan tertentu.
STRATEGI METAKOGNISISI
Metakognitif ialah kesedaran tentang apa yang diketahui dan apa
yang tidak diketahui. Strategi Metakognitif merujuk kepada cara
untuk meningkatkan kesedaran mengenai proses berfikir dan
pembelajaran yang berlaku. Apabila kesedaran ini wujud,
seseorang dapat mengawal fikirannya dengan merancang,
memantau dan menilai apa yang dipelajari.
Murid boleh menggunakan strategi metakognitif dan mengawal

pembelajarannya melalui proses seperti berikut:


Merancang apa yang dipelajari.
Memantau kemajuan pembelajaran diri.
Menilai apa yang dipelajari.
Proses Metakognitif
a. Proses Merancang
Proses ini memerlukan murid meramalkan apakah yang akan
dipelajari, bagaimana perkara itu dikuasai dan kesan daripada
perkara yang dipelajari. Murid perlu menyediakan diri secara
fizikal, mental dan psikologi. Murid juga perlu membuat
perancangan dari semasa ke semasa cara terbaik untuk
mendapatkan sesuatu perkara.
b. Proses Memantauan
Dalam proses pembelajaran murid perlu bertanya kepada diri
sendiri dari semasa ke semasa perkara perkara seperti:
- Apakah soalan yang perlu saya kemukakan?
- Adakah ini membawa makna kepada saya?
- Bagaimanakah perkara ini boleh dijelaskan?
- Mengapakah saya tidak memahami cerita ini?
c. Proses Menilai
Melalui proses ini, murid membuat refleksi untuk mengetahui:
- Bagaimana sesuatu kemahiran, nilai dan pengetahuan dikuasai
oleh saya?

- Mengapakah saya mudah / sukar menguasainya?


- Apakah tindakan / pengubahsuaian yang harus saya ambil?
Dengan pengetahuan seperti ini, murid dapat memeikirkan
strategi yang lebih sesuai untuk menguasai pelajaran baru.
RUMUSAN
Belajar cara belajar yang telah diperkenalkan ini adalah kerana
disebabkan oleh keadaan yang memaksa .Sepertimana yang
diketahui umum masa dalam bilik darjah adalah amat terhad bagi
setiap murid untuk mendapatkan pengetahuan. Maklumat yang
diterima dalam masa yang terhad juga adalah sangat kurang.
Belajar cara belajar juga mendidik murid untuk merasa lebih
bertanggungjawab dalam pelajaran mereka. Mereka akan belajar
untuk mendapatkan maklumat di luar waktu persekolahan. Selain
daripada itu, belajar cara belajar juga dapat menggalakkan murid
supaya meningkatkan keupayaan mereka dalam mempelajari
sesuatu. Kemahiran belajar cara belajar sejajr dengan matlamat
pendidikan untuk menyemai kemahiran belajar seumur hidup di
kalangan murid.
Belajar cara belajar telah mengariskan tiga komponen utama
dalam perlaksanaan kemahiran belajar iaitu:
Kemahiran belajar
Kemahiran maklumat
Strategi metakognitif

Ia merangkumi dari segi cara belajar murid, mencatat maklumat


dan strategi metakognitif yang mana murid dapat meningkatkan
kesedaran mengenai proses berfikir dan pembelajaran yang
berlaku.

Anda mungkin juga menyukai