NAMA : SURIYA BINTI BUDI (PPG SCE2 - FEB 2012 KOHORT 2)
NO. K.P : 761031-01-5894
REFLEKSI PJM3063E : ANATOMI DAN FISIOLOGI
Subjek Anatomi dan Fisiologi ini meliputi konsep asas pengenalan kepada anatomi dan fisiologi, peringkat kimia, selular dan tisu organisma, sistem integumentari, sistem rangka, sistem otot, sistem saraf, sistem endokrina, darah, jantung, saluran, peredaran darah, sistem limfatik, sistem respirasi, sistem penghadaman, pemakanan, metabolism serta sistem urinari. Pertama sekali, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya, saya dapat menyelesaikan tugasan bagi semester enam ini. Bagi saya tugasan semester enam untuk subjek PJM3063E ini agak mencabar berbanding subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan semester-semester yang lepas. Apatah lagi, macam-macam perkara dalam kehidupan yang berlaku kepada saya semester ini. Bagaikan hampir kecundang, namun saya kuatkan semangat agar berjaya mengharungi segala dugaan. Semua itu saya anggap sebagai dugaan hidup dan saya amat percaya apa yang berlaku semua ada hikmahnya. Alhamdulillah, saya berjaya juga menyiapkan tugasan yang diamanahkan dengan dorongan dan semangat keluarga terutamanya suami yang tercinta dengan kekuatan dan semangat yang ada demi mendapatkan ilmu sesuai dengan peringkat Ijazah Sarjana Muda. Ketika semester 5 lagi, kami telah diberitahu oleh Pensyarah Tn Hj. Norhizan bin Zainol bahawa kami akan mempelajari subjek yang sukar pada semester enam, subjek bawah sikit daripada doktor. Betapa hebatnya saya rasa apabila akan mempelajari subjek Anatomi dan Fisiologi ini. Ternanti-nanti tibanya semester enam. Rasa teruja !! Saya mula mencari modul berkaitan subjek ini selepas tamat peperiksaan semester lima lagi. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana masih lagi di bawah bimbingan Tn. Hj. Norizan untuk semester enam ini. Harapan saya agar masih lagi di beri peluang di bawah bimbingan beliau untuk dua semester tahun akhir nanti. Insya AllahSetelah tugasan diberi dan diterangkan, perkara pertama yang saya lakukan ialah mewarna amali. Tidak sabar untuk mewarna. Saya sanggup pergi ke kedai buku semata-mata untuk mencari set pensil warna 48 batang seperti yang dipesan oleh pensyarah. Apa tidaknya, saya diberi tugasan mewarna dalam keadaan umur sebegini walaupun biasanya tugasan ini dilakukan oleh kanak-kanak !!! Saya mewarna dan terus mewarna. Tertangguh seketika kerana rasa terlalu banyak tugasan yang hendak dilaksanakan akibat kekangan masa dan tugasan sebagai seorang guru. Tiba interaksi seterusnya, saya hairan apabila melihat tugasan warna rakan-rakan lebih cantik. Rupa- rupanya mereka menggunakan set pensil warna jenama lain. Dengan rasa tidak sabar, saya terus membeli set pensil warna jenama yang disebutkan. Memang benar, warnanya lebih terang dan cantik. Bagi saya, tidak mengapa saya berkorban sedikit wang ringgit, asalkan hasil kerja saya memuaskan hati. Adat belajar, memang pengorbanan masa dan wang ringgit itu perkara biasa. Saya redha.. Barulah saya faham bahawa jenis dan kualiti pensil warna juga mempengaruhi hasil tugasan mewarna amali ini. Setelah saya menyiapkan tugasan tersebut, barulah saya faham bahawa objektif tugasan ini supaya saya lebih faham struktur bahagian dan organ, bentuk, bilangan tulang pada manusia, bentuk otot dan sistem-sistem dalam badan manusia. Begitu juga dengan tugasan peta minda. Agak sukar menyiapkannya memandangkan power point yang diberi dalam Bahasa Inggeris. Namun, perjuangan masih belum selesaisaya kuatkan semangat.. Puas saya melayari internet untuk mendapatkan kajian ilmiah yang ditugaskan. Akhirnya beberapa kajian ilmiah telah saya perolehi. Betapa hebatnya kajian ilmiah yang telah mereka jalankan. Semoga saya juga akan membuat kajian suatu hari nanti dan dapat dikongsikan kepada masyarakat demi kebaikan manusia sejagat. Antara tugasan lain, saya perlu mendapatkan maklumat tentang penjagaan kesihatan daripada sumber surat khabar, internet dan brosur-brosur. Alhamdulillah, saya bernasib baik kerana adik saya yang bertugas sebagai Jururawat Masyarakat di Hospital Sultanah Aminah telah bekerjasama mengambil brosur tentang kesihatan di hospital untuk saya. Saya juga mendapatkan artikel tentang kesihatan daripada Pusat Sumber SK Kledang, tempat saya bertugas. Saya juga bersyukur kerana urusan saya dipermudahkan. Guru Pusat Sumber Sek Keb LKTP Kledang telah memberi kerjasama dengan membenarkan saya mengambil artikel tersebut. Jimat sedikit kos yang saya perlu keluarkan untuk membeli surat khabar semata-mata untuk mendapatkan artikel tersebut.. Bagi tugasan kumpulan, kami telah membahagi-bahagikan tugas bagi setiap ahli kumpulan. Tindakan ini merupakan tindakan yang terbaik memandangkan kekangan masa dan lokasi kami yang berjauhan. Pembahagian tugasan membuatkan tugasan menjadi lebih ringan. Kumpulan kami ditugaskan untuk membuat esei, power point dan bahan bantu mengajar tentang Sistem Jantung. Banyak pengalaman dan pengetahuan baru saya saya perolehi hasil daripada kerja kursus ini. Pengetahuan ini sangat bermakna dan penting dalam hidup saya. Dengan pelaksanaan kerja kursus projek ini, saya dapat mengenali dan memahami dengan lebih jelas mengenai sistem dan fungsi tubuh badan saya yang tidak saya ketahui sebelum ini. Subjek Anatomi dan Fisiologi ini menyedarkan saya supaya lebih mengambil berat tentang penjagaan kesihatan dan tubuh badan saya. Insya Allah, segala ilmu dan pengetahuan yang saya perolehi ini akan saya curahkan kepada anak didik saya demi keredhaan-Nya.. Amin Akhirnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing Tn. Hj. Norhizan bin Zainol kerana banyak mencurahkan ilmu dan pengetahuan dalam subjek ini, subjek yang agak berlainan memandangkan kami banyak belajar dalam bidang sains. Tanpa bimbingan dan kerjasama beliau, sudah pasti kami tidak dapat menjayakan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan, terutamanya ahli kumpulan yang banyak memberi kerjasama sepanjang tugasan ini diselesaikan. Semoga kerjasama dan pertolongan yang dihulurkan sepanjang kajian ini menjadikan kita sebagai satu kumpulan yang hebat. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian. Terima kasih atas segalanya...