Anda di halaman 1dari 9

Bab 1 Pengenalan Kemahiran Belajar

Pengenalan
Kemahiran belajar merujuk belajar cara untuk menjadi pelajar yang lebih berkesan.
Kemahiran ini  membolehkan pelajar untuk belajar dengan lebih cekap. Dalam
kemahiran ini, pelajar mestilah belajar mentafsir, mengatasi dan mengingat semula
maklumat.

1.0 Konsep Kemahiran Belajar


Kemahiran belajar amamt penting demi memastikan perkara yang diajar dapat
diterima dan difahami oleh pelajar. Kepentingan kemahiran belajar adalah seperti
yang berikut:
a) Memudahkan seseorang pelajar untuk mendapatkan ilmu secara sistematik dan
bermakna.
b) Memupuk minat dan amalan suka belajar dan sentiasa meningkatkan
pengetahuan dan daya intelek sepanjang hayat.
c) Mengaplikasikan kemahiran belajar yang dikuasai dalam pelbagai situasi. 
d) Memupuk disiplin kendiri pelajar.
e) Melatih pelajar membaca dengan cepat dan tepat. 
f) Melatih pelajar mengumpul maklumat dengan cekap.
g) Melatih pelajar memproses maklumat dengan berkesan.
h) Meningkatkan daya ingatan pelajar.
i) Mencungkil serta mengasah bakat serta potensi pelajar.
j) Membantu pelajar memperoleh kemahiran membuat rujukan daripada pelbagai
sumber    media.
k) Melatih individu menghadapi cabaran pembelajaran dan seterusnya bermotivasi
menghayati pembelajaran sepanjang hayat.
i) Melatih dan membantu pelajar supaya dapat menguruskan masa dengan
sebaiknya.

1.2 Komponen Kemahiran Belajar


8 Komponen Kemahiran Belajar
1. Pengurusan pembelajaran
2. Pengurusan masa
3. Gaya belajar
4. Membaca dan berfikir
5. Penyertaan aktif di dalam kelas
6. Mengambil nota
7. Refleksi
8. Kemahiran abad ke-21

1.3 Ciri-ciri Pembelajaran Di IPG


1. Persekitaran yang terbuka
- Persekitaran yang terbuka menggalakan dialog dan kerjasama antara pelajar
dengan  pensyarah serta mewujudkan peluang untuk mencipta atau
mengemukakan idea dan inovasi baharu. 
2. Pendidikan berpusatkan pelajar
- keadah ini merujuk tumpuan para pelajar untuk membolehkan pelajar
membangunkan kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran menganalisis,
kemahiran penyelidikan bebas, kerja kumpulan, penyelesaian masalah dan
kemahiran kepimimpinan sebagai persediaan mereka untuk menempuh alam
pekerjaan.
3. Kerja kursus
- Contoh: Projek, Ujian amali, Ujian akhir kursus
- Tujuan: Mengukur kebolehan pelajar dalam mengaplikasikan ilmu yang diperoleh
dari aspek penguasaan kemahiran psikomotor, kemahiran manipulatif, kreativiti dan
sikap semasa ujian atau proses penghasilan produk. 
4. Kuliah
- Bentuk pengajaran secara syarahan kepada kumpulan lebih daripada 20 orang
pelajar merupakan pendekatan pengajaran yang menggunakan strategi
pembelajaran berpusatkan guru. 
5. Tutorial
- Pelajar digalakkan berfikir, membina, dan menyampaikan idea meeka secara
bebas sewaktu berbincang.
6. kajian tindakan
- merupakan bentuk penyelidikan
- Pelajar IPG dapat menilai, menambah dan memantapkan proses membuat
keputusan dan amalan.
7. kerja berkumpulan
- mewujudkan kerja berpasukan(kumpulan kecil)
- Pelajar dapat merentasi budaya yang berbeza di dalam kelas, dan juga untuk
membangunkan kemahiran menyelesaikan masalah dan kepemimpinan.
8. pemikiran kritikal dan kebebasan berfikiran 
- Pelajar berupaya menilai maklumat mengenai topik yang berbeza dan untuk
membentuk pendapat yang bebas dan berpengetahuan; meneliti dan
mempersoalkan kepercayaan yang kadang-kadang diambil begitu sahaja;
menyemak pendapat berdasarkan bukti atau pengetahuan baharu; memberikan dan
menerima kritikan secara membina dan murah hati, serta kesediaan untuk terlibat
dalam perbincangan dengan rakan-rakan dan belajar daripada orang lain. 
9. Pembelajaran dalam talian
- Kaedah ini memberikan situasi yang lebih fleksibel kepada pelajar bagi memilih
masa dan tempat untuk menyiapkan tugasan. Melalui sistem ini, pelajar dapat
mengakses bahan pembelajaran, menonton syarahan dan melibatkan diri dalam
perbincangan dalam talian sama ada dari asrama atau di mana-mana sahaja.
1.4 3 Fasa keberkesanan SRL( Self- Pegulated
Learning)/ Pembelajaran regulasi Kendiri
1. Fasa pemikiran
- Menganalisis tugas, menetapkan matlamat, merancang cara untuk mencapai
kejayaan dan mempunyai motivasi bagi memacu proses dan mempengaruhi strategi
pembelajaran. 
2. Fasa pelaksanaan
- Memantau dan mengawal perkembangan serta menggunakan beberapa strategi
kawalan diri secara kognitif dan bermotivasi menyelesaikan tugas.
3. Fasa refleksi kendiri
- Membuat penilaian terhadap prestasi ke arah matlamat akhir. Penilaian ini akan
menghasilkan reaksi dalam diri mereka yang boleh memberi kesan positif dan kesan
negatif dalam diri pelajar ketika menyelesaikan masalah.
7 Elemen Dalam Proses SRL
1. Motivasi sendiri
- Pelajar mempunyai keinginan untuk menyiapkan tugasan pembelajaran dengan
berkesan.
2. Merancang
- Pelajar mengenal pasti cara yang terbaik untuk menggunakan masa yang ada bagi
tugas pembelajaran.
3. Pengawalan tumpuan
- Pengawalan dalam pembelajaran regulasi kendiri merujuk tumpuan yang
maksimum terhadap tugasan pembelajaran. 
4. Aplikasi strategi pembelajaran
- Pelajar regulasi kendiri memilih strategi belajar yang berbeza bergantung pada
matlamat khusus yang ingin dipenuhi.
5. Menetapkan matlamat
- Pelajar mencari dan mempelajari fakta dengan lebih spesifik, mendapatkan
pemahaman keseluruhan idea yang diperoleh atau hanya mendapatkan
pengetahuan yang secukupnya untuk persediaan ujian di bilik darjah.
6. Pemantauan kendiri
- Pelajar dapat mengubah strategi pembelajaran atau memodifikasi matlamat
mereka jika perlu.
7. Penilaian kendiri
- Pelajar pembelajaran regulasi kendiri menentukan sama ada apa-apa yang
dipelajari adalah mencukupi untuk metlamat yang telah ditetapkan.

    1.5 Rumusan
 Kemahiran belajar didefinisikan sebagai keupayaan, kecekapan atau
kebolehan seseorang memperoleh pengetahuan dan perubahan tingkah laku
hasil daripada pengamalan individu itu berinteraksi dengan persekitaran
 Pelajar perlu menguasai kemahiran belajar untuk mengenal pasti kelemahan
dan kekuatan diri dalam proses pembelajaran sama ada di dalam kelas
mahupun di luar kelas.
 Kemahiran belajar ialah proses yang digunakan oleh seseorang untuk
memproses maklumat yang diperoleh dan membawa kepada perubahan
atgau peningkatan tingkah laku.
 Mengendalikan pembelajaran kendiri memerlukan pelbagai kemahiran
peribadi untuk menguruskan pembelajaran kendiri yang berjaya.
 Kemahiran abad ke-21 ialah satu kemahiran terkini yang perlu dikuasai oleh
para pelajar untuk berjaya dalam era maklumat.
 Persekitaran pembelajaran ditakrifkan sebagai segala yang berlaku di dalam
kelas, jabatan, fakulti atau universiti serta lokasi fizikal, konteks dan budaya
tempat belajar termasuk cara pelajar berinteraksi dann bergaul antara satu
sama lain dan suasana pendidikan untuk memudahkan pembelajran.
 SRL merupakan suatu proses pembelajaran, iaitu para pelajar menentukan
matlamat pembelajaran masing-masing, memilih alat bantu belajar mereka
sendiri dan menggunakannya dalam pembelajaran mereka, termasuklah
mengkaji dan menilai pendekatan pembelajarandan hasil usaha mereka
untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang sesuatu
perkara.
 Terdapat tiga kitaran fasa yang menentukan keberkesanan dalam proses
pembelajaran regulasi kendiri, iaitu fasa pemikiran, fasa pelaksanaan dan
fasa refleksi kediri.

Rujukan:
https://sites.google.com/site/gkb1053nurianasabrin/home/bab-1-pengenalan-
kemahiran-belajar

Anda mungkin juga menyukai