Anda di halaman 1dari 7

Penggunaan Kaedah Nyanyian Dalam Mengingat Ayat Bahasa Arab Tahun 5

Shahidah binti Ahmad


Fatin Nabilah binti Abd Jabar
Villma Nabiha bt Mohd Affindi

ABSTRAK

Kemahiran mengingat merupakan salah satu kemahiran penting dalam pembelajaran Bahasa
Arab. Namun begitu, kemahiran mengingat ini menjadi masalah dalam kalangan murid semasa
proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab. Maka, kajian ini bertujuan untuk membantu
murid mengingat ayat Bahasa Arab yang dipelajari dengan menggunakan kaedah nyanyian.
Selain itu, ia sebagai kaedah dalam meningkatkan fokus murid semasa pengajaran dan
pembelajaran serta memperbaiki teknik pengajaran guru dalam mata pelajaran Bahasa Arab.
Seramai 30 orang murid Tahun 5 kelas (Bestari,Cemerlang,Unggul) di Sekolah Kebangsaan Seri
Setia,Kuchai Lama,Kuala Lumpur terlibat dalam kajian ini. Data dikumpulkan melalui
pemerhatian, temu bual dan pelaksanaan ujian. Hasil daripada analisis data telah menunjukkan
murid dapat mengingat ayat Bahasa Arab dengan mudah. Guru juga dapat meningkatkan amalan
pengajaran guru kepada yang lebik baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Implikasi
kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan terhadap pembelajaran ayat Bahasa Arab
dengan lebih mudah dan berkesan.

Kata Kunci: Mengingat, Pembelajaran, Nyanyian


Pengenalan

Kemahiran mengingat merupakan salah satu daripada proses kemahiran belajar. Kajian
ini merupakan satu inovasi yang dilakukan ke arah mengkaji keberkesanan
menggunakan kaedah nyanyian dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk mata
pelajaran bahasa Arab. Pembelajaran bahasa Arab dirancangkan untuk memberi
pengetahuan yang menyeronokkan, bermakna dan mencabar melalui penggunaan
kaedah pengajaran yang menghiburkan dan menarik minat murid untuk melibatkan diri
dalam proses pembelajaran yang disediakan oleh guru.
Oleh yang demikian, sebagai salah satu usaha untuk memastikan inovasi dalam
pendidikan diteruskan selaras dengan teras utama matlamat pendidikan yang ingin
memastikan murid dapat memahami dan mengingat hasil pembelajaran serta
menyediakan suasana pembelajaran yang menghiburkan, kajian ini dilakukan untuk
menguji keberkesanan pelbagai kaedah dalam membantu para guru dan murid dalam
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancangkan.

Fokus Kajian

Bab ini memfokuskan masalah yang telah diperhatikan semasa berada di dalam kelas.
Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu, masalah yang telah
dihadapi ialah masalah murid dalam mengingat ayat Bahasa Arab yang dipelajari.
Malahan, kajian ini dijalankan bagi memperbaiki amalan pengajaran guru
terhadap pengajaran ayat Bahasa Arab. Proses ini dilaksanakan pada awal kajian
melalui tiga jenis instrumen iaitu pemerhatian, temu bual dan ujian.

Objektif Kajian

1. Membantu murid dalam mengingat ayat Bahasa Arab dengan menggunakan


kaedah Nyanyian.
2. Memperbaiki amalan pengajaran dalam kalangan guru terhadap pengajaran ayat
Bahasa Arab dengan menggunakan kaedah nyanyian.
Soalan Kajian

1. Bagaimanakah kaedah nyanyian membantu murid dalam mengingat ayat


Bahasa Arab?
2. Bagaimanakah kaedah nyanyian memperbaiki amalan pengajaran dalam
kalangan guru terhadap pengajaran ayat Bahasa Arab?

Peserta Kajian

Kumpulan sasaran terdiri daripada 10 orang murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Seri
Setia,Kuchai Lama,Kuala Lumpur. Mereka terdiri daripada 5 orang perempuan dan 5
orang lelaki.Umur peserta kajian yang dipilih ialah berumur 11 tahun. Mereka dipilih
melalui keputusan ujian mereka yang rendah serta mempunyai masalah dalam
mengingat ayat Bahasa Arab yang dipelajari.

Tindakan Yang Dijalankan

Kajian yang dijalankan ini adalah berteraskan kepada Gelung Kajian Tindakan Kemmis
& Mc Taggart (1988) yang menyarankan empat langkah kajian seperti yang dirumuskan
pada Rajah 1 di bawah.
ra n
e
M ca
(1 n
g
)
Men ca
ra g
n
(4 ek)(4
erfl
M M elaksn
) a
(2
er efl
M k el aksn a
M
(3 )
M em(3 rh
M ati
) ti

Rajah 1: Model Kajian Tindakan Kemmis dan Mc Taggart (1988)

Merancang

Berdasarkan analisis refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lepas, kami telah
merancang satu pelan tindakan untuk mengatasi masalah tersebut. Kami merancang
untuk menyelesaikan masalah tersebut menggunakan kaedah nyanyian. Perancangan
tindakan ini akan dijalankan ke atas sepuluh orang murid yang terdiri daripada murid-
murid tahun 5. Instrumen kajian yang digunakan ialah pemerhatian, temubual dan
analisis dokumen.

Melaksana

Kami melaksanakan pelan tindakan yang telah dirancang. Pelaksanaan dimulakan


dengan memberi penerangan kepada murid cara pelaksanaan kaedah nyanyian dalam
pembelajaran ayat yang dipelajari. Murid melaksanakan kaedah ini dengan mengulang
nyanyian beberapa kali iaitu dengan melihat lirik lagu dan seterusnya tidak melihat lirik
lagu. Kami turut melakukan pemerhatian dari aspek tingkahlaku dan pencapaian murid
sewaktu proses pelaksanaan ini berlangsung dengan menggunakan borang
pemerhatian berstruktur.
Selain itu, untuk mendapatkan maklumbalas daripada murid, kami menggunakan
borang temubual. Setelah proses pelaksanaan, kami akan menjalankan penilaian bagi
melihat penguasaan murid mengenai tajuk yang dipelajari dengan menggunakan
kaedah nyanyian yang telah dijalankan.

Memerhati

Melalui pemerhatian ini, kami dapat mengenalpasti respon dan reaksi kesemua murid
semasa proses kajian ini berlangsung berbantukan borang senarai semak pemerhatian.
Setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran, kami telah menjalankan penilaian
kedua bagi mengumpul data yang terkini dan hasil pencapaian murid dibandingkan
sebelum dan selepas pelaksanaan kaedah nyanyian. Kami juga menjalankan temu bual
secara separa berstruktur kepada mereka berkenaan dengan respon mereka terhadap
penggunaan kaedah nyanyian dalam membantu mereka mengingat ayat dalam Bahasa
Arab yang dipelajari.

Mereflek

Setelah melakukan pemerhatian,temubual, lembaran kerja sebelum dan selepas, kami


telah membuat refleksi bagi merumuskan tahap keberkesanan penggunaan,kaedah
nyanyian dalam pembelajaran Bahasa Arab ini terhadap responden yang terpilih.
Melalui instrumen-instrumen yang dijalankan, kami dapati bahawa murid menunjukkan
respon dan reaksi yang sangat menggembirakan dan amat positif apabila kaedah
nyanyian diaplikasikan di dalam pembelajaran mereka. Hasil kerja murid juga
menampakkan peningkatkan mereka dalam mengenalpasti isi pembelajaran yang
dipelajari. Penyediaan kaedah ini juga perlu ditambah baik untuk menambah
keberkesanannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Dapatan kajian

Bagaimanakah kaedah nyanyian membantu murid dalam mengingat ayat Bahasa


Arab?

Dapatan daripada hasil analisis pemerhatian membuktikan bahawa kaedah nyanyian


dapat meningkatkan kemahiran murid mengingat ayat yang dipelajari dan semua
responden menunjukkan perubahan yang positif dari segi tingkahlaku dan pencapaian
kendiri. Dapatan daripada pemerhatian ini disokong oleh dapatan temubual dan latihan
pengukuhan.
Dapatan data temu bual pula menunjukkan respon yang positif daripada murid.
Dalam temu bual yang pertama sebelum kaedah nyanyian dilaksanakan, semua
responden menunjukkan respon kurang baik terhadap mata pelajaran Bahasa Arab dan
selepas kaedah nyanyian dilaksanakan, respon murid sangat memberangsangkan dan
menggembirakan iaitu responden seronok belajar bahasa Arab, mudah untuk mengingat
dan memahami.
Melalui hasil analisis latihan pengukuhan yang kami jalankan sejurus selepas
tindakan, responden menunjukkan bahawa kaedah nyanyian telah memudahkan
mereka mengingat ayat yang dipelajari. Kesemua responden memperoleh markah
penuh dalam ujian selepas pelaksanaan kaedah ini walaupun dalam ujian sebelum,
mereka memperoleh markah yang rendah.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa kajian ini berjaya memberikan
kesan positif dalam membantu murid mengingat ayat Bahasa Arab dan dapat
memperbaiki amalan pengajaran guru. Kaedah yang dijalankan ini dapat menjadikan
pengajaran dan pembelajaran sebagai satu proses yang lebih menarik dan
menyeronokkan serta sesuai bagi murid-murid sekolah rendah.
Rujukan

‫ دراسة تطبيقية الستخدام األغنية يف‬.)2012(.‫ عزيز ماضي‬،‫ رامي جنيب‬،‫صبحي شركوي‬

.‫ العلوم االنسانية والجتماعية‬.‫اكساب طفل الروضة مفهيم جديدة‬

.‫ دار املستقبل‬:‫ عمان‬.‫ اللغة العربية دراسات تطبيقية‬.)2009( ‫ حممد الربازي‬،‫حممد املصري‬
Atan Long. (1993). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Petaling Jaya: Amiza

Publishing Sdn Bhd.

Ausubel, D. (1963). The Psychology of Meaningful Verbal Learning. New York:

Grune & Stratton.

Coombs, Bryan. (2009). Mengajar Secara Efektif. Kuala Lumpur. Institut

Terjemahan Negara, Terjemahan oleh Siti Aisyah Mohd Elias.

Droscher, E. (2006). The Benefits of Music Education To Children.

http://creativekidonline.com/library/HowMusicEducationBenefitsChildren.pdf.

Anda mungkin juga menyukai