Anda di halaman 1dari 7

SMKA SABAK BERNAM

Sekolah Kluster Kecemerlangan

KERTAS KERJA

PELANCARAN PROGRAM AMALAN TERBAIK KAUNSELING


APLIKASI TEORI TINGKAHLAKU DALAM AMALAN 5S
(SENYUM, SAPA, SALAM, SOPAN, SAYANG)

ANJURAN

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


SMKA SABAK BERNAM
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

1.0 Pengenalan
Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah memainkan peranan penting dalam agenda
pendidikan negara. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini wujud dalam usaha
manusia mencari jalan keluar agar individu menemui kesejahteraan dan menangani
pelbagai masalah yang dihadapi oleh pelajar(Utusan Malaysia, Mac 2000).
Pengurusan bimbingan dan kaunseling sekolah yang mantap penting dalam memberi
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang terbaik kepada pelajar, sekolah dan
masyarakat.

2.0 Latar Belakang

Di sekolah, Unit bimbingan dan kaunseling memberikan perkhidmatan terhadap 4


fokus utama. Antaranya adalah fokus terhadap pembangunan dan perkembangan
sahsiah diri murid. Fokus ini adalah untuk memupuk personaliti kendiri murid dengan
nilai sikap penyayang, budi bahasa, kekemasan diri, motivasi dan lain-lain. Ini adalah
untuk melahirkan perwatakan murid yang berketrampilan dan terpuji. Fokus kedua
adalah peningkatan disiplin diri murid. Fokus ini bertujuan untuk memupuk disiplin
murid termasuk intervensi yang perlu dilakukan bagi mencegah mereka dari gejala
yang tidak sihat. Fokus yang ketiga ini adalah berkaitan pendedahan dan bimbingan
kepada murid mengenai maklumat berkaitan peluang pendidikan dan hala tuju
kerjaya. Selain itu guru bimbingan dan kaunseling juga memberi perkhidmatan
terhadap psikososial dan kesejahteraan mental murid. Fokus ini bertujuan untuk
membimbing murid supaya mampu mengekal dan mengurus kesejahteraan diri dan
mental mereka.
Maka dengan itu, unit bimbingan dan kaunseling ingin memantapkan
penerapan amalan 5s iaitu senyum, sapa,salam, sopan dan sayang kepada semua
warga sekolah. Amalan ini dijadikan satu amalan terbaik kaunseling yang bertujuan
untuk membudayakan nilai- nilai murni sama ada dalam kalangan murid, guru dan
kakitangan sekolah. Program ini berkait rapat dengan empat fokus utama dalam
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
Hasil pemerhatian secara umum nilai 5s iaitu senyum, sapa,salam, sopan dan sayang
ini perlu dimantapkan dan dipraktikkan. Untuk merealisasikan amalan ini, guru
bimbingan dan kaunseling ingin mendedahkan komponen pengetahuan, kesedaran,
serta tindakan amalan 5s ini kepada semua warga sekolah melalui aktiviti seperti
pelancaran, kempen, pertandingan, perlaksanaan bersama dan lain-lain.
Senyum, adalah sedekah, dengan senyuman terjalin suatu ikatan. Diikuti
dengan sapa, menyapa, yang mana tingkahlaku ini menyebabkan hubungan itu
menjadi rapat seperti antara guru dan murid. Salam dengan istilah
“Assalamualaikum” merupakan sunnah yang diamalkan dalam ajaran islam.
Mendoakan kesejahteraan baik untuk saudara kita. Ditambah pula dengan perilaku
sopan yang menyenangkan dan diikuti sayang iaitu dengan cara kata-kata yang baik,
mesra, menyenagkan, perilaku bersalam atau ikatan erat dengan berpelukan antara
satu sama lain. Hal ini adalah untuk memberi galakkan kepada semua agar ianya
menjadi satu amalan pelaziman.
Berdasarkan teori tingkahlaku yang terbahagi kepada ortodok yang dipelopori
oleh (Ivan Pavlov, dan Watson) manakala radikal pula dipelopori oleh (B.F Skinner
dan Thorndike). Dalam penerangan teori tingkah laku ortodoks, ia melihat konsep
utama adalah fokus pada tingkahlaku normal yang dipelajari daripada peneguhan dan
peniruan. Tingkahlaku yang tidak normal adalah kesan daripada tingkahlaku yang
salah telah di pelajari (Gerald Corey : Sixth Edition).
Teori tingkah laku juga menyatakan dari sudut teorinya memandang manusia
itu sebagai “TABULA RASA” yang bermaksud manusia itu kosong, bersih, dan
putih. Pengalaman dan interaksi dengan persekitaran yang mencorakkan jiwa
manusia. Manusia dilahirkan sememangnya dalam keadaan bersih. Maka untuk
mengubah tingkahlaku manusia supaya ,menjadi lebih baik dengan cara mengubah
pemikiran, tingkahlaku dan perasaan dengan melakukan dendaan atau penghapusan
terhadap tingkahlaku terdahulu. Sesuatu yang dipelajari boleh dihapuskan. Matlamat
dalam teori tingkahlaku ini adalah untuk menghapuskan “maladaptive behaviour” .
Menurut Skinner pelaziman operan terbahagi kepada dua konsep, iaitu peneguhan
yang fokus kepada material dan lisan.
Yang kedua adalah dendaan, iaitu segala tingkahlaku tidak kira ransangan
yang menyebabkan kebarangkalian sesuatu gerak balas atau tingkahlaku yang terhasil
akan dihapuskan. Dalam teori tingkahlaku pembentukan melalui pelaziman operan
ini, Skinner (1951) memperkembangkan teknik pembentukan (shaping). Teknik
pembentukan terlibat dengan meneguhkan tingkahlaku setiap kali ia bertindak kea rah
diigini sehingga ia belajar gerak balas berkenaan dan tidak lagi meneguhkan gerak
balas itu. Prosedur pembentukan boleh digunakan untuk mengawal tingkahlaku
manusia. Perkara yang perlu difahami dalam teori tingkahlaku berbentuk radikal ini
adalah ransangan, gerak balas, ransangan terlazi, gerak balas terlazim, peneguhan dan
dendaan.

KERANGKA MODEL UNTUK PERUBAHAN TINGKAHLAKU KEARAH


KENDIRI BERDASARKAN TEORI TINGKAH LAKU
Pilih Matlamat

Terjemahan Matlamat Kepada Tinghkah Laku Sasaran

Self Monitoring

Membina Perancangan Untuk Perubahan

Self Contracting

Evaluating
Dalam sudut pandangan islam, membudayakan salam dengan ucapan “ Assalamualaikum”
atau Assalamualaikum warohmatullahhiwabarokatu” mempunyai maksud yang sangat
mendalam. Ia satu ungkapan doa sekaligus persahabatan atau persaudaraan (ukhwah) kerana
doa itu adalah ibadah. Huku engucapkan salam dalam islam itu sunnah, namun menjawabnya
adalah wajib. Makna dan lafaz salam dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu, nabi Muhammad
s.w.t bersabda:
Dahulu Allah menciptakan Adam “alaihissalam yang tingginya enam puluh hasta kemudian
berfirman, pergilah kamu dan berilah salam kepada para malaikat dan dengarkanlah
bagaimana mereka menjawab salam penghormatan kepadamu dan juga salam penghormatan
dari anak keturunanmu”(HR. Al Bukhari no 3079,5759 dan muslim no.6227)

Berdasarkan penerangan diatas, untuk menjayakan amalan terbaik ini, semua warga sekolah
perlu bersedia kepada perubahan yang positif dan amalan ini haruslah berpanjangan supaya ia
menjadi satu amalan lazim dan menjadi ikutan warga sekolah dan komuniti. Program amalan
terbaik kaunseling ini dilaksanakan untuk memberi impak supaya memberi kesan positif
kepada semua warga sekolah dan masyarakat.

3.0 Objektif
i. Untuk memupuk budaya salam dalam kalangan murid, guru, dan kakitangan
sekolah berkenaan dengan 5s (senyum,salam, sapa, sopan dan sayang)
ii. Untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan warga sekolah
iii. Mengubah gaya amalan salam dengan lebih baik
iv. Eningkatkan nilai dan kesedaran kepentingan salam dalam budaya sekolah

4.0 Sasaran Kajian


i. Pelajar
ii. Guru
iii. Kakitangan sekolah
iv. Pekerja swasta

5.0 Hari/ Masa/Tempat


Hari : Rabu
Masa : 7.30 pagi – 8.00 pagi
Tempat : Dewan Al Biruni

6.0 Tentatif

7.30 pagi Warga sekolah berhimpun di Dewan Al-biruni


Nyanyian lagu negaraku
Lagu sekolah
Asma ul husna
Bacaan doa
Taklimat Kokurikulum
Gimik Pelancaran Program Amalan Budaya 5s
Pelancaran Amalan Program 5s Oleh Pengetua
Ucapan Pengetua
8.10 pagi Bersurai
7.0 Ahli Jawatankuasa Program Amalan Terbaik Kaunseling
Pengerusi : Encik Jaafar Bin Rajuli
Naib pengerusi : Pn Jamaliah Binti Jaahari
Naib pengerusi I : Encik Zakaria Bin Awang
Naib pengerusi II :En Abd Aziz Bin Che Yusoh
Naib Pengerusi III : Pn Noraziah Binti Abdul Rahman
Setiausaha : Pn Rudzannah Binti Hassan
Naib Setiausaha : Pn Nor Azrina Binti Mohamad Azli
Unit Promosi/ Publisiti : Encik Fadli Bin Khalidin (GKMPTV)
Unit Pemantauan : Encik Nasri Bin Jajuli (GKMPA)
Unit Hubungan Luar : Tn Hj Hamzah Bin Mohd (GKMPK)
Unit Aktiviti : Pn Hjh Latifah Binti Shaari (GKMPSM)
Unit Dokumen / fotografi : Pn Zuraida Binti Fuad (GKMPB)

8.0 Kewangan

BIL PERKARA PERBELANJAAN JUMLAH


1 Bunting Kempen 5s RM 25 x 1 Bunting RM 50.00

SUMBER PEMBIAYAAN :
1. Sumbangan unit bimbingan dan kaunseling RM 25.00
Jumlah RM 25.00

9.0 Kesimpulan
Harapan besar dalam membudayakan salam dalam kalangan semua warga sekolah dengan
cara menghidupkan budaya salam secara kreatif dan inisiatif untuk membentuk amalan
peribadi yang unggul. Program ini juga diharapkan mampu memelihara dan mengeratkan
hubungan sosial khususnya dalam kalangan warga sekolah.

Disemak oleh,

EN ZAKARIA BIN AWANG


Disediakan oleh,

PN NOR AZRINA BINTI MOHAMAD AZLI


GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Smk Agama Sabak Bernam
Sekolah Kluster Kecemerlangan

Disahkan oleh,

EN JAAFAR BIN RAJULI


PENGETUA
SMK Agama Sabak Bernam
Sekolah Kluster Kecemerlangan

Anda mungkin juga menyukai