Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Pengenalan

Unit bimbingan dan kaunseling memberikan perkhidmatan terhadap 4 fokus utama.


Antaranya adalah fokus terhadap pembangunan dan perkembangan sahsiah diri murid.
Fokus ini adalah untuk memupuk personaliti kendiri murid dengan nilai sikap
penyayang, budi bahasa, kekemasan diri, motivasi dan lain-lain. Ini adalah untuk
melahirkan perwatakan murid yang berketrampilan dan terpuji. Fokus kedua adalah
peningkatan disiplin diri murid. Fokus ini bertujuan untuk memupuk disiplin murid
termasuk intervensi yang perlu dilakukan bagi mencegah mereka dari gejala yang
tidak sihat. Fokus yang ketiga ini adalah berkaitan pendedahan dan bimbingan kepada
murid mengenai maklumat berkaitan peluang pendidikan dan hala tuju kerjaya. Selain
itu guru bimbingan dan kaunseling juga memberi perkhidmatan terhadap psikososial
dan kesejahteraan mental murid. Fokus ini bertujuan untuk membimbing murid
supaya mampu mengekal dan mengurus kesejahteraan diri dan mental mereka.
Maka dengan itu, dari fokus inilah unit bimbingan dan kaunseling
ingin memantapkan penerapan amalan 5s iaitu senyum, salam, sapa, sopan dan sayang
kepada semua warga sekolah. Amalan ini dijadikan satu amalan terbaik kaunseling
yang bertujuan untuk membudayakan nilai- nilai murni samaada dalam kalangan
murid, guru dan kakitangan sekolah. Hasil pemerhatian secara umum nilai 5s iaitu
senyum, salam, sapa, sopan dan sayang ini perlu dimantapkan dan dipraktikkan.
Untuk merealisasikan amalan ini, guru bimbingan dan kaunseling ingin mendedahkan
komponen pengetahuan, kesedaran, serta tindakan amalan 5s ini kepada semua warga
sekolah melalui aktiviti seperti pelancaran, kempen, pertandingan, perlaksanaan
bersama dan lain-lain. Senyum, adalah sedekah, dengan senyuman terjalin suatu
ikatan. Diikuti dengan sapa, menyapa, yang mana tingkahlaku ini menyebabkan
hubungan itu menjadi rapat seperti antara guru dan murid. Salam dengan istilah
“Assalamualaikum” merupakan sunnah yang diamalkan dalam ajaran islam.
Mendoakan kesejahteraan baik untuk saudara kita. Ditambah pula dengan perilaku
sopan yang menyenangkan dan diikuti sayang iaitu dengan cara kata-kata yang baik,
mesra, menyenagkan, perilaku bersalam atau ikatan erat dengan berpelukan antara
satu sama lain. Hal ini adalah untuk memberi galakkan kepada semua agar ianya
menjadi satu amalan pelaziman.
Berdasarkan teori tingkahlaku yang terbahagi kepada ortodok yang dipelopori
oleh (ivan Pavlov, dan Watson) manakala radikal pula dipelopori oleh (B.F Skinner
dan Thorndike). Dalam penerangan teori tingkah laku ortodoks, ia melihat konsep
utama adalah fokus pada tingkahlaku normal yang dipelajari daripada peneguhan dan
peniruan. Tingkahlaku yang tidak normal adalah kesan daripada tingkahlaku yang
salah telah di pelajari (Gerald Corey : Sixth Edition). Berdasarkan teori tingkah laku,
ia menyatakan dari sudut teorinya memandang manusia itu sebagai “TABULA
RASA” yang bermaksud manusia itu kosong, bersih, dan putih.
Pengalaman dan interaksi dengan persekitaran yang mmencorakkan jiwa
manusia. Manusia dilahirkan sememangnya dalam keadaan bersih. Maka untuk
mengubah tingkahlaku manusia supaya ,enjadi lebih baik dengan cara mengubah
pemikiran, tingkahlaku dan perasaan dengan melakukan dendaan atau penghapusan
terhadap tingkahlaku terdahulu. Sesuatu yang dipelajari boleh dihapuskan. Matlamat
dalam teori tingkahlaku ini adalah untuk menghapuskan “maladaptive behaviour” .
Menurut Skinner pelaziman operan terbahagi kepada dua konsep, iaitu peneguhan
yang fokus kepada material dan lisan.
Yang kedua adalah dendaan, iaitu segala tingkahlaku tidak kira ransangan
yang menyebabkan kebarangkalian sesuatu gerak balas atau tingkahlaku yang terhasil
akan dihapuskan. Dalam teori tingkahlaku pembentukan melalui pelaziman operan
ini, Skinner (1951) memperkembangkan teknik pembentukan (shaping). Teknik
pembentukan terlibat dengan meneguhkan tingkahlaku setiap kali ia bertindak kea rah
diigini sehingga ia belajar gerak balas berkenaan dan tidak lagi meneguhkan gerak
balas itu. Prosedur pembentukan boleh digunakan untuk mengawal tingkahlaku
manusia. Perkara yang perlu difahami dalam teori tingkahlaku berbentuk radikal ini
adalah ransangan, gerak balas, ransangan terlazi, gerak balas terlazim, peneguhan dan
dendaan.
KERANGKA MODEL UNTUK PERUBAHAN TINGKAHLAKU KEARAH
KENDIRI BERDASARKAN TEORI TINGKAH LAKU
Pilih Matlamat

Terjemahan Matlamat Kepada Tinghkah Laku Sasaran

Self Monitoring

Membina Perancangan Untuk Perubahan

Self Contracting

Evaluating
Dalam sudut pandangan islam, membudayakan salam dengan ucapan “ Assalamualaikum”
atau Assalamualaikum warohmatullahhiwabarokatu” mempunyai maksud yang sangat
mendalam. Ia satu ungkapan doa sekaligus persahabatan atau persaudaraan (ukhwah) kerana
doa itu adalah ibadah. Huku engucapkan salam dalam islam itu sunnah, namun menjawabnya
adalah wajib. Makna dan lafaz salam dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu, nabi Muhammad
s.w.t bersabda:
Dahulu Allah menciptakan Adam “alaihissalam yang tingginya enam puluh hasta kemudian
berfirman, pergilah kamu dan berilah salam kepada para malaikat dan dengarkanlah
bagaimana mereka menjawab salam penghormatan kepadamu dan juga salam penghormatan
dari anak keturunanmu”(HR. Al Bukhari no 3079,5759 dan muslim no.6227)

Berdasarkan penerangan diatas, untuk menjayakan amalan terbaik ini, semua warga sekolah
perlu bersedia kepada perubahan yang positif dan amalan ini haruslah berpanjangan supaya ia
menjadi satu amalan lazim dan menjadi ikutan warga sekolah dan komuniti. Program amalan
terbaik kaunseling ini dilaksanakan untuk memberi impak supaya memberi kesan positif
kepada semua warga sekolah dan masyarakat.
2.0 Objektif
i. Untuk memupuk budaya salam dalam kalangan murid, guru, dan kakitangan
sekolah berkenaan dengan 5s (senyum,salam, sapa, sopan dan sayang)
ii. Untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan warga sekolah
iii. Mengubah gaya amalan salam dengan lebih baik
iv. Eningkatkan nilai dan kesedaran kepentingan salam dalam budaya sekolah

3.0 Sasaran Kajian


i. Pelajar
ii. Guru
iii. Kakitangan sekolah
iv. Pekerja swasta

4.0 Kaedah Pelaksanaan


BI PERINGKAT PELAKSANAAN Tarikh/ Bulan
L
1 Kertas Kerja Program Amalan Terbaik Kaunseling 2016 Januari
2 Pelancaran Kempen 5s (Senyum,Salam,Sapa,Sopan Sayang) Januari
Edaran brosur
3 Mesyuarat Bersama Dengan Pengetua Dan Ahli Jawatankuasa Januari
4 Pendedahan info “ Booth 5s” oleh Pembimbing Rakan Sebaya Januari
semasa Karnival Senam Cergas.
Edaran brosur kepada warga sekolah dan komuniti
5 Ladap taklimat kepada guru dan kakitangan berkenaan dengan 5s Febuari
6 Kempen 5s dengan menggantung Bunting 5s di sekitar kawasan Febuari
sekolah
7 Membuat kajian tindakan Febuari
8 Pembentangan kajian Mei

5.0 Tempoh
Sepanjang tahun
6.0 Ahli Jawatankuasa Program Amalan Terbaik kaunseling
Pengerusi : Encik Jaafar Bin Rajuli
Naib pengerusi : Pn Jamaliah Binti Jaahari
Naib pengerusi I : Encik Zakaria Bin Awang
Naib pengerusi II :En Abd Aziz Bin Che Yusoh
Naib Pengerusi III : Pn Noraziah Binti Abdul Rahman
Setiausaha : Pn Rudzannah Binti Hassan
Naib Setiausaha : Pn Nor Azrina Binti Mohamad Azli
Unit Promosi/ Publisiti : Encik Fadli Bin Khalidin
Unit Pemantauan : Encik Nasri Bin Jajuli
Unit Hubungan Luar : Tn Hj Hamzah Bin Mohd
Unit Aktiviti : Pn Hjh Latifah Binti Shaari
Unit Dokumen / fotografi : Pn Zuraida Binti Fuad

7.0 Kewangan

BIL PERKARA PERBELANJAAN JUMLAH


1 Bunting Kempen 5s RM 25 x 2 Bunting RM 50.00
2 Sewaan Tapak Karnival – RM 30.00 RM 30.00
“Booth 5s”
3 Photostat Pamplet/Brosur RM 0.05 x 200 Keping RM 10.00
4 Hadiah Pertandingan RM 10.00 x 15 Orang RM 150.00
Jumlah Keseluruhan RM 240.00

SUMBER PEMBIAYAAN :
1. Sumbangan PIBG RM 240.00
Jumlah RM 240.00

8.0 Kesimpulan
Harapan besar dalam membudayakan salam dalam kalangan semua warga sekolah dengan
cara menghidupkan budaya salam secara kreatif dan inisiatif untuk membentuk amalan
peribadi yang unggul. Program ini juga diharapkan mampu memelihara dan mengeratkan
hubungan sosial khususnya dalam kalangan warga sekolah.

Anda mungkin juga menyukai