Anda di halaman 1dari 2

LDK BENGKEL KEPIMPINAN PRS October 1, 2022

LDK 1: KONSEP KENDIRI


TAJUK : Cepat bertindak
OBJEKTIF :Pada akhir aktiviti murid dapat:
1. Membantu peserta menilai diri sendiri.
2. Meningkatkan konsep kendiri melalui tindakan proaktif.
MASA : 45 minit
BAHAN-BAHAN: Tiada
LANGKAH :
1. Fasilitator mengarahkan peserta duduk dalam 2 bulatan.
2. Peserta akan duduk bertentangan secara bersemuka.
3. Setiap pasangan akan diberi nombor 1 hingga ke nombor terakhir mengikut bilangan
peserta.
4. Fasilitator akan menerangkan bahawa semua pasangan perlu bertindak cepat
apabila fasilitator memanggil nombor peserta.
5. Fasilitator akan memanggil nombor peserta secara rawak.
6. Peserta yang nombornya dipanggil hendaklah berdiri dengan cepat dalam bulatan
dan membelakangkan antara satu sama lain dan menyangkuk tangan dengan ketat.

7. Sekiranya ada pasangan peserta yang lambat bertindak terhadap arahan yang
diberikan, mereka dianggap kalah dan akan disuruh membuat sesuatu seperti
lakonan, main peranan, menyanyi atau sebagainya.
8. Bincangkan tentang:
 kesedaran diri pelajar dari segi kesan jika mereka lambat bertindak dan tidak
tumpukan perhatian semasa fasilitator memberi arahan

REFLEKSI / RUMUSAN :
1. Kita harus fokus dan bertindak dengan cepat serta bijak dalam melaksanakan sesuatu
2. Kita harus sedar bahawa apabila kita fokus dan cepat bertindak secara bijak serta berjaya
melakukan sesuatu, orang akan berpandangan positif terhadap diri kita. Orang akan percaya
dan menghormati kita dan ini dapat meningkatkan konsep kendiri kita
LDK BENGKEL KEPIMPINAN PRS October 1, 2022

LDK 1: KONSEP KENDIRI


TAJUK : Sedarkan Aku
OBJEKTIF :
Pada akhir aktiviti murid dapat:
1. mengenali diri sendiri.
2. mendedahkan cara meningkatkan konsep kendiri.
MASA : 60 minit
BAHAN-BAHAN:Kertas A4, Pen marker, Masking tape

LANGKAH :
1. Peserta diagihkan kertas A4.
2. Peserta diminta mencari pasangan masing-masing.
3. Peserta diminta menampal kertas A4 di belakang badan rakan pasangan masing-masing.
4. Fasilitator meminta peserta menulis persepsi terhadap rakannya pada kertas A4 yang
telah
dilekatkan.
5. Peserta diminta kembali dalam kumpulan kecil.
6. Fasilitator meminta peserta memberi satu kenyataan tentang diri sendiri berdasarkan
aspek
yang dicatatkan pada kertas yang telah dilekatkan.
7. Fasilitator meminta peserta membacakan catatan rakan pada kertas masing-masing.
8. Fasilitator membuat refleksi dengan bertanya apakah perasaan peserta masing-masing
apabila
orang lain membuat persepsi terhadapnya.

REFLEKSI / RUMUSAN:
1. Setiap orang mempunyai kelemahan dan kekuatan dan kita harus menerima kelemahan
kita secara positif. Setiap kelemahan boleh diperbaiki dan kekuatan harus ditingkatkan.

2. Kita harus sedar bahawa orang lain mempunyai persepsi yang berbeza-beza terhadap diri
kita. Jika kita mempunyai konsep kendiri yang positif kita akan menerima persepsi orang lain
sebagai cabaran untuk membaiki diri.

Anda mungkin juga menyukai