Anda di halaman 1dari 3

SMK RAJA MUDA MUSA

45600 BESTARI JAYA

LAPORAN DOKUMENTASI
KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM
PERINGKAT SEKOLAH TAHUN

1.0 PENGENALAN

Ilmu kepimpinan dan pengurusan kepada para pemimpin Kelab dan Persatuan, Unit Pakaian
Seragam dan Pasukan Sukan dan Permainan sekolah adalah amat penting untuk dikuasai oleh
setiap AJK tertinggi yang telah dilantik. Maka sewajarlah mereka ini diberi pendedahan supaya
para pelajar ini dapat membentuk pasukan mereka ke arah satu organisasi yang lebih berkesan.
Adalah diharapkan, kursus yang dianjurkan ini akan dapat memberikan input dan gambaran yang
lebih jelas kepada semua peserta yang terlibat tentang pengurusan organisasi yang diceburi dan
seterusnya dapat membantu untuk merancang dan meningkatkan aktiviti yang dapat menarik
minat ahli-ahlinya. Mereka juga dapat mengetahui dengan jelas bidang tugas mereka serta
mengetahui senario keseluruhan pelajar itu sendiri. Percambahan fikiran dan minda adalah salah
satu cara yang dapat memantapkan keyakinan terhadap tugas mereka.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memastikan para pelajar yang terlibat mempunyai
pengetahuan dan kemahiran mengenai gaya kepimpinan dan mengamalkannya.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Untuk memberi pengetahuan dan pendedahan asas pengurusan aktiviti kokurikulum
kepada AJK tertinggi.
3.2 Untuk melahirkan pemimpin pelajar yang berkualiti dan mampu menjalankan tugas
dengan berkesan.
3.3 Untuk memantapkan perjalanan aktiviti kokurikulum.
3.4 Untuk meningkatkan keyakinan dan jati diri AJK tertinggi dalam pengendalian
organisasi.

4.0 SASARAN

180 Peserta yang terdiri daripada 4 orang AJK Tertinggi iaitu Pengerusi, Naib Pengerusi,
Setiausaha dan Bendahari untuk setiap pasukan/ persatuan/ kelab.

5.0 TARIKH /MASA

Tarikh :27 Februari 2016 (Sabtu)


Masa :8.00 pagi hingga 2.00 petang

1
6.0 TEMPAT
Laman Bestari SMK Raja Muda Musa

7.0 ANJURAN

Unit Kokurikulum,
SMK Raja Muda Musa

8.0 CATATAN
Program ini secara keseluruhannya berjalan dengan lancar seperti mana yang
dirancang. Kerjasama daripada pihak Erfolgreich Training Consultant (ETC) membantu
melancarkan lagi perjalanan majlis ini serta membawa mesej positif tentang kesediaan
pihak ETC bekerjasama dengan pihak sekolah bagi menjayakan sebarang program
khasnya yang menjurus ke arah pembentukan disiplin ,kepimpinan dan sahsiah murid.

9.0 ATURCARA MAJLIS

07.45 pagi :Pendaftaran


08.00 pagi :ICE BREAKING
09.00 pagi :Usah Membangau Lagi
:Bengkel Kursus 1
9.30 pagi :Pemimpin Berjaya
10.30 pagi :Simpulan Kasih
11.30 pagi : Race Agaist Time
12.30 tengah hari :Penutup /Penyampaian Sijil
01.00 petang :"Sirih pulang ke ganggang"

10.0 PENUTUP

Kursus Kepimpinan Kokurikulum ini merupakan salah satu aktiviti penting Unit Kokurikulum SMK Raja
Muda Musa. Disiplin dan kepimpinan yang cemerlang merupakan asas kecemerlangan akademik serta
kokurikulum. Bagi membentuk generasi muda yang berketrampilan ,berkepimpinan dan berdisiplin,
kursus ini akan menjadi pendorong kuat kepada AJK tertinggi yang dilantik untuk berbakti kepada unit
masing-masing. Semoga program ini akan dapat berjalan dengan lancar dan mencapai matlamatnya serta
dapat melahirkan pemimpin yang berkebolehan sebagai generasi pelapis pada masa hadapan.

2
3

Anda mungkin juga menyukai