Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA KURSUS KESETIAUSAHAAN PENGURUSAN KELAB DAN PERSATUAN KOKURIKULUM ANJURAN UNIT KOKURIKULUM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

LUI BARAT

1.0

PENDAHULUAN

Sifat kepimpinan dan kecekapan dalam pengurusan organisasi adalah suatu nilai yang amat penting dalam melahirkan modal insan berkualiti yang akan menjadi tunjang sesebuah organisasi dan seterusnya menjadi peneraju negara. Sifat kepimpinan ini amat perlu dipupuk dalam diri pelajar-pelajar memandangkan merekalah yang akan mencorak masa depan. Oleh yang demikian, Unit Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Lui Barat mengadakan Kursus Kesetiausahaan Pengurusan Kelab Dan Persatuan

Kokurikulum yang diharapkan dapat mengasah sifat kepimpinan dalam diri pelajar serta member ilmu pengetahuan berkenaan pengurusan sesebuah persatuan. Bengkel ini disertai oleh Pengerusi, dan Setiausaha bagi setiap badan beruniform dan kelab dan persatuan. Ia akan diadakan pada 21 Mac 2012 bertempat di Bilik Gerakan, SMK Lui Barat. Kursus ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penglibatan dalam bidang kokurikulum. Oleh yang demikian, adalah wajar bagi pelajar-pelajar didedahkan dengan kegiatan kokurikulum yang dapat membina sifat kepimpinan, pengetahuan, jati diri, motivasi dan semangat kerjasama yang tidak dapat dipelajari di dalam bilik darjah melainkan dengan aktiviti luar.

2.0

MATLAMAT DAN TUJUAN

Matlamat bengkel ini adalah untuk membantu para peserta untuk memahami dan menghayati tentang tugas dan tanggungjawab mereka yang bergelar pengerusi danng merupakan nadi pengerak sesebuah organisasi. Di samping itu juga, kursus ini dapat mengasah bakat dan menambah pengetahuan pelajar mengenai asas penubuhan dan
1

pengurusan sesuatu organisasi. Aktiviti-aktiviti yang disusun dalam bengkel ini diharap dapat menonjolkan sifat kepimpinan dalam diri peserta dan seterusnya dapat diaplikasikan dalam menempuh cabaran mendatang.

3.0

OBJEKTIF

Diharapkan bengkel ini dapat: 3.1 Mengasah sifat kepimpinan dalam diri pelajar dan melatih mereka mengetuai sesebuah organisasi 3.2 Menambah kemahiran dan kecekapan profesional bagi menjamin kecemerlangan mengurus pejabat organisasinya dengan berkesan. 3.2 Membina pengetahuan pelajar mengenai pengurusan sesebuah persatuan dan mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh dalam persatuan masing-masing 3.3 Memotivasikan diri pelajar dalam melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan kokurikulum tanpa mengabaikan kecemerlangan dalam akademik

4.0

CADANGAN TARIKH DAN TEMPAT Tarikh Hari Masa Bil. peserta Tempat : 21 Mac 2012 : Rabu : 2.15 5.00 ptg : 80 orang : Bilik Gerakan, SMK Lui Barat

5.0

IMPLIKASI

5.1

Bengkel ini melibatkan pengerusi dan setiausaha bagi setiap persatuan badan beruniform dan kelab dan persatuan.

5.2

Melibatkan beberapa orang guru yang menjadi guru pembimbing dan fasilitator

5.3

Kewangan adalah seperti yang tercatat dalam perbelanjaan.


2

6.0

JAWATANKUASA PENGURUSAN

Pengerusi

Pn. Hjh. Maimon Bt Abdullah En. Mohd Tahir Bin Abdul Hamid En. Mamat Bin Hassan En. Amir Haszuwani Bin Mohd Yusof Cik Mastura Bt Muhamad Muktar Cik Maryani bt Mahmood

Timbalan Pengerusi I : Timbalan Pengerusi II : Timbalan Pengerusi III: Penyelaras Program : Pen. Penyelaras :

AHLI JAWATANKUASA KECIL: Jawatan Urusetia dan Makanan:: Cik Maryani bt Mahmood Cik Roslinah Bt Arauf Pengendalian kursus: En. Mohd Tahir Bin Abdul Hamid Cik Mastura Bt Muhamad Muktar Cik Nor Ashikin bt Shahabuddin En. Mohd Affandi Bin Abdul Rahman Bidang Tugas Mengambil pendaftaran peserta Membuat dijalankan. Mengendalikan acara majlis penutup Memastikan peserta mengikuti tentatif laporan setiap aktiviti yang

program yang telah ditetapkan Memastikan penyediaan makanan untuk

peserta dan ahli jawatankuasa. Menyediakan keperluan atau peralatan yang diperlukan untuk setiap aktiviti atau slot Memastikan kerjasama dengan pelbagai pihak yang bertanggungjawab. Bertanggungjawab memastikan aktiviti

dijalankan mengikut masa dan jadual yang ditetapkan. Fotografi dan Dokumentasi En. Suhairi b Bakar Merakam berlangsung dokumentasi sepanjang kursus

8.0

PERBELANJAAN

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk bengkel ini: BIL 1. 2. PERKARA Minum petang Peralatan dan alat tulis KUANTITI 87 x RM 3.00 80 x RM 2.00 JUMLAH JUMLAH RM 216.00 RM 160.00 RM 376.00

Jumlah wang yang diperlukan mungkin tidak sama dengan anggaran bajet yang disenaraikan Sumber kewangan adalah daripada Unit Kokurikulum, SMK Lui Barat

9.0

PENUTUP

Diharapkan agar Kursus Kesetiausahaan Pengurusan Kelab Dan Persatuan Kokurikulum yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga ia dapat melahirkan pelajar yang mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi dan mahir dalam menguruskan sesebuah organisasi. Selain itu, diharapkan segala ilmu dan pelajaran yang disampaikan akan dipraktikkan dalam badan uniform, kelab dan persatuan masingmasing oleh para peserta dengan sebaik-baiknya.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

Disahkan oleh,

............................................. MASTURA MUHAMAD MUKTAR Penyelaras

.............................................. MOHD TAHIR BIN ABDUL HAMID GPK Kokurikulum SMK Lui Barat

............................................. HJH. MAIMON BT ABDULLAH Pengetua Cemerlang SMK Lui Barat

TENTATIF KURSUS RABU 21 MAC 2011 2.15 ptg 2.30 ptg 2.30 ptg 3.00 ptg 3.00 ptg 4.00 ptg Taklimat Ceramah 1 Penubuhan Persatuan dan Penulisan Laporan Disampaikan oleh : Cik Mastura Bt Muhamad Muktar Latihan dalam kumpulan (LDK) Pengurusan Aktiviti ( Pengerusi) o Disampaikan oleh : En. Mohd Tahir Bin Abdul Hamid En. Mohd Affandi Bin Abdul Rahman Penulisan Laporan ( Setiausaha) o Disampaikan oleh : Cik Mastura Bt Muhamad Muktar Cik Nor Ashikin bt Shahabuddin 4.00 ptg 5.00 ptg Penyampaian Sijil Jamuan ringan

Anda mungkin juga menyukai