Anda di halaman 1dari 28

CUK2021- Taekwon-do II

EN. MOHAMED GHANI BIN ABDULLAH

TUGASAN (INDIVIDU)

TAJUK: Langkah Menubuhkan Persatuan Taekwondo di sesebuah Sekolah.

NAMA NO.MATRIK NO.IC GROUP

: MOHD HANAFI BIN HAMZA : D20091035431 : 890510-01-5331 :A

PAKAIAN SERAGAM, PERSATUAN/KELAB DAN SUKAN PERMAINAN. 1.LATAR BELAKANG 1.1 Inisiatif dan usaha menubuhkan kelab atau persatuan yang dipimpin, diangotai dan digerakkan oleh murid-murid adalah selaras dengan harsat menggiatkan lagi pelaksanaan program aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah seluruh negara. Malah Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Persatuan Sekolah ) 1998 seperti yang dimaktubkan dalam Warta Kerajaan P.U (A) 196 bertarikh 21 Mei 1998 menegaskan bahawa Guru Besar atau Pengetua, setelah menerima permohonan secara bertulis, hendaklah menubuhkan persatuan sekolah dari ketogeri yang berikut:1.1.1 Mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam PeraturanPeraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, 1.1.2 Hobi dan rekreasi; 1.1.3 Sukan dan permainan; 1.1.4 Badan beruniform; atau 1.1.5 Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar. 1.2Usaha menubuhkan kelab atau persatuan di sekolah adalah juga usaha kependidikan yang penting, khususnya untuk menyemai dan memupuk prinsip, kaedah dan kemahiran kepimpinan di kalangan murid, di samping membangunkan diri mereka menjadi insan yang mewarisi dan menghayati keseluruhan ciri-ciri kecemerlangan murid yang tersurat dan tersirat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 1.3 Sehingga kini inisiatif dan usaha sekolah menubuhkan kelab atau persatuan yang dipimpin, dianggotai dan digerakkan oleh murid-murid amatlah menggalakkan. Inisiatif dan usaha ini akan memberi impaks yang lebih besar kepada penyemarakkan kegiatan kokurikulum sebagai sebahagian daripada program pendidikan di sekolah, apabila pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran murid-murid memimpin, mengurus dan mengoperasikan kelab atau persatuan yang ditubuhkan itu dipertingkatkan secara bersepadu dan berterusan.

2. RASIONAL Berdasarkan hakikat kejadian insan, setiap murid mempunyai bakat dan potensi untuk memimpin, sekurang-kurangnya untuk memimpin diri sendiri menjadi apa yang diinginkan. Walau bagaimanapun pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran memimpin, mengurus dan mengoperasikan sesuatu kelab atau persatuan bukanlah warisan semula jadi. Pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran ini sebaliknya boleh diperolehi melalui proses-proses pengajaran dan pembelajaran formal dan tidak formal, pengalaman secara langsung, perkongsian pemikiran, pengalaman dan latihan.

3. MATLAMAT Agar dapat membantu guru dan murid-murid merancang dan melaksanakan dengan bermatlamat untuk melahirkan insan yang berwibawa, berketrampilan dan berkeyakinan tinggi sebagai pemimpin di sekolah dan berpotensi mengembangkan bakat dan upaya kepimpinan masingmasing ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang-bidang yang diceburi pada masa akan datang.

4. OBJEKTIF AM Guru-Guru dan murid-murid akan: 4.1 Mengetahui dan memahami ciri-ciri dan nilai-nilai kepimpinan yang diperlukan untuk memimpin, mengurus dan mengoperasikan kelab atau persatuan di sekolah. 4.2 Mengetahui dan memahami kaedah, stategi dan prinsip pengurusan kelab atau persatuan secara berkesan. 4.3 Mengetahui dan memahami kaedah dan stategi memimpin dan memotivasikan ahli-ahli kelab atau persatuan yang dipimpin 4.4 Mempunyai pengetahuan dan kemahiran merancang, mengelola, menyelia dan menilai aktiviti dan kegiatan kelab atau persatuan yang dipimpin. 4.5 Mempunyai keyakinan diri sebagai pemimpin yang berwibawa, berketrampilan dan berwawasan.

5. OBJEKTIF KHUSUS 5.1 Menjelaskan matlamat dan tujuan penubuhan kelab atau persatuan di sekolah dalam konteks kependidikan dan kepimpinan 5.2 Menjelaskan kaedah dan tatacara penubuhan kelab atau persatuan. 5.3 Menjelaskan kaedah dan tatacara pentadbiran dan pengurusan kelab atau persatuan 5.4 Menjelaskan kaedah dan tatacara pengurusan dan pengelolaan aktiviti dan kegiatan kelab atau persatuan di sekolah berdasarkan perancangan dan undang-undang. 5.5 Membentang dan menjelaskan ciri-ciri dan nilai-nilai asas kepimpinan. 5.6 Menjelaskan tanggungjawab dan peranan murid-murid sebagai warganegara berdasarkan Rujunegara, perlembagaan negara dan Wawasan 2020.

6. KELAB ATAU PERSATUAN

6.1 Definisi: Sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur, berpelembagaan, berperaturan dan berkepimpinan yang dianggotai oleh murid-murid sekolah yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai cita-cita serta matlamat yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama bagi memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan masing-masing. 6.2 Tujuan penubuhan/pembentukan kelab atau persatuan: 6.2.1 Menggabungkan murid-murid yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama supaya murid-murid berpeluang dan berkesempatan: a. Merancang dan melaksanakan aktiviti dan kegiatan secara berkumpulan. b. Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang diminati dan digemari. c. Menetapkan matlamat yang dipersetujui dan dilaksanakan bersama. d. Berkongsi sumber dan peralatan. e. Mewujudkan peluang kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi kepimpinan

f. Mewujudkan wahana kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi

PROSEDUR PENUBUHAN KELAB TAEKWONDO 1.0 Penubuhan 1.1 Mesyuarat penaja. 1.2 Surat permohonan penubuhan dari Guru Pemimpin/Penasihat kelab taekwondo , Kelab Sukan/Permainan kepada Pengetua/Guru Besar. (Rujuk Lampiran 1 ) 1.3 Surat Perlantikan dari Pengetua/Guru Besar kepada Guru Pemimpin/ kelab Taekwondo. ( Rujuk Lampiran 2 ) 1.4 Surat Kelulusan Penubuhan kelab taekwondo dari Pengetua/Guru Besar kepada Guru Pemimpin/Penasihat. (Rujuk Lampiran 3 ) 1.5 Tanggungjawab Guru Pemimpin/Penasihat. ( Rujuk Lampiran 4 ) 1.6 Surat Penurunan Kuasa daripada Pemimpin melalui Pengetua/Guru Besar kepada Ahli Jawatankuasa. ( Rujuk Lampiran 5 ) 1.6 Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa. ( Rujuk Lampiran 6 ) 1.7 Surat permohonan menubuhkan kelab taekwondo kepada agensiagensi kerajaan dan badan bukan kerajaan. ( Rujuk Lampiran 7A, 7B ) 2.0 Pelaksanaan 2.1 Perkara perkara yang perlu ada dalam Takwim ( Rujuk Lampiran 8 ) a. Pendaftaran. b. Mesyuarat Jawatankuasa kelab taekwondo c. Mesyuarat Agung kelab taekwondo d. Mesyuarat Jawatankuasa kelab taekwondo bagi kali 1,2 ..,.

e. Rancangan aktiviti. f. Hari Kokurikulum Sekolah. g. Penilaian h. Pelaporan. 2.2 Contoh Bentuk Format Takwim. ( Rujuk Lampiran 9 ) 2.3 Surat permohonan mengutip derma untuk kelab. ( Rujuk Lampiran 10 ) 2.4 Surat kelulusan mengutip derma dari Pengetua/Guru Besar dan contoh resit derma.( Rujuk Lampiran 11 ) 2.5 Surat pemberitahuan sekolah kepada ibubapa/penjaga berkaitan penglibatan murid dalam Kokurikulum. ( Lampiran 12 ) 2.6 Surat pemberitahuan kepada ibu bapa/penjaga ketidakhadiran murid dalam aktiviti Kokurikulum. ( Rujuk Lampiran 13 ) 3.0 Kandungan Fail dan Buku Pelaporan 3.1 Kandungan Fail fail taekwondo ( Rujuk Pengurusan Fail ) 4.0 Tempat 4.1 tempat pendaftaran (gambar 1) 4.2 tempat mesyuarat jawatankuasa (gambar 2) 4.3 tempat mesyuarat agung (gambar 3) 4.4 tempat mesyuarat jawatankuasa (gambar 4) 4.5 tempat gelanggang latihan. (gambar 5) 4.6 tempat gelanggang ujian latihan.(gambar 6)

MEWUJUDKAN KELAB TAEKWONDO DI SEKOLAH. Tertakluk kepada akta pendidikan 1996 : peraturan peraturan pendidikan (persatuan sekolah) 1998, dan di daftarkan di bawah unit perubungan dan pendaftaran JPN masing masing. TUJUAN PENUBUHAN Memupuk disiplin diri, kepimpinan dan kecergasan fizikal di kalangan pelajar sekolah. menggalakkan pelajar pelajar mengisi waktu lapang mereka dengan kegiatan berfaedah.

AKTIVITI DAN KEGIATAN aktiviti aktiviti latihan adalah berasaskan kepada peningkatan kemahiran mengikut kurikulum perguruan taekwondo berkenaan. Dari masa ke semasa latihan dijalankan. Sebagai persediaan sekiranya terlibat dengan pertandingan. diiktiraf oleh badan induk

PAKAIAN SERAGAM Semua anggota hendaklah memakai pakaian seragam yang lengkap semasa menjalankan latihan.

TANGGUNGJAWAB SEKOLAH
-

Memastikan kegiatan ini bergerak selaras dengan matlamat yang telah ditetapkan oleh kementerian Pendidikan Malaysia.

KETETAPAN KPM
-

Apa jua jenis persatuan atau kegiatan seni bela diri yang ingin atau sedang mengembangkan kegiatan diperingkat sekolah perlulah terlebih dahulu mendaftar dengan kementerian belia dan sukan

BERDAFTAR DENGAN BADAN INDUK Taekwondo Malaysia (MTA) Malaysian Taekwondo Association ( MTA)

TANGGUNGJAWAB PERTUBUHAN Perlu mendapat surat kelulusan pendaftaran kementerian belia dan sukan sebelum dibenarkan pertubuhan tersebut memulakan atau meneruskan kegiatannya. Jurulatih yang dijemput oleh PPD / JPN yang boleh menjalankan aktiviti sekolah.

TANGGUNGJAWAB JURULATIH Semua jurulatih hendaklah berdaftar Sesalinan sijil kejurulatian yang dikeluarkan oleh badan perguruan yang berkenann hendaklah diperolehi dari jurulati yang ditugaskan di sekolah Pastikan ianya telah diperbaharui pendaftaranya Jurulatih dilarang mewakikan kepada orang lain untuk melatih murid sekolah berkenaan. Jurulatih hendaklah menjaga etika sebagai seorang pendidik.

PENASIHAT KELAB Hendaklah diawasi oleh sekurang kurangnya seorang guru. Dilantik oleh pihak sekolah Sentiasa berada bersama pelajar sewaktu latihan Bertanggungjawab kepada keselamatan pelajar.

PELAKSANAAN AKTIVITI Aktiviti boleh dijalankan di mana mana dalam kawasan sekolah Sebagai gerak kerja kokurikulum, waktu melaksanakan aktiviti hendaklah di luar jadual waktu sekolah Aktiviti latihan hendaklah dijalankan sekurang kurangnya sekali seminggu.

KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN PELAJAR Pemilihan, latihan pertandingan atau kejohanan yang akan disertai oleh murid: Mesti diketahui oleh pengetua/ guru besar Dipersetujui oleh pengarah pelajaran negeri Mendapat kebenaran bertulis dari ibubapa atau penjaga Tidak akan menganggu atau menjejaskan persekolahan mereka

Perlindungan insuran dan langkah langkah kecemasan untuk murid mesti disediakan

Lampiran 1 Contoh Surat Permohonan Penubuhan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/Persatuan Dan Kelab Sukan/Permainan Pengetua SMK Putrajaya 1 4, Jalan P8, Presint 8, 62250 Putrajaya Tuan, PERMOHONAN PENUBUHAN TAEKWONDO (ITF) Dengan hormatnnya dimaklumkan bahawa saya, MOHAMAD BIN ABD. SATTAR berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196 , yang berkait dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk menubuhkan TAEKWONDO (ITF) SMK PUTRAJAYA 1 mulai 1 hb.Januari , 2003. 2. Bersama sama ini disertakan : 2.1 Draf Perlembagaan. 2.2 Draf Aktiviti Asas. 2.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja. 3. Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, Kerjasama daripada pihak tuan meluluskan permohonan ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih

.. ( MOHAMAD BIN ABD. SATTAR ) Guru Pemimpin Pengakap, SMK Putrajaya 1 4, Jalan P8, Presint 8, 62250 Putrajaya . s.k. Fail taekwondo

Lampiran 2 Contoh Surat Kelulusan Penubuhan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/Persatuan Dan Kelab Sukan/Permainan

Encik Mohamad bin Abd. Satar Guru Pemimpin Taekwondo (ITF), SMK Putrajaya 1 Tuan, KELULUSAN PENUBUHAN PERGERAKAN PENGAKAP Merujuk surat tuan SMKPj1/2001(20) bertarikh 12 Disember 2002 dinyatakan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti yang termaktub dalam Peraturan (4) Warta kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196, sukacita dimaklumkan permohonan tuan untuk menubuhkan Taekwondo (ITF) SMK PUTRAJAYA 1 adalah DILULUSKAN berkuat kuasa mulai 1 hb. Januari 2003. 2. Semoga tuan dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi.

Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

.. ( )

Pengetua SMK Putrajaya 1 4, Jalan P8, Presint 8, 62250 Putrajaya Merangkap PENOLONG PENDAFTAR PERSATUAN SEKOLAH s.k. 1. 2. 3. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah GPK Kokurikulum Fail Taekwondo (ITF)

Lampiran 3

Contoh Surat Perlantikan Encik Mohamad bin Abd. Sattar, Guru, SMK Putrajaya 1 4, Jalan P8, Presint 8, 62250 Putrajaya Tuan, PERLANTIKAN SEBAGAI GURU PEMIMPIN TAEKWONDO Berhubung perkara diatas, dimaklumkan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti termaktub dalam Peraturan (4) Warta kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196, bahawa tuan telah dilantik sebagai Guru Pemimpin Taekwondo, SMK Putrajaya 1 berkuatkuasa mulai 1 hb. Januari 2003 hingga 31hb. Disember 2003. a. 3. Bersama - samaini disertakan senarai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh tuan. Semoga dengan pelantikan ini tuan dapat menjalankan tanggungjawab untuk meninggikan prestasi perkhidmatan pendidikan dan taekwondo ITF

Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

. ( ) Pengetua SMK Putrajaya 1 4, Jalan P8, Presint 8, 62250 Putrajaya Merangkap PENOLONG PENDAFTAR PERSATUAN SEKOLAH s.k. 1. 2. 3. Fail Peribadi Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah Fail Pengakap

Lampiran 4 Tanggungjawab Guru Pemimpin/Penasihat 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli jawatankuasa. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah. Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Passukan Pakaian Seragam, Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan/Permainan. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik. Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disedia dan difailkan. Mendaftarkan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab Persatuan dan Kelab Sukan/ Permainan kepada Pengetua/Guru Besar atau Badan Induk. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada Ahli-ahli. Mengurus penyertaan ahliahli dalam kegiatan di peringkat sekolah/zon/daerah/negeri dan kebangsaan dengan baik. Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan . Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli. Menandatangani Buku Kehadiran Ahli. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang

13 14. 15. 16.

17. 18. 19. 20. 21.

diwakili . Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua/Guru Besar dari semasa ke semasa.

Lampiran 5 Contoh Surat Penurunan Kuasa Daripada Guru Penasihat/Pemimpin Kepada Ahli Jawatankuasa Johari bin Mat, Tingkatan Empat Sains 1, SMK Putrajaya 1 Melalui dan salinan: Pengetua SMK Putrajaya 1 4, Jalan P8, Presint 8, 62250 Putrajaya Saudara, SURAT PENURUNAN KUASA KEPADA JAWATANKUASA Berhubung perkara tersebut diatas, dinyatakan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti termaktub dalam Peraturan (4) Warta Kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196, saudara telah dilantik sebagai Pengerusi Taekwondo ITF SMK Putrajaya 1 berkuat kuasa mulai 1 Januari 2003 hingga 31 Disember 2003. 2. Bersama-sama ini disertakan Senarai Tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh saudara. 3. Semoga dengan perlantikan ini saudara dapat menjalankan tanggungjawab untuk meninggikan prestasi Taekwondo ITF. Sekian , terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah, . ( ) Guru Pemimpin Pergerakan Pengakap, SMK Putrajaya 1 4, Jalan P8, Presint 8, 62250 Putrajaya . s.k. 1. Fail Taekwondo 2. Fail Guru Penasihat/Guru Pemimpin

Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa 1. Pengerusi 1.1 Mempengerusikan mesyuarat yang diadakan. 1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala tindakan yang diputuskan diambil tindakan sewajarnya. 1.3 Membincangkan semua program dan aktiviti mingguan, semester dan tahunan bersama-sama ahli jawatankuasa dan guru penasihat. 1.4 Memastikan semua kegiatan yang dirancang dapat dijalankan dengan baik. 1.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa ke semasa 2. Naib Pengerusi 2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi. 2.2 Mempengerusikan mesyuarat jika pengerusi tidak dapat hadir. 2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa ke semasa. 3. Setiausaha

3.1 Mencatat minit mesyuarat dan mengedarkannya kepada ahli. 3.2 Menyediakan laporan semester dan laporan tahunan untuk diselia oleh Guru Pemimpin. 3.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa ke semasa.

4. Penolong Setiausaha 4.1 Membantu Setiausaha menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya. 4.2 Berkerjasama dengan setiausaha. 4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa ke semasa. 5. Bendahari 5.1 Mengutip wang derma daripada ahli. 5.2 Mencatat wang masuk dan keluar dalam laporan kewangan. 5.3 Menyerahkan segala kutipan untuk disemak dan disimpan oleh Guru Pemimpin. 5.4 Mengeluarkan resit bagi penerimaan dan pembayaran yang dibuat. 5.5 Memastikan akaun sentiasa dikemaskini. 6. Ahli Jawatankuasa 6.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan dengan sebaik mungkin. 6.2 Menjalankan tugastugas

lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin.

Lampiran 7A/7B Contoh Surat Pendaftaran Taekwondo ITF Sekolah Daripada Guru Penasihat/Pemimpin Kepada Taekwondo Malaysia Guru Pemimpin Taekwondo ITF SMK Putrajaya 1 4, Jalan P8, Presint 8, 62250 Putrajaya Taekwondo ITF, Malaysian Taekwondo Association, Jalan Hang Jebat, 56000 Kuala Lumpur. Melalui dan salinan: Pengetua SMK Putrajaya 1 4, Jalan P8, Presint 8, 62250 Putrajaya Tuan, PENDAFTARAN TAEKWONDO SEKOLAH Berhubung perkara tersebut diatas, bersama-sama disertakan senarai ahli-ahli taekwondo SMK PUTRAJAYA 1 dan juga senarai guru-guru penasihat yang akan mengendalikan taekwondo ITF tersebut. 2. Semoga dengan pendaftaran tersebut pihak sekolah akan memperolehi segala berita pengakap semasa agar dapat menjalankan tanggungjawab untuk meninggikan prestasi Taekwondo ITF. Sekian , terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

. ( ) Guru PemimpinTaekwondo ITF, SMK Putrajaya 1 4, Jalan P8, Presint 8, 62250 Putrajaya s.k. 1. 2. 3. 4. 5. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Pengawai Pendidikan Daerah Sepang . Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sepang. Fail Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah Fail taekwondo

Bulan Januari

Minggu / tarikh Minggu 2 Minggu 4

Aktiviti Pendaftaran Kelab/Persatuan Pendaftaran Ahli Suai Kenal Antara Ahli taekwondo Penyusunan Organisasi Tanggungjawab Ahli Dasar taekwondo Peraturan dan UndangUndang Pembelajaran asas Gerakan asas Teknik tumbukan 1 front punch Teknik tumbukan 2 rise punch Teknik tendangan 1 front kick Teknik tendangan 2 high kick Teknik blocking 1 Teknik blocking 2 Gabungan teknik tumbukan Gabungan teknik tendangan

Catatan / tindakan Pengetua / KOKO/Guru Penasihat GPK

Februari

Minggu 2 Minggu 4

Mac

Minggu 2 Minggu 4

April

Minggu 2 Minggu 4

Mei

Minggu 2 Minggu 4

Jun

Minggu 2 Minggu 4

Julai

Minggu 2 Minggu 4

Ogos

Minggu 2 Minggu 4

September

Minggu 2

Minggu 4 Okotber Minggu 2 Minggu 4 November Minggu 2 Minggu 4

Gerakan chun ji Pemantapan cun- ji Latihan pengukuhan Pra penilaian Grading.

Lampiran 10 Contoh Surat Permohonan Kebenaran Memungut Derma, Taekwondo ITF SMK Putrajaya 1 Pengetua SMK Putrajaya 1 4, Jalan P8, Presint 8, 62250 Putrajaya Tuan, PERMOHONAN MEMUNGUT DERMA TAEKWONDO ITF Dengan hormatnnya dimaklumkan bahawa saya, MOHAMAD BIN ABD. SATTAR berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196 , yang berkait dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk memungut derma Taekwondo ITF smk putrajaya 1 mulai 1 hb.Januari , 2003. 3. Bersama-sama ini disertakan keputusan mesyuarat jawatankuasa mengenai jumlah pungutan derma yang dipohon untuk dikutip daripada setiap ahli. 3.1 3.2 3.3 Kutipan setiap minggu ialah RM 0.25 Kutipan setiap bulan ialah RM 1.00. Kutipan setahun ialah RM 12.00.

3. Kerjasama daripada pihak tuan meluluskan permohonan ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih

Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, .. ( MOHAMAD BIN ABD. SATTAR ) Guru PemimpinTaekwondo, SMK Putrajaya 1 4, Jalan P8, Presint 8, 62250 Putrajaya s.k. 1. 2. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah Fail Taekwondo

Contoh Surat Kelulusan Mengutip Derma,

Encik Mohamad bin Abd. Sattar, Guru Pemimpin Pergerakan Pengakap, SMK Putrajaya 1 4, Jalan P8, Presint 8, 62250 Putrajaya Tuan, KELULUSAN MEMUNGUT DERMA TAEKWONDO ITF Merujuk surat tuan SMKBBU/7/P/2003(15) bertarikh 25 Januari 2003 dinyatakan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti yang termaktub dalam Peraturan (4) Warta kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196, sukacita dimaklumkan permohonan tuan untuk memungut derma Taekwondo ITF SMK Putrajaya 1 adalah DILULUSKAN berkuat kuasa mulai 1 hb. Januari 2003. 2. Semoga tuan dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

.. ( ) Pengetua SMK Putrajaya 1 4, Jalan P8, Presint 8, 62250 Putrajaya Merangkap PENOLONG PENDAFTAR PERSATUAN SEKOLAH s.k. 1. 2. 3. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah Fail Pengakap Fail Guru Penasihat/Guru Pemimpin

Lampiran 12 Contoh Surat Pemberitahuan Kepada Ibu Bapa/Penjaga, Pengelibatan Anaknya Dalam Taaekwondo ITF SMK Putrajaya 1 Pengetua SMK Putrajaya 1 4, Jalan P8, Presint 8, 62250 Putrajaya Encik Putih bin Sulaiman, No. 21, Jalan P8 G1/2 Presint 8, 62250 Putrajaya Tuan, PENERIMAAN AHLI TAEKWONDO ITF Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa anak tuan, Putera bin Putih pelajar Tingkatan 1A2, telah diterima menjadi ahli Taekwondo ITF SMK Putrajaya 1 dan dikehendaki menjalani latihan/perjumpaan pada setiap hari Sabtu minggu ke2 dan ke4 dari jam 9.00 hingga 11.00 pagi.

2. Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan sekolah telah meluluskan kutipan derma Taekwondo ITF Sekolah berjumlah RM 12.00 setahun. Oleh itu, pihak kami berbesar hati jika anak tuan dapat membuat pembayaran kepada bendahari samada pembayaran mengikut mingguan (RM 0.25), atau bulanan (RM 1.00) atau tahunan (RM 12.00) bermula dari bulan Januari 2002. 2. Semoga tuan dapat memberikan sokongan demi meningkatkan lagi penglibatan anak tuan dalam kegiatan kokurikulum dengan penuh dedikasi. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, .. ( ) Pengetua SMK Putrajaya 1 4, Jalan P8, Presint 8, 62250 Putrajaya Merangkap PENOLONG PENDAFTAR PERSATUAN SEKOLAH s.k. 1. 2. 3. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah Fail Pengakap Guru Pemimpin Pergerakan Pengakap

Lampiran 13 Contoh Surat Pemberitahuan Kepada Ibu Bapa/Penjaga, Ketidakhadiran Anaknya Dalam Taekwondo ITF SMK Putrajaya 1 Pengetua SMK Putrajaya 1 4, Jalan P8, Presint 8, 62250 Putrajaya Encik Putih bin Sulaiman, No. 21, Jalan P8 G1/2 Presint 8, 62250 Putrajaya Tuan, KETIDAKHADIRAN AHLI TAEKWONDO ITF

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa anak tuan,Kamarul bin Putih pelajar Tingkatan 1A2, seorang ahli Taekwondo ITF SMK Putrajaya 1 telah tidak hadir semasa latihan/perjumpaan pada setiap hari Sabtu jam 9.00 hingga 11.00 pagi sepertimana tarikh-tarikh berikut: Tarikh: 10 Januari, 17 Januari, 8 Februari 2003 2. Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan sekolah memohon kerjasama pihak tuan untuk mempastikan bahawa ketiidakhadiran anak tuan pada tarikh tersebut adalah dalam pengetahuan tuan. Pihak kami sangat berbangga jika pihak tuan dapat berjumpa Guru Pemimpin Taekwondo (En. Mohamad bin Abd. Sattar) untuk mendapat makluman selanjutnya. 2. Semoga tuan dapat memberikan sokongan demi meningkatkan lagi penglibatan anak tuan dalam kegiatan kokurikulum dengan penuh dedikasi. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, .. ( )

Pengetua SMK Putrajaya 1 4, Jalan P8, Presint 8, 62250 Putrajaya Merangkap PENOLONG PENDAFTAR PERSATUAN SEKOLAH s.k. 1. 2. 3. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah Guru Pemimpin Pengerakan Pengakap. Fail Pengakap

KERTAS KERJA ________________________________________________________________ Permohonan Penubuhan Persatuan Taekwondo ITF Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara

Kulai Johor. ________________________________________________________________ TARIKH : Januari 2011 TEMPAT : Dewan Sekolah Men.Keb. Bandar Tenggara

ANJURAN : Guru Penaung dan Penaja Persatuan Taekwondo Sek.Men.Keb.Bandar Tenggara DENGAN KERJASAMA: Unit Kokurikulum Sek.Men.Keb.Bandar Tenggara & Guru Penolong Kanan Kokurikulum: En.Ahmad Bin Survi.

1.0

TUJUAN Kertas kerja ini dikemukakan bagi mendapatkan pertimbangan dan sokongan dengan tujuan berikut: I. Untuk mengusulkan cadangan mewujudkan persatuan Taekwondo ini kepada pejabat pendidikan daerah

II.

Memohon mendapatkan kelulusan, peruntukan kewangan serta sokongan daripada Unit Kokurikulum Pejabat Daerah KulaiJaya.

2.0

PENGENALAN Persatuan Taekwondo merupakan sebuah persatuan seni mempertahankan diri. Seni mempertahankan diri ini berasal dari Korea dan telah berkembang diseluruh dunia. Di sebabkan sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara ini masih lagi tidak mempunyai persatuan seni mempertahankan diri, maka saya sebagai guru baru bertugas di sekolah ini mencadangkan supaya persatuan ini dibuka kepada pelajar-pelajar yang berminat. Penubuhan kelab ini akan dapat membantu para pelajar yang menyertai meningkatkan kecergasan diri, disiplin dan juga tumpuan yang tinggi.

3.0

OBJEKTIF Penubuhan Kelab Taekwondo adalah bertujuan untuk:I. II. Membantu pelajar untuk mempelajari seni mempertahankan diri. Membantu pelajar-pelajar untuk bersedia terhadap ancaman-ancaman yang mendatang, dan mereka boleh menggunakan seni pertahanan diri ini untuk melindungi diri mereka sekiranya perlu. III. IV. Membantu pelajar untuk mengisi masa terluang pada hari minggu dengan memberi ilmu yang sangat berguna pada diri mereka sendiri. Membentuk sahsiah yang bekeperibadian dalam kalangan pelajar terutamanya dari segi semangat kerja berpasukan serta disiplin yang tinggi.

4.0

JUSTIFIKASI Ilmu seni mempertahankan diri taekwondo ini memberi pendedahan kepada pelajar pentingnya ada kemahiran pergerakan yang boleh melindungi diri dari bahaya luar. Selain itu ia meningkatkan tahap keyakinan seseorang pelajar. Taekwondo ini juga dapat mendisiplinkan diri dalam kalangan pelajar dan secara tidak langsung ia dapat menjadi

akar umbi jati diri seseorang pelajar agar dapat dipraktikan apabila berada di dalam pergaulan masyarakat kelak. 5.0 KEMAHIRAN INSANIAH DAN HASIL PEMBELAJARAN 5.1. 5.2. 5.3. i) ii) iii) iv) v) 6.0 Ahli dapat memperoleh kemahiran komunikasi dan pergerakan yang tersusun dan berkesan sesuatu program. Mempelbagaikan kebolehan dan pengetahuan pelajar dalam menuntut ilmu Aktiviti yang dijalankan dapat membentuk keperibadian setiap ahli berasaskan :Kemahiran fizikal Kemahiran Berfikir Kemahiran Belajar Berterusan Kemahiran Kepimpinan Disiplin

MASA DAN TEMPAT LATIHAN Hari Masa Tempat : Sabtu dan Ahad. : 8.00am-11.00am : Dewan Sekolah

8.0

KUMPULAN SASARAN/PESERTA Pelajar tingkatan satu sehingga tingkatan 5.

9.0

TENTATIF PROGRAM SEMINAR PROFESIONALISME SILAT CEKAK II

10.0

SENARAI AHLI JAWATANKUASA JAWATANKUASA INDUK

Penaung Persatuan Ketua persatuan

: EN. MOHD HANAFI BIN HAMZA


: M.H. FAIZAS

Penolong Ketua Setiausaha Timbalan Setiausaha Bendahari

: NUR SENI BINTI RAHAMAT : NUR SUHAIR BTE JAMIL KHAIR : HAZIHA NADIA BT WAHAB : MURNI BT MAT JALI

11.0

ANGGARAN KEWANGAN Yuran Penyertaan : RM 150.00

Uniform Taikwondo

: RM 60.00

Jumlah

: RM 210.00

12.0

PENUTUP

Menjadi harapan semua pihak jawatankuasa agar persatuan ini mendapat sokongan daripada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi melancarkan dan menyempurnakan perlaksanaannya. Sokongan daripada semua pihak akan memastikanObjektif dan matlamat persatuan tercapai. Oleh itu, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan tiap-tiap seorang daripada mereka atas sumbangan wang ringgit, buah fikiran dan kepakaran dalam menjayakan penyubuhan persatuan Taekwondo ini. Disediakan Oleh: (Mohd Hanafi Bin Hamza) Penaung Persatuan Taekwondo.

Anda mungkin juga menyukai