Anda di halaman 1dari 22

1.

PENDAHULUAN Menyertai kelab atau persatuan adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala sosial. Penglibatan yang aktif di dalam kelab juga juga dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kreativiti yang terpendam di dalam diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang bakal diatur oleh kelab, pelajar akan didedahkan dengan suatu persekitaran baru dan membuka minda mereka untuk melihat segala yang ada di sekeliling mereka dalam perspekti yang baru dan positif. Selaras dengan itu, penubuhan Kelab Grooming ini telah dirancang supaya mampu menarik penglibatan yang aktif daripada para pelajar . Tujuan utama penubuhan kelab ini adalah untuk menjadi alternatif kepada pelajar yang mungkin mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang pengurusan diri ini dan menjadi medan untuk berekperimentasi dengan gaya atau fesyen terkini. Dengan itu, diharapkan mereka mempunyai ruang dan peluang untuk memperkembangkan potensi diri selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan

2.0

OBJEKTIF Setelah tamat mengikuti segala aktiviti kelab ini, pelajar boleh: a) Menggayakan pelbagai fesyen terkini yang bersesuaian dengan masa dan tempat b) Mengaplikasikan pengetahuan dandanan dan solekan diri untuk diri sendiri atau rakan-rakan. c) Menonjolkan diri di khalayak umum dengan yakin merendah diri d) Bertindak sebagai pemimpin kerana telah mempunyai pengalaman memegang jawatan penting di dalam kelab tanpa perasaan

3.0

HALA TUJU (RASIONAL)/MATLAMAT a) Memberi peluang kepada para pelajar untuk memperkembangkan potensi diri serta minat dalam bidang keterampilan diri.

b) Meningkatkan motivasi diri supaya dapat melahirkan pelajar yang lebih berkeyakinan dan percaya kepada kebolehan diri. c) Memberi ilmu pengetahuan yang berguna dan mampu diaplikasikan oleh pelajar dalam menempuh dunia luar. d) Mendidik para pelajar supaya dapat berkongsi ilmu dan pengalaman serta bakat yang ada kepada rakan-rakan yang lain. 4.0 NAMA KELAB/PERSATUAN Kelab Grooming 5.0 ORGANISASI Penasihat : Tn.

Pengerusi

: Pn. Hajah Umaizahrah binti Alwi Pengetua SMK Gajah Berang

Naib Pengerusi

:En. Omar bin Yusof (GPK 1) Pn. Chu Yuan Lye(GPK HEM) En. Azmi bin Abdullah (PIBG)

Setiausaha

: Datin Lim Bee Lay (GPK KOKO)

Penolong Setiausaha :Pn. Norwati binti Ab Rahim

Ahli Jawatankuasa: 1. Pn Nur Syuhairah binti Abu Bakar

2. Pn. Habibah binti Omar 3. Pn. Ong Siew Mei 4. En. Abdul Assyraf bin Ahmad

6.0

TAGLINE/ MOTTO Ketrampilan hebat membentuk personaliti unggul

7.0

PERLEMBAGAAN

ARTIKEL SATU PERATUAN-PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG (PERLEMBAGAAN) BAGI KELAB GROOMING SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GAJAH BERANG, MELAKA. 1.1 NAMA:

Kelab ini dikenali dengan nama Kelab Kelab Grooming Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang atau ringkasnya KGSMKGB yang selepas ini disebut sebagai kelab sahaja. 1.2 ALAMAT:

Kelab Grooming Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang, Jalan Gajah Berang 70200 Melaka. ARTIKEL DUA 2.1 PENDAFTAR:

Pendaftar kelab ini ialah Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang, Jalan Gajah Berang 70200 mengikut Peraturan 4 dan 5 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jil.42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998.

2.2

NO. PENDAFTARAN:

28/2013/SMK Gajah Berang 2.3 DOKUMEN PENDAFTARAN:

Bil: (28) dlm. SMKGB 03/02/12 bertarikh 4 Februari 2013.

ARTIKEL TIGA 3.1 PENASIHAT:

Penasihat kelab ini dilantik oleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang mengikut Peraturan 8 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Jil. 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21 Mei 1998. 4.1 TUJUAN:

Kelab ini ditubuhkan dengan tujuan untuk:4.1.1 Mengumpulkan pelajar-pelajar yang berminat dengan aktiviti grooming atau membentuk ketrampilan 4.1.2 4.1.3 Memupuk kemesraan, semangat sepasukan dan bersatu padu di kalangan ahli. Menyemarakkan kegiatan-kegiatan kependidikan yang berkaitan dengan bidang grooming atau ketrampilan diri. 4.1.4 Mewujudkan peluang kepada ahli-ahli kelab mengembangkan bakat dan potensi masing-masing dalam bidang grooming atau ketrampilan diri.

4.1.5

Meningkatkan pengetuhan, pengalaman, dan kemahiran ahli-ahli dalam bidang grooming atau ketrampilan diri.

ARTIKEL LIMA 5.1 5.1.1 5.1.1.1 KEAHLIAN: Syarat-syarat keahlian: Keahlian adalah terbuka kepada semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang.

5.1.1.2

Permohonan untuk menjadi ahli boleh dibuat menggunakan Borang Permohonan Menjadi Ahli (Borang PMA) dan dikemukakan kepada Setiausaha tidak lewat daripada 31 Januari setiap tahun.

5.1.1.3

Kelulusan permohonan menjadi ahli akan dipertimbang dan diluluskan oleh Jawatankuasa. Keputusan Jawatankuasa menerima atau menolak sesuatu permohonan adalah muktamad.

5.1.1.4

Setiap permohonan untuk menjadi ahli hendaklah atas kerelaan sendiri tanpa dipaksa atau dipengaruhi oleh manamana pihak dan mendapat persetujuan daripada ibu bapa atau penjaga masing-masing.

5.1.2

Hak ahli:

Seseorang yang telah disahkan keahliannya berhak untuk:5.1.2.1 5.1.2.2 5.1.2.3 5.1.2.4 5.1.2.5 Mengundi dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa kelab; Menjadi calon dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa kelab; Menghadiri dan menyertai aktiviti-aktiviti kelab; Menggunakan peralatan, prasarana, dan kemudahan-kemudahan kepunyaan kelab; Mengemukakan cadangan, aduan, idea dan pendapat kepada Ahli Jawatankuasa Kelab mengenai isu-isu yang berbangkit. 5.1.3 Kewajipan Ahli:

Seseorang pelajar yang telah disahkan menjadi ahli kelab ini wajib:

5.1.3.1

Menghormati, mendukung, dan mematuhi Perlembagaan dan PeraturanPeraturan Kelab ini sepanjang masa dan dalam semua keadaan;

5.1.3.2

Mematuhi, menghormati dan melaksanakan semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kelab;

5.1.3.3 5.1.3.4 5.1.3.5 5.1.3.6

Menjaga dan mempertahankan nama baik, maruah dan identiti kelab; Memelihara dan menjaga harta benda kelab; Tidak menyebarkan kepada sesiapa sahaja rahsia-rahsia kelab; Tidak mementingkan diri sendiri sebaliknya sentiasa bekerjasama dan bermuafakat dengan ahli-ahli lain;

5.1.3.7

Tidak mengkhianati sebarang usaha atau program-program yang dianjurkan oleh kelab;

5.1.3.8

Menjelaskan derma keahlian sebelum 31 Januari setiap tahun.

5.1.4

Pemberhentian dan Pemecatan Ahli.

5.1.4.1

Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli kelab hendaklah menyerahkan permohonan bertulis sebulan terlebih dahulu kepada Setiausaha. Permohonan untuk berhenti daripada menjadi ahli akan diluluskan oleh Jawatankuasa Kelab atas nasihat Guru Penasihat.

5.1.4.2

Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang dan peraturanperaturan kelab atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik kelab boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Kelab atas nasihat Guru Penasihat. Sebelum Jawatankuasa Kelab memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebabsebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberikan penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan dan penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan atas rayuan oleh ahli tersebut.

8.0 8.1

FALSAFAH/MISI/VISI Falsafah Melahirkan seorang individu yang mempunyai personaliti unggul seperti berkeyakinan, sentiasa befikiran positif dan disenangi ramai melalui pembentukan

ketrampilan luaran dan dalaman hebat dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. 8.2 Visi Menjadi sebuah kelab yang dapat membentuk personaliti diri murid yang unggul melalui ketrampilan luaran dan dalaman

8.3

Misi Membentuk ketrampilan luaran dan dalaman murid-murid melalui aktiviti-aktiviti seperti kesedaran kepentingan ketrampilan diri, teknik-teknik membentuk ketrampilan luaran dan dalaman dan cara mengekalkan ketrampilan diri.

9.0

KUMPULAN SASARAN/AHLI Ahli terbuka kepada semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang dari Tingkatan 1 hingga 5.

10.0

CADANGAN AKTIVITI KELAB Perjumpaan biasa : setiap hari Rabu (hari ko-kurikulum) Masa : 2.30 4.30 petang. Aktiviti Tambahan: Setiap hari Sabtu (dua kali sebulan) Masa : 8.00-11.00 pagi

Bil 1 2 3 4 5 6

Cadangan Aktiviti Bengkel Penjagaan Muka Kursus Dandanan dan Solekan Kursus Dandanan Rambut Bengkel Motivasi Keyakinan Diri Ceramah Pemakanan Sihat Kolej Komuniti

Usaha Sama

Butik Mentari Kreatif Salun Yoki Dr. Tuah Iskandar Pakar Pemakanan Hospital Besar Melaka

11.0

TAKWIM/PELAKSANAAN (RUJUK LAMPIRAN)

12.0 12.1

PERUNTUKAN KEWANGAN/ ANGGARAN BAJET Perbelanjaan

Perbelanjaan 1.Yuran Pendaftaran Kelab 2. Peralatan Pejabat (Kertas, Alatan Tulis) 3. Promosi 4. Aktiviti

RM

12.2

Pendapatan

Pendapatan 1. Akaun SUWA 2. Yuran Murid

RM

3.

13.0

JAWATAN KUASA INDUK Pengerusi Naib Pengerusi 1 Naib pengerusi 2 : Pn. Hjh Umaizahrah binti Alwi (Pengetua) : Datin Lim Bee Lay (GPK Kokurikulum) : En. Azmi bin Abdullah (Wakil PIBG)

14.0

JAWATAN KUASA KERJA Penyelaras Kelab Setiausaha Bendahari AJK : Pn. Norwati binti Ab. Rahim : Pn. Nur Syhuhairah binti Abu Bakar : Pn Aminah Hassan : En. Abu Bin Bakar En. Rabu Bin Kamis Pn. Khatijah Bt. Ibrahim En. Ahmad Bin Mohd Pn. Mastura Binti Rahmat En. Hussain Bin Abu Hassan (Wakil PIBG)

3.15

SENARAI TUGAS

3.16 Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Bil. 9. 1 10. 11. 12. 13. 2 14. 15. 16. 17. 18. 3 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 4 26. 27. 28. 29. 30.

SENARAI NAMA MURID Nama Pelajar Jantina Kelas NUR HAZIRAH BT MOHAMMAD KHIR NUR IZZATI HASLIZA NUR HUDA BT MOHD FAROUK NUR NISA DIANA BT IN-SHARIZAL NUR INSYIRAH SUFIAN NORIZA BINTI AB RAHIM AZLINA BT ABDULLAH MOHD AMIN BIN MOHD ZAIN Jawatan Tugas SALWA BINTI CHE MAT Penyelaras Kelab MOHD NOR Menyelaras dan memantau setiap aktiviti yang NOR LAILY BINTI SHARVINA A/P RAMMESH RAO dijalankan NORA BINTI IBRAHIM OOI VI XIA Setiusaha KEN WERN Menguruskan urusan surat-menyurat yang PHANG berkaitan dengan kelab Bendahari AJK Peralatan AZHARI BIN OTHMAN TAN KEN SHIH Menyediakan jadual tugasan bagi semua AJK yang terlibat Menguruskan sistem kewangan kelab Merekod hasil P jualan, belian, stok, invois, resit P dan sebagainya P Menguruskan dokumen yang berkaitan dengan P aktiviti kelab P P Menyediakan peralatan yang diperlukan untuk P setiap aktiviti P L Memastikan semua peralatan yang diperlukan L lengkap Memastikan semua peralatan dalam keadaan baik dan berfungsi Mengenal pasti barang-barang yang dapat diperlukan mengikut keperluan aktiviti Menguruskan pembelian barang-barang yang diperlukan Memastikan stok dalam kuantiti yang mencukupi

AJK Belian

3.17

JAWATAN KUASA MURID Pengerusi Naib pengerusi Setiausaha Bendahari Ketua AJK AJK Tingkatan Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 : : : : : : : : : :

3.19

SURAT PENUBUHAN

3.20

SURAT KEBENARAN IBU BAPA

3.21 3.22

SURAT MOHON TAJAAN/YURAN BORANG KEBENARAN IBU BAPA DAN KUTIPAN YURAN

Kelab Grooming Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang,, Jalan Gajah Berang, Melaka.. _____________________________________________________________________ Ruj kami : SKPT/09/01/01(1) Tarikh : 01 Januari 2005 Tuan Pengetua Sekolah Menengah kebangsaan Gajah Berang Jalan Gajah Berang, MELAKA.

Tuan , PERMOHONAN PENUBUHAN PERSATUAN BAHASA MELAYU Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya ..( nama)... berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998,P.U. (A) 196, yang berkait dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk menubuhkan Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Menengah Kebangsaaan Gajah berang mulai 3 Februari 2013. 2. Sehubungan itu , bersama-sama ini dikemukakan maklumat-maklumat berikut: 2.1 Draf Perlembagaan. 2.2 Draf Aktiviti Asas. 2.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja. Kerjasama dan jasa baik tuan bagi meluluskan perkara diatas terlebih dahulu diucapkan terima kasih Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA BERSAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN Saya yang menurut perintah, ___________________________ (PN. NORWATI BINTI AB RAHIM) Guru Penasihat, Kelab Grooming, Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang , Melaka.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JUASSEH KM 12, JALAN KUALA PILAH BAHAU 72500, JUASSEH

Rujukan Tuan : Rujukan Kami : Tarikh ____________________ ____________________ : 24 Mac 2013

Tuan/Puan,

Makluman Penyertaan dan Kutipan Yuran Bagi Kelab Grooming Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang Berhubung dengan perkara di atas, adalah dimaklumkan anak Tuan/Puan telahberminat untuk menyertai Kelab Grooming SMK Gajah Berang. Berikut ialah butiran terperinci tentang Kelab tersebut: Nama Kelab Hari Perjumpaan Masa perjumpaan Tempat : : : : Kelab Grooming SMK Gajah Berang Setiap Selasa dan Khamis 4.30 petang 3.00 -4.30 petang Kelas 3 Putih SMK Gajah Berang Yuran Penyertaan : RM 5 setahun

2.

Kelab ini ditubuhkan bertujuan untuk membina personaliti pelajar yang unggul

melalui aktiviti-aktiviti yang membina ketrampilan diri yang hebat dari segi luaran dan dalaman. Diharap bahawa dengan penyertaan sebagai ahli, anak Tuan/Puan dapat membina keyakinan diri dan membentuk diri yang positif. 2. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon jasa baik dan kemurahan hati

pihak tuan menghulurkan sumbangan berbentuk kewangan ataupun barangan bagi menjayakan kejohanan tersebut. 3. Oleh yang demikian, pihak kami berharap agar pihak Tuan/Puan dapat

memberikan kebenaran kepada anak jagaan Tuan/Puan untuk menyertai Kelab Grooming SMK Gajah Berang ini. Sekiranya pihak Tuan/Puan bersetuju, mohon agar melengkapkan borang kebenaran yang dilampirkan pendaftaran sebanyak RM 5. bersama beserta bayaran yuran

3.

Sekian, terima Kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

(PN. HAJJAH YATIMAH BT JIRAM) Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaaan Juasseh

BORANG KEBENARAN IBU BAPA DAN BAYARAN YURAN PENDAFTARAN

1.

Saya

seperti

nama

dinyatakan

di

bawah

membenarkan

anak

saya

..................................No SB/KP ............................................... untuk menyertai dan mengikuti aktiviti Kelab Grooming SMK Gajah Berang. Kebenaran ini diberi atas kefahaman bahawa pihak sekolah akan mengambil langkah-langkah untuk memastikan supaya perhatian sepenuhnya. 2. Bersama-sama ini saya sertakan bayaran yuran pendaftaran sebanyak RM 5 kepada pihak sekolah. murid-murid yang terlibat diberi

Pengesahan Nama Ibu / Bapa / Penjaga: ________________________________________________

No. Telefon (Rumah/HP): Alamat Rumah:

________________________________________________

________________________________________________ ________________________________________________ ________________________________________________ Bayaran: ____________________________________

Tandatangan :____________________________________ Tarikh : ___________________________________

a. Tajaan Sekolah

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JUASSEH KM 12, JALAN KUALA PILAH BAHAU 72500, JUASSEH

Rujukan Tuan : Rujukan Kami : Tarikh ____________________ ____________________ : 24 Mac 2013

Tuan/Puan,

Memohon Sumbangan Bagi Kelab Grooming Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang Berhubung dengan perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa sebuah kelab baru iaitu Kelab Grooming SMK Gajah Berang telah ditubuhkan. 2. Kelab ini ditubuhkan bertujuan untuk membina personaliti pelajar yang unggul

melalui aktiviti-aktiviti yang membina ketrampilan diri yang hebat dari segi luaran dan dalaman. Berikut ialah butiran terperinci tentang Kelab tersebut: Nama Kelab Hari Perjumpaan Masa perjumpaan Tempat : : : : Kelab Grooming SMK Gajah Berang Setiap Selasa dan Khamis 4.30 petang 3.00 -4.30 petang Kelas 3 Putih SMK Gajah Berang

3.

Oleh yang demikian, saya

berharap agar pihak sekolah dapat memberikan

sumbangan berbentuk kewangan mahupun barangan bagi menjayakan aktiviti kelab ini. Sumbangan dan kerjasama pihak tuan amatlah kami harapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

4.

Sekian, terima Kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

(PN. HAJJAH YATIMAH BT JIRAM)

Guru Penasihat Kelab Grooming Sekolah Menengah kebangsaaan Gajah Berang.

b. Tajaan Luar

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JUASSEH KM 12, JALAN KUALA PILAH BAHAU 72500, JUASSEH

Rujukan Tuan : Rujukan Kami : Tarikh ____________________ ____________________ : 24 Mac 2013

Tuan/Puan,

Memohon Sumbangan Bagi Kelab Grooming Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang Berhubung dengan perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa sebuah kelab baru iaitu Kelab Grooming SMK Gajah Berang telah ditubuhkan. 2. Kelab ini ditubuhkan bertujuan untuk membina personaliti pelajar yang unggul

melalui aktiviti-aktiviti yang membina ketrampilan diri yang hebat dari segi luaran dan dalaman. Berikut ialah butiran terperinci tentang Kelab tersebut: Nama Kelab Hari Perjumpaan Masa perjumpaan Tempat : : : : Kelab Grooming SMK Gajah Berang Setiap Selasa dan Khamis 4.30 petang 3.00 -4.30 petang Kelas 3 Putih SMK Gajah Berang 3. Oleh yang demikian, saya berharap agar pihak Tuan/Puan dapat memberikan

sumbangan berbentuk kewangan mahupun barangan bagi menjayakan aktiviti kelab ini. Sumbangan dan kerjasama pihak tuan amatlah kami harapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

4.

Sekian, terima Kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

(PN. HAJJAH YATIMAH BT JIRAM) Guru Penasihat

Kelab Grooming Sekolah Menengah kebangsaaan Gajah Berang.

3.23

PERALATAN DAN PERKAKASAN

3.24

LOGO KELAB

KELAB GROOMING

SMK GAJAH BERANG

Anda mungkin juga menyukai