Anda di halaman 1dari 3

B.

Faktor Penyebab Gengsterisme

a) Institusi Kekeluargaan

Arus pemodenan yang pesat di dalam negara penting untuk pembangunan dan peningkatan
taraf hidup tetapi sifat sesetengah ibu bapa yang lebih berkecenderungan untuk mengumpul
kekayaan dan bekerja di luar rumah menyebabkan remaja ini terabai atau tidak diberi tumpuan
sepenuhnya. Ada ibu bapa yang tidak mempunyai pilihan melainkan bekerja untuk menampung
kos sara hidup dan mencari nafkah untuk meneruskan kehidupan. Penderitaan ini tidak
difahami oleh golongan remaja walaupun mereka sedar namun sukar untuk mendapat
bimbingan memandangkan kehidupan keluarga yang mendesak perlu diatasi dengan
pengorbanan masa bekerja. 

Ada remaja yang tidak takut untuk bergiat aktif di dalam aktiviti gengsterisme kerana sikap ibu
bapa sendiri yang mengabaikan tanggunggjawab mereka ke atas anak-anak mereka. Keadaan
sosial ini boleh mempengaruhi pendidikan anak-anak dari keluarga ini. Masalah lebih rumit di
kalangan keluarga yang mempunyai bapa atau ibu tunggal. Pendapatan dari pekerjaan sering
tidak mencukupi dan mengharapkan ahli keluarga lain menampung perbelanjaan kehidupan. Ini
berbeza dengan bapa tunggal yang lazimnya dilabel sebagai sukar memberi kasih sayang apatah
lagi jika mengabaikan tanggungjawab dan peranan sebagai ketua keluarga. Lantaran itu,
remaja ini mencari pilihan lain sebagai tempat untuk mendapatkan perhatian, misalnya di
kalangan rakan-rakan. 

b) Pengaruh Rakan-Rakan

Rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat ke atas kehidupan seseorang kerana kesilapan
bergaul dengan rakan-rakan yang salah boleh menyebabkan seseorang remaja terkeluar dari
kehidupan yang betul malahan penngaruh kuat rakan-rakan ini akan menyebabkan
sebilangannya diambil menjadi anggota kumpulan geng ini. Aktiviti mereka bersifat
memberontak seperti mengganggu pengajaran guru-guru, ponteng sekolah, merosakkan harta
benda sekolah, ketagihan rokok, dadah dan alkohol. Berpegang kepada ideologi kumpulan
menyebabkan masing-masing menunjukkan kesetiaan kepada ahli kumpulan dan sering bersama
membantu mengatasi sebarang masalah baik yang melibatkan pergaduhan, kewangan atau
mempertahankan kesalahan ahli kumpulan sekiranya kegiatan mereka berjaya dikesan. 

c) Kekuatan Diri Sendiri

Sikap remaja sendiri penting untuk mengelakkan diri mereka daripada terbabit di dalam
gengsterisme. Mereka yang terlibat di dalam aktiviti ini adalah remaja yang masih tidak
mempunyai haluan dan terkapai-kapai mencari jalan kehidupan mereka. Desakan keluarga dan
kesempitan hidup boleh mendorong mereka tidak memberi perhatian sepenuhnya ke atas
pendidikan mereka dan menganggap keciciran dan ponteng sekolah merupakan amalan yang
biasa. Mereka hilang tumpuan kerana sikap inferioriti di kalangan mereka sendiri berbanding
dengan pelajar yang rajin dan tekun berusaha. Ketiadaan ‘role model’ yang sesuai juga
dianggap faktor pendorong pembabitan mereka di dalam gengsterisme. 

d) Kesan Persekitaran

Tempat tinggal yang tidak selesa dengan ahli keluarga yang ramai di rumah yang kecil dan
sempit serta pendapatan harian atau bulanan yang kecil boleh menyebabkan remaja ini lebih
seronok meluangkan masa di luar rumah. Ini jelas di kawasan perumahan setinggan, rumah
pangsa dan flat kos rendah. Ada pula dilabel sebagai ahli sesebuah geng kerana kawasan
tempat tinggal mereka yang dianggap aktif dengan jenayah kumpulan gengsterisme. Ada pula
yang sengaja menggunakan gelaran kawasan mereka untuk menimbulkan rasa takut di kalangan
remaja di sekolah mereka. Ada ketua geng yang memberi kekuatan kepada remaja di kawasan
tersebut untuk bergaduh kerana memastikan sokongan mereka serta menterjemahkan kuasa ke
dalam bentuk tindakan gengsterisme. 

e) Media Massa

Perkembangan hari ini menunjukkan bahawa media massa memainkan peranan yang sangat
penting di dalam mempengaruhi pergerakan remaja. Aksi, pertuturan dan tingkah lakuyang
ditayangkan di media elektronik dan media cetak menjadi ikutan sehingga seolah-olah pelakon
tersebut menjadi ‘role model’ bagi golongan remaja. Pembentukan personaliti melalui media
massa dianggap sukar dibendung kerana walaupun diakui media merupakan alat yang boleh
mendidik pendengar dan penontonnya, pada waktu yang sama ia boleh membawa penontonnya
ke jalan yang salah terutama di kalangan remaja yang cepat terpengaruh seolah-olah apa yang
dilihat itu merupakan satu realiti dalam kehidupan. 

f) Sekolah

Sungguhpun sekolah bukan punca yang menyebabkan gengsterisme, tetapi sekolah boleh
menjadi tempat pertemuan ketua dan ahli-ahli kumpulan ketika sebelum kelas bermula, masa
rehat, masa selepas persekolahan atau ketika pelajar ponteng kelas. 

g) Didikan Agama

Kekurangan didikan agama turut mendorong peningkatan aktiviti gensterisme. Secara


umumnya, jika didikan agama kukuh di dalam diri individu, maka secara langsung ia boleh
menghindar remaja tersebut dari terperangkap di dalam kegiatan gengsterisme. Keluarga yang
kurang pendidikan ini juga boleh menyebabkan anak remaja mereka tidak terikat dengan nilai
keagamaan serta pembentukan akhlak yang baik lantas terbabas ke dalam kumpulan bergeng
ini. 

C. Langkah Mengatasi Masalah Gengsterisme

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh pelbagai pihak untuk membantu sekurang-
kurangnya mengurangkan masalah gengtserisme kalaupun tidak dapat menghapuskannya sama
sekali. Antaranya:

a) Peranan Ibu Bapa

Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting di dalam konteks pembangunan sahsiah dan
proses sosialisasi anak mereka. Walaupun masing-msing sibuk dengan pekerjaan dan kerjaya
mereka serta mengejar kekayaan, kepentingan anak juga mesti diberi tumpuan. Ibu bapa mesti
belajar mengetahui aktiviti yang dianggotai oleh anak mereka dan pada waktu yang sama,
mengenali individu yang menjadi rakan kepada anak remaja mereka. Usaha ini akan
membolehkan tempat kunjungan mereka dikenal pasti serta apakah bentuk aktiviti atau
kegiatan yang disertai oleh anak mereka. Ibu bapa yang mengambil inisiatif ini wajar
mengadakan perbincangan atau diskusi dengan anak-anak mereka bukan setakat mengetahui
kecenderungan mereka tetapi juga berbincang mengenai perkembangan remaja semasa supaya
anak-anak mempunyai ruang untuk meluangkan pandangan dan pada waktu yang sama
memahami pandangan orang tua mereka. 

Keprihatinan yang ditunjukkan oleh ibu bapa akan membolehkan mereka memainkan peranan
yang lebih besar iaitu menjalin hubungan dengan pihak sekolah termasuk mengambil berat
mengenai perkembangan anak mereka di sekolah melalui komunikasi dengan guru besar, guru
kelas, guru disiplin dan warden asrama. Di samping itu, sebagai satu tindak balas resiprokal,
sumbangan ibu bapa boleh disalurkan melalui penglibatan di dalam Persatuan Ibu Bapa dan
Guru-Guru (PIBG) dan terbabit secara aktif di dalam aktivit di antara pelajar sekolah dan ibu
bapa. Dengan ini, ibu bapa telah dengan secara langsung menjadi idola kepada anak-anak
mereka, terbabit secara langsung di dalam aktiviti bukan sahaja di rumaha tetapi juga di
sekolah. 

b) Peranan Sekolah

Sekolah mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengatasi kemelut gengsterisme dengan
melentur masalah yang timbul dari peringkat awal lagi supaya dapat menyekat dari
mempengaruhi pelajar yang lain. Sekolah boleh mengadakan hubungan langsung dengan ibu
bapa terutama pelajar yang dikesan bermasalah atau disyaki terlibat dengan kumpulan
gengsterisme. Sekolah boleh menganjurkan kem atau program tertentu yang berterusan untuk
memerhati atau memantau kegiatan pelajar berisiko ini. Kokurikulum di sekolah juga mampu
memainkan peranan besar di dalam mengadun sahsiah seseorang pelajar. Aktiviti persatuan,
kelab dan organisasi beruniform perlu sentiasa diperbaharui supaya ia memenuhi citarasa
pelajar yang mahu aktif dan mencuba sesuatu yang baru dan pada waktu yang sama
mempertahankan pencapaian akademiknya.

c) Peranan Masyarakat

Gengsterisme mesti dilihat sebagai masalah berterusan yang melibatkan bukan hanya
pemerhatian dari pihak sekolah semata-mata. Masyarakat juga boleh memainkan peranan
mereka jika isu ini mahu diatasi sepenuhnya. Badan-badan luar terutama badan sosial atau
organisasi beruniform boleh melibatkan diri mereka dengan sepenuhnya sebagai agen luar yang
bertanggungjawab. Mereka boleh menjadi pengantara di antara sekolah dan pelajar. 

d) Peranan Kerajaan 

Kerajaan memain peranan penting menangani masalah gengsterisme ini. Tindakan keras perlu
diambil supaya aktivitinya dapat dibendung. Langkah yang radikal boleh diambil oleh kerajaan
dengan secara perlahan-lahan mengurangkan penyiaran filem berunsur ganas dan jenayah.
Undang-undang yang ketat menerusi tindakan kerajaan akan mampu menyedarkan pelajar
bahaya pembabitan di dalam aktiviti gengsterisme. Kesepaduan kementerian-kementerian
termasuklah Kementerian Pelajaran, Kementerian Penerangan, Kementerian Belia dan Sukan,
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat boleh mengubah persepsi ke atas pelajar yang sering dilayan secara negatif
kebelakangan ini akibat tindakan atau kelakuan segelintir pelajar berisiko. 

e) Peranan Media

Masalah gengsterisme juga boleh diatasi jika media memainkan peranan yang lebih proaktif.
Walaupun untuk menghentikan siaran yang ganas dan bersifat jenayah kurang adil untuk
industri media massa, media boleh mengurangkan siaran sebegini atau sekurang-kurangnya
keprihatinan media ditunjukkan melalui penayangan program yang bersifat pembentukan
kepribadian remaja yang unggul. Pembabitan pelajar yang berjaya mesti ditonjolkan supaya
mereka menjadi idola kepada pelajar yang lain. Rancangan-rancangan sebegini yang harus
diutamakan agar remaja menonton ‘role model’ yang baik yang boleh menjadi ikutan mereka. 

Anda mungkin juga menyukai