Anda di halaman 1dari 9

Peranan Agen Moral Dalam Proses Sosialisasi Individu Pengenalan Sosialisasi adalah proses di mana seseorang individu mempelajari

dan menerima nilai, sikap, kemahiran yang dipunyai oleh masyarakat bagi membentuk personalitinya yang tersendiri untuk menjadi ahli masyarakat tersebut. Sosialisasi adalah proses seumur hidup. Tanpa sosialisasi seseorang tidak dapat berinteraksi, bekerja sebagai satu kumpulan atau melakukan kawalan diri. Sosialisasi bukan sahaja menolong seseorang memainkan peranan sosialnya dengan sempurna tetapi secara keseluruhannya ia juga boleh dikatakan sebagai alat untuk mengekalkan kumpulan dan masyarakat. Idea-idea, nilai-nilai dan pola-pola tingkah laku yang menyatukan masyarakat akan terus kekal walaupun ahli-ahlinya berganti. Sosialisasi berlaku secara sedar atau tidak sedar. Walaupun kanak-kanak diajar secara langsung (delibrate) cara-cara tingkah laku, sikap-sikap dan nilai-nilai yang baik di rumah dan di sekolah, tingkah laku, sikap dan nilai kumpulan dalam masyarakat yang lain secara tidak langsung juga akan dipelajari oleh kanak-kanak hasil daripada tingkah laku-tingkah laku atau perbuatan-perbuatan orang-orang dewasa di sekitarnya. Ramai ahli sosiologi berpendapat bahawa kita tidak dilahirkan sebagai manusia, tetapi kita menjadi manusia melalui proses interaksi sosial atau sosialisasi. Sosialisasi mengubah organisme bilogikal kepada insan sosial. Melalui sosialisasilah seseorang belajar isi kandung kebudayaannya. Melalui sosialisasilah kebudayaan manusia dapat dipindahkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Proses sosialisasi bertujuan untuk : a. mengajar asas-asas kehidupan dalam masyarakat b. menanamkan aspirasi-aspirasi masyarakat c. menyebarkan kemahiran-kemahiran yang penting dalam masyarakat d. mengajar untuk memenuhi peranan-peranan sosial. Tiga perkara mesti berlaku untuk memastikan kejayaan sosialisasi : a. Seseorang mesti faham apa yang diharapkan daripada mereka. Ia mesti tahu tingkah laku apa yang patut dipelajari sebagaimana yang diingini oleh masyarakat. b. Seseorang mesti berusaha memenuhi kehendak-kehendak masyarakat. Untuk bertingkah laku sebagai mana yang dikehendaki, individu boleh mempelajari kemahiran-kemahiran intelektual, sosial dan fizikal daripada ibu bapa, sekolah dan sumber-sumber lain daripada persekitaran. c. Seseorang mesti akur dan rela mengikut peraturan-peraturan masyarakat.

Norma Sosial Norma sosial merupakan kelakuan yang standard yang dimiliki oleh anggota sesuatu kumpulan dan anggota kumpulan itu dijangka akan mematuhinya. Sebagai tingkahlaku yang standard, norma sosial merupakan peraturan yang ditentukan dan dipersetujui oleh sebahagian besar anggota masyarakat dengan mengambil kira mengenai munasabah atau tidaknya tingkah laku itu. Norma sosial boleh dianggap sebagai suatu garis panduan bagi anggota masyarakat bertingkah laku mengikut sesuatu situasi. Penerimaan serta kepatuhan kepada norma sosial adalah penting bagi mewujudkan perpaduan di dalam sesuatu kelompok atau masyarakat. Beberapa norma sosial yang diterima oleh kebanyakan masyarakat ialah seperti larangan terhadap perlakuan membunuh, merogol, mencuri dan merompak. Tanpa norma sosial sistem masyarakat akan terganggu atau menjadi kacau bilau. Apabila sesuatu perlakuan dianggap sebagai satu norma atau bersifat normatif, kita sebenarnya menekankan hakikat bahawa perlakuan itu mematuhi atau bersesuaian dengan jangkaan dan kehendak masyarakat umumnya. Tingkah laku yang tidak mematuhi norma sosial atau bertentangan dengan harapan sebilangan besar ahli masyarakat adalah dianggap sebagai penyimpangan atau deviance atau lencongan. Dalam masyarakat yang menganggap keikhlasan sebagai satu standard kelakuan atau norma, maka penipuan adalah penyimpangan. Norma sosial wujud akibat dari interaksi sosial. Ia mencerminkan jangkaan dan harapan bersama mengenai tingkahlaku yang diingini dalam sesuatu kelompok. Norma sosial dipelajari melalui proses sosialisasi dan penghayatan. Norma sosial bukannya sesuatu yang tetap. Ia berubah dari semasa ke semasa mengikut keadaan masyarakat. Pengetahuan yang baru dan keadaan yang berubah boleh menyebabkan berkembangnya norma-norma baru.

Folkways dan mores sesuatu masyarakat mempunyai hubungan rapat dengan norma sosial masyarakat tersebut. Folkways adalah cara-cara bertingkah laku yang dianggap wajar dalam sesuatu masyarakat seperti sikap bersopan santun dan berbudi bahasa. Ia berasaskan kepada adat resam dan tradisi yang diwarisi dari generasi ke generasi melalui proses sosialisasi. Folkways berbeza daripada masyarakat kepada masyarakat lain. Ia tidak dikuatkuasakan melalui undang-undang, tetapi oleh kawalan sosial yang tidak formal. Perbuatan yang melanggar folkways biasanya tidak dianggap sesuatu yang serius. Mores pula merupakan norma sosial yang lebih asas bagi kehidupan sosial. Ia menentukan standard moral bagi sesuatu tingkah laku. Anggota sesuatu masyarakat adalah wajib mematuhi mores dan ketidakpatuhan akan mengakibatkan hukuman tidak formal yang keras seperti ejekan, hinaan dan penyingkiran dari kelompok-kelompok yang berkenaan. Jadi mores adalah satu bentuk kawalan sosial. Satu contoh mores yang boleh dikatakan sejagat ialah pantang larang mengenai sumbang kadim.

Kawalan Sosial Kawalan sosial adalah cara yang digunakan oleh masyarakat untuk mempengaruhi tingkah laku ahlinya supaya mereka mematuhi norma-norma sosial, tradisi dan pola-pola tingkah laku yang penting bagi melicinkan perjalanan masyarakat itu. Kawalan sosial boleh bercorak positif atau negatif dan kedua-dua bentuk ini juga boleh bersifat formal atau tidak formal. Kawalan sosial positif adalah ganjaran yang diterima oleh seseorang yang mematuhi apa yang diharapkan oleh masyarakat. Ganjaran yang diberi boleh jadi dalam bentuk senyuman, hadiah, kenaikan gaji atau pangkat, atau pemberian pingat untuk menunjukkan seseorang itu telah berjasa kepada masyarakat dan negara. Satu bentuk kawalan sosial yang lebih asas adalah bergantung kepada penghayatan individu mengenai norma sosial, nilai dan jangkaan penghayatan individu mengenai norma sosial, nilai dan jangkaan peranannya melalui proses sosialisasi. Akibat daripada proses ini, individu didorong untuk mematuhi norma-norma sosial yang dipercayainya. Kawalan sosial yang negatif adalah berdasarkan kepada amaran serta ancaman terhadap hukuman. Ketakutan terhadap hukuman seperti denda, penjara, kesakitan, kematian dan sebagainya diandaikan dapat menghalang individu daripada melakukan tingkah laku. Peranan Agen-agen Sosialisasi 1. Keluarga

Keluarga adalah agen sosialisasi yang banyak mempengaruhi perkembangan kanak- kanak. Lazimnya ibu bapa akan mengajar anak-anaknya mengenai apa yang harus dilakukan dan apa yang harus dilarang. Daripada ibu bapa, kanak-kanak itu akan mempelajari kemahiran, sikap, norma dan nilai-nilai seperti kejujuran, amanah, rajin, bersih dan hormat menghormati. Kanak-kanak semasa dilahirkan diibaratkan seperti sehelai kain putih. Ini bermakna kanakkanak itu tidak jahat dan tidak baik. Bagaimana personalitinya dibentuk adalah bergantung kepada keluarganya, rakan sebayanya, sekolahnya dan unsur-unsur lain yang terdapat dalam alam sekitarnya. Pada peringkat awal, kanak-kanak menghabiskan sebahagian besar masanya dengan keluarganya. Cara ibu bapa mengasuh anaknya adalah berbeza. Bagi ibu bapa yang garang dan autokratik, anak-anak membesar menjadi individu yang patuh, pasif, takut memberi pandangan dan kurang berinisiatif. Sebaliknya, ibu bapa yang bersifat laissez-faire atau terlalu berlembut dengan anak serta cepat melayani segala permintaan mereka akan mendapati bahawa anak-anak itu akan membesar menjadi individu yang kurang bertanggung jawab, terlalu bergantung kepada orang lain, kurang berikhtiar dan kurang menghormati orang-orang tua Keluarga yang bersifat demokratik, iaitu di mana ibu bapa sentiasa berbincang secara terbuka, melibatkan anak dalam membuat keputusan seperti menentukan tempat peranginan yang hendak dikunjungi serta menerangkan sebab-sebab mengapa anak-anak dihukum akan berjaya membentuk individu yang lebih tinggi keyakinan dirinya. Selain itu anak-anak itu juga lebih aktif, bersopan santun, gemar berkongsi satu-satu masalah dan lebih bersifat mementingkan hal lahiriah daripada hal batiniah diri sendiri (ektrovert).

Segala nilai dan norma yang ditekankan oleh ibu bapa akan cepat mempengaruhi perkembangan personaliti anak-anak mereka. Sebagai contohnya, Encik Zaidi baru sahaja pulang dari pejabat. Dia berasa letih dan ingin berehat. Tiba-tiba telefon berdering. Anaknya Nasir telah mengetuk pintu biliknya kerana panggilan itu adalah untuknya. Encik Zaidi meminta Nasir memberitahu pemanggil bahawa dia tiada di rumah.

Situasi di atas jelas menunjukkan amalan menipu. Kalaulah situasi seperti ini berlaku berulang kali, Nasir akan berpendapat bahawa dalam kehidupan sehari-hari kita, amalan menipu tidaklah salah. Saiz keluarga juga mempengaruhi sosialisasi seseorang individu. Pertuturan dan interaksi adik beradik akan menggalakkan individu itu bertutur dengan lebih cepat dan lebih luas perbendaharaan katanya. Anak-anak dalam keluarganya yang besar mempunyai tugasan masing-masing manakala anak tunggal atau anak keluarga kecil lebih dimanjakan. Nilainilai serta sikap yang dihargai oleh adik beradik juga akan mempengaruhi seseorang individu itu. 2. Sekolah

Apabila kanak-kanak bersekolah, interaksinya dengan masyarakat menjadi bertambah luas. Ia bukan sahaja sekadar biasa dengan peraturan-peraturan dan amalan-amalan keluarganya, ia akan sedar bahawa alam persekolahan juga mempunyai peraturanperaturan yang ketat yang memerlukannya berkelakuan baik. Di sekolah kanak-kanak bukan sahaja belajar sosialisasi secara formal yang ditentukan oleh kurikulum sekolah tetapi ia juga melalui kurikulum tersembunyi dengan cara menyesuaikan diri dalam suasana baru sekolah seperti beratur mengikut giliran, mengikut peraturan, bekerjasama dengan orang lain dan bersaing dalam aktiviti-aktiviti sekolah. Guru-guru dan rakan sebayanya menjadi orang-orang yang penting kepadanya. Adalah didapati guru-guru memainkan peranan yang penting selepas ibu bapa dalam perkembangan moral kanak- kanak. Cara pentadbiran sekolah, persekitaran sekolah. personaliti dan pergaualan guru besar dan guru lain, termasuk kaki tangan sekolah, mempunyai pengaruh terhadap perkembangan moral kanakkanak di sekolah. 3. Rakan Sebaya

Seseorang kanak-kanak juga dipengaruhi oleh rakan sebayanya. Apa yang mereka cakapkan, lakukan, bahasa yang digunakan, semua ini akan meninggalkan kesan ke atas kanak-kanak. Sosialisasi melalui rakan sebaya adalah yang paling efektif berbanding dengan sosialisasi melalui keluarga mereka kerana sosialisasi rakan sebaya berlaku secara tidak formal dan tidak sengaja. Kumpulan rakan sebaya adalah kumpulan yang mengandungi individu yang biasanya mempunyai umur dan taraf yang hampir sama. Kumpulan rakan sebaya boleh jadi kumpulan bermain kanak-kanak, satu geng, atau satu clique. Aktiviti kumpulan rakan sebaya adalah berbentuk sukarela, ahlinya terdiri daripada yang sama taraf dan dipilih berdasarkan suka sama suka. Dalam kumpulan rakan sebaya mereka suka tanpa diganggu oleh pihak yang lebih berkuasa seperti ibu bapa atau sekolah. Mereka belajar berdikari dan membentuk peraturan, nilai dan norma kumpulan tersendiri. Kumpulan rakan sebaya, terutama peringkat remaja, mempunyai pengaruh kuat ke atas tingkah laku individu. Kesan buruk rakan sebaya boleh berlaku apabila ahli kumpulan

dikehendaki menolak nilai-nilai ibu bapa dan masyarakat, dan mengikut nilai norma kumpulannya. Pada peringkat remaja ahli kumpulan rakan sebaya biasanya mempunyai sub-budaya tertentu, mereka mempunyai cara bercakap, jenis-jenis pakaian, muzik, nilai dan norma kumpulan rakan sebayanya. Jurang generasi kerap berlaku pada peringkat ini. Walau bagaimanapun harus diingat bahawa tidak semua kumpulan rakan sebaya membelakangkan nilai dan norma yang dipegang oleh keluarga dan masyarakat, terdapat kumpulan rakan sebaya yang diwujudkan dengan bantuan dan restu daripada keluarga ahliahli kumpulan rakan sebaya masing-masing. Adalah didapati kumpulan rakan sebaya hari ini memainkan peranan penting dalam proses sosialisasi individu berbanding dengan masa dahulu. 4. Agama

Agama di dapati mempunyai hubungan dengan perlakuan moral. Ramai berpendapat agama adalah penting untuk mencapai perlakuan moral yang baik. Adalah didapati kanakkanak yang menghadiri kelas-kelas agama lebih jujur daripada kanak-kanak yang tidak menghadiri kelas agama. Ramai berpendapat kanak-kanak menggunakan ajaran agama sebagai petunjuk dalam proses perkembangan moral mereka. Walau bagaimanapun, terdapat juga kes-kes di mana orang-orang yang percayakan agama tidak menggunakan prinsip-prinsip moral yang tinggi dalam perlakuan mereka seharian. Ini kerana tidak ada keimanan di dalam diri mereka. Sekiranya kanak-kanak ini diberi didikan agama yang kuat dan berpegang kepada keimanan nescaya mereka tidak melakukan sesuatu yang bercanggah dengan moral manusia malahan agama itulah yang akan membentuk jiwa, moral dan akhlaknya kerana di dalam agama itu ada cara dan kaedah untuk membentuk akhlak-akhlak yang baik dan berjiwa luhur kepada tuhan seperti yang terkandung di dalam agama Islam. Media Massa Ada pendapat yang mengatakan media massa mempunyai pengaruh sosialisasi sama kuatnya seperti pengaruh rakan sebaya dan sekolah. Media massa yang merangkumi surat khabar, majalah, radio dan terutama televisyen boleh meninggalkan kesan yang negatif dan positif ke atas sosialisasi seseorang. Pengaruh baik atau buruk yang diterima oleh kanakkanak melalui media massa bergantung kepada apakah bahan atau unsur yang didedahkan kepada mereka. Rancangan-rancangan televisyen mempunyai tema yang berbagai. Tema yang baik seperti cerita di mana orang yang baik selalu mendapat kejayaan dan sebaliknya orang jahat menerima hukuman atau balasan dapat membantu perkembangan pertimbangan moral kanak-kanak. Kanak-kanak patut digalakkan untuk menonton rancangan sedemikian. Sebagai ibu bapa dan guru yang bertanggung jawab adalah menjadi tanggung jawab mereka untuk mendidik kanak-kanak supaya mereka tahu memilih apakah rancangan televisyen dan bahan-bahan bacaan yang baik dan sesuai untuk mereka.

Definisi Agen-agen Sosialisasi

Individu / pihak yang mampu membentuk individu yang menghayati nilai-nilai moral. Terdapat 5 agen sosialisasi iaitu:

1. Institusi Keluarga 2. Institusi Pendidikan 3. Masyarakat 4. Institusi Agama 5. Media Massa

A.

Institusi Keluarga

1.

Ibu bapa menjadi Role Model dalam pembentukan sahsiah anak-anak.

2. Mewujudkan persekitaran rumahtangga yang harmonis dan suasana yang selamat bagi anak-anak. 3. Ahli keluarga sebagai penasihat atau kaunselor kepada anak-anak yang menghadapi masalah. 4. 5. 6. 7. 8. Saling membantu, menyokong dan bekerjasama dalam setiap aspek kehidupan. Rumah adalah sumber untuk mendapatkan kasih sayang. Mendidik anak-anak dari kecil tentang tatacara bersosial dan persekitaran Membetulkan kesalahan anak-anak. Memberikan didikan agama dan moral melalui cerita, kisah-kisah dan teladan

B.

Institusi Pendidikan

1. I. II. III.

Pengetahuan Moral: Memberikan maklumat/teori moral Penerapan melalui aktiviti Pengukuhan melalui ujian dan peperiksaan

2. I. II.

Peraturan Sekolah: Lembaga Disiplin memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi Mencegah dan menghalang pelajar daripada melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral

3. I. II.

Kegiatan Ko-Kurikulum: Pelajar mengisi masa dengan aktiviti yang berfaedah. Menyediakan alternatif kepada para pelajar untuk menyalur minat dan kebolehan masing-masing.

4. Menyediakan persekitaran yang merangsang pertumbuhan emosi dan sosial yang sihat melalui jalinan ikatan mesra dan muhibbah. 5. Guru bertindak sebagai ibubapa kedua atau mentor kepada pelajar.

C. 1. 2.

Institusi Masyarakat Membentuk nilai-nilai yang diterimapakai dalam kumpulan masyarakat Menunjukkan perlakuan yang boleh atau tidak dapat diterima oleh kumpulan.

3. Mempamerkan cara-cara hidup yang sesuai dan perlu diikuti oleh golongan mudamudi. 4. 5. Mengubah tingkahlaku individu yang tidak sesuai dengan teguran dan penjelasan. Nilai masyarakat majmuk dapat membanding yang kurang dalam diri kita.

6. Adat resam dapat mempengaruhi pembentukan peribadi yang lemah lembut dan berhemah tinggi. 7. Menjatuhkan hukuman bagi individu yang perilaku tidak sesuai dengan nilai-nilai masyarakat melalui sindiran, pandangan atau kata nasihat.

D.

Institusi Agama

1. Melalui penyampaian ajaran agama yang disampaikan dalam bentuk khutbah, ceramah, penyampaian melalui pendeta, sami. 2. 3. 4. Pembacaan melalui kitab-kitab mengikut agama yang dianuti. Melalui lagu-lagu rohani Aktiviti kerohanian

5. 6.

Seminar keagamaan yang bersifat membentuk remaja Perayaan sesuatu agama

E.

Institusi Media Massa

1. 2. 3.

Membekalkan maklumat baik-buruk sesuatu perkara Menerbitkan rancangan berunsur agama dan pendidikan (TV/Radio) Menyelitkan pengajaran/teladan dalam artikel

Kesimpulan

Sosialisasi merupakan satu agen untuk membentuk tingkahlaku yang boleh diterima oleh masyarakat, institusi keluarga, rakan sebaya, institusi pendidikan, institusi agama dan media massa memainkan peranan penting sebagai agen sosialisasi

PEMADAM Nama 1. Persatuan Mencegah Dadah Malaysia atau nama pendeknya PEMADAM Tujuan Tujuan Persatuan itu ialah:(a) Untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta agensi-agensi mereka dan lain-lain badan dalam usaha untuk menghapuskan pengeluaran dan perniagaan dadah yang menyalahi undang-undang dan penggunaannya dalam apa-apa bentuk. (b) Untuk membasmi serta menjalankan penyelidikan mengenai penggunaan dadah dan untuk membantu bekas-bekas penagih dadah melalui JAGAAN LANJUTAN. (c) Untuk menyedarkan masyarakat akan bahaya penggunaan dadah dan melibatkan masyarakat dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah serta bekerjasama dengan Persatuan-persatuan dan badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan ini.

(d) Untuk melancarkan kegiatan-kegiatan Persatuan itu dalam peringkat Negeri dan Daerah dan memberi galakan serta bekerjasama dengan Persatuan-persatuan dan Badan-badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan ini. OBJEKTIF PENUBUHAN PEMADAM 1.Untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta agensi-agensi mereka dan lain-lain badan dalam usaha untuk menghapuskan pengeluaran dan perniagaan dadah yang menyalahi undang-undang dan penggunaannya dalam apa-apa bentuk. 2.Untuk membasmi serta menjalankan penyelidikan mengenai penggunaan dadah dan untuk membantu bekas-bekas penagih dadah melalui JAGAAN LANJUTAN. 3.Untuk menyedarkan masyarakat akan bahaya penggunaan dadah dan melibatkan masyarakat dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah serta bekerjasama dengan Persatuan-persatuan dan badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan ini. 4.Untuk melancarkan kegiatan-kegiatan Persatuan itu dalam peringkat Negeri dan Daerah dan memberi galakan serta bekerjasama dengan Persatuan-persatuan dan Badan-badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan ini.

PERANAN PEMADAM 1.Mendidik orang ramai mengenai bahaya penggunaan dadah melalui rancangan pencegahan, pendidikan dan penerangan. 2.Mengumpul dan menyampaikan pendapat pakar-pakar mengenai penggunaan dadah dan menganjurkan seminar, majlis dialog, forum dan kursus-kursus. 3.Membantu dalam menyediakan perkhidmatan kaunseling. 4.Bekerjasama dengan Jabatan-Jabatan kerajaan yang bersangkutan dan lain-lain pertubuhan sukarela dalam usaha mencegah penggunaan dadah.