Anda di halaman 1dari 4

Bincangkan Perbezaan Aliran Moral

Dari segi definisi, Naturalisme boleh dimaksudkan sebagai aliran pemikiran


yang menggambarkan sesuatu dalam keadaannya yang sebenar. Menurut Peter
R.S. dalamEthnics and Education, tabii (nature) manusia perlu diketahui sebelum
memahami cara bagaimana mereka harus hidup. Emotivis pula merupakan aliran
pemikiran yang merujuk kepada sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan
atau emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata, tingkah laku sama
ada perasaan gembira mahupun sedih. Bagi pemikiran intuisionisme pula, ia
merupakan sejenis pemikiran yang mempunyai pengetahuan yang lebih tinggi dan
berbeza daripada yang diperoleh secara individu Menurut pandangan intuisionis,
pengetahuan ini boleh diperoleh melalui fahaman atau pengertian langsung.
Rasionalisme pula menyatakan bahawa akal adalah sumber
utama pengetahuan.Segala tingkah laku moral seperti menghormati orang tua,
menyayangi alam sekitar dan semangat patriotik memerlukan asas pemikiran
rasional yang waras dan logik.
Kalau dilihat dari aspek ciri-ciri, seorang itu dikatakan berfikiran naturalis jika
mempunyai kecenderungan untuk menerima apa sahaja keadaan yang sebenar.
Dengan erti kata lain, seseorang itu menerima sahaja takdir yang telah ditentukan ke
atasnya. Sifat-sifat seseorang yang naturalisme ialah mereka ini suka merendah diri
iaitu lebih suka memencil diri dan tidak mudah untuk berinteraksi. Oleh itu, mereka
jarang untuk mengeluarkan pendapatnya kerana hidup yang berada dalam keadaan
yang tertekan. Mereka lemah jiwa, tiada motivasi dan kurang untuk berusaha.
Mereka membiarkan halangan merentangi matlamat hidup yang ingin dicapai.
Mereka ini juga merupakan pengikut yang setia dan kurang membantah atas arahan
serta mudah juga berpuas hati. Berbeza dengan golongan emotivisme pula, mereka
hanya menyatakan perasaan mereka dan pada masa yang sama mungkin
menimbulkan perasaan yang sama dalam kalangan orang-orang yang mendengar
pernyataan-pernyataan itu. Dengan erti kata lain, golongan emotivis berpendapat
bahawa pentafsiran-pentafsiran moral tidak menyampaikan maklumat-maklumat
mengenai dunia ini tetapi hanya merupakan pernyataan mengenai emosi atau
perasaan orang yang membuat pentafsiran atau pernyataan-pernyataan moral.
Pertimbangan moral adalah subjektif, dan tidak memerlukan sebarang teori asas
yang istimewa atau yang boleh mendukung perlakuan moral. Golongan emotivis
cuba menganalisis apa yang salah dari segi emosi, sikap atau perasaan yang tidak
dipersetujui. Tetapi konsep tidak dipersetujui mengandaikan terlebih dahulu
penanggapan salah. Pentafsiran-pentafsiran seperti ini mempunyai unsur emosi
atau perasaan. Ciri-ciri atau sifat seseorang yang emotivisme yang paling jelas ialah
mereka ini bertindak mengikut perasaan atau emosi. Ekspresi mereka ini ditunjukkan
melalui perlakuan mereka iaitu dari air muka atau kata-katanya. Contohnya seperti,
jika mereka berasa gembira mereka akan berasa sangat berpuas hati. Sebaliknya,
jika mereka berasa sedih mereka akan menangis tanpa menghiraukan orang di
sekeliling mereka. Golongan ini sangat pendiam, cepat tersinggung serta sentiasa
tertekan dengan emosi. Walau bagaimanapun, mereka ini kadang-kadang agresif
dan kuat cemburu. Ciri positif mereka ialah, mereka ini rajin untuk memperbaiki diri
Sementara itu, bagi pemikiran intuisionisme pula, ia adalah merupakan
sebuah fahaman atau pengertian langsung. Ia suatu proses melihat dan memahami
secara intelektual. Tindakan yang dibuat oleh individu intuisionisme adalah
berlandaskan kepada apa yang dirasai dalam hatinya kecilnya tanpa memikirkan
akibat, kualiti dan kesannya. Pemikir intuisionisme mempunyai sejenis
pengetahuan yang lebih tinggi dan berbeza daripada yang diperoleh secara individu.
Ia dikaitkan dengan pemikiran spontan yang celik akal dan kemunculan idea yang
meledak secara tiba-tiba dalam memberikan tafsiran terhadap sesuatu perkara. Oleh
itu, mereka ini cepat dalam membuat keputusan. Orang yang terlebih dahulu makan
garam, maka teballah intuisionisnya berbanding dengan gadis remaja yang mudah
ditipu oleh lelaki kasanova lantaran pengalaman hidupnya yang masih lagi hijau.
Mereka ini mengaitkan pengalaman dan pengetahuan sedia ada mereka.
Bagi individu rasionalisme pula, mereka mempunyai ciri-ciri penaakulan atau
pemikiran sebagai faktor utama dalam pengetahuan. Mereka sentiasa mencari bukti
dan juga kebenaran dalam sesuatu perkara. Mereka selalu berfikir untuk
memperbaiki mutu kerja serta rajin dan tekun berusaha untuk kejayaan diri sendiri.
Golongan rasionalis mempunyai pendangan bahawa kita mengetahui sesuatu hasil
daripada pemikiran kita; bahawa fikiran kita berupaya menemui kebenaran dengan
dirinya sendiri. Pengetahuan diperoleh dengan cara membandingkan idea dengan
idea-idea lain. Mereka juga berpendapat bahawa pancaidera-pancaidera dengan
sendirinya tidak dapat menghasilkan pentafsiran-pentafsiran yang sah. Pengalaman-
pengalaman yang diperoleh melalui pancaindera kita seperti penglihatan,
pendengaran, sentuhan, bau dan rasa hanya merupakan bahan-bahan mentah
pengetahuan. Pengalaman-pengalaman yang diperoleh itu perlu disusun oleh
pemikiran kita supaya membentuk satu sistem yang bermakna sebelum ia menjadi
pengetahuan. Pengetahuan itu diperoleh daripada konsep-konsep, prinsip-prinsip
dan hukum-hukum, bukan daripada deria fizikal sahaja. Manusia mempunyai
keupayaan untuk mengetahui dengan pasti, pelbagai kebenaran mengenai
kebenaran bumi yang tidak dapat diberikan oleh pacaindera semata-
mata. Rasionalisme juga tidak mengingkari kegunaan deria dalam memperolehi
pengetahuan. Pengalaman pancaindera adalah diperlukan untuk merangsang dan
memberikan informasi yang membolehkan akal bekerja.Akal menetapkan dan
menjadikannya pengetahuan yang benar. Namun, akal juga boleh menghasilkan
pengetahuan tanpa berdasarkan deria sama sekali, iaitu pengetahuan tentang objek
yang betul-betul abstrak.
Seterusnya kita lihat contoh-contoh bagi setiap pemikiran moral supaya jelas
dengan maksud dan konsepnya. Antaranya, contoh bagi seseorang individu atau
masyarakat yang berfikiran naturalisme ialah; seorang pelajar Tingkatan Lima yang
mengeluh apabila melihat slip keputusan peperiksaan percubaan setara yang
keseluruhannya teruk. Pelajar tersebut mengeluh dan menerima keputusan itu
dengan mengatakan memang dia bodoh, belajar macam mana pun begitu juga
prestasinya. Dia tidak berusaha untuk mencari alasan-alasan yang menyebabkan
dia mendapat markah yang rendah. Tidak mencari kesilapan dan pembetulan serta
menerima bulat-bulat akan keputusan peperiksaan yang dia dapat. Pelajar ini
dikatakan berfikiran naturalisme kerana dia redha dengan keputusan
peperiksaannya kerana dia tahu dengan tahap kemampuannya. Bagi contoh
pemikiran emotivis pula ialah; apabila si suami melihat kecurangan isteri di depan
mata menyebabkan si suami tanpa berfikir panjang lalu menceraikannya, menyiksa
atau membunuhnya. Tindakan dan keputusan si suami tersebut boleh dikatakan
agak beremosi tanpa melalui proses pemikiran yang waras. Ia cuma berdasarkan
kepada keputusan dari hati dan perasaannya ketika itu. Contoh situasi bagi
pemikiran intuitionisme pula ialah; gerak hati orang tua ketika menilai bakal menantu
pada kali pertama berdasarkan timbunan pengalaman lalu serta kematangan fikiran
lantaran faktor usia. Contoh situasi bagi pemikiran rasionalisme pula ialah seorang
remaja perempuan yang dikehendaki untuk menolong ibu menjual kuih pada setiap
pagi hari sabtu dan ahad. Walaupun dia tahu banyak kerja sekolah yang perlu
disiapkan namun remaja perempuan ini bertindak rasional dan waras dengan
menggunakan akal fikirannya untuk penaakulan serta membuat keputusan dengan
bijak dengan mengambil kira beban kerja ibu di rumah dan juga beban kerja ibu
dalam mata pencarian mereka sekeluarga. Remaja yang rasionalisme akan berfikir
sebab musabab dan menyelesaikan hal itu dengan bijak dengan menolong ibu
menjual kuih dan seterusnya akan menyelesaikan kerja sekolah setelah balik dari
menjual kuih.

Anda mungkin juga menyukai