Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENGENALAN

Teater dalam pendidikan sebenarnya sudah tidak asing lagi dalam kalangan guru.
Penggunaan teater dalam pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
sebenarnya sudah meluas lebih-lebih lagi dalam subjek bahasa Melayu. Namun masih ada
lagi sesetengah guru yang masih tidak faham cara mengaplikasikan teater dalam pendidikan
ini dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Teater sebenarnya boleh menjadikan
sesebuah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas menjadi lebih menarik. Melalui
teater, murid dapat berfikir secara kreatif dan kritis. Seni teater merupakan suatu karya seni
yang rumit dan kompleks, sehinggakan seni ini dijolok dengan istilah collective art atau
synthetic art. Teater merupakan gabungan daripada pelbagai cabang seni seperti tarian,
lakonan, nyanyian dan sedikit unsur lawak. Dalam pada itu, seni teater juga
menggabungkan unsur-unsur audio, visual, dan kinestetik (gerak) yang meliputi bunyi,
suara, muzik, gerak, bahasa badan serta seni rupa. Teater juga secara tidak langsung dapat
menarik minat pelajar, jadi guru seharusnya mempertingkatkan penggunaan teater dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran.

2.0 KONSEP DAN DEFINISI TEATER DALAM PENDIDIKAN

Teater berasal dari bahasa Inggeris theatre atau theatre. Secara umumnya teater
adalah sebuah pementasan lengkap yang boleh ditonton umum..Teater boleh didefinisikan
sebagai seni pentas iaitu sebuah seni persembahan yang menggunakan pentas sebagai
platform. (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010:1620). Teater pada umumnya merupakan
seni pentas yang menggabungkan seni lakonan dengan pelbagai elemen seni yang lain
seperti seni muzik, seni tari, seni pertukangan, seni bina, seni berbahasa dan lain-lain.

Menurut Robert Cohen (1981) dalam bukunya Theathre, teater bermaksud “ satu
bentuk kerja artistik di mana pelakon meniru watak ataupun perwatakkan di dalam sebuah
bentuk persembahan secara langsung (bukan difilemkan) berdasarkan sebuah
skrip”.Konsep teater dalam pendidikan pula sebenarnya adalah perbincangan mengenai
pengintegrasian aktiviti seni atau drama dalam pendidikan yang mana melalui teater dalam
pendidikan, murid bukan sekadar memperoleh pengetahuan malah mereka juga dapat
mengenal diri mereka dengan lebih jelas, mengenal ruang dan persekitaran, memahami
rakan dan dapat meningkatkan keupayaan dalam pelbagai aspek. Teater dalam pendidikan
adalah satu fenomena baru yang bermula pada awal kurun 20 masihi yang berakar umbi
dari pergerakan drama kreatif pada tahun 1930 yang mana bertujuan untuk mempromosi
kemahiran artistik dan pembangunan diri kanak-kanak. (Nicholson 2009:16)

1
Menurut Daria Lavrinienko (2015) .Any good theatre will of itself be educational that
is, when it initiates or extends a questioning process in its audience, when it makes us look
afresh at the world, its instituitions and conventions and at our own place in that world,
conventions and at our own place in that world, when it expands our notion of who we are, of
the feelings and thought of which we are capable of, and of our connection with the lives of
others. (Jackson 2001:35)

Dalam konteks pendidikan, teater dijadikan medium penyampaian maklumat yang


merangkumi pelbagai kemahiran seperti yang termaktub dalam kurikulum Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Secara konseptualnya, teater dalam pendidikan adalah sebuah
pengintegrasian seni dan aktiviti teater sebagai medan penyampaian ilmu. Teater dalam
pendidikan bertujuan untuk melibatkan pelajar dan pada masa yang sama untuk mendidik
pelajar mempersembahkan isu-isu dramatik yang berkait rapat dengan kehidupan seharian
mereka. (Mirrione 2011;76). Menurut Nicholson (2009: 24,) objektif utama teater dalam
pendidikan adalah untuk menjadikan teater sebagai bahan untuk meneroka idea, perasaan
dan nilai.( Lavrinienko 2015)

Pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu yang berkesan seharusnya membantu


murid untuk menunjukkan komitmen dan mempraktikkan apa yang dipelajari dalam
kehidupan harian. Hal ini sejajar dengan kata-kata Lickona (1991) bahawa murid perlu
merasai apa yang dipelajari. Hal ini akan mengungkit rasa hati mereka, mengaktifkan
pemikiran mereka dan menggalakkan mereka berfikir secara kritis. Dengan kata lain, murid
perlu diberi latihan kemahiran dan pengalaman yang secukupnya di dalam kelas agar apa
yang dipelajari di dalam kelas dapat dipraktikkan. Sebagai contohnya penggunaan bahasa-
bahasa standard sewaktu di dalam kelas oleh murid juga akan menjadikan murid seorang
yang kaya dengan bahasa dan mereka boleh mempraktikkan penggunaan bahasa tersebut
dalam kehidupan seharian.

Teater dalam pendidikan juga membolehkan guru melatih daya sensitiviti,


menerapkan amalan nilai murni serta meperkembangkan daya pemikiran kreatif dan
imaginasi yang tinggi dalam diri murid. Selain itu, pengajaran teater dalam pendidikan
bahasa Melayu merupakan satu aktiviti yang berpusatkan murid dan hal ini mampu menjadi
medium penyatuan kaum dalam kalangan pelajar sendiri. Hal ini kerana, kerjasama antara
murid pelbagai kaum dapat dipupuk dengan aktiviti teater di dalam kelas yang melibatkan
murid dari pelbagai latar belakang dan warna kulit yang menggunakan bahasa Melayu
sebagai satu-satunya bahasa untuk berkomunikasi

Selain itu, pengajaran teater dalam pendidikan dapat menggalakkan murid untuk
memahami dan menjiwai permasalahan dalam khalayak masyarakat dengan menjiwai watak

2
atau skrip. Dalam pengajaran bahasa Melayu, murid yang terlibat berpeluang untuk
menyelami jiwa watak tertentu dalam teater yang dipersembahkan. Hal ini memberi ruang
bagi mereka untuk merasai sendiri watak yang diberi dan menyelami permasalahan yang
wujud. Sebagai contohnya, murid diberi watak si Tanggang yang derhaka terhadap ibunya.
Jadi murid dapat menyelami perasaan angkuh, lupa diri si Tanggang terhadap ibunya. Ini
secara tidak langsung dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid dan mampu
meningkatkan potensi diri mereka. Tambahan pula penguasaan dari aspek bahasa dapat
dipertingkatkan secara tidak langsung.

3.0 SEJARAH TEATER

Teater dalam pendidikan bermula sejak zaman British lagi. Sejarah perkembangan
teater ini bermula pada tahun 1965 di England dan dilakukan secara profesonal sejak itu
tahun itu. Tibanya tahun 1966, sebuah kumpulan professional pertama telah ditubuhkan dan
dikenali sebagai Belgrade Theatre in Conventry yang diketuai oleh Gordon Vallins yang
mana tujuan utama penubuhan kumpulan tersebut adalah untuk menggalakkan remaja
terlibat secara aktif dalam aktiviti berteater. Selain itu, pementasan teater telah ditulis secara
khusus dan melibatkan kanak-kanak turut dilakukan. Menerusi London Theatre Centre
(Brain Way), Tujuannya adalah bagi menghibur dan menggalakkan minat dalam kalangan
masyarakat khususnya golongan sasaran. Menerusi Brain Way ini juga, kanak-kanak turut
terlibat secara spontan dalam bahagian-bahagian tertentu dalam teater tersebut.

Perkembangan teater dalam pendidikan membolehkan mereka mendapat untung


yang besar daripada “British Art Council” dan lain-lain. Ada kumpulan yang bernaung di
bawah badan teater dan badan akademik dan tidak kurang juga yang ditubuhkan secara
persendirian. Teater dalam pendidikan mula berkembang di Amerika yang mana dengan
perlaksanaan projek Creatie Arts Team (CAT) yang mengikut bentuk Bristish namun diubah
suai yang mana tumpuan diberi terhadap isu sosial dan kurikulum yang berkaitb dengan
hidup pelajar serta masyarakat.

4.0 KESIMPULAN

Melalui aktiviti teater, murid dapat dibimbing tentang cara untuk menggunakan nada,
komunikasi bersuara atau tanpa suara dengan berkesan. Mereka juga dilatih dengan
penggunaan laras bahasa mengikut konteks dan situasi yang sesuai dengan aktiviti
simulasi, main peranan dan improvisasi. Dan sememangnya tidak boleh lari bahawasanya

3
pembelajaran melalui aktiviti teater ini akan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran
menjadi lebih menarik dan seronok. Sebagai kesimpulannya, konsep teater dalam
pendidikan dengan drama pendidikan sering disalahertikan oleh umum.
Walaubagaimanapun sehingga hari ini, masih tiada sumber betul-betul jelas tentang
perbezaan antara teater dan drama. Walaubagaimanapun yang pastinya teater merupakan
satu seni pentas yang tidak terikat dengan skrip semata kerana skrip boleh diubah mengikut
cita rasa pemegang watak.

Teater, sebagaimana tradisi kebudayaan besar, merupakan satu daripada wadah


yang memancarkan ketinggian pemikiran, intelektual, serta seni estetika sesuatu bangsa.

(Rahamad dan Mohamed Noor, 2014, 223)

Oleh itu, teater menjadi medium unggul untuk menyampaikan isi pembelajaran
mengikut kesesuaian masa kini. Penglibatan murid dalam aktiviti teater amat digalakkan
untuk memaksimumkan segala aspek kecerdasan yang ada dalam diri mereka atau lebih
dikenali sebagai kecerdasan pelbagai untuk dijadikan kemahiran nilai tambah dalam
pendidikan. Aktiviti yang berpusatkan murid sudah pastinya melibatkan murid secara aktif
dan mereka akan meneroka pelbagai aspek penting dalam perkembangan diri mereka.

4
BIBLIOGRAFI

Cohen, R. (1981). Theatre: Brief Edition, Palo Alto, CA. Mayfield Pub. Co.

Nicholson, Helen 2009: Theatre & Education. Basingstoke and New York: Palgrave
Macmillan.

Mirrione, Jim 2011: “Playwriting for TiE”. Tony Jackson, ed. Learning Through Theatre: New
Perspectives on Theatre in Education. London: Routledge, 71-91

Lickona, T. (1991). Educatingfor character. New York: Bantam.

Jackson, Tony 2001: “Education or Theatre? The Development of TIE in Britain”. Tony
Jackson, ed. Learning Through Theatre: New Perspectives on Theatre in Education.
London: Routledge. 17-39

Daria Lavrinienko (2015). Theatre as a tools in education and social and political activism.
University of Barcelona : Barcelona.

Walid bin Ali (.) Cabaran penggiat teater baharu di Malaysia.

Syairah Najihah (2012). Teater dalam pendidikan. Diakses pada 24 Februari 2017 dari
https://www.scribd.com/doc/86925484/Teater-Dalam-Pendidikan

Roslan (2010). Teater dalam pendidikan. Diakses pada 9 Mac 2017 dari
https://www.scribd.com/document/206009148/Tugasan-Teater-Dalam-Pendidikan-Sem-5

(..) (2011) Latar belakang teater dalam pendidikan. Diakses pada 9 Mac 2017 dari
http://adigurutkk.blogspot.my/2011/07/konsep-dan-definisi-drama-dan-teater-2.html

Ashraff (2015) Konsep teater dalam pendidikan . diakses pada 9 Mac 2017 dari
http://abangasyraff.blogspot.my/2015/06/konsep-teater-dalam-pendidikan.html

Anda mungkin juga menyukai