Anda di halaman 1dari 24

Pengenalan

Pelbagai takrifan dan konsep pendidikan telah dikemukakan, iaitu bersesuaian


dengan keperluan semasa. Pendidikan merupakan satu usaha yang terancang dan teratur
bagi mewujudkan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih aktif dalam
kalangan murid agar mereka dapat meningkatkan potensi diri masing-masing. Usaha ini
bukan sahaja bertujuan meningkatkan potensi diri murid-murid dari segi kecerdasan mental
sahaja, tetapi turut membantu dalam mengembangkan potensi mereka dalam aspek fizikal,
rohani dan sosial. Hal ini termasuklah kekuatan kerohanian, pengendalian diri yang teratur,
keperibadian yang baik, mempunyai akhlak yang mulia, dan terpuji serta keterampilan yang
diperlukan oleh diri mereka sendiri dan juga masyarakat.

Pendidikan bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan sikap-sikap baik tetapi turut
melibatkan proses perubahan sikap dan perilaku seseorang mahupun kelompok orang
dalam usaha mendewasakan manusia bukan sahaja melalui proses pengajaran tetapi juga
melalui latihan-latihan yang dilakukan.

Pengertian pendidikan berlainan dan berubah mengikut tujuan, tugas dan tempat.
Dalam bahasa Inggeris, ‘education’ atau pendidikan dikatakan berasal daripada perkataan
Latin ‘educare’ yang bermakna memelihara dan mengasuh anak. Walau bagaimanapun,
ramai ahli pendidik tidak mengehadkan proses ini kepada kanak-kanak tetapi memikirnya
sebagai suatu proses pemeliharaan. Mengikut John Dewey, pendidikan adalah satu proses
pertumbuhan dan perkembangan. Beliau memandang pendidikan sebagai satu usaha
mengatur pengetahuan untuk menambahkan pengetahuan semula jadi yang ada pada
seseorang individu.

Bagi James Mill pula, pendidikan adalah satu proses memberi pertolongan
maksimum kepada setiap anggota satu-satu masyarakat supaya hidup dengan penuh
keselesaan serta kegembiraan. Menurut John Macdonald dalam bukunya ‘A Philosophy of
Education’, makna pendidikan jelas dilihat dengan membandingkan masyarakat primitif
dengan masyarakat moden. Dalam masyarakat primitif, makna pendidikan ialah latihan
vokasional. Kanak-kanak dalam masyarakat primitif perlu diajar cara menggunakan alat-alat
serta senjata kuno, cara menangkap ikan dan mempertahankan diri supaya dapat
mengekalkan ekonomi kumpulan mereka.

Menurut Ki Hajar Dewantara, pendidikan juga diertikan sebagai suatu usaha untuk
memajukan diri sendiri dari segi budi pekerti, fikiran dan jasmani bagi membolehkan
seseorang individu itu mendapat kehidupan yang lebih sempurna selaras dengan alam dan
masyarakat. Dalam aspek ini, keluarga dan masyarakat perlu memainkan peranan penting
di mana mereka perlu mendidik anak-anak mereka dari peringkat awal lagi agar anak-anak
mampu berkembang dengan baik dari segi fizikal mahupun mental.

Secara umumnya pendidikan ialah proses pengubalan sikap dan tingkah laku
seseorang murid atau kelompok orang dalam usaha mendewasakan mereka untuk menjadi
manusia berguna melalui keupayaan melaksanakan pengajaran, latihan dan pendedahan
kepada sesuatu pengalaman dengan lebih berkesan. Pendidikan adalah sesuatu yang
universal dan berlaku secara terus-menerus dari satu generasi ke generasi berikutnya.
Keupayaan untuk mengubah manusia melalui pendidikan itu dilaksanakan sesuai dengan
pandangan hidup serta latar sosial kebudayaan setiap kumpulan masyarakat sendiri.
Penulisan Esei
Berdasarkan rujukan perpustakaan berkaitan isu-isu pendidikan di Malaysia,
bincangkan secara kritis, peranan seorang guru bagi meningkatkan kualiti sesebuah
sekolah. Penulisan esei perlulah merangkumi personaliti guru cemerlang, sekolah
dan permuafakatan komuniti serta cabaran profesionalisme keguruan.

Pendidikan ialah usaha sistematik yang disengajakan, yang dibuat oleh sesuatu
masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya,
usaha memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri
manusia. Isu-isu pendidikan pada kebelakangan ini telah semakin wujud di negara kita.
Antara isu yang telah dibangkitkan dalam dunia pendidikan ialah:

Budaya sekolah

Aspek berkaitan dengan penghayatan budaya sekolah yang sihat tidak begitu
menonjol di sekolah kita, walaupun pihak Kementerian Pendidikan telah menyediakan
kriteria berkaitan aspek budaya sekolah seperti kebersihan, keselamatan, penggunaan
kemudahan, keselesaan, keindahan, perpaduan, keadilan, semangat belajar, penggunaan
Bahasa Inggeris dan penggunaan Bahasa Melayu (Pusat Perkembangan Kurikulum;1990).
Apa yang berlaku rata-ratanya aktiviti di sekolah pada masa kini lebih tertumpu ke arah
memenuhi pelunjuran kejayaan dan kecemerlangan akedemik seperti mengadakan kelas
motivasi, teknik menjawab peperiksaan dan seumpamanya. Kegiatan bercorak pemupukan
nilai seperti gotong-royong, ceramah-ceramah kerohanian dan seumpamanya tidak begitu
mendapat sambutan.

Kelas yang besar

Kelas yang besar dari segi jumlah pelajar di dalamnya tentulah agak menyukarkan guru
untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sihat. Adalah merupakan
satu fenomena biasa, sebuah kelas terdiri daripada 45 hingga 55 orang pelajar. Dalam
keadaan seumpamanya ini, agenda penerapan nilai akan menjadi satu masalah kerana
tumpuan guru akan lebih banyak diberi bagi mengawal kelas daripada tugas ‘mendidik’
dalam erti kata sebenar.

Pengikhtisasan perguruan

Dalam satu sistem pendidikan proses pengajaran itu disampaikan oleh guru. Oleh
kerana kedudukan guru yang begitu strategik, ia menimbulkan berbagai isu dan masalah.
Secara keseluruhan isu dan masalah ini dapat dilihat dari dua segi, pertama masalah yang
disebabkan oleh guru atau masalah yang dihadapi oleh guru kerana sistem pelajaran.
Kedua isu tentang pengikhtisasan perguruan itu sendiri. Sulaiman Masri dan Hashim
Othman membicarakan dari segi pertama, sementara Amir Awang dan Cha Chan
membicarakan dari segi kedua, iaitu profesion atau pengikhtisasan perguruan.

Dalam satu sistem pelajaran yang highly centralised guru mungkin menjadi hanya
satu nut and bolt dalam satu mesin. Adakalanya kerosakan nut dan bolt ini akan
merosakkan mesin itu dan adakalanya tidak menjejaskan langsung mesin tersebut. Guru
perlu mengikuti satu sistem yang telah ditentukan untuk matlamat yang ditetapkan. Walau
apa sekalipun matlamat pendidikan yang ditetapkan, akhir-akhirnya matlamat itu
disempitkan menjadi matlamat untuk lulus peperiksaan. Oleh itu proses pengajaran-
pembelajaran akan disesuaikan bagi matlamat ini. Walaupun guru-guru dilatih dengan
kaedah-kaedah inovatif, cara pengajaran yang baru atau penggunaan alat pandang dengar
dan alat bantuan mengajar yang lain jarang sekali digunakan semasa mengajar (kecuali
masa latihan mengajar). Apa yang berlaku ialah guru-guru berpegang teguh kepada buku-
buku teks yang sama untuk semua sekolah, buku-buku ulangkaji untuk peperiksaan dan
buku-buku latihan soalan-soalan peperiksaan. Dia mungkin akan mempunyai peratus
kelulusan yang lebih tinggi dengan cara pengajaran yang begini dari menggunakan cara-
cara lain. Seorang guru itu selalu berada serba salah, sama ada mahu mengajar dengan
cara yang lebih fleksibel, dengan mengambil kira perbezaan perseorangan, menggalakkan
permikiran yang inovatif dalam kalangan kanak-kanak tetapi menghadapi kemungkinan
sukatan pelajaran tidak selesai atau menggunakan “kaedah lulus periksa” dengan tidak
mengambil perkiraan prinsip-prinsip pendidikan yang wajar tetapi menghabiskan sukatan
pelajaran yang ditetapkan (lihat Hashim Osthman).

Guru juga tidak menimbulkan masalah kepada sistem pelajaran (lihat Sulaiman
Masri). Mungkin ini disebabkan oleh tidak adanya quality control dalam pengikhtisasan
perguruan. Profesion perguruan ialah paling terbuka, dalam erti kata sesiapa sahaja yang
memenuhi syarat akedemik dapat menjadi guru. Salah satu syarat profesion ialah mengawal
kemasukan ke dalam profesion tersebut. Syarat-syarat lain seperti kelakuan, sikap, tingkah
laku, patut sangat diambil kira hendak diterima menjadi guru. Kadang-kala tahi judi, penagih
dadah, pencuri pun jadi guru. Elemen yang begini dapat diubah tingkahlakunya pada masa
latihan da nada masanya ini tidak dapat dilakukan. Adakalanya perangai mereka berubah
ada kalanya tidak. Jadi dari segi perkhidmatan pun tidak ada quality control. Jarang sekali
tindakan diambil terhadap kecuaian dalam menjalankan tugas-tugas ataupun satu-satu
penilaian lain dibuat terhadap seorang guru. Satu sistem quality control patut ada supaya
sesuatu dapat dilakukan terhadap guru-guru yang tidak sampai kepada pencapaian yang
dikehendaki. Mereka ini bolehlah diberi latihan dalam perkhidmatan yang lebih pesat atau
langkah-langkah lain yang bersangkutan boleh diambil.
Masalah Pengajaran Pembelajaran Ilmu Hisab Sekolah Rendah

 Masalah pengajaran-pembelajaran Sains sekolah rendah

Masalah pengajaran dan pembelajaran Sains rendah hampir sama dengan masalah
yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran Ilmu Hisab, dalam beberapa hal. Kerana
itulah Projek Khas 1970, merangkumi kedua-dua kedua-dua pelajaran ini. Sebelum tahun
1970, guru-guru Sains sekolah rendah tidaklah khusus mengajar sains sahaja, tetapi juga
mengajar lain-lain mata pelajaran. Sebab mereka belum menerima latihan yang cukup
mengenai pengajaran Sains. Pengajaran hanyalah berpandukan buku teks dengan cara
menyeluruh murid-murid membawa dan menghafal. Cara seperti ini sangat mengecewakan
terutamnya yang menyangkut kelemahan murid-murid sehingga tidak ada minat mereka kea
rah Sains dan Ilmu Hisab.

Dari segi isi dan kaedah, pelajaran Sains untuk murid-murid sekolah rendah berbeza
daripada pelajaran Sains di peringkat menegah. Kerana di sekolah rendah, ia perlu
disesuaikan dengan corak pemikiran kanak-kanak. Pada keseluruhannya pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak sekolah rendah masih tetap dan lebih bersifat egocentric.
Keadaan seperti ini menimbulkan perbezaan dari segi perkembangan pemikiran mereka;
ada yang lembam, ada yang cergas, walaupun dari segi umur sama. Akibatnya, murid-murid
yang lembam tidak ada minat untuk mempelajari Sains. Murid-murid yang cergas pula,
dipengaruhi suasana itu, lama kemudian hilang minat. Diburukkan lagi dengan keadaan
kebanyakan guru yang tidak khusus mengajar Sains. Perbezaan kebolehan di kalangan
guru ini boleh melahirkan sikap negative mereka terhadap pelajaran Sains. Mutu yang baik
tentunya tidak dapat dicapai akibat pendekatan yang kurang mahir ini.

Sikap guru

Para guru selalunya mengambil sikap mudah atau sambil lewa dalam pembentukan
moral pelajar mereka dengan andaian bahawa tugas menyampaikan pengetahuan nilai atau
moral adalah peranan guru Pendidikan Islam dan Moral. Begitu juga soal pengwatan disiplin
dan kepatuhan terhadap amalan nilai, diserahkan ke atas bahu guru disiplin dan guru hal
ehwal pelajar. Guru sebaliknya memerikan penuh tumpuan terhadap pencampaian isi
pelajaran kerana keutamaan sentiasa difokuskan bagi menghabiskan sukatan pelajaran.

Pendidikan adalah bidang yang sentiasa mengalami perubahan sesuai dengan


perkembangan yang berlaku terhadap persekitaran kerana apa sahaja perubahan yang
berlaku akan memberikan kesan terhadap pendidikan terutama aspek kurikulum.

Terdapat berbagai-bagai bentuk cabaran dalam pendidikan menjelang abad ke-21.


Banyak faktor dalaman dan luaran yang menjadi pemangkin yang memungkinkan cabaran
getir yang perlu dihadapi menjelang abad akan datang. Seperti yang dinyatakan oleh
Sulaiman Daud (1995) bahawa abad ke-21 bukan sahaja memerlukan kita melahirkan insan
yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidang industri dan teknologi,
pengurusan dan perdagangan tetapi jua harus menghasilkan insan yang mempunyai sistem
nilai dan nilai etika serta akhlak yang baik, berperibadi mulia, bertanggungjawab, patuh
kepada Tuhan serta berkemampuan untuk membangunkan masyarakat dan negara.
Beberapa cabaran yang perlu mendapat pertimbangan dan tumpuan ialah:

i. Cabaran revolusi teknolgi maklumat

Menteri Pendidikan Dato’ Sri Mohd Najid Razak dalam ucap utama di Majlis Perasmian
Persidangan “Discovery Malaysia ‘97’” menyebut:

“Sama ada kita setuju atau tidak, proses pendidikan di negara kita menjelang abad
ke-21 tidak dapat lari daripada mendedahkan pelajar kepada teknologi maklumat dan
multimedia. Ledakan multimedia sedang berlaku dengan pesatnya. Di seluruh dunia, negara
maju telah pun melaksanakan dalam prasarana pembangunan sumber manusia bertujuan
untuk melahirkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan berketrampilan dalam bidang
teknologi digital menjelang abad akan datang.”

Sehubungan dengan itu, dunia pendidikan berdepanan dengan cabaran baru


termasuklah penyediaan prasarana teknologi maklumat di sekolah. Selaras dengan itu, mata
pelajaran komputer diperkenalkan di sekolah yang bukan sahaja tertumpu di bandar tetapi
juga di sekolah di pinggir bandar dan luar bandar. Penggunaan internet, Web Site, Siber
Space dan CD-Rom kini telah menjadi perkara biasa di sekolah kita.

Cabaran kita di sini adalah menyediakan para guru dengan kepakaran teknologi
maklumat agar program yang dirancangkan dapat menepati objektif dengan berkesan.
Dalam konteks ini, Menteri Pendidikan, Dato’ Sri Najib ketika berucap dalam persidangan
antarabangsa mengenai pembelajaran kooperatif dan konstruktif dalam pendidikan Sains
dan Matematik di Georgetown pada 1 April 1997 menegaskan:

“Semua guru agen perubahan dalam masyarakat kita di semua peringkat sama ada
pengurus, pentadbir, pendidik atau penyelidik perlu dilengkapkan dan didedahkan dengan
pelbagai peralatan canggih khususnya teknologi maklumat.”

ii. Cabaran pendidikan prasekolah

Malaysia sebagai negara yang sedang memacu pertumbuhan ekonominya dengan tangkas
dalam rangka menuju Wawasan 2020, sedang mengalami perubahan drastik dalam struktur
sistem kekeluargaan. Ini didorong ekoran daripada semakin ramai ibu bapa bekerja yang
menyebabkan permintaan terhadap institusi prasekolah semakin mendesak. Data berikut
menggambarkan satu pertubuhan yang begitu pantas penambahan murid prasekolah antara
1990-1995.

Tahun 1990 1994


Jumlah murid: 184840 362400

Jadual 1: Data Bandingan Penambahan Murid Tadika antara 1990 dan 1995.

Sumber: Malaysia: Rancangan Malaysia Ke-6 (1990-1995)

Kuala Lumpur: Jabatan Percetakan Negara

Memandangkan kesedaran masyarakat mengenai keperluan pendidikan sempurna


terhadap anak-anak semenjak ke peringkat awal lagi, kita menyaksikan pertambahan
terhadap keperluan prasekolah adalah begitu mendadak. Ini merupakan satu fenomena
baru dalam pendidikan di Malaysia menjelang abad ke-21. Justeru beberapa persoalan
timbulharus diberikan tumpuan, antara lain seperti masalah peningkatan kualiti dan kuantiti
pendidik sekolah, penyelarasan kurikulum pendidikan prasekolah, peningkatan kemudahan
infrastuktur, masalah penilaian, kekurangan prasekolah di kawasan luar bandar, dan
pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak istimewa.

Di samping itu harus difikirkan cabaran yang dapat mengangkat martabat ke arah
peningkatan pencapaian pendidikan prasekolah. Antara cabaran tersebut adalah cabaran
memberi didikan kepada kanak-kanak berdasarkan matlamat Falsafah Pendidikan Negara.

iii. Cabaran disiplin dan masalah sosial

Peningkatan jumlah pelajar yang terlibat dalam kes disiplin semakin meningkat.
Anak-anak remaja kini semakin berani melakukan perkara sumbang tanpa segan silu.
Kebanyakan pelajar ini membawa masalah yang dihadapi di rumah ke sekolah. Pihak guru
dan pentadbir sekolah terpaksa menghadapi pelbagai masalah bagi menghadapi kerenah
para pelajar.

Dari segi disiplin, perbuatan seperti tidak mematuhi peraturan, lewat masuk kelas,
ponteng kelas, ponteng sekolah, merosakkan harta benda sekolah, membuat bising,
membuli pelajar, peras ugut, terlibat dalam kumpulan samseng dan seumpamanya seolah-
olah telah menjadi satu fenomena biasa di sekolah kita ketika ini.

Sekiranya ditinjau dari sudut masalah sosial pula, keadaan semakin


membinbangkan. Pengaruh nilai negatif terutama menjelang abad ke-21 dijangka semakin
hebat. Dalam keadaan yang berlaku sekarang ini pun, banyak pihak mulai merasa cemas
mengenai keterlibatan anak-anak remaja pelajar kita dalam masalah sosial. Malah,
sesetengah kalangan menganggap ia telah mula menjadi barah terutama dalam usaha
untuk melahirkan masyarakat madani.

Penglibatan para pelajar dalam masalah seperti bohsia, bohjan, seks bebas,
penyalahgunaan dadah, lesbian, homoseksual, buang bayi, berkelakuan tidak senonoh
amat ketara dan kes-kes mereka telah ‘terangkat’ hingga ke peringkat nasional.

Persoalan yang perlu difikirkan di sini adalah sejauh mana keberkesanan kurikulum
kita terutama implikasi pendidikan peringkat KBSM dan Falsafah Pendidikan Negara yang
berhasrat untuk melahirkan individu pelajar yang seimbang dari segi rohani, emosi, jasmani
dan intelek.

Adalah menjadi satu cabaran besar kepada pendidikan di Malaysia dalam


menangani isu ini. Komitmen yang menyeluruh dari pihak Kementerian Pendidikan,
Kementerian Penerangan, Kementerian Perpaduan Negara dan Masyarakat, Kementerian
Dalam Negeri dan seumpamanya perlu digembleng bagi memikirkan cara penyelesaian
terbaik. Di samping itu, para guru, ibu bapa, pihak media massa dan Badan Bukan Kerajaan
(NGO) perlu memainkan peranan masing-masing.

iv. Cabaran pengurusan sekolah

Perkembangan yang akan berlaku pada abad akan datang memerlukan suatu corak dan
cara gaya pengurusan sekolah yang lebih cekap, sesuai dengan perkembangan semasa.
Pengurus sekolah di masa hadapan perlu bersikap lebih proaktif, kreatif, bersikap terbuka,
dinamik, pengetahuan luas, matang dan mempunyai kewibawaan yang tinggi. Sudah
sampai masanya, jawatan Pengetua atau Guru Besar tidak dipilih di kalangan pendidik
semata-mata berdasarkan kekananan sahaja seperti amalan hari ini.

Sekiranya pengurus sekolah tidak berupaya diintegrasikan ke dalam sistem yang


dijangkakan semakin kompleks, kemungkinan akan berlakunya pertembungan ‘konflik
keyakinan’ dengan guru-guru yang lebih berkemahiran, berpengetahuan dinamik dan
memiliki kebolehan yang ‘bersepadu’. Jika keadaan ini berlaku, adalah dibimbangkan, para
guru akan mempunyai tanggapan negatif terhadap kepimpinan pengurusan sekolah yang
sekali gus akan mewujudkan suasana yang tidak harmonis. Justeru itu, pengurus sekolah
perlu memiliki beberapa kemahiran bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Pertama,
pengetua mestilah dapat memberikan kepimpinan pedagogi dan sekali gus berupaya
memberikan kepimpinan dalam pengurusan sekolah. Kedua, berkemahiran melaksanakan
program pendidikan yang diamanahkan kepada mereka. Ketiga, mampu mewujudkan
perhubungan mesra di antara guru dengan guru dan juga dengan murid tanpa sifat kepura-
puraan. Keempat, berkeupayaan melakukan penyelidikan. Kelima, berupaya menjadi
pembimbing terutama kepada guru-guru muda dan menjadi tempat rujukan guru-guru bagi
mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran. Akhir sekali ialah perlu mempunyai
pengetahuan tentang teknologi pendidikan moden terutamanya penggunaan komputer dan
multimedia dalam pengajaran.

Namun demikian, isu-isu yang dibangkitkan itu tidak bermakna kita harus menyerah
kalah. Apa yang perlu dilakukan ialah perlunya komitmen lebih tinggi di kalangan pendidik
dan mereka yang terlibat dalam dunia pendidikan agar dapat mencari jalan yang lebih
sesuai dan kreatif dalam menyelesaikan isu berbangkit. Antara jalan penyelesaiannya ialah
kerjasama permuafakatan sekolah dan komuniti.

Permuafakatan menurut Kamus Dewan (1997) adalah melibatkan proses


perundingan, persetujuan atau permesyuarakatan. Komuniti pula adalah sebuah masyarakat
kecil yang ditempatkan dalam sesuatu kawasan dan ditadbir oleh kerajaan tempatan,
biasanya dikenali sebagai Majlis Dearah atau Majlis Perbandaran.

Pendidikan pula ialah proses pemberian ilmu kepada manusia dan dalam konteks
sekolah kepada kanak-kanak. Menurut pandangan Tajul Ariffin Nordin (1988), beliau
mengatakan bahawa pendidikan harus bersumberkan al-Ouran dan hadis di samping
adanya integrasi disiplin-disiplin ilmu ke arah membina komuniti ummah dengan berteraskan
aqidah.

‘Permuafakatan Komuniti dalam Pendidikan’ merupakan satu gerakan menyatukan


sumber komuniti dan sekolah untuk memenuhi keperluan bersama. Permuafakatan dalam
komuniti ini bertujuan mewujudkan satu suasana dan persekitaran belajar yang sempurna di
samping memerlukan penglibatan ahli komuniti yang terdiri daripada ahli di sekolah,
keluarga, PIBG, masyarakat, agensi kerajaan, dan pihak swasta. Semua pihak perlu
bekerjasama dan berusaha bukan sahaja untuk kebaikan murid tetapi juga untuk
kesejahteraan masyarakat secara keseluruhannya.

Kita kerap kali melihat seorang guru cuba mempengaruhi pelajaran anak muridnya,
malangnya ada kuasa lain yang mempengaruhi mereka. Hal ini ditambah pula seorang guru
hanya mampu bersama muridnya pada kadar waktu yang terbatas, sedangkan sebahagian
daripada masa murid dihabiskan di luar kelas. Perkembangan teknologi terkini turut
mempengaruhi situasi ini. Justeru, tidak hairanlah akan wujud konflik antara guru dan murid.
Situasi di luar menjadi pengganggu kepada apa yang cuba diajar oleh guru.

Bagi membendung masalah yang dinyatakan, maka masyarakat harus memberi


sumbangan positif ke arah peningkatan mutu pendidikan. Perkongian atau permuafakatan
dalam komuniti perlu ada bagi mewujudkan satu suasana pembelajaran yang berkesan.
Pada masa kini terdapat beberapa isu yang memerlukan sokongan daripada masyarakat
untuk meningkatkan mutu pendidikan supaya sistem pendidikan di sekolah menjadi lebih
berkesan. Antara isu-isu tersebut adalah:

i. Kos pendidikan yang meningkat

Kebanyakan kemudahan pendidikan yang terdapat di negara ini adalah disediakan,


ditadbir dan dibiayai oleh kerajaan pusat kerana pendidikan memainkan peranan penting di
dalam pembangunan negara terutama mengimbangkan sosioekonomi antara kaum untuk
membekalkan guna tenaga profesional dan separa profesional bagi memenuhi permintaan
sektor awam dan swasta. Sheehan (1973) menjelaskan bahawa pendidikan mendatangkan
faedah langsung dan tidak langsung kepada individu dan masyarakat. Namun
kebergantungan yang berterusan kepada pihak kerajaan boleh melembabkan proses
pendidikan kerana kos pendidikan kini adalah sangat tinggi. Oleh itu, masyarakat adalah
dituntut memberikan kerjasama dan memainkan peranan mereka untuk menjayakan
matlamat pendidikan negara. Perkongsian antara masyarakat dan kerajaan ini telah lama
berlaku di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom (Shahril @
Charil, 1994).

ii. Sekolah berkesan

‘Sekolah berkesan’ ialah sekolah yang melahirkan murid yang maju atau lebih tinggi
daripada apa yang diharapkan berdasarkan kepada pencapaian ketika pengambilannya.
Menurut kajian Coleman (1966), tiada perkaitan antara banyakan sumber yang boleh
diperolehi oleh pihak sekolah berbanding pencapaian muridnya. Perbezaan pencapaian
antara murid disebabkan oleh faktor-faktor peribadi dan keluarga. Menurut Berstein (1970),
kebanyakan pengaruh masyarakat lebih kuat daripada pengaruh sekolah. Kajian Thomas
dan Mortimores (1995) mendapati faktor latar belakang murid menyumbang kepada 60%
kecemerlangan murid manakala sekolah dan bilik darjah hanya menyumbang kepada 12%
hingga 18% dan selebihnya oleh faktor-faktor lain.

Elemen keberkesanan sesebuah sekolah adalah bergantung kepada penyertaan


masyarakat dalam setiap aktivitinya. Elemen ini terkandung dalam salah satu daripada
Sembilan ciri sekolah berkesan yang dirumuskan oleh Corcoran dan Wilson (1997).

iii. Proses membuat keputusan

Pada masa kini masyarakat begitu prihatin terhadap sebarang isu melibatkan
pendidikan. Tidak hairanlah terdapat desakan masyarakat untuk melibatkan diri secara
intensif dalam membuat keputusan berkaitan pendidikan. Hal ini membawa kepada tindakan
penilaian hubungan kuasa atau agihan kuasa pada peringkat dasar dalam organisasi
sekolah.

iv. Penglibatan terhadap isu pendidikan di Malaysia

Di negara kita, sistem pedidikan ditentukan oleh kuasa pusat dan kerajaan Malaysia. Hal
ini membayangkan bahawa komuniti seolah-olah menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya
kepada pihak sekolah. Komuniti berharap bahawa semua perubahan dan pembaharuan
digerakkan oleh kerajaan. Masalah yang timbul dikaitkan secara langsung dengan
keberkesanan persekolahan.

Oleh itu, satu perancangan harus dilaksanakan supaya penglibatan ibu bapa dan
masyarakat lebih menyeluruh dan aktif. Jika melibatkan ibu bapa maka pihak sekolah harus
menubuhkan satu badan penyelaras permuafakatan komuniti pendidikan yang melibatkan
semua pihak seperti PIBG, bekas pelajar, persatuan-persatuan tempatan, ahli korporat,
dermawan, profesional, dan sebagainya. Dengan adanya badan penyelaras, aktiviti
berbentuk dua hala dapat dilaksanakan dan harus berjaya mencapai matlamat-matlamat
berikut:

Sekolah dapat memberi penjelasan mengenai pelaksanaan sesuatu dasar yang


berkaitan dengan masyarakat. Dengan adanya penjelasan, sebarang kekeliruan dapat
diatasi dengan segera dan tidak dipolitikkan atau digunakan oleh pihak yang cuba
mengambil kesempatan.

Sekolah harus berupaya menjadi tapak untuk melahirkan kepakaran dan berupaya
melatih ahli-ahli masyarakat setempat dari aspek ekonomi, sosial, pendidikan, agama, dan
kemahiran-kemahiran tertentu.

Sesuai dengan situasi hari ini, maka masyarakat pula seharusnya dapat membantu
sekolah dengan memberikan sumbangan seperti projek menambah bangunan, projek
komputer, kelas tambahan, dan sambutan perayaan pelbagai kaum untuk berinteraksi sekali
gus mengenai komuniti sekolah.

Kerjasama dan permuafakatan antara sekolah dan komuniti ini seterusnya akan
dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Permuafakatan ini akan hanya
berjaya dilaksanakan sekiranya ada rasa tanggungjawab dan komitmen oleh masyarakat
setempat. Bagi menjayakan hubungan timpal balik antara komuniti dan sekolah, pelbagai
strategi program diatur seperti ceramah dan perbincangan, seminar dan perbengkelan,
tayangan video, lawatan, pameran, gotong-royong, Hari Keluarga dan lain-lain.
Program tersebut boleh dilaksanakan secara bersiri sepanjang tahun manakala
program tertentu boleh diadakan pada hari-hari yang sesuai seperti pada hujung minggu
dan cuti umum. Penglibatan ahli komuniti memberi kesan kepada kejayaan program
permuafakatan dalam komuniti. Majlis permuafakatan yang dibentuk boleh disertai oleh
pemimpin-pemimpin masyarakat, tokoh-tokoh masyarakat, persatuan bekas pelajar,
pemimpin-pemimpin belia, ibu bapa, para belia, dan murid sekolah.

Majlis permuafakatan ini akan lebih berjaya jika pihak yang terlibat berusaha
mendapatkan pengajur yang sanggup mengendali dan menguruskan sesuatu program yang
dirancang. Penganjur-penganjur tersebut adalah seperti pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa
dan Guru, persatuan bekas pelajar, jawatankuasa kemajuan kampung, jabatan-jabatan
kerajaan, badan-badan agama, dan NGO.

Sesuatu aktiviti yang dijalankan pastinya memerlukan sumber kewangan untuk


menjayakan program berkenaan. Kebiasaannya pihak pengajur perlu menguruskan sumber
kewangan yang diperoleh untuk menampung kos setiap aktiviti. Aktiviti tidak akan berjalan
tanpa sumber kewangan yang kukuh. Bagi menjayakan sesuatu program, sumber
kewangan bolehlah diperoleh daripada sumbangan peserta, sumbangan kerajaan atau wakil
rakyat, sumbangan penaja, sumbangan dermawan individu, tabung PIBG, dan projek-projek
bercorak ekonomi.

Kejayaan program permuafakatan komuniti dalam pendidikan banyak bergantung


kepada sokongan daripada setiap ahli yang terlibat. Tanpa sokongan setiap anggota
masyarakat, maka permuafakatan ini akan gagal. Kegagalan permuafakatan ini sedikit
sebanyak akan memberi kesan kepada banyak bekalan tenaga kerja untuk memacu
pembangunan negara.

Terdapat banyak kepentingan hubungan permuafakatan sekolah dan komuniti.


Permuafakaan dalam bidang pendidikan antara sekolah dan komuniti setempat adalah satu
perhubungan yang saling memerlukan antara satu sama lain. Hubungan ini adalah
hubungan timbal balik kerana kedua-dua pihak akan mendapat manfaat daripada
perhubungan tersebut. Hubungan timbal balik antara sekolah dan komuniti ini berlaku
kerana komuniti setempat memerlukan sekolah untuk membentuk masa depan anak-anak
manakala pihak sekolah pula memerlukan murid-murid untuk berfungsi sebagai satu sistem
dalam pendidikan dan membantu negara dalam membekalkan guna tenaga demi memacu
pembangunan negara seperti yang direncanakan oleh kerajaan.

Dalam konteks sekolah, setiap individu di sekolah adalah dianggap sebagai


sebahagian daripada komuniti kecil. Anggotanya berinteraksi dalam kawasan sekolah yang
sama. Mereka menjalankan tugas masing-masing mengikut peranan yang ditetapkan dan
saling berkaitan. Aktiviti anggota sekolah diaturkan mengikut budaya dan peraturan sekolah
yang dipersetujui bersama demi kebaikan komuniti di sekolah. Ahli komuniti akan bertindak
secara teratur dan bersatu padu. Segala perjalanan dan aktiviti yang berlaku adalah
mengikut sistem sosial yang telah dipersetujui bersama.

Sekolah pula adalah sebuah institusi pendidikan yang ditubuhkan oleh masyarakat.
Pihak sekolah tidak boleh mengasingkan diri dan aktiviti mereka daripada masyarakat
sekitar. Sekolah merupakan salah satu institut pendidikan yang ditubuhkan bagi memenuhi
keperluan anggota masyarakat yang membolehkan mereka menguasai ilmu pengetahuan
dan kemahiran untuk kemajuan, perkembangan diri dan masyarakatnya. Hubungan timbal
balik antara sekolah dengan komuniti boleh dibincangkan daripada empat aspek, iaitu
Institut Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), institut masyarakat, hubungan organisasi
dengan sekolah, dan perhubungan sekolah dengan komuniti.

Peranan seorang guru juga amat dititikberatkan bagi meningkatkan kualiti sesebuah
sekolah. Pada tahun kebelakangan ini, sesetengah kualiti sekolah di negara kita telah
semakin merosot. Apakah langkah-langkah boleh diambil untuk mengatasi masalah ini?

Antara usaha yang boleh dijalankan adalah seperti guru perlu melaksanakan saiz
kelas yang lebih kecil untuk meningkatkan keberhasilan murid. Kajian menunjukkan bahawa
faktor seperti saiz kelas kurang memberi impak terhadap kualiti keberhasilan murid
berbanding faktor seperti kualiti guru. Oleh itu, guru perlu mengekalkan dasar sedia ada,
iaitu maksimum 35 murid dalam satu kelas. Tumpuan akan diberikan kepada langkah
menambah baik keadaan 11% sekolah yang mempunyai saiz kelas lebih daripada 35 murid.

Guru perlu memberikan lebih perhatian kepada disiplin murid. Pelaksanaan


dashboard bagi sekolah, daerah dan negeri, pada 2013 telah memasukkan matriks prestasi
disiplin yang akan menjadi bidang tumpuan pengurusan prestasi sekolah.

Para guru perlu meningkatkan penguasaan terhadap kemudahan ICT. Kementerian


sedang dan akan melaksanakan 1BestariNet, rangkaian 4G, dan persekitaran pembelajaran
maya di semua 10,000 sekolah menjelang pertengahan 2013. Kementerian juga akan
menambah bilangan komputer di sekolah, serta memberikan latihan yang secukupnya
kepada guru dan pihak sekolah untuk memastikan ICT diterapkan untuk menarik minat
perhatian para pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran harian.

Peranan insan bergelar guru adalah amat penting dalam usaha merintis dan
menerajui perubahan demi melonjakkan institusi pendidikan dan melahirkan insan yang
memberi sumbangan kepada kemakmuran negara. Profesion perguruan merupakan
profesion paling utama dalam proses membangunkan manusia dan masyarakat kerana
pendidikan adalah medan pembinaan modal insan yang berkesan. Seseorang yang digelar
sebagai pendidik mempunyai peranan yang profesional di mana mereka bukan sahaja
menyampaikan ilmu pengetahuan, malah mendidik untuk membentuk sikap, nilai, akhlak
dan peribadi pelajar melalui pembentukan sahsiah yang baik. Sehubungan dengan itu, guru
hendaklah menampilkan personaliti yang baik seperti bertatatertib, berbudi bahasa,
bersopan santun, bertimbang rasa, bersimpati, berdedikasi dan bersikap positif bukan
sahaja di sekolah malah di mana sahaja mereka berada. Personaliti ialah perwatakan dan
tingkah laku dan merupakan satu daripada pembolehubah yang boleh memudahkan atau
menyulitkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Profesion perguruan bukanlah
satu profesion yang statik dan tidak menjanjikan peluang kenaikan pangkat yang menarik.
Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan pelbagai insentif untuk membantu
meningkatkan profesionalisme perguruan melalui Pelaksanaan Guru Cemerlang contohnya.
Sebagai seorang guru, kita seharusnya mempunyai kualiti yang khusus dan konsisten
supaya dipandang mulai oleh masyarakat. Sebagai pendidik, guru harus menonjolkan sifat-
sifat keperhatian yang terpuji yang dapat dapat diterima oleh pelajar, masyarakat dan rakan
seprofesionnya. Dari segi keperibadian, seseorang guru cemerlang perlu memiliki
keperibadian:

a. Tegas

Guru perlu bersifat tegas dan adil di kalangan pelajar kerana dengan sifat demikian, ia dapat
mewujudkan rasa hormat pelajar dan kawalan disiplin yang baik. Ketegasan guru
membolehkan ia berfungsi sebagai “pendisiplin” bilik darjah yang baik.

b. Ramah

Dari segi peribadi, guru perlu bersikap peramah serta mudah dihampiri. Guru yang bersikap
sedemikian, memudahkannya diterima di kalangan pelajar dan sekali gus dapat memainkan
peranan berkesan selaku kaunselor.

c. Suka berjenaka

Berjenaka adalah rencah kehidupan guru dengan murid yang tidak boleh dipisahkan. Melalui
jenaka, guru akan dapat menarik minat pelajar terhadap pelajarannya kerana pelajar akan
merasa terhibur dan seronok di dalam kelas. Guru yang pintar berjenaka akan dapat
mewujudkan suasana bilik darjah yang riang, tenang dan menceriakan.

d. Adil

Guru dalam kelas adalah pengurus dan penilai. Justeru dia tidak dapat melepaskan diri dari
sifat-sifat adil dalam tindak-tanduk serta keputusan yang diambilnya. Guru yang adil tidak
akan bersifat pilih kasih atau memilih bulu. Penilaian guru terhadap pelajarnya dilakukan
secara profesional dan objektif. Sifat adil seorang guru sangat penting dalam mencorakkan
iklim bilik darjah yang riang, tenang dan kondusif.

e. Mudah lentur (fleksibel)

Semasa melaksanakan tugas-tugas pengajaran dan pembelajaran, guru mestilah


mengamalkan sikap yang fleksibel. Jika sesuatu pendekatan didapati kurang sesuai dengan
minat, emosi dan cita rasa pelajar guru harus dengan pantas menukar pendekatannya agar
proses pengajaran dan pembelajaran itu dapat dimanfaatkan oleh pelajar.

f. Dedikasi

Sifat dedikasi amat diperlukan bagi membolehkan guru memainkan peranan dengan
berkesan dalam profesionalnya. Guru yang berdedikasi bukan sahaja akan
menyempurnakan sesuatu tugas dengan sempurna, malah akan menjalankan tugas-tugas
lain di luar waktu kerjanya dengan penuh minat. Sifat dedikasi ini merangkumi daya usaha
yang tinggi, tidak mengenal jemu, gigih, tabah dan bermotivasi.

g. Toleransi

Sifat toleransi perlu dimiliki pada setiap guru. Tanpa sikap toleransi, akan menjadikan
seorang guru itu bertindak tergesa-gesa dan tidak cuba untuk memahami masalah pelajar.
Tanpa sikap toleransi juga memungkinkan seorang guru itu menjadi pemarah, tidak sabar,
cepat menghukum, selalu menyindir di mana amalan seumpama ini akan menyebabkan
pelajar sentiasa dalam keadaan tertekan dan berasa tidak selamat.

h. Pandangan luas

Guru perlu menguasai banyak maklumat dan pengetahuan yang berkaitan dengan
pengajarannya. Pengetahuan yang luas akan memudahkan seseorang guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Beberapa cara boleh dicapai ke arah ini, misalnya melalui
banyak membaca tentang hal ehwal semasa; bergaul dan bersosialisasi dengan
masyarakat, terlibat secara aktif dengan kegiatan bercorak kemasyarakatan dan juga
bersifat intelektual dan sebagainya.

i. Dinamik

Guru perlu memiliki sifat dinamik supaya dia tidak ketinggalan di belakang dalam arus
pengetahuan yang semakin berkembang. Sifat dinamik juga akan mencetuskan
kesungguhan dan motivasi dalam diri guru untuk bertugas dengan lebih bersungguh-
sungguh.
Terdapat pelbagai aspek telah ditunjukkan bahawa guru cemerlang sememangnya
telah menunjukkan kecemerlangan dalam kualiti kecemerlangan. Dalam aspek
perancangan, guru yang cemerlang didapati boleh mengesan masalah pembelajaran pelajar
sepanjang masa, merancang pelbagai alat dan bahan bantu mengajar serta pelbagai
kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk pelajar pelbagai kebolehan.
Dari sudut pengurusan masa pula, guru yang cemerlang berjaya mengurus laporan prestasi
pelajar dengan kemaskini dan segala strategi pengajaran didokumentasikan. Dalam proses
pengajaran pula, guru yang cemerlang berjaya mengaitkan kepakaran sedia ada pelajar
dengan tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P. Mereka
merupakan guru yang reflektif dan sentiasa meneroka secara mendalam dan berulang kali
terhadap amalan dan tindakan untuk meningkatkan keberkesanan hasil pengajaran di dalam
bilik darjah. Guru yang cemerlang juga kerap memberi kata-kata semangat dan perangsang
yang adakalanya dilekatkan di dinding kelas. Antara ciri-ciri yang harus dikekalkan oleh
seorang guru yang cemerlang adalah seperti mempunyai pengetahuan yang mendalam
terhadap sesuatu bidang pengkhususannya, komitmen yang menyeluruh, penambahbaikan
ilmu serta kemahiran secara berterusan, sebagai satu “role model” atau idola kepada
pelajar, mudah didekati, mesra dan mampu menyelesaikan masalah dan memberi
pandangan yang bernas. Secara amnya guru yang berkualiti harus berilmu, berdedikasi
serta menjadi sumber inspirasi kepada pelajar. Guru yang beginilah yang amat diharap-
harapkan oleh semua golongan masyarakat untuk memenuhi aspirasi Negara.

Dari aspek peribadi, guru cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang
terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika
perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi
“role model” kepada para pendidik. Dari aspek pengetahuan dan kemahiran, guru cemerlang
ialah guru yang menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang
pengkhususan dan kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak
mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenal pasti
keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan,
berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang-bidang teknologi maklumat dan
komunikasi.

Dalam aspek penghasilan kerja, guru cemerlang ialah guru yang berupaya
meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcome) dan membangunkan potensi pelajar
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menerusi peningkatan minat dan
penglibatan pelajar, melalui pelbagai pendekatan menerusi kebolehan dan keupayaan
dalam membimbing pelajar di dalam dan di luar waktu pengajaran, menerusi kekerapan
pemberian kerja bertulis atau tugasan dan menerusi penguasaan dan penggunaan pelbagai
kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.

Dari aspek komunikasi, guru cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran
komunikasi yang tinggi secara ‘inter’ dan ‘intra-personal’, serta berkemampuan
menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai bentuk kemunikasi. Dalam
bidang potensi, guru cemerlang adalah guru yang berwawasan, perintis sesuatu usaha,
sentiasa merancang, mengelola dan melaksanakan program-program pendidikan, mampu
membuat analisis dan mengambil tindakan terhadapnya, sentiasa belajar untuk
meningkatkan kerjaya, sentiasa terlibat dan menyumbang dalam kursus, seminar dan
bengkel, menjalankan penyelididkan dan menghasilkan penulisan ilmiah serta sentiasa
menyumbangkan tenaga dan kepakaran ke arah keupayaan sekolah.

Sumbangan guru kepada kemajuan pendidikan negara, guru cemerlang ialah guru
yang berupaya menjana idea baru dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu
pendidikan negara serta berupaya memberi buah fikiran yang boleh membantu peningkatan
kualiti pengajaran di institusi.

Sebagai kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu untuk menghadapi


pelbagai isu dan cabaran yang telah atau bakal dihadapi pada masa kini ataupun hadapan
dalam dunia pendidikan. Di samping itu, guru, pihak sekolah dan komuniti juga perlulah
berusaha untuk meningkatkan kualiti sekolah. Hal ini demikian kerana, patah kata Melayu,
pemuda bangsa negara, pemudi jiwa bangsa. Pelajar-pelajar merupakan aset negara yang
ternilai. Sekiranya pelajar-pelajar yang dilahirkan tidak berkualiti, tentulah kemajuan negara
dan Wawasan 2020 yang telah diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad akan
terbantut. Adakah kita ingin melihat perkara ini berlaku? Tentulah jawapannya tidak. Biar kita
brsama-sama merealisasikan Wawasan 2020, biar matahari terus bersinar, biar pepohon
terus menghijau, dan biarlah Malaysia menjadikan sebiji bintang yang terang di persada
dunia!
Refleksi

Semasa menulis esei ini, saya sedar bahawa kurikulum Pengantar Pengajian
Profesionalisme sememangnya merupakan subjek yang amat penting dan mata pelajaran
teras yang wajib dipelajari oleh setiap guru pelatih. Mata pelajaran Pengantar Pengajian
Profesionalisme merupakan satu daripada saluran yang paling berkesan untuk
meningkatkan dan mengamalkan personaliti, etika dan perwatakan sebagai pembinaan
negara bangsa. Melalui tugasan ini, saya dapat lebih memahami tentang pengantar
profesionalisme.

Melalui kerja kursus ini, saya telah lebih memahami isu-isu pendidikan yang terdapat
di Malaysia. Dengan ini, saya akan lebih peka terhadap perkara-perkara yang bakal berlaku
pada diri saya setelah saya berada di sekolah. Selain itu, saya juga dapat mempelajari
peranan seorang guru bagi meningkatkan kualiti sesebuah sekolah dan memahami
pentingnya peranan seorang guru terhadap sesebuah sekolah.

Bak kata pepatah, ‘Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang
melayang’, saya telah berjaya menyiapkan tugasan ini hasil usaha mencari dan
mengumpulkan maklumat. Saya menghadapi masalah seperti kekurangan maklumat dan
kesuntukan masa untuk menyiapkan esei. Jalan penyelesaiannya pula adalah membuat
rujukan di pusat sumber IPG Kampus Kent dan mengadakan perbincangan dengan rakan-
rakan sekelas. Dalam menyiapkan tugasan yang diberikan, saya mendapati banyak
kebaikan dalam melakukan tugasan ini antaranya ia dapat mengeratkan hubungan
silaturahim antara saya dengan rakan-rakan. Hal ini disebabkan kerana ketika saya
mengalami kesusahan dalam menyiapkan tugasan ini, rakan-rakan sayalah ini yang telah
memberi bimbingan, dorongan dan tunjuk ajar kepada saya supaya saya dapat menyiapkan
tugasan pada tempoh masa yang telah ditetapkan. Selain itu, ia juga telah meningkatkan
kemahiran saya dalam mencari sumber maklumat seperti dari pusat sumber IPG Kampus
Kent serta dari laman web. Justeru, pengetahuan saya mengenai Pendidikan Moral pun
semakin bertambah.

Pendidikan Moral adalah satu subjek yang amat penting yang harus diajar kepada
pelajar sekolah yang mana mereka bakal menjadi pewaris kepada generasi masa kini. Jadi
bagi memastikan kehidupan mereka dipenuhi dengan nilai-nilai murni, subjek ini
diperkenalkan di sekolah-sekolah. Dengan adanya subjek Pendidikan Moral, pelajar akan
dapat mendalami maksud nilai yang sebenarnya. Hal ini kerana, sebelum mereka
menerapkan nilai-nilai murni dalam diri, terlebih dahulu mereka harus tahu akan kepentingan
nilai murni dalam kehidupan seharian. Apabila mereka sudah memahami erti nilai yang
sebenar, maka proses penerapan nilai dalam diri dan kehidupan mereka akan dapat
dilaksanakan dengan berkesan dan akhirnya dapat membentuk insane yang cemerlang dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Kesimpulan, pendidikan moral jelas menunjukkan bahawa nilai-nilai moral


sememangnya penting dalam kalangan masyarakat terutamanya dalam pembangunan
negara. Tetapi sejak munculnya pengaruh Barat pada awal kurun ke 20 lagi, pengamalan
nilai-nilai moral dalam kalangan masyarakat mula mendapat persaingan. Semoga dengan
usaha yang berterusan dari pelbagai pihak dalam agenda memartabatkan dan memupuk
nilai-nilai moral akan memberi kesan positif bagi membina insan yang berakhlak moral dan
mengharumkan nama negara ke persada dunia dan kekal dihayati di rantau Asia Tenggara.
Secara rasminya, negara kita telah berusaha melahirkan warganegara yang bermoral. Jadi,
kita mestilah mengamalkan dan menguasai nilai-nilai moral ini serta berusaha
memperkembangkannya dengan seluas-luasnya dalam kalangan masyarakat. Sebagai
warganegara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik, kita harus menghormati,
mengamalkan dan menerima serta berusaha memperluaskan nilai-nilai moral bagi
membentuk akhlak mulia dan mengeratkan hubungan antara kaum serta seterusnya
memupuk perpaduan kaum. Perpaduan kaum penting untuk mewujudkan masyarakat yang
harmoni dan sejahtera.
Rujukan

Buku

Choong Lean Keow. (2011). Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia. Selangor Darul Ehsan:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Ibrahim Saad. (1977). Isu Pendidikan Di Malaysia. Selangor Darul Ehsan: Percetakan
Dewan Bahasa dan Pustaka

Mok Soon Sang. (2010). Falsafah Pendidikan, Kurikulum dan Profesionalisme Keguruan.
Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Shahril@Charil Marzuki, Habib Mat Som. (1999). Isu Pendidikan Di Malaysia, Sorotan Dan
Cabaran. Kuala Lumpur: Sanon Printing Corporation Sdn. Bhd.

Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Sukki Bin Miskon. (2014). Pengantar Pengajian
Profesional. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Internet

Muhammad Syahir. (Sep, 2012). Isu globalisasi pendidikan. Muat turun pada 20 March 2015
dari http://www.slideshare.net/Syahir89/isu-globalisasi-pendidikan

Jenny Ch'ng. (Nov, 2011). Ciri - ciri Guru Yang Cemerlang. Muat turun pada 20 March 2015
dari http://www.slideshare.net/mfchan88/ciri-ciri-guru-yang-cemerlang
Universiti Kebangsaan Malaysia. (Nov, 2013). Guru cemerlang (personaliti dan sahsiah
guru). Muat turun pada 15 March 2015 dari http://www.slideshare.net/aizatoor/guru-
cemerlangpersonaliti-dan-sahsiah-guru

Universiti Industri Selangor. (Oktober, 2013). Persamaan Dan Perbezaan Antara Falsafah
Barat,Timur Dan Islam. Muat turun pada 15 March 2015 dari
http://www.slideshare.net/amri_mohd_karim/persamaan-dan-perbezaan-antara-falsa

Yogeswary Ramuchandran. (Oktober, 2013). Analisis Perkaitan Antara Fpk Dengan Fp


Islam, Timur Dan Barat. Muat turun pada 15 March 2015 dari
http://www.slideshare.net/yogeswaryramuchandran/analisis-perkaitan-antara-fpk-
dengan-fp-islam-timur-dan-barat
Lampiran

Anda mungkin juga menyukai