Anda di halaman 1dari 19

GPM 1083

Pendidikan Moral

Peranan dan Tanggungjawab


GURU
Sebagai Agen Sosialisasi Dalam
Pembentukan Moral

WONG JIE LI
Definisi

 Peranan:
 Watak
 Tugas yang dilakukan untuk menjayakan sesuatu

 Tanggungjawab:
 Kewajiban yang dipikul oleh seseorang, segala yang wajib
ditanggung

 Guru:
 Orang yang kerjanya mengajar
Definisi

 Sosialisasi:
 Perihal atau perbuatan bergaul dan bermesra antara satu sama
lain
 Pergaulan

 Agen sosialisasi:
 Individu/pihak yang mampu membentuk individu yang
menghayati nilai-nilai moral
Pengertian Guru

 Menurut Kamus Dewan, guru bermaksud


pengajar, pendidik atau pengasuh.

 Seorang guru merupakan pembimbing


dalam proses pembelajaran.

 Guru merupakan tenaga ikhtisas di


dalam bidang perguruan yang
bertanggungjawab untuk mendidik
pelajar di sekolah.
Pelajar

Sekolah
Rakan Sejawat
dan Profesion
Peranan dan Perguruan
Tanggungjawab
Guru
Ibu Bapa

Masyarakat
Masyarakat dan
Negara
Peranan dan Tanggungjawab Guru Sebagai Agen Sosial di
Sekolah

 Pendidikan di sekolah adalah bertujuan supaya anak-anak


mempelajari sesuatu yang baru yang belum dipelajari di
dalam rumah daripada ibu bapa mereka mahupun
kelompok bermain, seperti kemampuan membaca,
menulis, dan menghitung.
Peranan dan Tanggungjawab Guru Terhadap Pelajar

Sebagai
pembentuk
sahsiah dan
nilai
Sebagai Sebagai
penyebar ilmu pengamal
kemasyarakatan reflektif
Peranan dan
Tanggungjawab
Guru Terhadap
Pelajar

Sebagai
Sebagai agen pembentuk
perubahan masyarakat
penyayang
1. Guru Sebagai Pembentuk Sahsiah dan Nilai

 Membentuk individu yang


mampu bersosialisasi dan
memiliki kecerdasan emosi
yang tinggi.

 Menyebarkan ilmu dan


sentiasa berusaha
menunjukkan kepada anak
muridnya isu-isu yang
bermoral dan betul.
 Menjadi teladan yang akan diteladani oleh para murid
serta orang di sekelilingnya.

 Memberikan motivasi kepada setiap murid, guru harus


dapat memberikan semangat dan menjadi sumber
tenaga untuk para muridnya.

 Berperanan untuk mengembangkan potensi insan yang


berakhlak mulia, seimbang dari segi JERI.
2. Sebagai Pengamal Reflektif

 Sentiasa membuat pertimbangan


dan pemikiran yang mendalam
sebelum sesuatu keputusan.

 Membimbing murid-murid apabila


mereka menghadapi masalah.
3. Sebagai Agen Perubahan

 Masalah-masalah disiplin di peringkat persekolahan


seperti ponteng, merokok dan penyalahgunaan dadah
dapat ditangani sekiranya guru berjaya membina
kesepaduan antara ilmu dan pembentukan akhlak yang
mulia dalam diri murid-murid.

 Bersikap terbuka secara proaktif dan bersedia untuk


menghadapi perubahan khususnya dalam bidang
pendidikan.
Peranan dan Tanggungjawab Guru Terhadap Rakan
Sejawat dan Profesion Perguruan

 Tidak melibatkan diri dalam


kegiatan yang menjejaskan
kecekapannya sebagai guru.

 Mengelakkan diri daripada


membuat sebarang kenyataan
yang boleh mencemarkan nama
seorang guru lain di hadapan
pelajar atau ibu bapa, atau
berbuat sesuatu yang boleh
menjatuhkan martabat seorang
guru.
• Guru harus sentiasa bersikap rendah diri apabila bergaul dengan
rakan sekerja supaya mewujudkan suasana yang harmonis di tempat
bekerja.

• Apabila rakan sekerja menghadapi masalah, guru yang profesional


harus menghulurkan bantuan kepada mereka.
Peranan dan Tanggungjawab Guru Sebagai Agen Sosial
Terhadap Masyarakat

Peranan dan Tanggungjawab


Guru Sebagai Agen Sosial
Terhadap Masyarakat

Ibu Bapa Masyarakat dan Negara


1. Ibu Bapa

 Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap


anak-anak mereka.

 Berusaha untuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama


yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah
tangga.

 Menganggap maklumat yang diberi oleh ibu bapa


berkaitan rumah tangga mereka sebagai sulit dan tidak
membocorkan rahsia kecuali kepada orang yang
berkenaan.
2. Masyarakat dan Negara

 Tidak menyebarkan ajaran yang


boleh merosakkan kepentingan
pelajar, masyarakat atau negara,
ataupun yang bertentangan
dengan Rukun Negara.

 Memupuk sikap dan nilai dalam


diri setiap pelajar yang dapat
membimbing mereka menjadi
warganegara yang setia,
bertanggungjawab, menghormati
orang lebih tua dan perbezaan
kebudayaan, keturunan dan
agama.
Sikap Guru Yang Kurang Mendidik

 Mengambil jalan pintas dalam pembelajaran

 Menggunakan destruktif disiplin

 Tidak adil (diskriminatif)

 Berasa diri sendirinya paling pandai di kelasnya

 Mengabaikan kebutuhan-kebutuhan khusus pelajar


Rumusan

 Guru berperanan untuk mengembangkan potensi insan yang


berakhlak mulia, seimbang dari segi intelektual, rohani, emosi dan
jasmani (JERI).

 Tetapi jelas bahawa apa yang diajar atau dibuat oleh guru memberi
implikasi yang besar kepada anak-anak murid mereka.

 Jadi, seseorang guru haruslah menyedarkan tanggungjawab sendiri


dan tidak menyalahgunakan kekuasaan diri.

 Melalui peranan dan tanggungjawab yang dimainkan guru,


pembentukan generasi yang bermoral pada masa akan datang akan
berjaya terlaksana.
SEKIAN, TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai