Anda di halaman 1dari 28

PENGAJARAN KOLABORATIF

DR ZETTY NURZULIANA RASHED


FAKULTI PENDIDIKAN,KUIS
Definisi- Pengajaran Kolaboratif

• satu urusan yang melibatkan


(biasanya) dua orang guru yang
bekerjasama secara kolaboratif di
setiap peringkat pengajaran:
merancang dan menyediakan
rancangan pengajaran,
melaksanakan dan menilai
pencapaian aspek yang ditumpukan
dalam mata pelajaran.
(Sturman, 1992).
• pengajaran sebenar yang dilaksanakan
secara kolaboratif oleh dua orang guru
yang sama atau berbeza disiplin
kepada sekumpulan pelajar dalam
kelas yang sama pada waktu yang
sama. Urusan pengajaran seperti ini
menekankan perkongsian bersama
agihan kuasa dan membuat keputusan
antara guru-guru tersebut.
(Nunan, 1992)
• Dalam pengajaran kolaboratif, guru
saling bergantungan untuk memberi
dan menerima ide/maklumat,
sokongan moral dan galakan apabila
menghadapi kesukaran sama ada
secara peribadi atau profesional
(Hargreaves, 1995)
KONSEP

• Satu strategi yang melibatkan dua orang guru


pelatih bekerjasama merancang pengajaran dan
pembelajaran, memerhati pengajaran rakan
sebaya dan memberi maklumbalas tentang
persediaan dan penyampaian pelajaran semasa
amalan profesional
OBJEKTIF

• Mewujudkan kerjasama dalam kalangan pelajar


secara formal.
• Berfikir dan berbincang mengenai teknik P&P,
cara-cara meningkatkan pemb. Murid dan
perkara2 lain dlm tugasan mereka.
• Berlatih dan mencuba pelbagai kemahiran
mengajar.
• Mengkaji kelemahan P&P mereka dan berikhtiar
mencara jalan penyelesaian.
samb

• Memerhati pengajaran orang lain dan membina


kemahiran memerhati serta menilai.
• Meningkatkan kreativiti.
GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN
1.Peringkat2 perkembangan kemahiran

• Pengurusan bilik darjah dan merancang


persediaan mengajar.
• Kemahiran mengajar.
• Menganalisis dan mengkaji semula kemahiran
mengajar serta mencuba pendekatan, strategi,
kaedah dan teknik yang berlainan.
2.Proses pembelajaran berlaku melalui;

• Perbincangan
• Pemerhatian
• Maklum balas
3.Jenis2 interaksi

• “Tandem” –proses dalam aktiviti pengajaran


berpasangan iaitu dua orang pelajar bersama-
sama merancang dan mengajar sesuatu
pelajaran.
• “Berpasukan” – proses interaksi dalam aktiviti
pengajaran berpasangan iaitu dua orang
pelajar. Bersama-sama merancang pengajaran
tetapi mengajar berasingan.
Samb.

• “Individu” –proses interaksi dalam aktiviti


pengajaran berpasangan iaitu dua orang
pelajar berbincang bersama tetapi
menyediakan pelajaran dan mengajar
berasingan.
• Kolaborasi meningkatkan keberkesanan
dan kreativiti hasil dari cantuman buah
fikiran dua orang yang digembelingkan.

• Guru tidak bekerja secara bersendirian


sebaliknya merujuk kepada satu sama lain
untuk mendapatkan idea demi kemajuan atau
penambahbaikan.
• Pengajaran kolaboratif menggembelingkan
kekuatan, keyakinan dan kepakaran guru-guru
yang dapat membantu mereka menghadapi
cabaran pembaharuan atau arus perubahan
dengan lebih baik.
• Pengajaran Kolaboratif - satu sumber
pembelajaran secara profesional melalui
rundingan persahabatan dan komen ikhlas dari
rakan sejawat.
• Kolaborasi antara guru merupakan satu
mekanisme yang kuat untuk guru meninjau
pandangan dan amalan pengajaran-
pembelajaran masing-masing

(Bailey,1996).
• Perancangan Kolaboratif menggalakkan
percambahan pemikiran yang kreatif dan produk
yang dihasilkan bersama lebih baik mutunya dari
yang dihasilkan sendirian.
• Kolaborasi di dalam kelas memberi peluang untuk
masing-masing memerhatikan ‘satu model’ yang
sedang mengajar.
FAKTOR-FAKTOR YANG MENENTUKAN
KEJAYAAN PENGAJARAN KOLABORATIF

• Guru-guru perlu berkongsi prinsip falsafah


pendidikan yang sama untuk memudahkan
mereka berkomunikasi dan bersetuju akan
nilai asas yang menentukan prestasi murid.
• Guru digalakkan mencari sendiri pasangan/ ahli
yang sesuai untuk membentuk pakatan/ pasukan
bagi melaksanakan Pengajaran Kolaboratif.
• Kejayaan sesuatu Pengajaran Kolaboratif
bergantung kepada sejauhmana kesediaan setiap
ahli memberi sumbangan kepada pasukan/pakatan
tersebut.
• Keperluan murid di sekolah merupakan asas
utama untuk pembentukan pasukan Pengajaran
Kolaboratif.
• Penggembilingan sumber spt kepakaran, minat,
pengetahuan, kemahiran, pengalaman,
personaliti dan masa setiap ahli dalam pasukan
tenaga pengajar sangat penting khususnya dalam
Pengajaran Kolaboratif pelbagai disiplin.
Faktor-faktor yang menentukan
kejayaan Pengajaran Kolaboratif
• Kemudahan prasarana seperti ruang/bilik
yang tersedia ada, alat teknikal, bahan
pengajaran dan pembantu yang boleh
digunakan untuk Pengajaran Kolaboratif
perlu dipertimbangkan untuk menentukan
keberkesanannya.
• Pakatan kolaboratif memberi peluang kepada
guru untuk membuat refleksi demi
menggalakkan penilaian yang kritis dan
mendalam tentang pedagogi masing-masing.
• Wawasan yang terhasil dari refleksi dan
penilaian yang berterusan menggalakkan
perkembangan profesional diri.
Faktor-faktor yang menentukan
kejayaan Pengajaran Kolaboratif
• Setiap ahli perlu memiliki kekuatan ego yang
cukup kuat untuk meluahkan pendapat,
fikiran atau perasaan agar dapat berbincang
dengan rakan sejawatnya.
• Kekuatan ego membolehkan seseorang
mengenalpasti kelebihan, kemahiran dan
kepakaran rakan sejawat tanpa rasa
tergugat (Shannon and Meath-Lang, 1992).
• Setiap ahli hendaklah berkongsi pendapat
bahawa Pengajaran Kolaboratif boleh dilihat
samada sebagai satu hubungan persahabatan
atau satu perkahwinan yang saling
melengkapkan.
Model Pengajaran Kolaboratif
Freudenstein (1991)
• Ada tiga bahagian utama dalam latihan pengajaran:
1. Pra-pengajaran – peringkat perancangan
dan persediaan.
2. Pengajaran – peringkat persembahan
dan pelaksanaan.
3. Pasca-pengajaran – peringkat penilaian
dan pengubahsuaian
PERANCANGAN
PERSEDIAAN
PENGAJARAN BERPASANGAN
PERSEMBAHAN PELAKSANAAN
Kejelasan input & arahan Berpusatkan pelajar
Berdasarkan tugas
Ubahsuai Guru Sbg fasilitator
bahasa jk perlu PENILAIAN
Semak kefahaman pljr
PENGUBAHSUAIAN
Semak semula strategi & pendktn pengajaran
Ubahsuai bahan pengajaran
Belajar dari pengalaman
Diadaptasi dr Model Peng. Kolaboratif Freudenstein (1991)
PENDEKATAN PELAKSANAAN PENGAJARAN
KOLABORATIF

1. Guru utama dan Guru pembantu


2. Perkongsian seimbang antara pasangan
guru yang mengajar
SESI PERBINCANGAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai