Anda di halaman 1dari 7

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT BERBANTUKAN GAMBAR BAHASA

MALAYSIA DALAM KALANGAN MURID MASALAH PENDENGARAN TAHUN 5


MENGGUNAKAN JADUAL AYAT “WAT”

MOHD UZAIR BIN YAHYA

FATIMAH BIVI BINTI V.A. ABDUL HAMID

Jabatan Pendidikan Khas

ABSTAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran membina ayat ringkas
berbantukan gambar mata pelajaran Bahasa Malaysia dalam kalangan murid masalah
pendengaran tahun 5 menggunakan Jadual Ayat “WAT”. Kajian-kajian lepas berkenaan
perkembangan kemahiran bahasa kanak-kanak masalah pendengaran menunjukkan masalah
tipikal untuk membina ayat dengan struktur yang tepat dalam kalangan murid murid masalah
pendengaran ini. Kajian telah dijalankan kepada tiga orang subjek kajian dalam kalangan murid
tahun 5 Kasih di sebuah sekolah kebangsaan pendidikan khas (SKPK) di negeri Selangor.
Melalui pemerhatian awal adalah didapati bahawa subjek kajian juga kurang berkemahiran
membina ayat dengan struktur yang tepat. Fokus kajian ini adalah untuk membantu
meningkatkan kemahiran membina ayat berbantukan gambar tunggal dalam mata pelajaran
Bahasa Malaysia dengan struktur yang betul. Data kajian dikumpul melalui ujian pra dan pasca
tindakan, analisis dokumen berbentuk ujian pencapaian, dan pemerhatian melalui senarai
semak dari aspek tingkah laku semasa tindakan dan ujian dijalankan. Melalui dapatan dan data
yang telah dianalisis, adalah dapat dilihat terdapat perubahan positif yang jelas dalam prestasi
subjek kajian terhadap kemahiran membina ayat berbantukan gambar tunggal. Secara purata
subjek kajian menunjukkan peningkatan sebanyak 56.3% pada ujian pasca berbanding ujian
pra tindakan, selain itu subjek kajian juga menunjukkan perubahan tingkah laku yang positif
sepanjang pelaksanaan tindakan kajian dijalankan. Oleh itu, penggunaan jadual ayat “WAT”
dalam proses mebina ayat jelas membantu murid untuk menguasai kemahiran tersebut pada
peringkat asas. Adalah dicadangkan pada kajian akan datang untuk meningkatkan aras
pembinaan ayat dengan menambahkan komponen tatabahasa lain untuk menghasilkan ayat
yang lebih gramatis.

Kata kunci: Jadual Ayat Wat, ayat, murid masalah pendengaran

ABSTRACT

This action research are done to increase sentence building skills for task which single picture
are given as a clue in Malaysian Language subject among standard 5 students with hearing
impairment using “WAT” sentence table. Past research on hearing impaired children language
skills development shows a typical lack of competency for them to build sentences with the
correct grammatical structure. The research are commenced on test subject among class of 5
Kasih at a Selangor based Special Education National School. From early review done towards
the test subject, it is evident that the test subject are lacking in sentence building skills in the
Malaysia Language subject especially in grammatical structure aspect. The research are
focused on helping the test subject to increase their skill in building sentences that are tasked
with the inclusion of single picture clues using the “WAT” Sentence Table. Data collection ate
done with the use of pre and post-test, document analysis composing of the test subject
performance test, and behavioral observation using an itemized checklist. From the data

1
collected and analyzed, the test subject shows significant score increase on the test done on
them. On average the test subject shows 56.3% increase on their post-test in comparison to
their pre-test. The test subject also shows positive changes in their behavior during the run of
this action research. It can be concluded that the use of “WAT” Sentence table are successful in
its aim to increase the test subject level of skill on sentence building on the fundamental level. It
is proposed for the next research to include other grammatical element to the sentence building
skills to help increase the competency level of the test subject to build a more grammatically
complex sentence in the future.

Key words: WAT Sentence Table, sentences, students with hearing impairment

1.0 PENGENALAN

Melalui proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang telah dijalankan oleh pengkaji
sepanjang tempoh berpraktikum, pengkaji mendapati murid-murid masalah pendengaran
mempunyai masalah untuk membina ayat Bahasa Malaysia dengan struktur yang betul.
Struktur binaan ayat merupakan peringkat susunan tertinggi dalam tatabahasa Bahasa
Malaysia yang terdiri daripada unsur klausa, unsur frasa, dan perkataan (Faridah Nazir, 2014),
adalah penting bagi murid-murid untuk menguasai kemahiran membina ayat bagi membantu
mereka memahami dan menguasai kemahiran berbahasa. Oleh yang demikian, pengkaji telah
menjalankan kajian tindakan bagi mengatasi masalah yang didapati ini. pengkaji telah
melaksanakan kajian terhadap tiga oramg murid masalah pendengaran tahun 5 di salah sebuah
Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) di Selangor. Kajian ini dijalankan bagi
meningkatkan kemahiran membina ayat berbantukan gambar dengan menggunakan Jadual
Ayat “WAT”. Jadual Ayat “WAT” ini menggunakan akronim “WAT” pada lajur jadual yang
memberi makna watak, aksi, dan tempat yang digunakan untuk membantu murid mengelaskan
perkataan-perkataan yang dapat dikenalpasti melalui gambar tunggal dan kemudiannya
menyusunkannya kepada ayat dengan struktur yang betul.

2.0 FOKUS KAJIAN

Fokus kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran membina ayat Bahasa
Malaysia dalam kalangan murid masalah pendengaran. Permasalahan ini dipilih kerana
pengkaji mendapati kelemahan murid dalam membina ayat Bahasa Malaysia adalah suatu
masalah yang berulang dalam kalangan murid masalah pendengaran. Melalui tinjauan literatur
dan perbincangan dengan guru-guru Bahasa Malaysia di sekolah tempat pengkaji
berpraktikum, pengkaji berpendapat bahawa masalah ini dapat diatasi dengan menggunakan
jadual ayat WAT. Murid dapat memahami dan menghubung kait gambaran visual dengan ciri-
ciri yang terdapat pada visual itu (Lee Chiong Wee, 2012). Pembelajaran secara visual dapat
membantu murid membina idea yang konkrit iaitu dapat dilihat secara nyata dari suatu perkara
yang abstrak dan kemudiannya memudahkan mereka membina ayat dari idea yang
dibentangkan secara visual tadi.

3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

3.1 Objektif Umum

Meningkatkan kemahiran membina ayat berbantukan gambar tunggal dalam kalangan murid
masalah pendengaran tahun 5 menggunakan Jadual Ayat “WAT”

2
3.2 Objektif Khusus
1. murid dapat memadankan perkataan ke dalam jadual “WAT” berbantukan gambar
tunggal yang diberikan guru.
2. Murid dapat membina ayat daripada perkataan yang diisikan dalam jadual “WAT”
3.3 Soalan Kajian
1. Adakah murid dapat memadankan perkataan-perkataan ke dalam jadual ayat “WAT”
berbantukan gambar tunggal yang diberikan oleh guru?
2. Adakah murid dapat membina ayat daripada perkataan yang diisikan dalam jadual
“WAT”?

4.0 PESERTA KAJIAN

Kajian ini akan dijalankan di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) di Selangor. Tiga
(3) orang peserta kajian telah dipilih dalam kalangan murid tahun 5 kasih iaitu seorang lelaki
dan dua orang perempuan. Peserta kajian berumur 12 tahun pada tahun semasa dan ketiga-
tiga mereka mempunyai masalah pendengaran pada tahap sangat teruk. Ketiga-tiga peserta ini
menunjukkan tahap pengusasaan yang setara dalam kemahiran membina ayat. Hal ini telah
dikenalpasti melalui tinjauan awal terhadap mereka. Ketiga-tiga peserta kajian didapati sukar
membina ayat dalam ujian diagnostik yang diberikan, malah ketiga-tiga mereka sering
melakukan kesalahan yang sama pada latih tubi dan lembaran kerja yang diberi oleh guru
mereka.

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Pengkaji telah merancang untuk menjalankan tindakan dengan menggunakan teori


pembelajaran konstruktivisme sosial dan huraian bahasa struktural. Pengkaji menggunakan
jadual “WAT” dalam pembelajaran membina ayat dan pelaksanaan sesi pembelajaran secara
kooperatif di dalam kelas dengan semua ahli dalam melibatkan diri dalam sesi PdP yang
berlangsung. Pengkaji juga menggunakan rangsangan dan peneguhan seperti yang
disarankan oleh B.F. Skinner (1938) sebagai untuk meningkatkan tingkah laku positif semasa
peserta kajian melibatkan diri dalam tindakan kajian tersebut. tindakan dalam kajian ini,
pengkaji melaksanakan tindakan selama tiga minggu di mana pada satu setiap minggu
pengkaji akan melaksanakan PdP untuk kemahiran membina ayat. Dalam setiap sesi tersebut
pengkaji akan mengajar peserta kajian kemahiran membina ayat berbantukan gambar tunggal
yang mana peserta kajian akan diajar untuk membina ayat dengan menggunakan jadual ayat
“WAT”. Pengkaji melaksanakan pengumpulan data terhadap peserta kajian tiga cara iaitu
melalui ujian, analisis dokumen, dan pemerhatian. Dua ujian akan diberikan kepada peserta,
iaitu ujian pra tindakan ujian pasca tindakan. Analisis dokumen yang dengan menganalisis ujian
pencapaian peserta kajian, yang diberikan dalam bentuk lembaran kerja kepada peserta kajian.
Pemerhatian menumpukan aspek tingkah laku murid dengan melihat sikap murid ketikan
tindakan dijalankan. Pengkajian mengumpul maklumat menggunakan senarai semak.

6.0 DAPATAN KAJIAN

6.1 Soalan Kajian 1

Adakah murid dapat memadankan perkataan-perkataan ke dalam jadual ayat “WAT”


berbantukan gambar tunggal yang diberikan oleh guru?

3
Bagi soalan kajian ini, pengkaji telah melakukan analisis dokumen terhadap ujian pencapaian
yang dikumpulkan pada setiap akhir sesi PdP dan tindakan dijalankan. Ini adalah kerana
lembaran kerja yang diberikan sebagai ujian pencapaian itu dilengkapi dengan jadual ayat mini
yang digunakan oleh murid untuk membina ayat.

Jadual 1:

Markah Ujian Penacpaian Peserta Kajian

Peserta Ujian Ujian Ujian


kajian Pencapaian 1 Pencapaian 2 Pencapaian 3

A B A B A B
Subjek A 12/15 3/5 13/15 4/5 15/15 5/5
Subjek B 13/15 3/5 15/15 5/5 15/15 5/5
Subjek C 13/15 4/5 15/15 4/5 15/15 5/5

Jadual 1 menunjukkan markah yang diperolehi oleh peserta kajian dalam ujian pencapaian
yang diberikan oleh pengkaji setiap kali selepas pengkaji melaksanakan tindakan dalam sesi
PdP. Daripada data ini, didapati peserta kajian menunjukkan peningkatan yang ketara pada
setiap ujian yang dilakukan. Pada ujian pencapaian yang pertama secara puratanya murid
dapat menyusun 12 dari 15 perkataan dengan betul, manakala pada ujian pencpaian yang
terakhir murid dapat menyusun kesemua 15 perkataan dengan tepat

6.2 Soalan kajian 2

Adakah murid dapat membina ayat daripada perkataan yang diisikan dalam jadual “WAT”?

merujuk semula pada dapatan yang diperolehi dalam jadual 1. Markah yang diperolehi oleh
peserta kajian pada bahagian B ujian pencapaian mereka direkodkan pada lajur B jadual
tersebut. Pada setiap ujian prestasi dapat dilihat peserta kajian menunjukkan peningkatan yang
jelas dalam kemahiran membina ayat. Selain itu, pengkaji juga menilai prestasi peserta kajian
melalui ujian Pra dan Pasca tindakan. Kedua-dua ujian ini adalah sama dari segi format dan
kandungan, kerana ia bermatlamat untuk melihat perkembangan murid membina ayat selepas
tindakan dilakukan. Pemarkahan direkodkan dalam bentuk pratusan dan trenda dalam
peningkatan dipersembahkan dalam bentuk graf.

Jadual 2:

Markah peserta kajian dalam ujian Pra tindakan dan ujian Pasca tindakan

Peserta kajian Ujian Pra tindakan Ujian Pasca tindakan


(%) (%)
Subjek A 20 90
Subjek B 30 70
Subjek C 20 80
Purata markah 23.3 80

4
100

90

80

70

60
Subjek A
50
Subjek B
40 Subjek C
30

20

10

0
Ujian Pra tindakan Ujian Pasca tindakan

Rajah 3: Perbezaan pencapaian dalam ujian pra tindakan dan Paca tindakan

Jadual 2 dan Rajah 1 menunjukkan markah yang diperolehi oleh peserta kajian pada ujian pra
dan pasca tindakan. Melalui data yang diperolehi ini dapat dilihat bahawa terdapat peningkatan
yang signifikan pada markah yang diperolehi oleh ketiga-tiga peserta kajian. Secara puratanya,
peserta-peserta kajian menunjukkan peningkatan sebanyak 56.7% pada ujian pasca
dibandingkan dengan ujian pra. Ketiga-tiga peserta juga menunjukkan trenda positif pada ujian
pasca, menandakan peningkatan yang jelas dalam kemahiran membina ayat.
Jadual 3

Borang senarai semak

Subjek A Subjek B Subjek C


Bil. Perkara
M1 M2 M3 M1 M2 M3 M1 M2 M3
Dapat mengisi jadual ayat
1. T Y Y T Y Y Y Y Y
dengan bantuan guru
Dapat mengisi jadual ayat
2. T T Y T Y Y T T Y
tanpa bantuan guru
3. Berminat di awal sesi PdP T Y Y T T Y T Y T
Menyertai aktiviti dalam
4. Y Y Y Y Y Y Y Y Y
tindakan sepenuhnya
5. Menunjukkan kebosanan T T T T Y T T T Y
Tertekan ketika membina
6. Y Y T Y T T Y T T
ayat
Berhenti melakukan
7. Y T T Y Y T Y Y T
tugasan beberapa ketika
8. Seronok melakukan aktiviti Y Y Y Y Y Y Y Y Y

5
Responsif terhadap arahan
9. Y Y Y Y T Y T Y Y
dan pertanyaan guru
Sedia menjawab soalan
10. T Y Y T Y Y T Y Y
latih tubi / Ujian prestasi

Pemerhatian telah dijalankan keatas peserta kajian dan adalah didapati terdapat perubahan
positif dalam trenda tingkah laku dan sikap murid yang diperhatikan. Seperti mana yang tertera
pada Jadual 3

7.0 REFLEKSI

7.1 Soalan Kajian 1

Adakah murid dapat memadankan perkataan-perkataan ke dalam jadual ayat “WAT”


berbantukan gambar tunggal yang diberikan oleh guru?

Berdasarkan dapatan kajian pengkaji mendapati peserta kajian dapat memadankan perkataan
yang bersesuaian pada Jadual Ayat “WAT” berbantukan gambar tunggal yag diberikan oleh
guru. Kajian yang dijalankan oleh A. Rahman Haron (2012) dan Adrian Stewart Ngau dan Chua
Kim Hwa (2010) yang menggunakan jadual ayat variasi SALAK menekankan fungsi
penggunaan jadual ayat yang digunakan oleh mereka untuk membantu murid-murid mereka
memfokuskan idea mereka ke jadual ayat tersebut. Selain dari membantu membina ayat,
secara asasnya jadual ayat ini berfungsi untuk membantu murid menyusun kosa kata yang
dimiliki oleh mereka mengikut kategori-kategori yang bersesuaian dan mengelakkan kekeliruan
apabila mereka membina ayat kemudiannya. Merujuk pada teori huraian bahasa yang
digunapakai oleh pengkaji, penggunaan jadual ayat ini membantu murid mengenal pasti struktur
dan susunan ayat dengan lebih jelas, sekaligus membantu mereka memperolehi mempelajari
bahasa secara tidak langsung.

7.2 Soalan Kajian 2

Adakah murid dapat membina ayat daripada perkataan yang diisikan dalam jadual “WAT”?

Melalui dapatan yang diperolehi, jelas dilihat yang peserta kajian dapat membina ayat
menggunakan Jadual Ayat “WAT” selepas tindakan dijalankan oleh pengkaji dalam sesi PdP.
Kajian yang dijalankan oleh Zahratulnadirah Ibrahim (2009) yang juga menggunakan jadual
ayat “WAT” kepada murid masalah pembelajaran juga mendapati murid pengkaji dapat
membina ayat dengan adanya bantuan jadual ayat dan teknik yang mudah difahami oleh murid-
murid. Penggunaan jadual ayat ini merupakan kerangka kepada penstrukturan ayat yang
membantu murid untuk membina ayat dan mempelajari kemahiran dalam bahasa dengan baik.
Daripada teori pembelajaran konstruktivis yang diguna pakai oleh Lev Vygotsky, dapat dilihat
bahawa pnggunaan jadual ayat sebagai alat bantuan dapat membantu peserta kajian untuk
membina konstruk ilmu dan kemahiran dengan lebih jelas.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Tindakan dalam kajian yang dijalankan oleh pengkaji pada kali ini boleh dinilai sebagai suatu
tindakan yang berjaya. Oleh yang demikian, pada kitaran kajian seterusnya, pengkaji boleh

6
mengguna pakai langkah-langkah yang terdapat dalam tindakan pada kajian ini untuk
membantu murid mempelajari komponen membina ayat dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia
dengan melakukan variasi dan ubahsuai yang bersesuaian dengan perkembangan dan tahap
kesukaran aktiviti seperti menambahkan elemen tatabahasa dalam Bahasa Malaysia seperti
kata bantu dan kata hubung untuk membantu murid membina ayat yang lebih kompleks dan
gramatis.

RUJUKAN

A.Rahman Haron (Nov 2012). Teknik ‘SALAK’ dalam menjana idea membina ayat dengan cepat dan
efektif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM. ISSN: 2180-4842. VOL.2, Bil.2 (Nov. 2012): 84-
93.

Faridah Nadzir (2014). Sintaksis bahasa Melayu: Siri pengajian bahasa Melayu: Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd

Zuratulnadirah Ibrahim (2012), Kesan Rumus “Wat” Dalam Membantu Murid Tahun Lima Membina Ayat
Gambar Tunggal Bahasa Melayu: Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Bahasa Melayu
amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL, ms56-68

Anda mungkin juga menyukai