Anda di halaman 1dari 22

KERTAS KONSEPTUAL

STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA


KEPADA KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Oleh:
Zailani Zakaria, Mohd Zafaren Zakaria, Zuraydah Zainal, Siti Hajar Saaidah &
Hamidah Misdar
Latihan Ilmiah untuk Program Sarjana Pendidikan Prasekolah
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor (2012)

ABSTRAK
Kertas konseptual ini membincangkan beberapa strategi pengajaran kemahiran
membaca kepada kanak-kanak prasekolah. Memandangkan isu ketidakbolehbacaan
dalam kalangan kanak-kanak prasekolah tidak pernah selesai, maka wajarlah isu ini
dibincangkan secara lebih mendalam bagi menambah baik stategi pengajaran yang
sedia ada. Dua isu yang diutarakan dalam kertas konseptual ini ialah berkenaan
murid yang tidak minat mempelajari kemahiran membaca dan masalah murid yang
boleh membaca tetapi tidak memahami maksudnya. Tiga strategi pengajaran
kemahiran membaca turut dibincangkan iaitu mengajar membaca melalui kaedah
fonik, mengajar membaca melalui teori kecerdasan pelbagai, dan mengajar
membaca melalui penggunaan perisian multimedia. Sehubungan itu, beberapa
implikasi dan cadangan diutarakan bagi membantu para guru, ibu bapa dan
golongan yang terbabit dengan dunia awal kanak-kanak sebagai satu usaha
membantu mereka memilih strategi yang sesuai dan berkesan untuk mengajar
kemahiran membaca kepada kanak-kanak prasekolah.
Kata kunci: Strategi pengajaran, kanak-kanak prasekolah, kemahiran membaca.

Abstract
This conceptual paper discusses a few strategies pertaining to the teaching of
reading skills among preschoolers. Since the issue of illiteracy among these students
has not been resolved, this issue should be further discussed to improve the
teaching and learning strategies. Two main issues are discusses in this conceptual
paper. The first one is regarding the pupils who have no interest in learning how to

read and the other is the problem of not understanding what is read. Three teaching
strategies pertaining to reading are discussed, which are; teaching reading through
phonics, teaching reading through multiple intelligence and teaching reading through
multimedia courseware. In connection with this, a few implications and ideas have
been proposed in this paper to help teachers, parents and those who are involved in
early childhood education. It is hoped that this paper would shed some light on how
to go about teaching reading skills to the preschoolers.
Keywords: Teaching Strategies, Preschool Children, Reading Skill.

PENGENALAN

Membaca merupakan aktiviti penting dalam kehidupan manusia. Maklumat yang


diperolehi melalui pembacaan dapat digunakan sebagai panduan dalam pelbagai
aspek kehidupan mereka (Tamam Timbang et al. 2010). Kemahiran membaca
merupakan salah satu daripada aspek yang diberi tumpuan utama dalam Tunjang
Komunikasi dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010 dan perlu
dikuasai kanak-kanak sebelum mereka menamatkan pendidikan prasekolah. Husin
Fateh Din & Nazariyah Sani (2012) juga menerangkan Kemahiran membaca
merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang penting dalam
proses pembelajaran bahasa dan merupakan lanjutan daripada kemahiran asas
mendengar dan bertutur. Yahya, Roselan & Naffi (2009) dalam Yahya Othman et al.
(2012) menyatakan bahawa belajar membaca merupakan asas penting dalam
penguasaan kognitif dan persekitaran sosial manusia.
Oleh kerana itu, setiap kanak-kanak prasekolah mesti menguasai kemahiran
membaca sebelum mereka melangkah ke alam pendidikan formal. Khairuddin
Mohamad (2011) berpendapat kemampuan murid membaca dan memahami
sesuatu bahan sangat berkait dengan kejayaan dan keberkesanan sistem
pendidikan kita masa kini. Namun demikian, isu membaca tidak pernah lapuk untuk
diperkatakan biarpun masyarakat kita mengalami arus perubahan dalam dunia
globalisasi,

serta

bergelumang

dengan

dunia

teknologi

maklumat

dan

perkomputeran, namun hakikat kepentingan membaca tidak boleh diabaikan Mohd


Sofee (2007) dalam Tamam Timbang et al. (2010). Menurut Khairuddin Mohamad
(2011), masalah ketidakupayaan kanak-kanak menguasai kemahiran membaca kini
menjadi antara agenda besar negara dalam Hala Tuju Program Transformasi

Kerajaan. Sebanyak 93 peratus rakyat Malaysia celik huruf namun begitu negara
masih berdepan dengan masalah literasi apabila pada tahun 2008 terdapat 13
peratus daripada enrolmen murid tahun satu belum menguasai kemahiran literasi.
Justeru itu, strategi pengajaran berkesan yang bersesuaian dengan tahap
perkembangan kanak-kanak hendaklah diaplikasikan semasa mengajar kanakkanak membaca. Menurut Yahya Othman et al. (2012), kemahiran membaca yang
dikuasai di sekolah membantu pelajar membaca dengan berkesan. Beliau juga
menyatakan untuk mencapai matlamat tersebut, kaedah mengajar yang sesuai perlu
diamalkan oleh guru agar proses penguasaan kemahiran tersebut dapat berlaku
dengan mudah dan berkesan. Untuk mencapai objektif agar semua murid mampu
membaca dengan berkesan, maka pada peringkat awal persekolahan kaedah
membaca yang digunakan perlu sesuai dengan kemampuan dan minat murid agar
memberikan impak kepada proses pembelajaran. Menurut Yahya Othman (2012)
dalam kajiannya, kaedah fonik merupakan salah satu kaedah mengajar asas
membaca yang sesuai diaplikasikan pada peringkat prasekolah dengan harapan
memudahkan lagi penguasaan asas membaca dalam kalangan kanak-kanak
prasekolah.

MENGAJAR MEMBACA MELALUI KAEDAH FONIK


Isahak Haron (1979) telah memperkenalkan kaedah gabungan bunyi kata.
Perkataan bunyi kata mutakhir ini kemudiannya telah ditukar kepada fonik. Dengan
kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, kaedah ini dijalankan secara
rintis di beberapa buah sekolah. Melalui kaedah ini secara amnya, kanak-kanak
terus diperkenalkan kepada bunyian suku kata seperti ba, bi, bu (Sabrina Abdul
Rahim 2010). Kaedah ini juga telah mendapat perhatian Kementerian Pendidikan
Brunei Darussalam dan diguna pakai di seluruh prasekolah di negara tersebut.
Guru-guru yang terlibat menyatakan lebih berminat menggunakan kaedah tersebut
berbanding kaedah abjad.
Bahasa Malaysia mempunyai banyak perkataan yang terbahagi kepada suku
kata tersendiri yang tidak menggunakan blending. Oleh itu, ramai guru dan
pengkaji menyarankan penggunaan kaedah bunyi suku kata untuk mengajar
membaca di peringkat awal (Isahak. 1979; Nooraihan. 1984; Nik Eliani. 1997;
Sabrina Abdul Rahim. 2010; Sheerman et al. 2006; Howard P. Parette et al. 2009).

Melalui kaedah ini, kanak-kanak akan lebih mudah mengenal huruf dan suku kata
yang tersebut. Menurut Ishak Haron (1976), kanak-kanak diperkenalkan kepada
abjad sebelum diajar bunyian kepada abjad tersebut. Kemudian mereka diajar bunyi
kepada cara mengeja bagi hampir setiap suku kata yang boleh dibentuk dari abjad
tersebut. Seterusnya, barulah murid diperkenalkan kepada perkataan yang
menggunakan kombinasi ejaan suku kata tersebut, seperti buku, kaki, kubu
(Sabrina Abdul Rahim 2010) dan (Yahya Othman et al. 2012).
Kaedah fonik digunakan untuk melatih murid mengenal huruf melalui padanan
huruf dengan bunyi. Kaedah ini baru sahaja diperkenalkan dalam sistem guruan.
Namun, kaedah ini telah lama diperkenalkan dalam pengajaran bacaan bahasa
Inggeris. Terdapat pelbagai pendapat mengenai cara pelaksanaan pengajaran
membaca menggunakan kaedah fonik. Antaranya yang dikemukakan oleh Hasnah
dan Habibah (2010), Othman dan Nik Eliani (2009), Bielby (1999), Heilman (1993),
Goswani dan Byrant (1990) dan Gunning (1988). Hasnah dan Habibah (2010)
menyenaraikan beberapa langkah pelaksanaan kaedah fonik seperti berikut:
1. Pada asasnya kaedah ini adalah untuk mengajar murid-murid melihat hubungan
antara simbol (huruf) dan bunyi (hubungan fonem-grafem) supaya mereka dapat
membaca (membunyikan) perkataan-perkataan baharu yang mereka hadapi.
2. Murid diperkenalkan dengan bunyi huruf dan bukan nama huruf.
3. Jadi, lambang huruf terus dikaitkan dengan bunyinya. Misalnya a dibunyikan
aa..., t - teh, s - ss. u - uu..., z - zz... dan sebagainya. Murid-murid
akan dilatih membunyikan huruf secara terasing dan kemudiannya
menggabungkan dengan bunyi-bunyi huruf yang lain bagi membentuk suku kata
dan perkataan.
4. Apabila mereka sudah mengetahui hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, suku
kata pula dibina. Misalnya, ba, da, tu, ka, lu, mi dan sebagai.
5.

Contoh lain seperti huruf a tidak dieja tetapi terus dibunyikan sebagai [a], dan
begitulah bagi huruf-huruf dan suku kata yang lain. Sebagai contoh, ba + ta terus
disebut sebagai [ba] + [ta] dan seterusnya disebut sebagai [bata].

6.

Kemudian baru digabung suku-suku kata ini menjadi perkataan-perkataan - dada,


batu, kata, lalu dan sebagainya. (Yahya Othman et al. 2012).
Menurut Othman dan Nik Eliani (2009), terdapat beberapa langkah asas
mengajar bunyi huruf. Langkah asas berasaskan objektif yang berkaitan. Objektif

pertama pengajaran ialah murid boleh menyebut bunyi dan mengenal pasti huruf
berkaitan. Bagi mencapai objektif tersebut beberapa aktiviti wajib telah dicadangkan
untuk dilaksanakan, antaranya ialah:
1. Perkenalkan bunyi huruf yang akan diajar (tanpa menunjukkan simbol/huruf
tersebut). Sebut bunyi dengan jelas beberapa kali.
2.

Tanyakan murid bunyi yang didengar dan minta murid menyebut bunyi dengan
betul. Ulang sebut bunyi sehingga mantap.

3.

Perkenalkan simbol/huruf yang diajar sambil menyebut: Ini bunyi. Jangan guna
perkataan huruf.
4. Ulang sebut bunyi sambil menunjukkan simbol beberapa kali.
5. Melakonkan aksi asas latihan asosiasi. Pastikan satu bunyi untuk satu aksi
(Yahya
Othman et al. 2012) dan (Traci M. Cihon 2008)
Selain itu, aktiviti pilihan juga turut dicadangkan Traci M. Cihon (2008) dan
Howard P. Parette et al. (2009). Mereka menyarankan agar guru melakukan aktiviti
latihan asosiasi secara praktikal (bermain) dan rangsang pendengaran dengan
gambar-gambar bermula dengan bunyi yang diajarkan. Manakala dalam objektif
kedua pula diharapkan murid dapat mengecam bentuk huruf. Aktiviti wajib yang
dicadangkan adalah seperti berikut; sentuh huruf berpasir mengikut cara huruf
ditulis, dan bentuk huruf menggunakan plastisin, Manakala aktiviti pilihan pula
seperti mewarna huruf, membuat kolaj gunting huruf mengikut bentuk, membuat
mozek menampal kertas warna atas huruf, mengecat menggunakan jari, dan
menulis. Kajian ini disokong oleh kajian Yahya Othman et al. (2012) dan Mr Barry
Sheerman Et al. (2006). Bagi objektif ketiga, murid diharapkan dapat menggabung
bunyi huruf. Antara aktiviti wajib yang dicadangkan adalah: menunjukkan konsep
gabungan huruf konsonan dan vokal, minta murid gabung huruf secara praktikal
melalui aktiviti lihat dan buat, dengar dan buat serta lihat dan baca (Mr Barry
Sheerman et al. 2006) dan (Noraidah Farah et al. 2010).
Bielby (1999) dalam kajiannya menyatakan semua guru perlu berbincang
dengan murid tentang cara menyesuaikan bunyi huruf dengan perkataan. Istilah
mengajar fonik digunakan secara umum untuk mengajar murid-murid di peringkat
awal secara bersistematik bagi membunyikan huruf secara rutin untuk mengekod
perkataan.

Murid

diajar

membunyikan

huruf

secara

lantang

kemudian

menggabungkan bunyi. Guru mendengar apa yang dibunyikan oleh murid.


Pendekatan ini membolehkan murid membunyikan huruf baharu dengan mudah dan
cepat. Menurut beliau lagi, fonik memberikan cara yang positif dalam mengenal pasti
bunyi huruf baharu dan boleh mengembangluaskan kecekapan grafafonik. Kaedah
fonik ini boleh diguna pakai dalam jangka masa panjang. Kajian ini turut disokong
oleh Yahya Othman et al. (2012).
Heilman (1993) dalam kajiannya

menyatakan bahawa belajar untuk

mengenal pasti perkataan merupakan satu-satunya cara untuk menyelesaikan


masalah mengenal huruf. Oleh yang demikian, murid perlu mempelajari hubungan
antara kiu visual (huruf) dan bunyi yang diungkapkan (hubungan fonem-grafem).
Setelah melalui latihan berulang kali, maka perkataan pun dikenal pasti. Perkataan
yang sudah dikenal pasti ini tidak lagi memerlukan usaha murid untuk membuat
pengecaman. Tahap ini disebut sebagai belajar membaca. Belajar untuk membaca
adalah tugas sukar kerana mempelajari gabungan bunyi dan huruf sangat asing
pada pengalaman lalu murid (Yahya Othman et al. 2012).
Goswani dan Byrant (1990) dalam kajian Campbell (1995) mengenai
kesedaran fonemik, menyimpulkan bahawa kemajuan dalam belajar membaca
mungkin merupakan faktor utama dalam menyedari fonem. Oleh yang demikian,
kegiatan membaca dan menulis menjadi penting. Murid pula boleh secara aktif
membina pengetahuan mereka tentang kaitan huruf dan bunyi (Yahya Othman et al.
2012).

MENGAJAR MEMBACA MELALUI TEORI KECERDASAN PELBAGAI

Menurut teori

kecerdasan pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner,

setiap individu mempunyai kecerdasan yang berlainan. Menurut Howard Gardner


(1983), kecerdasan adalah kebolehan menyelesaikan masalah atau mencipta
produk yang dihargai oleh sesuatu budaya. Menurutnya setiap individu mempunyai
sekurang-kurangnya tujuh kebolehan mental yang berasingan atau bebas iaitu
kecerdasan. Sehingga kini beliau mengenal pasti sembilan jenis kecerdasan yang
antaranya ialah, kecerdasan pertuturan atau linguistik, kecerdasan logikal atau
matematik, kecerdasan visual atau spatial, kecerdasan

muzikal atau irama,

kecerdasan

bodily

atau

intrapersonal, kecerdasan

kinestetik,

kecerdasan

interpersonal,

kecerdasan

naturalist dan kecerdasan existentialist (Zainiah

Mohammed Isa 2004) dan (Johari Bin Hassan dan Nur Aimi Binti Mohd 2008).
Johari Bin Hassan dan Nur Aimi Binti Mohd (2008) dalam kajiannya
menyatakan Friedrich Froebel (1782-1852) telah mengasaskan program taman
asuhan kanak-kanak kerana percaya bahawa pembelajaran yang paling berkesan
adalah sesuatu yang berlaku dalam keadaan yang menggembirakan. Froebel
menyatakan bahawa kanak-kanak akan merasa gembira dan lebih mudah untuk
belajar sekiranya mereka belajar sambil bermain. Melalui aktiviti yang disediakan,
secara tidak langsung kanak-kanak berpeluang melatih kemahiran yang sedang
berkembang. Ini membuktikan corak aktiviti yang dijalankan kepada kanak-kanak
boleh membantu mereka memahami dan memperolehi sesuatu kemahiran tertentu
daripada persekitaran mereka. Melalui cara yang sedemikian, potensi kanak-kanak
akan dapat dipupuk sama ada dari aspek kognitif, psikomotor, afektif dan nilai-nilai
kerohanian. Kenyataan ini di sokong oleh kajian Zulkifli Mohamed Irpow (2003 ).
Bagi menerapkan kecerdasan pelbagai ini dalam kaedah mengajar membaca,
guru perlu mengetahui jenis kecerdasan yang cenderung dikuasai oleh kanak-kanak
dan menyediakan kaedah pengajaran yang berasaskan kecenderungan kanakkanak tersebut. Perkara ini disokong oleh kajian Spiegal (1998) dan Zainiah
Mohammed Isa (2004) bahawa program literasi yang seimbang ialah guru memilih
cara dan tugasan yang sesuai untuk setiap kanak-kanak serta fleksibel terhadap
keperluan kanak-kanak.

Kecerdasan Linguistik
Menurut Gardner (1980) dan Zainiah Mohamamed Isa (2004), kanak-kanak yang
kekuatannya terletak kepada linguistik, kebolehan mereka adalah menggunakan
bahasa untuk melahirkan idea atau pendapat dan menghargai serta memahami
bahasa yang indah. Guru boleh menggalakkan kanak-kanak menulis buku ceritanya
atau jurnalnya sendiri. kanak-kanak boleh membawa gambar atau melukis gambar
pada sehelai kertas bagi tujuan penceritaan. Guru akan menuliskan apa yang
diperkatakan oleh kanak-kanak mengenai gambar tersebut jika kanak-kanak belum
boleh menulis. Sudah tentu bahan yang dihasilkan sendiri seperti ini akan

merangsang kanak-kanak untuk belajar membaca hasil karyanya dan jika bahan
tersebut dipamerkan di bilik darjah akan menggalakkan kanak-kanak lain untuk turut
membaca.

Kecerdasan Visual Spatial


Menurut Johari Bin Hassan dan Nur Aimi Binti Mohd (1980), kanak-kanak yang
cenderung kepada visual spatial berkebolehan melihat, menggambarkan atau
membayangkan sesuatu gambar dan objek. Mereka lebih mudah mengingati
gambaran objek dalam pemikiran mereka (Zainiah Mohammed Isa 2004).Bagi
kanak-kanak visual spatial ini pengajaran huruf menggunakan kad imbasan boleh
dilaksanakan. Bagi kaedah abjad yang mempamerkan benda-benda yang bermula
dengan sesuatu abjad tertentu serta kaedah pandang dan sebut di mana gambar
tersebut akan dilabelkan dengan ejaan bagi membolehkan kanak-kanak
membayangkan huruf dan objek tersebut di layar ingatan mereka.
Gambar-gambar yang dilabelkan sepatutnya sentiasa dipamerkan di bilik
darjah kerana ini dapat membantu kanak-kanak membaca. Begitu juga perabut dan
alat-alat di dalam bilik darjah dilebalkan dengan terang dan mudah dilihat pada aras
mata kanak-kanak akan menggalakkan pembelajaran bacaan yang spontan (Zainiah
Mohammed Isa 2004). Persekitaran yang kaya dengan percetakan ini patut
digalakkan sehingga ke peringkat rendah dan menengah kerana ini amat membantu
kanak-kanak spatial untuk mempelajari sesuatu.
Begitu juga buku-buku bergambar yang menggunakan warna yang menarik
perlu disediakan di peringkat awal bagi menarik minat kanak-kanak terhadap
pembacaan. Teknik rebus di mana gambar kecil akan diletakkan di atas perkataan
bagi memberi akan mempercepatkan pembacaan. Teknik rebus ini juga turut
dinyatakan dalam kajian Howard P. Parette et al. ( 2009) tetapi dengan nama yang
lain. Selain dari itu, penggunaan buku-buku bersifat interaktif dapat menggalakkan
kanak-kanak belajar membaca secara berdikari kerana program-program ini mampu
membimbing kanak-kanak untuk membaca secara berdikari.

Kecerdasan Kinestetik

Menurut Gardner (1980) dan Zainiah Mohammed Isa (2004), kanak-kanak yang
berkecerdasan kinestetik boleh memanipulasi objek dan berkebolehan
menggunakan pelbagai kemahiran fizikal. Kanak-kanak ini belajar dengan mudah
melalui membuat dan suka menggunakan anggota badannya untuk melakukan
sesuatu. Bagi memenuhi keperluan kanak-kanak berkecerdasan kinestetik ini,bilik
darjah sepatutnya menyediakan banyak bahan-bahan yang bersifat terbuka untuk
dimanipulasikan oleh kanak-kanak seperti bahan menulis, melukis, bahan kraf dan
playdoh, blok mainan dan juga alat-alat manipulatif yang lain.
Penggunaan setiap anggota badan dan deria semasa melakukan aktivitiaktiviti akan menambahkan pemahaman dan menyebabkan proses pembelajaran
akan lebih menarik. Kanak-kanak boleh diminta membentuk huruf menggunakan
anggota badan mereka. Belajar mengingati bahasa berirama dan lagu sambil
melakukan aksi-aksi pastinya menarik dan bermakna kepada mereka. Aktiviti
melakonkan semula cerita dalam bahasa isyarat dan penggunaan bahasa badan
amat berkesan kepada kanak-kanak kinestetik. (Howard P. Parette et al. 2009).
Begitu juga aktiviti-aktiviti pergerakan seperti tarian, pergerakan berirama, senaman
dan sukan juga perlu diberi keutamaan. Aktiviti-aktiviti permainan yang melibatkan
kanak-kanak bergerak di dalam bilik darjah seperti mencari huruf tersembunyi,
mencari objek yang bermula dengan sesuatu huruf dan sebagainya juga amat
menyeronokkan kanak-kanak.
Tidak ketinggalan latihan menulis semula ejaan tertentu akan mengukuhkan
ingatan kanak-kanak kinestetik terhadap ejaan seperti kajian yang dijalankan oleh
Edwards L.(2003), mendapati kanak-kanak tahun satu yang diajar ejaan melalui
latihan menulis perkataan-perkataan dapat mengeja lebih banyak perkataan dengan
betul berbanding kanak-kanak yang berlatih menyusun huruf atau kanak-kanak yang
berlatih mengeja dengan menaip di komputer. (Zainiah Mohammed Isa 2004). Cara
ini

berkesan

kerana kanak-kanak menggunakan anggota badannya

untuk

mempelajari sesuatu atau dikatakan sebagai belajar dengan melakukan.

Kecerdasan Muzikal
Kanak-kanak berkecerdasan muzikal atau irama pula peka kepada muzik,
suka menyanyi dan bermain alat muzik (Gardner 1980; Zainiah Mohammed Isa

2004). Bagi kanak-kanak yang berkecenderungan kecerdasan muzikal ini,


penggunaan pantun-pantun tradisional dan bahasa berirama akan mendapat
perhatian mereka. Mereka sepatutnya digalakkan mencipta lagu-lagu mereka sendiri
dan tuliskan lagu-lagu tersebut untuk dibaca oleh mereka. Guru perlu menyediakan
buku-buku yang mengandungi bahasa berirama untuk dibaca oleh kanak-kanak di
masa lapang mereka.
Koleksi rakaman pantun-pantun, lagu-lagu ataupun bahasa berirama boleh
disediakan kepada kanak-kanak untuk dimainkan di dalam kelas. Aktiviti nyanyian
dan bahasa berirama akan merangsang kanak-kanak untuk membaca bahan
bercetak yang berkenaan. Kanak-kanak muzikal juga amat gemar bermain alat-alat
muzik dan mencipta irama dan lagu mereka sendiri. Mereka sepatutnya diberikan
galakan untuk mencipta irama dan lagu mereka sendiri. Ini akan memberi kepuasan
bagi mereka kerana memberi peluang kepada kanak-kanak ini untuk melahirkan
idea dan kreativiti mereka (Zainiah Mohammed Isa 2004).

Kecerdasan

Matematikal

Kanak-kanak

yang

bercerdasan

matematikal

suka

melakukan

kajian,

menyelesaikan masalah, bertanyakan soalan, meneroka corak geometri dan


berkebolehan menggunakan serta mengaplikasikan nombor (Gardner 1980; Zainiah
Mohammed Isa 2004).
Armstrong (1994) dan Zainiah Mohammed Isa (2004) menyatakan, kanakkanak bercerdasan matematikal menyukai buku yang mengandungi pengulangan
dan persamaan. Bagi kanak-kanak seperti ini pengulangan perkataan yang sama
atau

penggunaan

perkataan

yang

boleh

ditekannya

akan

menggalakkan

pembacaan. Begitu juga penggunaan gambar yang menjadi petunjuk atau


pembayang bagi cerita amat baik untuk menggalakkan pembacaan kanak-kanak.
Oleh

sebab

menyelesaikan

kanak-kanak

masalah,

teknik

logikal
bacaan

matematikal
yang

gemar

berasaskan

meneka
phonetik

dan
boleh

diperkenalkan bagi kanak-kanak ini. Kanak-kanak ini ini akan gemar mencantumkan
konsonan dan vokal bagi membentuk perkataan. Pengulangan dan penambahan
daripada huruf serta perkataan yang telah biasa dipelajari memudahkan kanak-

kanak membentuk perkataan serta ayat yang akan mempercepatkan pembelajaran


bacaan mereka (Johari Bin Hassan dan Nur Aimi Binti Mohd 2008).
Program

komputer

yang

menyediakan

latihan

mengeja

serta

memperkenalkan huruf dan perkataan dapat menarik minat minat kanak-kanak ini
untuk belajar membaca. Mereka memang sukakan cabaran dan biasanya program
tersebut disediakan secara bertahap-tahap yang mampu mencabar kebolehan
kanak-kanak dan pada masa yang sama memberikan rasa kejayaan pada kanakkanak tersebut. Pernyataan ini disokong oleh kajian Rohaty Majzub dan Kamisah
Buang (2010). Seterusnya permainan huruf seperti teka silang kata, Sahiba dan
lain-lain permainan bahasa juga akan menarik minat kanak-kanak yang logikal
matematikal ini.

Kecerdasan Interpersonal
Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan interpersonal boleh memahami dan
berinteraksi secara berkesan dengan orang lain. (Gardner 1980) dan (Zainiah
Mohammed Isa 2004). Oleh itu, membaca bagi kanak-kanak interpersonal lebih
merupakan aktiviti pergaulan sosial. Mereka lebih gemar membaca bersama-sama
rakan atau mengajar kanak-kanak yang lain membaca perkataan yang mereka tahu.
Menurut Johari Bin Hassan dan Nur Aimi Binti Mohd (2008), kanak-kanak ini
hendaklah digalakkan membaca bersama rakan yang lain atau tugaskan mereka
membaca dengan kanak-kanak yang masih lemah dalam pembacaan. Mereka akan
gembira melakukan tugasan yang diberi ini. Melalui program ini sipembaca akan
mendapat manafaat daripada pembacaaan manakala yang mendengar bacaan
pula berasa lebih selesa membaca dengan rakan dan lebih mudah belajar membaca
melalui rakan mereka.
Dengan memberi kebebasan menggunakan alat-alat penulisan pula, kanakkanak interpersonal ini akan suka menulis pesanan dan bertukar-tukar nota dengan
rakan. Satu sudut di papan kenyataan boleh digunakan sebagai tempat kanak-kanak
meninggalkan pesan atau mendapat maklumat mengenai apa-apa peristiwa yang
berlaku kepada rakan-rakan didalam kelas seperti harijadi, rakan-rakan yang tidak
sihat, dan kejayaan-kejayaan kanak-kanak di dalam kelas. Ini sudah tentu akan
memeriahkan suasana disamping menggalakkan komunikasi dan pembacaan
(Zainiah Mohammed Isa 2004).

Kecerdasan Intrapersonal
Menurut Gardner (1980) dan Zainiah Mohammed Isa (2004), kanak-kanak
intrapersonal boleh memahami diri dan pemikirannya sendiri dan menggunakan

pengetahuan ini dalam merancang dan menentukan halatuju dirinya sendiri.Bagi


kanak-kanak yang intrapersonal pula, guru hendaklah menyediakan bahan-bahan
bacaan yang mereka minati dan tempat yang agak tersorok dan senyap bagi mereka
membaca. Biarkan mereka membaca secara selesa mengikut tahap kebolehan
mereka sendiri dan bantu mereka dengan perkataan yang agak sukar apabila
diminta. Dengan kebebasan yang diberi kanak-kanak intrapersonal biasanya boleh
mengajar diri mereka sendiri membaca (Armstrong 1994).
Begitu juga faktor pemilihan buku yang sesuai dan menarik minat kanakkanak adalah kunci bagi menggalakkan pembacaan kanak-kanak intrapersonal
khasnya, dan kepada semua kanak-kanak amnya. Buku-buku yang sesuai dan
menarik minat ini juga dapat menyemaikan nilai-nilai estetik dalam diri kanak-kanak
dan seterusnya menanamkan minat kanak-kanak kepada buku serta tabiat
membaca yang berterusan ( Johari Bin Hassan dan Nur Aimi Binti Mohd. 2008).
MENGAJAR MEMBACA MELALUI PENGGUNAAN PERISIAN MULTIMEDIA.
Menurut Auzar (2012), penggunaan komputer dalam pembelajaran membaca
menunjukkan keberkesanan yang signifikan berbanding dengan pembelajaran
membaca secara tradisional. Penggunaan perisian dalam pembelajaran membaca
juga berjaya meningkatkan kemahiran membaca murid-murid secara signifikan.
Menurut Zamri Mahamod dan Nur Aisyah Mohamad Noor (2011), strategi
pengajaran menggunakan perisian multimedia dapat membantu pelajar menguasai
pembelajaran secara dua hala tanpa bergantung sepenuhnya kepada guru. Dengan
bantuan media, pelajar mampu belajar secara aktif, kendiri dan anjal. Melalui strategi
pembelajaran aktif, proses pengajaran menggalakkan penglibatan aktif pelajar
melalui hubungan dua hala dengan perisian. Hal ini kerana pelajar terlibat secara
aktif melalui aktiviti membaca, menyelesaikan masalah dan penaakulan.
Zoraini
pembelajaran

Wati

berbantukan

Abas

komputer

(1993)

menyatakan

berorientasikan

bahawa

kaedah

penggunaan

aplikasi

multimedia guruan berpotensi untuk merangsang dan menarik minat murid untuk
mendekati sesuatu mata pelajaran. Murid bukan sahaja terpegun kepada
kecanggihan pembinaan komputer itu sendiri, malah tertarik kepada paparan grafik,
interaktif, warna, persembahan dan kesan bunyi yangmengasyikkan. Pelbagai kajian

di negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kigdom telah menunjukkan
bahawa pengajaran berbantukan komputer atau Computer Assisted Learning (CAL)
dan Computer Language Learning (CALL) telah membantu dalam menarik minat
kanak-kanak dalam pembelajaran literasi (Chapelle 1997; Chun 1997; Ehsani 1998;
Hegelheimer & Chapelle 2000; Kramsch 1999; Zehapi 1993).
Howard P. Parette et al (2009) menyatakan dalam

kajiannya

bahawa guru juga boleh menghasilkan perisian sendiri. Antara perisian yang paling
sering digunakan oleh guru ialah Microsofft Power Point. Ini adalah kerana ia dapat
mempersembahkan pengajaran dalam keadaan menarik melalui paparan grafik
yang boleh ditambah dengan kesan bunyi dan aktiviti yang interaktif (Jewitt 2009).
Langkah perisian yang dicadangkan oleh Howard P. Parette adalah seperti berikut:
1.

Guru hendaklah mengajarkan perkataan dengan menggunakan bantuan gambar


yang sesuai. Pemilihan gambar mestilah tepat dan biasa dilihat oleh kanak-kanak

2.

agar boleh membantu mereka mempelajari perkataan baru.


Paparan slaid pertama sepatutnya hanyalah perkataan yang ingin diperkenalkan.
Contohnya, slaid memaparkan perkataan ibu. Guru akan menyebut, ini perkataan

3.

ibu
Kemudian dalam slaid yang sama, di bawah perkataan ibu akan muncul gambar

ibu secara perlahan-lahan.


4. Seterusnya, guru akan berkata semua murid lihat di sini pada slaid ke-2,
5.

langkah 3 akan diulang sekali lagi.


Seterusnya, pada slaid ke-3, perkataan ibu dan gambar ibu akan muncul

serentak. Guru akan menyebut, ini perkataan ibu


6. Slaid ke-4, perkataan ibu dan gambar ibu akan muncul serentak tetapi gambar
ibu semakin kabur. Guru akan menyebut, ini perkataan ibu
7. Slaid ke-5, perkataan ibu dan gambar ibu akan muncul serentak tetapi gambar
ibu semakin lebih kabur. Guru akan menyebut, ini perkataan ibu
8. Slaid ke-6, hanya perkataan ibu sahaja yang muncul dan tiada gambar ibu. Guru
akan menyebut, ini perkataan ibu
9. Pada slaid ke-7, guru akan mengulang langkah 3.
10. Seterusnya guru akan berkata sekarang giliran kamu pula, cuba sebut ini
perkataan apa?, slaid ke-8 ini memaparkan perkataan ibu dan gambar ibu yang
kabur tetapi masih boleh dilihat oleh kanak-kanak.
11. Apabila kanak-kanak dapat menjawab dengan betul, guru hendaklah berkata betul,
ini perkataan ibu sambil memberikan pujian. Untuk kanak-kanak yang tidak dapat
menjawab dengan betul, guru hendaklah berkata ini perkataan ibu

12. Seterusnya, slaid ke-9 memaparkan perkataan ibu dan gambar ibu yang terang.
Guru akan bertanya sekali lagi, ini perkataan apa?. Seterusnya langkah 11 akan
diulang oleh guru.
13. Pada slaid ke -10, hanya paparan perkataan ibu tanpa gambar ibu. Guru akan
berkata

ini perkataan apa?. Sekiranya murid dapat menjawab dengan betul,

pujian hendaklah diberikan.


14. Seterusnya, guru bolehlah meneruskan dengan mengajar perkataan yang hampir
serupa seperti ubi dan abu. Ini membolehkan kanak-kanak membezakan
perkataan dan mengenalpasti perbezaannya.
Pada akhir sesi pembelajaran, penilaian ke atas kanak-kanak perlu
dilakukan. Perkataan ibu, ubi dan abu akan di paparkan tanpa gambar pada
slaid. Guru akan bertanya yang mana satukah perkataan ibu?.

Murid akan

memilih perkataan yang ditanya dengan menunjukkan menggunakan jari pada slaid.
Pujian hendaklah diberikan untuk jawapan yang betul dan guru akan meminta murid
menyebut perkataan yang ditunjukkan.
Paivio (1986) menyatakan bahawa kanak-kanak yang diajar dengan
menggunakan perisian multimedia sebenarnya telah didedahkan kepada dua mod
pembelajaran iaitu melalui visual dan verbal. Mod ini akan dapat meningkatkan
ingatan dan kefahaman kanak-kanak. Ini kerana kanak-kanak telah diberi peluang
membina makna apa yang dibaca menerusi penghasilan gambaran visual. Namun
demikian menurut Weinstein dan Mayer (1986) dan Carreker (2002), kanak-kanak
tidak berupaya secara efektif menghasilkan gambaran visual jika tidak dibantu oleh
guru menerusi galakkan atau pendedahan menggunakan strategi pembelajaran ini.
ISU-ISU DALAM PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA
Membaca adalah suatu medan ilmu yang perlu dikuasai untuk memenuhi
keperluan pembelajaran kanak-kanak. Menurut Husen Fateh Din et al. (2011),
Murid-murid yang boleh membaca sebelum menjejakkan kaki ke alam persekolahan
lagi selalunya dianggap sebagai bijak. Sebenarnya kebolehan ini bukan petanda
awal tentang kebijaksanaan kanak-kanak itu. Namun persepsi masyarakat selalunya
begitu. Mampu membaca dan mahir membaca merupakan perkara yang berbeza.
Noraidah Farah Sazuanee Awang (2010) pula menyatakan, membaca membawa
maksud membunyikan huruf-huruf yang ditulis serta melihat dan memahami apaapa yang tertulis. kemahiran membaca adalah merujuk kepada keupayaan
seseorang membaca dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul.
Secara ringkasnya tujuan utama seseorang kanak-kanak perlu menguasai

kemahiran membaca supaya mereka dapat mengenal dan membezakan setiap


huruf dan perkataan seterusnya dapat membaca serta memahami pelbagai bahan
bacaan yang dibaca (Husen Fateh Din et al. (2010).
Isu pertama: Apakah cara untuk mengatasi masalah kanak-kanak tidak minat
belajar membaca?
McGee dan Richgels (1990) dalam Rahimi Md Saad (2006) menyatakan
bahawa membaca dan menulis adalah kemahiran sukar dikuasai dan bukan
semulajadi untuk dipelajari. Proses membaca memerlukan kesediaan untuk
mempelajarinya. Isunya di sini, disebabkan proses membaca dilihat sebagai aktiviti
yang sukar oleh kanak-kanak, maka bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah
kanak-kanak tidak minat untuk belajar membaca?
IRA & NAEYC (1998) menyatakan,
........kebanyakan

cara mengajar membaca di peringkat awal adalah tidak

bersesuaian dengan tahap umur dan perkembangan kanak-kanak tadika, malah


cara yang digunakan lebih sesuai untuk mengajar kanak-kanak yang lebih tua
ataupun orang dewasa yang semestinya tidak memberi kesan kepada kanak-kanak
di peringkat awal

Perkara ini turut disokong oleh Stanford, P.( 2003) seperti berikut,
Di dalam bilik darjah yang tradisional, guru-guru berdiri mengajar di depan kelas,
menulis di papan hitam, menyoal murid-murid mengenai kerja-kerja yang diberikan
dan menunggu murid-murid menyiapkan kerja-kerja bertulis mereka
Zainiah Mohamed Isa (2004) dalam kajiannya menyatakan penggunaan
kaedah pengajaran yang tidak sesuai kepada kanak-kanak, akan menimbulkan rasa
bosan, tertekan dan seterusnya hilang keyakinan diri. Sebaliknya, sekira kanakkanak merasa seronok dengan proses pengajaran yang dijalankan, mereka akan
meneruskan aktiviti kerana merasa yakin dengan kejayaan diri sendiri dan ini
tentunya akan memudahkan proses pembelajaran berlaku. Dengan ini, kaedah
pengajaran yang digunakan terhadap kanak-kanak mestilah bersesuaian dengan
tahap umur, perkembangan serta tahap kebolehan individu. Gardner (1983)
menyatakan keperluan individu yang berlainan dari segi tahap perkembangan dan
kecenderungan perlu diambil kira dalam membuat perancangan pengajaran.

Menurutnya lagi, setiap individu mempunyai kecenderungan kecerdasan yang


berbeza. Stanford, P. (2003) pula menyatakan

pengajaran menggunakan

kecerdasan pelbagai menyediakan pelbagai peluang untuk kanak-kanak untuk


belajar. Jika hanya satu kaedah pengajaran digunakan untuk membaca, maka kita
telah menyekat kanak-kanak belajar mengunakan kaedah-kaedah yang mereka
telah mahir dan ini amat merugikan.
Tidak dapat dinafikan penggunaan teori kecerdasan pelbagai sesuai untuk
digunakan mengajar membaca di dalam bilik darjah dan ianya memberi kesan yang
mendalam terhadap proses pembelajaran kanak-kanak. Ini bersesuaian dengan
kenyataan Amstrong (1987),
Apabila kanak-kanak melalui pengalaman yang menyeronokkan yang melibatkan
rasa kejayaan semasa peringkat awal belajar membaca, mereka juga turut
memperolehi kejayaan dalam akademik yang berterusan dalam kehidupan mereka .
Oleh yang demikian, adalah penting bagi guru mengambil kira kecenderungan
kecerdasan kanak-kanak di dalam perancangan kurikulum bagi pengajaran
membaca. Kaedah belajar sepatutnya datang dari kanak-kanak dan bukan guru
yang menentukan sesuatu kaedah.

Isu kedua : bagaimanakah cara mengatasi murid yang boleh membaca


perkataan, namun tidak memahami maksud perkataan tersebut?
Goodman (1981), Linda B Gambrell, Cathy Collin Block dan Michael Pressley
(2002) menyatakan bahawa matlamat akhir pengajaran dan pembelajaran membaca
yang utama ialah kefahaman. Laporan kajian Belize Development Trust (2002)
menunjukkan 92% kanak-kanak boleh membaca tetapi 50% atau lebih daripadanya
kurang faham dengan apa yang dibaca. Keadaan ini disahkan pula dengan laporan
Snow Catherine E (2002) yang menyatakan salah satu masalah yang kini dipandang
serius dan menjadi topik perbincangan di kalangan penyelidik di Amerika ialah
pelajar sekolah rendah, menengah dan peringkat tertinggi tidak mempunyai
kemahiran atau kecenderungan membaca dengan faham terhadap bahan yang
mereka pelajari. Berikutan itu kajian terbaru (ibid) dalam pengajaran membaca
menunjukkan secara signifikan bahawa keadaan ini boleh diperbaiki semasa

pengajaran awal kanak-kanak dan didapati pengajaran membaca faham perlu diajar
kepada kanak-kanak bagi membekalkan mereka dengan pengetahuan asas
membaca-faham.
Rio Sumarni et al ( 2003) menyatakan dalam kajiannya bahawa keupayaan
membaca-faham jelasnya memang memerlukan kemahiran yang pelbagai. Faktor
yang menyumbang kepada membaca-faham dapatlah diringkaskan kepada
beberapa komponen yang besar seperti keupayaan kognitif (memori, tumpuan dan
keupayaan visualisasi), kemampuan linguistik (perbendaharaan kata, pengetahuan
sedia, strategi pembelajaran, keupayaan memahami bahasa pertuturan dan
mentafsir perkataan), motivasi dan kaedah pengajaran. Kesemua faktor yang
tersebut sukar untuk diatasi kerana beberapa perkara berikut:
1.

pengajaran dan pembelajaran membaca di kalangan kanak-kanak prasekolah tidak


menekankan aspek pemahaman berlaku kerana bagi guru apa yang penting ialah
kanak-kanak di prasekolah boleh membaca dengan lancar. Hakikat ini disokong oleh
Sally Rings (1994) yang menyatakan bahawa pendekatan behavioristik dalam
pembelajaran membaca di sekolah adalah merupakan pedagogi yang terlalu

dominan.
2. Pengajaran dan pembelajaran membaca secara tradisi yang sedang berlaku di bilik
darjah hari ini juga mengabaikan keupayaan membentuk gambaran visual di
kalangan kanak-kanak dan sebaliknya menekankan pembelajaran mengenal simbol
dan kemahiran membaca mengikut urutan. Oleh kerana kanak-kanak tidak
didedahkan dengan penggunaan strategi pembelajaran membaca secara gambaran
visual ini maka hasil pembelajaran membaca di prasekolah hanya mampu membaca
dengan lancar dan tidak faham.
Rio Sumarni et al. (2003) dalam kajiannya, penggunaan perisian
multimedia dilihat boleh mengatasi atau sekurang-kurangnya dapat memperbaiki
faktor penyumbang masalah keupayaan membaca dan memahami perkataan.
Membaca dan memahami perkataan boleh dibantu menerusi multimedia kerana
bahan dipersembahkan bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam bentuk
visual (input visual) atau audiotori (input verbal) atau kombinasi antara keduanya.
Hubungan di antara teks dan imej sebagai elemen dalam proses membaca yang
diketengahkan oleh teori dual koding. Paivio (1986) memberi penjelasan bahawa
kanak-kanak yang didedahkan dengan dua mod pembelajaran (melalui visual dan
verbal) akan dapat meningkatkan ingatan dan kefahaman. Kanak-kanak yang diberi
peluang membina makna apa yang dibaca menerusi penghasilan gambaran visual.
Namun demikian menurut Weinstein dan Mayer (1986) dan Carreker (2002) kanakkanak tidak berupaya secara efektif menghasilkan gambaran visual jika tidak dibantu

oleh guru menerusi galakan atau pendedahan menggunakan strategi pembelajaran


ini.
IMPLIKASI
Kemahiran membaca sangat penting dikuasai oleh kanak-kanak kerana
melalui pembacaan mereka dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam
pelajaran, meluaskan pengetahuan, mencari dan mengumpul maklumat-maklumat
yang diperlukan dan lain-lain lagi (Howard P. Parette 2010). Faktor yang
mempengaruhi kemahiran membaca adalah dengan meningkatkan kemahiran
kognitif dan juga umur kanak-kanak mula belajar membaca. Ini kerana pendedahan
awal kanak-kanak tentang kemahiran komunikasi dan literasi memberi kesan
terhadap kesediaan kanak-kanak untuk belajar membaca (Mr Barry Sheerman et al.
2005).
Antara kaedah yang berjaya meningkatkan kemahiran membaca
adalah kaedah fonik (Mr Barry Sheerman et al. 2005; Traci M. Cihon 2008; Sabrina
Abdul Rahim 2010; Yahya Othman et al 2012),

kaedah mengajar kecerdasan

pelbagai, (Spiegal 1998; Zainiah Mohammed Isa 2004; Johari Bin Hassan 2008)
dan mengajar menggunakan perisian multimedia (Rio Sumarni et al 2003; Rohaty
Majzub & Kamisah Buang 2010; Howard P. Parette et al 2009).
Guru memainkan peranan penting dalam
kemahiran

membaca

mempelbagaikan

kanak-kanak

prasekolah.

Oleh

meningkatkan tahap
itu,

guru

perlu

kaedah dan teknik pengajaran bacaan supaya kemahiran

membaca dapat dikuasai dengan baik. Spiegal (1998) dan Zainiah Mohammed Isa
(2004) menyatakan bahawa program literasi yang seimbang ialah guru memilih cara
dan tugasan yang sesuai untuk setiap kanak-kanak serta fleksibel terhadap
keperluan kanak-kanak tersebut. Justeru, guru perlu mengenal pasti jenis
kecerdasan yang cenderung dimiliki oleh kanak-kanak dan menyediakan kaedah
pengajaran berasaskan kecenderungan kanak-kanak tersebut. Ini kerana dengan
mengambil kira kecenderungan murid, bermakna guru telah menyediakan
pembelajaran mengikut kebolehan dan keupayaan murid yang pelbagai. Dengan
pengajaran yang kreatif dan menarik, sesuai dengan keperluan murid serta bantuan
bahan yang bersesuaian pembelajaran akan menjadi lebis berkesan.
CADANGAN

Amstrong

(1987)

menyatakan

bahawa

apabila

kanak-kanak

melalui

pengalaman yang menyeronokkan yang melibatkan rasa kejayaan semasa peringkat


awal belajar membaca, mereka juga turut memperolehi kejayaan dalam akademik
yang berterusan dalam kehidupan mereka. Justeru, kanak-kanak mestilah
didedahkan dengan cara pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan
dengan mengambil kira kemampuan dan kecenderungan mereka. Hasil analisis
daripada kajian lepas, terdapat tiga strategi pengajaran kemahiran membaca yang
dilihat sesuai digunakan untuk mengajar murid prasekolah iaitu kaedah fonik,
kaedah teori kecerdasan pelbagai dan penggunaan perisian multimedia.
Barry Sheerman et al. (2006) menjelaskan bahawa fonik ialah satu
kaedah yang penting dalam pengajaran membaca kanak-kanak. Yahya Othman et
al. (2012) pula menegaskan tahap kemahiran mengajar kaedah fonik bagi guru-guru
peringkat prasekolah perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Walau

bagaimanapun, guru masih perlu untuk mempelbagaikan gaya pengajaran seperti


corak interaksi dalam kalangan kanak-kanak. Rohaty Majzub dan Kamisah Buang
(2010), Noraida Farah Sazuanee (2010) dan Sabrina Abdul Rahim (2010), pula
menjelaskan perisian Bacaan Mudah seharusnya digunakan kepada kanak-kanak
yang berada pada peringkat permulaan dan pengenalan dalam pembacaan. Kanakkanak juga boleh dilibatkan dalam proses pembinaan bahan yang ingin diguna pakai
dalam usaha meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan mereka. Adalah
penting bagi guru untuk mengambilkira kecenderungan kecerdasan kanak-kanak
dalam

perancangan kurikulum

bagi

pengajaran membaca.

Menurut

Zainiah

Mohamed Isa (2004), kecerdasan pelbagai bukan sahaja memberikan cara-cara


yang menarik untuk kanak-kanak belajar mengikut kecenderungan masing-masing
bahkan kanak-kanak akan turut mendapat keyakinan diri dan keberanian untuk
mencuba sesuatu yang baru. Kajian oleh Johari Bin Hassan (2008), mendapati ratarata guru mengajar kemahiran membaca menggunakan kaedah kecerdasan
pelbagai.
KESIMPULAN
Berdasarkan kajian yang dijalankan didapati

strategi-strategi pengajaran

yang dibincangkan dalam kertas konseptual ini memberi gambaran yang jelas
bahawa golongan pendidik awal kanak-kanak hendaklah bijak memilih strategi

pengajaran berkesan yang boleh membantu kanak-kanak prasekolah menguasai


kemahiran membaca sebelum melangkah ke alam pendidikan yang lebih formal.
Yahya Othman et al. (2010) menyatakan bahawa kaedah fonik yang dilaksanakan
oleh guru Bahasa Melayu dalam pengajaran membaca dalam kalangan kanak-kanak
prasekolah didapati sangat berkesan.Menurutnya lagi, kaedah ini juga didapati
berupaya mempercepatkan proses kemahiran membaca berbanding penggunaan
kaedah suku kata dan seterusnya meningkatkan motivasi dan minat murid untuk
membaca pelbagai jenis bahan bacaan.
Dari Aspek pandangan Zainiah Mohamed Isa (2004), adalah
penting bagi guru untuk mengambilkira kecenderungan kecerdasan kanak-kanak di
dalam perancangan kurikulum bagi pengajaran membaca. Menurutnya lagi,
kecerdasan pelbagai bukan sahaja memberikan cara-cara yang menarik untuk
kanak-kanak belajar mengikut kecenderungan masing-masing bahkan kanak-kanak
akan turut mendapat keyakinan diri dan keberanian untuk mencuba sesuatu yang
baru. Prose pembelajaran juga menjadi lebih menarik dan berkesan bagi
menyediakan kanak-kanak untuk mencapai potensi diri masing-masing.
Rohaty Majzub dan Kamisah Buang (2010), merumuskan
pengajaran menggunakan modul bacaan berasaskan multimedia boleh membantu
meningkatkan penguasaan dalam kemahiran membaca dengan lebih cepat
berbanding belajar membaca tanpa menggunakan modul bacaan yang khusus.
Kementerian Pendidikan Malaysia melalui transformasi kurikulum dalam Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan

2010 menyatakan bahawa bahan yang

digunakan dalam pengajaran kemahiran bahasa perlu bersesuaian dengan


peringkat perkembangan kanak-kanak. Justeru itu, guru perlulah bijak dan kreatif
dalam memilih strategi pengajaran yang berkesan dan mampu menarik minat untuk
mempelajari kemahiran membaca. Kesimpulannya, apa-apa

juga kaedah yang

digunakan untuk mengajar kanak-kanak membaca, perlulah memberi inspirasi


berkekalan dan membaca juga harus menjadi satu matlamat utama dalam
pengajaran di sekolah (Mr Barry Sheerman, 2006).

RUJUKAN

Husin Fateh Din & Nazariyah Sani. 2012. Bahasa Melayu II Akademik. Puchong:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Husin Fateh Din, Nazariyah Sani, Mastura Mohamed Barawi & Siti Hajar Idrus. 2012.
Literasi Bahasa Melayu. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
House Of Common Education And Skills Committee. 2005. Teaching Children to Read.
Eighth Report of Session 2004-2005. London: The Stationery Office Limited.
Howard P. Parette, Howard P. Parette, Craig Blum, Nichole M. Boeckmann, Emily H.
Watts. 2009. Teaching word recognition to young children who are at risk using
microsoft powerpoint TM coupled with direct instruction. Early Childhood Education
Journal 36(5): 393-401.
Johari Bin Hassan. 2008. Kecerdasan pelbagai di kalangan kanak-kanak prasekolah serta
strategi pengajaran yang digunakan untuk mengajar kanak-kanak prasekolah. Suatu
kajian kes. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010. Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan.
Khairuddin Mohamad. 2011. Literasi Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.
Noraidah Farah Sazuanee binti Awang. 2010. Meningkatkan kebolehan membaca
dalam
kalangan kanak-kanak melalui pendekatan kaedah fonik menggunakan
perisian
"bacaan mudah. Prosiding Kajian Tindakan Prasekolah 2010, hlm.34 - 43.
Rio Sumarni Shariffudin, Abdul Hafidz Hj. Omar, Dayang Hjh. Tiawa Awang Hj. Hamid.
2003. Reka Bentuk dan Keberkesanan Perisian Multimedia Membaca-Faham
Berasaskan Gambaran Visual bagi Kanak-kanak Prasekolah. Prosiding Seminar
Memperkasakan Sistem Pendidikan. (Unpublished).
Rohaty Majzub & Kamisah Buang. 2010. The development and testing of preschool
bahasa Malaysia reading intervention module using multimedia. Prosiding World
Conference on Learning, Teaching and Administration, hlm. 595 598.
Sabrina Abdul Rahim. 2010. Keberkesanan kaedah gabungan bunyi dan kata dalam
meningkatkan kemahiran membaca kanak-kanak prasekolah . Prosiding Kajian
Tindakan Prasekolah 2010, hlm. 148-157.
Shahariah Zainal. 2011. Pendekatan bermain dalam kemahiran mengenal huruf kecil bagi
pendidikan prasekolah. Kertas Konseptual. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

Tamam Timbang, Zamri Mahamod, Nik Mohd. Rahimi Yusoff & Jamaludin Badushah. 2010.
Masalah membaca murid-murid sekolah rendah kerajaan di Brunei Darussalam:
Satu kajian kes. Jurnal Pendidikan Malaysia 35 (2): 77-85.
Traci M. Cihon. 2008. Using visual phonics as a strategic intervention to increase literacy
behaviors for kindergarten participants at-risk for reading failure. Journal of Early
and Intensive Behavior Intervention 5(3): 138-155.
Yahya Othman, Aisah Md Daud, Azmey Othman, Dk.Siti Ardiah Pg.Mohiddin & Maszuraimah
Muizz Sulaiman. 2012. Pelaksanaan pengajaran membaca menggunakan kaedah
fonik peringkat prasekolah di Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu
2(1): 93-109.
Zainiah Mohamed Isa. 2004. Mengajar membaca bagi peringkat awal kanak-kanak
melalui
teori kecerdasan pelbagai. Prosiding Seminar Antarabangsa UPSI dan UPI.
http://www.scribd.com/doc/55872978/Mengajar-Membaca-Bagi-Peringkat-AwalKanak-kanak-Melalui-Teori-Kecerdasan-Pelbagai [23 Mac 2012].

Anda mungkin juga menyukai