Anda di halaman 1dari 104

PEMBINAAN ITEM UJIAN

ADIBAH BINTI ABDUL LATIF


APA ITU MEMBINA ITEM?

Merupakan satu proses mereka bentuk arahan,


tugasan atau pernyataan item yang membolehkan
pelajar mempersembahkan respons yang
merupakan bukti yang boleh digunakan sebagai
asas dalam mengukur sesuatu konstruk.
APA ITU PENGUJIAN?

• Satu teknik untuk mendapatkan maklumat


tentang perubahan tingkah laku seseorang
individu berhubung dengan aspek pendidikan
dan psikologi
• Alat pengukuran untuk mendapatkan maklumat
pelajar (prestasi pelajar) dalam pelbagai bidang
kognitif, afektif dan psikomotor
APA ITU ITEM?

Item adalah perkara atau alat yang digunakan


untuk mendapat bukti yang boleh
dipertimbangkan dalam penilaian sesuatu
konstruk serta cara memberi skornya.
JENIS ITEM

• Amali adalah ujian perlakuan


yang digunakan untuk menguji
kebolehan dan kecekapan
AMALI seseorang individu dalam
melakukan sesuatu aktiviti atau
amali serta menguji domain
psikomotor.

• Lisan adalah ujian yang


menggunakan teknik
perbincangan dan temubual
LISAN serta menguji domain afektif
dan kognitif.
JENIS ITEM

• Ujian bertulis adalah satu ujian yang


menggunakan kertas dan pensil / pen
BERTULIS
untuk menguji penguasaan dan
kemahiran khususnya domain kognitif.

• Item objektif memerlukan pelajar


OBJEKTIF menulis atau memilih satu jawapan
yang betul.
SUBJEKTIF • Pelajar menulis jawapan dalam bentuk
karangan atau perkataan. Ia juga boleh
memberi subjektiviti kepada pelajar dalam
respons yang diberikan, tetapi
perlu menepati skop soalan.
STIMULUS

JAWAPAN
Komponen TUGASAN
item

ARAHAN
Item Betul Salah

Padanan
OBJEKTIF
Isi Tempat kosong

Aneka Pilihan
JENIS UJIAN

Respon Terbuka
SUBJEKTIF
[ESEI]

Respon Terhad
Jenis-jenis item Betul-Salah

(i)Ya-Tidak
(ii) Betul-Salah

(iii) Cluster variety (Bentuk Kluster)

(iv) Correction variety (Bentuk Pembetulan)


Contoh (i) Item Betul-Salah
Tuliskan jawapan anda pada ruang yang
disediakan. Jika jawapan betul, tuliskan “B”
sebaliknya jika jawapan salah, tuliskan “S”

Simpulan bahasa kaki bangku bermaksud


Orang yang berjalan tanpa kasut. (__)
Contoh (ii) Item Ya-Tidak
Tuliskan jawapan anda pada ruang yang disediakan.
Jika jawapan betul, tuliskan “Ya” sebaliknya jika
jawapan salah, tuliskan “Tidak”

Sistem cukai berkeutamaan bermaksud


cukai dikenakan ke atas pedagang asing
di Melaka adalah berdasarkan tempat asal
pedagang. (__)
Contoh (iii) Item Bentuk Kluster
Stem item yang tidak lengkap dan mempunyai
beberapa cadangan jawapan.

Bulatkan jawapan anda. Jika jawapan adalah betul bulatkan “B” dan jika
Salah bulatkan “S”.

1. Peranan Majlis Negeri mengikut perlembagaan Sarawak 1941 ialah

(a)Menguruskan kewangan B S
(b)Meluluskan undang-undang. B S
(c)Memilih ahli Majlis Tertinggi B S
(d)Menasihati Raja Sarawak dalam pentadbiran B S
Contoh (iv) Item Bentuk Pembetulan
Membetulkan pernyataan yang salah pada item.

Cadangan : Bahagian yang ingin dibetulkan digariskan.

Semua perkataan atau frasa yang bergaris merupakan pernyataan yang salah.
Tuliskan jawapan yang betul bagi menggantikan perkataan atau frasa yang
bergaris.

1. Setelah Sultan Mahmud III mangkat pada tahun


1812, Tengku Hussein (______________) telah
dilantik sebagai pengganti sultan di Johor-Riau.
Avoid ambiguous words and statements.
*Elakkan soalan yang mengelirukan.
Contoh :

Semua lelaki mempunyai hak yang sama. B S


*Pernyataan item jangan terlalu
panjang dan gunakan bahasa yang
mudah.

*Pernyataan item perlulah tepat


dan tidak boleh dipertikaikan sama
ada “BETUL” atau “SALAH”.

*Setiap item hanya mengandungi


satu perkara/idea yang penting sahaja.
*Elak penggunaan pernyataan negatif
atau “double negatives”.
Jika perlu digunakan, perkataan itu
perlu digariskan atau gunakan huruf
besar. .

Geseran tidak wujud di lantai yang


tidak kering.
Geseran TIDAK wujud di lantai yang
basah.
*Jangan menggunakan pernyataan
terus daripada buku teks.

*Ada keseimbangan bilangan item


yang betul dan item yang salah.

*For correction type, underline the


word(s) to be corrected.
Soalan Bentuk Mudah
(Padanan)
(ii) Padanan
Mempunyai dua set maklumat (set soalan
dan set jawapan) yang perlu dipadankan
oleh murid.
Maklumat dalam set pertama perlu
mempunyai hubungan/perkaitan dengan
maklumat set kedua.
Contoh (i)

Padankan simpulan bahasa berikut dengan maknanya :

Makna Simpulan bahasa


Bersiar-siar Tangkai jering
Suka menolong orang lain Ayam tambatan
Orang yang boleh diharap Makan angin
Orang yang kedekut Ringan tulang
Contoh (ii)

In the blank to the left of each discovery or invention described in columm


A, write the letter of the discoverer or inventor listed in column B. You may
use a letter in column B once, more than once, or not at all.

Column A Column B

(__) 1. Discovered penicillin A. Curie


(__) 2. Discovered x-rays B. DeBakey
(__) 3. Discovered radium C. Fleming
(__) 4. Discovered polio vaccine D. Harvery
(__) 5. Invented an artificial heart E. Roentgen
(__) 6. Discovered blood circulation F. Salk
G. Pastuer
*Jika boleh, set soalan diletakkan di sudut
sebelah kiri dan terdiri daripada frasa yang
lebih panjang. Set jawapan terdiri daripada
frasa yang pendek, satu perkataan atau
nombor.
Makna Simpulan bahasa
Bersiar-siar Tangkai jering
Suka menolong orang lain Ayam tambatan
Orang yang boleh diharap Berat tulang
Orang yang kedekut Ringan tulang
Makan angin
*Senarai padanan jangan terlalu panjang.
Kebiasaannya antara 5 hingga 12 item.

*Elakkan daripada memberi bilangan item


yang sama banyak dalam set soalan dan
set jawapan.
A good rule of thumb to follow is to have two or
three more responses than premises.
(Mehrens & Lehmann, 1985)

*Bilangan item pada set jawapan boleh lebih


banyak atau kurang daripada bilangan item
pada set soalan. Item pada set jawapan boleh
digunakan lebih sekali.
(Gronlund, 1982)
*Setiap padanan item perlulah bersifat homogenous.

Contoh 1 Kolum A Kolum B


___________ (1) 1957 A. Agama Persekutuan Malaysia
___________ (2) Tunku Abdul Rahman B. Lagu Kebangsaan Malaysia
___________ (3) Hari Malaysia C. 16 September setiap tahun
___________ (4) Negaraku D. Tahun kemerdekaan Malaysia
___________ (5) Islam E. Bapa Kemerdekaan Malaysia
Mana
lebih F. Bapa Pembangunan Malaysia
baik??

Contoh 2 Column A Column B

(__) 1. Discovered penicillin A. Curie


(__) 2. Discovered x-rays B. DeBakey
(__) 3. Discovered radium C. Fleming
(__) 4. Discovered polio vaccine D. Harvery
(__) 5. Invented an artificial heart E. Pastuern
(__) 6. Discovered blood circulation F. Roentge
G. Salk
* Susun jawapan (dalam set jawapan) secara
sistematik berdasarkan abjad, tarikh dan
nombor.

Kolum A Kolum B

(__) 1. Belanda menduduki Melaka A. 1402


(__) 2. Portugis menakluki Melaka B. 1511
(__) 3. British menduduki Melaka C. 1641
D. 1824
*Arahan cara padanan perlulah jelas
sama ada penggunaan item pada
set jawapan cuma sekali, lebih sekali
atau langsung tidak digunakan.
Cth 1 : Gariskan padanan berdasarkan set soalan di
kolum A dan set jawapan di kolum B. Item pada
set jawapan hanya boleh digunakan sekali
sahaja
Cth 2 : Tuliskan jawapan anda dalam bentuk abjad
di ruang yang disediakan berdasarkan set
jawapan pada kolum B. Item pada set jawapan
boleh digunakan sekali, lebih sekali atau
langsung tidak digunakan.
Soalan Bentuk Mudah
(Isi Tempat
Kosong)
(i) Isi Tempat Kosong
a) Question variety
(Bentuk penyoalan)
b) Completion variety
(Melengkapkan jawapan)
c) Association variety
(Bentuk perkaitan)
Contoh
(i) Question Variety (Bentuk
Penyoalan)
Bilakah perjanjian Inggeris-Belanda
ditandatangani? ( ____ )
(ii) Completion Variety (Melengkapkan jawapan)
Ahli sains yang pakar dalam ilmu kaji bintang
dikenali sebagai ________
(iii) Association Variety (Bentuk Perkaitan)

Tuliskan nama ibu negeri bagi negeri-negeri


berikut.
Melaka ( ______)
Perak ( ______)
*Jika berbentuk kiraan perlu
menetapkan unit ukuran
yang dihendaki dalam jawapan.

13÷ 4 = ________
(jawapan dalam satu titik perpuluhan)
*Keluarkan(omit) perkataan yang
penting sahaja.

Semasa pemerintahan Kesultanan


Mana yang
lebih baik?

Melaka, menjaga keamanan dalam


negeri adalah tanggungjawab
…………….. ??
Semasa pemerintahan Kesultanan Melaka,
menjaga keamanan dalam negeri adalah
…………………Temenggung.
*Jangan menyediakan terlalu
banyak tempat kosong dalam
satu-satu item.

Faktor penting yang mendorong kuasa __________


dan Portugal menjelajah ke _______ pada abad
ke-_ ialah perdagangan ___________
*Isi tempat kosong diletakkan di
bahagian tengah atau akhir item.
Place the blanks at the end of the statement.
This permits the student to read the complete
problem before he comes to the blank.
(Gronlund, 1982)

Faktor penting yang mendorong kuasa


Sepanyol dan Portugal menjelajah ke Timur
pada abad ke-15 ialah perdagangan
___________
*Lebih baik menggunakan soalan berbentuk
penyoalan daripada melengkapkan
jawapan.

i) Senang membina item berbentuk penyoalan


dan kurang kekaburan.
The use of a direct question increases the
likelihood that the problem will be stated clearly.
(Gronlund,1982)

ii) Murid biasa dengan soalan berbentuk


penyoalan di kelas.
*Jarak ruang kosong yang disediakan
perlulah sama.
Tujuannya adalah untuk mengurangkan ‘clue’
kepada murid.

Raja ________melantik 80 orang penasihat British


Manakala Raja _______________ memperkenalkan
Majlis Penasihat Rendah.
Item Aneka
Pilihan
dan
Aneka Pelengkap
Soalan -beberapa pilihan jawapan
Aneka pilihan (biasanya empat pilihan – A, B, C, D)
-paling popular
Soalan aneka -kombinasi pilihan jawapan
Pelengkap ( I, II, III , IV)
(Aneka
gabungan)
Stem/Tugasan *Soalan/Pokok
*Pernyataan tentang perkara yang
perlu diberikan / dikemukan oleh
calon sebagai respons kepada
item.
Opsyen Pilihan jawapan yang diberikan.
(A, B, C, D)
Kunci Jawapan yang betul
Pengganggu *Pilihan bukan jawapan
(Distraktor) *Berfungsi menarik perhatian calon
yang tidak menguasai sesuatu
bidang pembelajaran
* Merupakan pernyataan yang
memang salah, separuh salah atau
betul tetapi tidak menepati
kehendak stem.
Rangsangan *Menjelaskan situasi sesuatu
keadaan.
*Berbentuk petikan, pernyataan,
gambar rajah, carta alir, perbualan
dan lain-lain
Gambar di bawah menunjukkan tempat tinggal masyarakat
Zaman Paleolitik. Mengapakah masyarakat awal tersebut
memilih gua sebagai tempat tinggal?

STEM/TUGASAN

RANGSANGAN

A. Mudah mendapatkan hasil hutan DISTRAKTOR


B. Selamat daripada ancaman musuh
OPSYEN C. Menjimatkan kos pembinaan rumah
D. Melindungi diri daripada binatang buas
KUNCI
*Gunakan bahasa dan perbendaharaan kata
yang mudah dan jelas.

*Pastikan bahasa sesuai dengan peringkat


kebolehan bahasa bacaan pelajar.
(perbendaharaan kata, struktur ayat, nahu
dan lain-lain)
*Elak gunakan secara terus bahan dari buku
teks.

*Elak meniru bulat-bulat item yang telah


dibina dalam buku rujukan.
•Make certain each item is independent of
the other items in the test. (Gronlund,1982)

Jika beberapa soalan didasarkan kepada


satu rangsangan/stimuli, pastikan setiap
soalan itu bebas daripada berkait rapat
antara satu soalan dengan soalan yang lain.
*Pastikan soalan menyoal apa yang dipelajari
oleh pelajar.

*Distraktor yang baik akan dipilih oleh pelajar


yang lemah.
Satu sistem yang tekal harus diadakan.

i)Huruf besar pada perkataan awal untuk


seluruh ujian.
ii)Jika pokok soalan/stem ialah ayat tidak
lengkap, tiap-tiap alternatif perlu dimulai
dengan perkataan huruf kecil (kecuali)
nama khas dan diakhiri dengan tanda
akhiran ayat yang sesuai.
•Bilangan opsyen atau alternatif jawapan
tidak semestinya tekal pada setiap item.

*Tidak ada kelebihan untuk menetapkan bilangan


alternatif kepada, misalnya empat sahaja.
Ebel, 1979
*Jangan gunakan dua perkataan negatif
di dalam satu-satu soalan (opsyen & stem).
Contoh :
Yang manakah di antara pernyataan berikut yang TIDAK BENAR
tentang geseran?
A. Menghasilkan haba.
B. Tidak wujud di lantai yang basah.
C. Membolehkan kita memegang suatu objek.
D. Menghauskan permukaan yang saling bersentuhan.
Cadangan : Wujud di lantai yang kesat.
link
*Elakkan penulisan stem yang negatif.
Sekiranya terpaksa, jelaskan aspek negatif
itu dengan garisan atau cetakan bold atau
menggunakan huruf besar (pg 47)

Contoh :
Yang manakah di antara pernyataan berikut yang TIDAK BENAR
tentang geseran?
*Stem mestilah jelas.
-Perlu menyatakan masalah yang perlu diselesaikan.
-Tidak bergantung kepada opsyen.
Contoh :
Tabungan ialah
A. perbelanjaan penggunaan yang tidak dibelanjakan.
B. pendapatan boleh guna tolak pendapatan boleh cukai.
C. pendapatan boleh guna tolak perbelanjaan penggunaan.
D. perbelanjaan penggunaan tolak pendapatan boleh guna.

Cadangan : Apakah definisi tabungan?


*Seboleh-bolehnya stem ditulis dalam bentuk
penyoalan.

Adalah dicadangkan supaya item ditulis dalam


format penyoalan kerana ia lebih berkesan,
mudah dan ‘direct’ untuk mendapatkan
jawapan dari pelajar.
(Haladyna dan Downing (1989) dan Statman (1988)
Contoh :

Komponen kecergasan ini berkaitan dengan kesihatan.


A. Kelenturan
B. Ketangkasan
C. Kekuatan otot
D. Komposisi badan
Cadangan :
Apakah komponen kecergasan yang berkaitan dengan kesihatan?
*Jika ditulis dalam bentuk pernyataan yang tidak
lengkap (isi tempat kosong), elakkan
isi tempat kosong itu di bahagian awal item.

Isi tempat kosong itu bolehlah diletakkan


di bahagian tengah atau akhir item.
Contoh UPSR 2009 :
Keluarga saya telah ________di kampung ini sejak lima tahun yang
lalu.
A bertukar
B berziarah
C bernaung
D bermastautin

Hubungan kedua-dua orang saudara kembar ini sangat erat dan sukar
dipisahkan ___________
A bagai kunyit dengan kapur
B bagai hempedu lekat di hati -Stem : berbentuk ayat lengkap,
C seperti cincin dengan permata ayat tidak lengkap, soalan
D seperti bulan dipagari bintang dan lain-lain
*Stem tidak mengandungi maklumat (komestik)
yang tidak berkaitan.
Contoh : X

Y (6 cm)
Rajah 2

Rajah 2 menunjukkan sebuah segiempat tepat. Segiempat tepat adalah


satu bentuk yang terdiri daripada 4 garis lurus sebagai sisinya dan
sisi-sisi bertentangan berukuruan sama. Berapakah panjang X jika
luas segiempat tepat ialah 72 cm persegi.

Cadangan : Rajah 2 menunjukkan sebuah segiempat tepat. Berapakah


panjang X jika luas segiempat ialah 72 cm persegi?
*Stem tidak mengandungi sebarang bayangan
(clues) bagi jawapannya.
Contoh

Rajah berikut menunjukkan faktor yang menyebabkan Mat Salleh menentang


Syarikat Borneo Utara British di Sabah.
* Faktor X
Faktor penentangan *peraturan yang membebankan
*percubaan berunding gagal.
*perkampungan di bakar
Faktor X mempunyai kaitan rapat dengan faktor agama. Apakah X ?
A. Perjuangan jihad
B. Menzalimi keluarga Cadangan :
C.
D.
Menceroboh kawasan hutan
Melarang membuka tanah baru
Apakah X ?
*Stimulus hendaklah mengandungi
semua maklumat yang perlu untuk
membolehkan calon memilih opsyen
yang betul.

*Sediakan stimulus dengan seberapa


ringkas yang mungkin.
*Pastikan hanya SATU jawapan paling tepat.
Contoh 1 :
Ali membeli 2 biji durian dengan harga RM2.00 sebiji,
1 ikat rambutan berharga RM4.00 dan 50 biji manggis
dengan harga RM1.00 sepuluh biji. Berapakah harga
semua buah-buahan itu?

A. Kurang daripada RM10.00 Cadangan :


B. Kurang daripada RM12.00 A. Kurang daripada RM8.00
C. Lebih daripada RM10.00 B. Di antara RM8.00 dan RM10.00
D. Lebih daripada RM12.00 C. Di antara RM10.00 dan RM14.00
D. Lebih daripada RM14.00
Jawapan RM4 + RM4 + RM5 = RM13
*Pastikan hanya SATU jawapan paling tepat.
*Elakkan penggunaan alternatif yang bertindih
Contoh 2 :
Berapakah jumlah penduduk Malaysia?
A. Melebihi 10 juta Cadangan :
A. 10 juta
B. Melebihi 12 juta B. 12 juta
C. Melebihi 14 juta C. 14 juta
D. Melebihi 27 juta D. 27 juta
*Opsyen disusun secara menaik @ menurun.

Contoh :

Apakah tugas utama seorang Temenggung?

A. Ketua adat istiadat di istana.


B. Mengawal pelabuhan Melaka.
C. Menjaga keamanan dalam negeri.
D. Menjaga keamanan di perairan Melaka.
*Opsyen disusun secara menaik @ menurun.
Contoh :

Apakah tugas utama seorang Temenggung?

A. Menjaga keamanan di perairan Melaka.


B. Menjaga keamanan dalam negeri.
C. Mengawal pelabuhan Melaka.
D. Ketua adat istiadat di istana.
*Opsyen-opsyen hendaklah selaras dengan
pokok soalan dari segi tatabahasa.
Contoh 1 :
Apakah makna perkataan terhalang dalam petikan di atas?
A. berhenti.
B. terganggu
C. menahan
D. disekat.

Cadangan : A. terhenti
B. terganggu
C. tertahan
D. tersekat
*Jangan beri panduan(clue) kepada jawapan. Hal ini mungkin
terjadi dari segi frasa, nahu dan perkataan yang digunakan.
Contoh 2 :
Penilaian berbeza daripada pengukuran kerana tujuan penilaian
untuk
A. pencapaian objektif sesebuah sekolah ditentukan
B. ditentukan takat pencapaian nilai-nilai moral dan etika
C. prestasi individu dibanding dengan standard kebangsaan
D. menginterpretasi prestasi yang diukur berdasarkan kriteria
tertentu.
Calon bijak dapat pilih jawapan betul dengan hanya melihat alternatif yang
disambung paling baik dengan pokok soalan dari segi kelancaran bahasa

Cadangan :
A. menentukan takat pencapaian objektif sesebuah sekolah
B. menentukan takat pencapaian nilai moral dan etika
C. membandingkan prestasi individu dengan standard kebangsaan
D. menginterpretasi prestasi yang diukur berdasarkan kriteris tertentu
*Opsyen mempunyai panjang yang lebih
kurang sama.
Contoh :
Pelabuhan Johor dikunjungi oleh ramai pedagang asing.
Manakah di antara berikut bukan merupakan faktor tarikan mereka?

A. Kemudahan gudang.
B. Khidmat membaiki kapal.
C. Penggunaan mata wang.
D. Sistem cukai berkeutamaan yang dikenakan kepada pedagang
berdasarkan tempat asal pedagang.

Cadangan : Sistem cukai berkeutamaan.


*Elakkan daripada mengulang maklumat yang sama
dalam setiap opsyen.
Contoh :
Berdasarkan Rajah 1, apakah yang diwakili oleh P?

Rajah 1
Jus Oren Cadangan :
Syampu P Berdasarkan Rajah 1, apakah
yang diwakili oleh bahan P?
A. Asid.
A. Bahan asid. B. Alkali
B. Bahan alkali C. Cecair
C. Bahan cecair D. Neutral
D. Bahan neutral
*Opsyen mempunyai hubungan yang sama
dengan stem dan bersifat homogen.
Contoh :
Rajah di bawah menerangkan mahkamah di Sabah.

Mahkamah Bidang Kuasa


Majistret Mengendalikan kes berat
Anak Negeri Mengendalikan kes peribumi

Siapakah yang menjadi hakim dalam Mahkamah Anak Negeri?


A. Residen.
B. Pegawai Daerah Nama Jawatan
C. Ketua Anak Negeri Cadangan :
D. J.W.W. Birch Nama orang D. Ketua Kampung
*Elakkan perkaitan bahasa antara stem dengan
kunci.
.
Contoh

Agensi kerajaan yang manakah yang bertanggungjawab


terhadap polisi pertanian?

A. Kementerian Pertanian
B. Kementerian Pendidikan
C. Kementerian Dalam Negeri
D. Kementerian Buruh
•Elakkan perkataan “ Semua di atas” atau
“Tiada jawapan di atas” dalam opsyen.
Contoh :

A. I dan II
B. II dan III
C. I, III, dan IV
D. Semua di atas

link
•Item lemah jika setiap pilihan mempunyai
cadangan yang sama

A. I dan II sahaja
Nombor I wujud
B. I dan IV sahaja dalam semua
C. I, II dan III sahaja jawapan
D. I, II, III dan IV
•Susun opsyen/pilihan jawapan secara logik
mengikut susunan seperti…
•Urutan nombor
A 670
B 795
C 1 105
D 1 245
Memudahkah calon membuat pilihan yang betul
•Susun opsyen/pilihan jawapan dalam
susunan seperti…

*Kronologi peristiwa

A. Perjanjian Burney 1826


B. Perjanjian Sempadan British-Siam 1899
C. Perjanjian British-Siam 1902
D. Perjanjian Bangkok 1909
•Susun opsyen/pilihan jawapan dalam
susunan seperti…

*Susunan huruf
A Ipoh
B Johor Bahru
C Kuantan
D Seremban
Sekiranya tidak dapat dielakkan, susunannya hendaklah dibuat secara rawak.
•Susun opsyen/pilihan jawapan dalam bentuk
satu senarai dari atas ke bawah.
A Ipoh
B Johor Bahru
C Kuantan
D Seremban
BUKAN dalam bentuk bersambung-sambung
dari kiri ke kanan.
A Ipoh B Johor Bahru C Kuantan D Seremban
(1) Pastikan jenis item
•Respon terbuka
•Respon terhad
•Item berstruktur)
(2) Tetapkan permarkahan
•Perlu ada peruntukan markah pada
setiap soalan
•Perlu ada skema permarkahan
(3) Pastikan arahan jelas
*Elakkan penjelasan yang panjang.

(4) Pastikan stem/tugasan adalah jelas.

(5) Pastikan kata tugas yang tepat


(Kelaziman soalan dimulakan dengan
kata tugasan).

•Membantu calon mengemukakan respons


yang diharapkan.
(6) Elakkan jawapan yang memerlukan jawapan
“ya’ atau “tidak”

(7) Pastikan item berkemampuan


mendiskriminasikan antara pelajar lemah,
sederhana dan cemerlang.

(8) Pastikan tempoh masa mencukupi

(9) Pastikan kualiti item terjamin


Respon Terhad

*Mengukur satu kemahiran khusus


*Sediakan garis/ruang kosong yang bersesuaian.
*Nyatakan bilangan tempat perpuluhan dan unit.
Respon Terhad

Berikan 2 komponen kecergasan berasaskan (2m)


kesihatan.
i) ……………………………
ii) ……………………………

Kirakan Indeks Jisim Badan En. Ali bin Abu (4m)


jika beliau setinggi 1.70m dan seberat 70kg?
(Jawapan anda perlu dalam satu titik perpuluhan)
………………………….
Respon Terhad

Senaraikan warna-warna pelangi. ( 4 markah )


_____________________________________
_____________________________________
_____________________________________
Nyatakan proses kejadian hujan. (5 markah)
_____________________________________
_____________________________________
_____________________________________
Respon Terbuka (Esei)
1. Huraikan masalah keruntuhan akhlak
dalam kalangan remaja. (25 markah)

“Membaca Kunci Kejayaan”


Cogan kata ini menunjukkan betapa
pentingnya membaca.
Bincangkan cara-cara untuk menanam sikap
suka membaca dalam kalangan pelajar hari
ini. ( 25 markah )
ASAS PEMBINAAN ITEM
Asas Pembinaan Item adalah seperti berikut:

 Tentukan tujuan ujian.


 Tahu apa yang hendak diuji / tafsir.
 Boleh mengaplikasikan teori pembinaan
item.
 Membentuk Jadual Spesifikasi Ujian.
ASAS PEMBINAAN ITEM
TENTUKAN TUJUAN UJIAN

FORMATIF SUMATIF

PERTENGAHAN
BERTERUSAN / AKHIR
SEMESTER

RUJUKAN RUJUKAN
KRITERIA NORMA
ASAS PEMBINAAN ITEM
DOMAIN YANG HENDAK DIUKUR

KOGNITIF AFEKTIF PSIKOMOTOR


ASAS PEMBINAAN ITEM
Boleh mengaplikasikan teori pembinaan item.

OBJEKTIF

SUBJEKTIF
ASAS PEMBINAAN ITEM
Membentuk Jadual Spesifikasi Ujian.

Keseimbangan
sasaran ujian
Format Ujian
dan tahap
pembelajaran

Jumlah Item
TAKSONOMI BLOOM
TAKSONOMI BLOOM
Aras Pengetahuan

The word ‘dignity’ in the poem signifies


A power
B wealth
C honour
D Independence
TAKSONOMI BLOOM
Aras Pengetahuan

Apakah maksud perkataan culas?


A rajin
B lalai
C malas
D cergas
TAKSONOMI BLOOM
Aras Kefahaman

They wanted to reach Kuantan by 11.00 p.m.


because
A Puan Aliah had to go to school
B Encik Rahman had a meeting that night
C Puan Aliag wanted to have enough rest
D Encuk Rahman was afraid of another
puncture
TAKSONOMI BLOOM
Aras Kefahaman

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi


pernyataan di bawah.

Kuala Lumpur menjadi tumpuan orang ramai


untuk mencari pekerjaan.

A Ada ubi ada batas


B Ada gula ada semut
C Ada udang di sebalik batu
D Banyak udang banyak ragam
TAKSONOMI BLOOM
Aras Aplikasi

To cangrulate

A Really, Nelda.
B Well done, Nelda.
C Thank you, Nelda.
D I believe you Nelda
TAKSONOMI BLOOM
Aras Aplikasi

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan


betul

I “Radio ini ada kelasnya yang tersendiri” kata Adib.


II “Jangan makan di dalam kelas!”kata pengawas itu
III Mereka masyarakat kelas pertengahan.
IV Kulitnya kelas kerana terkena api.

A I, II dan IV sahaja
B II, III dan IV sahaja.
C I, II dan III sahaja.
D Semua I,II, IIII dan IV
TAKSONOMI BLOOM
Aras Analisis

How long did the fireman take to put out the fire?

A 1 hour
B 40 minutes
C 45 minutes
D half an hour
TAKSONOMI BLOOM
Aras Analisis

Baca sajak di bawah, dan kemudian jawab soalan di bawah

Tiba-tiba aku tersedar


Lamunan yang merugikan terlepas kini
Sejarah hempedu pahit ku lupakan
Kini, kusemaikan benih-benih harapan
Bersama jutaan impian
Akan ku tempuh segala cabaran

Soalan 4

Ku semai benih-benih harapan bermaksud

A Pemuisi menanamkan cita-cita untuk berjaya


B pemuisi belajar dengan bersungguh-sungguh
C pemuisi menanam benih-benih bari di ladangnya
D pemuisi mengharapkan dirinya tidak dilupakan
TAKSONOMI BLOOM
Aras Sintesis

Bina satu laporan bagi mesyuarat membincangkan


masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung
Sejahtera Selamanya.
TAKSONOMI BLOOM
Aras Penilaian
Why do you think interested members should
submit their names early?
A They will receive prizes
B To show that they are really interested
C The secretary will not be free after first of
April
D Only the first 80 names received will be
accepted
TAKSONOMI BLOOM
Aras Penilaian
Pencerobohan tentera Amerika dan Britain
terhadap Iraq merupakan satu tindakan yang
zalim dan tidak berperikemanusiaan. Rakyat Iraq
sanggup mempertahankan segenap inci tanah
tumpah darah mereka. Mereka sanggup berputih
tulang daripada berputih mata

Soalan

Pada penelitian anda, apakah terjamahan


ungkapan “Biar berputih tulang jangan berputih
mata”.
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

 Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)


adalah penting bagi menghasilkan alat
pengukuran tersebut sah dan boleh
dipercayai
 Sebagai golongan profesional, guru
seharusnya membina JSU sebelum soalan
di gubal dan bukan selepas soalan digubal.
DEFINISI TERPERINCI

 JSU terdiri daripada matriks yang


mengandungi 2 paksi iaitu paksi isi
kandungan dan paksi aras kemahiran

 Kandungan merupakan topik dalam


sukatan pelajaran manakala aras
kemahiran merupakan taksonomi
penguasaan
LANGKAH PEMBINAAN JSU

 Empat langkah utama ialah:-

1. Mengkaji sukatan pelajaran


2. Menentukan jenis soalan
3. Menentukan bilangan soalan
4. Menganalisis objektif pengajaran

Anda mungkin juga menyukai