Anda di halaman 1dari 19

Fakulti Pendidikan Dan Sains Sosial

(BETESL)

SEMESTER JANUARI 2021

HBEF1303

PENDIDIKAN KOKURIKULUM

NO. MATRIKULASI : 940525125544001


NO. KAD PENGENALAN : 940525125544
NO. TELEFON : 0143382505
E-MEL : nurashikinmatali18@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM TAWAU LEARNING CENTRE


1.0 PENDAHULUAN

PENGENALAN

Sistem pendidikan negara kita adalah berteraskan falsafah pendidikan negara yang memberi
tumpuan kepada perkembangan potensi diri pelajar secara menyeluruh dalam melahirkan
individu yang seimbang dari segi intelek, jasmani dan emosi serta bertujuan untuk
melahirkan seorang warganegara yang berketrampilan, bertanggungjawab dalam segala
bidang serta mampu menghadapi cabaran dalam menuju Wawasan 2020.

Matlamat Dasar Pelajaran Kebangsaan bertujuan untuk melahirkan satu bangsa


bercorak Malaysia yang bersatu dan dihormati. Hasrat ini akan dicapai sekiranya generasi
muda sekarang dapat diberi pendidikan yang seimbang dan sempurna. Pendidikan yang
seimbang dan sempurna sentiasa memberi penekanan kepada kedua-dua aspek iaitu
kurikulum (akademik) dan gerak kerja kokurikulum. Ini bermakna seorang pelajar itu diberi
pendidikan yang menyeluruh merangkumi aspek mental, fizikal dan rohani.

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”. (Kementerian Pendidikan
Malaysia 1990)

Sejajar dengan perkembangan dasar pendidikan di Malaysia, bentuk pengajaran dan


pembelajaran bagi sekolah – sekolah di negara ini telah berubah. Pembentukan diri pelajar
tidak lagi tertumpu di dalam bilik darjah tetapi sahsiah dan perawakan pelajar dididik melalui
penyertaan aktiviti luar darjah iaitu aktiviti ko-kurikulum. Sekolah bukan sahaja tempat untuk
mengasah minda pelajar bahkan sekolah berperanan untuk membentuk sahsiah para pelajar.
Seorang cerdik pandai yang tidak beretika tidak memberi sebarang erti kepada masyarakat
bahkan mendatangkan masalah pula kepada masyarakat dan negara.

Pengelolaan ko kurikulum secara teratur dan sistematik akan membawa keberkesanan


dalam mencapai tujuan dan matlamat bagi memenuhi aspirasi pendidikan negara dan secara
tidak langsung ia akan mendorong minat pelajar menyertai bidang ko kurikulum.
Penglibatan pelajar secara menyeluruh dan komitmen yang tinggi terhadap aktiviti yang
dijalankan membolehkan pelajar menimba pengalaman. Ini mendorong mereka menghadapi
dunia sebenar apabila mereka bergaul dengan masyarakat.

2.0 PENYATAAN MASALAH


Jika dilihat pada sistem pembelajaran sekarang kokurikulum tidak dititikberatkan oleh
ibu bapa, para masyarakat dan pelajar. Ini kerana ia bukanlah perkara utama yang
dititikberatkan oleh mereka. Golongan ini lebih menitikberatkan kecemerlangan akademik
menyebabkan ko kurikulum diabaikan.

Pelajar enggan dan kurang berminat dalam aktiviti ko kurikulum. Tambahan pula
galakan ibu bapa yang mahu anak mereka berlumba-lumba mengejar kejayaan dalam
akademik. Ini adalah bertentangan dengan falsafah pendidikan negara yang ingin
membangunkan jasmani, rohani, emosi dan intelek. Sedangkan dalam falsafah pendidikan itu
jelas menunjukkan ko kurikulum memainkan peranan yang penting.

3.0 TUJUAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti kepentingan pendidikan kokurikulum
dalam kalangan pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam kehidupan. Terdapat pelbagai
aspek yang dapat dilihat dalam memaparkan penglibatan para pelajar dalam aktiviti
kokurikulum di sekolah. Kajian ini juga dilihat sebagai satu cara mengenalpasti masalah-
masalah yang berkaitan dengan penglibatan dan penyertaan para pelajar dalam aktiviti
kokurikulum dan cadangan untuk mengatasi masalah tersebut. Seterusnya, dari kajian ini juga
diharap dapat memberi petunjuk dan kekuatan sumbangan aktiviti kokurikulum di sekolah-
sekolah dari segi penglibatan dan penyertaan pelajar dalam kegiatan gerak kerja kokurikulum
kepada pembentukan pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi mental, sosial dan emosi
seperti mana yang dihasratkan oleh Dasar Pendidikan Negara Malaysia.
Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dialami ketika
melaksanakan aktiviti gerak kerja ko kurikulum di sekolah. Ia juga mengenalpasti persepsi
guru terhadap perlaksanaan ko kurikulum di sekolah. Selain dari itu persepsi pelajar tentang
perlaksanaan ko kurikulum di sekolah juga diambil kira. Dapatan dari persepsi guru dan
pelajar inilah boleh dijadikan panduan dan rujukan bagi mengemaskini perlaksanaan ko
kurikulum di sekolah.
1
BATASAN KAJIAN

Kajian ini bukan satu kajian yang menyeluruh kerana bersifat tinjauan. Penyelidik
membataskan kajian kepada guru dari sebuah sekolah di daerah Tawau, Sabah. Sekolah
yang terlibat ialah Sk. Balung Tawau. Responden dalam kajian ini adalah seorang guru yang
mengajar di SK-k. Balung Tawau. Dalam masa yang sama, ada juga ibu bapa yang ditemu
bual berkenaan aktiviti kokurikulum.Sebanyak 10 soal selidik diberikan secara rawak kepada
pelajar-pelajar yang berumur 10-15 tahun .

Pemilihan sampel adalah berdasarkan rasional berikut iaitu bilangan sampel


mencukupi dan dari pelbagai latarbelakang yang berbeza agar dapat mengelakkan bias
semasa pemilihan. Pengkaji memilih sejumlah 10 orang sampel dari populasi kajian yang
bersaiz N = 206 secara rawak. Hasil kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kepada pelajar-
pelajar bangsa lain dan dari tempat dan negeri yang lain.

DEFINISI KOKURIKULUM

Dari segi definisi, kurikulum boleh didefinisikan sebagai satu aktiviti, proses dan isi
kandungan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di dalam bilik darjah dan juga yang
dilakukan diluar bilik darjah seperti mata pelajaran Sejarah, Sains, Geografi dan bahasa.
Proses ini lebih dikenali sebagai mata pelajaran akademik. Manakala kokurikulum pula,
sebahagian besarnya dilaksanakan di luar bilik darjah dan ada juga dilaksanakan di dalam
bilik darjah. Pada asasnya, gerak kerja kokurikulum merupakan sebahagian daripada
kurikulum sekolah dan setiap pelajar perlu melibatkan diri dalam aktivitit ini. Mengikut Md.
Aris Mansor (1985) dalam Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum, menyatakan kokurikulum
merupakan satu bidang pembelajaran yang berasaskan kepelbagaian gerak kerja terancang
dan perlu dilakukan dalam masa persekolahan. Gerak kerja kokurikulum berasaskan mata
pelajaran akademik atau tidak berasaskan mata pelajaran akademik. Walau bagaimanapun,
sebahagian besar gerak kerja kokurikulum merangkumi pembelajaran yang bukan berasaskan
mata pelajaran akademik. ( Ab. Halim Abdul Rahim, 2004 ). Secara amnya, kokurikulum
merujuk aktiviti dan pengalaman pendidikan yang dilaksanakan di luar bilik darjah.
Kokurikulum lebih banyak dilaksanakan secara tidak langsung atau tidak formal. Aktiviti
kokurikulum lebih menekankan nilai, bakat, peranan, kepimpinan, sosial dan sebagainya.
Aktiviti ini juga dikenali kurikulum tersembunyi.

2
Menurut Omar Mohd Hashim (1993), kokurikulum adalah masa senggang dalam
konteks kehidupan harian, di mana masa senggang adalah suatu jangkamasa waktu seseorang
itu bebas untuk mempertingkatkan keupayaan dirinya sebagai seorang individu dan sebagai
seorang anggota masyarakat yang produktif. Kokurikulum dalam konteks pendidikan adalah
pembelajaran luar bilik darjah kerana proses pengajaran dan pembelajaran masih berada
dalam keadaan bebas, tidak formal dan tidak terkongkong. Kegiatan kokurikulum memberi
peluang dengan lebih luas kepada pelajar untuk mempraktikkan pembelajaran dengan lebih
mendalam.

PENGENALAN KEPADA KO-KURIKULUM

Program ko-kurikulum sebenarnya merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah sama


ada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) atau Kurikulum Barsepadu Sekolah Menengah
(KBSM). Secara praktisnya aktiviti ini dilakukan di dalam dan di luar bilik darjah. Aktiviti
ko-kurikulum ini tidak dimasukkan di dalam jadual waktu persekolahan. Oleh kerana itu,
semua kegiatan ko-kurikulum adalah dijalankan di luar waktu persekolahan. Ko-kurikulum
terdiri daripada beberapa kumpulan iaitu sukan, permainan, badan-badan berpakaian
seragam, kelab dan persatuan-persatuan. Berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) pelajar-pelajar adalah digalakkan untuk menyertai sekurang-kurangnya
salah satu kumpulan aktiviti di bawah:

a. Membina kemahiran psikomotor dan efektif selaras dengan pembinaan


sahsiah.
b. Membina kualiti kepimpinan, nilai estetika, disiplin dan timbang rasa.
c. Membina nilai-nilai yang diperlukan, seperti semangat kumpulan dan
semangat kesukanan serta kesedaran sosial.
d. Menseimbangkan perkembangan fizikal dan kerohanian untuk menjadi
pelajar yang bertanggungjawab dan berdikari.
e. Memperoleh semangat perpaduan di kalangan pelajar berbilang bangsa dan
mempunyai kesedaran dan identiti nasional.

3
Khidmat masyarakat Matapelajaran Pengayaan

Ko-kurikulum
unit pakaian seragam Kelab-kelab

Rekreasi
-Pendidikan Jasmani,
seni,
muzik.

Rajah 1.1: Pembelajaran di dalam bilik darjah diperkukuhkan lagi melalui kegiatan ko-
kurikulum.

Tujuan Perlaksanaan Ko-Kurikulum

Kegiatan ko-kurikulum adalah bertujuan sebagai pengukuhan dan pengayaan pembelajaran,


sebagai pelengkap sistem pembelajaran dalam bilik darjah supaya menyuburkan lagi nilai
murni, mengembangkan bakat dan sifat kepimpinan pelajar, dan memupuk sikap sedia
berkhidmat di kalangan masyarakat pelajar.

Menurut Eh Ah Meng di dalam bukunya yang bertajuk “Pendidikan Sebagai Suatu


Proses: Asas Pendidikan 1”, ko-kurikulum ialah satu saluran pembelajaran yang berasaskan
gerak kerja tersusun dan terancang. Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada proses
pengajaran dan pembelajaran bilik darjah yang dijalankan melalui pertubuhan pakaian
seragam, persatuan atau kelab dan unit permainan serta sukan.

Menurut beliau lagi, aktiviti-aktiviti ko-kurikulum menyediakan peluang bagi murid


untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran, pengetahuan dan nilai-nilai yang
telah dipelajari di dalam bilik darjah. Ini bermakna, aktiviti ko-kurikulum dilaksanakan
dengan tujuan untuk menyediakan suatu wadah bagi membentuk etika seseorang pelajar itu.

Jika dilihat kepada struktur Kurikulum Baru Sekolah Rendah (Rajah 1.1), ko-
kurikulum dilaksanakan dengan tujuan untuk membantu perkembangan diri individu. Tugas
ko-kurikulum adalah berseiringan dengan pelajaran muzik, Pendidikan Seni dan Pendidikan
4
Jasmani. Ini membuktikan bahawa ko-kurikulum memainkan peranan penting dalam
membentuk sahsiah diri pelajar terutamanya semasa di sekolah rendah lagi.

KOMUNIKASI
Kemahiran Asas
(Membaca, Menulis dan Mengira)
Bahasa Matematik

PELAJAR
PERKEMBANGAN DIRI
MANUSIA DAN ALAM SEKITAR
INDIVIDU
Kerohanian, Nilai dan Sikap, Seni, Rekreasi, Pendidikan Seni, Pendidikan
Kemanusian dan Alam Sekitar, Pendidikan Jasmani, Ko-kurikulum
Agama Islam, Muzik, Pendidikan Moral,
dan Alam dan Manusia

Sumber: Pendidikan di Malaysia, 1993:113

MATLAMAT KOKURIKULUM DIWUJUDKAN DI SEKOLAH-SEKOLAH

Sistem Pendidikan Negara mewajibkan pelajar menceburkan diri dalam kegiatan


kokurikulum. Ini adlaah langkah pragmatik kerajaan untuk mewujudkan pelajar yang
berdisiplin, bertanggungjawab, berkarisma dan berketerampilan. Ini selaras dengan laporan
Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pembelajaran 173 menyatakan:

“ Kegiatan kokurikulum yang dijalankan di luar biik darjah adalah penting untuk
menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan atau “esprit de corps” di antara
murid-murid berbagai keturunan yang mempunyai latar belakang yang berlainan. Ia juga
bertujuan melatih murid-murid supaya bersikap bertanggungjawab , berdikari dan
berkemahiran dalam sesuatu lapangan yang mereka sertai”.
Seorang pelajar dididik dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan untuk menjadi
seorang insan yang seimbang dan harmonis. Pendidikan hendaklah dilihat sebagai satu proses
sepanjang hayat. Seluruh agen pendidikan formal, tak formal dan bukan formal berkewajipan

5
dan berperanan secara bekerjasama, lengkap melengkapi dan memenuhi tanggungjawab
masing-masing dalam pendidikan. Aktiviti kokurikulum sukan bersama dengan unit
beruniform dan persatuan ini telah diperuntukkan dalam peraturan-peraturan Kursus
Pengajian Sekolah 1956. Pada tahun 1985, kegiatan ini diberikan peruntukkan waktu 60 minit
seminggu dan dimasukkan ke dalam jadual waktu persekolahan.

Dalam usaha untuk membentuk masyarakat pelajar yang mempunyai perwatakan peribadi
yang tinggi, ko-kurikulum memainkan peranannya yang tersendiri. Secara amnya kesemua
gerak kerja ko-kurikulum adalah bermatlamat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai
ciri-ciri manusia yang berakhlak tinggi. Walau bagaimanapun matlamat aktiviti ko-kurikulum
boleh diperincikan lagi kepada perkara-perkara seperti berikut:

A. Menyemai Dan Memupuk Disiplin, Nilai Dan Sikap Positif Selaras Dengan
Falsafah Pendidikan Negara.

Melalui penglibatan pelajar dengan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum, sikap pelajar akan dibentuk
dengan sendirinya. Umpamanya sikap disiplin pelajar dapat dibentuk dengan aktiviti-aktiviti
pasukan berpakaian seragam seperti berkawad, berkhemah, latihan ikhtiar hidup dan
sebagainya.

B. Memupuk Semangat Kewarganegaraan Dan Perpaduan.


Nilai-nilai yang diterapkan melalui aktiviti-aktiviti secara berkumpulan dan bekerjasama
akan memupuk semangat perpaduan di kalangan para pelajar tanpa mengira bangsa,
keturunan, agama, taraf kekayaan dan sebagainya.

C. Menyemai Kesedaran Pelajar Terhadap Agama Dan Kepercayaan Kepada


Tuhan.

Kebanyakan aktiviti ko-kurikulum berteraskan kepada nilai-nilai murni dan bersandarkan

kepada keagamaan serta kepercayaan kepada tuhan. Bagai pelajar-pelajar yang beragama

Islam, aspek keagamaan diterapkan dengan memperkukuhkan ibadah, akidah dan akhlak

6
bagi setiap pelajar. Bagi pelajar bukan Islam, aspek moraliti dititiberatkan dengan

penekanan terhadap nilai-nilai murni dan pengukuhan sahsiah.

D. Menseimbangkan Perkembangan Mental Dengan Perkembangan Rohani,


Jasmani Dan Emosi Pelajar.
Sekolah pada masa kini bukan hanya sebagai pusat perkembangan minda, tetapi juga
pencetus kepada pembentukan rohani, jasmani dan emosi pelajar. Oleh itu ko-kurikulum
akan bertindak sebagai agen pemangkin pembentukan rohani, jasmani dan emosi pelajar.
Dengan ini secara tidak langsung akan dapat menyamai dengan perkembangan mental
pelajar.

E. Mengukuhkan Perhubungan Dan Pergaulan Di Kalangan Pelajar-Pelajar Di


Sekolah.
Kebanyakan daripada aktiviti yang dilakukan di dalam ko-kurikulum adalah berlandaskan

gerak kerja berkumpulan. Ini akan membina kemahiran untuk berinteraksi di kalangan

pelajar dan juga mengeratkan perhubungan di antara mereka. Kesinambungan daripada

itu juga pergaulan di kalangan pelajar dapat diperkukuhkan dan melahirkan pelajar yang

ramah serta berhemah.

F. Mewujudkan Budaya Sekolah Yang Menarik Dan Menggembirakan.


Kepelbagaian aktiviti di dalam ko-kurikulum menjamin keseronokan dan kepuasan

kepada pelajar. Pelajar tidak akan cepat bosan dengan tekanan kerja-kerja akademik yang

berbentuk mantik dan statik. Pelajar boleh menikmati kepuasan dengan menyertai aktiviti

yang diminati dengan cabaran.

Kesimpulannya bolehlah dikatakan bahawa matlamat utama ko-kurikulum ialah untuk membentuk personaliti pelajar yang
berkemahiran tinggi dalam komunikasi, kepimpinan, keagamaan, kesukanan dan pemikiran.

OBJEKTIF KO-KURIKULUM

Selain daripada matlamat-matlamat yang digariskan di atas ko-kurikulum juga adalah


berhasrat untuk membolehkan pelajar:

A. Meningkatkan Minat, Bakat, Kemahiran Dalam Bidang-Bidang Tertentu.

7
Pelajar-pelajar adalah diberi peluang untuk memilih aktiviti ko-kurikulum yang diminati oleh
mereka. Dengan ini mereka akan lebih bersemangat untuk meneruskan aktiviti tersebut
kerana mendapat kepuasan dan kegembiraan di hati mereka. Dengan menyertai aktiviti
sebegini juga pelajar-pelajar akan didedahkan dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Dalam
keadaan sebeginilah, iaitu dalam usaha untuk mengatasi cabaran, bakat para pelajar akan
diasah terutama daripada aspek kepimpinan, pengurusan, membuat keputusan dan
sebagainya. Serentak dengan itu kemahiran-kemahiran seperti kemahiran untuk berfikir,
ikhtiar hidup dan lain-lainya akan diperolehi untuk dipraktikkan pada masa depan.

B. Mengisi Masa Lapang Dengan Aktiviti Masa Lapang Dengan Aktiviti Yang
Berfaedah Di Samping Membina Kesihatan Dan Kesejahteraan Diri.

Banyak permasalahan sosial yang dihadapi oleh remaja adalah akibat daripada pengisian
masa lapang dengan aktiviti yang tak berfaedah. Ini memudahkan pelajar untuk terjerumus ke
lembah maksiat yang memudaratkan masyarakat. Oleh itu satu usaha perlu dilakukan untuk
menganjurkan satu pengisian yang berfaedah kepada pewaris-pewaris negara ini. Usaha ini
tentulah daripada pihak berwajib dengan dibantu oleh ahli masyarakat yang prihatin. Sebagai
suatu institusi pendidikan, maka sekolah boleh dijadikan wahana untuk mempraktiskan usaha
ini. Aktiviti ko-kurikulum adalah salah suatu penyelesaian ataupun sebahagian daripada
usaha yang telah dilaksanakan. Ko-kurikulum menyediakan aktiviti yang padat dan
bermanfaat sebagai alternatif untuk mengisi masa lapang para pelajar. Penyertaan di dalam
aktiviti ko-kurikulum dapat mengelakkan mereka daripada terjebak dengan aktiviti-aktiviti
yang kurang sihat.

C. Membuat Kerja Khidmat Kepada Masyarakat.

Sikap dan tingkah laku individu perlu dipupuk sejak dari bangku sekolah lagi. Kalau di
bangku sekolah tidak pernah melakukan kerja-kerja kebajikan, maka apabila dewasa nanti
adalah susah dimulakan. Perasaan malu dan malas akan mula timbul. Kalau ini berlaku maka
hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat penyayang menjelang tahun 2020 tidak akan
tercapai. Sejajar dengan itu, gerak kerja ko-kurikulum diserapkan dengan elemen-elemen
khidmat masyarakat. Setiap sub-unit ko-kurikulum akan diterapkan dengan unsur-unsur
sebegini sebagai usaha untuk melahirkan rasa kebertanggungjawaban di kalangan pelajar-
pelajar. Apabila pelajar sudah biasa dengan aktiviti ini maka kesedaran serta keinsafan akan
timbul dan rasa kasih sayang ini akan menyerap masuk di sanubari masing-masing. Apabila
8
sudah dewasa kelak mereka yang sudah biasa berbakti akan terus berbakti sama ada secara
individu ataupun berkumpulan seperti yang dilakukan oleh Yayasan Salam Malaysia dan
lain-lain pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

D. Memberi Sumbangan Kepada Sekolah.

Jika dilihat kepada kurikulum terdahulu sebelum adanya Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), tidak semua pelajar tidak
diberi peluang untuk berbakti kepada sekolah. Sumbangan kepada sekolah bukan sahaja
berbentuk material tetapi juga menaikkan nama sekolah dengan memenangi kejohanan atau
mengaut sebarang anugerah serta pengiktirafan. Dalam gerak kerja ko-kurikulum, pelajar
masing-masing berpeluang untuk berbakti kepada sekolah sama ada dengan sumbangan
berbentuk fizikal dan bukan fizikal seperti menaikkan nama baik sekolah. Aktiviti-aktiviti
yang diatur banyak memberi ruang kepada pelajar seperti pertandingan di peringkat daerah,
negeri, negara dan antarabangsa. Gerak kerja gotong-royong pula banyak memberi
sumbangan kepada pihak sekolah. Secara keseluruhannya, penglibatan pelajar dengan aktiviti
ko-kurikulum itu sendiri sudah banyak membantu pihak sekolah iaitu menjadikan sekolah itu
sebagai sekolah yang aktif. Ini akan menaikkan nama baik sekolah dan dipandang tinggi oleh
masyarakat. Ibu bapa akan berlumba-lumba untuk menghantar anak-anak ke sekolah yang
aktif dan bukannya ke sekolah yang pasif dan lembab.

E. Meningkatkan Disiplin Diri.

Disiplin adalah salah satu cabang pekerti yang mulia bagi seseorang insan. Disiplin mengajar
erti sebuah kehidupan yang bertamadun dan mempunyai peraturan. Tanpa disiplin manusia
akan hidup dengan maruah yang rendah dari maruah makhluk Tuhan yang dinamakan
haiwan. Disiplin juga adalah salah satu ciri-ciri masyarakat yang berjaya. Masyarakat yang
berdisiplin mudah untuk mencapai kejayaan dan kegemilangan. Disiplin ialah suatu amanah
kepada diri yang tidak boleh dipaksa dan dibuat-buat. Sehubungan itu aktiviti ko-kurikulum
menitikberatkan soal disiplin ini. Unit berpakaian seragam menjadikan elemen ini sebagai
identiti mereka. Semua aspek tingkah laku, gerak kerja, keterampilan, pembelajaran, pakaian
dan segalanya bermula dan berakhir dengan disiplin. Begitu juga dengan gerak kerja lain
samada rekreasi, pertubuhan, kelab atau persatuan juga mementingkan elemen ini. Ini adalah
kerana tanpa disiplin, segala perancangan tidak akan dapat dilaksanakan. Tanpa disiplin juga

9
keadaan akan menjadi tidak terkawal bahkan juga akan membawa kepada kemusnahan
organisasi.

Dengan ini, ko-kurikulum bertindak sebagai agen utama yang membantu


pembentukan dan peningkatan disiplin pelajar di sekolah. Secara tidak langsung masalah
sosial dapat dihindarkan dan keadaan aman dapat diwujudkan.

F. Berhubung, Bergaul Dan Bersatu Padu.

Telah dijelaskan pada permulaan tadi bahawa kebanyakan atau hampir kesemua aktiviti ko-
kurikulum adalah dilakukan secara berkumpulan iaitu memerlukan kerjasama dan semangat
setiakawan. Kemahiran berinteraksi dapat diasah untuk mereka berhubung di antara satu
sama lain. Dengan ini semangat muhibah dapat dipupuk untuk melahirkan masyarakat yang
bersatu padu tanpa mengira adat resam, agama dan pengkat.

G. Meningkatkan Kerjasama Dan Sumbangan Dua Hala Antara Sekolah Dan


Masyarakat.

Sekolah merupakan gedung ilmu dan pusat pendidikan. Walau bagaimanapun di


persekitarannya ada masyarakat yang memerlukan pertolongan dan bantuan. Sekolah itu
sendiri memerlukan sokongan daripada masyarakat. Tanpa kerjasama ini, fungsi sekolah
tidak berjaya dilaksanakan. Menyedari akan hakikat ini, aktiviti ko-kurikulum telah disusun
sedemikian rupa untuk bertindak sebagai pemangkin perhubungan dan kerjasama di antara
sekolah dan masyarakat. Perhubungan yang dimaksudkan bukan sekadar perhubungan sehala,
akan tetapi merupakan perhubungan dua hala yang membawa manfaat kepada kedua-dua
belah pihak. Masing-masing mempunyai peranan sendiri. Konsep memberi dan menerima
perlu dipraktiskan untuk meastikan kejayaan kerjasama ini.
(Sumber: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, 1993)

METODOLOGI KAJIAN
10
i. Reka Bentuk Kajian

Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan untuk melihat keberkesanan aktiviti kokurikulum
di sekolah dalam melahirkan individu yang berkemahiran dalam pelbagai bidang.. Kajian
yang berbentuk adalah berbentuk tinjauan mengenai cara untuk menggalakkan murid
berminat menyertai aktiviti kokurikulum disekolah serta keberkesanan kokurikulum dalam
melahirkan individu yang berkemahiran insaniah dalam pelbagai aspek. Borang soal selidik
tidak dapat diagihkan secara fizikal tetapi respon adalah diperolehi melalui panggilan telefon.
Cara ini juga membolehkan penyelidik mendapat maklumat dengan cepat dalam masa yang
singkat memandangkan masa yang terhad. Kajian ini juga mengumpul maklumat 5 orang
pelajar dari kawasan kejiranan tempat tinggal disebabkan kekangan penularan penyakit
covid- 19 membataskan lagi kajian ini untuk dijalankan. Responden kajian terdiri daripada 3
orang budak lelaki dan 2 orang budak perempuan.Sesi temu bual pula dijalan kan dengan
seorang bapa dan ibu serta seorang guru dalam melihat pandangan mereka mengenai
pendiidkan kokurikulum di sekolah. Semua responden adalah dipilih secara rawak.

ii. Populasi Dan Sampel Kajian

Populasi kajian ini adalah seramai seorang guru di sekolah Kebangsaan Balung Tawau dan
juga seorang ibubapa berdekatan dengan tempat tinggal penyelidik iaitu di Kampung Balung
Cocos Tawau. Sampel adalah terdiri daripada 5 orang kanak-kanak yang berumur lingkungan
(5-10 tahun) di kawasan kejiranan penyelidik. Sebanyak 5 set soal selidik diberikan secara
rawak tetapi dijawab menerusi panggilan telefon yang dibuat, mereka adalah dari berlainan
jantina diambil secara rawak berstrata untuk mengurangkan ralat persampelan dan diharap
boleh mewakili populasi. Manakala responden bagi . Semua responden adalah dipilih secara
rawak.

iii. Alat Kajian


11
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 2 bahagian
iaitu;-

Guru
i. Bahagian A – untuk mendapat maklumat latarbelakang seperti umur, jantina,
pengalaman mengajar, kegiatan ko kurikulum dilaksanakan, perlantikan dan surat
perlantikan
ii. Bahagian B – adalah maklumat minat dan persepsi guru, tanggapan guru,
perancangan ko kurikulum, penglibatan guru.

Pelajar
i Bahagian A : Demografi
ii Bahagian B : Kedudukan Kokurikulum di Sekolah

iv. Tatacara Penganalisisan Data

Penganalisisan data dibuat untuk mengetahui hasil kajian yang diperoleh daripada responden.
Segala data dan maklumat yang diperoleh daripada soal selidik diproses melalui program
SPSS ( Statistical Package For The Social Sciences ). Analisis secara deskriptif dilakukan
untuk mengetahui kekerapan, min, sisihan piawai dan peratus setiap item soalan yang
dijalankan serta latar belakang responden.

Kesimpulan

Bahagian ini telah menerangkan metodologi yang digunakan untuk menjalankan kajian untuk
melihat kedudukan ko kurikulum di sekolah mengikut persepsi guru di samping
mengenalpasti masalah-masalah yang dialami ketika melaksanakan aktiviti gerak kerja ko
kurikulum di sekolah. Selain dari itu persepsi pelajar tentang pelaksanaan ko kurikulum di
sekolah juga diambil kira. Dapatan dari persepsi guru dan pelajar ini boleh dijadikan panduan
dan rujukan bagi mengemaskini perlaksanaan ko kurikulum di sekolah.

12
APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Nama Pengarang, (tahun), Tajuk Buku, Penerbitan

13
< PROGRAM >

< SEMESTER / YEAR>

< COURSE CODE>

< COURSE TITLE>

14
MATRICULATION NO : <MATRIC NO>
IDENTITY CARD NO. : <IC NUMBER>
TELEPHONE NO. : <TELEPHONE>
E-MAIL : <EMAIL ID>
LEARNING CENTRE : <LEARNING CENTER>

15
INSTRUCTIONS
 Do not copy the assignment question and instructions to your answer.
 Prepare your assignment answer following the layout of the ASSESSMENT
CRITERIA shown in the RUBRICS provided for the course. Where RUBRICS are
not provided, follow the instructions/guidelines specified by the Open University
Malaysia (OUM) for the assignment concerned.
 Your assignment should be written according to the number of words outlined in
the assignment instruction EXCLUDING references.
 Type your answer using 12 point Times New Roman font and 1.5 line spacing.
 Show the number of words at the end of your assignment.
 Tables and figures where provided, should be appropriately titled.
 List your references separately in the APPENDIX page.

16
ATTACHMENT

REFERENCES

Author’s name (year). Book, Title, Publication

17

Anda mungkin juga menyukai