Anda di halaman 1dari 4

PISMP SEM 3

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

IPG KSAH

KEKUATAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) BERBANDING KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21. Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula sesi persekolahan Januari lalu bertujuan meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran bahasa Inggeris. KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan. Standard Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai, manakala Standard Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri. KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul). KBSR pula adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi; Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini menggunakan Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M (Membaca, Menulis dan Mengira). Pada pandangan saya, pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah sangat bertepatan dan sesuai pada zaman era globalisasi yang mencabar ini. Melalui pendekatan ini, teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia akan melibatkan penggunaan dua bahasa 72

PISMP SEM 3

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

IPG KSAH

yang berbeza iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta secara tidak langsung, ianya juga dapat meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan yang mana sebelum ini mengamalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Hal ini kerana kerajaan telah menggariskan penekanan untuk

memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris selaras dengan pemansuhan dasar PPSMI. Selain itu, ianya juga dapat membantu meningkatkan penguasaan muridmurid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris apabila mereka didedahkan secara langsung dan biasa dengan penggunaan dua bahasa utama negara ini di dalam proses pembelajaran mereka saban hari. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi akan beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Saya berpendapat bahawa KSSR adalah lebih baik dijalankan sejajar dengan perubahan arus dan permodenan zaman. Kita perlu bergerak maju ke hadapan dan tidak hanya bergantung pada kurikulum sedia ada kerana manusia pasti akan berubah dari segi pemikiran dan sosial. Lebih-lebih lagi pada zaman serba canggih ini, penggunaan bahasa Inggeris juga menjadi suatu bahasa komunikasi yang amat penting dalam setiap urusan seharian. Walaupun ujian bertulis masih lagi dilaksanakan seperti dulu, proses penilaian KSSR amat mengambil kira kemahiran insaniah dan kebolehan bakat yang ditonjolkan murid dalam kelas. Oleh sebab sebahagian proses penilaian ini dilakukan oleh pihak sekolah, murid akan sentiasa berusaha untuk bersaing dengan rakan lain untuk menunjukkan prestasi yang terbaik di samping meningkatkan pencapaian mereka. Mereka akan sentiasa berasa tercabar dengan kehebatan pencapaian rakan-rakan yang lain. Mereka akan bersaing dengan murid lain untuk menunjukkan prestasi yang terbaik di samping meningkatkan pencapaian mereka. Murid-murid juga tidak akan menjadi terlalu tertekan sekiranya mereka kurang menguasai sesuatu teori atau fakta yang diberikan oleh guru mereka di dalam kelas, akan tetapi, mereka dapat menggunakan teori tersebut sebagai panduan dalam mengerjakan sesuatu amali berdasarkan kebolehan, kemampuan dan bakat mereka 73

PISMP SEM 3

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

IPG KSAH

terhadap sesuatu perkara yang semulajadi ada dalam diri mereka. Murid-murid juga akan dapat mengeksploitasikan diri mereka menjadi lebih berdaya kritis dan kreatif kerana mereka dapat melakukan sesuatu yang mereka minati secara menyeluruh dan tidak tersekat dengan apa yang ditetapkan untuk mereka oleh guru sahaja. Setiap individu akan mempunyai minat dan penguasaan yang menyeluruh dan lebih terhadap sesuatu yang mereka sukai dan gemari dan ini akan menjadikan murid lebih bertenaga dalam melaksanakan sesuatu kerja atau tugasan yang diberikan. Hal ini dapat memberikan keupayaan kepada murid untuk melakukan sesuatu yang baru bagi mereka dari segi konsep dan pengetahuan sedia ada yang mana pada masa yang sama, secara tidak langsung, ianya juga memberi peluang yang luas buat murid-murid untuk memperoleh ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam pelbagai bentuk yang boleh diukur melalui bahan standard pembelajaran yang telah ditetapkan. Perubahan atau transformasi yang berlaku dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dapat dikesan melalui aspek pembelajaran yang digunakan. KSSR telah menggunakan proses pembelajaran berasaskan modul. Justifikasi Penggunaan Modul adalah bersifat dinamik. Sebarang pertambahan dan pengurangan kandungan boleh dilakukan tanpa menjejaskan keseluruhan modul dan secara tidak langsung, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel juga dapat berlaku. Hal ini kerana setiap guru ada pilihan untuk menggunakan modul mengikut kesesuaian kaedah pengajaran mereka yang sepadan dengan tahap pemikiran dan kebolehan murid. Penggunaan modul secara menyeluruh telah dilaksanakan akan

menggantikan penggunaan buku teks. Modul-modul ini dapat menarik minat para murid untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di sekolah. Pelbagai aktiviti yang seronok dan dapat mengembangkan minda serta menajamkan fikiran murid-murid menjadi lebih kreatif dan kritis dilaksanakan seperti melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak hanya tertumpu kepada penggunaan akal, tetapi ianya melibatkan perbuatan yang aktif daripada pelajar. Murid-murid juga akan mudah untuk mempelajari dan memahami serta mengingati sesuatu sekiranya pembelajaran mereka disertai dengan aktiviti-aktiviti amali dan praktikal. Ianya juga dapat menarik minat murid untuk terus meminati sesi pembelajaran dan sentiasa 74

PISMP SEM 3

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

IPG KSAH

berusaha menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi dengan cara dan langkah yang terbaik. Pengaplikasian KSSR ini juga banyak membantu memudahkan perjalanan dalam pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid-murid yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya. Melalui cara seperti ini, para murid tidak akan merasa tertekan dalam menjalani proses pembelajaran di sekolah. Bahkan mereka sentiasa berasa seronok dan tertarik dengan teknik pengajaran guru-guru selain pendekatan yang lebih mesra dan menarik digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mendukung cita-cita murni dan unggul dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21. Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuklah pembuat dasar, pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan. Hal ini kerana, kurikulum baru ini tidak akan memberi impak yang positif jika pihak-pihak tersebut tidak bekerjasama. Kementerian Pelajaran Malaysia secara berterusan menyemak kurikulum bagi memastikan pelaksanaan kurikulum di sekolah melengkapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menghadapi cabaran semasa dan masa depan. Semoga bermula dari tahun 2011 ini, industri pendidikan akan menjanjikan perkembangan terbaru dalam bidang pendidikan di negara ini, khususnya bagi melahirkan contoh modal insan dalam kalangan masyarakat yang beriman, berakhlak dan mempunyai jati diri yang unggul. Hanya di bahu merekalah kepimpinan negara pada masa depan terpikul dengan penuh tanggungjawab dan bijaksana. Oleh itu, peribahasa melentur buluh biarlah daripada rebungnya haruslah diberi penekanan dalam bidang pendidikan negara bagi memastikan setiap individu mendapat taraf dan nilai pendidikan yang sama rata dan bersesuaian mengikut tahap umur dan fizikal mereka.

75

Anda mungkin juga menyukai