Anda di halaman 1dari 13

EPE 211 Falsafah Pendidikan

Bahagian A
Falsafah Pendidikan Saya
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia
dikenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya
menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan
nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang
paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan
matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk
melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi
seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan
insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan
yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.
Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan
kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan
semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia
terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak
yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan
warganegara yang baik dan terdidik.
Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan
ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan
yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan
sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta
masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang
menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidikan ialah satu proses dan aktiviti
sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman
dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan
mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.
Falsafah yang ingin saya terapkan dalam pendidikan haruslah selari dengan ajaran Islam.
Sebaik sahaja kita dilahirkan, iaitu sejak bayi lagi kita telah diajarkan mengenali pencipta kita
1

iaitu Allah. Pendidikan menurut ajaran Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan
ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-sunnah, bagi membentuk
sikap kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai
tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai
kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.
Falsafah berasal dari perkataan Philosopia iaitu terdiri daripada dua akar kata:
philein bererti cinta dan Sophia bererti kebijaksanaan (hikmah atau wisdom). Oleh itu,
falsafah dapat diertikan sebagai satu usaha untuk mencari suatu kebenaran atau keyakinan
dengan suatu perkara dengan menggunakan kekuatan akal fikiran. Dalam ajaran Islam,
pendidikan dan kurikulum terbaik ialah berteraskan wahyu dan berteraskan tauhid. Menurut AlSyaibani menjelaskan bahawa falsafah pendidikan berteraskan Islam ialah falsafah yang
menerangkan dengan hikmah untuk menjadikan proses dan usaha pendidikan bagi satu bangsa.
Pendidikan juga berperanan untuk menyediakan generasi muda dan masyarakat supaya beriman
kepada Allah dan kepada apa yang diwahyukan oleh-Nya melalui Rasulullah SAW.
Apa yang ingin saya bawakan ialah satu usaha yang berterusan dalam menyampaikan
ilmu pengetahuan, membentuk kemahiran dan memupuk penghayatan yang selari dengan ajaran
Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah sepanjang hayat. Pendidikan menjadikan seseorang
bukan sahaja bersifat dengan nilai-nilai murni tetapi juga patuh dengan peraturan yang
terkandung dalam al-quran.
Saya juga ingin menekankan pendidikan mesti berlangsung seumur hidup. Pendidikan
bukan untuk semata-mata berjaya dalam kehidupan, mempunyai kedudukan dan dipandang
tinggi oleh manusia lain. Pendidikan mesti mengutamakan pembangunan roh, akal dan jasad
disamping menyampaikan dua fungsi iaitu sebagai hamba Allah dan juga sebagai khalifah Allah,
seterusnya dapat memakmurkan alam, berasaskan kesepaduan dan kesempurnaan iman, ilmu dan
amal salih bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Jika sistem pendidikan yang sedang
berjalan sekarang ini diteruskan, tidak mustahil kesejahteraan rakyat untuk sepanjang masa akan
tercapai. Ini kerana kita tidak akan lagi berasa perlunya menuntut ilmu hingga ke akhir hayat.
Apa yang lebih penting lagi ialah matlamat untuk melahirkan insan yang berilmu,
berkeperibadian mulia, berkemahiran dan bersikap positif untuk membangunkan diri,
masyarakat, alam sekitar, dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan
abadi di akhirat perlu juga dicapai. Mana mungkin amalan-amalan yang bertentangan dengan
ajaran Islam dapat dielakkan sekiranya tidak dilahirkan masyarakat yang benar-benar dapat
menghayati pendidikan yang sebenarnya. Melalui FPK yang ada sekarang ini tidak mencukupi
untuk menangani gejala-gejala buruk yang banyak berlaku dewasa ini.
Oleh kerana Islam diterjemahkan sebagai ad-din maka secara langsung ia
mencakupi keseluruham ruang lingkup kehidupan manusia baik di dunia mahupun di akhirat
sesuai dan sejajar dengan maksud falsafah pendidikan itu sendiri. Kandungan dari setiap frasa
2

dan maksud falsafah yang dibawa oleh Islam itu tiada tandingannya dengan mana-mana falsafah
pendidikan yang ada di dunia ini.
Justeru, falsafah pendidikan yang berteraskan Islam yang saya hasratkan ialah
untuk melahirkan insan soleh yang kamil, beriman, berilmu, beramal, berakhlak. Melaluinya,
masyarakat akan terdidik bukan sahaja sekadar untuk memperlihatkan kesempurnaan Islam
sebagai satu sistem hidup yang syumul tetapi juga untuk menzahirkan amalan hidup yang
sebenar sebagai seorang muslim yang ada penghayatan sepenuhnya sebagai hamba Allah di
muka bumi ini.
Kesimpulannya, Falsafah Pendidikan yang saya ingin terapkan ialah falsafah yang
bersumberkan falsafah hidup Islam kerana menggunakan prinsip-prinsip Islam dalam
pendidikan. Prinsip-prinsip terutamanya yang mendukung keadilan dan kesejahteraan harus
diperlihatkan dengan nyata. Islam juga menegaskan bahawa menusia adalah makhluk ciptaan
Tuhan dan manusia mempunyai peraturan dalam hidupnya. Oleh itu, pendidikan ini merupakan
satu falsafah yang bercorak keagamaan yang menanamkan keimanan manusia kepada Allah
dalam usaha membentuk manusia sebagai khalifah di muka bumi ini yang bersikap tunduk dan
patuh pada Rabbnya. Dengan ini, saya yakin tiada lagi masalah-masalah yang tidak dapat
diselesaikan setelah kita semua yakin dan patuh bahawa tiada apa yang lebih sempurna
melainkan apa yang telah diajarkan oleh Allah kepada manusia.
Falsafah Pendidikan Al-Farabi
Nama sebenar Al-Farabi ialah Abu Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Tarkhan
Ibnu Uzlaq Al Farabi. Beliau lahir pada tahun 874M (260H) di Transoxia yang terletak dalam
Wilayah Wasij di Turki. Bapanya merupakan seorang anggota tentera yang miskin tetapi semua
itu tidak menghalangnya daripada mendapat pendidikan di Baghdad. Beliau telah mempelajari
bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakr Muhammad ibn al-Sariy.Selepas beberapa waktu,
beliau berpindah ke Damsyik sebelum meneruskan perjalanannya ke Halab. Semasa di sana,
beliau telah berkhidmat di istana Saif al-Daulah dengan gaji empat dirham sehari. Hal ini
menyebabkan dia hidup dalam keadaan yang serba kekurangan.
Al-Farabi terdidik dengan sifat qanaah menjadikan beliau seorang yang amat sederhana,
tidak gilakan harta dan cintakan dunia. Beliau lebih menumpukan perhatian untuk mencari ilmu
daripada mendapatkan kekayaan duniawi. Sebab itulah Al-Farabi hidup dalam keadaan yang
miskin sehingga beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 950M (339H)
Kemampuan Al-Farabi bukan sekadar itu, malah beliau juga memiliki ilmu pengetahuan
yang mendalam dalam bidang perubatan, sains, matematik, dan sejarah. Namun,
keterampilannya sebagai seorang ilmuwan yang terulung lebih dalam bidang falsafah. Bahkan
kehebatannya dalam bidang ini mengatasi ahli falsafah Islam yang lain seperti Al-Kindi dan Ibnu
Rusyd. Dalam membicarakan teori politiknya, beliau berpendapat bahawa akal dan wahyu
adalah satu hakikat yang padu. Sebarang percubaan dan usaha untuk memisahkan kedua-dua
3

elemen tersebut akan melahirkan sebuah negara yang pincang serta masyarakat yang kacaubilau. Oleh itu, akal dan wahyu perlu dijadikan sebagai dasar kepada pembinaan sebuah negara
yang kuat, stabil serta makmur.
Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato, dan Aristotle
dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep mengenai kebahagiaan. Maka tidak
hairanlah, Al-Farabi dikenali sebagai orang yang paling memahami falsafah Aristotle. Dia juga
merupakan seorang yang terawal menulis mengenai ilmu logik Yunani secara teratur dalam
bahasa Arab. Meskipun pemikiran falsafahnya banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani tetapi
beliau menentang pendapat Plato yang menganjurkan konsep pemisahan dalam kehidupan
manusia.
Menurut Al-Farabi, seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya daripada
sains dan politik. Sebaliknya perlu menguasai kedua-duanya untuk menjadi seorang ahli falsafah
yang sempurna.Tanpa sains, seorang ahli falsafah tidak mempunyai cukup peralatan untuk
diekspolitasikan untuk kepentingan orang lain. Justeru, seorang ahli falsafah yang tulen tidak
akan merasai sebarang perbezaan di antaranya dengan pemerintah yang tertinggi kerana
keduanya merupakan komponen yang saling lengkap melengkapi. Dalam hal ini beliau
mencadangkan agar diwujudkan sebuah negara kebajikan yang diketuai oleh ahli falsafah.
Pandangan falsafahnya yang kritikal telah meletakkannya sebaris dengan ahli falsafah
Yunani yang lain. Dalam kalangan ahli falsafah Islam, beliau juga dikenali sebagai Aristotle
kedua. Bagi Al-Farabi, ilmu segala-galanya dan para ilmuwan harus diletakkan pada kedudukan
yang tertinggi dalam pemerintahan sesebuah negara. Pandangan Al-Farabi ini sebenarnya
mempunyai persamaan dengan falsafah dan ajaran Confucius yang meletakkan golongan
ilmuwan pada tingkat hierarki yang tertinggi di dalam sistem sosial sesebuah negara.
Menurut Al-Farabi manusia yang sempurna ialah manusia yang telah menguasai ilmu
dan nilai-nilai murni dan seterusnya menjadi teladan kepada orang lain. Sesungguhnya AlFarabi merupakan seorang tokoh falsafah yang serba boleh. Banyak daripada pemikirannya
masih relevan dengan perkembangan dan kehidupan manusia hari ini. Sementelahan itu,
pemikirannya mengenai politik dan negara banyak dikaji serta dibicarakan di peringkat universiti
bagi mencari penyelesaian dan sintesis terhadap segala kemelut yang berlaku pada hari ini.
Manusia yang sempurna adalah mereka yang mengetahui kebajikan secara teoretis dan
menjalankannya dalam praktik keseharian.
Kajian filsafat telah lekat dalam kehidupan Al-Farabi. Cendekiawan Muslim yang hidup
di abad ke-8 ini, pun menjelma menjadi seorang filsuf ternama di masanya. Dan kini, reputasinya
tetap tak lekang oleh masa. Al-Farabi pun dikenal sebagai ahli matematika, logika, dan tata
bahasa. Di sisi lain, pemikirannya menjangkau pula falsafah pendidikan. Ia meletakkan dasardasar pemikiran di bidang itu. Dalam pandangan Al-Farabi, pendidikan merupakan media untuk
mendapatkan serangkaian nilai, pengetahuan, dan keterampilan praktis bagi individu dalam masa
dan budaya tertentu. Tujuan akhirnya, membimbing individu untuk menuju kesempurnaan.
4

Sebab, manusia diciptakan guna mencapai kesempurnaan. Sementara, kesempurnaan


tertinggi adalah kebahagiaan. Menurut Al-Farabi, manusia yang sempurna juga adalah mereka
yang telah mengetahui kebajikan secara teori dan menjalankannya dalam praktik keseharian.
Pendidikan, menurut Al-Farabi, harus menggabungkan antara kemampuan teori dari apa
yang dipelajari yang diaplikasikan dengan tindakan praktis. Kesempurnaan manusia, terletak
pada tindakannya yang sesuai dengan teori yang dipahaminya.
Justeru, ilmu tidak akan mempunyai makna kecuali jika ilmu itu dapat diterapkan dalam
kenyataan dalam masyarakat. Jika tidak diterapkan maka ilmu itu tak berguna. Singkatnya, kata
Al-Farabi, seseorang menjadi sempurna jika ia mempraktikkan ilmunya dalam kehidupan yang
berhubung kait dengan masyarakat. Untuk merealisasikan falsafahnya, kaum terpelajar memiliki
teori -teori dan sokongan praktikal. Menurut Al-Farabi, mereka mampu menyatukan nilai-nilai
moral dan estetika dalam menjalankan kepemimpinan politiknya. Syarat dan perilaku seperti
itulah yang mestinya dimiliki kaum terpelajar dan intelektual.
Seorang pemimpin tentu harus menjalankan kepemimpinannya dengan sempurna. Jadi,
pendidikan itu sama seperti tubuh yang memerlukan makanan dan kapal harus memiliki kapten.
Menurut Al-Farabi, para pemimpin politik harus memiliki keterampilan untuk meningkatkan
kesejahteraan suatu wilayah yang dipimpinnya. Tapi, tugas para pemimpin politik semestinya
tidak terbatas kepada organisasi dan pentadbiran kawasan sahaja.Mereka harus mampu
mendorong orang saling membantu dalam kebajikan dan mengatasi permasalahan terutamanya
gejala-gejala sosial yang tidak sihat. Jelas Al-Farabi lagi, mereka juga harus menggunakan
keahlian politiknya untuk mempastikan kebajikan rakyatnya.
Al-Farabi menyimpulkan, pendidikan yang berhasil sangat berkait rapat dengan suasana
moral yang baik. berkaitan soal moral ini, ia mendefenisikan moral sebagai keadaan fikiran yang
matang dan mengawal manusia untuk melakukan perbuatan yang baik. Juga, memiliki sifat etis
atau rasional.
Falsafah Pendidikan John Locke
John Locke mendapat pendidikan di University of Oxford, England dalam bidang
falsafah, sains tabie dan perubatan. Beliau juga pernah memegang jawatan penting dalam
kerajaan. Ketika berumur 34 tahun, Locke telah bertemu dengan Lord Ashley yang kemudiannya
Lord ini bergelar Earl of Shartesbury. Pada tahun berikutnya, Locke telah dilantik sebagai doktor
peribadi kepada Earl of Shartesbury di samping menjadi sahabat dan setiausaha kepada Earl.
Pada ketika itu, Earl merupakan individu yang berpengaruh di dalam kancah politik. Namun
begitu Earl of Shatesbury dan Locke telah dibuang negeri ke Netherland akibat Earl yang
menggunakan pengaruh raja dan istana di dalam politiknya. Kemudiannya, beliau kembali
semula ke England pada tahun 1699.
Ketika di dalam buangan tersebut Locke telah menerbitkan dua buah buku iaitu Two
Treatises on Goverment dan Essays Corncerning Human Understanding. Kedua-dua tulisannya
5

ini diterbitkan pada tahun 1690. Kedua-dua karyanya inilah yang telah mengangkat nama Locke
dalam alam falsafah moden. Seterusnya, ketika masa tua Locke banyak dihabiskan dengan
menumpukan hidup kepada agama. Beberapa tahun sebelum meninggal dunia Locke juga telah
mempelajari agama di Epistles of St. Paul. Beliau meninggal dunia pada tahun 1704 ketika
berusia 72 tahun.
Falsafah John Locke merangkumi ilmu pengetahuan iaitu mengenai sekitar persoalan
epistemologi. Locke amat berminat membincangkan tentang asal usul ilmu pengetahuan dan
kesahihannya. Namun begitu, Locke menolak pendapat yang diutarakan oleh golongan
Rationalisme. Hal ini adalah kerana pemikir golongan rationalisme mengemukakan konsep
innate ideas yang amat ditentang oleh Locke. Innate ideas dapat ditafsirkan sebagai sumber atau
alat utama manusia untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Locke amat menentang konsep innate
ideas ini adalah kerana Locke beranggapan adalah mustahil bagi suatu benda itu ada dan tiada
pada waktu yang sama. Locke juga beranggapan kebenaran seperti itu bukanlah berbentuk innate
kerana idea sedemikian bukan diberikan kepada seseorang ketika dilahirkan.
Locke turut menegaskan bahawa untuk memastikan sesuatu fakta itu adalah tepat dan
benar, seseorang itu hendaklah terlebih dahulu mengkaji asal-usul idea tersebut. Hal ini juga
boleh menentukan had pengetahuan kita. Menurut Locke lagi, hanya mental fakulti atau kuasa
sahaja yang dianggap innate (semula jadi) dalam proses mendapatkan dan mencari ilmu
pengetahuan, sedangkan ilmu pengetahuan yang aktual itu sendiri diperoleh melalui pancaindera
dan pengalaman. Minda (mind) pula mendapatkan ilmu pengetahuan daripada kelima-lima
pancaindera dan kemudiannya mencetak semua ilmu pengetahuan pada fikiran seolah-olah
minda sebelumnya hanya merupakan tabula rasa (black tablet) atau umpama sekeping kertas
yang tidak mempunyai apa-apa tulisan di atasnya dan tanpa sebarang idea. Oleh yang demikian,
semua bahan yang digunakan untuk berhujah dan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan
datangnya daripada pengalaman. Justeru itu, falsafah John Locke telah dipanggil sebagai
Empericisme.
Selain itu, Locke di dalam hujahnya juga menolak adanya innate idea. Hal ini adalah
kerana Locke menyatakan bahawa sekiranya sesuatu prinsip atau sesuatu ilmu pengetahuan itu
dicetak dalam fikiran sebelum ia diketahui melalui pengalaman, maka ia sesuatu yang sukar
untuk menentukan kesemulajadian (innateness) ilmu pengetahuan tersebut. Oleh itu, adalah salah
untuk mendakwa bahawa kita mula menyedari kebenaran apabila kita mula menggunakan kerjakerja akal (reason) sebelum ia mengetahui sesuatu. Tambahan lagi, oleh kerana sesuatu itu belum
dialaminya maka ia bukan merupakan satu ilmu baginya sebab belum menjadi suatu pengalaman
bagi dirinya. Undang-undang moral contohnya tidak boleh dilabelkan sebagai innate kerana
undang-undang demikian tidak bersifat terbukti sendiri dan tidak juga bersifat penerimaan
sejagat.
Di samping itu, Locke juga turut meyatakan bahawa apa yang dianggap sebagai suatu
dosa kepada seseorang itu mungkin juga perkara itu merupakan tanggungjawab bagi seseorang
yang lain. Oleh itu, hal seperti itu bukanlah semula jadi kerana ia masih memerlukan
6

pertimbangan akal bagi menentukan kebenarannya (validity). Locke turut menganggap apa yang
dimaksudkan dengan innate idea itu hendaklah meliputi ilmu pengetahuan yang diperoleh atau
dipunyai oleh kanak-kanak atau uncultured people serta uneducated people. Beliau turut
menyatakan apa yang dikatakan oleh Decrates berhubung dengan the idea of God sebagai innate
itu sebenarnya adalah tidak benar. Hal ini adalah kerana banyak lagi kaum-kaum yang sama
kurang mempunyai idea of God tersebut ataupun kurangnya the knowledge of God. Tambahan
lagi, menurut Locke sekalipun manusia itu mempunyai kefahaman ketuhanan dalam dirinya,
tidaklah juga bererti bahawa idea tersebut merupakan idea yang innate. Locke turut berhujah
dengan memberikan contoh kepanasan, api, matahari, dan bilangan juga tidak dianggap sebagai
innate sungguhpun ia diterima sejagat (universally recognised) dan diketahui oleh semua orang
tentang hakikat benda tersebut. Justeru itu, John Locke menganggap minda yang dimiliki
seseorang itu adalah seperti tabula rasa atau a dark chamber, atau an empty cabinet, atau a white
paper void of all characters without any ideas.
Sehubungan dengan itu, Locke menyatakan bahawa minda itu mula dilengkapi dengan
ilmu pengetahuan apabila bersumberkan pengalaman pancaindera. Locke turut membahagikan
pengalaman pancaindera kepada dua jenis iaitu dalaman dan luaran. Hal ini membawa erti
terdapat dua cara bagaimana pengalaman boleh diperolehi seseorang. Pertamanya, melalui
sensasi. Melalui sensasi ini minda seorang akan dilengkapi dengan nilai-nilai sensasi. Sensasi
inilah yang akan menyediakan apa sahaja idea yang terpancar dari pengalaman luaran, iaitu dari
objek luaran manusia. Keduanya, pengalaman diperoleh daripada refleksi atau pantulan atau juga
pancaindera dalaman. Refleksi inilah yang akan membekalkan minda seseorang dengan ideaidea yang dihasilkan oleh kerja-kerja refleksi itu seperti berfikir, meragui, percaya, mengetahui,
berkehendak dan sebagainya. Locke menyifatkan idea itu adalah apa-apa sahaja yang dapat
difahami atau dapat dimengertikan oleh minda secara langsung ataupun sesuatu yang menjadi
objek kepada persepsi, pemikiran atau kefahaman. Hal ini bermakna bahawa refleksi
menyediakan idea yang menjadi sebahagian dari alam dalam tubuh badan.
Locke juga menggambarkan cara bagaimana idea itu dapat diterima seseorang dengan
menggambarkannya seperti sebuah papan hitam yang menerima coretan tulisan kapur yang
dituliskan di atasnya. Pengalaman pancaindera memberi nilai-nilai sensasi kepada minda seperti
kekuningan, panas, lembut, manis, dan sebagainya. Kemudiannya pula, minda akan membuat
refleksi keatas aktiviti-aktiviti dan keadaan-keadaan tersebut, menyediakan atau menerima pula
idea-idea set kedua seperti dalam persepsi, berfikir, meragu, percaya, mengetahui dan
berkehendak. Semua aktiviti refleksi dan idea itu hanya akan dibawa kepada operasi-operasi
sensori dalaman setelah minda menerima pengalaman pancaindera. Hal ini bermaksud sebelum
pengalaman pancaindera memaklumkan sesuatu kepada minda, maka kerja-kerja refleksi tidak
dapat dilaksanakan oleh sensa dalaman.
John Locke juga telah membezakan antara idea-idea mudah (simple) dan idea-idea sukar
(complex). Menurut Locke, idea-idea sukar ini adalah intipati (abstraction) atau gabungan
daripada beberapa idea mudah. Idea-idea yang diterima oleh seseorang itu merupakan idea-idea
7

mudah. Hal ini disebabkan minda mempunyai kebolehan untuk mengulangkannya,


membandingkannya, menggabungkannya dengan apa sahaja maklumat supaya ia menjadi satu
idea yang sukar. Idea-idea mudah yang datang kepada kita sama ada melalui pengalaman
pancaindera ataupun melalui refleksi yang terdiri daripada empat jenis. Jenis refleksi yang
pertama merupakan idea yang kita terima dari satu deria sahaja seperti idea-idea tentang warna,
suara, rasa, dan bau. Keduanya pula, refleksi idea yang didapati melalui dua atau lebih deria
yang digabungkan secara serentak seperti idea yang berhubungkait dengan ruang,
pengembangan, bentuk, diam dan gerak. Ketiganya pula, idea yang diperolehi dari refleksi
semata-mata iaitu terdiri daripada idea yang dibentuk oleh kekuatan berfikir iaitu yang disebut
sebagai kefahaman serta kuasa untuk berkehendak. Hal ini umpamanya mengingati,
berkehendak, menilai, mengetahui dan mempercayai. Keempatnya pula, idea yang didapati
melalui kedua-dua sekali iaitu sensasi dan refleksi seperti idea berhubung dengan kelazatan,
kesakitan, kekuasaan, kewujudan dan kesatuan.
Seperti yang diketahui, gabungan beberapa idea yang mudah akan membentuk idea yang
sukar. Tuhan sebagai contoh merupakan sebuah idea yang sukar. Hal ini adalah kerana idea
tentang tuhan merupakan gabungan beberapa idea mudah seperti kewujudan, masa, pengetahuan,
kuasa dan lain-lain. Fikiran seseorang mempunyai kekuatan untuk mengetahui beberapa perkara
dan kemudiannya menggabungkannya hingga menjadi tiada kesudahan (infinity). Oleh kerana
Locke mendapatkan idea sukar atau abstrak daripada sensasi maka beliau telah diselar sebagai
Norminalist dan kebanyakan ahli-ahli falsafah Inggeris adalah terpengaruh dengan pendapat
beliau.
John Locke turut membezakan idea-idea sama ada sukar atau mudah dengan hakikat yang
objektif iaitu benda atau alam nyata yang dinamakan atau digelar oleh idea tersebut. Menurut apa
yang disebut sebagai idea tersebut sebenarnya berada di luar daripada kita. Benda sebenar
tersebut mempunyai kualiti tertentu atau mempunyai kuasa tertentu. Kuasa atau nilai yang
dimaksudkan itu meliputi dua jenis iaitu prima dan nilai yang sekunder. Kualiti prima menurut
Locke merupakan kualiti yang dimiliki oleh objek itu sendiri dan ia tidak boleh dipisahkan atau
tidak boleh diceraikan dari benda yang sebenar. Contoh-contoh yang terlingkup di dalam
golongan kualiti prima ialah kepadatan, pengembangan, bentuk, gerak dan diam. Apabila kita
mengatakan bahawa kita sedang mengalami atau merasai kualiti-kualiti primer, maka idea kita
sebenarnya hanyalah merupakan salinan daripada kualiti itu sendiri, juga sebagai bentuk-bentuk
mental atau gambaran kepada hakikat benda itu semata-mata seperti mana benda itu sendiri.
Kualiti sekunder pula menurut Locke ialah kualiti yang bukanlah sebahagian dari objek tersebut.
Kita boleh sahaja menggantikannya serta-merta dengan kualiti sekunder yang lain pula tanpa
melibatkan objek itu sendiri dari segi kewujudannya. Sebagai contoh, kualiti sekunder ialah
warna, bunyi, bau dan rasa. Umpamanya seketul batu merah itu memang ada dan mengambil
ruang tertentu untuk wujud, tetapi warna merah yang dilihat itu hanyalah kualiti sekunder sahaja
kerana kemerahan warna itu hanya melalui deria penglihatan kita dan kualiti ini tidak menjadi
sebahagian dari objek batu itu sendiri.
8

Demikianlah beberapa teori John Locke yang mana teori-teori daripada beliau telah
menjadi teras bagi teori-teori aliran empericisme dan juga teori-teori pendidikan oleh tokohtokoh pendidikan kemudiannya.
FALSAFAH PENDIDIKAN RABINDRANATH TAGORE (1861-1941)
Merupakan seorang ahli falsafah, penyair dan pelukis dari India, mentafsirkan pendidikan
sebagai proses yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna, berupaya
mencapai segala aspek kehidupan , seperti aspek fizikal, intelek, moral kerohanian, dengan
penuh bermakna. Mengikut beliau, pendidikan harus menjadi satu proses yang berhidup,
dinamik, serta realistik, iaitu tidak semata-mata terikat kepada buku tetapi harus dihubungkaitkan
dengan pengalaman kehidupan manusia. Seorang yang berpendidikan dengan erti kata sebenar
ialah orang yang bukan sahaja berfikiran cergas, saintifik, bersih, berani dan bebas, tetapi juga
mendukung sikap nasionalisme yang ideal, mempunyai kecekapan untuk berkhidmat kepada
masyarakat dan negara, serta berpandangan jauh dengan sikap internasionalisme yang positif.
Mentafsirkan pendidikan sebagai proses yang bertujuan untuk melahirkan manusia
yangberfikiran sempurna, berupaya mencapai segala aspek kehidupan seperti aspek
fizikal,intelek, moral dan kerohanian dengan penuh makna. Memperkenalkan falsafah
pendidikan nasionalisme dan internasionalisme. Orang yang berpendidikan bukan sahaja perlu
berfikiran cergas, saintifik, bersih, berani dan bebas tetapi perlu juga mendukung sifat
nasionalisme yang ideal, mempunyai kecekapanuntuk berkhidmat kepada masyarakat dan
Negara serta berpandangan dengan sikapinternasionalisme yang positif. Sharifah Alawiah
Algasoff dalam bukunya falsafah pendidikan(1984), menyenaraikan idea-idea penting dalam
falsafah pendidikan Rabindranath Tagore:
- Pendidikan yang tertinggi tidak hanya membekalkan kita dengan maklumat tetapi menjadikan
kehidupan kita berharmoni dengan segala yang wujud.
- Pendidikan tubuh badan adalah bertujuan melatih deria dan kecerdasan fizikal secara am,
cekap, dan berkemahiran.
- Pendidikan intelek adalah bertujuan supaya fikiran sentiasa ingin tahu dan cergas,berpandangan
saintifik, jelas, berani, dan bebas.
- Pendidikan kerohanian adalah bertujuan menyedarkan diri melalui bersimpatisepenuhnya, iaitu
kesedaran kerohanian universal yang paling tinggi dan menembusi semua kehidupan, tumbuhan,
haiwan, dan manusia.
- Pendidikan realistik ialah pendidikan yang tidak semata-mata terikat kepada buku dan
berhubung dengan hidup.
- Pendidikan harus hidup dan dinamik, bukan mekanik dan tidak bermaya.

-Pendidikan dalam perkara-perkara semulajadi adalah bertujuan membentuk perkembangan


kanak-kanak yang menyeluruh dan sempurna dalam tahun-tahun awal formatif.

Implikasi falsafah pendidikan oleh tokoh-tokoh di atas terhadap sistem pendidikan di Malaysia:
Konsep falsafah pendidikan adalah suatu konsep penjelasan pemikiran dan prinsipprinsip yang memberi panduan serta masalah penjelasan halangan terhadapnya. Falsafah
pendidikan menggabungkan matlamat-matlamat pendidikan, dasar-dasar dan amalan-amalan
supaya menjadi sesuatu yang logis, tekal dan jelas. Falsafah pendidikan di Malaysia telah
dipengaruhi unsur-unsur daripada falsafah lain dari pelbagai bidang. Antara falsafah yang
mempunyai hubung kait dengan falsafah pendidikan di Malaysia adalah falsafah pendidikan
Timur ((Tagore), Islam (Al-Farabi) dan Barat (John Locke)

Falsafah pendidikan di Malaysia boleh dihayati daripada Falsafah Pendidikan


Kebangsaan yang telah diumumkan secara rasmi pada 1988. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua
usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.

Pendidikan di Malaysia adalah Suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan
seimbang dari intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat Pendidikan Negara ialah


untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan mempunyai nilai-nilai yang murni
seperti percaya kepada tuhan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, setia kepada negara serta
boleh memberi sumbangan untuk kemajuan negara dan memupuk perpaduan di kalangan rakyat
berbilang kaum. Ini sesuai deang falsafah yang dibawa oleh Al-Farabi. Program KSSR dan
KSSM adalah dirancang untuk mencerminkan Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara ini.

Pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha yang berterusan di mana pernyataan


diambil ini daripada pendapat tokoh Barat iaitu John Locke yang menyatakan bahawa
10

pendidikan merupakan satu proses berterusan yang bermula semasa kecil. Pendidikan di
Malaysia yang mengutamakan aspek JERI merupakan implikasi daripada pendidikan barat.
Malaysia pernah dijajah oleh kuasa Barat iaitu British dan telah memperkenalkan sistem
pendidikan Barat suatu masa dahulu. Tenaga pengajarnya terdiri daripada pegawai British.
Mereka telah membawa masuk unsur-unsur yang terdapat dalam pendidikan Barat seperti
perenialisme, essensialisme, progresivisme dan rekonstruktivisme. Unsur perenialisme dapat
dilihat melalui mata pelajaran kesusasteraan Melayu di mana pelajar mengkaji karya-karya yang
dihasilkan oleh sasterawan negara.
Jika dibandingkan dengan falsafah-falsafah pendidikan sama ada di negara Barat, Timur
ataupun faIsafah pendidikan Islam, falsafah pendidikan di Malaysia merupakan sesuatu falsafah
pendidikan yang mempunyai ciri tersendiri. Bagaimanapun, ia pula mengandungi sebahagian
unsur yang terdapat dalam falsafah pendidikan Barat, Timur dan juga falsafah pendidikan Islam.
Jika ditinjau secara keseluruhan pula, falsafah pendidikan kebangsaan adalah lebih mirip
dengan falsafah pendidikan rekonstrruktivisme. Kedua-dua menekankan matlamat pendidikan
sebagai pencapaian kesejahteraan diri dan membentuk masyarakat keharmonian dan
kemakmuran. Ini sesuai pula dengan pendapat dan falsafah yang ingin dibentuk oleh Tagore.
Oleh sebab falsafah pendidikan rekonstruktivisme adalah berasaskan falsafah progresivisme,
maka falsafah pendidikan di Malaysia pula mengandungi ciri-ciri progresivisme dan
pragmatisme. Ciri-ciri ini boleh dihayati daripada kurikulum bersepadu sekolah rendah dan
menengah yang menitikberatkan penggunaan kaedah praktik dan kaedah inkuiri-penemuan serta
strategi pemusatan pelajar untuk membolehkan pelajar memperolehi ilmu pengetahuan dan
menguasai kemahiran secara individu. Di dalam tempat belajar, sekolah merupakan masyarakat
kecil yang bercorak demokratik, membolehkan pelajar berinteraksi, bekerja dan hidup secara
berkumpul. Selain daripada pengajian bidang kemanusiaan dan sains tulen, kurikulum sekolah
pula merangkumi pendidikan teknik dan vokasionaI, iaitu mata pelajaran yang pula
dititikberatkan mengikut tafsiran falsafah pendidikan berlandaskan progresivisme.
Salah satu fungsi sistem pendidikan di Malaysia ialah mengembangkan potensi pelajar
secara menyeluruh dan bersepadu. Demi membentuk insan yang harmonis dan seimbang. Fungsi
ini pula boleh dihayati daripada falsafah pendidikan rekonstruktisme, konfusianisme,
nasionalisme dan internasionalisme (Tagore).
Mengikut falsafah pendidikan Islam, perkembangan individu dari segi intelek, rohani,
emosi adalah berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Di dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan pula dapat dihayati daripada falsafah pendidikan Islam ini. Tambahan
pula Pendidikan Agama dan Pendidikan Moral dalam KBSR dan KBSM mencerminkan ciri
pembelajaran afektif untuk perkembangan individu, khasnya dari segi rohani, emosi dan agama.

11

Oleh sebab sistem pendidikan pula menitikberatkan pembelajaran 3M dan dikehendaki


mematuhi kewibawaan dan autoriti guru, falsafah pendidikan di Malaysia boleh dikatakan pula
mengandungi unsur essensialisme yang bercorak tradisional.
AbduI Rahman Aroff dan Zakaria Kasa (1994) merumuskan falsafah pendidikan di
Malaysia sebenarnya dikenali sebagai falsafah eklektisisme, iaitu sesuatu falsafah yang dicipta
daripada pelbagai falsafah yang sedia ada.
Selain itu, konsep pendidikan Islam juga turut diterapkan ke dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Islam mengatakan bahawa pendidikan merupakan satu proses secara berterusan
bagi memupuk seluruh potensi semulajadi manusia dari segi intelek, akhlak, rohani dan jasmani
secara bersepadu dan seimbang ke arah pembentukan insan soleh yang membawa kepada
kebaikan di dunia dan akhirat. Ini dapat dilihat di mana Falsafah Pendidikan Kebangsaan turut
menyelitkan unsur intelek, akhlak, rohani, jasmani dan emosi. (Al-Farabi).
Penerapan ini menjadikan falsafah pendidikan Islam sebagai satu panduan asas kepada
pendidikan di Malaysia. Ini dapat dilihat sebahagian besar falsafah pendidikan kebangsaan
menggunakan isi utama dalam falsafah pendidikan Islam. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
mahu melahirkan insan yang seimbang dan harmonis di samping mempunyai kepercayaan
kepada Tuhan. Pendidikan bukan sekadar duniawi tetapi turut berlandaskan kepercayaan kepada
Tuhan. Pendidikan di Malaysia mencakupi aspek jasmani, emosi, intelek, rohani dan akhlak
(sahsiah). Hal ini merupakan impikasi pendidikan Islam terhadap pendidikan di Malaysia.
Pendidikan turut menyelitkan unsur kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Manusia harus
menyedari bahawa mereka diwujudkan untuk memajukan alam dan dan mengikuti ajaran agama.
Oleh sebab itu, mata pelajaran pendidikan Islam diwujudkan bagi mendedahkan kepda pelajar
Islam tentang kewujudan Tuhan. Pelajar yang tidak beragama Islam juga didedahkan dengan
kewujudan Tuhan. Hal ini menunjukkan pendidikan di Malaysia tidak mementingkan duniawi
sahaja tetapi turut menyelitkan ilmu akhirat yang diambil daripada Falsafah Pendidikan Islam.
Falsafah pendidikan Timur (Tagore) bertujuan untuk mencapai kebijaksanaan,
mengekalkan struktur kekeluargaan, menggubal undang-undang dan memenuhi kehendak sosial
dan ekonomi. Seterusnya menjadikan sistem masyarakat yang lebih berharmoni di mana semua
keadilan dalam masyarakat dapat dibangunkan. Mata pelajaran yang memfokuskan pendidikan
moral, politik, ekonomi, kebudayaan, muzik, kesusasteraan dan sejarah ada terdapat di dalam
pendidikan di Malaysia di mana mata pelajaran seperti ini merupakan kurikulum pendidikan di
China. Pendidikan di China menyatakan bahawa guru merupakan fasilitator dan penyampai ilmu
yang mahir. Kerajaan telah mewujudkan Falsafah Pendidikan Guru untuk menghasilkan guru
yang berkualiti dan berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan. Pendidikan di India juga
menekankan peranan guru sebagai fasilitator dan pemangkin bagi menggerakkan perbincangan
murid serta menjadi penjana idea yang kreatif dan bernas dalam kalangan pelajar. Oleh sebab itu,
pendidikan sekarang bukan sekadar berpusatkan guru sebaliknya boleh berpusatkan pelajar. Guru
bertindak sebagai rujukan pelajar sekiranya mempunyai masalah. Proses pengajaran dan
pembelajaran merupakan proses komunikasi dua hala dan berkesan.
12

Pendidikan di Malaysia sememangnya menerapkan fakta-fakta dari falsafah pendidikan


yang lain bagi mewujudkan satu sistem pendidikan yang mantap dan berkesan terhadap para
pelajar. Pendidikan di Malaysia mementingkan aspek-aspek JERIS (S=sahsiah) di mana tata
tertib, perlakuan dan pendidikan moral amat dititikberatkan bagi mewujudkan sebuah
masyarakat yang berpengetahuan tinggi di samping mempunyai perwatakan yang sopan.
Sukatan pelajaran sentiasa diubah supaya bersesuaian dengan peredaran zaman yang berlaku
secara pesat. Guru yang merupakan fasilitator utama dalam mendidik anak bangsa sering kali
menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dengan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan untuk digunakan di sekolah. Al-Farabi ada menekankan tentang perlunya guruguru bersedia dengan teknik-teknik dan strategi PdP yang berkesan. Contohnya kaedah
demontrasi dan perbincangan yang berkesan.
Ibu bapa juga telah menyedari pentingnya pendidikan pada masa kini. Ini kerana
sekiranya anak mereka tidak mendapat pendidikan yang secukupnya, mereka akan ketinggalan
zaman dan mengganggur kemudian hari. Ini juga menyebabkan kadar penggangguran di negara
akan bertambah kerana tiada sesiapa yang mahu mengupah mereka sekiranyan mereka tidak
mempunyai sebarang apa-apa pengetahuan dalam diri mereka. Malahan banyak sekolah telah
didirikan bagi menampung bilangan murid yang bersekolah. Banyak sekolah didirikan di luarluar bandar. Pengajaran dan pembelajaran di luar bandar dengan di dalam bandar diseragamkan.
Kesimpulannya, pendidikan di Malaysia sememangnya merupakan suatu pendidikan
yang berkesan dalam melahirkan banyak insan yang Berjaya walaupun kebanyakannya
berpandukan daripada falsafah Barat, Timur dan Islam. Implikasi daripada falsafah tersebut
masih kekal dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Rujukan
Al-Farabi http://www.islamgrid.gov.my/articles/tokohislam/Al-Farabi.php
Abu alnasr al-farabi. ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Al-Nasr_Al-Farabi
Siapakah John Locke http://diniahfalahiah.blogspot.com
Rabindranth tagore http://www.nobelprize.org
Implikasi
falsafah
pendidikan
http://teachersyafa.blogspot.com

Islam,

13

timur

dan

barat

Anda mungkin juga menyukai